PERLAKSANAAN OUTCOMES BASED EDUCATION OB

Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007

PERBANDINGAN PENDEKATAN PENDIDIKAN SEPADU
DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL (OBE)
DENGAN MODEL PENDIDIKAN ISLAM
Mohd Jailani bin Mohd Nor1 dan Azami bin Zaharim2
1
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
2
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
jailani@eng.ukm.my

ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan keperluan untuk melaksanakan pendekatan
pendidikan sepadu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil
(Outcome Based Education, OBE). Penggunaan istilah-istilah seperti softskills,
generic skills, professional skills dan yang terkini kemahiran insaniah yang
melibatkan pendidikan sepadu juga dibincangkan dalam kertas kerja ini.
Perbandingannya dengan falsafah dan model pendidikan islam yang telah

diketengahkan oleh para pemikir islam terdahulu juga dibentangkan. Antara
konsep pendidikan islam yang dikupas dalam kertas ini adalah konsep pendidikan
yang telah diketengahkan oleh Al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan Mohammad Natsir
(Pak Natsir). Seterusnya cadangan kaedah pendidikan sepadu yang sesuai untuk
diamalkan di Fakulti Kejuruteraan UKM dibentangkan dalam kertas kerja ini.
Kata kunci: pembelajaran berasaskan hasil; kemahiran insaniah; model
pendidikan islam

PENGENALAN
Dengan penerapan konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (OBE)
di seluruh institusi pengajian tinggi (terutama dalam bidang kejuruteraan) di
Malaysia hari ini, ianya telah memberi peluang kepada pihak yang berwajib untuk
memastikan graduan yang dihasilkan kelak adalah selaras dengan kehendak dan
keperluan negara. Kualiti graduan yang dihasilkan oleh sesebuah universiti
mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan kualiti, proses, dan persekitaran
pembelajaran yang diamalkan oleh universiti tersebut. Dalam era dunia tanpasempadan sekarang ini (era globalisasi) graduan yang dikeluarkan oleh universiti
tempatan mestilah setanding dan boleh bersaing dengan rakan-rakan mereka yang
keluar dari universiti lain sama ada universiti tempatan atau universiti luar negara.
Para graduan mesti mempunyai dan dibekalkan dengan pelbagai ilmu, kemahiran
dan sikap/akhlak yang baik dan mencukupi untuk mereka dapat memainkan

peranan yang diharapkan di alam pekerjaan kelak. Selain itu, mereka juga dilihat

Mohd Jailani bin Mohd Nor dan Azami bin Zaharim

mesti mempunyai ciri-ciri lain seperti etika, boleh berkomunikasi dengan baik,
kepimpinan, boleh bekerja dalam kumpulan, pembelajaran sepanjang hayat, dan
lain-lain lagi.
Perkara-perkara yang selama ini tidak dirancang penerapannya secara
bersistem dan tidak juga diukur pencapaiannya secara formal telah diberi
penekanan dan perhatian yang tinggi dalam era baru ini. Penggunaan istilahistilah seperti softskills, generic skills, professional skills dan yang terkini
kemahiran insaniah yang melibatkan pendidikan sepadu juga sudah menjadi satu
kemestian dalam proses rekabentuk kurikulum kejuruteraan dewasa ini. Kaedah
tradisi yang memberi fokus kepada proses pembelajaran telah diganti dengan
pendekatan baru yang tidak hanya mementingkan proses pembelajaran tetapi juga
menetapkan hasil dari sesuatu program pengajian itu secara terperinci dan
bertulis. Malah pencapaian graduan terhadap sesuatu set hasil yang telah
ditetapkan itu pula mestilah dibuktikan melalui aktiviti-aktiviti pengukuran dan
penilaian yang sistematik dan berkesan.

KONSEP DAN MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN OBE

Asas utama OBE adalah penyataan tentang objektif dan hasil program yang
jelas dan difahami oleh semua pihak termasuk pentadbir, pensyarah, pelajar dan
kaki tangan teknikal. Perancangan dan rekabentuk sesuatu program pengajian itu
dimulakan dari titik akhir iaitu dengan menyatakan ciri-ciri graduan yang mahu
dihasilkan. Akan tetapi pelaksanaan (delivery) untuk sesuatu program itu
dimulakan dari titik mula iaitu aktiviti dalam kuliah bagi memenuhi keperluan
hasil pembelajaran (learning outcomes) kuliah tersebut. Stuktur pembelajaran
dan kurikulum yang direkabentuk adalah cara untuk mencapai matlamat dan
bukannya matlamat itu sendiri. Jika kurikulum yang dihasilkan itu terbukti gagal
untuk mencapai hasil yang telah ditetapkan ianya akan diperbaiki dan ditukar
ganti. Komponen yang terangkum dalam pendekatan OBE adalah pembudayaan
’peningkatan kualiti berterusan’ (Continuous Quality Improvement, CQI).
Dapatan dari proses pengukuran dan penilaian yang dilaksanakan terhadap
objektif dan hasil sesuatu program pengajian itu akan memberi peluang untuk
pihak yang pengurusan untuk memperbaiki prestasi dan mempertingkatkan
keberkesanan proses pembelajaran yang sedang diamalkan.
Secara umum model dan konsep pembelajaran berasaskan OBE boleh
digambarkan seperti dalam Rajah 1 dibawah. Pusat kepada konsep pembelajaran
OBE adalah hasil dan objektif pembelajaran sesuatu program pengajian itu.
Aktiviti-aktiviti lain yang dirancang dan direkabentuk dihasilkan berkisar kepada

hasil dan objektif tersebut.

56

Perbandingan Pendekatan Pendidikan Sepadu Dalam Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) Dengan Model
Pendidikan Islam

STRUKTUR & KANDUNGAN
KURIKULUM

KAEDAH
PENGAJARAN
Menumpu kepada

Ditentukan oleh
HASIL & OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Diatur berdasarkan


Dinilai berasaskan
PENILAIAN
PELAJAR

LATIHAN & PENEMPATAN
PELAJAR

RAJAH 1 Model Dan Konsep Pembelajaran Berasaskan OBE
PENERAPAN NILAI INSANIAH DALAM OBE
OBE tidak boleh dianggap sebagai satu peristiwa (bermusim) akan tetapi ianya
adalah pendekatan (model) yang lengkap mengenai proses pengajaran dan
pembelajaran dangan kitaran kepada aktiviti yang terlibat dilaksanakan secara
sistematis. Kejayaan dalam membudayakan pendekatan pembelajaran berasaskan
OBE juga memerlukan penglibatan dari setiap individi yang terlibat didalam
sesuatu progam pengajian. Pendekatan ini juga menghasilkan ketelusan dalam
bertindak dan pertanggungjawaban yang jelas terhadap dapatan dari setiap aktiviti
pengukuran dan penilaian yang dibuat.
Pada dasarnya, objektif dan hasil dari sesuatu program pengajian itu adalah
penyataan matlamat (tujuan) jangka panjang dan matlamat jangka pendek
program pengajian tersebut. Penyataan tersebut mesti mengandungi komponen

ilmu, kemahiran dan sikap yang mesti difahami dan dihayati oleh para graduan
yang telah berjaya melalui progaram pengajian tersebut. Pada umumnya,
penyataan objektif dan hasil sesuatu program pengajuan itu adalah bertujuan
untuk memastikan bahawa para graduan yang dihasilkan itu sudah bersedia untuk
menempuh alam pekerjaan dan bersedia juga untuk berperanan sebagai ahli
masyarakat yang berguna. Konsep ini dipaparkan dengan jelas dalam Rajah 2.

57

Mohd Jailani bin Mohd Nor dan Azami bin Zaharim

OBJEKTIF & HASIL - Persediaan untuk alam pekerjaan (kerja);
Persediaan untuk menjadi ahli masyarakat (hidup).

ILMU
Asas ilmu
Sains,
Matematik,
Kejuruteraan,
Teknikal dan

lain-lain.

SIKAP

KEMAHIRAN

Etika, Adab,
Nilai,
Motivasi, dll.

• Pengendalian alat,

komputer dan bengkel.

• Komunikasi,

Kepimpinan,
Pembelajaran sepanjang
hayat, dll.
(Professional & Softskills)


RAJAH 2 Komponen Dalam Penyataan Objektif Dan Hasil Program
Sebagai contoh dibawah ini dipaparkan objektif program pengajian yang telah
dipersetujui untuk diguna pakai di Fakulti Kejuruteraan,UKM.
Objektif Pendidikan Program Fakulti Kejuruteraan (Program Educational
Objectives)
1. Jurutera yang mempunyai ilmu asas yang mencukupi untuk berperanan
sebagai seorang jurutera dengan kompeten
2. Jurutera yang memahami, bersikap profesional dan beretika terhadap
kewajipannya kepada Pencipta, pelanggan dan masyarakat
3. Jurutera yang akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dalam bidang kejuruteraan dan dalam masa yang sama mahir berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris
4. Jurutera yang mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerja
antarabangsa/global
5. Jurutera yang mampu memimpin organisasi berdasarkan ilmu dan
pengalaman
6. Jurutera yang berkemampuan menjalankan penyelidikan di dalam
organisasi masing-masing
Di UKM, kemahiran generik adalah kemahiran yang perlu ada pada semua

pelajar dalam setiap program. Juzuk-juzuk kemahiran generik ditentukan
berasaskan keperluan pihak majikan kerana mereka yang akan mengambil
siswazah universiti berkerja. Ini menyebabkan kemahiran generik selalu juga
dipanggil employability skills. Pada masa ini istilah yang digunakan oleh Jabatan
Pengajian Tiggi (JPT) ialah kemahiran insaniah.
Kemahiran Insaniah yang mesti ada pada setiap graduan UKM ialah seperti
yang disenaraikan seperti di bawah:

58

Perbandingan Pendekatan Pendidikan Sepadu Dalam Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) Dengan Model
Pendidikan Islam

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
3. Kemahiran Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Kemahiran Keusahawanan
6. Etika dan Moral Profesional
7. Kemahiran Kepimpinan

8. Kesedaran Alam Sekitar
Kemahiran insaniah boleh diterapkan melalui kursus-kursus khas atau
diterapkan melalui kursus-kursus kejuruteraan yang sedia ada. Fakulti
Kejuruteraan UKM memilih pilihan kedua, iaitu melalui kursus-kursus
kejuruteraan yang sedia ada. Fakulti juga menyedari bahawa kursus-kursus di
peringkat universiti dan aktivti kokurikulum di Kamsis juga menyumbang
terhadap penerapan kemahiran insaniah. Penyataan secara jelas mengenai ciri-ciri
graduan yang mahu dihasilkan dalam model pendidikan OBE memberi peluang
untuk menerapkan nilai-nilai rohani secara formal dan sistematis agar graduan
yang kita hasilkan menjadi insan yang seimbang.

MODEL-MODEL PENDIDIKAN ISLAM
Kemelut umat hari ini hanya dapat diselesaikan melalui amalan sistem pendidikan
yang sepadu dengan mengisi keperluan rohani dan jasmani berteraskan Tauhid.
Tujuan akhir pendidikan islam adalah untuk melahirkan masyarakat yang
seimbang antara rohani dan jasmani. Diperingkat individu pula pendidikan islam
bertujuan menghasilkan seorang khalifah yang dapat mentadbir dunia ini dan
seterusnya menggunakan akalnya untuk berfikir dalam menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah. Idea dan pemikiran ulama
terdahulu tentang konsep ilmu dan pecahan-pecahannya boleh dilihat melalui

hasil tulisan mereka. Sebagai contoh pemikiran al-Ghazali dapat digarap melalui
bukunya yang terkenal Ihya’ ’Ulum al-Din. Konsep ilmu mengikut pandangan
Ibn Khaldun boleh dilihat melalui bukunya yang masyhur Mukadimah. Pemikiran
Mohammad Natsir tentang pendidikan islam di Indonesia dirujuk dalam bukunya
yang terkenal Capita Selekta 1973, (Gamal Abdul Nasir Zakaria, 2003). Susunan
ilmu menurut Al-Ghazali, Ibn Khaldun dan Mohammad Natsir dapat dilihat
dalam Rajah 3,4 dan 5 dibawah.

59

Mohd Jailani bin Mohd Nor dan Azami bin Zaharim

SYARIAH
AQLIAH

EPISTEMALOGI

FARDU AIN
ILMU

ONTOLOGI
FARDU KIFAYAH
TERPUJI

AKSIOLOGI

MUBAH
TERCELA

RAJAH 3 Klasifikasi ilmu menurut Al-Ghazali

AL QUR’AN
HADIS

NAKLI

FIKAH
ILMU

TASAWUF
TEORI

AQLI

TATBIIQI

RAJAH 4 Klasifikasi ilmu menurut Ibn Khaldun

60

Perbandingan Pendekatan Pendidikan Sepadu Dalam Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) Dengan Model
Pendidikan Islam

AL QUR’AN
AL-SUNNAH

AL-DINIYYAH

FIKAH
ILMU

BAHASA ARAB
TEORI

AL-AMMAH

AMALI

RAJAH 5 Klasifikasi ilmu menurut Mohammad Natsir
Tujuan atau matlamat utama apa jua program pendidikan adalah untuk hidup.
Soalan yang perlu dijawab adalah apakah pula tujuan hidup?
Al-Qur’an menjawab pertanyaan ini dalam surah al-Zariyat, ayat 56 yang
bermaksud:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah kepada-Ku.”
(Surah al-Zariyat: 56)
Melihat kepada perbahasan tentang ilmu dan pendidikan dari ketiga-tiga
pemikir dan aktivis diatas dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan sepadu
berlandaskan islam mesti mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Pendidikan yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah
2. Pendidikan yang berteraskan tauhid
3. Adanya integrasi antara iman, ilmu dan amal
4. Tidak adanya pemisahan antara konsep ilmu agama dan ilmu dunia, dan
5. Tidak ada pemisahan antara ilmu syariat dan ilmu haqiqat.

CADANGAN KAEDAH PENGENDALIAN DAN PENILAIAN
KEMAHIRAN INSANIAH
Setelah melihat idea dan fakta yang telah dibentangkan diatas, maka dapat dilihat
bahawa sudah sampai masanya kita menukar peranan dari mengajar kepada
mendidik, dari menunjuk kepada memimpin dan seterusnya dari berceramah
kepada berhujah. Kemahiran insaniah yang mahu diterapkan hendaknya biarlah
serasi dengan ciri-ciri insan yang digariskan oleh al-Qur’an dan al Sunnah.

61

Mohd Jailani bin Mohd Nor dan Azami bin Zaharim

Penulis berpendapat tidaklah memadai dengan menggunakan masa kursuskursus formal (yang kebanyakkannya digunakan untuk mengajar ilmu teknikal)
sahaja untuk menerapkan dan mendidik kemahiran insaniah kepada pelajar kita.
Semua saloran mestilah digembling secara tersusun rapi untuk menanam ciri-ciri
insaniah tersebut. Sebagai contoh, kursus-kursus umum universiti, aktiviti kokurikulum, aktiviti surau, aktiviti masjid (pusat islam UKM), persatuan pelajar,
program mentor-mentee dan lain-lain lagi perlulah disusun sedemikian rupa agar
dapat membantu menerapkan hasil pembelajaran kemahiran insaniah seperti yang
telah ditetapkan.

RUMUSAN
Pendekatan pembelajaran dan pengajaran berasaskan OBE yang sedang kita
amalkan sekarang ini menyediakan model pendidikan yang lengkap dimana nilainilai murni yang serasi dengan falsafah pendidikan islam boleh diterapkan.
Terpulang kepada kita untuk mengisinya dengan aktiviti pengajian yang sesuai
dengan konsep dan falsafah pendidikan islam. Mudah-mudahan usaha kita ini
dapat mengembalikan semula era kecemerlangan ilmuan islam yang sedang
tandus akibat dari tsunami-sekularisme yang telah melanda negara-negara umat
islam satu masa dulu. Wallahu’alam.

RUJUKAN
Gamal Abdul Nasir Zakaria, Mohammad Natsir: Pendidik Ummah, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003, ISBN 967-942-614-9
Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, Bimbingan Mu’minin (Mau’izhatul
Mukminin), Klang Book Centre, Cetakan Kedua, 1988, ISBN 983-61-0000-8
Shaleh Ahmad Asy-syami (Penterjemah: Arifin Ladari), Biografi Imam AlGhazali: Hujjatul Islam dan Pembaharu Kurun ke-5, Jasmin Enterprise, 2004,
ISBN: 983-265-79-0
The Future of Engineering Education in Malaysia, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia, 2006, ISBN 978-983-2982-13-8
Mukadimah Ibn Khaldun, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1995,
ISBN 983-62-3952-9
Hassan bin Basri, Abu Bakar bin Che Man, Wan Hamidon Wan Badaruzzaman &
Jailani bin Mohd Nor, “Malaysia and The Washington Accord: What it takes
for full membership,” Intenational Engineering Convention, Amman Jordan,
August 2004

62

Perbandingan Pendekatan Pendidikan Sepadu Dalam Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) Dengan Model
Pendidikan Islam

Armando Rugarcia, Richard M. Felder, Donald R. Woods, James E. Stice, “The
Future of Engineering Education I. A Vision for a New Century,” Chemical
Engineering Education, 34(1), pp.16-25, 2000
Barbara M. Olds, Barbara M. Moskal, Ronald L Miller, “Assessment in
Engineering Education: Evolution, Approaches and Future Collaborations,”
Journal of Engineering Education, January 2005, pp.13-25
Killen, R., “Outcomes-Based Education: Principles and Possibilities,”
Unpublished Manuscript, University of Newcastle, Faculty of Education, 2000
Baharudin bin Yatim, “Satu Pandangan Tentang Sains dan Teknologi di
Malaysia,”

63

Dokumen yang terkait

ENERAPAN PEMBELAJARAN BERBASIS MASALAH (PROBLEM BASED LEARNING) PADA POKOK BAHASAN TEOREMA PYTHAGORAS KELAS VIIIE SMP NEGERI 1 BALUNG SEMESTER GANJIL TAHUN AJARAN 2011/2012

0 63 18

IMPROVING THE TENTH YEAR STUDENTS’ DESCRIPTIVE WRITING ABILITY THROUGH GENRE- BASED APPROACH AT SMA NEGERI 4 JEMBER IN THE 2009/2010 ACADEMIC YEAR

1 57 8

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR FISIKA ANTARA PEMBELAJARAN YANG MENGGUNAKAN LEARNING CYCLE 5E DENGAN PROBLEM BASED LEARNING

0 21 58

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR FISIKA SISWA ANTARA MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK PAIR SHARE (TPS) DENGAN MODEL PEMBELAJARAN PROBLEM BASED LEARNING (PBL)

11 75 34

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR FISIKA SISWA ANTARA MODEL PEMBELAJARAN PROBLEM BASED LEARNING(PBL) DAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE GROUP INVESTIGATION (GI)

6 62 67

PENGARUH SKILL ARGUMENTASI MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN PROBLEM BASED LEARNING (PBL) TERHADAP LITERASI SAINS SISWA SMP

3 24 50

JUDUL INDONESIA: IMPLEMENTASI PENDIDIKAN INKLUSIF DI KOTA METRO\ JUDUL INGGRIS: IMPLEMENTATION OF INCLUSIVE EDUCATION IN METRO CITY

1 56 92

THE DESIGN OF DIGITAL DICTIONARY APLICATION LANGUAGE INDONESIA-LAMPUNGNESE/LAMPUNGNESE- INDONESIA WAP (WIRELESS APPLICATION PROTOCOL) BASED USING PROTOTYPING METHODE

0 15 9

PENERAPAN MODEL PROBLEM BASED LEARNING (PBL) UNTUK MENINGKATKAN AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA KELAS IV SD NEGERI 2 BANJARREJO BATANGHARI LAMPUNG TIMUR TAHUN PELAJARAN 2014/2015

0 24 52

PENGARUH MODELPROJECT BASED LEARNING TERHADAP HASIL BELAJAR SISWA PADA MATA PELAJARAN IPS KELAS VII DI SMP NEGERI 7BLAMBANGAN UMPU WAY KANAN TAHUN AJARAN 2014 / 2015

1 16 68