TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJAR

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ
KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Siti Fatimah Binti Dzulkifli
siti.fatimah@kkselayang.edu.my
Kolej Komuniti Selayang

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) Fesyen dan Pakaian.
Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif yang merupakan bentuk penyelidikan yang
bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena tertentu secara mendalam dengan
merujuk kepada suatu format penghuraian yang tertentu secara rasional. Populasi kajian
adalah semua pelajar Fesyen dan Pakaian manakala sampel dipilih melibatkan 15 orang
pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti ( Modular) Fesyen dan Pakaian. Metadologi
kajian yang digunakan semasa kajian dijalankan menggunakan instrument soal selidik
dan dianalis menggunakan perisian SPSS berdasarkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berjalan di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Elemenelemen yang dikaji adalah kepuasan diri pelajar belajar di Kolej Komuniti Selayang,
interaksi pensyarah, teknik pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar, teknik

penilaian dan peperiksaaan, penyediaan peralatan dan bahan, kemudahan bengkel bilik
kuliah dan kemudahan lain, serta kebersihan ruang pembelajaran. Hasil analisis kajian,
tahap kepuasan pelajar berada pada tahap tinggi dengan purata skor min 3.69. Dapatan
kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti
Selayang terutama Program Fesyen dan Pakaian bagi meningkatkan lagi kualiti
pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar.

Kata Kunci
Kepuasan pelajar, analisis, elemen, skor

1.0 PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan
Malaysia 100 peratus negara maju. Kerajaan sentiasa memastikan pendidikan di negara
kita berubah dengan lebih giat sebab itu ia dipanggil transformasi supaya modal insan
yang kita lahirkan mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Perubahan kecemerlangan pelajar bermula dari suasana persekitaran di tempat
belajar yang baik, selesa dan berkualiti. Ruang persekitaran pembelajaran yang

memenuhi keperluan seseorang pelajar adalah salah satu faktor kejayaan sesebuah
institusi pendidikan dan mendorong kepuasan belajar yang utama. Sesebuah institusi
perlu mengutamakan penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap serta
tahap kualitinya perlu dikekalkan bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelajar pada
dasarnya.

Dari perspektif kualiti, pelajar merupakan antara pelanggan utama bagi sesebuah
institusi pengajian tinggi yang perlu diberi perhatian, dengan kehendak tersendiri yang
perlu dipenuhi. Mereka mengharapkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Kepuasan pelanggan merupakan isu yang penting dan kritikal bukan sahaja di
semua industri tetapi juga dalam institusi pendidikan. Pelajar

bertindak sebagai

pelanggan kepada sesebuah institusi mempunyai kehendak masing-masing perlu
dipenuhi oleh pihak pengurusan institusi.

Kepuasan pelanggan merupakan kunci kepada sesebuah perniagaan (Mustafa et al,

2007) yang mana kepuasan dalam penerimaan sesebuah perkhidmatan akan dinilai oleh
pelanggan. Untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang terulung, kepuasan
pelanggan terhadap kualiti pendidikan di institusi tersebut harusnya mencapai suatu
tahap yang memuaskan.

Menurut Ashraf dan Ibrahim (2009) kualiti pendidikan adalah sukar untuk diukur
dan didefinisikan di mana ia merangkumi hasil pembelajaran yang diterima oleh
pelajar dari para pendidik dan juga keadaan persekitaran institusi itu sendiri. Oleh
kerana itu, penilaian pelanggan terhadap kualiti terhadap pengajian tinggi adalah
secara menyeluruh dalam organisasi institusi (Haque, 2004) dan tidak hanya
tertumpu kepada bahagian tertentu sahaja.

Oleh yang demikian, pelajar berhak untuk memperolehi pendidikan yang
berkualiti, adalah menjadi kewajipan fakulti atau pusat pengajian menjamin kualiti kursus
dan program yang ditawarkan. Namun begitu, tidak banyak usaha yang dilakukan untuk
mengkaji hubungan antara kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan kepuasan
pelajar (Guolla, 1999). Oleh itu, dirasakan perlunya satu kajian dijalankan untuk meninjau
impak kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan pelajar sepanjang
mereka mengikuti program pengajian tertentu.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH


Pada masa kini kehidupan yang serba canggih menjadikan manusia menginginkan
kepuasan yang lebih dalam hidup mereka. Kepuasan dari segi kualiti adalah kepuasan
hidup yang sangat diidamkan pada masa kini. Maka wujud pelbagai instrumen
pengukuran bagi mengukur kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan
(Ramli, Chai dan Idris 2009).
Antara instrumen yang digunapakai termasuklah SERVQUAL dan SERVPERF.
Pengukuran SERVQUAL telah dibangunkan oleh Parasuraman, Berry, dan Zeithaml
pada tahun 1988 bagi mengukur persepsi kualiti perkhidmatan dalam bidang
pemasaran dan kemudiannya telah digunakan secara meluas dalam bidang lain.
SERVQUAL berfungsi utuk mengenalpasti jurang potensi antara jangkaan dan
persepsi kedua-dua dalaman dan luaran penyampaian perkhidmatan. Ia membantu
pembekal perkhidmatan untuk memahami jangkaan dan persepsi pelanggan terhadap

perkhidmatan yang diberikan serta penilaian kualiti yang berterusan (Booth, 2003).

Bagi menjamin perkhidmatan yang disediakan mendapat tahap kepuasan yang tinggi dan
berkualiti maka perlulah ada beberapa kaedah pengukuran dalam menentukan tahap
kepuasan tersebut. Fokus utama kepuasan perkhidmatan yang dikaji ialah terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar di Kolej Komuniti Selayang,

Selangor. Antara program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Selayang ialah Sijil Kulinari,
Sijil Pastri, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Animasi, dan Sijil Fesyen Pakaian. Sasaran
Kajian adalah terhadap seramai 15 orang pelajar semester akhir Sijil Fesyen Pakaian.
3.0 PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, latar belakang masalah yang telah dihuraikan
menunjukkan terdapat beberapa kekurangan dari segi kepuasan pelajar – pelajar Sijil
Fesyen dan Pakaian terhadap perkhidmatan pengajaran yang pembelajaran yang
disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Selayang, Selangor

Kajian mengenai tahap kepuasan pelajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) dilakukan kerana belum pernah ada kajian
seumpama ini bagi Program Sijil Fesyen dan Pakaian. Maka kajian seumpama ini dibuat
untuk melihat sejauh mana tahap kepuasan pelajar terhadap elemen kepuasan pelajar
berkaitan penilaian keatas diri sendiri, interaksi pensyarah bersama pelajar, bimbingan
pensyarah terhadap pelajar di kelas, juga dari segi teknik penilaian dan peperiksaan yang
dilakukan, penyediaan keperluan peralatan dan bahan.
4.0 OBJEKTIF

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan gambran sejauh manakah

kepuasan pelajar-pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti (Modular) Fesyen dan
Pakaian. Diantara objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah :
I.

Menentukan tahap kepuasan pelajar keatas diri sendiri

II.

Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah dengan
pelajar

III.

Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran pensyarah
serta pengunaan alat bantu mengajar

IV.

Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan


V.

Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap peralatan bahan yang
disediakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

VI.

Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen,
bilik kuliah dan lain lain kemudahan

VII.

Menentukan

tahap

kepuasan

pelajar


terhadap

kebersihan

ruang

pembelajaran
5.0 METADOLOGI KAJIAN

Metadologi kajian yang digunakan ialah jenis kajian berbentuk deskriptif. Kajian
deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku. Kaedah deskriptif jenis tinjauan sampel iaitu meninjau tahap kepuasan pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti Fesyen dan Pakaian di Kolej
Komuniti Selayang. Menurut Sabitha Marican (2005), Soal selidik merupakan satu alat
yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat untuk tujuan analisis yang
dapat menjawap persoalan kajian. Malah Sherri L. Jackson (2006) juga menyatakan
ianya juga merupakan kajian mendalam tentang satu atau lebih individu dengan harapan
mendedahkan hal hal yang benar.

Sampel kajian ialah terdiri daripada pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti

(Modular) Fesyen dan Pakaian di bawah Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran.
Sebanyak 15 borang soal selidik diedarkan dan telah dijawab sepenuhnya soal selidik
tersebut. Pemilihan terhadap pelajar- pelajar tersebut kerana pelajar tersebut telah
mengikuti melengkapkan kesemua 4 modul yang ditawarkan dalam Sijil Fesyen Pakaian
(SFP 522) selama 2 tahun.

Oleh kerana kajian ini berbentuk kajian social, maka jenis instrumen kajian yang
dipilih adalah kaedah soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Soal selidik
mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A mengandungi maklumat responden dan
bahagian B mengandungi item untuk mengukur tahap kepuasan pelajar terhdapa
pengajaran dan pembelajaran dalam bidang fesyen pakaian.

Skala Likert amat sesuai digunakan untuk menjalankan kajian tinjauan ini. Ini
kerana Skala Likert membolehkan pengkaji mengawal maklum balas yang berat sebelah.
Skala akan diberikan bermula daripada no 1 hingga no 5. Perincian skala tersebut seperti
dalam Jadual 1.

Skala

Tafsiran


1

Lemah

2

Kurang memuaskan

3

Sederhana

4

Baik

5

Cemerlang


Jadual 1: Skala Likert
Skala pengukuran skor min dirujuk berdasarkan interpretasi skor min bagi Skala
Likert seperti jadual 2.

Skor Min

Tahap Kecenderungan

1.00 – 2.33

Rendah

2.34 – 3.67

Sederhana

3.68 – 5.00

Tinggi

Jadual 2 : Tahap Kecenderungan Skor Min
(Sumber : Landell, 1977)

Sekiranya item yang dianalisis berada pada julat 1.00-2.33, ini menunjukkan tahap
kepuasan pelajar berasa pada tahap yang rendah. Keputusan sederhana pula
merangkumi skor min antara 2.34-3.67. Manakala skor min 3.68-5.00 pula menunjukkan
tahap kepuasan yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti
Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang
6.0 Dapatan Kajian

Hasil daripada analisis yang dijalankan, tahap kepuasan pelajar terhadap
pembelajaran dan pengajaran Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej
Komuniti Selayang berada pada tahap yang tinggi dengan purata skor min ialah 3.69.
Jadual 3 menunjukkan skor min yang diperolehi mengikut elemen penilaian yang dikaji.

No

Item

Min

1

Kepuasan diri

3.93

Tinggi

2

Teknik pengajaran pensyarah

3.93

Tinggi

3

Interaksi pensyarah terhadap pelajar

3.86

Tinggi

4

Pengunaan alat bantu mengajar

3.66

Sederhana

5

Sistem penilaian dan peperiksaan

3.66

Sederhana

6

Peralatan bahan yang disediakan

3.20

Sederhana

7

Kemudahan bengkel fesyen

3.66

Sederhana

8

Kemudahan bilik kuliah

3.60

Sederhana

9

Kemudahan lain

3.53

Sederhana

10

Kebersihan ruang pembelajaran

3.86

Tinggi

Nilai Keseluruhan

3.69

Tinggi

Jadual 3 : Analisis Keseluruhan Kajian

Tahap

7.0 PERBINCANGAN

7.1 Persoalan kajian 1
“Apakah tahap kepuasan pelajar keatas diri sendiri belajar di Kolej Komuniti
Selayang?”
Secara keseluruhan bagi tahap kepuasan diri pelajar belajar di Kolej Komuniti Selayang
bagi Sijil Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang
berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.93 berbanding 5.00. Ini menunjukkan pelajar
berpuas hati kerana telah dapat menyambung pelajaran mereka di sebuah instusi
pengajian tinggi awam seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat seterusnya.
7.2 Persoalan Kajian 2
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah dengan pelajar”
Bagi persoalan kajian kedua, menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi
bersama pensyarah pada tahap tinggi. Dapatlah disimpulkan bahawa pensyarah di Kolej
Komunti Selayang mahir berinteraksi dengan pelajar mengikut peringkat usia juga
pensyarah dapat meluangkan masa berinteraksi dengan pelajar di luar waktu P&P bagi
menjawap segala permasalahan yang pelajar alami.
7.3 Persoalan Kajian 3
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran pensyarah serta
pengunaan alat bantu mengajar?”
Secara keseluruhannya teknik pengajaran yang dilakukan oleh pensyarah fesyen di Kolej
Komuniti Selayang berada pada tahap tinggi kerana mereka lebih memberi kebebasan
kepada pelajar dalam soal ini.Ini merangkumi aspek kebebasan dalam berkarya semasa
melakukan tugasan. Walau bagaimana pun dari segi penggunaan alat bantu mengajar
tahap kepuasan pelajar masih di tahap sederhana oleh kerana kurangnya pendedahan
penggunaan ICT dalam pengajaran kepada pelajar, ini juga mungkin disebabkan subjek
fesyen adalah kebanyakan nya menjalankan aktiviti amali menggunakan mesin jahit.

7.4 Persoalan Kajian 4
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan?”
Keseluruhannya bagi tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan adalah
sederhana. Ini menunjukkan pelajar agak berpuas hati terhadap keputusan peperiksaan.
Kepuasan ini merangkumi aspek penilaian berterusan dan juga aspek penilaian akhir
yang di lakukan.
7.5 Persoalan Kajian 5
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah
dan lain lain kemudahan?”
Hasil dapatan kajian yang diperolehi, pengkaji telah menentukan tahap kepuasan pelajar
terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah dan lain lain kemudahan. Secara
keseluruhannya, tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik
kuliah dan lain lain kemudahan berada pada tahap sederhana semuanya. Bagi
kemudahan bengkel keputusan skor min ialah 3.66, diikuti dengan kemudahan bilik kuliah
3.60 manakala kemudahan lain di Kolej Komuniti Selayang pada skor min 3.53.
Kepuasan ini merangkumi kemudahan mesin jahit yang disediakan di bengkel fesyen,
kemudahan kerusi yang selesa bagi penggunaan bilik kuliah dan juga kemudahan lain
seperti tandas, surau, perpustakaan dan sebagainya.
7.6 Persoalan Kajian 6
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kebersihan ruang pembelajaran?”
Bagi persoalan kajian keenam, dapatlah disimpulkan bahawa tahap kepuasan pelajar
terhadap kebersihan ruang pembelajaran berada pada tahap tinggi. Kebersihan ruang
pembelajaran ini merangkumi kebersihan persekitaran kolej, kebersihan bengkel dan bilik
kuliah, kebersihan cafeteria, kebersihan surau dan juga kebersihan tandas di Kolej
Komuniti Selayang.

8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, tahap kepuasan pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) Fesyen dan Pakaian
berada pada tahap tinggi. Majoriti pelajar berpuas hati terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan. Namun begitu mutu pengajaran dan pembelajaran
haruslah ditingkatkan ke skor min yang tinggi oleh kerana hasil nilai keseluruhan skor min
adalah 3.69 adalah sangat hampir dengan nilai keseluruhan skor min sederhana iaitu
3.67. Selain itu mutu pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditingkatkan kerana
kepuasan pengguna merupakan satu elemen terpenting dalam menentukan kualiti
perkhidmatan yang disediakan oleh sesbuah organisasi.

Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak pensyarah untuk
memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada supaya kepuasan belajar
dapat ditingkatkan sekaligus dapat memperbaiki mutu dan prestasi pelajar di Kolej
Komuniti Selayang.

Sebagai usaha meningkatkan tahap kepuasan pelajar, pihak pengurusan
terutama Program Fesyen dan Pakaian perlu bekerjasama dalam memastikan kepuasan
pelajar dipenuhi. Sekiranya kepuasan pelajar ini dipandang remeh oleh pihak
pengurusan, maka pelbagai impak negetif yang akan berlaku dan akan merosakkan
organisasi.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md Din Mohamad
Harun. Panduan Latihan Mengajar ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992

Mee , Lee Shok. Pedagogi IV: Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur
: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 1990
Mohd Zahari Ismail. Tahap Kepuasan Bekerja Di Politeknik, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Hill, F.M (1995). Managing service quality in higher education: the role of the student as
primary consumer. Quality Assurance in Education 3(3) : 10-21.

Haslinda Abu Bakar, Kolej Islam Johor & Hamdan Said, Universiti Teknologi Malaysia.
Kepuasan Pelajar Pasca Ijazah Terhadap Fakulti Pendidikan Utm

Read

more:

http://www.theborneopost.com/2012/11/09/pendidikan-penting-dalam-

pembangunan-negara/#ixzz3G24hLV6B