PERKEMBANGAN dan DRAMA DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
Drama adalah karya sastera yang disusun untuk melukiskan hidup dan aktiviti
menggunakan pelbagai tindakan, dialog dan permainan watak. Drama penuh
dengan permainan lakonan dan watak yang mampu memukau penonton. Drama
merupakan karya yang dirancang bagi pentas teater. Oleh yang demikian, drama
sangat mementingkan kreativiti serta unsur seni supaya drama yang dilakonkan
itu dapat menarik perhatian penonton. (Endraswara 2003)
2.0 DEFINISI DRAMA
Hashim Awang dalam Mohamad (2000) mendefinisikan drama sebagai jenis
sastera yang tercipta untuk dipentaskan atau dilakonkan. Pelakon melakonkan
aksi-aksi yang ditetapkan dan melafazkan dialog yang disediakan. Hal ini
bertepatan dengan konsep drama moden yang memerlukan skrip untuk dihafal
seterusnya dilafazkan dalam lakonan.
Sharif Shaary dalam Mohammad (1994) pula menghuraikan, drama sebagai
satu daripada genre kesusasteraan yang boleh berbentuk prosa atau puisi.
Berbeza daripada novel dan cerpen, drama biasanya ditulis untuk teater, dan
para pelakon mengambil alih peranan watak-watak yang memainkan aksi yang
diarahkan dan melafazkan dialog iaitu skrip yang telah dihafal.
Jelaslah, drama merupakan satu genre kesusasteraan yang dihasilkan dalam
bentuk dialog bahasa prosa atau bahasa puisi. Drama yang menarik
menyatukan seluruh unsur seni yang ada. Kejayaan drama bukan setakat

bergantung pada aspek lakonan semata-mata, tetapi kuat bergantung kepada
skrip drama itu sendiri.
3.0 SEJARAH DRAMA DI DUNIA
Sejarah drama di dunia boleh dikatakan bermula pada zaman dunia purba iaitu
pendidikan orang Athen semasa abad ke-5 berpandukan kesusasteraan, muzik
dan lakonan fizikal. Kesusasteraan termasuklah membaca, menulis, ilmu kirakira dan mendeklamasikan sajak, khususnya karya Homer. (Rahmah Bujang,
1991).
Kemudian, datang pula zaman pertengahan. Semasa ini, pihak Gereja
menentang habis-habisan drama yang melebihi batas. Pengharaman telah
dikeluarkan oleh kerajaan Rom yang melarang persembahan teater bahkan
mengancam dengan mengenakan hukuman yang dahsyat kepada para paderi
kristian yang melayan pelakon. Terdapat tiga punca berlakunya bantahan ini iaitu

1

lakonan orang Romawi yang mempunyai unsur lucah. Kedua, budaya orang
yang tidak menganut apa-apa agama mempunyai unsur mimetik dan dramatik
dan akhir sekali, berlaku konflik fahaman antara dunia dan alam roh serta tradisi
penentangan Plato terhadap teater.
Tetapi sejak abad ke-9, perkara ini perlahan-lahan berubah. Menerusi karya

Aristotle pada zaman itu, masyarakat umum mulai faham dan memberikan
persetujuan terhadap lakonan selagi ia bersifat rekreasi, dan menjadi satu
permainan dan hiburan jika memberikan ketenangan setelah bekerja keras.
Setelah itu, drama semakin berkembang hingga memasuki zaman
pembaharuan. Pada zaman ini, tamadun manusia dibongkar semula melalui
penemuan buku-buku klasik. Menurut Rahmah Bujang (1991), pengaruh
dramatik yang paling besar adalah Akademi Romawi tentang Pomponius Laetus.
Dari sini, pengaruh dramatik menular kepada kanak-kanak. Vittorion de Feltra
merupakan sebuah sekolah yang paling masyhur pada zaman itu kerana telah
memperkenalkan kurikulum yang paling berkemungkinan dramatik.
Seterusnya, drama telah memasuki zaman romantis. Pada akhir abad ke-18
hampir keseluruhan pemikiran Eropah beralih kepada aliran Romantisme. “Alam
Semula jadi” merupakan konsep asas aliran ini iaitu apa yang semula jadi adalah
sangat bernilai dan sebaliknya adalah tidak bernilai. Konsep romantik yang
utama ialah keduaan proses kehidupan. Manusia tertakluk di bawah dua kuasa
yang masing-masing menariknya ke sana dan ke sini. Gothe dalam Rahmah
Bujang (1991) melihatnya sebagai suatu kematian dan kehidupan semula.
Manusia mestilah kehilangan sebahagian dari dirinya sebelum mengasimilasikan
yang baru. Apa yang Gothe ingin sampaikan ialah, situasi dramatik ini seperti
hidup itu sendiri yang melibatkan kematian dan kelahiran semula sebelum drama

itu mampu memberikan makna.
4.0 SEJARAH DRAMA DI MALAYSIA
Perkembangan drama Melayu moden mempunyai kesinambungan dengan
sejarah pertumbuhan drama Melayu tradisional. Beberapa ciri drama tradisional
itu ternyata digunakan dalam menghasilkan drama Melayu moden. Sejarah
drama di Malaysia boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu sebelum perang
dunia

kedua,

zaman

pemerintah

jepun

dan

tahun-tahun


menjelang

kemerdekaan.
4.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Menurut Mana Sikana (1988), kewujudan drama di dunia ini ada kaitannya
dengan agama. Sebagai contoh, di Mesir Tua ada upacara agama berbentuk

2

nyanyian dan tarian, manakala di Malaysia pula ada aktiviti yang sama bentuk
dan isinya seperti main pantai, puja pantai, main puteri dan lain-lain yang
mempunyai unsur-unsur animisme. Daripada upacara-upacara keagamaan
inilah terbentuk drama tradisional.
Drama tradisional Melayu yang pertama ialah wayang kulit, wayang
kulit telah wujud sejak abad ke-13 dan ke-14 yang mana ia dikatakan berasal
dari Jawa dan berkembang pada zaman kesultanan dan berkembang pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka (Mana Sikana 1988).

Namun, setelah


masuk abad ke-19 Masihi, drama Melayu mempunyai ciri yang menunjukkan
kesempurnaannya sebagai sifat sebuah drama dan tidak bercorak lagi. Hal ini
kerana drama-drama ini telah tersebar ke seluruh negara. Drama ini dikenali
sebagai bangsawan yang mana ianya bukanlah asli Melayu.
Pada tahun 1930-an, drama-drama Shakespeare telah mula menular
ke dalam drama Melayu. Kumpulan-kumpulan bangsawan telah mengambil
isi dasar cerita-cerita tersebut, peristiwa, watak dan dialognya dan diolah
dengan suasana setempat untuk dipersembahkan dalam bentuk komedi.
Daripada adaptasi inilah bermulanya istilah ‘opera’ dan akhirnya istilah ini
lebih kerap digunakan berbanding istilah ‘drama’. Antara drama masyhur yang
dipentaskan pada tahun 1930 ialah drama Anak Setia oleh Shaharom Husain
dan drama Nasib Si Buta pada tahun 1932 (Mana Sikana, 1988)
4.2 ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN
Dikatakan zaman pemerintahan Jepun merupakan zaman penderitaan
kerana pada zaman itu makanan dan pakaian sangat terhad serta
kesihatan juga tidak terkawal. Sesiapa yang hendak melawan Jepun akan
ditangkap dan dipancung. Walaubagaimanapun drama di Malaysia tidak
terkubur begitu sahaja. Masih ada beberapa penulis yang masih
meneruskan penulisannya dalam genre drama. Shaharom Husain pada
zaman itu sempat mementaskan dramanya yang bertajuk ‘Lawyer Dahlan’

yang bertempat di Gunung Pulai, Johor dihadapan masyarakat setempat
serta beberapa orang pegawai Jepun.
Beberapa kenyataan dapat diambil dalam perkembangan drama
semasa zaman pemerintahan Jepun. Pertama, ada skrip yang ditulis
sebelum kedatangan Jepun, kemudian dipentaskan pada zaman Jepun.
Hal ini dapat dilihat pada drama ‘Lawyer Dahlan’. Penulisnya, Shaharom

3

Husain telah menulis drama ini sebelum kedatangan Jepun dan
dipentaskan setelah kedatangan Jepun iaitu pada tahun 1942.
Kedua, ada juga drama ditulis dan dipentaskan pada zaman Jepun.
Hal ini telah dilakukan oleh Syed Alwi al-Hady. Pada mulanya beliau
menulis dan mementaskan Tariq bin Ziad: Pahlawan Islam. Setelah dram
ini mendapat sambutan, beliau menulis dan mementaskan lagi drama
Hang Tuah Pahlawan Melayu.
Akhir sekali ialah, menurut beberapa orang pemerhati seperti Abdul
Rahman al-Ahmady, sememangnya ada drama dihasilkan pada zaman
Jepun itu. Maksudnya, terdapat skrip drama ditulis dan dipentaskan,
namun skrip itu tidak disimpan untuk diterbitkan. Kegiatan berdrama

sememangnya ada, cuma tidak begitu hebat. Pihak Jepun tidaklah antidrama, namun drama yang dipentaskan itu bukannya anti-Jepun.
4.3 TAHUN-TAHUN MENJELANG KEMERDEKAAN
Pada awal tahun 1946, drama Lawyer Dahlan telah dipentaskan sekali
lagi di Pesta Kebudayaan di padang Sekolah Melayu Batu Putih, Batu
Pahat sempena Kelahiran Pergerakan Melayu Semenanjung Johor
pimpinan Dato’ Onn bin Ja’afar.
Menjelang zaman pra 50-an, drama Malaysia mula menunjukkan ciriciri yang berunsurkan sejarah dan lebih matang. Keseluruhannya drama
sejarah bertujuan untuk menghidupkan keagungan , kebesaran sesebuah
kerajaan

dengan

penentangan

terhadap

anasir

lain


yang

ingin

menceroboh. Ketika ini, gerakan nasionalisme sedang memuncak untuk
mendapatkan kemerdekaan.
Pada tahun 1950-an dunia sastera Melayu digerakkan oleh ASAS ’50.
Namun begitu, ASAS ’50 lebih menumpukan kepada bentuk puisi dan
cerpen. Hanya Jymy Asmara yang menghasilkan drama-drama pendek.
ASAS

’50

tidak

perjuangannya.

menjadikan

genre


Walaubagaimanapun

drama
Shaharom

sebagai
Husain

landasan
masih

menghasilkan karya-karya dramanya seperti Tun Fatimah (1952), Keris
Laksamana Bentan (1954). (Mana Sikana, 1988).
Tahun-tahun 1950-an merupakan dekad pertama kebangkitan drama
Melayu secara cukup sedar. Za’ba adalah di antara tokoh intelek Melayu
yang mengambil berat terhadap perkembangan drama ini. Sejak tahun
4

1930-40 lagi Za’ba menggesa penglibat teater supaya menulis skrip. Pada

tahun 1951, Za’ba masih belum berpuas hati dengan mutu drama Melayu
dengan mengatakan tidak ada sebuah pun drama Melayu yang baik dan
tinggi Mutunya.
Ringkasnya, zaman ini merupakan zaman kegemilangan sandiwara.
Kita

telah

melihat

bagaimana

gigihnya

beberapa

orang

penulis


menghasilkan karya yang bermutu. Antara karyawan masyhur pada
zaman ini ialah Shaharom Husain, Kalam Hamidy, Kala Dewata, Usman
Awang dan lain-lain. Manakala hasil karya yang terpenting dalam zaman
ini ialah Si Bongkok Tanjung Puteri karya Shaharom Husain. Megat Trawis
juga merupakan drama yang disebut-sebut pada zaman ini dan drama ini
juga yang memulakan drama bercetak di Malaysia. Manakala drama
Malam Kemerdekaan karya Usman Awang telah mengungkap dilema
kemerdekaan pada saat menjelangnya tarikh bersejarah 1957.
5.0 KATEGORI DRAMA
5.1 DRAMA TRADISIONAL
Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam bahagian Sejarah Drama
di Malaysia, Drama tradisional telah wujud sejak abad ke-13 dan ke-14
dengan adanya wayang kulit yang dikatakan berasal dari jawa. Kemudian,
pada abad ke-18 telah dimasukkan lagi sebuah drama yang berasal dari
Negeri Thai iaitu Makyung. Makyung boleh dikatakan sebagai drama
kerana mempunyai cerita, tarian, dan lakonan.
Drama tradisional Melayu Lebih cenderung bercorak setempat.
Contohnya, di Pulau Pinang, adanya drama boria. Walaupun tumpuannya
lebih kepada tarian, namun dalamnya ada terselit lakonan yang
mempunya cerita dan bermotifkan masyarakat.
Sememangnya pada zaman tradisional

ini, masyarakat Melayu

masing-masing dengan hukum kebudayaannya memperkembangkan
bentuk-bentuk drama, yang sesuai dengan kepercayaannya.
5.2 DRAMA MODEN
Munculnya drama Moden ini adalah disebabkan pementasan drama
“Bukan Lalang Ditiup Angin” pada tahun 1970 yang dikarya oleh Noordin
Hassan. Beliau telah meninggalkan aliran realisme dan tukarkan kepada

5

konsep teater kontemporari yang cenderung bermain dengan lambanglambang.
Selain itu, drama moden juga merupakan lanjutan daripada proses
perkembangan konsep dan aliran yang berkembang dari barat (Zakaria
Ariffin, 1984). Drama ini juga disebut sebagai absurdisme. Menurut
Zakaria Ariffin (1984) drama absurd ini sudah berkembang di Barat pada
awal tahun 50-an dan nama-nama seperti Samuel Backett, Eugene
Ionesco, Arthur Adamov dan Harold Pinter disebut sebagai dramatisdramatis terawal yang menghasilkan karya-karya absurd.
Tambahan lagi, pada tahun 1973, Dinsman telah mementaskan
dramanya yang berjudul “Jebat”, Dinsman dikatakan dramatis yang
terawal mencari perubahan-perubahan sedemikian selepas Noordin
Hassan. Kemudian, Dinsman membuat kemunculan pada tahun 1975
dengan dramanya “Bukan Bunuh Diri”. Pementasan ini dianggap sebagai
satu

percubaan

yang

lebih

berani,

baik

dari

aspek

teknik

persembahannya mahupun persoalan-persoalan yang diutarakan. Antara
karya-karya lain yang membawa perubahan kepada drama moden ialah
“Vakum” (1978) oleh Anuar Nor Arai, “Apa-apa”, “Bunuh” dan “Azimat”
(1976) oleh Mana Sikana.
6.0 ALIRAN DRAMA
6.1 ALIRAN REALISME
Menurut Zakaria Ariffin (1984), realisme bermaksud berhampiran kepada
kenyataan atau kehampiran kepada hal-hal yang nyata terutamanya
dalam hubungannya dengan penulisan sesebuah karya sastera atau
pementasan sesebuah drama pentas. Ia bermaksud kepercayaan bahawa
sesuatu itu dapat dilihat dan disentuh. Contohnya, sebuah kerusi,
bermakna kerusi itu betul-betul wujud di situ dan boleh disentuh.
Dalam konteks drama, konsep realisme seseorang penulis lebih
menekankan kepada gambaran kehidupan sebagaimana yang dapat
dilihat betul-betul berlaku, bukannya gambaran kehidupan yang bakal
atau mungkin berlaku
Dari sudut struktur drama realisme Malaysia menggunakan teori
Aristotle iaitu adanya protasis, apitasis dan katastasis. Manakala dari
sudut plotnya masih berpegang kepada pola lima tahap iaitu eksposisi,
krisis, klimaks, antiklimaks dan penyelesaian. Drama realisme Melayu
lebih

dihasratkan

kepada

penyampaian

cerita,

sehingga

yang

6

dipentingkan ialah cerita dan bagaimana hendak menyudah atau
menyelesaikan cerita.
Mustapha Kamil Yassin telah menegaskan konsep aliran realisme
melalui dramanya Atap Genting Atap Rembia (1963). Dalam eseinya
(“Beberapa Persoalan Drama dari Segi Penulisan”, Dewan Masyarakat,
Oktober

1963),

Mustapha

dengan

tegas

menolak

drama-drama

bangsawan serta sandiwara yang pada waktu itu sudah meninggalkan
alam fantasi dan mula membawa tema dan plot yang masuk akal, tetapi
masih belum pembaharuan ke arah konsep moden dalam perkembangan
drama Melayu waktu itu. Menurut Mustapha dalam eseinya dalam Zakaria
Ariffin (1984), sandiwara, “belum mengemukakan lakonan sebagai satu
kesenian. Senikatanya masih terpulang kepada para peserta yang
melahirkan ucapan mengikut kehendak peristiwa. Perabot dan alat-alanya
masih ditarik, digulung atau dilepaskan. Sandiwara tidak lepas dari
menjadi alat penghibur semata dan bukan sebagai seni yang berkesan.”
Tambahan lagi, Hassan Ahmad juga bersetuju dengan Mustapha Kamil
tentang drama aliran realisme. Hal ini boleh dilihat dalam eseinya
“Sepintas

Lalu

Mengenai

Drama”

(Dewan

Bahasa,

Jun

1960).

Menurutnya, “pengarang drama zaman sekarang, zaman serba baharu
dan maju, mesti menitikberatkan soal tema dan bahan-bahan cerita yang
sesuao dengan masyarakat penontonnya. Antara drama yang membawa
aliran realisme ialah “Manusia Hina” karya Kala Dewata dan “Malam
Kemerdekaan” yang dipentaskan pada tahun 1960, bersesuaian dengan
masyarakat pada zaman itu.
6.2 ALIRAN BUKAN REALISME
Drama aliran bukan realisme amat berbeza dengan aliran realisme. Hal ini
kerana drama ini mendokong sifat yang tidak logik dan tidak masuk akal.
Drama tradisional tergolong dalam drama aliran bukan realisme. Hal ini
kerana drama ini mempunyai gaya penceritaan yang dipengaruhi
kepercayaan dan budaya.
Sebagai contoh dalam drama “Cetera yang Kedua” dalam buku
Sejarah Melayu (1975), “Maka dengan takdir Allah Taala lembu kenaikan
baginda (Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita dan Nila Utama). Itu pun
muntahkan buih, maka keluarlah daripada buih itu seorang manusia lakilaki dinamai Bat dan destarnya terlalu besar. Jelas di sini bahawa terdapat
7

unsur bukan aliran realisme apabila penulis menyatakan lembu
mengeluarkan buih yang dalamnya terdapat seorang manusia. Jika
mengikut logik akal, mana mungkin seekor lembu dapat mengeluarkan
seorang manusia. Inilah yang dinamakan unsur aliran bukan realisme
dalam drama.
7.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, drama di dunia telah bermula dari abad ke-5 lagi dan
telah menular ke Malaysia dengan kedatangan wayang kulit yang berasal dari
jawa. Drama merupakan salah satu saluran untuk manusia mengeluarkan
pendapat, idea dan buah fikiran selain tujuan berhibur. Drama mempunyai dua
aliran berbeza iaitu aliran realisme dan bukan realisme. Secara ringkasnya,
drama aliran realisme ini mempunyai penceritaan yang logik dan dapat diterima
oleh masyarakat. Manakala drama aliran bukan realisme ini telah bermula sejak
zaman tradisional lagi dengan ada unsur-unsur mitos dalam penceritaan. Hal ini
adalah disebabkan percampuran antara adat, budaya, agama dan kepercayaan
masyarakat setempat.

8