Puisi Rampai Benua Gersang spiritualitas

PRAKATA

Puisi adalah merupakan himpunan rasa, perasaan dan memori yang terbina dalam sanubari hingga melahirkan unggapan-unggapan puitis, hiba, gembira, duka dan berbagai lagi dialirkan oleh penulis. Lahirnya penulis puisi ini adalah cetus rasa yang sukar dipendamkan di dalam diri. Ianya tiba secara mendadak jika tekanan emosi menyerap di jiwa, ianya juga terjadi bilamana diri di ambang duka dan sebaliknya. Menulis puisi tidaklah semudah yang disangka, kerana ianya menekankan penghayatan yang maksima kepada individu

yang menulisnya. Penghayatan

dimaksudkan adalah penulis sendiri bagai dapat

yang

Namun puisi mempunyai cara yang tersendiri untuk melahirkan sifat-sifat penulisnya. Dalam penulisan ini dapat memaparkan warna kehidupan hanya cuma dengan menggunakan sepotong dua ayat atau lebih sudah dapat merakam sebuah peristiwa dan detik- detik bersejarah yang ingin diutarkan. Kesegaran puisi umpama seseorang yang terlalu haus dapat merasakan air sumur yang sejuk lagi dingin. Dengan sekali teguk, maka hilanglah kehausan setahun. Begitulah yang diibaratkan dengan puisi, kerana dengan hanya sekali imbas membacanya, seseorang dapat mengetahui kisah dan peristiwa yang dipaparkan hanya memakan masa beberapa saat sahaja. Berbanding dengan penulisan bentuk lain, seseorang harus menelaah dan bertekun untuk mengetahui apakah mesej yang ingin disampaikan, jika tidak sudah tentu tidak dapat Namun puisi mempunyai cara yang tersendiri untuk melahirkan sifat-sifat penulisnya. Dalam penulisan ini dapat memaparkan warna kehidupan hanya cuma dengan menggunakan sepotong dua ayat atau lebih sudah dapat merakam sebuah peristiwa dan detik- detik bersejarah yang ingin diutarkan. Kesegaran puisi umpama seseorang yang terlalu haus dapat merasakan air sumur yang sejuk lagi dingin. Dengan sekali teguk, maka hilanglah kehausan setahun. Begitulah yang diibaratkan dengan puisi, kerana dengan hanya sekali imbas membacanya, seseorang dapat mengetahui kisah dan peristiwa yang dipaparkan hanya memakan masa beberapa saat sahaja. Berbanding dengan penulisan bentuk lain, seseorang harus menelaah dan bertekun untuk mengetahui apakah mesej yang ingin disampaikan, jika tidak sudah tentu tidak dapat

penyair tidak dapat melafazkan sesuatu secara terang- terangan, kerana kadangkala gelodak hati yang ingin disampaikan boleh melukai hati seseorang. Banyak perkara yang seseorang hadapi setiap hari yang sukar diucapkan dengan perkataan apalagi dengan pengucapan kepada seseorang. Penulisan puisi adalah

yang terbaik untuk mencurahkan segala isi hati ataupun perasaan. Bait-bait kata daripada puisi itu adalah penjelmaan sebenar hasrat penyair. Sama ada disedari mahupun tidak puisi yang dihasilkan

adalah dalam kelompok keluarga sastera. Kesusasteraan dalam puisi amat jelas membezakan sifat dan bentuk karya tersebut. Manusia kreatif seperti seorang penulis mempunyai sifat-sifat peribadi berbeza dengan yang lain. Perbezaan itu ditandai dengan hasil karya mereka dapat menyentuh perasaan pembaca atau sebaliknya. Sebuah karya puisi lahir tanpa paksaan, ia terbit dalam desis hati penyair dengan cara lembut dan menusukkan. Apa saja yang dilihat oleh penyair adalah bait-bait kata puisinya. Lautan, gunung-ganang, sawah, paya, bukit-bukau, malah hutan rimba adalah bahasa puisinya dalam bentuk kebendaan. Manusia penyair dapat mengadun segala makluk alam ciptaan Allah s.w.t dijadikan bait-bait kata penuh puitis. Kepuitisan bait-bait kata dalam puisi menggambarkan kehalusan jiwa atau kalbu penyair.

yang lain seperti cerpen, novel dan lain-lain. Sebagaimana pendapat Stiles (1968): ”Poetry is the language of kings, the songs of the people, the message of love, the snarl of hate, the sound of joy, the wail of the tortured, the jibe of the jester, the reflection of sadness, the call of the lost, the prayer for the soul, the shout of triumph, and the weeping of the vanquished. Poetry is life revealed – the bitter reality of existence couched in hand pounding, bitter pharase. Above al, poetry is truth wrapped in beauty”. (Kamaruddin: 1988:105)

Bahasa puisi adalah bahasa raja iaitu

bahasa agong dengan pengucapan halus mewakili setiap naluri hati manusia yang terpendam. Dendam,

kedukaan, kecintaan, kedamaian,

kesengsaraan, kekecewaan,

ketakwaan, dan ketakwaan, dan

Seorang isteri melafazkan

kekecewaan dan kemarahan

suaminya melalui puisi. Seseorang yang ingin mengkritik individu lain juga dalam puisi. Sesungguhnya, dalam puisi seseorang

terhadap

terhibur, seorang menginsafi diri, seseorang beriman kepada Allah s.w.t Dan puisi karya yang difahami maksud tersirat yang cuma sebentar menikmatinya.

Sebuah puisi boleh memaparkan buih-buih kesengsaraan manusia yang mewakil penyairnya. Seorang penyair mengauli permasalahan

manusia dalam

karyanya yang mana kadangkala dirinya sering mengalami permasalahan

yang serupa. Terhimpun segala gelodak rasa manusia dalam karyanya sebagai menukil perasaan manusia yang tidak berkesempatan

dan berpeluang dan berpeluang

adalah karya yang memaparkan sedikit watak tetapi meninggalkan kesan kepada pembaca. Walaupun cerpen adalah penulisan prosa bersifat pendek dan padat tetapi ruang paparan mesejnya lebih bebas seperti penggunaan perkataan.

Penyair tidak berupaya membongkar kata-katanya dalam sebuah prosa

tetapi bait-bait perkataan dengan menggunakan ruang yang terhad.. Selain itu, penyair lebih mengutamakan sebuah puisi membangunkan imej, irama dan aspek bunyi. Dengan meminima penggunaan perkataan, sebuah puisi dilihat

menterjemahkan permasalahan manusia dalam masa yang amat singkat. Seseorang boleh menikmati mesej dan selaman menterjemahkan permasalahan manusia dalam masa yang amat singkat. Seseorang boleh menikmati mesej dan selaman

diminum oleh seseorang. Dengan segelas air dapat menghilangkan dahaga.

Peranan puisi amat luas, satu- satu sumber sejarah Arab pra-Islam adalah puisi. Dalam puisi tersebut didapati

rujukan yang kerap menceritakan tentang sungai, lautan dan peluat. Lazimnya, rujukan sedemikian hanya terkandung dalam puisi

pujangga yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai. Kebanyakan kiasan bagi rujukan tersebut terkandung dalam

terungkailah sebuah puisi yang merakam detik pengembaraannya penuh sejarah. Berikut adalah sebuah puisi nukilan yang merakam kisah sejarah yang tercatat dalam bait- baitnya: Usungan wanita suku Malik semasa bertolak pada waktu pagi kelihatan seperti kapal besar di Nawasif, seperti kapal Rom atau kapal Ibnu Yaman; kadang-kadang pelaut tidak mengikut laluan asal dan kadang-kadang mengikutinya. (1992:12)

Puisi barat sebenarnya banyak dipengaruhi daripada aliran puisi Islam kerana 1,200 tahun dahulu benua Eropah telah di masuki Islam. Pada 711 Masihi Islam telah menawan Andalus (Sepanyol) yang dari rentetan itu, sastera juga menular ke Eropah dan sehingga bertapak masakini. Mereka mendakwa puisi baru yang mereka miliki sebenarnya suntikan Puisi barat sebenarnya banyak dipengaruhi daripada aliran puisi Islam kerana 1,200 tahun dahulu benua Eropah telah di masuki Islam. Pada 711 Masihi Islam telah menawan Andalus (Sepanyol) yang dari rentetan itu, sastera juga menular ke Eropah dan sehingga bertapak masakini. Mereka mendakwa puisi baru yang mereka miliki sebenarnya suntikan

pelayaran menggunakan model kapal tersebut mereka menyuntik dan memplagiat bahan- bahan sastera yang Islam yang masyhur ketika itu. Justeru, sesebuah puisi dapat merakamkan detik waktu, kejadian, pengalaman seorang penyair dan sesebuah puisi perakam sejarah yang tidak dapat menipu faktanya. (tambah lagi di sini... penyair Islam) Dalam Antologi puisi Benua Gersang berkaitrapat dengan permasalahan dan persoalan jiwa dan perasaan pelayaran menggunakan model kapal tersebut mereka menyuntik dan memplagiat bahan- bahan sastera yang Islam yang masyhur ketika itu. Justeru, sesebuah puisi dapat merakamkan detik waktu, kejadian, pengalaman seorang penyair dan sesebuah puisi perakam sejarah yang tidak dapat menipu faktanya. (tambah lagi di sini... penyair Islam) Dalam Antologi puisi Benua Gersang berkaitrapat dengan permasalahan dan persoalan jiwa dan perasaan

secara halus apabila menatapnya. Nasihat, teguran, kritikan dan komen sukar dilafazkan dengan perkataan, tetapi dengan sebuah puisi dalam dijelmakan dengan perkataan yang disusun dengan bait-bait kata mengasyikkan dan mempersonakan. Sesungguhnya, sebuah puisi dapat menonton manusia sama ada kebaikan dan kejahatan. Cuma barangkali, yang kejahilan sahaja yang tidak dapat memahami perasaan penyair dalam sesebuah puisi kerana kejahilannya menguasai kesenimanan dirinya. Dalam Antologi ”Benua Gersang” ini memaparkan pelbagai peristiwa yang dilalui oleh insan yang bergelar manusia. Saya telah mengumpul puisi tersebut sejak sejak 1978 sehingga 2004. Segala secara halus apabila menatapnya. Nasihat, teguran, kritikan dan komen sukar dilafazkan dengan perkataan, tetapi dengan sebuah puisi dalam dijelmakan dengan perkataan yang disusun dengan bait-bait kata mengasyikkan dan mempersonakan. Sesungguhnya, sebuah puisi dapat menonton manusia sama ada kebaikan dan kejahatan. Cuma barangkali, yang kejahilan sahaja yang tidak dapat memahami perasaan penyair dalam sesebuah puisi kerana kejahilannya menguasai kesenimanan dirinya. Dalam Antologi ”Benua Gersang” ini memaparkan pelbagai peristiwa yang dilalui oleh insan yang bergelar manusia. Saya telah mengumpul puisi tersebut sejak sejak 1978 sehingga 2004. Segala

Wiramanja Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah.

12 Julai, 2004.

Benua Gersang

Benua menjadi gersang kerana kegersangan milik semua semua bijak berkata sehingga benua menjadi gersang.

Benua menjadi gersang kerana kegersangan adalah kita semua menuding jari menyalahkan benua menjadi gersang.

Benua menjadi gersang kerana kegersangan iman mereka tergelicik langkah kerana tiada jalan pulang.

Rentetan Waktu

Waktu menghampiri lembah pilu menerjah perjalanan sembilu sungai mengalir lesu di celahan pasir dan batu di penghujung waktu perakam segala yang palsu.

Pembohongan tanpa bukti tertanam dalam hati manusia sentiasa berdiri dalam batu bergerigi dalam hati ada sangsi dalam diri ada duri

Teluk Cempedak

12 Disember, 1989.

Penulis Muda

Dialirnya segala bisikan dalam hati dalam diri biar kemersik dalam seni biar beralun bagai ombak biar menguntum bagai bunga.

Pada sekeping kertas apalah ada untuk seorang penulis yang baru mengenali diri yang baru mengenali dunia namun; di segenap ruang-ruang sepi bukit dan denai ada suara merintih yang perlu dibela yang perlu ditatang.

Tika ini dia pemimpin melakar kisah semalam dalam kertas kerana dia adalah penulis tanpa publisiti.

Bukit Chandan

16 Oktober, 1976.

Bulan

Malam menangis di segenap benua melihat siang bermata biru dan lautan sentiasa menghijau kerana masa terus mengalir tapi bilakah akhirnya? dan bagaimana nanti bila esok terus berdukacita suara angin terus ketawa kemudian menangis dan ketawa lagi untuk mendengar siapakah akan disemadikan dengan siapa? ;dan sebelum kelam malam bulan menjelma memohon kemaafan pada dunia katanya “hari tidak sentiasa biru” dan angin, tanah, api dan air tidak biasa menunggu lama terhadap manusia yang tidak percaya kemusnahan dunia mengadap tuhan yang sentiasa memandang ke arah kita di mana-mana

Belantara

Belukar dan rimba adalah umpama penyambung dua suasana mimpi dan ngeri manusia yang mengerti bahawa belantara pembawa berita.

Dalam belantara ada sebuah legenda tertanam dalam duri dulunya pentas permainan lembing dan keris menikam pada batu menikam pada kayu.

Yang tinggal kini bukan belantara lagi tapi duri dalam batu tapi batu dalam permata belantara diselimuti sejarah sebuah peta.

14 Julai, 1980 Lata Paklang Aur Padang Rengas.

Ibubapa

Alam akan menjadi damai bila ibubapa memeluk sebuah bukit permai mengalirkan sungai bahagia membersih sebuah kolam hati jiran sekampung bagai saudara alam akan sentosa bila ibubapa mengasuh anak dalam perkerti anak-pinak bersusun tali menampi di atas pedati seluruh alam berwarna-warni dibuai angin kedamaian.

Kampung Jenalik

31 Ogos 1988.

Sebuah Tasik

Sebuah tasik menjadi sepi tiada pengujung lagi yang menghampiri membawa duri di satu persimpangan jalannya ada cabang ke kiri tanaman senduduk ke kanan tanaman rimbia dalam airnya tenang menyimpan misteri

06 Januari, 1986 Bendang Kering, Kuala Kangsar.

Sebidang Tanah

Sebidang tanah menangis dulu Pakcik yang punya kemarin Mak Ngah yang punya semalam Pak Long yang punya kini yang lainnya meratap petang yang hilang

Bila petang datang lagi suara seruling senja bergema melawan takbir malam derai waktu mengalir ensutan

Kini tiada jawapan yang berakhir bergema kemegahan bangsa kerana seludang diri musnah berlumpur.

19 Disember, 1978 Talang Dusun, Kuala Kangsar.

Bayang Cita

Semakin dikejar bayang cita semakin deras larinya bagai tapak kaki menjejak mentari meredah hutan batu

Semakin kencang nadi bergerak semakin gementaran jiwa bagai malam bertandang siang meredah setiap waktu

Semakin dikejar bayang cita semakin kita lemas dalam cita semakin lemas semakin hilang suara semakin lupa waktu semakin lupa diri dan budi.

Gempa Bumi

Gegar mengegar seluruh alam lurah dan belukar merekah menonjol tebing-tebing tajam segenap alam goncang umat manusia tangis-tangisan kerana alpa.

Kedengaran suara sumbang Minta dipapah di ruang selesa Minta dipauh seutas tali Lalu; beramai-rami berhiba hari semalam meninggalkan kesan sukar pudar.

Satu Kepastian

Tiada lagi mentari tiada membelah awan panasnya tiada melukai kerana guruh dilangit sedang bergalah berakit memintas benua.

kisah manusia terbongkar di atas tanah arang masih membakar di atas telaga bukit seorang tua berazan suaranya dulu sayu kini lantang memanggil mereka pulang ada wangi di tangannya.

Ranting Patah

Pabila suaranya terputus tangisan anak kecil meratap tamat kisah seorang ayah di medan tempur tanpa kalah.

Tiada bulan menyinari untuk malam yang kelam suara isteri tersorok di sebalik sedu kerana kematian di mana-mana.

Bulan untuk malam mentari untuk siang dua suasana adalah satu kehidupan adalah satu kematian setiap perjuangan pasti ada ganjaran ganjaran milik Allah.

Kampung Semangat

Tebing-tebing sungai dulu juram ada bijih besi kelilingnya hutan kini jadi terang tiada ungas mudik di ruang udara sebuah kampung baru terbina dinamakan Kampung Semangat.

Kampung Semangat diulit wajah berseri tiang-tiang lampu terpancak paip air merentas kiri -kanan tangga batu berdiri tegak gagah dan sombong.

Kini Kampung Semangat Tiada lagi semangat Sebuah budi temurun musnah Di jilit api moden Hangus hitam bearang Ditindih atas batu geriji hitam.

Kampung Semangat Tinggal nama di atas jalan usang Dibaluti mimpi-mimpi ngeri Ditelan lumpur sungai hanyir

Perkampungan Setinggan

Jalan yang sempit ada duri Pohon cemara tiada bunga Sungai di hulunya kering Kerana kemarau panjang melanda Telaga bukit penuh sarang Sampah-sarap, tin dan plastik Lumpur membelit seluruh tebing Suara katak sayup memanggil hujan Setahun tiada wajah gembira.

Bila Neon Menyala

Bila neon menyala terang Bertindih-tindih Laluan dihantui orang Bersimpang-siur manusia bersuka Memimpin selera Menuntun kehampaan mendatang Bersama kepedihan memanjang Kemana dan bila.

Hutan

Rimba rana kian pupus pokok sena mati pokok lingundi tumbang Pokok merbau Pokok cengai menunggal Bersama damar terdampar kelabu Melekat debu-debu kotor Kerana mencari untung dan rugi Namun sejarah tetap sejarah Tinggal buat zaman.

Kg. Pegoh Alor Gajah, Melaka.

Idilfitri

Semusim berlalu Bagai untaian bunga gugur Satu-satu ke bumi merkah Hari menindih hati Zaman kian pudar Melutut dan merangkap Tanpa alun tapi seni.

Di waktu manjelang idulfitri Suara dan nadiku Kian larut dimamah sepi Ceping telingaku sayup Mengadah laungan takdir Hingga meretap Sisa-sisa daging dan tulang-temulang.

Bak rebung menjadi buluh Bak sungai pupus satu Aku bagai burung pulang ke sarang Bagai belut pulang ke lumpur Dan di situlah Terselit kepiluan Bila mana idulfitri mengunjung datang.

Jalan Yong Peng

Kereta kupandu dalam gerak suram Di jalanan yang asing Kami ke destinasi baru lagi asing Malam kegelapan di atas ranjang Meniduri anggasan di hutan Seluruh tanjung paya aman Hujan berkasihan rintik-rintiknya.

Dengan tiba-tiba Lembaga penuh misteri Sergap di anjung keretaku Dalam lamunan mimpi sedar Kami sekeluarga dibuai ketakutan Aku diperhambatkan oleh syaitan Menduga keimananku Kalimat ALLAH Menemani sepanjang ketakutan.

Ruang Jendela Sepi

Di ruang-ruang jendela sepi aku memerhati di perbukitan sunyi membawa lara duka yang tak pasti menuruni bukau dan lurah yang seni pada tanah merkah dan diri.

Lantas di awan berarak deras gempulan asap melekap di hati menangis tanpa henti dan tujuan beraksi tanpa mimpi kini lara dukaku kian jauh menghilang tanpa mata dan telinga membawa rebah ke pangkuan satu.

Penoreh Getah

Keringatnya melempah ruah ke tanah gersang jiwa dan nadi rancak berdiri membilang hidup seorang demi seorang anaknya diasuh-ajar menjadi pendinding bangsa menjadi rusuk keluarga.

Tapi tiada seorang jua zuriatnya meninggalkan bakti disebalik sebuah perjuangan hingga meracuni sebuah janji lalu menerbitkan suak airmata tiada tanding sebuah sungai jernih.

Bibir Merah

Bibir merah mengganas menghembur kata kelat kekadang bersilat kata tanpa langkah persis kumbang-kumbang jantan melagakan arah begitulah jika bibit bicara sumbang bertingkat di atas bibir merah bibir merah adakalanya mengancam dunia mengancam keimanan bibir merah selalunya berdarah merah.

Jalan Usang

Lembahnya dikikis Lopak-lepak lubang-lubang Dalam dan maut Tebing-tebingnya Condong ke barat Lalu runtuh Penyimpan sebuah misteri jalan usang dikaitkan petaka jalan usang menakutkan kerana banyak penunggu berteleku mengira siang.

Air

Air di mana-mana jika tiada kemarau panjang petani mahukan air ternakan mahukan air tumbuhan mahukan air air mahukan air supaya menjadi cair tiada air tiada udara tiada udara tiada suara tiada suara tiada kuasa air penyembuh segala setitik air sangat bernilai tika di padang pasir melarat di sebalik awan ada air begitulah kurniaan Allah s.w.t.

Episod Panjang

Merangkak detik-detik meniti episod panjang mentari terbit episod panjang juga terbit episod panjang menyambungkan dua suasana siang dan malam silih berganti dan teratur mengikut paksi.

Episod Panjang adalah perjalanan sendiri daripada sekawan semut mencari gula membawa pulang ke dalam sarang kemudian mati sendiri dalam gula penuh kemanisan itulah episod panjang yang ditempa mereka yang mencari malang yang mencari jalang dalam episod panjang.

Sebuah Kejujuran

Apakah dinamakan kejujuran dalam diri atau dalam jiwa terselit di celahan rasa di mana letaknya kejujuran di sebalik senyuman di sebalik pemberian atau hanya kejujuran yang kekal dalam hati? sebuah kejujuran tidak ada setelah terbina seteru adakah kejujuran terbela walaupun menjadi seteru? sebuah kejujuran hanya di mulut jika kita culas di tikar sembahyang.

Angin Malam

Pabila kedamaian diragut resah Sepuluh jari basah Sepuluh lautan gelora Tujuh perahu hanyut ke muara Air di sungai bertambah panas Angin malam membawa pesan bahawa; detik waktu berlalu tanpa sepatu Penunggu setia kedinginan pagi.

Bungaan

Bunga berputik setiap musim Bila sinarnya kelam Berguguran satu-satu ke bumi Layu di bibir masa yang daif Kerana masa menjanjikan musim Musim berakhir sebuah memori ada tinta sejarah yang manusia boleh menipunya tapi sejarah patuh pada janji.

Di Pinggir Itu

Di pinggir itu Suara anak-anak Mendayu memanggil ayah pulang ke pangkal jalan Mendayun ke arah muara.

Tapi hingga ke pagi Tangisan mereka tidak galak Kini mendamaikan Tujuh kuala sungai murni Namun di hati mereka Telah reput Dilanda angin derita.

Sebuah Kehidupan

Dalam setiap perjalanan ada persimpangan keliru yang runcing mengigit kaki yang tumpul di dalam tangan dalam sebuah kehidupan ada beberapa kolam ada beberapa lubang ada beberapa bauan ada beberapa warna ada beberapa keperitan sesungguhnya di antara sebuah kehidupan manusia diekori setiap masa iblis dan syaitan hanya punah membakar dengan zikirullah dan sebuah kehidupan terselamat daripada ancaman.

Kekeliruan

Jangan dilangirkan darah atas pentas durjana bertahta batu permata bercahaya berpelangi.

Jangan dilangirkan kesedihan melata di singgahsana kecurangan Bertahtakan janji-janji manis Mengelirukan satu kepercayaan.

Jangan dilangirkan waktu Yang berlari tanpa kaki Menyisir hari demi hari Bertahtakan zaman-zaman silam Cuma manusia bertuan Kepada diri sendiri Yang bernafsukan syaitan.

Jika Terjadi

Jika terjadi begini Setahun laut bergelora Setahun hujan tanpa berhenti Kemudian panas terik Setahun berterusan tanpa hujan Bumi merkah Lautan kerontang Bibir langit terluka Awan tidak semarak lagi Hingga datang satu gelombang

Kehilangan

Kata-kata beralun Bagai gelombang cinta dan cita Impian menjadi nyata Bila mahkota cinta Bersemadi di lubuk duka Angkara mungkir sebuah janji Menjadi ia satu kehilangan Tiada lagi lubuk rasa Menyentuh denai fikiran Tiada lagi rasa takut kerana mereka sudah kehilangan cahaya itu

Namun;

kesihan isterinya dulu penuh yakin setiap unggapan pasti tiada dusta kini bertemankan talipon bimbit jadi perantaraan pendustaan kesihan dia masih percaya yang orang tidak lagi percaya.

Usia Rapuh

Dikejauhan saujana memandang Usianya kian rapuh Ulat-ulat kayu meratah waktu Seisi daging memberi ruang Pada pinggir-pinggir tanah Untuk lendir danau Mengubat rumpai mati Menunggu dan memburu Usia-usia lanjut Apa yang dicari masih tercari-cari Lautan mana lagi kepuasan itu? Yang pasti menyambut jasad tiada lain cuma tanah seisi tubuhnya.

Suara Seorang Ibu

Suara seorang ibu Bagai bintik-bintik hujan pagi meredah kepingan atap nipah mendamaikan tujuh saudara sengketa kadang-kadang pilunya membawa resah di ambang duka.

Suara seorang ibu Boleh memintal tali perahu Boleh menarik sauk Boleh mengongcang dunia Boleh mendamaikan suara alam kadang-kadang pilunya kerna usianya tidak dihitung lagi.

Hatinya

Hati dirobek bimbang Diamuk resah Bilamana duri dan batu Umpama sekam dan padi Lautan menjadi kering Sawah seakan kawah Terbiar tanpa penghuni.

Hati boleh mati kerna mengikutkan hati kita sering rugi dalam ragi sering terbuai dalam mimpi Tiada disedari hati semakin sepi Sesepi ia akan pergi dan; hati pasti mati.jika tiada bajai.

Lelaki Tua I

Dirembang petang Lelaki tua muncul lagi Setiap hari begitu Bertongkat meredah sepi Baginya hari ini tidak macam esok Berlalu ia bagai meretap daging.

Ada orang mengatakan; Anak kesayangannya Gugur di medan tempur Cuma hanya membela negara Sedangkan dia Berjuang untuk hidup Mengutip saki-baki perjuangan Tetapi tiada pembelaan.

Lebuhraya

Tiada kedengaran suara hilai tempek Dari bukit pedalaman Yang menyaksikan mentari cerah Sesungguhnya petang itu Tidak seperti dulu lagi.

Kini wujud Melentang dan menyongsang Lebuhraya antarabangsa Merentangi hutan dara Meracuni penghuni tua.

Kerana; Lebuhraya pemangkin pembangunan Memijak setiap inci tanah Ada delima tertanam di dalam Diperah menjadi sebatang lebuhraya Gagah dalam satu kepuasan moden.

Namun belantara itu Pernah menjanjikan sesuatu Pada seluruh mahkluk alam Kini tiada lagi belantara Menyimpan khazanah ilmu alam Yang seni lagi seni.

KUALA LUMPUR

Dahulu ada manik-manik tertanam di dasarmu Mengalirkan darah sastria Hati batu perwira negara Kadangkala aliranmu mati Kerana kuala berlumpur Tapi lumpurmu Mencipta nama yang agong Di Persada dunia Di lipatan sejarah Kerana di situ Anak-anak hayut Bermain lumpur dan pasir Kini pasir itu jadi mutiara.

Sungai

Sungai pasti mengalir Tanpa segan dan silu pada detik yang beralun Kadangkala riang Kadangkala resah Geloramu memanjat usia Bila datang petang Ia mengalir lesu Bila datang pagi Ia bergerak sepi Tiba di muara ia Memecah ombak.

Petang yang Uzur

Usah ditangisi berlalu waktu Umpamanya menghalau titik hujan Berpiuh hujung bertembungan hilir Mengorak ke ulu hati Pabila petang berganding malam Petang yang uzur Berlaku lagi begini Bagi yang mengerti Petang itu untuk semua Untuk mengenali alam Untuk mengenali pencipta-Nya.

Langkah Keliru

Mata sering bermain helah Di jari nafsu Langkah-langkah keliru Menyusun tanpa haluan Bergerak tanpa paksi.

Tangan sering bermuslihat Menarik dan menghulur Tanpa sebab Sehingga mengatur Langkah keliru.

Langkah-langkah yang diatur Punya sebab ada tersirat Yang mempunyai langkah Sering bersilat kata Tanpa menilai dusta berkarat.

Sebuah Mimpi

Resah seringkali di kepala Hati dan fikiran berpatah-mudik Meracau tanpa tempat Diolah rentetan peristiwa Sebuah mimpi menjelma lagi Di sebalik tabir tidur Di sebalik tabir gelisah Namun sebuah mimpi Menjadi teman sejati Buat seorang yang sering resah Di dalam gelisah.

Daerah Ini

Daerah ini Suasana bagai bermimpi Unggas bertebangan setiap sudut Untaian-untaian hujan Menitis dalam sebak.

Daerah ini Keriuhan mudah pudar Heningan malam terlalu rancak Tiada orang di pinggir jalan Bersembang dan memetik gitar.

Kerana; Daerah ini Menindih satu antara kepayahan Manusia memijak duri sembilu Dalam suatu kesamaran.

Cinta

Cinta pada tanah Akan terbinalah suatu usaha Akan terserahlah segala budi.

Cinta pada waktu Akan tersemat cita tidak terperi Akan terselit satu kehidupan.

Cinta pada kedamaian Akan terselamat seluruh alam Akan senyap pergerakan dunia.

Cinta pada mati Akan membenting keimanan Akan terhindar daripada noda.

Tulang-Temulang

Setiap titis darah mengalir Adalah daripada tulang Di persimpangan satu angkara Adalah daripada tulang Orang memukul orang Adalah daripada tulang Kini tiba masa; Tiada lagi tulang Yang kuat bagai dulu Berdepan dengan kecundang Kerana tulang-temulang sudah digalang Tiada sesiapa dapat menghalang Dan berselerakan Tanpa dikenang Kerana tulang-temulang Bukan lagi pahlawan.

Penghuni Hutan Batu

Di sisi bayang-bayang diri Ia terlena dipelukan ngeri resah sekelilinginya Memagari hutan batu wajah manusia jelmaan di mana-mana di bukit permai tapi berbatu di pinggir paritan di jalanan hitam Siang dan malam meleka Penghuni hutan batu hidup dalam jerih kepayahan orang kerana di situ tiada lagi orang mengenal usia tiada lagi orang mengenal bangsa tiada lagi orang mengenal agama dan tiada bertegur sapa untuk mengenali siapa pemilik hutan batu yang sudah kematu.

Satu Misteri

Satu misteri sememangnya dicari oleh pengejar mimpi mereka mencari dan terus mencari tiada misteri yang misteri selagi ada misteri selagi itulah dicari adakah misteri itu benar misteri atau sememangnya ada pereka misteri daripada jejaring misteri lantas; banyak orang kata misteri di tempat misteri sebenarnya tiada lagi misteri bagi yang mengerti itu bukan misteri tetapi legenda misteri yang dicipta sendiri oleh mereka pencinta misteri dan; banyak orang tersesat dalam misteri yang dikatakan rezeki kerana menulis kisah misteri mengambarkan episod misteri dan sebenarnya membuatkan manusia hidup dalam misteri

Dua Subuh Berlalu

Dua subuh yang berlalu Angin mengacam rasa Jiwa-jiwa jatuh terjuntai Di bawah kepingan lalu Yang sering berjalan Tanpa kaki dan mata.

Ini adalah satu jawapan Yang pasti buatmu Yang suka melalikan subuh Yang suka melalikan waktu ia berjalan tanpa kemudi.

Manusia yang sering leka Hingga darahnya Akan mengalir bagai dipaksa terjengkit dalam lidah yang kelu di situ tiada dapat menjaring masa.

Bicara Sepi

Berjuta bicara sepi Tiada erti Esok, lusa terus memanjat diri Peristiwa-peristiwa luka jadi bahan membalut resah sentiasa sunyi.

Berjuta bicara sepi tiada yang peduli selagi mereka tiada mengerti apakah yang dicari setiap bicara ada duri setiap duri ada besi terus lebur dalam hati.

Janda

Hidupnya dirangkul masa Nyawanya derita Gigi dan hati derai Luka satu-satu Bagai gelombang senja Menghempas pantai menghempas diri.

Tiada siapa menampil diri memeluk senja yang datang dia tidak meminta dia tidak mohon simpati dia tidak mahu dibelai kerana semua itu kini ia menjanda.

Terlontar waktu sedih dalam kain yang kelam tiada lagi warna gemilang namun; cemerlang di hati tiada siapa yang tahu dia seorang wanita yang bercita menjadi janda daripada hidup terus tersiksa angkara lelaki durjana.

Kehidupan

Merenung kehidupan bagai merenung senja di kaki langit.

Merenung kehidupan bagai mengira usia di gigi air.

Merenung kehidupan bagai menghitung malam yang menunggu siang.

Merenung kehidupan bagai meniti jambatan usang tiada ikatan tiada bertiang.

Merenung kehidupan bagai mengasah parang menjadi sumbing dan tuding.

Merenung kehidupan bagai mengunyah makanan di telan dan hilang pasti ada kesudahan jadi tidak perlu membangga kehidupan jika diri ibarat tali layar

Lelaki Tua II

Di rembang petang Lelaki tua berjalan Di atas pasir-pasir panas Dulu suaranya lantang Boleh membelah air hujan Boleh mengilas ikan di air.

Di rembang petang Kelihatan lelaki tua keuzuran Minta dipapah ke hujung jalan Pasir-pasir membakar kulit kakinya Kulit kakinya hitam bertompok-tompok Kini dia sedari Suaranya menjauhkan sesuatu Kehilangan segalanya tiada tempat di mata manusia.

Di Desa Ini

Di desa ini Angin meniup kencang Merempuh pohon rimbia Meruntuh pondok petani menghiba hati nelayan

Di desa ini Panas terik membakar diri Lalang dan dedaun bergemersik Dijilat api merah yang tiada darah.

Di desa ini Penghuninya dalam kesamaran Mengejar kehidupan yang mana satu kesemua anaknya tiada mahu menjadi petani tiada mahu menjadi nelayan.

Di desa ini begitu juga di desa-desa anak muda suka berdalih dengan janji dan budi tiada mereka siapakah menjadi petani

Baka Tiada Nama

Beribu juta Benih-benih pohon teduh Mati di situ Terbiar dan mengalir Di atas tanah Di sungai jernih Di merata tanaman Di merata persinggahan.

Berjuta laksa Baka-baka baik Terhumban di medan jalang Di lorong-lorong hitam Menerbitkan kuntum-kuntum bunga Yang tiada bau dan tiada nama Sehingga lorong itu hitam Mencatat episod sejarah hanyir.

Seorang Tua

Seorang tua berlari Dulu ia mengejar bayang Meniti batas-batas reput Kuntum-kuntum seroja gugur di tubuhnya Harumnya bawa ke senja Lantas hingga ke malamnya Kuntum-kuntum seroja gugur satu-satu langsung tunasnya mati.

Bendang Kering

Kuhulurkan tangan menadah ke langit juga di mana-mana memohon restui kepada Illahi biar permatang bendang biar ruang-ruang tanah menerbitkan padi berisi sesubur lalang tanpa baja meliar lagi garang.

Kusampaikan dendam rindu untuk padi-padi mengguning untuk pak-pak tani perkasa supaya air mencurah datang bagai air di tengah arus membelah seluruh bendang banjir seluruh rumpun padi tentu padi mengguning lagi.

Mimpi Dalam Mimpi

Akanku tangkis segala mimpi yang bermain dalam mimpi menyelinap dalam diri tika tanpa sedar tapi mengerti bahawa mimpi tetap mimpi.

Sebuah mimpi menayangkan mimpi kerana mimpi itu mimpi jangan dijadikan mimpi sebagai sandaran bukti.

Kadangkala mimpi menjadi perantara mengingatkan perjalanan yang jauh lagi seni lantas mimpi mengungkap kisah misteri bagi mereka yang mengerti bukan mimpi menjadi bukti tetapi diri yang punya hati.

Sesudah Itu

Di situ kini berakhir sebuah legenda kerana ada suara sumbang melaung keganasan melaung kesengsaraan sebuah kedamaian terhumban di perbukitan memisah dua episod sejarah melayani gagak hitam di ruang angkasa buas yang langit seakan hitam sehingga menerbitkan satu suara tempikan.

Suara

Suara boleh membelah alam menarik gelombang bersama ombak menebas beluka raya membelai luka semalam merebah tiang seri memukau lidah bersilat kata.

Suara boleh membawa kedamaian menyatu seluruh alam pepohon kayu menjadi satu menjadi senjata karat melarat akhirnya suara menikam dalam dan luar menjadi pembunuh.

Budimu

Akanku tabur budi-budimu di atas buih-buih ombak biar ia menjadi satu bergumpalan macam gunung beralun menjadi sinar mutiara bercahaya menikam kalbu.

Akanku rangkaikan kata-kata di pohon cemara rendang di pohon akar-akar jirak akanku teguk setitik air akar jirak pengubat segala rindu terpendam dalam kalbu.

Bila Marah

Bila marah Segala pandangan kabur yang dilihat melata sebuah bukit padang jarak sebuah lautan menjadi arang.

Bila marah segala kaca terhempas segala kata menjadi nista bibir menjadi merah pipi tiada berurut.

Kilang

Di dalam tubuh ada kilang menakungkan hati menakungkan ilmu menakungkan budi darah mengalir setiap sendi kekadang bibir luka kekadang wajah pucat kerana kilang dalam tubuh mogok perjalanan amat sukar harga kemanusian tinggi lalu ia berhenti degup jantung tiada lagi.

Ruang

Ruang Adakalanya sempit Adakalanya luas Bagai pantai terbiar Bagai sungai memanjang sepi.

Ruang adalah suatu pembalasan satu hukuman pedih satu penganugerahan kepada yang berbudi lantas ruang menjawap segala persoalan lahir dan batin sesungguhnya; manusia akan mengisi ruang.

Kejadian

Sinar suria melempar cahaya dari langit dari awan bila hujan menangis mereka berjabat salam mengatakan kedamaian alam mengatakan Allah s.w.t Maha Besar Maha Perkasa mereka sentiasa bersyukur.

Sinar suria menarik cahaya pabila malam berjabat tangan memberi salam pada siang malam menakutkan kerana dia hitam legam tapi ada rahsia untuk mereka yang tahu rahsia.

Siang itu ceria semua manusia suka kerana ada cerita dalam cerita senja mengamit gembira orang yang putus cinta orang yang dahaga dan selalunya senja tiada berkabus kerna bahang mentari masih memutik.

Kerana Dia Wanita

Kata orang; tangan yang menghayun buaian akan mengegar dunia kerna; tangannya memotong sayur tangannya memerah pakaian tangannya memukul anak tangannya mengguli tepung tangannya tiada kering sehingga jari menggelupas.

Namun; tiada suara simpati biarpun suaminya mengerti tangannya penat untuk memegang bucu bantal untuk merapat ekor mata tetapi tangannya tetap menyentuh apa saja selagi terdaya sehingga dibaluti kain putih.

Merajuk

Dia mencoretkan kata-kata itu dengan bermadah dengan nyanyian dan bermadah tinggi mengenali alam dalam bahasanya.

Dia mencoretkan kata pilu dalam sedu malam dalam tabir senja mengawang di kaki gunung bahasanya bahasa kalbu mencucuk liang roma.

Pabila manit air menitis itu tanda suaranya basah dengan dendam tujuh keturunan tiada lagi menjejak kaki di bumi dirinya merajuk.

Tidak Mengerti

Semua orang tidak mengerti apa yang dimengertikan bagi mereka yang telah mengerti sebenarnya mereka tak mengerti istilah mengerti itu.

Tidak mengerti ertinya apajua bahasa daripada pengistilahan dan segalanya itu dimaksudkan tidak mengerti memang itulah istilahnya.

Dia tidak mengerti dengan bahasa mulut dengan bahasa kalam dengan bahasa halus apalagi bahasa tersurat.

Dia cuma mengerti bahasa ringgit yang merah menyala yang biru mengundang dan warna-warna duit itu paling dia mengerti.

Saudara Jauh

Ayam di kepuk padi air di muara Lalang beralun ditiup angin tiada hujan tumbuh jua di seberang ada medan perang ada medan tegang urat kini; ayam bukan di kepuk padi bertaburan di tengah laman mencari makan sambil berkais adakala dapat cincin adakala dapat tahi tetapi tahi dan cincin memang dicari untuk makanan.

Warna

Warna adalah simbol Merah Biru Putih Kuning Hijau Kelabu Jingga Unggu Hitam Jika merah Satu petanda garang, tegas, berani Jika biru Satu petanda lembut, ayu, setia Jika putih Satu petanda bersih, suci, jujur Jika kuning Satu petanda kebesaran, keagungan, kemewahan Jika hijau Satu petanda ketenangan, lembut dan warna agama Jika kelabu Satu petanda selamba, keanihan Jika jingga Satu petanda kekaburan, keangkuhan

Satu Coretan

Satu coretan rindu berlagu bersama pena di bawah pohon rendang diukir resah perinduan uda dan dara coretan itu bergalah dalam dasar ciptaan semakin dalam semakin parah.

Bahasa coretan ada sedu bahasa coretan ada pilu pilu dan sedu ada lagu dan lirik tersendiri jika ingin bahasa coretan tempahlah sengketa ciptalah seteru.

Rumput-Rumpai

Rumput-rumpai jadi jalang pada padang ragut jadi jalang pada permainan bola di atas padang ada rumput-rumpai yang menjadikan rumput adalah rumpai.

Jika tiada embun rumput-rumpai tidak segar jika tiada mentari rumput-rumpai tidak segar jika tiada dipijak rumput-rumpai menjadi lalang sesungguhnya lalang adalah jalang.

Pendustaan

Di pinggir itu Suara garang bak harimau puaka Memecah setiap ruang angkasa Laungan keperitan dari mangsa Bergema ngeri dan ngilu Dulu kedengeran suara sumbang Menangis di jalanan usang Memdabik dada menghilai suara gagah Katanya kudratnya Membekukan sebuah lautan Meruntuhkan kaki gunung Tetapi kini Tanah-tanih menindih-nindih Relai tawa kepada Satu pembohongan sahih.

Penantian

Penantian menjadi seksa Mencari suatu dalam diri Memaksa sebuah perjalanan Menjadi dekat dan pendek penantian satu pemburu waktu yang sia-sia bosan lagi membosankan.

Penantian menjadi seksa Jika hasil melukakan Jika benar tetapi tidak pasti Lalu ia runtuh menjadi dinding Buluh dan pinang menjadi reput penantian menerbitkan permusuhan antara dua benua pengoncang alam.

Hadiah

Satu hari Bapa kembali dari Mekah Jernih terukir di wajahnya Kerdipan cahaya memancar Setiap ruang rongga diri Kupeluk dengan tangisan Membawa reda rindu lalu Kerintihan tidak seperti dulu.

Lalu Sebuah kupiah beserta tasbih Hadiah untuk Kerana katanya Rentetan waktu bagiku panjang Supaya aku tidak menjengah rembang petang bergerigi jika peluk gunung biar namanya terpahat di atas batu di mana-mana.

Dua Perbezaan Dua Suasana

Zink dan atap genting Satu perbezaan dalam dua suasana Batu dan kayu bertingkat Satu perbezaan dalam dua suasana Jika batu tatacara ke bukit Jika kayu tatacara ke mentari terbit.

Merah bererti garang Darah adalah nyawa Bernyawa satu kesombongan Begitulah perbezaan Zink dan atap genting Masing-masing ada tatacara Masing-masing ada nilai.

Namun; yang mana menjadi ukuran kedarjatannya antara zink dan atap genting jika dalam diri berzink dan beratap genting semuanya itu pegangan dunia mengatakan suasa sebagai emas.

Sebuah Kereta Sapu

Semalam steringnya bergegar Meliuk-liuk umpama tongkang senget Kusyen berpejat Berlubang merata bucu Darah-darah sering kebas Setiap penghujung perjalanan Tiada kereta sapu Tiada urusan selesai Dalam perantaraan sebuah bas Perkhidmatan awam yang selalu Menghelah waktu Sering terbengkalai Di bengkel buruk Sebuah kereta sapu Membawa erti pelanggan setia Setiap hujung minggu Yang selalu kelabu.

Batu Karang

Karang di lautan indah Menarik di mata manusia Karang di darat huduh Lusuh setiap hari Tiada berlawanan warna Tiada berlawanan cahaya.

Karang di lautan cantik Jadi perhiasan rumah Karang di darat buruk Pudar setiap hari Tiada boleh membilang hari Tiada mengheret nyawa Sebuah persimpangan terhenti Di sudut pertarungan hidup.

Gunung

Di kaki gunung seorang tua bersedih Mendaki hingga ke puncak penuh sayu Dalam keletihan ia meraba resah Seumurnya tidak dapat kerdipan cahaya diusianya perjalanan sering terhenti Jambangan cinta sebuah keluarga hancur Digilis masa dan waktu Keadaan telah memisah dua suasana Ketentuan Allah s.w.t penyebab segala belaku begitu;

Kini seorang tua sering di situ Gembira melihat tumbuhan memanjat gunung merenget bukit Di celah batu ada mata air mengalir Pembasuh derita Tapi desis hatinya berkata Menanti jika gunung rebah ke riba dan memekik suara alam bebas kedengaran di mana-mana dan dia berteleku puas mendengar gema suara itu.

Kerana Lautan

Lautan sering tertimbus Dengan nyawa manusia Dengan nyawa haiwan Dengan nyawa segala makhluk Dulu kemarin ia meragut nyawa Seorang ayah punya anak lapan Perahunya diragut ombak lalu bocor Semalam ia meragut nyawa Seekor kambing mencari makan di tepi pantai Lalu di sambar ombak Mengheret ke tengah lautan.

Dan hari ini Ia meragut tebing-tebing pantai Menjadi dataran bergerigi Lalu kampung nelayan Tersadai di ambang duka Nelayan menjadi resah Kerana lautan sesungguhnya lautan menjalankan kewajiban menentukan alam ini bergelora kadangkala damai kadangkala kesat dengan airmata jernih

Alamat

Dia resah kerana mimpi duka berjabat tangan semalam sebab terlalu lama tidur tiada bermain mimpi mimpi itu Datang seorang ulamak Di celahan asap-asap hitam Berteleku bersama sebuah kitab usang Habuk-habuk bertebangan Lari mencari sudut.

Lagi; Dari mimpi aneh itu muncul satu kerdipan cahaya Melintasi seluruh angkasaraya dalam mimpi memaksanya berfikir Mungkin itu alamat Menjangkau zaman ini memaksa dia berdiri teguh memegang erat Al-Hadith dan Al-Quran kerana khazanah itu banyak diperdebatkan orang banyak dari luar benua.

Satu Kehancuran

Di celahan runtuhan asap di langit Suasana di seluruh benua gelap Khabarnya angin panas meniup arah songsang tanpa pedoman Khabarnya juga sungai di tujuh kuala tandus Batu-batu tajam di atas gunung gugur Membunuh makhluk di bumi Itu pertanda buruk Mengisahkan gegaran alam reaktor pemusnah mulakan episod Sebuah kehancuran datang Menyahut cabaran manusia yang mendustakan kenyataan bahawa udara berwarna-warni memenuhi ruang udara memerangkap sarang hidung terjerat dalam musibah ditempa atas kezaliman ditempa atas kerakusan ditempa atas kecuaian mereka janji itu tetap ada dan pasti.

Pemandu Teksi

Setiap hari Kereta berjalur merah dan putih Merempuh kota Merempuh desa Melintasi setiap inci tanah Allah s.w.t. Meniti hidup gerutu berkerikil.

Kekadang teksi itu bertindih Antara kepayahan dan keperitan Kerana mencari mimpi di dalam mimpi mengejar siang yang pendek berlari bersama malam yang panjang.

Pemandu teksi tetap berembun Mengusung cita keluarga Sembilan anak dan isteri di bahunya Meminta-minta sesuatu yang belum pasti Kepala pemandu teksi bertambah botak dan bersegi cita-citanya masih bergerigi.

Sebuah Sawah Terbiar

Sebuah sawah terbiar Menjadi rimba rana Senduduk dan lalang bersekedudukan antara nampak dalam diam sawah bersarang rumput jalang.

Sawah terbentang terbiar Tiada seorang menegur –sapa Menabur budi Untuk hiasan jendela pagi untuk ukiran santapan malam.

Kini sawah terbentang Menjadi padang golf Menabur buih peluh ternama Menitiskan tinta pahit untuk pendokong warisan esok yang tidak mengerti apakah berlaku semalam.

Seorang Penyajak

Seorang penyajak Duduk di antara batu dan tanah Menganyam waktu demi zaman Berlangirkan bingkisan pada sebuah karya-karya yang cuma difahami mereka yang mengerti bahasa karya.

Di bawah unggun api sebuah kehidupan dia melakarkan sesuatu yang sukar dibaui renteten masa merakam peristiwa semalam dan esok seorang penyajak cuma membongkar sesuatu dalam jiwa dalam diri supaya mereka mengerti bahasa jiwa dalam bahasa karya.

Persoalan di hatinya merintih Bilakah datangnya suara dari arah langit Memanggil pulang Menjanjikan sesuatu diharapkan Biarlah setiap helai puisinya Menjadi saksi sebuah kehidupan Bagi seorang penyajak.

Hidup

Hidup rasa; Manis

Masin Masam Mangkau Payau Pedau Pahit

Pedas

Kelat.

Hidup bau; Hanyir

Hapak

Hancing Hamis Haget.

Begitulah kehidupan menjaring segala bau-bauan mempunyai makna tersendiri yang dimengerti dalam falsafah kebauan.

Penjual Nasi Lemak

Awal pagi hening Penjual nasi lemak Penunggu di persimpangan Laluan orang ramai Menanti setia Pada pelanggan yang simpati Pada usianya.

Penjual nasi lemak Kadangkala berhujan di situ Bersama nasi lemak hampir basi Kini tak punya erti Sebuah kehidupan menjunam.

Malam Ini

Di sekitar malam ini Suara kehidupan Tersepit di celah dua permatang hati Lalu kerinduan Merisik sebuah legenda Dalam gemersik alam Sebuah kapal tenggelam Hingar-bingar Berperang dengan udara panas.

Sebuah Senyuman

Bila sekuntum senyuman dilontar jauh Memanjat bukit dan gunung ia boleh menarik gelombang menjadi hamparan bukit menjadi sebuah bingkisan bahasa lama bahasa raja.

Sekuntum senyuman bak bunga kembang pagi layu diukir jambangan malam sekuntum senyum bisa mengalirkan airmata di hujung pipi dan kisah seorang anak gadis bermata galak pernah mengeluarkan airmata daripada tangisan sia-sia kerana bibit-bibit titisan hitam terpalit di persimpangan.

Sebatang Jalan

Di jalanan pulang Ada kapas hanyir Berlendir menunggu di simpang jalan Seekor ketam batu Tersepit di dua muara sungai Airnya keruh dan jalanan pulang Menyesatkan kerana jalan tertimbus.

Tapi; ada orang mengali sesuatu di tepi jalan mencari sesuatu jika ada mutiara di situ jika ada permata tertanam bersama kepekatan malam dalam suara yang tersekat dari api kemarahan manusia.

Mereka

Bawalah mereka pulang dengan seribu wajah Bergayut di sebatang galah bawalah mereka ke peraduan malam yang lenanya sehingga ke pagi biar tenang air kedamaian dalam hati dalam diri.

Sesungguhnya mereka dalam kesesatan dalam pemburuan tersekat di lurah bukit yang di antaranya ada sepasang merpati putih tapi liar sehingga memaksa mereka mengejar dan tersalah langkah dan terperangkap.

Bawalah mereka pulang sebelum air sungai keruh di muara sebelum hujan tiada gugur warna putih sebelum udara tiada berwarna sebelum penafasan selesa menghirau kenikmatan alam sebelum semuanya tiada.

Sebuah Padang

Jika ditinggalkan sebuah padang akan menjadi lalang ada duri sembilu dalam lalang yang tajam miang lalang meninggalkan kesan sehingga dua zaman manusa berperang kerana mencari aman.

Sebuah padang kini terbentuk bungkah dan batu berselerak sudah tidak ada mutiara di dalamnya tapi sebuah padang menjadi bendang satu medan pertempuran yang sia-sia kerana di sebelah barat orang melihat sebagai episod kaum yang terleka kerana kebuasan nafsu yang tidak terkawal.

Kata-Kata

Kedua bibir selalu tersangkut dan tersekat kerana bibir gagal mengemudi kata-kata yang sukar menimbang pedih dan manis sebuah suara.

Kata-kata sering menyelongkar bahasa marah bahasa dendam daripada hati yang tidak tenteram Ia selalu merkah di antara bibir yang melukakan Dan kata-kata terasa kelat pabila tiada orang mendengar kata-kata yang berselindung daripada kata-kata yang semuanya hanya pura-pura itulah; jangan berkata-kata jika tidak perlu berkata-kata.

Jenis Yang Sama

Jenis yang sama Boleh merakam setiap waktu.

Jenis yang sama Boleh mengarah setiap anggota.

Jenis yang sama Boleh beralah dalam perdebatan.

Jenis yang sama Awan adalah sebuah rumah

Jenis yang sama boleh memasang pukat menjadi jerat.

Jenis yang sama boleh menolak perahu ke gigi pantai.

Jenis yang sama boleh menidurkan anak yang meragam.

Jenis yang sama boleh memakan apa saja asalkan halal.

Jenis yang sama boleh membawanya ke masjid.

Rambut

Mentari merubah wajah Memutih rerambut Sesiapa jua Jika api-api panas Membakar liang urat Sebuah sejarah Terpamir di antara rerambut Dan putih Menandakan sebuah perjuangan akan berakhirnya sebuah perjalanan menunggu saat-saatnya “ada orang kata” rambut yang putih adalah cahaya dari syurga jika beramal tidak memilih pahala.

Takdir

Anak tukang besi Dulu miskin Ditakdirkan Jadi pemimpin agong Ulung lagi berani.

Anak penoreh getah Dulu terbiar kehidupannya Bagai rumput di tengah lalang Ditakdirkan Menjadi Perdana Menteri Suaranya lantang membelah bukit.

Anak penarik beca dulu dihina umpama anjing Jadi hamba menjaja tiket loteri Menghirup air-air kotor di persimpangan jalang Ditakdirkan Memegang kuasa dunia Kerana tindakannya Mengganas bagai halilintar.

Dalam Pencarian

Bayang-bayang diri Merentas rimba rana Bergelumang ke hujung senja Melontar lembing sakti Di sebuah bukit permai.

Lalu ada orang tua bongkok Menghayun cangkul Mencari-cari sesuatu Jika ada budi tertanam di dalamnya Ia akan membawa pulang Untuk keluarga dan sanak-saudara Ia tentu gembira Kerana hari masih siang.

Tujuh Bersaudara

Emas sebungkal di dalam kolam Bersama sekeping tanah Dibahagi tujuh saudara.

Saudara satu menerima sebahagian Ia menjadi alpa diri Bongkak dan takbur.

Saudara dua menerima sebahagian Ia menjadi penipu Peminum arak dan pemabuk.

Saudara tiga menerima sebahagian Ia menjadi gila isin Tidak meninggalkan ibadah walau sesaat.

Saudara empat menerima sebahagian Ia menjadi liar dan melarat Terdampar menagih sempati.

Saudara lima menerima sebahagian Ia menjadi taat dan penyabar Terkawal segala perasaan dan membela saudara.

Saudara enam menerima sebahagian

Pengemis Tua

Pengemis tua dirempuh usia dimakan anai-anai pada kesentosaan pada kedamaian kini dirinya bersama rindu memanjang menanti mentari pagi yang sukar berlaku yang mustahil terjadi Jika redup tiada dia menjejak kaki bukit yang nampak berbalam cuba memegang awan germawan tapi tiada upaya kerna kepedihan memanjat jiwa dalam tinta sejarah pengemis tua dulunya membazirkan usia.

Suatu Ketika

Dulu Pada suatu ketika Suara ombak membelah bumi Tangisan beburung memintas angin Batu-batu berkeracak Ke jantung dunia.

Dulu Sewaktu belum mengenal tanah Burung merpati putih Sayup bertebangan di awan biru Air laut payau Ombak juga tidak mengilas gelombang Pantai tidak sempit Lautan terbina luas.

Satu Penantian

Saudara kehidupan Membelah hari bersimpul Semangat berliku warna Tiada kecundang menentang mata Menarik pipi ke kulit muka.

Terbang cemara Seringkali memecah kedamaian Awan biru tidak selaku Seorang pemuda suka berteleku Menanti bulan rebah Ke riba bumi.

Kerdipan cahaya Seolah menentang hari Waktu-waktu surut mengalir Sesepi muara berdarah Dan di situ Satu penantian yang pasti.

Suara II

Dulu suara menyelinap Membelah tabir malam sepi Merentap ruang-ruang beku Kini resah tiada tali Kerana sungai-sungai bukit Mengalir mudik Menentang gelombang gila.

Dulu suara menyelinap Membelah resah di hati Menenti sebuah siksa Di perlembahan sunyi Kerana detik waktu merejam diri Melangirkan darah sendiri.

Kini suara itu Ditepung-tawar di atas bukit Dengan cahaya lilin Kelam hingga padam.

Tangisan

Angin ribut Meruntuhkan sebuah kota batu Lebuhraya terbungkang Air laut pasang tidak menentu Jeritan ikan diair Menggondolkan sebuah bukit.