SUMBANGAN OIC TERHADAP DUNIA ISLAM.pdf

SUBJEK
PPPJ2413
DUNIA ISLAM ABAD KE-20

TAJUK TUGASAN
SUMBANGAN OIC TERHADAP DUNIA ISLAM

DISEDIAKAN UNTUK
PROF. MADYA. DR ERMY AZZIATY ROZALI

DISEDIAKAN OLEH
NURSYAKIRAH HASSAN
NUR HAFIZAH FAZRI SUHAILA
NINIE AMIRA DRAHIM

A147426
A148042
A151889

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KANDUNGAN

PENDAHULUAN
1.0

2.0

Latar Belakang OIC

1.1

Sejarah Penubuhan

1.2

Objektif Penubuhan

1.3


Struktur Organisasi
1.3.1

Sidang Kemuncak Islam

1.3.2

Majlis Menteri-menteri Luar Negeri

1.3.3

Sekretariat Am/Sekretariat Tetap

1.3.4

Ketua Setiausaha

Sumbangan OIC Terhadap Dunia Islam


2.1

Politik
2.1.1

2.2

2.3

Hak Asasi Manusia

Ekonomi
2.2.1

Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF)

2.2.2

Bank Pembangunan Islam (IDB)


2.2.3

Penubuhan OIC-FTA

Sosial
2.3.1

Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam
(IRCICA)

2.3.2

Organisasi Islam untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan dan
Kebudayaan

KESIMPULAN
RUJUKAN

(ISESCO)


PENDAHULUAN

Pengumpulan idea, perbandingan dan pandangan berbeza di kalingan negara-negara
majoritinya penduduk beragama Islam telah bermula dengan persidangan yang telah
diadakan sejak tahun 1926, yang dibuka oleh Raja Abdul Aziz, tidak diterima semua
kerana isu-isu politik. Setelah tamat Perang Dunia kedua, Persidangan Antarabangsa
Islam telah diadakan secara berkala. Perpecahan kuasa-kuasa Islam dan para
pemikirnya dapat dilihat apabila empat kongres berasigan diadakan pada tahun 1962:
salah satunya berpangkalkan di Karachi, naun ia diadakan di Baghdad (Persidangan
Islam Sedunia), ada yang berpangkalkan di Kaherah (kongres Isam), mesyuarat
kumpulan pemisah di Baitulmagdis (persatuan Ketua Kongres Islam), dan kumpuan
yang baru ditubuhkan di Mekah mengambil tindakan terhadap Nasser (Liga Dunia
Islam).

1.0

Latar Belakang OIC

1.1


Sejarah Penubuhan

The Organisation of Islamic Coorporation (OIC) atau Pertubuhan Kerjasama Islam
(dahulunya dikenali dengan Penubuhan Persidangan Islam) adalah sebuah organisasi
antara kerajaan yang kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
yang mempunyai keanggotaan sebanyak 57 buah negara yang tersebar di empat benua
(Turan: 2015: 1).

1.2

Objektif Penubuhan

Mandat OIC adalah untuk menggalakkan semua kerjasama politik, ekonomi, sosial,
budaya dan kerjasama saintifik di kalingan negara-negara anggota, melindungi tempattempat suci Islam dan berusaha kea rah membasmi diskriminasi kaum dan penjajahan.

Di bawah piagam yang telah dibentuk, OIC ditubuhkan antara lain adalah untuk:

i.

Meningkat dan mengukuhkan ikatan persaudaraan dan perpaduan di kalingan

negara-negara anggota;

ii.

Memelihara dan melindungi kepentingan bersama, menyokong sebab-sebab
yang sah daripada negara-negara anggota serta menyelaras usaha-usaha negara
anggota kepada cabaran yang diadapi oleh dunia Islam khususnya dan
masyarakat antarabangsa amnya;

iii.

Menghormati hak menentukan nasib sendiri dan tidak campur tangan dalam hal
ehwal dalam negeri dan menghormati kdaulatan, kemerdekaan dan keutuhan
wilayah setiap negara (Victor Luis: 2014: 4)

1.3

Struktur Organisasi

Struktur organisasi OIC terdiri daripada badan-badan utama seperti berikut:


1.3.1

Sidang Kemuncak Islam

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat
keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin
dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di
peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi
bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan

1.3.2

Majlis Menteri-menteri Luar Negeri

Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan
Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan
membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara
negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap

institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan
perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan

bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara
anggota.

1.3.3

Sekretariat Am/Sekretariat Tetap

Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam
OIC. Ia diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh
Persidangan Menteri-menteri

Luar OIC. Sekretariat

OIC

bertanggungjawab


melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.

1.3.4

Ketua Setiausaha

Ketua Setiausaha dipilih oleh majlis Menteri-menteri Luar Negeri untuk tempoh empat
tahun dan hanya boleh diperbaharui sekali sahaja. Setiausaha Agung dipilih dari
kalingan rakyat negara anggota selara dengan prinsip-prinsip pengagihan saksama
geografi, giliran dan peluang yang semua negara-negara anggota dengan pertimbangan
yang sewajarnya kepadakecekapan, integrity dan pengalaman.

2.0

Sumbangan OIC Terhadap Dunia Islam

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab
1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi
ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis.
Tindakan puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah

pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap
bidang di seluruh dunia.

2.1

Politik

2.1.1

Hak Asasi Manusia

Dalam menyelesaikan masalah dan hak asasi manusia, tidak terdapat banyak
sumbangan yang dilakukan oleh OIC melainkan usaha yang berterusan untuk
membantu. Sidang kemuncak yang sering diadakan adalah untuk mencari resolusi atau
tndakan yang perlu dilakukan untuk memberi bantuan kepada negara anggota yang
terlibat dalam pelbagai aspek. Terdapat beberapa isu yang cuba diusahakan oleh OIC
untuk menanganinya meskipun ada usaha tersebut tidak berjaya dilaksanakan. Antara
isu-isu mengenai hak asasi manusia adalah:

i.

isu Palestin,

ii.

isu Perang Iran-Iraq,

iii.

dan isu Afghanistan (Alfitri: 2006: 328)

2.2

Ekonomi

Salah satu matlamat penting OIC ialah hasrat menjadikan negara-negara anggota maju
di bidang perekonomian kerana kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara itu
banyak bergantung kepada kekukuhan ekonomi.

2.2.1

Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF)

Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) ditubuhkan sebagai wadah para pemimpin
daripada sektor awam dan swasta untuk berbincang dan menangani pelbagai isu
ekonomi yang memberi kesan khususnya terhadap umat Islam dan masyarakat dunia
umumnya. WIEF bukan sahaja menyediakan kerangka kerjasama ekonomi di antara
negara-negara Islam bahkan juga negara-negara bukan Islam yang lain. Forum ini juga
berfungsi sebagai kaedah untuk mengumpulkan ekonomi-ekonomi Islam dan bukan
Islam menerusi jaringan perniagaan di bawah satu wadah tunggal. Selain itu WIEF juga

menyediakan peluang dialog mengenai perkara-perkara berkaitan dunia Islam untuk
ditangani di peringkat global.

Forum ini bermula secara sederhana dikenali sebagai Forum Perniagaan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada Oktober 2003 sempena Sidang Kemuncak
OIC

Ke-10

di

Pusat

Konvensyen

Antarabangsa

Putrajaya,

Malaysia.

Sejak ditubuhkan WIEF telah mengadakan persidangan pertamanya di Kuala Lumpur,
Malaysia pada Oktober 2005 bertemakan 'Forging New Alliances For Development
And Progress', kemudian di Islamabad, Pakistan (September 2006) bertemakan
'Unleasing The Potential Of Emerging Market', di Kuala Lumpur (Mei 2007)
bertemakan 'Global Challenge - Innovative Partnership', di Kuwait (Mei 2008)
bertemakan 'Islamic Countries : Partners In Global Development' dan di Jakarta,
Indonesia

(Mac

2009)

bertemakan

'Global

Food

And

Energy

Security'.

Malaysia selaku Pengerusi forum tersebut sekali lagi menjadi tuan rumah WIEF Ke-6
bertemakan 'Gearing For Economic Resurgence' pada 18 hingga 20 Mei 2010) di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Salah satu agenda penting forum tersebut
memfokuskan kepada pasaran 'niche' sejajar perekonomian yang semakin berkembang
dalam kalangan dunia Islam.

2.2.2

Bank Pembangunan Islam (IDB)

Bank Pembangunan Islam atau (Islamic Development Bank) merupakan satu institusi
pembangunan kewangan pelbagai hala terletak di Jeddah, Arab Saudi. Cadangan
penubuhan bank ini berlaku ketika penemuaan menter-menteri kewangan negaranegara Islam di Sidang Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC yang pertama pada 18
Disember 1973, bersamaan 23 Zulkaedah1393 Hijrah. Aktiviti bank bermula pada 20
Oktober 1975, bersamaan 15 Syawal 1395 Hijrah. Terdapat 56 negara sebagai
pemegang saham di dalam bank ini.

Misi IDB adalah untuk menggalakkan pembangunan manusia yang
komprehensif,

dengan

memberi

tumpuan

kepada

bidang-bidang

keutamaan

mengurangkan kemiskinan, meningkatkan kesihatan, menggalakkan pendidikan,

meningkatkan tadbir urus dan mensejahterakan rakyat (Web Islamic Development
Bank).

2.2.3

Penubuhan OIC-FTA

Kekuatan negara Islam terletak pada kesatuan geopolitiknya. Unyuk mencapai hasrat
itu, ekonomi negara-negara Islam perlu diperkukuhkan terlebih dahuluu. Pergantungan
kepada blok Barat dari segi bantuan keselamatan dan kewangan memberi implikasi
yang tidak sihat. Akibatnya, negara Islam tidak bebas daripada pengaruh dasar luar
terutamanya dari Amerika Syarikat dan Eropah yang mengatur ekonomi politik dunia.
Ekonomi negara Islam dapat diperkukuhkan dengan penubuhan OIC-FTA yang
sitematik. Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement, FTA) ialah sejenis
perjanjian perdagangan yang berkuatkasa pada 1 Januari 2009 sesama negara ahli. OIC
akan menyediakan laluan pembangunan kepada kejayaan penubuhan blok perdagangan
bebas itu (Nordin & Abdul Rahim: 2009: 2).

2.3

Sosial

2.3.1

Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA)

Sejajar dengan objektif dan peranan pertubuhan OIC, kemajuan penyelidikan dalam
OIC perlu diketengahkan oleh Sekretariat dan ahli atau negara-negara dibawah naungan
OIC. Hal ini kerana, kemajuan dan perkembangan dari aspek penyelidikan adalah salah
satu daya atau medium kepada umat Islam terus ke hadapan dalam bidang keilmuan
untuk mencapai keitelektualan yang tinggi serta menjadi wardah sebagai dakwah
kepada dunia.

Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) merupakan
salah satu kejayaan bagi OIC dalam usaha meningkatkan dan memperkembangkan
aspek penyelidikan Islam. IRCICA dalah sebuah institusi antarabangsa yang aktif
dalam bidang penyelidikan, penerbitan, dokumentasi dan maklumat. Mandatnya
meliputi tema yang pelbagai dalam bidang sejarah negara-negara Islam, sejarah seni

dan sains dalam Islam dan bidang lain dalam budaya dan tamadun Islam (Web
IRCICA).

2.3.2

Organisasi Islam untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan dan Kebudayaan
(ISESCO)

Organisasi Islam untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan dan Kebudayaan (Islamic
Educational, Scientific and Cultural Organization,ISESCO) adalah sebuah organisasi
internasional yang didirikan oleh Organisasi Kerja Sama Islam pada bulan Mei 1979.
Organisasi ini bermarkas di Rabat, Maroko, dan saat ini dipimpin oleh Direktur Jenderal
Dr. Abdul Aziz Utsman at-Tuwaijiri.

Sidang Kemuncak Islam kali ketiga yang berlangsung di Mekah pada 25-28
Januari tahun 1981, telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan Islam bertaraf
antarabangsa yang baru menerusi gerak kerja Islam bersepadu di bawah kerangka
Pertubuhan Kerjasama Islam yang diberi nama: Organisasi Pendidikan, Sains, dan
Kebudayaan Islam. Idea penubuhan ISESCO dicetuskan oleh pimpinan Gerakan
Kebangkitan dinegara-negara Islam. Penubuhan organisasi ini merupakan gagasan yang
menggunakan para reformis ,mujaddid dan pendakwah Islam dalam merangka gerak
kerja yang lebih tersusun dengan matlamat membangun ummah. Gagasan ini bergerak
sejak pertengahan kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Ini merupakan salah satu simbol
kesatuan Islam yang lahir di tengah-tengah keunggulan Islam sekaligus muncul dalam
bentuk

kontemporari

pada

abad

ketujuh

dalam

kurun

ke-20.

Persidangan Menteri-Menteri Luar OIC kali ke-9 ( Dakar – Senegal : 24-28
April 1978M ) telah mengusulkan idea penubuhan menerusi Resolusi 9/9_S berkaitan
cadangan-cadangan Persidangan Antarabangsa yang pertama bagi Pendidikan Islam
.Persidangan Menteri-menteri Luar kali ke-10 yang berlangsung di Fes- Arab
Saudi pada 8-12 Mei 1979M telah mencadangkan pelaksanaan penubuhan badan itu
melalui Resolusi 12/10 berkaitan Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam
.

Draf penubuhan Organisasi Pendidikan , Sains dan Kebudayaan Islam (
ISESCO ) telah dibawa dan dibentangkan di Persidangan Menteri-menteri Luar
OIC pada sirinya yang ke-11 menerusi Resolusi 11/2 (Islamabad- Republik Islam
Pakistan: 17-22 Mei 1980M).Satu keputusan telah dikeluarkan oleh Sidang Kemuncak
Islam kali ke-3 yang berlangsung di Mekah -Arab Saudi pada 25-28 Januari tahun 1981,
telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan Islam bertaraf antarabangsa yang baru
dibawah kerangka OIC bagi menjamin kesepaduan Islam . Badan tersebut diberi nama;
Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam .

Berdasarkan kronologi, idea untuk menubuhkan sebuah badan Islam
antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam isu-isu pendidikan, sains dan
kebudayaan telah melalui 5 peringkat : bermula dari Persidangan Menteri-menteri Luar
OIC pada siri yang kelapan, diikuti Persidangan Menteri-menteri Luar OIC pada sesi
yang kesembilan, Persidangan Menteri-menteri Luar OIC bagi sesi yang kesepuluh,
dan sesi kesebelas , dan kemuncaknya membawa kepada deraf penubuhan Organisasi
Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Islam (ISESCO) di Sidang Kemuncak Islam yang
ketiga, serta menggalakkan negara anggota untuk menyokongnya sekaligus menjemput
mereka agar dapat turut serta dalam penubuhan ini. Usaha penubuhan ini telah
mengambil masa selama 4 tahun (1978-1981M) sebelum penubuhan ISESCO secara
rasmi sebagai pelaksanaan kepada usul Suruhanjaya Islam bagi Hal Ehwal Ekonomi,
Kebudayaan dan Sosial. Demikian lah sejarah penubuhan Organisasi Pendidikan ,
Saintifik dan Kebudayaan

Islam (ISESCO ) sebagai sebuah badan yang

bertanggungjawab memenuhi kehendak seluruh negara Islam sebagai wakil yang
membawa isu-isu berkaitan umat Islam ke Persidangan Kemuncak Islam dan
Persidangan Menteri-Menteri Luar (OIC).

KESIMPULAN

Kesimpulannya, OIC adalah merupakan satu pertubuhan yang mewujudkan kerjasama
antara negara-negara anggota kea rah memupuk perpaduan Islam. Pertubuhan ini
memberi penekanan kepada menyelesaikan masalah perteligkahan yang melibatkan
negara-negara Islam selain daripada tujuan penubuhan iaitu menghapuskan sebarang
penindasan dan pejajahan bagi mewujudkan keamanan.

Perlu diperhatikan bahawa Islam adalah asas kerjasama yang paling penting
dalam membentuk kerjasama dan kekuatan dalam kalingan negara-negara anggota OIC
berasakan kepada piagam OIC yang pernah dibentuk iaitu Percaya bahawa akidah
bersama (Islam) menjadi faktor yag kuat bagi kerjasama dan kesatuan dalam kalingan
umat Islam.

RUJUKAN

Buku

Turun Kayaoglu. 2015. The Organization of Islamic Cooperation: Politics, Problems,
and Potential. Routledge. London

Muannif Ridwan. 2013. Maroko, Negeri Eksotis di Ujung Barat Dunia Islam. Jentera
Pusaka. Jakarta.

Jurnal

Alfitri. 2006. The Organization of Islamic Cofference (OIC) and Its Significance for
War Against Terrorism. Vol.1.

Victor Luis. 2014.

The Organization of Islamic Coorporation in Contemporary

International Society

Laman Web

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&id=1097%3Apertubu
han-persidangan-islam-oic

http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/649-oic-berusaha-kukuhkan-duniaislam

https://www.ircica.org/

https
://isescokuis.blogspot.my/?view=flipcard

Nordin dan Abdul Rahim. 2009. Memperkasa Ekonomi Ummah Melalui Pemantapan
Jaringan Tempatan Dan Penerokaan Berkesan Dalam Pasaran Global:
Persiapan Mendepani Cabaran Baru Ekonomi Dunia OIC-FTA, Malaysia Dan
Strategi Lautan Biru. Universiti Utara Malaysia.

Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam. 5 Ogos 1990. No
Resolusi 48/19-P.