INFO ADAT MASYARAKAT MELAYU INDIA DAN CH

INFO ADAT MASYARAKAT MELAYU, INDIA DAN CHINA (SUMBER LAMAN WEB JABATAN KEBUDAYAAN
DAN KESENIAAN NEGARA)
Masyarakat Melayu
Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada berpendapat perkataan Melayu
berasal daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna
cepat, deras dan tangkas.
Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas,
segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.
A.H Keane, ahli antropologi berpendapat bahawa bangsa Melayu berasal daripada campuran antara
bangsa Kaukasus dengan bangsa Mongol. Pendapat ini berdasarkan teori yang mengatakan bahawa
orang Melayu berasal dari daerah utara Asia Tenggara seperti tersebut. Justeru itu, takrif orang Melayu
jika dilihat dari segi sosial dan budayanya yang lebih luas, meliputi penduduk yang mendiami
Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan pulau – pulau Melayu atau Nusantara. Oleh yang demikian
kelompok – kelompok bangsa Melayu amat besar di dunia.
Adat Melawat dan Berkunjung
Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung dengan lawatan dan
kunjungan.
1. Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan
salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.
2. Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.
3. Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan

menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.
4. Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai
hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah tangan. Ucapan –
ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’.
5. Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah dudk
bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh. Jika
duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga
nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas.
6. Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya. Jika
sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.
7. Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Jangan senduk
terlalu penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan orang lebih tua mengambil
makanan dahulu kemudian barulah orang muda kerana tidak sopan membiarkan ornag lebih tua

memakan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang menyediakan peraturan orang muda
makan berasingan daripada orang tua atau orang tua makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini
tidak begitu sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anak –
anak.
8. Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau makanan yang
terletak jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang sukar dicapai mintalah

bantuan orang lain yang berdekatan.
9. Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan ditampung sedikit
dengan tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu
atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan
bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh.
10. Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara – perkara kurng menyenangkan sehingga
boleh menganggu selera makan atau menyebabkan pertengkaran.
11. Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap biadap
dan tidak menghormati ornag lain.
12. Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan sesekali
meninggikan suara seperti orang menengking.
13. Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak jauh dari kita, hampirilah dia jangan
bercakap dengan menjerit – jerit dati satu sudut ke satu sudut.
14. Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau tidur
menghadap suami bukan membelakanginya.
Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara
umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan
janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.
Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira

akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung
dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara yang buruk. Antara adat menyambut
kelahiran ialah seperti:
1. Menempah bidan
2. Menjamah perut
3. Melenggang perut
4. Mandi melenggang perut

5. Mengadap semangat
Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap sedia
dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik selalunya pad ahari
Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan bersiap
menghias rumah seperti menggantung langsir, langit – langit dan membentangkan hamparan yang indah
serta menjemput sanak saudara kaum keluarga.
Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan hari bulan
Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan hari yang tidak
sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan
keluarga mereka.
Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung sahaja.

Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi nanti.
Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat menguruskan
kelahiran bayi.
Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan – bidan yang ada di kawasan tidak dapat
menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak menempah dari
awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.
Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia seperti
Melaka dan Johor, manakala istilah ‘ kirim perut’ pula difahami oleh orang Melayu di sebelah utara
seperti Perak, Kedah dan Perlis.
Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak kandungan
dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai sempurna sifatnya.
Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi penentuan masa dan hari
bagi melakukan sesuatu adalah sangat penting.
Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya anak yang
berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang melahirkan anak
kelak.
Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara bahan
yang disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana besar, secupak
beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu dan sebatang salur pinang.
Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta membetulkan

kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di atas perut dan digulingkan ke
arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki bakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat – kuatnya.

Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan
jika belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.
Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian kunyit di atas
perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke atas perut dipercayai
rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.
Mandi Melenggang Perut
Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untuk menjalankan
upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan
mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga
dan air tolak bala.
Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan wanita
hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan
Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal
dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh
beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji
telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan

air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolak bala dijurus dan upacara mandi
lenggang pun berakhir.
Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia
sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum
wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur
dan sejambak bunga.
Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang berasingan sebagai
pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi
yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.
Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil
Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah
melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia
penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.
Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi perlakuan dan
makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti oleh
wanita yang mengandung.
1. Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan
sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin.


2. Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda – benda yang menakutkan dikhuatiri anak
yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
3. Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat – sifat orang
yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
4. Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang
mempunyai gelap masa depan.
Mengerat Tali Pusat Bayi
Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih dahulu
supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan perlu dibuat
terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada mengalir keluar
apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan
diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat
bayi yang telah dipotong.
Menanam Uri dan Tembuni
Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayitidak boleh dibuang begitu sahaja.
Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak boleh ditanam
tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan
bersama – sama asam, garam, jarum, buku dan pensil supaya anak menjadi rjin belajar dan menjadi
murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak
akan menjadi lambat.


Masyarakat Cina
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah
mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka,
China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke
Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 – 1911 ) kerana Manchu merupakan
kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke
Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan
memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.
Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan
orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri
tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China
atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga
secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.
Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran
Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina.

Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and the preservation of the
family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih
kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan

Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini
perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.
Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada yang wujud.
Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”.
Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia
mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan
dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah.
Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya
supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan
keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan
mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan
terus lahir, mati dan lahir semula.
Lawatan dan Kunjungan
Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri tuan
rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.
Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu
tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali.
Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam
melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting.

Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu,
perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.
Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda yang tidak
baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.
Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian seperti
“gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat
handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah.
Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.
Perkahwinan

Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia
merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya,
perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan
kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu,
Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa
kemudiannya.
Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak – kanak itu
berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi

seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.
Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah
berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal
perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi
peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan
masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.
Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan
diadakan iaitu :


Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang
sah dari segi undang – undang.



Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru
memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan
antara satu sama lain.



Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara
mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu
kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya
jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu –
tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya – baiknya
hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna –
warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.
Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah
kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan – perkataan yang sedih
seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.
Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya
tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.

Kematian
Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke rumah
orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu
dan sebagainya.
Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “ duit kertas
“ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang
lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala
sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata
pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula – gula
berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik
dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang diberi itu boleh dimakan.
Masyarakat India
Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang telah
menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Separti masyarakat
lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan
tersebut sehingga kini.
Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan
masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat
lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut
memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Sejarah
Orang India Malaysia ialah satu kaum yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India
Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
Orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara
berkumpulan seperti komuniti Chetty Melaka dan komuniti Mamak semasa Kesultanan Melaka dan
semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.
Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan.
Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia
(sekitar 1.8 juta rakyat).
Perkahwinan masyarakat India
Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri
agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat
thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah

berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu
kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi
hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang). Biasanya pasangan pengantin akan
bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum' air susu bercampur pisang di
dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri
Kematian
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur
dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh
dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India, mayat
akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat ditentukan.
Upacara menanggalkan thaali
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam
sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah
suaminya meninggal dunia.
Upacara vaikkarasi
Setelah dimandi dan dihias cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagulagu suci dimainkan. Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir kepada si mati dan
mendoakan agar roh si mati akan tenang. Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya
shinaneepottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.
Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda
penghormatan.
Kollic cat
Kollic cat bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api. Periuk tersebut di angkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic
cat dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa
apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic
cat mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic cat dikehendaki mencukur rambut. Ini
menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.
Perayaan bagi kaum india
Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka tersendiri.
Bagi kaum India mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali, thaipusam, dan ponggal bagi
setiap tahun. Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan
permulaan yang baru, penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan

dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula, merupakan perayaan menghapuskan dosadosa yang telah dilakukan di atas muka bumi. Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.
Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan
dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Bagi ponggal pula,perayaan ini
diraikan secara beramai-ramai, iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya
diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. Ia
membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah. Perayaan ponggal ini
bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.