SUMBANGAN DAN PEMIKIRAN PLATO ARISTOTLE

SUMBANGAN DAN PEMIKIRAN PLATO, ARISTOTLE DAN
SOCRATES DALAM DISIPLIN ANTROPOLOGI DAN
SOSIOLOGI
Ismahalil Ishak
Perkembangan ilmu sosiologi bermula di atas kesedaran manusia untuk memahami
perihal masyarakat dan anggota-anggota yang berada di dalam masyarakat tersebut.
Perkembangannya telah bermula berabad dahulu di mana perkembangannya dipelopori oleh
golongan-golongan pemikir barat. Menurut Bierstedt (1979), perkataan sosiologi hanya
digunakan pada abad ke-19 apabila Auguste Comte di dalam buku beliau iaitu Positive
Philosophy membincangkan berkenaan penggunaan terminologi sosiologi yang secara

umumnya bermaksud satu bidang yang mengkaji mengenai masyarakat dan hubungannya
dengan pelaku-pelaku masyarakat yang terdiri daripada institusi, kelompok dan manusia.
Beliau juga berpandangan bahawa setiap kemunculan ilmu dan pengetahuan mempunyai
sejarah yang tersendiri sebelum sesuatu ilmu itu berkembang dan diterima oleh umum.

Di dalam konteks perkembangan bidang antropologi dan sosiologi, aspek sejarah
perkembangannya perlu dilihat sejak zaman pemikir-pemikir manusia di zaman
kegemilangan tamadun Greek dan sejauhmana sumbangan pemikiran golongan ini kepada
perkembangan ilmu antropologi dan sosiologi kini. Sungguhpun antropologi dan sosiologi
adalah satu cabang ilmu moden, tidak dapat dinafikan bahawa perkembangannya juga

mempunyai perkaitan dengan perkembangan bidang falsafah ketika zaman ketamadunan
Greek di mana 3 tokoh penting yang menjadi golongan pemikir ketika itu adalah Socrates
(469-399 SM), Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM).
Socrates, Plato dan Aristotle merupakan golongan ahli falsafah Greek yang memikirkan
tentang permasalahan sosial dalam masyarakat secara sistematik (Abraham 1973).
Sumbangan Socrates di dalam bidang antropologi dan sosiologi hanya dapat dilihat di dalam
penulisan anak murid beliau iaitu Plato. Pemikiran Socrates lebih dikenali sebagai Socratic
Thought dalam kalangan ahli falsafah yang menekankan aspek ‘virtue of knowledge’. Beliau

banyak menghabiskan masa di pusat kegiatan ekonomi seperti pasar dan di tempat-tempat
awam yang lain dalam memahami masyarakat dengan lebih dekat.
1

Seterusnya, Plato telah menterjemahkan pemikiran Socrates di dalam memahami masyarakat
yang kompleks menerusi dua karya agung beliau iaitu The Republic dan The Laws. Keduadua karya ini merupakan karya agung beliau yang secara ironinya banyak memberi kesan
kepada perkembangan bidang antropologi dan sosiologi. Sumbangan yang signifikan oleh
Plato dalam membincangkan tentang struktur masyarakat dapat diperhatikan di dalam inti
pati penulisan beliau di dalam The Republic di mana karya ini merupakan inisiatif beliau
dalam menggambarkan sebuah masyarakat yang ideal dan keadilan dapat diwujudkan dan
seterusnya istilah ‘Idealisme’ telah terhasil (Bogardus 1960). Menurut Plato, sebuah

masyarakat yang ideal perlu mempunyai tiga kelompok manusia utama iaitu pemerintah,
penjaga (tentera) dan pekerja (petani). Pengkategorian ini dilihat sebagai sumbangan utama
kepada wujudnya konsep-konsep yang penting di dalam bidang sosiologi iaitu konsep
stratifikasi sosial. Ini kerana, setiap kategori tersebut melambangkan kelas sosial seseorang di
dalam ruang lingkup masyarakat yang lebih luas. Di samping itu, setiap kategori yang
dinyatakan oleh Plato ini mempunyai adat resam mereka yang tersendiri yang membawa
kepada mereka dikategorikan kepada kumpulan tersebut. Isu kekayaan dan kemiskinan juga
wujud dalam struktur ini di mana golongan kaya terdiri daripada golongan pemerintah
manakala isu kemiskinan berlaku kepada kumpulan pekerja. Beliau juga menekankan aspek
pendidikan di dalam masyarat di mana sistem pendidikan perlu ditadbir urus oleh kumpulan
pemerintah dengan bijak dan saksama.

Penglibatan Aristotle pula di dalam sumbangan kepada perkembangan bidang antropologi
dan sosiologi lebih tertumpu kepada percambahan pemikiran gurunya iaitu Plato. Aristotle
telah meluaskan perbincangan mengenai sistem masyarakat dengan lebih mendalam menerusi
karya agung beliau iaitu The Politics yang antara lain membincangkan tentang perkara makro
di peringkat negara seperti pemerintahan. Aspek kawalan sosial dan kerajaan antara subjek
penting yang dikupas di dalam karya beliau. Beliau percaya bahawa sebuah kerajaan yang
baik adalah hasil daripada kebijaksanaan seorang pemimpin dan sekelompok manusia yang
bijaksana hasil daripada sistem pendidikan yang efektif. Terdapat dua ciri kerajaan yang

efektif menurut pandangan Aristotle iaitu keakuran terhadap undang-undang oleh rakyat dan
fleksibiliti sosial undang-undang. Beliau turut membahaskan tentang kemiskinan di mana
kewujudan dua kelas iaitu kaya dan miskin akan membawa masalah kepada negara dan
beliau mencadangkan agar kelas pertengahan diwujudkan untuk memberi keseimbangan
kepada kedua-dua kelas ini. Daripada sudut pandang antropologi dan sosiologi, karya oleh
2

Aristotle ini banyak membicarakan tentang Teori Struktur Fungsional di mana sesebuah
masyarakat itu mempunyai struktur tersendiri untuk berfungsi seperti undang-undang dan
peraturan. Pemikiran Aristotle ini juga dilihat signifikan terhadap sumbangan dalam
memahami stratifikasi sosial di dalam masyarakat dengan pengwujudan kelas menengah.

Daripada perbincangan yang dinyatakan, tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan ketigatiga pemikir klasik ini ke atas perkembangan bidang antropologi dan sosiologi, daripada
dikenali sebagai pemikiran sosial sehingga terbentuknya istilah sosiologi. Pemikiran mereka
amat signifikan sehingga kini dan menjadi epistemologi di dalam bidang antropologi dan
sosiologi. Konsep stratifikasi sosial di dalam mengkelaskan masyarakat di lihat mempunyai
perkaitan dengan pemikiran Socrates dan Plato. Pemikiran mereka sehingga kini masih
relevan sehingga ke sistem masyarakat moden. Secara amnya, sistem masyarakat moden juga
terdiri daripada kelompok-kelompok tertentu di mana kerajaan yang memerintah masih
kekal sebagai kumpulan tertinggi di dalam sesebuah struktur masyarakat. Sungguhpun

dengan proses modenisasi yang memacu negara kepada sebuah negara yang berpendapatan
tinggi, di dalam struktur masyarakat moden masih juga terdapat isu kemiskinan dalam
kalangan penduduk. Ternyata kemiskinan merupakan fenomena sosial yang telah lama
mendapat perhatian daripada ahli antropologi dan sosiologi. Antara sumbangan penting
Aristotle juga dilihat mempunyai hubungan dengan teori struktur fungsional yang dipelopori
oleh ahli sosiologi pada abad-19 dan 20 daripada aliran fungsionalisme dan strukturalisme
seperti Emile Durkhem, Tallcot Parson dan Robert Merton menerusi karya agung Aristotle
iaitu The Politics.

Rujukan
Abraham, J. H. 1973.

The Origins and Growth of Sociology. United Kingdom: Penguin

Books Ltd.
Bierstedt, R. 1979. Sociological Thought in the Eighteenth Century. Dlm. Bottomore, T.
& Nisbet, R. (pnyt.). A History of Sociological Analysis hlm. 39. London:
Heinemann Educational Books Ltd.
Bogardus, E. S. 1960.
Press.


The Development of Social Thought. Fourth. USA: Greenwood

3