ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN DALAM PENGUR (1)

ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN DALAM PENGURUSAN WARISAN BINA
BANDAR: SATU KAJIAN KE ATAS BANDARAYA KOTA KINABALU
Zainuddin Baco dan Bilcher Bala
[email protected] dan [email protected]
ABSTRAK
Warisan bina merupakan sebahagian daripada bentuk warisan budaya yang amat
bernilai dan berharga bagi sesebuah tamadun masyarakat manusia dan negara amnya.
Peranannya dilihat sebagai satu kekuatan komitmen yang menyatukan pegangan
masyarakat untuk mengekalkan dan memelihara warisan yang menjadi bukti kepada
perkembangan sesuatu tamadun ataupun negara. Justeru, satu usaha pemuliharaan dan
pemeliharaan berterusan perlu dilaksanakan berlandaskan prinsip atau garis panduan
pemuliharaan. Namun dasar pembangunan di Malaysia yang dilaksanakan untuk
mengejar status negara maju menjelang tahun 2020 acap kali mengabaikan faktor
pengurusan warisan bina bandar. Dengan menfokus kepada kawasan Bandaraya Kota
Kinabalu sebagai kawasan tumpuan, kajian ini cuba menghurai isu pengurusan
warisan bina bandar berdasarkan kes pembangunan dua tapak warisan bina yang
berkaitan. Perbincangan kertas kerja ini akan terlebih dahulu memberikan takrifan
pengurusan warisan bina bandar dan warisan bina, dan seterusnya memperincikan isu
pembangunan dan pengurusan warisan bina bandar di Bandaraya Kota kinabalu serta
memberi tiga cadangan panduan umum mengenai pelaksanaan pengurusan bina
bandar yang berkesan.


Katakunci: Pengurusan Warisan, Warisan Bina, Pemuliharaan, Pemeliharaan, pembangunan
Kota Kinabalu.

PENGENALAN
Pengurusan warisan bina bandar merupakan satu cabang ilmu pengajian warisan yang sering
mengundang pelbagai konflik dengan tuntutan arus pembangunan dan pemodenan. Hal ini
kerana tinggalan warisan budaya bina yang berbentuk statik lazimnya terletak di kawasan pusat
bandar dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan warisan budaya
bina bandar yang banyak terdapat di negara membangun sering kali berdepan ancaman
kemusnahan akibat tuntutan arus kemajuan. Perkara ini diburukkan lagi apabila wujudnya pihak
yang menganggap pengurusan warisan bina bandar sebagai suatu idea yang konservatif dan
menolak kemajuan pembangunan. Walhal, pengurusan warisan bina bandar bukan bermakna
menolak pembangunan fizikal secara keseluruhannya, tetapi pada realitinya membenarkan
pembangunan selagi pembangunan tersebut tidak membawa kemusnahan terhadap warisan
1

budaya bina bandar sekali gus sebuah bandar yang ideal dan sempurna dapat diwujudkan (Yazid
Saleh, 2010:4). Pada masa yang sama warisan bandar tidak terkecuali daripada ketidakselarasan
birokrasi khususnya dalam aspek perundangan yang melibatkan bidang kuasa dan

penguatkuasaan.
Bandar lama yang ideal dan sempurna seperti ini yang mengamalkan pengurusan warisan
bina bandar sebagai salah satu elemen penting dalam proses pembangunan fizikal dapat dilihat di
dapat dilihat di negara maju seperti Itali, England, Francis, Sepanyol, Jerman dan China. Maka,
tidak hairanlah negara ini bukan sahaja terkenal dari segi pembangunan ekonomi dan fizikalnya,
tetapi juga menjadi negara contoh dalam pengekalan fizikal warisan budaya bina bandarnya.
Walau bagaimanapun, perkara ini kurang direalisasikan dalam konteks pembangunan di negara
membangun seperti Malaysia. Matlamat negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang
tahun 2020 acap kali mengabaikan aspek pengurusan warisan bina bandar di kebanyakan
wilayah dan perkara ini amat ketara di negeri Sabah. Keadaan ini jelas diperlihatkan apabila
kebanyakan bandar utama misalnya Kota Kinabalu yang suatu ketika dahulu kaya dengan
tinggalan infrastruktur kini sedang berdepan dengan pelbagai ancaman kemusnahan.
Takrifan Pengurusan Warisan Bina Bandar
Sebelum ini, tidak wujud satu konsep yang khusus yang digunakan untuk mentakrifkan
pengurusan warisan bina Bandar. Justeru, konsep lazim yang digunakan adalah pelbagai seperti
pemuliharaan bandar, pengurusan bandar dan lain-lain lagi. Ternyata konsep yang sedia ada itu
agak kabur dan kurang terperinci. Menurut satu definisi yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perancangan Bandar pada tahun 2000, menyatakan segala proses yang terlibat untuk menjaga
sesuatu tempat untuk tujuan memelihara1 kepentingan budaya (Jabatan Perancangan Bandar,
2000).


Manakala

menurut

Majlis

Perbandaran

Melaka

Bandaraya

Bersejarah

pula

mendefinisikan pemuliharaan bandar sebagai satu tindakan menyeluruh, iaitu satu proses yang
terlibat untuk menjaga sesuatu tempat bagi tujuan memelihara kepentingan budaya (Majlis
Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, 2002:5). Seorang pakar tempatan, A Ghafar Ahmad

pula mendefinisikannya sebagai satu penjagaan dan pengekalan warisan bandar daripada

1

Tindakannya seperti perawatan mengikut keadaan tertentu termasuklah pengekalan, pemulihan,
pembangunan semula dan penyesuaian.

2

dimusnahkan

atau

diubah

tanpa

pengawalan

dan


pengurusan

yang

sistematik

(http://www.hbp.usm.my/conservation/.)
Paul Box pula mendefinisikan pemuliharaan bandar sebagai semua proses yang
merangkumi

pengiktirafan,

penghuraian,

pemeliharaan,

keselamatan

dan


keseluruhan

pengurusan ke atas warisan budaya bina (Paul Box, 1999: 5). Tambah beliau, matlamat utama
pemuliharaan bandar adalah untuk memastikan wujudnya perlindungan berterusan ke atas
kepentingan warisan, ketelusan dan keaslian sumber warisan budaya bina untuk diwarisi oleh
generasi kini dan akan datang melalui pemeliharaan dan pengekalan sumber warisan yang sedia
ada. Manakala Jabatan Alam Sekitar dan Warisan Kerajaan Australia pula mentafsirkan,
pengurusan warisan bina bandar merupakan satu proses yang mengurus sumber warisan
berbentuk fizikal bagi mengekalkan nilai warisan budaya sedia ada (Zalissa Zaini, 2006:34).
Sumber warisan berbentuk fizikal ini terdiri daripada benda, bangunan warisan, monumen,
landskap, taman, jalan, dan tapak bersejarah. Pengurusan warisan yang dibuat lazimnya akan
mengambil kira kitaran yang dibuat ke atas sesuatu sumber warisan dari segi pemeliharaan,
pengurusan, penggunaan, kos pemeliharaan dan pelupusan.
Dengan mengambil kira definisi atau konsep pengurusan warisan bina bandar yang
berkaitan, dapatlah dirumuskan bahawa pengurusan warisan bina bandar adalah sebahagian
daripada pengurusan sumber warisan yang meliputi hal-hal yang berkaitan dengan usaha
perlindungan, pemeliharaan dan pemuliharaan ke atas apa juga bentuk dan kepentingan sumber
warisan budaya bina masyarakat lampau di kawasan bandar. Ia juga ditakrifkan sebagai satu
bidang yang mengkoordinasikan pengurusan yang meliputi perancangan, pengorganisasian,

pengawalan dan pelaksanaan berkaitan dengan warisan budaya bina; pemuliharaan dan
pemeliharaan warisan budaya bina yang meliputi; pembinaan semula, pencegahan dari
kemerosotan, pengekalan dalam bentuk sedia ada, pengukuhan ke atas bahan, pengembalian
semula, pemulihan dan pengeluaran semula, dokumentasi data dan arkib; penggubalan dan
penguatkuasaan undang-undang; institusi permuziuman dan jabatan berkaitan; pendidikan;
pengkomersian warisan budaya bina dan penglibatan Badan Bukan Kerajaan ke atas warisan
budaya bina di sesuatu

kawasan yang dianggap bandar seperti kawasan, tapak, bangunan,

landskap dan lain-lain supaya berada dalam keadaan yang baik dan sempurna (Basley Bee
3

Basrah Bee & Bilcher Bala, 2008:42-65, Yazid Saleh, 2010:10). Takrifan yang luas ini bermakna
pengurusan warisan sebagai induk kepada bidang ilmu lain seperti sejarah, geografi, konservasi,
mahupun bidang pengurusan yang lain. Ianya hanya bersifat platform kepada integrasi antara
bidang dengan tinggalan warisan budaya khususnya warisan budaya bina dengan pendekatan
berbeza-beza. Disiplin ilmu ini mula terbentuk sebagai perkhidmatan kerajaan untuk melindungi
tapak warisan budaya bina. Dilaksanakan oleh institusi permuziuman, untuk melindungi,
konservasi dan pemeliharaan menerusi pelaksanaan dasar kerajaan. Kemudian, segala praktis

yang diamalkan oleh pihak muzium telah dikaji oleh institusi akademik untuk membantu proses
penambahbaikan kerja perlindungan, konservasi dan pemeliharaan ke landasan yang betul
dengan berpandukan kepada teori, prinsip dan etika pengurusan warisan bina bandar yang betul
dan bersesuaian. Sama ada ilmu ini terbentuk menerusi sistem pentadbiran kerajaan ataupun di
Universiti, tetapi matlamatnya adalah sama iaitu melindungi, konservasi dan pemeliharaan
warisan budaya bina.
Warisan Bina
Dalam konteks Malaysia, istilah lazim bagi merujuk kepada warisan bina dilihat secara
berasingan dan bersifat umum. Misalnya, takrifan berdasarkan peruntukan undang-undang
seperti Akta Warisan Kebangsaan 2005, Enakmen Warisan Budaya 1997, Enakmen BarangBarang Kuno dan Harta Karun 1977 dan takrifan berdasarkan pandangan sarjana bagi
mentafsirkan warisan budaya, bangunan dan monumen. Hal ini berbeza dengan tafsiran dalam
konteks akademik di negara Barat. Lazimnya mereka menggunakan istilah seperti Urban
Heritage (warisan bandar), Built Heritage (warisan bina) dan Culture Heritage (warisan budaya)
bagi memberikan satu definisi atau konsep yang menyeluruh berkaitan dengan konsep warisan
bina.
Melalui kertas kerja ini, aspek tafsiran dan definisi “warisan budaya”, “bangunan” dan
“monumen” akan diteliti secara berasingan bagi memberikan satu pengertian yang khusus
berkaitan dengan “warisan bina”. Takrifan “warisan budaya” menurut Enakmen Warisan Budaya
1997, mentakrifkan warisan budaya dalam seksyen 2, iaitu: termasuklah mana-mana bendapurba,
benda bersejarah, tapak tanah bersejarah, tapak tanah, kawasan (sama ada atas tanah atau dalam

laut), fabrik, bangunan, struktur, bahan turutan bangsa, karya seni, manuskrip, duit, wang kertas,
4

pingat, lencana-lencana, lambang, tanda kebesaran, bendera, perisai, kenderaan, kapal dan pokok
yang mempunyai kepentingan dan keistimewaan seni bina estetika, sejarah, kebudayaan,
saintifik, ekonomi, alam sekitar atau lain-lain kepentingan atau nilai dan telah diisytiharkan
tertakluk kepada pemuliharaan dan pemugaran di bawah seksyen 4(1). Dalam konteks Dalam
konteks Jabatan Warisan Negara (JWN) menerusi Akta Warisan kebangsaan telah membahagikan
warisan budaya telah dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama warisan ketara iaitu
sesuatu yang kekal dilihat dan dipegang, sama ada warisan statik 2 atau warisan mudah alih.3
Kedua Warisan tak Ketara iaitu warisan tidak nyata atau ilmu atau kepakaran yang ditafsir
melalui tradisi lisan, nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan.
Takrifan “Bangunan” pula merujuk suatu bangunan atau kumpulan bangunan yang
berasingan atau bersambung, yang disebabkan oleh seni binanya, kehomogenannya atau
tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni
atau sains. B.M, Fielden, mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai sesebuah bangunan yang
dapat memberikan perasaan kagum dan menjadikan masyarakat ingin mengetahui lebih lanjut
mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya (B.M., Fielden, 2000:6-7). Beliau turut
menambah bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu telah bertahan sehingga 100 tahun usia
penggunaannya, sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah. Dalam erti kata yang lain,

sesebuah bangunan itu bolehlah digelar sebagai bangunan bersejarah sekiranya ianya mempunyai
nilai seperti seni bina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial, politik, rohani
dan simbolik. Terdapat dua jenis bangunan warisan yang dipulihara di Malaysia, iaitu Bangunan
Tradisional4 Melayu dan Bangunan Kolonial.5
2

Bentuk warisan statik merujuk kepada tapak tanah bersejarah, monumen, bangunan atau sesuatu yang
tidak boleh dipindahkan.

3

Bentuk warisan mudah alih merujuk kepada bentuk warisan yang boleh dialihkan dari satu tempat ke
tempat yang lain seperti batu nisan, ukiran kayu, manik dan manuskrip.

4

Bangunan tradisional di Malaysia umumnya merujuk kepada rumah tradisional Melayu serta peribumi
Sabah dan Sarawak serta Orang Asli. Ia juga merangkumi lain-lain bangunan tradisi Melayu, Siam, Cina
dan India seperti istana, masjid, madrasah, tokong, kuil serta rumah tradisional kaum Cina dan India.
Kebanyakan bangunan tradisional khususnya rumah tradisional Melayu dan Siam di Semenanjung serta

rumah tradisional peribumi di Sabah dan Sarawak dibina keseluruhannya dari kayu serta gabungan lain-lain
bahan organik seperti nibung, buluh dan atap rumbia, bertam atau genting tanah liat. Ini merupakan bahan
yang mudah luluhawa.
Bangunan kolonial adalah satu lagi kategori bangunan yang mendominasi landskap seni bina di Malaysia.
Malaysia mempunyai koleksi bangunan kolonial yang sangat kaya, bervariasi dan unik. Seni bina kolonial
kebanyakannya adalah untuk bangunan pentadbiran kerajaan, bangunan awam, sekolah dan struktur serta

5

5

Takrifan “monumen” pula didefinisikan sebagai kerja seni bina, kerja membuat arca dan
mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua
dan gabungan ciri, yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni
atau sains. Monumen juga dapat ditafsirkan sebagai segala hasil buatan manusia yang tidak
mudah alih seperti; bangunan dan tapak bangunan, runtuhan bangunan dan struktur, tugu atau
kubu, kubur dan batas kubur, tapak arkeologi dan sebagainya (Siti Nor Fatimah Binti Zuraidi,
et., al, 2010:4). Manakala, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) telah menghalusi konsep monumen kepada kategori. Kategori pertama adalah
dinamakan Dead Monuments iaitu merujuk tinggalan monumen dari tamadun mahupun kerajaan
lepas yang fungsi asalnya tidak digunakan lagi. Kategori kedua pula adalah dinamakan Living
Monuments yang merujuk adalah tinggalan monumen lepas yang masih digunakan atau masih
menjalankan fungsi asalnya ( UNESCO, Convention for the Protection of Cultural Property in
The event of Armed Conflict, The Hague, 14 Mei 1954).
Di samping itu, terdapat satu takrifan yang lebih terperinci dikemukakan oleh Andrew
Ballantyne bahawa warisan bina pula dapatlah dirujuk kepada sebarang warisan budaya dalam
bentuk statik yang meliputi sebarang tinggalan struktur yang dibina sama ada monumen,
bangunan, kumpulan bangunan, tugu peringatan, rumah individu, deretan rumah kedai dan
landskap yang diwartakan sebagai warisan budaya atau bangunan bersejarah yang disebabkan
oleh faktor usia, seni bina, teknologi pembinaan, kehomogenannya atau tempatnya dalam
landskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, sains dan seni yang
dapat memberikan perasaan kagum seterunya menyebabkan masyarakat ingin mengetahui lebih
lanjut mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya (Andrew, Ballantyne, 2002: 7).

ISU PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN WARISAN BINA BANDAR
monumen seperti jambatan dan menara jam.

6

Ketidakseimbangan dasar pembangunan sesebuah negara lazimnya menjadikan kepentingan
sesuatu warisan budaya khususnya warisan bina yang sememangnya penting terpaksa
dikorbankan demi mengejar pembangunan dan keuntungan (Baszley Bee Bin Basrah Bee,
2009:57). Malah, walaupun sesuatu warisan bina telah diwartakan dan diisytiharkan sebagai
warisan budaya, bangunan bersejarah mahupun tempat bersejarah namun masih berdepan dengan
pelbagai ancaman khususnya pembangunan ataupun bentuk ancaman ekonomi. Hal yang sama
turut berlaku di kawasan kajian apabila dua isu pembangunan di tapak dan sekitar warisan bina
yang telah diwartakan sebagai warisan budaya dan bangunan bersejarah berdasarkan peruntukan
perundangan warisan negeri Sabah tetapi masih berdepan dengan isu ancaman ekonomi. Isu ini
dapat dilihat menerusi dua kes berbeza yang melibatkan Tinggalan Bangunan Pejabat Kebajikan
dan Menara Jam Atkinson di Kota Kinabalu.
Tinggalan Bangunan Pejabat Kebajikan

Menara Jam Atkinson

Sumber: Koleksi Penyelidik.
Kes pertama adalah melibatkan cadangan pembinaan bangunan komersial 15 tingkat di
tapak Tinggalan Pejabat Kebajikan. Warisan bina ini merupakan antara tiga buah bangunan yang
terselamat selepas Perang Dunia Kedua. Oleh itu, pada tahun 1988 Menteri Kebudayaan, Belia
7

dan Sukan Sabah telah mengisytiharkan bangunan ini sebagai Tapak dan bangunan Bersejarah di
bawah Seksyen 19(1) Enakmen Barang-barang kuno dan Harta karun 1977 (Warta Warta
Kerajaan Negeri Sabah G. N. No. 489, 26 Ogos 1988: 519). Terletak di Jalan Tun Fuad Stephens
dan berhadapan dengan pusat membeli belah iaitu Suria Sabah.
Dari segi sejarah, bangunan ini telah dibina pada tahun 1913 bagi menempatkan beberapa
jabatan penting seperti Lands And Survey Department, Public Work Department dan Inlands
Revenue Department. Pasca Perang Dunia kedua, bangunan ini mengalami sedikit kerosakan
kecil, tetapi telah dibaikpulih oleh British Military Administration (BMA) dengan menggunakan
separuh konkrit dan separuh kayu serta beratapkan zing untuk digunakan oleh BMA sebagai
pusat pentadbiran. Bangunan ini juga digunakan oleh BMA dalam memeterai perjanjian
penyerahan Borneo Utara kepada British Crown Colony pada tahun 1945 (Laporan Minit
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Warisan Budaya, 2011:1-9). Malah, pada tahun 1962,
bangunan ini pernah digunakan oleh Inter Government Committee atau Cobbolt Commission
bagi mengerakkan penubuhan Malaysia.6 kemudian, pada tahun 1975, bangunan ini telah
digunakan sebagai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada tahun 1990, separuh tingkat bawah
bangunan ini digunakan sebagai Pusat Penilaian Kanak-kanak Cacat. Manakala separuh lagi
digunakan sebagai Jabatan Kebajikan Orang-orang Buta oleh Sabah Society. Pada tahun 1992,
kerajaan negeri Sabah telah bersetuju untuk menyerahkan bangunan ini kepada Galeri Seni
Sabah untuk dijadikan pusat pentadbiran dan pusat pameran hasil seni (Daily Express 26
September 1992). Walau bagaimanapun, pada 31 Disember 1992, bangunan ini telah mengalami
kebakaran disebabkan masalah litar pintas yang berlaku di tingkat dua. Kebakaran ini secara
tidak langsung bangunan ini musnah bersama-sama dengan dokumen penting berkaitan dengan
era pentadbiran BNBCC dan BMA.

6

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold
(bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David
Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu
wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah, meninjau pandangan rakyat Sabah dan
Sarawak mengenai Malaysia dan Membuat syor-syor perlembagaan. Suruhanjaya ini
menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962.Sebanyak 50 perjumpaan
dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah
diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu
dan British pada Jun 1962.Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan
rakyat Sabah dan Sarawak.

8

Kes ini bermula pada 29 Januari 1993 apabila satu cadangan usaha sama melibatkan
syarikat Best Properties Development Sdn. Bhd. dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan Negeri Sabah (KKBS). Cadangan ini seterusnya telah diusulkan kepada Ketua Menteri
ketika itu iaitu Y.A.B. Datuk Joseph Pairin Kitingan dan beliau seterusnya telah meluluskan
cadangan tersebut. walau bagaimanapun, oleh sebab Tinggalan Pejabat Kebajikan merupakan
salah satu bangunan bersejarah negeri Sabah yang diwartakan menerusi perundangan Enakmen
Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977, maka Ketua Menteri telah mengarahkan Pengarah
JMNS iaitu Patricia Regis untuk mengemukakan satu warta kerajaan berkaitan pembatalan tapak
tanah tersebut sebagai Bangunan Bersejarah supaya cadangan pembinaan projek tersebut dapat.
Walau bagaimanapun, sebelum Pengarah JMNS mengeluarkan sebarang warta, beliau
telah memohon pandangan daripada Peguam Besar Negeri Sabah kerana pembatalan tapak tanah
tersebut sebagai Bangunan Bersejarah adalah melibatkan pewartaan yang dibuat menerusi
Seksyen 19 Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977. Setelah mendengar
pandangan daripada Peguam Besar Negeri Sabah, maka pihak JMNS tidak dapat mengeluarkan
sebarang warta berkaitan dengan penarikan pewartaan Tinggalan Pejabat Kebajikan sebagai
Bangunan Bersejarah.
Namun pihak KKBS dengan syarikat Best Properties Development Sdn. Bhd. masih
berusaha untuk meneruskan projek tersebut (Minit Mesyuarat Majlis Perbandaran Kota Kinabalu
(MPKK), 8 Februari 1996). Manakala, di pihak agensi pengurusan warisan iaitu JMNS dan
MWB, usaha mewartakan tinggalan Bangunan Pejabat Kebajikan sebagai Warisan Budaya
Negeri Sabah menerusi Enakmen Warisan Budaya 1997 bagi mendapatkan perlindungan warisan
yang lebih kukuh telah mengalami kegagalan disebabkan perjanjian antara KKBS dengan
syarikat Best Properties Development Sdn. Bhd. yang masih berkuatkuasa. Bagi mencari jalan
penyelesaian terhadap isu ini, satu mesyuarat khas telah diadakan antara semua pihak yang
terlibat pada 4 Ogos 1999. Hasil mesyuarat tersebut, pihak kementerian memaklumkan kepada
pihak syarikat untuk menamatkan usahasama secara tertib. Manakala di pihak syarikat pula,
mereka memohon untuk mengkaji terlebih dahulu dan kemudian akan memaklumkan keputusan
mereka secara rasmi (Minit Mesyuarat Khas mengenai Bangunan Lama berhampiran dengan
Standard Chartered Bank Art Gallery, 10 Ogos 1999). Kemudian dalam mesyuarat kedua di
9

antara pihak terlibat, pihak kerajaan telah mencadangkan untuk menamatkan perjanjian dengan
syarikat Best Properties Development Sdn. Bhd. Sebaliknya, pihak syarikat meminta agar
digantikan dengan satu cadangan baru iaitu penukaran lokasi pembangunan yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan khususnya KKBS
menolak cadangan tersebut (Minit Mesyuarat Khas mengenai Bangunan Lama berhampiran
dengan Standard Chartered Bank Art Gallery, 13 Oktober 1999). Sehingga kini, keputusan akhir
mengenai status Tinggalan Pejabat Kebajikan masih belum dapat diketahui sepenuhnya.
Kes kedua pula membabitkan cadangan projek pembangunan yang melibatkan
usahasama antara Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) dengan syarikat Benteng
Pulangan Sdn. Bhd. untuk pembinaan sebuah bangunan 16 tingkat di tapak bangunan pejabat
LPPB untuk kegunaan pejabat, pusat membeli belah dan hotel. Walau bagaimanapun, di sekitar
tapak pembangunan yang ingin dijalankan juga terdapat sebuah kawasan seluas 1215 kaki
persegi iaitu Tanah Simpanan Kerajaan untuk JMNS iaitu tapak letaknya bangunan Menara Jam
Atkinson. Warisan bina ini juga dikenali sebagai Menara Jam Kota Kinabalu merupakan sebuah
menara yang dibina untuk memperingati kematian pegawai daerah Jesselton yang pertama iaitu
Francis George Atkinson7 yang meninggal dunia pada 6 Disember 1902 akibat deman malaria
(Borneo Fever) (Patricia Regis, 1983: 201-203). Terletak di Jalan Signal Hill (Jalan Bukit
Bendera yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Atkinson Drive.
Dari segi sejarah pembinaan, selepas beberapa hari setelah Francis George Atkinson
meninggal dunia, satu perjumpaan telah diadakan bagi mendirikan sesebuah tugu atau monumen
yang berkaitan bagi mengenang jasa beliau terhadap pembangunan bandar Jesselton. Setelah
perbincangan diadakan, satu persetujuan telah dicapai iaitu membina sebuah menara jam yang
cantik. Dari segi kos untuk membina menara jam yang dicadangkan, satu pungutan derma awam
telah dijalankan, malah ibu Francis George Atkinson iaitu Mrs. Mary Edith Atkinson turut
memberi sumbangan khusus iaitu sebuah jam yang bermuka dua kepada pihak BNBCC yang

7

Francis George Atkinson mula berkhidmat dengan BNBCC pada Mac 1898 dan diberi tugas
penting untuk memajukan bandar Jesselton. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai pegawai
daerah Jesselton yang pertama pada 1901. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat
untuk satu jangka masa yang pendek kerana beliau telah meninggal dunia pada 1902 dan
jenazah beliau telah dihantar ke Labuan dan dikebumikan di sana.

10

bertanggungjawab membina tugu tersebut. Justeru pembinaan menara jam ini telah bermula pada
tahun 1903 dan siap sepenuhnya pada tahun 20 April 1905 (Patricia Regis, 1983: 201-203).
Dari segi seni bina pula, Menara Jam Atkinson merupakan satu-satunya menara jam kayu
yang masih kekal di Malaysia dan jam mekanikal di Sabah. Saiz menara jam ini berukuran tinggi
48 kaki (157 meter) dan ukuran lilit 6 kaki 4 inci dan dibina dengan menggunakan kayu merbau
tetapi tanpa menggunakan sebarang paku. Sejak awal pembinaannya sehingga kini, menara jam
ini telah mengalami beberapa perubahan kecil untuk tujuan membaiki sebarang kerosakan yang
berlaku. Misalnya semasa Perang Dunia Kedua, menara jam ini telah mengalami kerosakan
khususnya di bahagian permukaan dinding kayu, permukaan jam dan mekanisme dalaman jam
akibat tembakan daripada Machine Gun (Lester Millip, 2012).
Manakala dari segi fungsi pula, Menara Jam Atkinson bukan sahaja berperanan untuk
memperingati Francis George Atkinson sebagai Pegawai Daerah pertama Jesselton, malah ianya
merupakan landmark bagi bandar Jesselton, ini diperlihatkan menerusi setem lama yang
dihasilkan oleh BNBCC. Selain itu, ianya juga berperanan sebagai panduan untuk melihat waktu
atau jam bagi masyarakat bandar Jesselton (Daily Express, 24 November 2010). Menurut
Patricia Regis;
Sewaktu Mrs Mary Edith Atkinson mencadangkan agar dibina Menara
Jam Atkinson, beliau menyatakan bahawa fungsi menara ini bukan sahaja
sebagai peringatan kepada Francis George Atkinson tetapi ia juga memberi
fungsi sebagai panduan masa kepada penduduk setempat (Patricia Regis,
1983: 201-204).
Di samping itu, Menara Jam Atkinson ini juga berperanan penting sebagai penanda
kepada kapal terutamanya pada waktu malam. Kedudukan menara ini yang terletak di atas bukit
akan diterangi dengan cahaya lampu pada waktu malam. 8 Secara keseluruhannya, sebagai salah
satu landmark kepada Bandaraya Kota Kinabalu dan peri penting dalam konteks sejarah Sabah,
pihak JMNS dan MWB telah mewartakan Menara Jam Atkinson sebagai salah satu Warisan
Budaya negeri Sabah.

8

Sekitar tahun 1950an, jarak pantai dengan kedudukan menara jam adalah dekat sebelum
kawasan pantai di bandar Jesselton ditambak untuk tujuan pembangunan.

11

Cadangan pembinaan bangunan 16 tingkat ini telah menimbulkan kontroversi dan konflik
antara pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
(KPKAS), LPPB, DBKK, JMNS dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang
menyebabkan isu pembangunan ini masih belum berjaya diselesaikan sehingga kini. Kes ini
bermula pada 18 Februari 2010 apabila Benteng Pulangan Sdn. Bhd. dan LPPB telah
menyerahkan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek pembinaan tersebut kepada Jabatan
Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah. Walau bagaimanapun, Chemsain Consultant Sdn.
Bhd. selaku jururunding bagi pihak JPAS telah menolak EIA yang dilakukan dan menyerahkan
semula kepada pihak yang terlibat (Penilaian Alam Sekitar, http://www.sabah.gov.my/jpas, 2010).
Menurut Datuk Masidi Manjun yang disiarkan menerusi kenyataan media;
Terdapat beberapa justifikasi teknikal yang perlu diambil kira terhadap
penolakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh pihak
pemaju. Antaranya adalah ia melibatkan peruntukan tertentu dalam dua
enakmen negeri yang sepatutnya diambil kira dalam setiap pembangunan
yang dibuat bersebelahan dengan tapak warisan sejarah. Peruntukan
undang-undang itu melibatkan usaha menjamin dan memulihara
bangunan-bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan sejarah
(Utusan Malaysia, 22 September 2010).
Di samping itu, terdapat beberapa isu lain yang menyebabkan EIA pemaju telah ditolak oleh
JPAS. Antaranya, mengenai kestabilan cerun, kerja perlindungan cerun, hakisan tanah dan
sedimentasi, pencemaran udara, pencemaran bunyi, pengurusan sisa tumbuhan dan lain-lain
(Penilaian Alam Sekitar, http://www.sabah.gov.my/jpas, 2010).
Kemudian konsultan projek iaitu Chemsain Consultant Sdn. Bhd. telah membuat
kunjungan ke Jabatan Muzium Sabah pada 19 Ogos 2010 untuk mengemukakan dan
membincangkan pelan pembangunan tapak tersebut. Namun, berdasarkan pelan pembangunan
yang bakal dilaksanakan, JMNS telah menyatakan bahawa pembangunan tersebut tidak sesuai
dilaksanakan kerana terlalu hampir dengan Menara Atkinson dan menyalahi kedua-dua
perundangan warisan negeri (Daily Express, 24 September 2010). Ini adalah berdasarkan kepada
Seksyen 19(1) Seksyen 19(1) (a) dan (d) Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun
(Pindaan) 2006 dan Seksyen 9(2) Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1997. Pendirian
JMNS yang menolak projek pembangunan ini turu mendapat sokongan daripada Datuk Masidi
12

Manjun iaitu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang menegaskan bahawa
projek pembangunan ini perlu diteliti semula dan dirujuk kepada Jawatankuasa Perancangan
Lembaga Pusat (Daily Express, 21 September 2010). Malah, kes ini turut mendapat perhatian
daripada Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Musa Aman yang mengarahkan Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Perumahan supaya pelan pembangunan tapak ini dikaji semula oleh
Jawatankuasa Perancangan Lembaga Pusat (Daily Express, 22 September 2010). Selain itu, isu
pembinaan bangunan 16 tingkat ini turut mendapat reaksi daripada pihak NGO iaitu Heritage
Sabah yang diketuai oleh En. Richard Solkial;
Cadangan pembinaan pusat membeli belah akan merosakkan persekitaran
semulajadi dan nilai warisan bangunan bersejarah Menara Atkinson
tersebut. Malah, pihak Heritage Sabah mahu melihat pengakhiran projek
tersebut dan memohon kepada pihak kerajaan negeri Sabah untuk
mengambilalih kawasan di sekitar struktur peninggalan kolonial tersebut
untuk dijadikan taman awam (Laporan EIA Menara Atkinson Ditolak,
http://bernama.com).
Seorang aktivis sosial lain iaitu Datuk Patrick Sindu yang menyatakan bahawa Menara
Jam Atkinson merupakan salah satu tempat bersejarah yang patut dilindungi sepenuhnya. Komen
beliau telah disiarkan dalam kenyataan akhbar;
Kelihatan seperti Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai pelan
pembangunan “rojak” terutamanya di kawasan Signal Hill. Saya percaya
kita masih ada tanah lain di Kota Kinabalu yang sesuai untuk projek yang
dicadangkan itu. Kita perlu prihatin akan nilai sejarah menara jam ini.
Ianya merupakan struktur tertua yang masih teguh berdiri di Sabah yang
terselamat daripada serangan udara dan serangan Perang Dunia Kedua.
Lagipun, tiada jaminan yang tidak akan berlaku tanah runtuh sebaik sahaja
landskap asal diganggu. Oleh itu, satu-satunya tindakan yang paling baik
bagi menjaga struktur muka bumi di kawasan tersebut daripada berlaku
perkara-perkara yang tidak diingini adalah dengan membatalkan projek
tersebut bagi kebaikan rakyat dan negeri Sabah itu sendiri (Malaysia Kini
24 September 2010).
Walau bagaimanapun, kenyataan menteri, pihak JMNS dan NGO lain berhubung kes ini
telah mendapat tentangan keras daripada pihak pemaju khususnya Pengerusi LPPB iaitu Datuk
Rubin Balang. Beliau menyatakan bahawa;
Cadangan projek pembangunan komersial itu tidak mempunyai kesan
negatif terhadap Menara Jam Atkinson. Malah, projek tersebut yang
13

merupakan projek usahasama antara LPPB sebagai pemilik tanah dan
pemaju swasta untuk meningkatkan nilai estetika Menara Jam tersebut
(Malaysia Kini 24 September 2010).
Pada masa yang sama juga, beliau telah menggesa Datuk Masidi Manjun untuk meletak jawatan
kerana tidak konsisten dengan pendiriannya. Beliau menyatakan sedemikian selepas kenyataan
yang dibuat oleh Datuk Masidi Manjun yang menyatakan bahawa projek bangunan komersial
tersebut tidak mendapat kelulusan EIA sedangkan Datuk Rubin Balang mendakwa projek
tersebut telah diluluskan oleh Kabinet negeri Sabah, Datuk Rubin Balang juga menegaskan
bahawa keputusan Datuk Masidi Manjun tersebut adalah seperti keputusan dua muka dan beliau
tidak layak menjadi menteri (Malaysia Kini 24 September 2010).
Ini seperti keputusan dua muka, seorang menteri tidak boleh seperti itu. Ini
menunjukkan ianya tidak mempunyai prinsip…. Beliau harus meletak
jawatan (Malaysia Kini 24 September 2010).
Datuk Rubin Balang juga menyatakan bahawa pelan pembangunannya telah pun diluluskan oleh
DBKK pada 27 Ogos 2009 (Minit Mesyuarat khas Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa
pada 30 September 2010).
Sejurus kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Rubin Balang, Datuk Masidi Manjun
telah mengeluarkan kenyataan dan membuat penjelasan lebih lanjut menerusi laman sosial
Facebook. Menurut beliau;
Sebenarnya kabinet hanyalah endorser, secara prinsipnya setiap pelan
pembangunan (DP) tertakluk kepada pematuhan kepada semua peraturan
dan undang-undang. Pihak berkuasa yang meluluskan DP adalah DBKK.
Pihak DBKK meluluskan DP tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu
daripada pengarah JMNS seperti yang disyaratkan dalam Enakmen
Warisan Budaya. Pengarah JMNS sebenarnya membantah projek ini.
Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun pula melarang sebarang
kerja mengorek, memasang cerucuk (pailing), dan lain-lain di sekitar
Tapak Warisan Sejarah. Laporan EIA untuk projek ini belum diluluskan
tetapi DBKK awal-awal meluluskan DPnya.
Atas senario di atas saya bertanggungjawab untuk membangkitkan semula
isu kelulusan DP dalam mesyuarat kabinat pada 8 September 2010 bagi
14

memastikan endorsement awal Kabinet negeri Sabah tidak dilihat sebagai
membelakangkan peraturan dan undang-undang yang ada kaitan dengan
DP projek ini, apatah lagi ia merupakan projek kerajaan yang dilaksanakan
melalui LPPB.
Kabinet pada 8 September bersetuju dengan cadangan saya agar kelulusan
projek ini dipertimbangkan semula oleh Central Board bagi memastikan
pematuhan 100 peratus kepada semua peraturan dan undang-undang yang
berkaitan. Adalah sesuatu yang malang sekiranya kerajaan negeri Sabah
meneruskan projek yang jelas belum melepasi syarat-syarat pembangunan
yang diwajibkan kepada setiap pemaju (Kes Menara Atkinson: Siapa yang
Patut Meletak Jawatan, http://NEGARAKITA.COM).
Rentetan dari konflik ini YB Datuk Masidi Manjun telah mengemukakan isu ini dan
dibincangkan semula dalam mesyuarat Kabinet pada 8 September 2010 (Daily Express, 27
September 2010). Dalam mesyuarat Kabinet tersebut, maka dipersetujui agar perkara itu perlu
dirujuk semula kepada Jawatankuasa Pusat (Central Board) untuk menelitinya. Perkara ini juga
dibincangkan lebih lanjut dalam satu mesyuarat khas telah diadakan pada 30 September 2010
bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) (Notis Mesyuarat
Khas JPBW, 27 September 2010).
Walau bagaimanapun, pada 28 November 2010 Datuk Rubin Balang sekali lagi
menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada pihak yang menentang projek pembangunan tersebut
dan berpendapat bahawa pihak tersebut tidak memahami peranan sebenar pihak LPPB berbuat
demikian. Beliau berkata;

pihak Heritage Sabah gagal melihat isu tersebut daripada kedua-dua
perspektif menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan berat sebelah
yang tidak memberi gambaran yang sebenar. LPPB tidak bergantung
sepenuhnya kepada kerajaan Negeri untuk hidup, kerana kerajaan hanya
membantu dalam pembangunan rumah kedai di bandar-bandar dan pekan
serta pembinaan rumah kos rendah di seluruh Sabah. kita mahu
menyediakan pejabat yang selesa dan lebih baik LPPB yang secara tidak
langsung membantu meningkatkan motivasi kakitangan untuk bekerja
lebih keras ke arah mencapai matlamat kami (Daily Express, 28
November 2010).
Beliau juga menyatakan bahawa;
15

Pihak LPPB tidak pernah berniat untuk menghapuskan Menara Jam
Atkinson tersebut dengan membina bangunan komersial di sekitar menara
tersebut. Tambahan pula, dalam buku Datu Paduka Mat Salleh (Hero Of
Sabah) 1894-1900, pernah ditulis bahawa Francis George Atkinson
merupakan salah seorang daripada skuad tentera British yang telah
meracun Sungai Pagalan dalam cubaan membunuh Paduka Mat Salleh
yang berkhemah di hilir sungai tersebut pada 26 Januari 1900. Malah,
kawasan di sekitar Menara Atkinson tidak mempunyai nilai sejarah
langsung (Daily Express, 24 November 2010).
Malah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi LPPB turut disokong oleh pengarah Arkib
Sabah iaitu Datu Tigabelas Zainal Abidin yang berkata;
Tidak dinafikan bahawa menara jam tersebut mempunyai nilai sejarah
tetapi kawasan menara tersebut tidak mempunyai sebarang nilai sejarah
kerana tempat tersebut bukanlah pejabat Atkinson mahupun tempat beliau
mati. Menara tersebut didirikan di situ kerana ketika era kolonial British,
hanya kawasan tersebut sahaja yang paling sesuai untuk mendirikan
menara tersebut agar dapat dilihat oleh seluruh warga Jesselton. Tambahan
lagi, tidak banyak orang mengetahui sejarah Atkinson melainkan sejarah
mengenai beliau sebagai Pegawai Daerah Jesselton yang pertama dan mati
akibat demam Borneo. Oleh itu, cara penyelesaian terbaik adalah dengan
memindahkan menara jam tersebut ke tempat yang lebih baik dan dapat
mengembalikan fungsinya semula (Daily Express, 24 November 2010).
Kes ini menjadi semakin hangat apabila dua aktivis tempatan iaitu Lim Swee Geck dan Chang
Chiew Kok @ Jefferi memfailkan permohonan untuk menghentikan projek pembinaan tersebut
kepada Mahkamah Tinggi kota Kinabalu pada 11 Januari 2011. Kes ini berlarutan sehingga 12
Julai 2011 apabila Mahkamah Tinggi memutuskan pihak pemaju (LPPB) menghentikan
pembangunan tersebut pada 26 Disember 2011. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut tidak
dipatuhi oleh pihak pemaju apabila DP ditangguhkan sehingga 26 Januari 2012. Oleh itu, Chang
Chiew Kok selaku wakil daripada Heritage Sabah telah menemui Datuk Bandaraya (Mayor)
DBKK iaitu Datuk Abidin Madingkir untuk mendapatkan kepastian berhubung kes ini. Mayor
DBKK menyatakan, beliau (pihak DBKK) akan memberi jawapan setelah Jabatan Perancangan
Bandar dan Wilayah selesai mengkaji isu tersebut (Borneo Post, 25 Disember 2011). Jawapan
yang diperoleh oleh Mayor DBKK mendapat reaksi yang berbeza kerana berpendapat bahawa
jawapan beliau berhubung kes ini tidak relevan kerana terlalu bersandar kepada Jabatan

16

Perancangan Bandar dan Wilayah sedangkan pihak DBKK yang memberi kelulusan projek
tersebut pada masa dahulu (Borneo Post, 25 Disember 2011).
Berkaitan dengan isu kelulusan DP oleh DBKK,

mantan Datuk Bandaraya Kota

Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim menegaskan bahawa walaupun DBKK telah meluluskan projek
tersebut, kelulusan tersebut bergantung pada keupayaan pemaju memenuhi 35 syarat yang
ditetapkan. Antaranya; pemaju perlu memastikan persekitaran jam tersebut dijaga dan tidak
berlaku pencemaran sepanjang projek itu dilakukan. Malah, pemaju telah diberi tempoh sehingga
2 September 2011 untuk menghantar semula syarat yang ditetapkan oleh DBKK. Tambahan
beliau;
Pelan DP projek tersebut tidak menghalang pandangan Menara Jam
Atkinson tersebut. Malah pemaju hanya menggunakan tanah seluas 0.6
hektar dan tidak semua kawasan berkenaan akan dibina bangunan.
Sememangnya tapak warisan sejarah itu penting tetapi pembangunan juga
tidak boleh ditolak. NGO perlu adil dan tidak membantah sembarangan.
Jika tidak, bagaimana hendak membangunkan bandaraya ini
(Utusan
Malaysia, 28 September 2010).
Secara keseluruhannya, isu mengenai pembinaan bangunan 16 tingkat di sekitar Menara
Jam Atkinson masih belum dapat diselesaikan kerana Kabinet Negeri belum membuat apa-apa
keputusan lagi sehingga kini.
CADANGAN
Secara amnya, bagi memastikan pelaksanaan pengurusan warisan bina bandar yang berkesan di
Bandaraya Kota Kinabalu perlulah mempunyai kriteria berikut; Peruntukan undang-undang yang
memadai untuk perancangan, penguatkuasaan dan pelaksanaan projek pemeliharaan dan alam
sekitar, Pentadbiran dan struktur kewangan yang kukuh; Mempunyai proses penyertaan orang
awam atau ‘stakeholders’; Mempunyai suatu budaya berpengetahuan (knowledge culture); Dan
keupayaan untuk menyesuaikan kepada keadaan yang sentiasa berubah. Di samping kriteria di
atas, beberapa cadangan perlu diteliti khususnya dalam mengatasi isu dan cabaran pengurusan
warisan bina bandar yang berlaku di kawasan kajian. Seandainya cadangan tersebut tidak

17

mampu mengatasi isu dan cabaran yang berlaku di kawasan kajian, setidak-tidaknya, ia mampu
meminimumkannya.
Pertama, pendekatan pembangunan dan pembandaran mapan perlulah dilaksanakan.
Sememangnya pembangunan dan urbanisasi merupakan sesuatu yang lazim dan berlaku di
semua kawasan bandar khususnya pusat bandar yang menjadi tumpuan pembangunan ekonomi
dan sosial. Secara umumnya, pembangunan merupakan perubahan terhadap keseluruhan
kehidupan dengan penggunaan sumber manusia, kewangan, sumber hidup dan sumber bukan
hidup bagi menyokong kehidupan manusia. Bagi mewujudkan pembangunan yang menyokong
kehidupan dalam jangka masa yang panjang, maka beberapa faktor ekonomi, ekologikal dan
warisan perlu diambil kira. Alternatif untuk membawa kesan tertentu perlu diteliti sebelum
melaksanakan pembangunan. Sebagaimana pembangunan, pengurusan warisan bina bandar juga
merupakan satu usaha untuk manfaat manusia. Perbandingan antara pembangunan dengan
pengurusan warisan bina bandar yang dapat dilihat adalah dari segi tujuan, pembangunan
bertujuan untuk mencapai keselesaan hidup dengan sumber kehidupan yang lain. Manakala,
pengurusan warisan bina bandar pula bertujuan memastikan penggunaannya secara berterusan.
Jika diteliti, kombinasi pembangunan dengan pengurusan warisan bina bandar sehingga
kini masih mengecewakan. Di negara membangun, penyertaan dalam pengurusan warisan bina
bandar masih lemah kerana mereka lebih cenderung menyertai proses pembangunan berbanding
pengurusan warisan bina bandar. Lantaran itu, usaha pengurusan warisan bina bandar acap kali
tidak diserapkan ke dalam proses pembangunan. Impaknya, menyebabkan warisan bina berdepan
dengan pelbagai ancaman kemusnahan. Jelaslah bahawa pembangunan dan pemuliharaan
mempunyai hubungan yang rapat. Keseimbangan antara kedua-duanya untuk tujuan
pembangunan serta pemuliharaan penting supaya faedah yang didapati daripada pembangunan
tidak sia-sia. Hal ini menunjukkan perlunya penelitian kesan pembangunan terhadap warisan
yang ditinggalkan. Pada dasarnya, usaha pengurusan warisan bina bukan menentang
pertumbuhan pembangunan atau menghalang kemajuan, sebaliknya ia amat penting sebagai
langkah penjagaan dan pengurusan sumber tertentu yang berupaya memberikan keselesaan dan
pada masa yang sama memberikan nostalgia warisan budaya kepada generasi yang akan datang.
Justeru itu, bagi memastikan pembangunan dan pengurusan warisan bina bandar dapat
18

dilaksanakan, pendekatan pembangunan dan perbandaran mampan perlu dilaksanakan. Hal ini
selaras dengan kenyataan Yazid Saleh (2010);
Selaras dengan keperluan untuk menghadapi urbanisasi, maka wujudlah pelbagai dasar
yang disediakan dengan tujuan untuk meminimumkan kesan negatif akibat proses
urbanisasi dan seterusnya mewujudkan keadaan atau kehidupan yang sempurna hasil
proses urbanisasi tersebut. Dengan itu, muncullah konsep-konsep seperti Pembangunan
Mapan, Bandar Mapan dan sebagainya (Yazid Saleh, 2010:162).
Pembangunan dan perbandaran mapan merujuk

pembangunan yang memenuhi

keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan datang.
Pembangunan bandar yang mapan perlu dijalankan dengan mengambil kira keupayaan
menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang
dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.
Kedua, mewujudkan kerjasama erat antara agensi pengurusan warisan di kesemua
peringkat termasuk pihak yang terlibat dalam usaha pengurusan warisan bina bandar. Ini adalah
kerana komitmen semua pihak merupakan antara faktor penting dalam menjamin survival bidang
ini. Di pihak kerajaan, peranan harus tertumpu pada penggubalan dasar dan perundangan yang
dapat memberi pendidikan kepada masyarakat. NGO pula harus berganding bahu dengan pihak
kerajaan dan sekali gus menjadi pihak pemerhati dan pendesak kepada kerajaan sekiranya
terdapat sebarang tindakan kerajaan yang dilihat mengancam warisan bina. Di peringkat
masyarakat pula, haruslah ada inisiatif dalam memahami dasar dan prinsip sebenar pengurusan
warisan bina bandar. Malah, masyarakat khususnya pemilik warisan bina

tidak boleh

menyalahkan kerajaan akibat pelaksanaan sesuatu dasar atau pendekatan kerja pengurusan
warisan bina tanpa mengkaji terlebih dahulu sebarang kelemahan atau kebaikan tindakan
tersebut dilaksanakan. Kerjasama erat dan keterlibatan semua pihak merupakan satu pendekatan
yang dikenali sebagai pendekatan holistik.
Ketiga, kesedaran warisan dan pendidikan warisan. Sememangnya tidak dapat disangkal
bahawa kurangnya kesedaran dan kefahaman dalam kalangan masyarakat awam dalam bidang
ini merupakan antara masalah utama dalam bidang ini. Justeru, bagi memastikan kejayaan dalam
bidang ini, dua faktor penting yang perlu diteliti adalah kesedaran pihak berkepentingan,
19

penglibatan dan penghayatan berkaitan nilai warisan dan pendidikan awam untuk semua pihak
berkepentingan secara berfokus dan berterusan. Kajian ini mencadangkan agar usaha kesedaran
dan pendidikan warisan haruslah dilaksanakan secara holistik di peringkat nasional. Jika dari
segi kempen dan program yang dilaksanakan sebelum ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan
yang dilakukan oleh agensi pengurusan warisan dan NGO, satu perubahan perlu dilaksanakan
dengan melaksanakannya secara besar dan berterusan serta pendekatan lain seperti menggunakan
medium media massa serta melibatkan semua pihak. Ini kerana, terdapat sesetengah program
yang dilaksanakan oleh agensi pengurusan warisan atau NGO merupakan program yang tidak
komprehensif dan tidak berfokus kepada pengurusan warisan bina bandar. Malah, kebanyakan
program yang dilakukan melibatkan aktiviti seharian secara terasing tanpa sebarang tindakan
susulan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, walaupun usaha pengurusan warisan bina bandar di Malaysia amnya dan
Sabah khususnya masih berada di peringkat awal berbanding dengan negara maju seperti Britain,
Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan lain-lain, namun segala usaha yang dilaksanakan oleh
agensi pengurusan warisan di Malaysia perlulah menjadi satu usaha yang patut dibanggakan.
Penjelasan tentang isu pembangunan dan cabaran pengurusan warisan bina bandar yang berlaku
di Kota Kinabalu merupakan sandaran penting, yakni yang memperlihatkan tentang antara
contoh cabaran dan masalah yang telah dan sedang dihadapi di Malaysia. Semoga pendapat
dalam kertas kerja ini menyumbang kesedaran mengenai tanggungjawab bersama dalam usaha
untuk memelihara dan memulihara warisan bina bandar akan mendapat perhatian yang
sewajarnya.

RUJUKAN
Andrew, Ballantyne. 2002. What is Architecture? London: Routlenge.
Bahagian Antikuiti Jabatan Muzium dan Arkib Negeri Sabah. Menara Jam Besar (Atkinson
Clock Tower). Fail Historical Sites. Kota Kinabalu: Perpustakaan Jabatan Muzium
Negeri Sabah.
20

Basley Bee Basrah Bee dan Bilcher Bala. 2008. Pengurusan Warisan Kebudayaan Bawah Air
Sabah: Satu Pengenalan. Jurnal Arkeologi Malaysia. Bil. 21:42-65.
Baszley Bee Bin Basrah Bee. 2011. Pengurusan Sumber Warisan. Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.
Berita Harian 4 September 2012.
Borneo Post 25 Disember 2011.
Daily Express 28 November 2010.
Daily Express 21 September 2010.
Daily Express 22 September 2010.
Daily Express 24 November 2010.
Daily Express 26 September 1992.
Daily Express 27 September 2010.
Fielden, B.M. 2000. Conservation of Historic Buildings. Oxford: Architectural Press.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2000. Kertas Dasar Perbandaran Negara. Kuala
Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
Kertas kerja untuk taklimat berkaitan status tapak dan pelan pembangunan komersial secara
usahasama oleh LPPB dan Benteng Pulangan Sdn. Bhd. Di Jalan Istana, Kota Kinabalu,
dalam mesyuarat khas Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa pada 30 September
2010.
Kes Menara Atkinson: Siapa yang Patut Meletak Jawatan. http://NEGARAKITA.COM. Retrieved
pada 5 Disember 2012.
Laporan EIA Menara Atkinson Ditolak. http://bernama.com. Retrieved pada 12 Disember 2012.
Laporan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Warisan Budaya Negeri Sabah. 2011.
Jilid 12: Tapak Tanah Bekas Pejabat Tanah, Tidak Diterbitkan. Bil. 1.
Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah. 2002. Pelan Dan Tindakan Kawasan
Pemeliharaan Majlis Perbandaran Melaka Bandar Raya Bersejarah. Melaka: Unit
Konservasi Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah.
Malaysia Kini 24 September 2010.
Minit Mesyuarat Khas mengenai Bangunan Lama berhampiran dengan Standard Chartered Bank
Art Gallery. 10 Ogos 1999. Rujukan KBS Sulit 2/213.
Minit Mesyuarat Khas mengenai Bangunan Lama berhampiran dengan Standard Chartered Bank
Art Gallery. 13 Oktober 1999. Rujukan KBS Sulit 2/213.
Minit Mesyuarat Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK). 8 Februari 1996. Rujukan MPKK.
No. :(03):432/2/vol. III/(5).
Notis Mesyuarat Khas JPBW. 27 September 2010. Rujukan JPBW:99/63 JLD.30/(27).
Patricia Regis. 1983. The Kota Kinabalu Clock Tower. Sabah Society Journal. Vol. VII. No. 3.
Paul Box. 1999. GIS and Cultural Resource Management: A Manual for Heritage Manager.
Thailand: UNESCO.
Pengenalan Konservasi Bangunan. http://www.heritage.com.my. Retrieved pada 13 Oktober
2011.
Penilaian Alam Sekitar. http://www.sabah.gov.my/jpas. Retrieved pada 13 Disember 2012.
Penilaian Terhadap EIA “For Proposed Multi-Storey Office Cum Commercial Complex and
Hotel Apartment For LPPB on CL.017547161 at Jalan Istana Kota Kinabalu, Sabah”
JPAS.
Rang Undang-Undang Negeri Sabah. 1997. Enakmen Warisan Budaya (pemuliharaan) 1997.
Kota Kinabalu: Jabatan Cetak negeri Sabah.
21

Siti Nor Fatimah Binti Zuraidi, et., al. 2010. Cabaran Implimentasi Dalam Pemuliharaan
Bangunan Warisan Di Malaysia. Kertas Seminar. Seminar Antarabangsa Sejarah dan
Warisan. Empayar Johor- Riau. 5-7 November 2010. Pusat Konvensyen Antarabangsa
PERSADA Johor.
Surat Chemsain Konsultant Sdn Bhd kepada Jabatan Muzium Negeri Sabah. 19 Ogos 2010.
Rujukan CK/EV403-4077 Rev/0342/10.
Surat Madeleine Piper Melalui Kurator Muzium Sabah Kota Kinabalu kepada setiausaha USPG
Tufton St. bertarikh 11 Januari 1979. Rujukan 05/04/30.
Surat Pengarah Best Properties Development kepada Menteri KKBS Y.B. Datuk Kadoh
Agundong. 29 Januari 1993. Rujukan P67/93/001.
Surat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Kerja
Raya. 7 Mei 1