Mata Kuliah Semester I ilmu tasawuf 2008

ILMU TASAWUF:
PENGERTIAN DAN MATLAMAT














Sepanjang yang diketahui tidak ada satu istilah dalam Islam yang telah menimbulkan berbagai
pendapat yang berlainan dengan berbagai alasan sama ada dari kalangan Islam ataupun luar Islam
seperti yang ada pada istilah tasawuf dan sufi.
Ilmu Tasawuf dikenali dengan banyak nama
– Ilmu Qalb, Ilmu Batin, Ilmu Asrar, Ilmu Ladunni, Ilmu Mukashafah, Ilmu Dhawqi

(semua merujuk erti batin), al-Tazkiyah, al-Fiqh al-Batin, Al-Ihsan
Kekekeliruan terhadap penjenamaan tasawuf sebagai salah satu ilmu Islam menjadi makin ketara
apabila istilah itu tidak terdapat di dalam dua sumber asas Islam, yakni al-Quran dan al-Hadis
Apabila ditelusuri pula akar kata kepada perkataan tersebut, maka ditemukan pula dengan
kepelbagaian pendapat yang mengatakan istilah itu dari akar kata:
– bahasa Arab
– bahasa Yunani
Walaupun setengah pendapat menyatakan penamaan atau istilah tasawuf itu kurang
menggambarkan sifat keislaman seperti yang lazimnya istilah ilmu Islam yang lain, realitinya
istilah tersebut telah menjadi yang khas atau ism al-`alam kepada salah satu cabang ilmu dalam
Islam, iaitu cabang akhlak dan kerohanian, yang hingga sekarang tidak ada satu nama yang
diterima umum sebagai gantinya. Walaupun ada suara yang menyarankan nama-nama lain seperti
ilmu al-fiqh al-batin, ilm al-isharat, ilmu al-ihsan, ilm al-mukashafah dan seumpamanya, namun
saranan itu hanya tinggal saranan sahaja. Nama-nama tersebut hanya menjadi penjelas kepada
istilah tasawuf.
Seperti mana istilah-istilah lain dalam bidang ilmu Islam istilah tasawuf hanya lahir terkemudian,
kira-kira pada kurun kedua hijrah, selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan pemikiran
umat Islam. Kelahiran suatu istilah yang terkemudian dari zaman permulaan Islam tidak bererti ia
(dari segi isi kanddungannya) tidak ada dalam Islam. Banyak perkara yang belum bernama tetapi
telah ada kandungannya.

Ibn Khaldun menulis di dalam Muqaddimah:
– Tasawuf merupakan salah satu ilmu syariat yang muncul dalam Islam. Ia berlandaskan
cara yang sentiasa dianggap oleh salah, para sahabat dan tabi`in yang agung serta
generasi selepas mereka, sebagar kebenaran dan pertunjuk (tariqat al-haq wa alhidayah). Asaslnya ialah berterusan mengerjakan ibadat serta penumpuan sepenuhnya
kepada Allah, menjauhi kepalsuan dan tarikan dunia, bersikap zuhud dalam semua
perkara yang menjadi rebutan orang ramai seperti keseronokan, kekayaan dan pangkat
serta mengasingkan diri dengan sepenuhnya dari orang ramai, berkhalwah kerana
melakukan amal ibadah. Cara se[erti ini adalah amalan menyeluruh di kalangan para
sahabat dan salaf.
Harus dibezakan dahulu erti tasawuf, ilmu tasawuf, sufi, mutasawwif (salik/murid) dan mustaswif
Diakui oleh para Sufi dan pengkaji tentang banyaknya takrif yang diberikan terhadap makna
perkataan Tasawuf
– Al-Kalabadhi menyatakan terdapat lebih seribu
– Ahmad Zarruq menyatakan ada terdapat 2000 takrif
– Ibrahim Basyuni: kumpul 48 takrif untuk membuat kesimpulan dan dibahagikan
pengertian tersebut kepada tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, pertengahan dan
matlamat. Dua yang pertama itu adalah wasilah dan yang terakhir pula menjadi ghayah.

TAKRIF-TAKRIF TASAWUF



























Ma`ruf al-Karkhi (w.200H):
– Ilmu Tasawuf ialah berpegang kepada hakikat dan meninggalkan segala yang ada di
tangan makhluk
Abu al-Hafs al-Haddad (w.265H):
– Ilmu tasawuf itu seluruhnya adab; setiap waktunya adalah adab; setiap maqamnya adalah
adab; setiap halnya adalah adab
Sahl b. `Abd Allah al-Tustari (w.283H)
– Ilmu Tasawuf ialah mengurangkan makan, berserah bulat kepada Allah dan
meninggalkan manusia
Samnun
– Tasawuf adalah engkau tidak memiliki sesuatu dan engkau tidak dimiliki oleh sesuatu.
Abu Hamzah al-Baghdadi:
– Tanda Sufi yang benar ialah, ‘menjadi miskin selepas kaya, merendah selepas megah, dan
bersembunyi selepas masyhur; dan tanda sufi yang palsu ialah, ‘menjadi kaya dengan
dunia selepas miskin, menjadi megah selepas hina atau rendah, dan menjadi terkenal
selepas tersembunyi”.

Bishr al-Hafi:
Seorang sufi adalah orang yang menjernihkan hatinya kerana Allah.
Abu Sa`id bin Abi al-Khayr:
– Tasawuf adalah engkau melepaskan diri daripada segala yang ada di dalam otak engkau
dan engkau mendermakan segala yang ada di tangan engkau.
Abu Ja`far al-Khuldi:
– Tasawuf adalah mencampakkan diri ke dalam ubudiyah, keluar daripada basyariah dan
memandang kepada Allah dengan keseluruhan.
`Amr bin `Uthman al-Makki:
Tasawuf adalah seorang hamba itu pada setiap masa dalam keadaan sibuk dengan yang
lebih utama pada masa tersebut.
Abu Muhammad al-Hariri”
Tasawuf adalah mengawasi segala hal dan sentiasa beradab.
Abu Sahl al-Suluki:
Tasawuf adalah berpaling daripada membangkang.
Abu Muhammad al-Jariri:
– Memasuki ke dalam setiap akhlak yang mulia dan keluar daripada setiap akhlak yang
hina (al-Qushayri)
Abu al-Hasan al-Nuri:
Meninggalkan setiap kehendak nafsu (al-Kalabadhi)

Abu al-Hasan al-Shadhili:
– Melatih hawa nafsu kea rah pengabdian kepada Allah dan menundukkan nafsu di bawah
hukum hakam-Nya.
Abu Bakr al-Syibli
– Bermula dengan makrifat dan berakhirnya dengan tawhid
Abu al-Qasim al-Junayd al-Baghdadi:
– Engkau Bersama dengan Allah tanpa sebarang perantara
– Allah mematikan Engkau dari diri Engkau dan menghidupkan Engkau dengan-Nya
Sahl al-Tustari (w.283):
– Orang yang bersih jiwanya dari kekotoran dan kesibukan pemikiran dan hanya
memusatkan kepada Allah semata-mata
Bishr al-Hafi
– Orang yang menjernihkan hati sanubarinya demi Allah













Abu Sa`id Ahmad b. `Isa al-Kharraz
– Orang yang dijernihnya hatinya oleh Tuhannya dan orang yang merasa kenikmatan
dengan zikrullah.
Tokoh sufi kurun keempat hijrah, Abu Bakr al-Kattani memberikan takrif:
– Tasawuf ialah kejernihan (safa’) dan penyaksian (mushahadah)”.
Pengertian yang pendek mengandungi dua unsur penting dalam tasawuf: unsur wasilah (jalan)
dan unsur ghayah (matlamat).
Safa’ atau kejernihan melambangkan jalan atau wasilah, sementara musyahadah atau penyaksian
melambangkan ghayah yang dicita-citakan oelh ahli tasawuf.
Daripada takrif-takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa tasawuf mempunyai asas yang tidak
dipertikaikan iaitu akhlak, yakni yang berkaitan dengan pendidikan jiwa, penggendalian hawa
nafsu atau keinginan dan pendisiplinan manusia dengan akhlak-akhlak yang mulia dalam Islam.
Kemuliaan akhlak ini tidak dapat dicapai dengan penggubalan undang-undang dan penetapan
hukuman-hukuman sahaja.
Ia juga perlu kepada kewujudan semangat di dalam diri manusia untuk berjihad melawan hawa

nafsunya, membersihkannya daripada segala sifat yang tercela dan menghiasinya dengan segala
sifat yang terpuji. Jihad ini digelar oleh Rasulullah s.a.w. sebagai jihad akbar atau disebut juga
mujahadat al-nafs atau tazkiyat al-nafs
Muhammad Zakaria al-Kandahlawi menyebutkan tasawuf sebagai jalan yang dengannya manusia
memperoleh sifat ihsan.
Oleh kerana asas akhlak ini maka ada yang mengatakan bahawa tasawuf adalah akhlak. Tasawuf
yang berasaskan akhlak Islam ini merupakan roh atau jiwa Islam kerana hukum hakam Islam
kesemuanya dikembalikan kepada asas akhlak.

Matlamat Ilmu Tasawuf


Mencapai nikmat tawhid IHSAN (Muraqabah & Mushahadah) dalam UBUDIYYAH
bahawa Allah s.w.t. adalah esa dan tunggal dalam kesedaran pengalaman

* Ilmu Tasawuf adalah bermula dengan ilmu (makrifah) tentang keesaan (iman) kerana merasai
tentang ketunggalan-Nya.
* Ia bukanlah seperti tanggapan setengah pihak dalam ajaran sesat iaitu manusia mampu
mencapai ketuhanan dan menjadi tuhan.
Tujuan Ilmu Tasawuf






Menyedarkan manusia hakikat kewujudannya
Membersihkan diri manusia rohani dan jasmani
Membiasakan manusia dengan dhikr (ingat) Allah
Menanamkan semangat ubudiyyah dalam diri manusia, bukan hanya ibadat

Bidang Ilmu Tasawuf
Secara umum, ilmu tasawuf adalah ilmu yang memperkuat dan memperkukuhkan aspek penting
mengenai fungsi insan di atas muka bumi yakni ubudiyah melalui pendekatan:
* kehambaan = al-`abd
* pelaksana = al-khalifah
Untuk mencapai matlamat itu, strategi yang digunakan ialah meneguhkan akhlak / sifat baik di dalam diri
manusia. Ini dilaksanakan melalui:
* (ilmu) perbincangan tentang sifat & jiwa manusia: segi






• tabiinya- penciptaannya

tabiatnya- kecenderungannya
• unsur-unsurnya – roh, qalb, nafs, `aql
• kemampuannya – alat pengenalan
(`Amal) Perbincangan mengenai proses penyucian / penjilahan jiwa & hati /
penghindaran qalb dari segala al-aghyar – al-tariqah
• Melaksanakan tazkiyat al-nafs dan tasfiyah al-qalb melalui dua peringkat iaitu
takhalli & tahalli secara riyadah & mujahadah - dihayati dengan latihan dan
kesungguhan agar diri insan menjadi terbiasa dengan sifat-sifat mulia
(Hal) Perbincangan berkenaan makrifat Allah, yakni pengenalan Allah melalui al-dhawq
= al-ihsan






KESIMPULAN

Terkumpullah unsur ilmu, amal dan hal yang harus digerakkan secara holistik / sepadu
Dengan ini muncul istilah al-takhalli, al-tahalli dan al-tajalli