PSIKOLOGI BARAT DAN ISLAM pdf

1

PENDAHULUAN
Psikologi Islam sedang mengalami perkembangan yang pesat. Perkembangan ini telah
menarik ramai cendekiawan dan sarjana dalam bidang agama dan bidang sains sosial untuk
memperkayakan lagi khazanah keilmuan psikologi Islam yang pada hakikatnya telah pun
dipelopori oleh ulama‟ dan cendekiawan di zaman silam. Kemunculan psikologi Islam adalah
untuk menawarkan alternatif dan menyelesaikan dilema yang timbul dalam ilmu psikologi
khususnya dan juga dalam kalangan masyarakat Islam umumnya. Tugas psikologi ialah
mengembalikan jiwa setiap manusia kepada fitrah asal kejadiannya yang suci, bersih dari
sebarang kekotoran hissi (fizikal) dan maknawi (sifat-sifat keji seperti takabbur, hasad
dengki) kepada jiwa kehambaan sebagai makhluk Allah SWT serta memperbetulkan sudut
tingkah lakunya yang sudah jauh tersasar.
Kecemerlangan persepsi ke atas dunia psikologi lazimnya bermula daripada
teori-teori barat dan berjaya dimonopoli oleh mereka. Istilah psikologi telah mula muncul di
Barat pada abad ke-16M dan ia tertakluk di bawah cabang metafizik. Pada tahun 1830 an,
istilah ini digunakan untuk merujuk kepada jiwa atau roh manusia serta keadaan alam fikiran.
Ia seterusnya berkembang hingga abad ke-19M yang ditandai dengan kemunculan
penyelidikan dalam bidang perilaku manusia. Psikologi Barat kini tidak lagi memiliki
jawapan terhadap kejiwaan manusia. Hal ini kerana kewujudan manusia tidak pernah
dibahaskan atau dikaji dari sudut kejiwaan kerana persoalan ini merupakan suatu yang

abstrak dan sukar untuk diperhatikan. Justeru, ahli psikologi Barat hanya memusatkan
perhatian mereka kepada tingkah laku manusia tanpa melihat kepada perkara pokok yang
melandasi dan menentukan kewujudan perlakuan tersebut. Kegagalan mereka untuk
menjawab pertanyaan mengenai jiwa manusia sudah jelas. Hasan Langgulung (1986)
menyatakan bahawa semua mazhab psikologi Barat tidak mengkaji jiwa manusia tetapi
sebaliknya memberati kajian mereka terhadap tingkah laku. Menurut beliau lagi, dari mana
asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak disentuh di dalam kajian mereka.
Sebenarnya, bidang psikologi ini telah sekian lama sinonim sebagai satu bidang yang
mempunyai korelasi secara langsung dengan individu dan masyarakat. Budaya hidup
manusia berkait rapat dengan disiplin psikologi. Hal ini kerana kejadian manusia itu sendiri
terdiri dari lima elemen utama iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati (psikik). Seseorang
individu atau sesuatu bangsa itu tidak boleh lari dari menghadapi pelbagai masalah dan

2

tekanan di dalam kehidupan masing-masing. Tekanan yang serius boleh mengganggu
ketenangan mental dan disebabkan itulah bidang psikologi amat diperlukan bagi
mengimbangi kestabilan mental, emosi dan spiritual seseorang individu atau sesuatu bangsa
itu agar budaya hidup yang dibina menjadi cemerlang dan seterusnya berjaya di dalam
membangunkan sesebuah tamadun.


3

1.0

DEFINISI PSIKOLOGI

Perkataan psikologi (Psychology) berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu
Psyche (Psiko) yang membawa maksud jiwa, rohani atau mental dan –logos (-logi) yang

bermakna kajian. Sebagai satu perkataan, ia membawa maksud maksud kajian jiwa, mental
atau rohani manusia.
Daripada makna perkataan ini sahaja, beberapa definisi telah disarankan oleh pakarpakar psikologi dari seluruh dunia. Mengikut pergerakan sejarah serta perkembangan
psikologi, William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental
(Bruno,1984). Beliau menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang
tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. John Watson (1919) pula menyarankan
supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku
yang berunsur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia. Daripada dua
pandangan tersebut, psikologi moden boleh kita definisikan sebagai satu kajian yang saintifik
tentang jiwa dan tingkah laku manusia.

Daripada definisi tersebut, kita boleh membahagikan psikologi kepada beberapa
bahagian. Pertama, psikologi sebagai satu kaijian saintifik. Ini bermakna kajian-kajian yang
dilakukan dalam disiplin psikologi menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan yang saintifik
seperti dikajilidikan, peninjauan, korelasi, pemerhatian, kes kajian dan lain-lain. Kesemua
metodologi tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu dan menggunakan prosedur-prosedur yang
spesifik. Ini akan dibincangkan sebentar lagi.
Kedua, psikologi mengkaji tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia ialah
perbuatan yang boleh kita lihat. Dalam erti kata lain, semua tingkah laku ini di dalam bentuk
lampau (overt behavior) seperti berjalan, makan, memandu, menerajang, memukul dan lainlain lagi.
Ketiga, dan yang terakhir, pakar-pakar psikologi juga menjalankan kajian-kajian ke
atas proses-proses mental manusia, yang lebih dikenali sebagai tingkah laku terselindung
(covert behaviour). Ini merupakan sesuatu tingkah laku yang tidak dapat kita lihat seperti
bayangan, perasaan, mimpi, fantasia, khayalan dan lain-lain.
Secara keseluruhan, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia.
Kadangkala, kajian-kajian ke atas binatang juga di lakukan, seperti melihat kesan dadah ke

4

atas tingkah laku seekor tikus. Kajian ini perlu kerana ia tidak boleh dilakukan ke atas
manusia. Walau bagaimanapun, semua kajian tersebut mempunyai darjah signifikan yang

tinggi ke atas penggunaannya untuk manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. tugas
manusia pula ialah untuk memahami sedikit sebanyak yang dialami serta menghayatinya
dengan cara keseluruhan.

2.0 MATLAMAT PSIKOLOGI
Tiap-tiap disiplin mempunyai satu set matlamat-matlamat yang tertentu, dan sedikit sebanyak
kita telah lihat yang psikologi ialah satu disiplin yang mengkaji tingkah laku serta prosesproses jiwa manusia. Untuk memahami manusia dengan mendalam, bermacam kajian telah
dilakukan ke atas semua skop kehidupannya. Hasil daripada kajian-kajian seperti inilah teoriteori tentang personaliti, sikap dan trait manusia diwujudkan oleh pakar-pakar psikologi.
Freud, Rogers, Jung, Alder, Erickson, Sullivan dan lain-lain telah mengasaskan teori-teori
mereka dengan tujuan utama untuk memahami manusia dari segi kehidupan yang tertentu.
Bagi mencapai matlamat ini, semua psikologi berpegang kepada empat objektif iaitu
memperihalkan, mamahami, meramalkan serta mempengaruhi tingkah-tingkah laku manusia.
Tidak dinafikan yang manusia juga melakukan perkara-perkara yang dicatatkan
di atas. Umpamanya, apabila menerangkan apa yang baru dilakukannya, dia memperihalkan
keadaan itu dari pandangannya. Apabila dia bertanya. “ Apa yang telah terjadi dan bagaimana
boleh berlaku”, membolehkan manusia mencuba memahami sesuatu melalui proses soal
jawab. Kadangkala, manusia cuba meneka sesuatu kejadian untuk memuaskan hatinya
sendiri. Soalan seperti, apa yang boleh berlaku sekiranya saya berbuat demikian”, mendorong
manusia mencari jawapan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Ini
dipanggil ramalan. Namun begitu, yang jarang dilakukan oleh manusia ialah untuk

mempengaruhi sesuatu keadaan. Manusia berupaya mempengaruhi sesuatu di luar dirinya
seperti menyuruh anaknya diam daripada menangis, tetapi agak sukar untuk mempengaruhi
dirinya sendiri seperti membuat sesuatu yang tidak digemarinya. Sebagai contoh, orang
gemuk yang ingin mengurangkan berat badannya sukar mempengaruhi dirinya sendiri untuk
mengurangkan makan.

5

Objektif-objektif yang tercata di atas, menjadi pegangan para psikologi kerana satu daripada
tugas mereka ialah untuk menolong manusia mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Untuk melaksanakan tugas ini, keempat-empat objektif tadi harus selalu digunakan iaitu,
memperihalkan tingkah laku manusia supaya mereka memahami tingkah laku manusia,
meramalkan sesuatu kejadian tingkah laku dan mempengaruhinya supaya ia boleh
diubahsuaikan untuk kebaikan manusia.

3.0

PERSPEKTIF PSIKOLOGI BARAT

Psikologi telah diperkenalkan kepada masyarakat cerdik pandai sejak zaman Greek silam

lagi. Bermula dengan Plato hinggalah pada masa kini, beberapa pendapat tentang jiwa dan
tingkah laku manusia telah dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bagi mempengaruhi
aliran bidang tersebut. Kita telah lihat dengan ringkas yang falsafah Descartes telah berjaya
mempengaruhi masyarakat cendekiawan pada masanya. Selepas Descartes, Freud
mengemukakan teori psikoanalisisnya yang masih kekal hingga kini sebagai satu teori
tentang jiwa manusia yang amat relevan. Kemunculan Watson dan Skinner kemudiannya
dengan teori behaviurisme pada tahun 50-an mengalihkan pandangan para penyelidik ke arah
psikologi yang objektif serta bersaintifik. Pada masa yang agak sama, Rogers timbul dalam
dunia psikologi dengan teori kemanusiaan yang amat berpengaruh kerana ia tepat dengan
aliran zaman “hippie” yang mementingkan kebebasan serta kebaikan manusia. Secara am,
pada tahun-tahun 1890-1950, bidang psikologi dikuasai oleh perspektif-perspektif atau
mazhab-mazhab.
Dari pandangan sepintas lalu dari pengaruh-pengaruh mazhab di dalam bidang
psikologi, tiga kategori “kuasa” utama penggerak bidang tersebut telah dikenal pasti oleh
pakar-pakar psikologi. Teori psikodinamik Sigmund Freud dikenali sebagai kuasa pertama
psikologi. Freud berjaya memperkenalkan sebuah teori yang komprehensif dan juga
menawarkan ciri-ciri terapi atau rawatan sakit jiwa yang menyeluruh. Teori ini yang
berbentuk mekanistik dan deterministik melihat manusia sebagai satu organisma yang
dipengaruhi oleh kuasa-kuasa dalaman sahaja. Behaviurisme dikenali sebagai kuasa kedua
psikologi. Ia melihat manusia sebagai hanya dipengaruhi oleh keadaan alam sekitar. Kuasa

ketiga

psikologi

ialah

mazhab

kemanusiaan

dan

kewujudan

(Humanisme

dan

6


Eksistensialisme) yang melihat manusia sebagai manusia, sebagai subjek yang memberi
makna kepada hidupnya sendiri.
Mazhab-mazhab psikologi moden masa kini boleh dikatakan dipengaruhi oleh salah
satu kuasa penggerak atau campuran daripada kuasa-kuasa penggerak yang dihuraikan di
atas. Pandangan Neo-Behaviurisme atau behaviurisme baru diasaskan oleh teoris-teoris
seperti Jung, Erickson, Horney, Fromm, dan lain-lain. Mereka masih memegang kepada teori
asas psikodinamik tetapi mengubahsuaikannya mengikut aliran dan pendapat zaman semasa.
Psikologi Gestalt pula berpegang kepada teori-teori kemanusiaan, kewujudan serta kognitif.
Apa yang penting diketahui disini ialah psikologi masa kini tetap dipengaruhi oleh teori-teori
yang telah lama diperkenalkan dalam bidang tersebut.
Selain daripada pendapat yang menjadi kuasa penggerak bidang ini, psikologi moden
juga boleh kita katakana dipengaruhi dan dikuasai oleh lima perspektif dari negara-negara
Barat, iaitu Psikodinamik, Behaviurisme, Psikobiologi, kognitif dan kemanusiaan dan
kewujudan. Kelima-lima perspektif ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah
laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para
penyelidik mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Sebagai
contoh, mengkaji fenomenapenyakit mental skizofrenik dari sudut genetikdengan
menggunakan pendekatan psikobiologi adalah lebih sesuai bagi pakar-pakar psikiatri
daripada kaunselor. Tiap-tiap satu perspektif ini ada kebaikan masing-masing dan ia juga
dapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut

yang berlainan.oleh itu, psikologi sentiasa dipenuhi dengan teori-teori baru, mencari
penerangan tentang manusia yang bukan sahaja datang daripada satu falsafah atau pendapat,
bahkan daripada pelbagai jenis pendekatan yang berbeza-beza. Inilah yang membuatkan
psikologi satu bidang yang cukup menarik dipelajari.

7

3.1

PERSPEKTIF PSIKOBIOLOGI

Pengajian setengah-setengah aspek dalam bidang psikologi yang dilakukan di dalam makmalmakmal lazimnya mempunyai satu objektif. Ia dilakukan untuk memahami pemikiran, emosi
serta tingkah laku manusia dari segi proses-proses fizikal dan fisiologi yang berlaku di dalam
tubuh badan manusia. Pada asalnya, pendekatan perspektif biologi mempunyai akar dalam
falsafah dan sains kajihayat.
Dari aspek falsafah, perspektif ini dipengaruhi oleh cadangan-cadangan Plato,
Aristotle dan Descartes. Aristotle menyatakan yang rohani manusia berinteraksi melalui
otaknya. Falsafah Descartes jelas menyatakan pembahagian dua rohani-jasmani melalui
konsep dualismenya, iaitu jiwa menguasai tubuh badan manusia. Ketiga-tiga falsafah ini
memperkatakan yang jiwa berada di badan manusia.

Dari pandangan psikobiologi pula, jiwa dan jasad adalah satu, iaitu konsep monoisme.
Oleh kerana ia satu, pengalaman-pengalaman mental dan fizikal tidak boleh dibahagikan
kepada elemen-elemen persendirian. Daripada kepercayaan ini, ia membolehkan para
penyelidik mengkaji aktiviti-aktiviti mental secara saintifik melalui proses-proses fizikal serta
fisiologikal yang berlaku di dalam tubuh badan. Satu daripada kenyataan perspektif biologi
mengatakan yang psikologi akhirnya boleh dikaji, difahami dan dijumpai di dalam fisiologi.
Perspektif ini juga menekankan kepentingan teori evolusi yang menyatakan otak manusialah
entiti yang paling teragung dan „advanced‟. Mereka juga memberi penekanan kepada
pengaruh genetik dalam perkembangan sesuatu spesies.
Jikalau ditinjau dari sudut perkembangannya, perspektif biologi seharusnya dilihat
melalui pertemuan-pertemuan penting bidang kajihayat. Sebagai contoh, kajian-kajian yang
dilakukan oleh Luigi Galvani memperkenalkan yang sistem saraf mengandungi isyaratisyarat elektrik telah membawa kepada penyelidikan-penyelidikan tentang pengaruh isyarat
elektrik dari otak manusia. Ia juga melihat pengaruh isyarat tersebut ke atas aktiviti-aktiviti
fisiologi manusia. Di samping itu, penemuan tentang kerosakan di bahagian otak manusia
yang dikorelasikan dengan patologi tingkah laku manusia telah memperbanyakkan lagi kajian
tentang hubungan otak dan kelakuan manusia. Sementara itu, kajian-kajian yang dilakukan
oleh Roger Sperry dan Doreen Kimura menunjukkan yang fungsi-fungsi kedua-dua belah
otak, iaitu hemisfera kanandan hemisfera kiri adalah berlainan. Hasil kajian mereka
memperluaskan lagi bidang psikobiologi.


8

Pada tahun 1929, penemuan bersejarah EEG (Electroencephalogram) telah
mendorong para saintis memulakan kajian-kajian tentang aktiviti-aktiviti kuasa elektrik di
bahagian otak manusia dalam keadaan sedar (conscious). Ini membolehkan mereka
mengaitkan serta memadankan aktiviti-aktiviti otak dan fikiran manusia dengan sistem
fisiologi badan. Pada tahun 1950, penemuan mikroskop elektron memperhebatkan lagi
kajian-kajian dengan lebih mendalam tentang struktur-struktur otak yang sebelumnya
difikirkan sebagai tidak boleh dilihat. Dengan adanya mikroskop elektron, para penyelidik
berupaya mengenal pasti ciri-ciri proses biokimia otak manusia, bahan-bahan kimia yang
dihasilkan oleh aktiviti-aktiviti otak serta tugas bahan-bahan kimia ini dalam pembentukan
tingkah laku manusia, sama ada tingkah laku yang normal mahupun yang tidak normal.
Perspektif ini juga dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin yang menyatakan setiap
spesies di muka bumi ini telah melalui proses pemilihan semula jadi (natural selection).
Haiwan dan manusia yang kita lihat pada masa ini mempunyai rupa bentuk yang berlainan
pada masa lampau. Teori ini telah banyak memainkan peranan dalam perspektif psikobiologi.
Sebagai contoh, pemilihan semula jadi menentukan spesies mana yang akan terus wujud
melalui kekuatan tenaga, adaptasi serta kebolehan mengeluarkan baka yang baik. Jikalau ciriciri yang dominan ini wujud dalam sesuatu spesies seperti manusia, sudah tentu spesies itu
akan kekal di muka bumi ini. Tetapi teori pemilihan semula jadi Darwin ini penting pada
tahap fizikal atau tubuh badan sahaja. Ia tidak begitu relevan kepada perkembangan mental
manusia. Walau bagaimanapun, beberapa pendapat seperti yang di utarakan oleh piaget yang
menyarankan bahawa perkembangan mental dan tingkah laku mengikuti perkembangan dan
pertukaran sistem fizikal manusia.
Satu lagi bidang biologi yang banyak mempengaruhi perspektif psikobiologi ialah
genetik. Beberapa kajian telah dilakukan untuk melihat kaitan baka dengan beberapa sifat
manusia dan satu daripadanya ialah kecerdasan. Pengaruh baka ke atas kecerdasan adalah
suatu faktor yang dominan. Ini bermakna ibu bapa yang cerdas lazimnya akan berjaya
memperolehi anak-anak yang cerdas. Contoh yang selanjutnya datang daripada beberapa
kajian berbentuk sosiobiologikal. Ia menegaskan yang tingkah laku manusia seperti cinta,
kekuatan dan keganasan dipengaruhi oleh generasi yang diturunkan dari satu generasi ke
generasi yang lain. Walau bagaimanapun, faktor alam semula jadi tidak boleh diketepikan.
Sebagai contoh, jikalau seorang kanak-kanak dibesarkan dalam keadaan yang menyeksa
mental dan fizikalnya seperti sering dipukul, dicela dan selalu dimarahi, dia juga akan terikut-

9

ikut akan perangai penjaganya. Kanak-kanak yang dipukul semasa kecil selalunya akan
memukul anak mereka bila menjadi seorang ibu atau bapa. Oleh itu, perspektif biologi adalah
penting dalam bidang psikologi kerana ia berupaya memberi satu penjelasan tentang tingkah
laku yang dengan proses-proses fisiologi mansia, seperti hormon, bahan-bahan kimia di
dalam badan.

3.2

PERSPEKTIF PSIKODINAMIK

Perspektif ini di asaskan oleh seorang doktor saraf dan juga pakar sakit jiwa Vienna bernama
Sigmund Freud. Beliau dilahirkan pada tahun 1856 di kota Freiberg, Moravia yang sekarang
dikenali dengan nama Czechoslovakia. Keluarganya kemudian berpindah ke Vienna, ibu kota
Austria dan menetap di sana buat beberapa ketika. Sejak kecil, Freud merupakan seorang
pelajar yang cerdik. Beliau tamat pengajiannya di Universiti Vienna Dan mendapat ijazah
perubatan pada tahun 1881. Pada tahun 1886, beliau membuka klinik penyakit saraf tetapi
kebanyakan pekerjaannya ditumpukan ke atas kesan-kesan psikologikal penyakit saraf.
Sepanjang hayatnya beliau memberi tumpuan yang serius memperkembangkan teori
psikoanalisisnya, yang juga dikenali sebagai teori psikodinamik dalam dunia psikologi.
Selepas kematiannya pada tahun 1939 di kota London, teori beliau telah dijadikan satu teori
rujukan psikologi dan kaedah-kaedah perubatan mental seperti psikoterapi, psikoanalisis dan
psikiatri.
Perspektif psikodinamik memegang kepada satu andaian, iaitu kuasa dan tenaga yang
berada di alam tidak sedar manusia memainkan peranan penting di dalam membentuk
personaliti dan tingkah laku individu. Menurut Freud, jiwa seseorang itu ialah sebuah medan
peperangan tempat kuasa-kuasa psikik (psychic forces) yang tidak sepadan berlawan di
antara satu dengan yang lain bagi mendapatkan tempat dominan dalam personaliti individu
itu. Dari itu, tingkah laku manusia merupakan satu imbangan atau kompromi di antara kuasakuasa psikik yang bergelut itu.
Pengasas perpektif psikodinamik ini mula menaruh minat dalam bidang psikologi
apabila beliau melibatkan diri mengubat pesakit-pesakit yang mengalami histeria. Pada waktu
itu iaitu pada zaman Victoria dalam masyarakat kelas atasan komuniti Vienna, penyakit
histeria merupakan satu penyakit yang ganjil. Simptom-simptomnya ialah seperti buta, sakit-

10

sakit badan, pekak, lumpuh dan bermacam-macam lagi. Perkara yang pelik tentang histeria
ialah ia tidak mempunyai apa-apa asas fisiologi atau fizikal. Freud dan rakannya Josef Breuer
mula mengubati penyakit ini dengan menggunakan teknik hipnosis tetapi mendapati yang
simptom-simptom penyakit itu tidak luput daripada pesakit yang menghidapinya. Freud dan
Breuer.
Kemudian mengemukakan kaedah perbualan tanpa sekatan atau „free association‟. Melalui
cara ini, pesakit dikehendaki bercakap tentang apa-apa perkara yang ada di dalam fikirannya,
mahupun tentang perasaannya, fikiran ataupun bayangan daripada terapinya. Dalam
pembicaraan terperinci Freud dengan pesakit-pesakitnya beliau dapati kebanyakan mereka
terdiri daripada kaum wanita menceritakan tentang zaman kanak-kanak mereka terutama
sekali di antara umur 3 hingga 5 tahun. Mereka meluahkan kehendak-kehendak seksual
seksual, fantasi-fantasi serta bayangan-bayangan yang tidak mungkin dapat diterima oleh
masyarakat pada masa itu. Tetapi selepasa semua perkara itu diperbualkan dengan terperinci,
simptom histeria pesakit-pesakit Freud lenyap dan mereka terus sembuh. Freud membuat
kesimpulan yang kehendak-kehendak seks pesakit-pesakitnya pada tahap umur 3-5 tahun
tidak pernah berlaku tetapi ia direka-reka bagi memenuhi fantasi mereka untuk memuaskan
diri pada masa sekarang. Freud juga menegaskan yang kehendak-kehendak seks mereka
dimanifestasikan di dalam mimpi dan keadaan fenomena yang dikenali sebagai terlepas
cakap (slip of the tongue).
Daripada pemerhatian serta kesimpulan yang dibuatnya, Freud mengasaskan teori
psikodinamiknya. Dia menyarankan yang manusia mempunyai tenaga-tenaga seka (libido)
semasa dilahirkan. Ini dikenali sebagai kuasa naluri (instinct) dan ialah yang membentuk
personaliti manusia pada tahap dewasa. Kehendak-kehendak tenaga seks ini tidak selalu
dapat dipuaskan pada zaman kanak-kanak dan sebaliknya, kanak-kanak selalu dihukum oleh
ibu bapa mereka apabila mereka cuba menerokai untuk mengalami fenomena tersebut. Oleh
yang demikian, kanak-kanak menekan kehendak-kehendak tersebut ke dalam alam tidak
sedar (unconscious world). Proses ini dikenali sebagai represi. Kehendak-kehendak daripada
pengalaman yang ditekan ke alam tidak sedar ini muncul sebagai kuasa-kuasa yang sentiasa
berusaha untuk melepaskan „diri‟ semula kepada alam sedar. Berasaskan pemerhatian yang
dilakukan bersama-sama andaian yang diutarakan, Freud menyarankan yang personaliti
manusia mengandungi tiga sistem yang yang berinteraksi sesama sendiri. Sistem-sistem ini
dinamakan Id, Ego dan Superego. Id ialah kehendak-kehendak naluri manusia. Superego

11

iaslah sistem sebalik Id kerana ia adalah pegangan moral serta etika individu. Ego pula
merupakan penggerak personaliti manusia. Ia melaksanakan kehendak-kehendak Id dan
Superego. Freud menyatakan yang personaliti manusia pula sentiasa cuba menahan

kehendak-kehendak Id dari terlepas ke alam sedar (conscious world). Satu daripada cara
menyimpan kehendak-kehendak ini di dalam alam tidak sedar ialah melalui penggunaan
mekanisme bela diri (defense mechanism) oleh individu. Oleh itu, apa yang kita lihat pada
perbuatan, tingkah laku serta personaliti manusia ialah tapisan dan pertelingkahan di antara
naluri-naluri yang disimpan di dalam alam tidak sedar ditonjolkan oleh ego kepada alam
luaran. Semua tingkah laku manusia, sama ada normal mahupun tidak normal adalah hasil
daripada pertelingkahan ini. Masalah timbul apabila mekanisme bela diri yang digunakan
oleh seseorang itu gagal menahan naluri-naluri ganas serta seksual di alam tidak sedar. Ini
akan menyebabkan berlakunya kecelaruan psikotik, iaitu sejenis patologi mental yang
ekstrem. manusia yang sedemikian akan melakukan apa sahaja tanpa merasa sedih atau belas
kasihan, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa pegangan moral, iaitu tiada superego.
Mereka hanya dikuasai oleh kehendak-kehendak Id yang sering melampaui batas dan yang
tidak dapat dikawal oleh ego melainkan melaksakannya sahaja. Inilah yang berlaku kepada
orang-orang yang dengan tiba-tiba mengalami kegilaan untuk membunuh, merogol,
merompak, dan lain-lain.
Kepentingan teori psikodinamik dalam bidang psikologi kerana ia memperlihatkan
kepentingan kuasa-kuasa dalaman manusia sebagai satu kuasa penggerak tingkah laku
manusia. Selain daripada Freud, beberapa pakar juga telah membina teori yang berkaitan
dengan perspektif psikodinamik. Carl Gustav Jung umpamanya mengasaskan teori analisa
yang berbentuk neo-Freudian yang berlandaskan teori psikodinamik Freud. Secara amnya,
teori psikodinamik dan neo-Freudian ini penting kerana melalui cara ini sahajalah, kita dapat
memahami setengah-setengah tingkah laku yang sukar difahami melalui sudut lain.

12

3.3

PERSPEKTIF KOGNITIF

Perkataan kognitif membawa maksud berfikir. Oleh itu perspektif ini menegaskan
kepentingan kebolehan manusia berfikir serta memproses dan menilai data-data serta
maklumat sebelum bereaksi terhadapnya. Menurut pandangan pakar-pakar perspektif
kognitif, manusia ialah binatang yang rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah
mereka. Analoginya ialah seperti keberkesanan sistem pengolahan maklumat (information
processing system) yang dikawal oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa berada dalam
keadaan sedar.
Perspektif kognitif mempunyai akar mengikut pendapat-pendapat yang diutarakan
oleh pakar-pakar strukturalisme Jerman. Mengikut perkembangan sejarahnya, pengasasan
makmal psikologi fisiologi oleh Wundt telah memulakan kajian bagi memahami struktur
mental manusia. Wundt menggunakan kaedah kajidiri yang meminta subjeknya melaporkan
pengalaman serta perasaan mereka apabila mereka didedahkan kepada rangsanganrangsangan seperti cahaya, rasa, bunyi, dan lain-lain.
Pendekatan fungsionalisme juga menjadi asas kepada perspektif kognitif. William
James dan John Dewey melakukan kajian-kajian yang melihat bagaimana jiwa manusia
berfungsi. Mengikut konsep-konsep dalam teori evolusi, mereka menekankan kepenbtingan
penyesuaian dalam kewujudan sesuatu spesies. Walaupun psikologi, pendekatannya telah
diterapkan ke dalam mazhab kognitif.
Satu lagi akar kepada teori kognitif ialah pendekatan Gestalt. Ia diasaskan dan
dipopularkan di Jerman oleh pemikir-pemikir seperti Weitheimer, Kohler, Kofka, Lewin dan
lain-lain. Perkataan Gestalt membawa maksud satu organisasi, sesuatu yang penuh,
berkeseluruhan dan kesempurnaan. Pada pandangan mereka, jikalau persepsi dan prosesproses mental diatur secara berkeseluruhan, ia akan mejadi lebih bermakna daripada
pengaturan melalui campuran komponen-komponen sesuatu yang berseluruh tadi. Kohler
menekankan yang kebolehan manusia dan menerima dan mempersepsikan hubungan di
antara satu entiti dengan entiti yang lain merupakan intipati kepada keerdasan yang ada
padanya. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal.
Seorang pakar bidang psikologi kognitif ialah Jean Piaget. Beliau sering mengkaji
cara kanak-kanak berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka

13

melalui kaedah peninjauan terperinci. Piaget, seorang pakar dalam bidang perkembangan
kanak-kanak juga menggunakan konsep „kesimpulan empatik‟ bagi melakukan peninjauan ke
atas kelakuan kanak-kanak. Data-data yang dikumpulkan oleh beliau melalui cara ini telah
memperlihatkan kepada dunia psikologi tahap-tahap perkembangan kognitif dan intelektual
kanak-kanak.satu daripada teori beliau ialah perkembangan kognitif manusia tidak boleh
diterangkan dengan cara pengumpulan pengalaman yang lampau, tetapi ia berlaku dengan
cara semulajadi dalam proses perkembangan manusia.
Daripada beberapa sedutan konsep-konsep yang dicatatkan di atas, kita dapat
membuat kesimpulan yang psikologi kognitif menekankan kepentingan manusia berfikir.
Mereka juga menyarankan yang manusia adalah lebih aktif dalam pembentukan tingkah
lakunya. Manusia juga sering mereka keadaan-keadaan untuk diberi gerak balas yang
tertentu. Mereka berfikir,menganalisa serta menilai data-data dan rangsangan-rangsangan
yang diperolehi dari dunia luar sebelum beraksi terhadapnya. Kebanyakan kajian yang
dikendalikan oleh pakar-pakar psikologis kognitif ialah tentang persepsi, sensasi, ingatan
serta proses-prosesnya dan lain-lain lagi.penyelidikan seperti ini telah meluaskan lagi
pengaruh pendekatan kognitif dalam bidang psikologi.

3.4

PERSPEKTIF BEHAVIURISME

Mazhab ini diasaskan melalui kajian yang dikendalikan oleh Ivan Pavlov lalu konsep
pelaziman klasik diperkenalkan kepada dunia psikologi. Ia kemudian dipopularkan oleh
pakar-pakar psikologis terkenal seperti J.B. Watson, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike.
Perspektif behaviurisme ini menumpukan perhatian kepada tugas-tugas alam
sekeliling dalam mengubahsuaikan, membentuk serta mempengaruhi tingkah laku manusia.
Mereka tidak menerima usul pakar psikologi kognitif yang menyarankan bahawa manusia
boleh memilih keadaan yang membolehkan mereka memberi gerak-gerak balas tertentu.
Mereka menegaskan yang tingkah laku manusia boleh ditentukan oleh pengalamanpenghalan serta keadaan di sekeliling mereka.

14

Perspektif behaviurisme mempunyai akar dalam pendekatan Empirisme British.
Mereka percaya yang buah fikiran dan pengetahuan boleh diperolehi secara empirikal dan
melalui organ-organ deria manusia. Konsep tabula rasa juga mempengaruhi „falsafah‟
behaviurisme dengan pendapat yang menyatakan bahawa apabila manusia dilahirkan, mereka
tidak mempunyai apa-apa „bahan‟ di dalam jiwa mereka. Jiwa mereka diisi melalui
pengalaman dengan alam sekitar. Perspektif behaviurisme juga mementingkan kaedah
penyelidikan berbentuk pemerhatian terperinci bagi melihat pengaruh-pengaruh alam sekitar
terhadap perubahan tingkah laku manusia.
Behaviurisme yang berbentuk radikal diasaskan oleh Watson. Ia diistilahkan sebagai radikal
kerana menegaskan yang psikologi boleh difahami hanya melalui tingkah laku lampau sahaja.
Bruno (1984) dalam bukunya (Behavior and Life menyatakan bahawa tujuan utama Watson
ialah untuk menukarkan psikologi daripada “pengajian jiwa manusia” yang berbentuk
setengah falsafah kepada “sains tingkah laku” yang kukuh. Watson berpendapat bahawa
keadaan jiwa atau alam dalaman manusia tidak wujud langsung. Oleh itu, tingkah laku
manusia boleh diubahsuai serta dipengaruhi hanya dengan menukar serta memanipulasikan
keadaan alam sekitar mereka. Pada pandangan pakar behaviurisme, jiwa manusia ialah
sebuah „kotak hitam‟ dan tidak berguna langsung untuk memahami tingkah laku manusia.
Dengan itu, perspektif behaviurisme menutup pintu masuk kea lam tidak sedar manusia.
Satu daripada kajian penting yang dilakukan oleh Watson ialah kajian pelaziman
Emosi yang menggunakan prinsip pelaziman klasik. Seorang anak kecil yang memang suka
kepada binatang yang berbulu lembut seperti seekor tikus putih, kucing atau arnab
dimanipulasi tingkah lakunya oleh Watson. Tetapi apabila anak itu mendekati binatang
tersebut, Watson mengeluarkan bunyi yang kuat dan memeranjatkan. Lama-kelamaan, anak
tersebut yang pada mulanya suka pada binatang tersebut terasa takut kepadanya. Kemudian
untuk menghilangkan perasaan takut anaknya terhadap binatang kesukaannya, Watson
mengendalikan satu lagi kajian. Kali ini, apabila anak itu terserempak dengan binatang yang
berbulu lembut dan menunjukkan reaksi takut, Watson memberi kasih sayang, beberapa
ganjaran dan kesedapan kepada anaknya. Perbuatan ini juga diulang beberapa kali. Lamakelamaan, perasaan takut yang ada pada anak itu hilang dan dia kembali suka pada bintang
berbulu lembut kerana kesemua pertukaran ini berlaku tanpa melibatkan proses mental.

15

3.5

PERSPEKTIF KEMANUSIAAN DAN KEWUJUDAN

Perspektif ini dikenali sebagai kuasa ketiga psikologi kerana pada dasarnya, mereka melihat
manusia sebagai entiti yang baik, bebas, bertanggungjawab dan juga kreatif. Manusia sentiasa
cuba untuk mencapai „tahap kewujudan‟ yang tertinggi sekali dalam hidupnya. Mereka
menekankan kemuliaan, kebaikan dan kebebasan manusia sebagai asas kepada perspektif
kemanusiaan dan kewujudan yang diikuti oleh Maslow, May, Boss, dan Rogers yang
menyarankan bahawa dalam diri manusia, ada satu kuasa aktif yang sentiasa menggerakkan
mereka kearah kesempurnaan sendiri. Kewujudan serta makna hidup seeorang itu terletak di
tangan masing-masing dan hanya kita yang memutuskan rupa bentuk perangai, tingkahlaku
dan sifat diri sendiri.
Perspektif kemanusiaan dan kewujudan ini lebih cenderung terhadap kedudukan
falsafah daripada pendirian saintifik. Pandangan dari sudut ini adalah penting kerana ia
Berjaya memperlihatkan aspek-aspek manusia yang tidak boleh ditawarkan oleh perspektifperspektif lain. Contohnya, seperti dalam tulisan Viktor Franklm beiau menegaskan yang
kemahuan untuk hidup yang ada pada sesetengah kaum Yahudi semasa ditahan dan diseksa
di kem-kem pertahanan Nazi Jerman dalam peperangan Dunia kedua didorong oleh makna
untuk hidup yang ada pada mereka. Tanpa makna hidup, beliau menegaskan tentu mereka
akan putus asa dan mati.

16

4.0

PSIKOLOGI DARIPADA PANDANGAN ISLAM

Kebanyakan rujukan Barat tidak langsung memberi sudut pandangan Islam berkaitan
psikologi ini. Oleh itu, disini kami bawakan beberapa pendekatan Islam yang dibawa oleh
tokoh-tokoh psikologi Islam seperti al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan lain-lain. Islam telah
memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ilmu jiwa atau psikologi. Sumbangan
tersebut boleh dilihat dari aspek-aspek seperti :
i.

Imam Abu Mansur al-Tha‟labi telah memperkenalkan lima puluh istilah psikologi
seperti „janin‟, „walid‟, „rada‟ie‟, „baligh‟, dan sebagainya.

ii.

Al-Quran ada menyatakan beberapa istilah berkaitan psikologi seperti :
a. „al-nafs : disebut sebanyak 367 kal yang membawa maksud kemanusiaan pada
keseluruhannya.
b. „al-Qalb‟ yang diulang sebanyak 144 kali dalam al-Quran yang dikhususkan
dengan hal emosi.
c. „al-Aql‟ disebut sebanyak 49 kali merujuk cara manusia berfikir.
d. „al-Roh‟ yang diulang sebanyak 25 kali yang membawa tiga maksud iaitu
pemberian hidup, wahyu, dan malaikat.

Dalam kalangan ulama‟ Islam yang paling banyak melakukan percubaan penyelidikan
berkaitan hal roh ini adalah al-Farabi, Ibnu Sina, ulama‟-ulama‟ kalam dan Imam al-Ghazali.
Sumbangan mereka adalah seperti berikut :

4.1 Al-Farabi
Lazimnya beliau akan bermula dengan penggunaan akal apabila membicarakan tentang
roh. Akal dikatakan sebagai satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang data
memancarkan roh. Di dalamnya terdapat daya keinginan untuk hidup (survival instinct),
daya pemeliharaan diri (self defense mechanism), daya pengembangan zuriat ( breeding
mechanism), daya perasaan dan imaginasi dan daya intelek.

17

Akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain . Pertama, boleh berfikir sesuatu
yang berbentuk abstrak iaitu terpisah daripada kebendaan dan keduanya adalah daya
kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah, dan kesempurnaan jasmani.
Al-Farabi berpendapat bahawa daya kekuatan yang kedua ini akan lenyap bersama jasad
apabila mati ditelan bumi manakala daya kekuatan yang pertama akan tetap kekal dan
bangkit bersama roh pada hari kiamat kelak.

4.2 Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan teori al-farabi. Oleh sebab itulah teori Ibnu Sina ini
lebih memuaskan. Pada pandangan beliau, roh itu boleh disenaraikan kepada tiga
bahagian, iaitu roh manusia, roh haiwan dan roh tumbuh-tumbuhan. Masing-masing ada
keistimewaan yang tersendiri. Kejadian roh dalam kalangan manusia begitu unik hingga
mampu terpisah dan berdikari dari jasad. Tetapi adalah mustahil untuk jasad hidup tanpa
roh. Oleh kerana kewujudannya yang istimewa, maka roh tidak akan mati sebagaimana
jasad.
Kehidupan roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan pula adalah untuk kepentingan
manusia. Adanya kedua-dua roh inilah, jasad manusia mampu untuk terus hidup buat
sementara waktu sebelum menghadapi mati. Roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan
tamat serentak dengan kemusnahan jasadnya tidak sama seperti roh manusia. Menurut
beliau, kekekalan roh manusia dan kebinasaannya telah menyebabkan kebangkitan pada
hari kiamat kelak hanya berbentuk roh dan bukan jasad.

4.3 Ibnu Rusyd
Di dalam kitabnya yang terkenal, Al Tuhafut al Tahafut, beliau hanya membicarakan
sedikit berkaitan roh yang digambarkan oleh satu gejala yang menyebabkan seseorang itu
hidup. Apabila mati, roh itu akan terus hidup di alam kerohanian yang tidak berbentuk
kebendaan. Pada hari kiamat kelak, hanya roh sahaja yang akan dibangkitkan bukannya
jasad.

18

4.4 Ulama’ al-Kalam
Mereka menolak pandangan al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd iaitu roh sahaja yang
akan dibangkitkan pada hari kiamat. Mereka berpandangan manusia akan dibangkitkan
pada hari kiamat dalam kedua-dua bentuk sekaligus, iaitu roh dan jasad. Mereka
mengemukakan dalil,

Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula
lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan
tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"

Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya
pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang
diciptakanNya);

4.5 Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali telah membezakan di antara roh dan jasad di dalam karya agungnya
iaitu Ihya‟ „Ulumuddin. Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Roh yang ada pada manusia kekal dan abadi manakala roh pada
haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah. Oleh itu, Imam al-Ghazali Imam al-Ghazali
membezakan roh manusia daripada roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan berdasarkan unsurunsur „al-Qalb‟ (hati), „al-Nafs‟ (jiwa), dan „al-„Aql‟ (akal).

19

5.0 KESIMPULAN

Terdapat dua perspektif yang besar terhadap bidang psikologi ini iaitu daripada perspektif
Islam mahupun Barat. Kedua-dua perspektif ini walaupun berbeza namun ada aspek yang
saling berkait dan ini membuktikan bahawa setiap satu perspektif itu berbeza daripada
pemahaman dan cara kita melihat seseorang individu. Hal ini amat penting kerana tiaptiap satu aspek dapat meluaskan lagi pandangan tentang manusia, menawarkan cara-cara
tersendiri untuk mengubati patologi-patologi mental dan memahami personaliti, sifat serta
tabiat bagi menjamin kebaikan dan keharmonian hidup manusia. Para psikologi Islam
hadir bagi melengkapkan segala apa yang tidak ada di dalam pandangan para psikologis
Barat. Sepetimana yang kita ketahui, Islam itu sempurna (syumul) dan menyempurnakan.
Oleh itu, pandangan para psikologis Islam seharusnya menjadi garis panduan dalam
mengaplikasikan bidang psikologi dalam kehidupan masa kini yang memungkinkan kita
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian besar arus modenisasi.