Teknologi Maklumat, Inovasi Bagi Dunia Pendidikan

  isi kandungan Aktiviti@JMSK

  P.2 Rencana

  P.4 Motivasi

  P.10

  Curriculum Information Document Online System (CIDOS) adalah program yang membenarkan kelas pembela- jaran diadakan dalam bentuk web ataupun pembelajaran atas talian. CIDOS membena- rkan pengguna menghantar item berita, memberi dan menyemak tugasan, meng- hantar jurnal elektronik dan sumber-sumber pembelajaran.

  Dengan konsep ini sistem pembe- lajaran akan tidak terbatas ruang dan waktu. Terdapat pelbagai modul aktiviti yang dapat dilak- sanakan (forums, pengkalan data dan wiki) yang dapat membina sebuah komuniti pembelajaran yang berpusatkan kepada modul yang sedang mereka ikuti.

  Peranan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini amat penting dan kesan penggunaannya dapat dilihat dari pelbagai aspek termasuklah di dalam dunia pendidikan. Dengan kemajuan yang pesat di dalam teknologi internet, maklumat yang disampaikan menerusi komputer mampu memberikan sumbangan yang besar di dalam proses pendidikan. Teknologi ter- kini dengan ciri-cirinya yang lebih dinamik dan interaktif mampu memberikan ‘catalyst’ yang boleh mengubah peranan guru. Kini dengan kemudahan mengakses internet dari mana-mana, guru bukan lagi menjadi sumber informasi utama untuk mendapatkan ilmu, tetapi menjadi ‘trigger’ atau moderator bagi murid untuk mengembangkan kreativiti dan mencari pengetahuan yang seluas-luasnya. Banyak bukti menunujukkan teknologi maklumat meningkatkan prestasi pembelajaran. Evans dan Nation di dalam bukunya yang bertajuk ‘Changing university teaching: reflections on creating educational technolo- gies’ telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan, menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan, menyediakan pelu- ang untuk belajar dengan luas dalam konteks sumber asli, dan menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih meningkatkan kuasa dan proses kognitif. Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memar- tabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendi- dikan. Ini penting supaya supaya sistem pendidikan di negawa ini tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

  Sidang Pengarang Buletin mengalu-alukan sumbangan berita/rencana. Kesinambungan buletin ini adalah kejayaan kita bersama. Jangan lupa hantarkan sumbangan anda kepada:

  01/2011

Buletin JMSK

E-Learning den- gan CIDOS

Teknologi Maklumat, Inovasi Bagi Dunia Pendidikan

  Bengkel Inovasi Pembelajaran &

  Tujuan pertandingan Inovasi Pembelajaran & Pengajaran Berbentuk Multimedia adalah untuk membudayakan inovasi dalam penghasilan bahan multimedia untuk Pengajaran dan Pembelajaran dikalangan pensyarah di Politeknik. Justeru itu JMSK telah mengadakan satu bengkel untuk membantu pensyarah- pensyarah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini pada masa akan datang. Bengkel telah dijalankan pada 19 Januari 2011 dan dikendalikan oleh Pn. Mas Ayu, Pn. Puziahaiza, Cik Shadila Dan Pn. Hanim.

  Program Matematik Sains & Komputer (MMSK) telah dilaksank- an dari 14-15 Januari 2011. Objektif utama program ini diadakan adalah bagi:

  1.Mendedahkan kepada pelajar ten- tang kesoronokan belajar Matematik , Sains & Komputer

  2.Mengaitkan ilmu Matematik, Sains & Komputer dengan persekitaran

  3.Menambahkan minat pelajar ter- hadap Matematik, Sains & Komputer Pelbagai aktiviti yang telah dijalank- an untuk memeriahkan MMSK. Antara aktivit yang dipertanding- kan ialah Performing Arts,Soduku

  Competition,Paper Plane Flying Contest & Pertandingan Rekacipta. Program Matematik, Sains & Komputer (PMSK) ini telah berjalan lancar dan semua pelajar & staf yang terlibat telah mendapat banyak man- faat daripadanya.

  Minggu Bahasa Inggeris di peringkat JMSK telah dijalankan dari 7/2/2011 hingga 11/2/2011. Ia adalah sebagai satu usaha membantu para pelajar supaya lebih meminati Bahasa Inggeris dan dapat menggunakan Bahasa Inggeris den- gan lebih yakin dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan diharap dapat meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Acara-acara yang telah dijalankan untuk menyokong Minggu Bahasa Inggerisdi peringkat JMSK termasuklah Words Challenge, English Riddles, Crossword Puzzle dan juga Talent Search. Respons yang diterima peserta-peserta adalah positif dan menggalakkan. Walaupun sebahagian dari aktivit-aktiviti yang dipertandingkan agak baru ia tidak menghalang penyertaan yang ramai dari kalangan pelajar-pelajar.

  PROGRAM MATEMATIK SAINS & KOMPUTER

Pengajaran Berbentuk Multimedia

English Week

  Program Kesedaran Kepentingan

  Kempen-kempen kesedaran men- genai kepentingan matematik dalam perkembangan ilmu sains dan teknologi kini giat dikembangkan di institusi-institusi pengajian untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai kompentensi tinggi di dalam bidang ini. JMSK PSAS turut tidak ketinggalan dalam hal ini dan telah mengadakan satu program khusus kepada pelajar semester 1 dan 2. Seramai 100 orang pelajar telah menyertai program ini yang telah diadakan pada 19 Februari 2011 bertempat di Dewan Kuliah Mekanikal. Program ini didapati telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta dan mereka mengharapkan agar program yang seumpamanya dapat diperluaskan bagi menyuntik kes- edaran di kalangan para pelajar.

  JMSK telah membuat lawatan pen- andaarasan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Tun Razak (IPGM). Skop utama lawatan ini alah inovasi di dalam pendidikan. Lawatan ini juga dibuat untuk menyaksikan pertand- ingan inovasi di kalangan para pelajar IPGM. Slogan pertandin- gan tahun ini ialah “Bersama-sama Menjayakan Inovasi” Pertandingan Inovasi P&P yang dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan & Inovasi IPGM pada tahun ini telah menyaksikan penyertaan sebanyak 28 inovasi p&p yang dihasilkan oleh pela- jar PISMP Semester 1, 3 dan 5. Inovasi-inovasi ini merangkumi enam kategori iaitu RBT, Sains, Matematik, Pendidikan Pemulihan, TESL, dan Pra Sekolah. Inovasi- inovasi ini telah dipamerkan di Dewan Besar IPGKPT pada 3 Mac 2011 dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Pameran ini turut dilawati oleh pengunjung pegawai, pensyarah, guru dan murid sekolah daripa- da Jabatan Pelajaran Wilayah

  Persekutuan, IPG, dan sekolah. Pertandingan tahun ini juga merupakan kali pertama Anugerah Inovasi P&P Pengarah IPGKPT dijadikan rebutan dalam kalangan peserta pertandingan. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada warga JMSK untuk terus berusaha untuk memperbaiki kae- dah dan mutu pengajaran masing- masing.

Matematik dan Sains

KAEDAH EASYMATHS DALAM MATEMATIK 1 DAN 2

  PSAS 5-6 Mac 2011 - Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah menjalankan Kursus Teknik Pengajaran EASYMATH den- gan jayanya. Kursus ini dihadiri seramai 150 orang pelajar dan diterajui oleh Puan Noormala Abdullah dan dibantu oleh pen- syarah-pensyarah JMSK. Dengan menggunakan teknik EASYMATH , para peserta begitu tekun menjawab dan menyelesaikan masalah matematik yang sebelum ini kelihatan begitu sukar namun- pada hakikatnya ia sangatlah mudah. Dengan teknik EASYMATH ia mampu men- arik minat para pelajar dan sesiapa sahaja akan meminati subjek matematik. Maklum balas dari para peserta sangat meng- galakkan. Mereka amat berpuas hati dan mencadangkan agar kursus ini diteruskan lagi di masa hadapan.

  Perisian percuma untuk menghasilkan permain- an video

  3D Adventure Studio Sebuah editor percuma untuk menghasil- kan permainan bercorak pengembaraan seperti Gabriel Knight 3.

  Game Maker Menggunakan interaksi ‘drag-and-drop’ , anda dapat mencipta permainan video yang canggih dengan masa yang sing- kat. Pelbagai elemen dapat disunting menerusi Game Maker seperti grafik ani- masi, muzik, efek bunyi dan juga grafik

  3D! Juga disediakan bahasa pengatur- caraan tersendiri untuk membolehkan para pencipta menghasilkan permainan video yang lebih fleksibel.

  RPG Maker XP RPG MAKER XP digunakan untuk meng- hasilkan permainan video dalam genre ‘role-playing games’.

  Mencipta permainan video dengan microsoft kodu Kodu ialah satu bahasa pengatur- caraan visual yang dicipta khas untuk menghasilkan permainan video. Ia di- reka untuk golongan yang tidak begi- tu teknikal dan mampu dikuasai oleh kanak-kanak. Permainan video yang dihasilkan boleh dimainkan menerusi komputer yang berasaskan pelantar Windows ataupun konsol Xbox.

  Mulakan dengan memuat turun perisian ini dari laman

  . Anda boleh mencuba beberapa sampel permainan yang tersedia sebelum anda mencipta permainan video anda yang pertama. Terdapat pelb- agai objek dan persekitaran yang dapat dimasukkan di dalam permainan video sep- erti bukit-bukau, air, dan pelbagai objek yang lain. Setelah selesai mereka ben- tuk persekitaran yang diingini anda boleh memasukkan watak-watak yang akan berinteraksi di dalam permainan video ini. Setiap watak-watak mempunyai keunikan- nya yang tersendiri dari aspek pergerakan dan juga kebolehan. Setelah selesai merekabentuk persekitaran dan memasukkan semua watak-watak di dalam sistem ini, langkah seterusnya ialah membuat pengaturcaraan untuk interaksi antara satu watak dengan watak ataupun objek yang lain. Kodu menggunakan pen- gaturcaraan visual yang yang dipelopori oleh Logo pada tahun 1960an dan projek- projek lain seperti AgentSheets, Squeak dan Alice. Kodu mungkin dirasakan terlalu mudah dan dari segi teknikal dan agak terbatas di dalam menghasilkan sesebuah permainan video, Tetapi limitasi yang ditetapkan adalah untuk mengelakkan sistem ini menjadi kom- pleks kerana sasaran Microsoft Research adalah kepada khalayak umum/kanak- kanak. Walaupun Kodu dengan keupayaan- nya yang terbatas, para pengaturcara masih mampu menghasilkan permainan video yang releven dengan situasi permainan video semasa. Contoh permaianan video yang dapat dihasilkan mencakupi pelb- agai genre seperti permainan perlumbaan, permainan tembak menembak 2D, atau pengembaraan platform 3D. Kini perisian ini telah digunakan sebagai alat bantu mengajar di beberapa tempat di Malaysia dan Singapura untuk tujuan proses pengajaran/pembelajaran yang lebih kreatif. Perisian ini memerlukan komputer dengan spesifikasi berikut: Sistem Pengoperasian Windowsx XP dengan 1 GB RAM. Untuk tutorial yang lebih lengkap sila ke laman web berikut: http://fuse.microsoft.com/proj- ect/kodu.aspx Selamat mencuba!!

Microsoft

  Mohd Azlan Ab Aziz

R A H S I A K H U S Y U K D A L A M S O L A T

  Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:- yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:- “Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:- yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma’un : ayat 4-5] Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.” Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang: 1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

  2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

  3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

  4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

  5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sem- bahyang itu.

  6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

  7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

  8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

  9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

  10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

  11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

  12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

  13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

  14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

  15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.” Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: “Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Madah wanita solehah

  Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini.

  Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya , Kemanisan wanita solehah , tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu , Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu bukan dan tidak sama sekali, Kepetahan wanita solehah , Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

  Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai , kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu , Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu , Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya , Bersyukurlah diatas apa yang ada . Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama. Salam perjuangan untuk sahabatku , Wanita solehah. “Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”

  Beliau pernah diherdik “Kau tidak mempunyai wajah yang kacak, khalayak umum tidak mahu melihat pelakon yang bercakap dengan mulut yang senget” Akan tetapi, kata-kata itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha... Keinginan Yang Membara Membolehkan Anda Terus Fokus...

  Sly mempunyai keinginan yang membara untuk berke- cimpung dalam industri per- fileman. Tolakan demi tolakan yang beliau terima tidak mematahkan semangat beliau. Seterusnya, beliau mengubah cara dan mencuba lagi. Isteri beliau memaksanya untuk mencari pekerjaan kerana mereka sekeluarga kelaparan dan tidak cukup wang untuk membeli makanan dan memanaskan badan. Beliau masih berdegil dan tidak putus kerja kerana beliau takut ter- perangkap dengan kitaran hidup manusia biasa. Sly mahu mengejar cita-cita yang beliau impikan sejak kecil lagi. Beliau tidak mahu melakukan sesuatu yang membawanya tesimpang dari matlamat untuk menjadi bintang terkenal. Beliau per- caya akan hasilnya dan tahu matlamatnya sendiri; beliau hanya perlu men- cari jalan yang betul untuk menca- pai matlamat. Sly kerap mencari dan mencuba pelbagai cara. Suatu hari beliau pergi ke perpustakaan untuk memanaskan badan sambil membaca sajak Edgar Allan Poe. Setelah membacanya, Sly dapat melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza sekali. Beliau ber- kata dengan membaca sajak tersebut, beliau dapat mencari jalan yang baru untuk menca- mengekalkan keinginannya yang membara. Sly cuba untuk menjadi penu- lis skrip tetapi setiap skripnya ditolak...

  Sly Menjual Rakan Baiknya...

  Akhirnya, satu skrip beliau terjual, “Paradise Alley” den- gan harga $100. Wang terse- but tidak kekal lama. Beliau jatuh miskin. Pernah beliau mejual barang kemas ister- inya. Beliau begitu terdesak s e h i n g g a k a n beliau sanggup menjual anjing peliharaannya; iaitu rakan baiknya. Beliau cuba men- jual dengan harga $50 tetapi tiada siapa yang ingin mem- beli. Beliau mengubah cara menjual dan akhirnya menjual anjing tersebut kepada ses- eorang yang tidak dikenali den- gan harga $25. Ini adalah titik

  Perjalanan Hidup Sylvester Stallone.

  Untuk berjaya di dalam hidupnya, ia tidak semudah seperti yang disangka- kan. Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa beliau tempuhi.

  “Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.” Suatu malam beliau menon- ton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan Wepner di telivisyen. Wepner teruk dik- erjakan Muhammad Ali tetapi Wepner tidak berputus asa dan tetap melawan. Sly secara automatik mendapat idea untuk filemnya Rocky. Beliau terus mula menulis skrip selama 20 jam tanpa henti dan akhirnya skrip tersebut berjaya dihasil- kan. Akan tetapi, skrip tersebut tidak berjaya dijual.

  Sly Mahu Untuk Membintangi Filem...

  Setelah beberapa kali skrip beliau ditolak, ada seorang yang percaya dengan skrip tersebut dan menawarkan $125,000. Sly akan menjual skrip tersebut jika beliau men- jadi pelakon utama dalam filem itu. Beliau diberitahu yang beliau bukan calon yang sesuai dan tidak dikenali. Sly menolak tawaran tersebut walaupun beliau dan keluarga memerlukan wang. Beberapa tawaran yang beliau terima sehingga pada satu masa beliau ditawarkan

  $325,000 untuk skrip terse- but tetapi beliau tolak kerana beliau tidak ditawarkan untuk menjadi pelakon utama. Skrip tersebut akhirnya dijual pada harga $35,000 dengan Sly dita- warkan untuk berlakon sama. Dari situ bermulalah perjalanan hidup beliau sebagai seorang seniman.

  

Apa Yang Anda Dapat

Pelajari Dari Kisah Hidup

Sly?

  Sly mempunyai keinginan yang membara. Beliau tahu akan hasilnya, matlamatnya, melakukan tindakan dan tetap fokus. Ini amat diperlukan oleh seseorang yang inginkan kejayaan dalam setiap yang mereka mulakan. Sly tidak takut untuk mengubah cara/teknik/jalan untuk men- capai matlamat beliau. Beliau mencuba dengan kerap sekali. Cuba ubah teknik/cara sesuatu yang anda lakukan jika hasil yang anda dapat bukan seperti yang anda inginkan. Sly membakar semua jam- batan atau jalan yang lain. Beliau tidak mahu untuk men- gambil jalan lain yang tidak membawa beliau kepada tercapainya matlamat yang diimpikan. Kadangkala, untuk mencapai sesuatu matlamat anda perlu lupakan jalan yang tidak membawa kepada kejay- aan. Sentiasa FOKUS pada matlamat anda! Sly melakukan pengorbanan. Walaupun beliau jatuh miskin, pernah ditawarkan $325,000 untuk skrip beliau dan tidak ditawarkan untuk berlakon dalam filem tersebut, beliau tetap menolak tawaran itu. Untuk mencapai hasil atau keputusan yang diinginkan, kadangkala anda perlu lakukan pengorbanan. Jika terdapat jalan yang mudah, ia nampak bagus pada masa itu tetapi ia tidak akan membawa anda kepada matlamat yang anda impikan selama ini. Ya, untuk berjaya anda perlu ada keinginan yang sentiasa membara, tidak takut untuk berubah jalan, lupakan jalan yang tidak membawa ke arah kejayaan, dan membuat pen- gorbanan jika perlu.

  10 WAYS To Fail In Life So you want to be successful in life? Is that what you want? Then you better stop failing and become aware of these 10 ways to fail in life.

  You see, I’ve been asked many times for how to achieve success and weird enough, seems like nobody’s taking that advice seriously. Then I realized one thing – most people are ALREADY failing before they even got started! The article I wrote below is slightly controversy compare to the normal goodie-type personal development advice because this is the TRUTH. If I want to keep every- one happy and write about the colorful rainbow, birds chirping, flowers blooming, etc then I should just opens up a nursery home and take care of children. I want to tell you the truth straight to your face because I’ve been there and heard the garbage lies thrown everywhere. Avoid these and you’ll automatically be on the right track (provided you want to be successful)…

  1. Mixing With Losers It’s a guaranteed way to fail in life with this. Whatever you like to do, losers will just tell you it won’t work and after some time, you will also become a loser. High five, welcome to the losers’ club. Something about losers you should know: they like to ‘recruit’ new people and are very comfortable in their shoes. They don’t welcome Changes. So when you see someone with any of these two characteristics, you know what you should do.

  2. Don’t Know What You Want The most common goal I hear all of the time is, “I want to be rich”. I mean it’s fine with that generic goal but the problem is, how rich do you want to be? Or how rich is rich? Put it this way – the methods used to make a million and $3,000 are different. No wonder some people couldn’t experience breakthroughs in life because they are playing small for big goals. If you want to make a million, you better put in that level of commitment, bucko.

  3. You Want Everything It’s nice to have a lot of things but if you go chasing everything, you get nothing. Let me tell you why – you only have 24 hours a day and you’ve got to focus on your priorities. I know, I know, you can hire others and so on but the fact is, you’ve got to want ’something’ first to lead to another ’something’, then to everything. Make sense?

  4. Watching the “Secrets” Way Too Much I’m not here to criticize Law Of Attractions (LOA) and don’t want to receive hate emails. As a matter of fact, I do believe in it and have friends who appeared in the Secrets. But it’s a surefire way to fail if you keep on watching the “Secrets” and doing ‘attraction’ by sitting down on your floor manifesting 3 hours a day. In my point of view, scientifically, Law of Attraction runs on the concept of ‘believing’. When you believe you can achieve your goal, you will take actions to actually achieve it but if you don’t understand this basic element and think LOA is some sort of miracle remedy, oh boy, you’re in for a big surprise for failure.

  5. You Don’t Truly Know Why You Want Success Wanting everything is bad enough – but it gets even worse if you don’t even know the reason why you’re trying to achieve your goal. What’s the deal? Without a solid reason, a compelling reason, where are you going to find the motiva- tion and encouragement for you to overcome obstacles? You think it’s going to be fun ride to success? Then you haven’t been traveling – it’s a rocky road, my friend. Most people failed to achieve their goals because they never complete the journey– they give up half way (or at the beginning) because they cannot see the worth of accomplishments.

  6. You Don’t Remember Your Roots The thing I get most irritated about is people who achieved success and never felt gratitude towards those who have

helped them. Is it very hard to say, ‘thank you’? The law of reciprocity is simple – you return favors to those who helped

you in the past. And maybe, they’ll help you again in the future. Remember this- it takes more than just you to achieve

success, so don’t be a jerk.

  7. You Think You’re Smart The day you stop learning is the day you stop improving yourself. If you don’t want to fail in life, make you sure you stop acting as though you already know every- thing. The fact is, all successful people are people who continuously learn to be even more successful. They don’t stop. Let me put it in this perspective – you don’t know what you don’t know, you know?

  8. You Listen To The Wrong People

I watched this funny movie called, “He Is Just Not That Into You” and it just reaffirmed what I’m about to tell you. At the

beginning of the movie, it shows a clip of a boy pushing a girl in the playground because he somehow doesn’t like her.

He thinks she smells like dog pooh. She cried and asked her mum why did the boy do that to her. And her mum replied,

“It’s because boys do that to girls when they like you.” Do yourself a favor, don’t get wrong advice. It’ll stick in your brain

and lead you to make stupid interpretations in life.

  9. You Think Short Term

You’ll hear this happening often in many ’successful’ people’s stories – make a lot of money to lose it all. This probably

because they became too comfortable and the other thing is, once you achieve success, you should ride on the wave

when the momentum is there. When you think short term, you’re only going after the instant pleasure. You must learn

to master ‘delay gratification’ so that you can enjoy your today’s labor.

  10. You’re Blinded With What Is Important In Life I believe there are only two things that are important in your life – control of time and experiencing happiness. Money, love, big cars, diamonds, etc are the things that contribute to these 2 benchmarks of successes. For instance, if you have money, you don’t need to work so that you can have more time to do the things you like. It’s not the money that you’re trying to get but what the money CAN DO FOR YOU. I know this topic is bigger than one sentence explanation but I guess you get the point. You’re a smart fella. sumber: http://www.successtrace.com/blog/31/10-ways-to-fail-in-life-almost-guaranteed/