PENGARUH MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESA

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/264972758

PENGARUH MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN
KESANNYA TERHADAP TINGKAH LAKU
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
CONFERENCE PAPER · JUNE 2014
DOI: 10.13140/2.1.2909.3761

READS

1,504

5 AUTHORS, INCLUDING:
Azizi Yahaya
Universiti Brunei Darussalam
114 PUBLICATIONS 120 CITATIONS
SEE PROFILE

Available from: Azizi Yahaya
Retrieved on: 03 April 2016


NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

PENGARUH MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESANNYA
TERHADAP TINGKAH LAKU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
1

Azizi Yahaya1 .Gooh Mo Lee2, Halimah Ma’alip3, Ronnel Dunggi 2
Sultan Hassanah Bolkiah Instituit of Education, University Brunei Darul Salam
2
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia Johor
3
Languange Academic, Universiti Teknologi Malaysia Johor

ABSTRAK:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh media berunsur agresif dan
kesannya terhadap tingkah laku pelajar. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar
bermasalah disiplin daripada tiga buah sekolah menengah di Daerah Kulai, Johor.Seramai
127 orang pelajar yang terdiri daripada 92 orang pelajar lelaki dan 35 orang pelajar
perempuan telah dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set

soalan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A digunakan untuk
melihat latar belakang responden.Manakala untuk bahagian B pula untuk menjawab keempatempat persoalan kajian yang dikemukakan. Item-item soal selidik diukur dengan
menggunakan skala lima tahap. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan
Statistical Package for Social Science, Versi 17.0 (SPSS) untuk menilai peratusan kekerapan,
purata, ujian t dan ujian korelasi. Kajian rintis telah dilakukan oleh pengkaji untuk mengukur
kebolehpercayaan soalan dalam soal selidik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh
program-program media berunsur agresif terhadap pelajar adalah pada tahap
sederhana.Dapatan untuk kesan-kesan terhadap tingkah-laku agresif pelajar juga adalah pada
tahap sederhana.Kajian ini mempunyai implikasi penting tentang peranan media supaya
menilai kembali program-program yang disiarkan agar dapat meminimakan unsur-unsur
agresif yang boleh menyebabkan pelajar-pelajar bertingkah laku agresif.
(Katakunci:media berunsur agresif, ciri-ciri program media dan tingkah laku agresif)
ABSTRACT:The purpose of this research was to study the influence of media violence and
its effects on student’s behavior. Respondents were among discipline problem students from
three secondary schools in Kulai, Johor. Participants for this study were 127 respondents
comprising of 92 boys and 35 girls. Element A for respondent background and element B for
statement based on the aspects of studies. The questionnaire items were measured by five
level Likert’s Scale. The collected data were analyzed by using Statistical Package for Social
Science, Version 17.0 (SPSS) to measure the frequency, mean, t-test and correlation test.
Pioneer research was done to measure the questionnaires credibility. This research found that

the influence of media violence on students behavior were at moderate level. Result of media
violence effects on aggressive behavior of students also at moderate level. The study has
important implication in the role of media and the need to reevaluate the telecast of violent
programs in order to minimize violence elements that can cause students to be aggressive.
(Keywords: aggressive media, the characteristics of media programs and aggressive
behavior)
Pengenalan
Media massa menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja. Tidak dinafikan
kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk
berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur.Akan tetapi banyak juga kesan-kesan
negatif daripada kemudahan ini.Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya,

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar
lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol,
bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.
Menurut Orestes (2002), unsur agresif dalam media merupakan masalah utama

yangmengancam keharmonian kehidupan berkeluarga.
Menurutnya lagi, media
banyakmenyebarkan fahaman seks yang keliru, pornografi, pornoaksi, kekerasan, keganasan
melampau dan kehidupan yang liar (menyimpang dari budaya dan agama). Beliau juga
mendapati, kesan daripada pengaruh media yang tidak bertanggungjawab menyebabkan
moral remaja di Asia semakin merosot iaitu 20% remaja terlibat dengan perzinaan, 24%
terlibat dengan pornografi dan pornoaksi, 21% seks sebelum nikah dan 35% kes juvana.
Semua perkara ini akan menyebabkan remaja semakin bermasalah dan melibatkan masalah
perlanggaran disiplin di sekolah yang amat ketara.
Menurut Amir Hassan Dawi (2002), filem, surat khabar, majalah, novel, buku,
internet, media interaktif dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning telah
menimbulkan masalah dalam perubahan tingkah laku fizikal, verbal, nonverbal, antisosial
dan jenayah dalam kalangan pelajar. Beliau melaporkan bahawa babak ganas dan aksi seks
yang ditonton dalam media akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Beliau juga
menyatakan perkara ini tidak dapat dinafikan kerana rata-rata mereka berusia di antara 12
hingga 20 tahun iaitu satu tahap umur yang dianggap masih mentah. Pada tahap ini pelajarpelajar mudah dirangsang kerana mereka berada dalam proses perubahan ke alam baligh.
Oleh itu mereka akan menggunakan maklumat ini yang diadaptasi melalui media untuk
diamalkan dalam tingkah laku seharian mereka.
Kesannya terhadap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar di Malaysia masih
kurang dijalankan.Walau bagaimanapun, kajian yang telah dijalankan oleh Samsudin (2001),

mendapati masalah tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar agresif kesan menonton
media berunsur agresif memang telah lama wujud di Malaysia. Kajian beliau mendapati
remaja merupakan golongan yang paling banyak menggunakan media iaitu 21.3 hingga 22
jam seminggu dan terlalu meminati filem-filem yang bercorak ganas, berahi, mendebarkan,
cemas, peperangan, pembunuhan, mistik dan sukan lasak. Kesan dari pendedahan yang
terlalu lama melalui media akan menyebabkan pelajar menjadi golongan yang paling aktif
untuk meniru dan melakukan adegan ganas yang dilihat dari media (Samsudin, 2001).
Para penyelidik telah mengemukakan beberapa definisi mengenai tingkah laku
agresif.Secara umumnya, tingkah laku agresif boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang
dilakukan dengan tujuan untuk mencederakan orang lain, individu itu sendiri atau pun objek
di sekelilingnya. Tingkah laku agresif ini mesti disertai dengan niat untuk mencederakan
orang lain dan sebarang tindakan yang agresif tetapi tidak disertai dengan niat untuk
mencederakan orang lain atau objek di sekelilingnya dianggap bukan tingkah laku agresif
(Baron dan Bryne, 1991).
Tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar-pelajar agresif di sekolah menengah
merupakan satu masalah yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dengan
institusi pendidikan dan persekolahan.Masalah tingkah laku agresif perlu ditangani dengan
sebaik mungkin supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh mendatangkan kesan negatif
dalam perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.Masalah ini juga perlu diselesaikan
dengan teliti supaya peranan sekolah sebagai pusat perkembangan ilmu dan jati diri pelajar

tidak terjejas imej serta kredibilitinya.

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti;
i.
ii.
iii.
iv.
v.

vi.

Mengenalpasti ciri-ciri program media yang boleh mempengaruhi tingkah laku agresif
pelajar.
Mengenalpasti punca-punca pelajar menonton media berunsur agresif.
Mengenalpasti kesan-kesan media berunsur agresif terhadap tingkah laku pelajar.

Mengenalpasti sikap ibubapa terhadap pelajar yang menonton media berunsur agresif.
Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri program
media, punca-punca menonton media berunsur agresif, kesan-kesan menonton media
berunsur dengan jantina.
Mengenalpasti sama ada terdapat perhubungan antara ciri-ciri program media, kesankesan menonton media berunsur agresif dan sikap ibubapa terhadap pencapaian
akademik.

Hipotesis Kajian
i.
ii.
iii.

iv.
v.
vi.

Hipotesis Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri program
media dengan jantina.
Hipotesis Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara punca-punca
menonton media berunsur agresif dengan jantina.

Hipotesis Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan-kesan media
berunsur agresif dengan jantina.
Hipotesis Ho4 : Tidak terdapat perhubungan antara ciri-ciri program media terhadap
pencapaian akademik.
Hipotesis Ho5 : Tidak terdapat perhubungan antara kesan-kesan media berunsur
agresif terhadap pencapaian akademik.
Hipotesis Ho6 : Tidak terdapat perhubungan antara sikap ibubapa terhadap
pencapaian akademik.

Metodologi
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif.Kaedah kuantitatif digunakan dalam
kajian ini.Menurut Azizi et.ai (2007), reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah tertentu
untuk memperoleh maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah.Kajian ini adalah
untuk mengetahui pengaruh media agresif dan kesannya terhadap tingkah laku pelajar. Satu
set soalan soal selidik disediakan bagi mengumpulkan maklumat dan data. Data diperoleh
dengan menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang telah terpilih
mewakili populasi pelajar-pelajar sekolah menengah di Daerah Kulai. Menurut Tuckman
(1988), penggunaan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik memudahkan penyelidik
memperolehi kerjasama daripada responden. Penyelidik menggunakan instrumen berbentuk

soal selidik kerana ia senang ditadbir, data mudah dikutip dan dianalisa.

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

Tempat Kajian

Sasaran kajian ini ialah pelajar-pelajar tingkatan dua yang bermasalah di Daerah
Kulai.Jumlah sekolah yang terpilih adalah tiga buah sekolah menengah.Pemilihan sekolah ini
wajar kerana sekolah-sekolah tersebut adalah sekolah biasa.
Subjek Kajian
Populasi
Populasi kajian ini adalah dikalangan pelajar-pelajar tingkatan dua yang bermasalah dipilih
dari tiga buah sekolah menengah di daerah Kulai.
Sampel Kajian
Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada
populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin (1993),
sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Penggunaan saiz sampel menurut
Majid (1998) perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana taburan normal biasanya dipenuhi

apabila saiz sampel melebihi 30 unit dan pertambahan dalam saiz sampel akan lebih
mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Kajian ini melibatkan pelajarpelajar tingkatan 2 yang bermasalah.
Menurut Azizi (2007), saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan
keputusan kajian nanti. Responden kajian ini juga terbahagi kepada dua jantina utama iaitu
lelaki dan perempuan.Jumlah keseluruhan pelajar dalam tingkatan dua yang bermasalah dari
tiga buah sekolah menengah di daerah Kulai adalah seramai 127 orang.Daripada jumlah ini
92 orang merupakan pelajar lelaki dan bakinya 35 orang merupakan pelajar perempuan.
Kaedah Persampelan
Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah yang digunakan
oleh Krejcie dan morgan (1970). Menurut Krejcie dan Morgan (1970), tatacara untuk
menentukan saiz sampel adalah berdasarkan formula berikut:
S
S


=
=
=

N

P

=
=

D

=
=

X² NP(1-P) ÷ d² (N-P) + X² P(1-P) di mana
saiz sampel
Jadual Nilai Khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada paras
keyakinan yang diperlukan 0.05 (3.841)
saiz populasi
nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 untuk memberi saiz sampel
Yang maksimum)
Darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah 0.50
3.841 x 150 x 0.5 (1-0.50)
0.05² x ( 150-1) + 3.841 x 0.5 (1-0.5)

=

144
1.33

=

108.27 @ 108 orang sampel.

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

Bagi memudahkan pengiraan Krejcie dan Morgan (1970) telah menyediakan Jadual
penentuan saiz sampel seperti jadual 3.2.
Jadual 3.2: Jadual Penentuan Saiz Sampel
N
S
N
S
10
10
220
140
15
14
230
144
20
19
240
148
80
66
420
201
100
80
500
217
150
108
750
254
200
132
1000
278
Petunjuk: N=Bil.Populasi dan S =Bil. Sampel

N
1200

S
291

1300
1400
3500
6000
15 000
75 000

297
303
346
360
375
382

Oleh itu, bagi populasi seramai 150 orang, Jumlah sampel yang ditentukan mengikut
jadual Krejcie, R. V. & Morgan, D.W. (1970) berdasarkan angka yang terhampir ialah
seramai 108 orang pelajar.
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik. Instrumen berbentuk
soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada
responden (Tuckman, 1978). Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan soal selidik
yang berdasarkan skala kadar dengan menggunakan skala lima mata. Penggunaan skala lima
mata adalah kerana sebab-sebab berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Soal selidik lebih mudah ditadbir setelah dibina dengan baik.
Lebih mudah untuk mendapatkan data yang banyak.
Maklumat yang diperoleh daripada responden mudah dianalisis.
Soal selidik lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos.
Responden lebih mudah dan berani untuk memberi tindak balas terhadap aspek yang
dikaji.

Borang soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A
menggunakan skala nominal di mana soalan perlu ditanda (/) oleh responden berkaitan latar
belakang mereka .Bahagian B pula, soalan berkaitan tahap faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan kerjaya responden. Skala yang digunakan untuk mengukur pemarkahan bahagian
B bagi kajian ini ialah menggunakan kaedah skala 5 mata iaitu 1,2,3,4 dan 5.
Bahagian A
Bahagian A, mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi iaitu umur,
bangsa, jantina, kedudukan sekolah, media yang terdapat di rumah serta kemudahan media.
Responden hanya perlu menjawab dengan menandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan
mengikut kesesuaian maklumat yang ada.
Bahagian B
Bahagian ini mengandungi 37 item soalan menjurus kepada aspek yang hendak dikaji oleh
penyelidik berdasarkan persoalan kajian yang telah dinyatakan bagi menjawab permasalahan
yang dikemukakan.Skala Likert digunakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai aspek.

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

Penyelidik menggunakan skala pemeringkatan Likert 1 hingga 5 yang terdapat disetiap
pernyataan.Responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu pernyataan
berdasarkan satu skala.Tujuannya untuk mengukur maklumbalas responden.
1
2
3
4
5

Sangat Tidak Setuju (STS)
Tidak Setuju (TS)
Tidak Pasti (TP)
Setuju (S)
Sangat Setuju (SS)

Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum set soal selidik digunakan dalam
kajian sebenar. Kajian rintis dapat membantu penyelidik memperoleh petunjuk awal tentang
mana-mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau tidak berjaya.Menurut Polit el al.
(2001), kajian rintis adalah merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan
sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama.Ianya juga boleh membantu
penyelidik mengenal pasti sebarang kekurangan dalam instrumen kajian dan seterusnya
memperbaiki kelemahan tersebut.Kekuatan kolerasi bagi setiap pemboleh ubah boleh
dikelaskan berdasarkan kepada julat 0.0 hingga 1.0 Azizi et al. (2007).Penyelidik telah
mendapatkan kesahan terhadap soal selidik yang dibina dari dua orang pensyarah iaitu Dr.
Rohana binti Hamzah dan Dr. Azlina binti Kosnin.
Satu kajian rintis juga telah dijalankan untuk menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian. Seramai dua belas pelajar tingkatan dua yang
bermasalah dari SMK Taman Universiti 2, Skudai telah di pilih sebagai sampel kajian rintis.
Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 17.0, didapati nilai alpha Cronbach yang
diperolehi mencapai 0.76.Oleh itu, kesahan dan tahap kebolehpercayaan bagi item-item soal
selidik adalah kuat.
Hasil Dapatan. Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri program media yang boleh mempengaruhi
tingkah laku agresif pelajar. Jadual 2 menunjukkan punca-punca pelajar menonton media
yang berunsur agresif, jadual 3 menunjukkan kesan-kesan media berunsur agresif.Jadual 4
menunjukkan sikapibubapa apabila pelajar menonton media berunsur agresif manakala jadual
5 menunjukkan perbezaan antara ciri-ciri program media agresifdengan jantina dan jadual 6
menunjukkan perbezaan antara punca-punca menonton media agresif dengan jantina. Jadual
7 menunjukkan perbezaan antara kesan-kesan media agresifdengan jantina, jadual 8
menunjukkan perhubungan antara ciri-ciri program media agresif terhadap pencapaian
akademik.jadual 9 menunjukkan perhubungan antara kesan-kesan media agresif terhadap
pencapaian akademik dan jadual 10 menunjukkan perhubungan yang signifikan antara sikap
ibubapa terhadap pencapaian akademik.

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Item Ciri-Ciri Program Media Yang Boleh Mempengaruhi Tingkah
LakuAgresif Pelajar
ITEM

1
SST

2
TS

3
TP

4
S

5
SS

MIN

SP

Saya suka menonton rancangan TV yang
menayangkan aksi perlawanan/konflik
(gusti,smallville,prsison break)

10.2

8.7

15.0

27.6

38.6

3.76

1.33

Saya suka bermain game yang berbentuk aksi
perlawanan, tembak-menembak, tinju.
Saya suka menonton rancangan drama
yang ada aksi perlawanan.
Saya menonton media yang berunsur lucah
Saya suka menonton filem perdebatan

11.8

7.9

1.6

29.1

49.6

3.97

1.38

17.3

15

15.7

22.0

29.1

3.30

1.47

39.4
29.1

13.4
18.1

12.6
9.4

25.2
34.6

9.4
8.7

2.52
2.76

1.46
1.41

Saya menonton yang lebih kepada
gengsterisme

14.2

16.5

6.3

28.3

34.6

3.53

1.43

Saya suka menonton program animasi
yang ada memaparkan ciri perlawanan

11.0

10.2

15.0

20.5

43.3

3.75

1.39

Saya suka menonton kisah benar yang
memaparkan pembunuhan,peperangan,
konflik

13.4

13.4

14.2

25.2

33.9

3.53

1.42

Saya menonton filem percintaan yang ada
aksi perebutan, persaingan, pergaduhan
antara dua pihak9filem bollywood)

15.0

12.6

15.0

28.3

29.1

3.44

1.41

Saya menonton cerita seram

3.1

3.1

7.9

43.3

42.5

4.19

0.94

Jumlah Keseluruhan Min :3.29 SD: 0.76
Secara keseluruhannya min yang bagi persoalan kajian yang pertama ialah 3.29 dan
sisihan piawai ialah 0.76.
Ini menunjukkan ciri-ciri program media yang boleh
mempengaruhi tingkah laku agresif pelajar adalah pada tahap sederhana dan sisihan piawai
yang berada di bawah angka satu menunjukkan pilihan jawaban responden tertumpu pada
jawaban yang sama.
Jadual 2 :Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Item Punca-Punca Pelajar Menonton Media Yang Berunsur Agresif
1
SST

2
TS

3
TP

4
S

5
SS

MIN SP

Memberi dorongan kepada saya untuk
menjadi seorang hebat, kuat, berani

6.3

20.5

15.7

27.6

29.9

3.54

1.28

Lebih bersemangat untuk melakukan
latihan agar boleh menjadi seperti watak
utama dalam filem

19.7

26.8

9.4

22.8

21.3

2.99

1.47

ITEM

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014
Dapat menjadikan diri saya seorang
boleh menghadapi masalah, konflik,
halangan dengan berani
Boleh memberi semangat kepada saya
untuk menjadi ketua dalam kumpulan

8.7

12.6

13.4

33.1

31.5

3. 67

1.28

24.4

20.5

8.7

26.8

19.7

2.97

1.50

Terpengaruh menonton/permainan game
yang agresif (counter-strike,call of
duty,general)

18.1

8.7

12.6

25.2

35.4

3.51

1.50

Aksi agresif boleh digunakan apabila diri
terancam (ugutan, buli, pertengkaran)
Saya dapat aplikasikan apa yang saya
lihat untuk membantu orang lain yang
dibuli/diugut.oleh kumpulan jahat
Menjadi seorang yang terhebat,
berpengaruh diantara rakan-rakan yang
lain

22.8

14.2

14.2

22.8

26.0

3.15

1.52

13.4

16.5

18.1

32.3

19.7

3.28

1.32

18.1

15.7

18.1

20.5

27.6

3.24

1.47

Diajak oleh rakan-rakan

17.3

15.7

13.4

26.0

27.6

3.31

1.46

Jumlah Keseluruhan Min :3.47

SD: 0.80

Secara keseluruhan min yang bagi persoalan kajian ini ialah 3.47 dan sisihan piawai
ialah 0.80. Ini menunjukkan punca-punca pelajar menonton media yang berunsur agresif
adalah pada tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada di bawah angka satu
menunjukkan pilihan jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.
Jadual 3 :Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Item Kesan-Kesan Media Berunsur Agresif
ITEM

1

2

3

4

5

SST

TS

TP

S

SS

MIN

Saya akan bergaduh/ berkelahi
untuk menyelesaikan masalah
yang timbul

32.3

13.4

9.4

25.2

19.7

2.87

1.57

Saya mengugut seseorang

37.0

14.2

6.3

24.4

18.1

2.72

1.59

Saya membuli seseorang

39.4

15.7

9.4

22.0

13.4

2.54

1.52

Saya menengking dan memaki
seseorang

27.6

17.3

10.2

21.3

23.6

2.96

1.57

Saya merosakkan kemudahan
awam

47.2

13.4

11.0

14.2

14.2

2.35

1.52

Saya terdorong untuk menyertai
kumpulan haram

50.4

13.4

7.9

16.5

11.8

2.26

1.50

Saya akan bertindak balas dengan
segera bila berasa diri dianiaya.

18.9

9.4

14.2

30.7

26.8

3.37

1.45

SP

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014
Saya menggunakan kata-kata
yang kurang sopan/ lucah

35.4

11.8

8.7

27.6

16.5

2.78

1.56

Saya memiliki benda/alat yang
boleh membahayakan seseorang

43.3

16.5

11.0

14.2

15.0

2.41

1.52

Saya dengan segera menolong
kawan saya yang apabila dia
bertengkar,disakiti oleh pihak
lawan

11.0

12.6

9.4

22.8

44.1

3.76

1.41

Jumlah Keseluruhan Min :2.80

SD: 1.01

Secara keseluruhannya min yang bagi persoalan kajian ini ialah 2.80 dan sisihan
piawai ialah 1.01. Ini menunjukkan kesan-kesan menonton media berunsur agresif adalah
pada tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada pada angka satu menunjukkan pilihan
jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.
Jadual 4 :Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi
Item Sikap Ibubapa Apabila Pelajar Menonton Media Berunsur
Agresif
ITEM

1
SST

2
TS

Ibubapa
membiarkan
saya
menonton/membaca/bermain media yang
berunsur agresif
Ibubapa juga ikut sekali menonton apabila
saya menonton media yang beraksi agresif

27.6

22.8

35.4

Ibubapa menghukum apabila mendapati
saya menonton/ membaca/bermain game
media yang berunsur agresif
Ibubapa hanya membenarkan saya
menonton rancangan pendidikan sahaja
Ibubapa tidak ambil tahu tentang apa saja
media yang dibaca/ditonton
Seisi keluarga menonton bersama filem
baru walaupun mempunyai unsur agresif

3
TP

4
S

5
SS

MIN

SP

9.4

25.2

15.0

2.77

1.46

12.6

9.4

21.3

21.3

2.80

1.61

28.3

17.3

17.3

19.7

17.3

2.80

1.47

20.5

14.2

12.6

29.9

22.8

3.20

1.47

29.1

15.0

6.3

36.2

13.4

2.90

1.49

24.4

13.4

4.7

31.5

26.0

3.21

1.56

Ibubapa membeli filem berunsur agresif
untuk ditonton bersama dirumah bersama
anak-anak

29.9

17.3

11.0

29.9

11.8

2.76

1.45

Ibubapa tidak menegur walaupun saya
banyak menonton media berunsur agresif
daripada belajar pelajaran akademik

29.1

16.5

15.0

18.1

21.3

2.86

1.54

Jumlah Keseluruhan Min :2.91

SD: 0.92

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

Secara keseluruhannya min yang bagi persoalan kajian ini ialah 2.91 dan sisihan
piawai ialah 0.92. Ini menunjukkan sikap ibubapa apabila anak-anak menonton media
berunsur agresif adalah pada tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada di bawah angka
satu menunjukkan pilihan jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.
Jadual 5: Analisis Ujian-t Untuk Menunjukkan Perbezaan Yang Signifikan
Antara Ciri-Ciri Program Media AgresifDengan Jantina
Jantina
Lelaki
Perempuan

N
92
35

Min
3.77
2.70

Beza F
Min
1.06 14.24

Sisihan
Piawai
0.49
0.80

T

Df

9.10
7.40

125
44.14

Sig.

Sig (2Tailed)
0.001 0.001

Signifikan pada aras keertian 0.05
Daripada Jadual 5, nilai min ciri-ciri program media berunsur agresif lelaki lebih
tinggi iaitu (M= 3.77, SD= 0.49) dan (t= 9.10, DF= 125, two tailed p= 0.001) daripada
perempuan (M= 2.70, SD= 0.80). Berdasarkan ujian-t didapati bahawa nilai signifikan ialah
0.001(p=0.001 < P=0.05).Ini menunjukkanhipotesis nol berjaya ditolak, dengan kata lain
terdapat perbezaan yang signifikandalam ciri-ciri program media berunsur agresif yang
ditonton antara pelajar lelakidengan pelajar perempuan.
Jadual 6: Analisis Ujian-t Untuk Menunjukkan Perbezaan Yang Signifikan
AntaraPunca-Punca Menonton Media Agresifdengan jantina
Jantina

N

Min

92
Lelaki
Perempuan 35

3.57
2.57

Beza
Min
1.0

F
2.59

Sisihan T
Df
Sig. Sig.( 2Piawai
Tailed)
0.61
7.61 125
0.11
0.001
0.78
6.84 44.14
Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan jadual 6 didapati min lelaki lebih tinggi iaitu (M= 3.57, SD= 0.61) dan
(t= 7.61, DF= 125, two tailed p= 0.001) daripada perempuan (M= 2.57, SD= 0.78).
Berdasarkan ujian-t didapati bahawa nilai signifikan ialah 0.11(p=0.11 > P=0.05),Ini
menunjukkanhipotesis nol gagal ditolak, dengan kata lain tidak terdapat perbezaan yang
signifikan terhadappunca-punca menonton media agresifantara pelajar lelakidengan pelajar
perempuan.
Jadual 7 :Analisis Ujian-t Untuk Menunjukkan Perbezaan Yang Signifikan
Antara Kesan-Kesan Media AgresifDengan Jantina

Jantina

N

92
Lelaki
Perempuan 35

Min Beza
Min
3.21 1.49
1.73

F
0.097

Sisihan
Piawai
0.74
0.83

T

Df

Sig.

Sig. ( 2Tailed)
9.83 125
0.76 0.001
9.32 55.60
0.001
Signifikan pada aras keertian 0.05

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

Berdasarkan jadual 7 didapati min lelaki lebih tinggi iaitu (M= 3.21, SD= 0.74) dan
(t= 9.83, DF= 125, two tailed p= 0.001) daripada perempuan (M= 1.73, SD= 0.83).
Berdasarkan ujian-t didapati bahawa nilai signifikan ialah 0.76 (p=0.76 > P=0.05).Ini
menunjukkanhipotesis nol gagal ditolak, dengan kata lain tidak terdapat perbezaan yang
signifikan terhadapkesan-kesan menonton media berunsur agresif antara pelajar lelakidengan
pelajar perempuan.
Jadual 8: Analisis Ujian Signifikan Korelasi Menunjukkan Perhubungan Yang
Signifikan Antara Ciri-Ciri Program MediaAgresif Terhadap
Pencapaian Akademik

Pencapaian

Korelasi Pearson
Signifikan (2-tailed)
N
Korelasi Pearson
Signifikan (2-tailed)
N

ciri-ciri program
media
-0.056
0.534
125
1

Pencapaian
1

125
-0.056
ciri-ciri program
0.534
media
127
125
Signifikan pada aras keertian 0.05
Berdasarkan jadual 8 dapatan kajian mendapati nilai r ialah -0.056.Ini menunjukkan
perhubungan antara “pencapaian akademik dengan “ciri-ciri program media berunsur agresif
yang ditonton” adalah negatif atau berkadar songsang dan kekuatan hubungan adalah sangat
lemah. Sementara nilai P= 0.534 > 0.05. Hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak
terdapat perhubungan yang signifikan antara pencapaian dengan ciri-ciri program media
berunsur agresif.
Jadual 9 :Analisis Ujian Signifikan Korelasi Menunjukkan Perhubungan Yang
Signifikan Antara Kesan-Kesan MediaAgresif Terhadap Pencapaian
Akademik
Kesan-kesan
media
-0.201
0.025
125
1

Pencapaian

Korelasi Pearson
1
Signifikan (2-tailed)
N
125
Korelasi Pearson
-0.201
Kesan-kesan
Signifikan (2-tailed)
0.025
media
N
127
125
Signifikan pada aras keertian 0.05
Berdasarkan jadual 9 dapatan kajian mendapati nilai r ialah -0.201.Ini menunjukkan
perhubungan antara “pencapaian akademik dengan “kesan-kesan media berunsur agresif”
adalah negatif atau berkadar songsang dan kekuatan hubungan adalah lemah. Sementara nilai
P= 0.025 < 0.05. Hipotesis nol ditolak dan menunjukkan terdapat perhubungan yang
signifikan antara pencapaian dengan kesan-kesan media berunsur agresif.
Pencapaian

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

Jadual 10 :Analisis Ujian Signifikan Korelasi Menunjukkan Perhubungan Yang
Signifikan Antara Sikap Ibubapa Terhadap Pencapaian Akademik

Pencapaian

Sikap ibubapa

Korelasi Pearson
Signifikan (2-tailed)
N
Korelasi Pearson
Signifikan (2-tailed)
N

Sikap ibubapa
-0.044
0.625
125
1
127

Pencapaian
1
125
-0.044
0.625
125

Signifikan pada aras keertian 0.05
Berdasarkan jadual 10 dapatan kajian mendapati nilai r ialah -0.044.Ini menunjukkan
perhubungan antara “pencapaian akademik dengan “Sikap ibubapa” adalah negatif atau
berkadar songsang dan kekuatan hubungan adalah sangat lemah. Sementara nilai P= 0.625 >
0.05. Hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan
antara pencapaian dengan sikap ibubapa.
Perbincangan

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa item yang mempunyai nilai min paling tinggi
ialah “Seisi keluarga menonton bersama filem baru walaupun mempunyai unsur agresif”
mencatatkan min tertinggi iaitu 3.21 dan sisihan piawai 1.56. Hal ini menunjukkan bahawa
ibubapa tidak begitu peduli tentang program media yang ditonton bersama. Ini menunjukkan
bahwa ibubapa tidak mengawal sangat dalam kekeluargaan. Kegagalan ibu bapa dalam
mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salahsatu faktor berlakunya tingkah laku
devian.Latar belakang tingkah laku anti sosial adalahkesan daripada kekurangan,
ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsistensemasa kanak-kanak (Azizi et al.,
2006). Kebanyakan tingkah laku antisosial remajajuga berpunca daripada kegagalan cara
gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga(Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992).
Dapatan kajian ini adalah bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Sosial Bandura
yang menyatakan usia dan jantina model memainkan peranan dalam peniruan tingkah laku.
Pelajar-pelajar perempuan didapati lebih meminati program berbentuk informasi kerana ia
bersesuaian dengan watak jantinanya yang mempunyai tingkah laku kurang agresif dan takut
untuk menonton kisah-kisah agresif secara langsung. Pelajar-pelajar lelaki pula lebih
meminati program-program media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli kerana
bersesuaian dengan watak jantinanya yang lebih agresif dan berani untuk melihat adeganadegan ganas yang ditayangkan secara langsung melalui media.
Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat perhubungan
yang signifikan antara ciri-ciri program dan pencapaian akademik pelajar. Hal ini kerana
walaupun pelajar-pelajar menonton media yang berunsur agresif namun mereka tidak begitu
terpengaruh pada apa yang mereka lihat sehingga boleh menjejaskan pembelajaran mereka.
Pelajar-pelajar menonton hanya untuk keseronokan, menghilangkan rasa bosan dan
mengurangkan stres dalam diri. Ini selari dengan Barrie and Jill (1990), remaja yang sedang
mempunyai perasaan yang tidak baik lebih cenderung untuk menonton program yang
berunsur agresif untuk melepaskan perasaan mereka. Manakala remaja yang tidak
mempunyai perasaan atau dalam keadaan yang baik kurang menonton media yang berunsur
agresif.

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

BIBLIOGRAFI
Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan.Tanjung
Malim:Quantum Books.
Azizi Yahaya, Shahrin , Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim
Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon (2006).Psikologi
Sosial: Alam Remaja. Selangor: PTS PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Baron, R. A., & Bryne, D. (2000).Social psychology: Understanding human
interaction. Boston: Allyn & Bacon.
Baron, R. A., Bryne, D., & Suls, J. (1991). Aggression and heat: Mediating effects of
prior provocation and exposure to an aggressive model. Journal of Personality and
Social Psychology, 31, 825 – 832.
Barrie Gunter & Jill.McAleer (1990).Children And Television The One Eyed Monster. New
York:Routledge, Chapman and Hall,Inc.
Brandon S. Centerwall, MD, MPH (1992). Television and Violence The Scale of the Problem
and Where to Go From Here.Journal of the American Medical Association.June 10,
1992 Vol 267.No. 22.
Crick, N. R., & Dodge, K. A. (1995). A Review and reformation of social
Information on processing mechanism in children’s social
adjustment.PsychologyBulletin, 115, 74 – 101.
Deaux, K., & Wrightman, R. (1984).Killing for culture: an Illustrated history of
Death film from mondo to snuff. London: Creation Books.
Dill, K. E., & Dill, J. C. (1998). Video game Violence: A review of the empirical
literature. Aggression and Violent Behavior.A Review Journal, 3, 407 – 428.
Dominick, J. R. (1984). Videogames, television violence, and aggression in teenagers.
Journal of Communication, 34(2), 136-147.
Huston, A. C., Donnerstein, E. J., Fairchild, H. L, Feshback, N. D., Katz, P. A.,
Murray, J. P., Rubinstein, E. A., Wilcox, B. L., & Zuckerman, D. (1992).Big
world,small screen: The role of television in American society. Lincoln: University of
Nebraska Press.
Jacobvitz, D.B., dan Bush, N.F. (1996). Reconstructions of Family Relationships :
Parent-Child Alliences, Personal Distress, and Self Esteem.Developmental
Psychology, 32(4), 732-743.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research.Educational
and Psychological Measurements, 30, 607-610.
Mallick, S. K., & McCandeless, B. R. (1996).A study of catharsis of aggression.
Journal of Personality and Social Psychology, 4, 591 – 596.
Miller, N. E. (1941). The frustation-aggression hypothesis.Psychology Review, 48,
337– 342.
Mohd Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Olweus, D. (1991). Bully/victim problem among school children: basic facts and
Effect of the school, based Intervention Programme. Dalam Pepler, D., & Rubin,
K.(Eds.). The Development and treatment of childhood aggression. Hillsdale,New
Jersey: Erlbaum.
Orestes, P. M. (2002). Song to avoid after the tragedy. London: Sage Publication.

NATIONAL ACTION RESERACH CONFERENCE 2014
Official Conference Proceeding
Melaka, Malaysia 25-26 Jun 2014

Polit, D. F. Beck, C. T., & Hungler, B. P. (2001). Essentials of nursing research: methods,
appraised & utilization (5th ed.). Philadelphia: Lippincott William
& Walkins.
Portney L. G., & Walkins, M. R. (1993).Foundation of clinical research:Boston: Allyn &
Bacon.Wiles, E., & Strasburger, V.C. (1998).
Samsudin A. Rahim & Latifah Pawanteh (2001, August).Media penentration and
cultural consequences on adolescents in Malaysia. World communicationconference
on images and identities in a global society. La Universidad deCantabria, Spain.
Tuckman, B. W. (1978). Conducting educational research (3rd ed.). New York:
Harcourt Brace Jovanovich.
Walkin, J. L. (1993).From intention to action.A theory of planned behavior. Dalam
Mohd Majid Konting. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
DBP.
Webster, M. (1985).Webster’s ninth new collegiate dictionary. Meriam: Webster
Inc.
William, A. B. (1978). Television violence and the adolescent boy. England: Saxon
House.
Wolf, R. M. (1988). Questionnaires. Dalam Keeves, J. P. (Eds.). Educational
research, methodology and measurement: An international handbook.
Oxford:Pergamon Press.
Zillman, D. (1981). Hostility and aggression. Hillsdale, New Jersey: Erlbaum
Zillman, D. & Weaver, J. B. (1981). Psychoticism in the effect of prolonged
exposure to gratuitous media violence on the acceptance of violence as a
preferred means of conflict resolution. Personality and Individual Differences, 22,
613 – 627.

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26

PENGARUH BIG FIVE PERSONALITY TERHADAP SIKAP TENTANG KORUPSI PADA MAHASISWA

11 131 124

HUBUNGAN ANTARA STRES DAN PERILAKU AGRESIF PADA REMAJA

11 143 2