Bagaimana Nabi Muhammad Mengajar Kita Un

Bagaimana Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Bebanan Hutang?
Semua orang berhutang.
Tiada apa yang perlu dimalukan.
Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul.
Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan buat hutang
mengikut apa yang bank beritahu kita.
Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan
kita terperangkap dengan hutang-hutang lapuk.
Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik
untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan
hutang.
Kalian dapat dengar bagaimana bacaan doa ini dengan klik link ini.

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah
kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu
hutang dan tekanan manusia.”
Apa yang kita maklum, berdoa sahaja tidak menyelesaikan masalah. Duit
tidak datang bergolek-golek selepas kita mengaminkan sesuatu doa. Namun
doa yang Nabi saw ajar ini mengandungi pengajaran yang penting.
Iaitu 4 langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari bebanan
hutang.


1. Hilangkan perasaan susah dan sedih
Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini.
Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara
automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini. Iyalah, hutang
sudah keliling pinggang. Takkanlah nak berjoget seronok pula.
Justeru, kita kena akui kita ada situasi hutang.
Ya, kena akui.
Bukan berada dalam dalam penafian (mode of denial).
Jangan tangguh. Hadapi situasi tersebut.
Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesilapan kewangan
kita dan hidup mesti terus.
2. Tanam sifat rajin
Selepas berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah
menjadi orang rajin.
Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.
Walaupun ulat bawah batu pun boleh hidup, tapi adakah kita mahu duduk
bawah batu atau hidup dalam rumah yang besar?
Kena rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan.
Tiada alasan.

3. Kena jadi berani dan banyak bersedekah
Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani.
Jika bos tidak menghargai kita dengan memberi gaji rendah, kita mesti
berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain.

Bisnes pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan mula semula dengan
buat bisnes yang lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak
berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.
Dan pada masa yang sama, banyakkan beri sedekah, bantu orang lain
walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya.
Ya, jangan jadi kedekut dan bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk
keluar dari belenggu hutang.
Give first, earn later.
4. Bayar hutang dengan sistematik
Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk
kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat
menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang

dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini
dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang kita ada hutang
dan membuat semula penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu
beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain khususnya tekanan pihak
yang bagi / pembiaya seperti bank datang menuntut hutang daripada kita
dengan pelbagai cara dan kaedah.
Ya, hadapi mereka dan berbincang secara baik.
Ada jalan keluarnya.
Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang

Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan
cara yang betul, Allah akan menguruskan yang lain atau dengan maksud
yang lain, bertawakal selepas kita berusaha.