ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI docx

1.0 PENGENALAN
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka
bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi
yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi,
tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan,
demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar
yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di
samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan
terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara
kita tidak dijaga dengan baik.
1.1MAKSUD ALAM SEKITAR
Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi.
Sekitar bermaksud di tempat atau di sekeliling
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar boleh
dipanggil FLORA dan FAUNA. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:
 Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan
manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya,
serta fenomena semula jadi yang berlaku
 Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai

batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas
elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment”
membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya
berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah
menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara
khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik
atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga
fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
“environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang
doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar
seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock &
O.Stallybrass, 1997)
Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam
sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi
kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam
pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai
dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal.
(Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)


1 | Page

1.2 Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita
semua. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Satu
suasana yang selesa dan menyamankan dapat dicapaikan sekiranya alam sekitar
tidak dicemar. Selain daripada memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan
menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak jikalau alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik atau sistematik. Jika berlakunya
kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat serius terhadap
kehidupan manusia. Ini menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar
dengan jelas. Antara kepentingannya ialah kesihatan manusia dapat dijamin,
memberi tarikan kepada pelancong asing, pembekalan udara yang segar, ekosistem
yang stabil, habitat hidupan sama ada darat atau laut dapat terpelihara, dan
mengelakkan kepupusan flora dan fauna.
Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini
dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia.
Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang
bersih. Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit,

sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria.
Sampah-sarap yang menyekat pengaliran air membekalkan tempat yang ideal untuk
pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes. Hal ini mengakibatkan
berlakunya penyakit Deman Tinggi. Selain itu, persekitaran yang kurang bersih akan
menyebabkan sakit perut jikalau tersalah minum atau makan yang tidak bersih.
Yang kedua pula ialah memberi tarikan kepada pelancong asing untuk melawat
ke negara kita. Negara kita iaitu Malaysia agak kenal dengan pelancongan eko.
Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi.
Ia mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana hasil
keuntungan negara bergantung kepadanya. Walau bagaimanpun, pembangunan
pelancongan yang berteraskan semula jadi juga mungkin bercanggah dengan
sasaran pemuliharaan. Cabaran dasar adalah untuk mendapatkan imbangan yang
betul iaitu pelancongan eko yang dilaksanakan dengan rapi dapat melindungi
sumber alam semula jadi dan pada masa yang sama mendapat pulangan kewangan
yang besar hasil daripada perlindungan tersebut. Sebagai contoh, kita mempunyai
banyak tempat pelancongan yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Taman
Negara yang terletak di Pahang, Terengganu dan Kelantan, hutan hujan tropika di
Sabah, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu di Kota
Kinabalu, Sabah dan lain-lain. Terdapat juga banyak pulau-pulau di Malaysia,
contohnya Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya. Hal ini

dapat meningkatkan kadar pelancong asing melancong ke Malaysia dan ekonomi
negara kita juga akan naik juga.
Ketiga, alam sekitar merupakan pembekal udara yang segar. Pokok-pokok
membekalkan kita udara yang segar. Kebersihan dan kesegaran udara
menyumbangkan kita pernafasan yang sihat, udara yang berkandungan oksigen
tinggi amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Tetapi manusia
tidak menghargainya malahan memusnahkan mereka demi menjalankan
pembangunan yang tidak terhad. Hal ini telah menyebabkan berlakunya
pencemaran udara, contohnya kesan rumah hijau, jerebu, banjir kilat dan
2 | Page

sebagainya. Keadaan yang semakin serius ini mengakibatkan kualiti udara terjejas
menjadi kurang berqualiti. Dalam keadaan , sistem pernafasan manusia tidak dapat
berfungsi dengan baik dan mungkin menjangkiti penyakit seperti asma, sakit jantung
dan sebagainya. Terdapat juga berlakunya jangkitan penyaki yang merebak melalui
udara yang agak serius kebelakangan tahun ini yang boleh mengakibatkan kematian
iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) pada November 2002 dan H1N1
(Virus Influenza A) pada tahun 2006. Hal ini memang dapat dielakkan jikalau semua
pihak memberi kerjasama dengan menjalakan pembangunan dengan sistematik.
Alam sekitar dalam keadaan yang baik juga menjamin ekosistem yang stabil.

Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin
sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan
air. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula
jadi dalam kuantiti yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi
bagi kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan yang membantu
manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi dengan
teknologi canggih membolehkan kita menghasilkan kuasa elektiok hidro sebagai
suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pergantungan
terhadap tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang mencemarkan alam sekitar.
Kelima, alam sekitar merupakan habitat hidupan sama ada darat ataupun laut.
Satu alam sekitar yang harmoni membolehkan kediaman hidupan darat dan laut
terpelihara. Tetapi, pembangunan yang amat pesat mengakibatkan penerokaan
hutan yang tanpa kawalan. Hal ini telah memusnahkan habitat semula jadi haiwan,
menyebabkan haiwan-haiwan terpaksa mencari habitat yang baharu dan kadang
kala terpaksa menceroboh ke kawasan penempatan manusia untuk mencari
makanan. Oleh itu, pihak yang berkenaan haruslah memguatkuasakan undangundang untuk mendenda pihak yang menerbang pokok-pokok dengan tiada kawalan
demi menjamin kediaman haiwan-haiwan.
Yang terakhir, alam sekitar yang diuruskan dengan sistematik dapat
mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Masalah pembalakan haram yang kian
serius mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Demi mendapatkan keuntungan

mereka sanggup menjalankan pembalakan haram di kawasan perlindungan seperti
di kawasan hutan simpanan dan taman negara. Pemburuan haram juga merupakan
salah satu punca kepupusan flora dan fauna. Pemburuan secara haram yang
berleluasa di hutan-hutan di Malaysia menyebabkan kemusnahan habitat dan sepsis
haiwan. Contohnya, Harimau Malaya merupakan satu spesis haiwan yang kian
terancam dan tinggal sejumlah yang sedikit sahaja kerana permintaannya yang
tinggi terutamanya dalam bidang perubatan Cina. Pihak yang berkuasa haruslah
melaksanakan langkah-langkah dengan cekap dan efektif untuk menjaga flora dan
fauna yang hampir pupus.
1.3 MAKSUD TEKNOLOGI
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology
berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang
bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud
3 | Page

"pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau
dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan
teknologi maklumat.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan
prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih
menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat
sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi
menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila
pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi
pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh
memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam
kehidupan seharian. -Amirul Naim bin Hashim & Muhammad Shafiq bin Md Ithnan
1.4 KEPENTINGAN TEKNOLOGI KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
 Memudahkan kerja seharian
Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin
basuh kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan kerja
dirumah dan hampir setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurangkurangnya mesin basuh kain dan peti ais. Para surirumah tidak perlu lagi
membasuh kain dengan menggunakan tangan. Teknologi bukan sahaja telah
membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah malah di pejabat
juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan kerja untuk
membuat salinan sesuatu dokumen. Disamping itu penggunaan aplikasi

seperti Microsoft word telah memudahkaan pekerja di pejabat untuk membuat
laporan, menaip surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan
penggunaan mesin taip yang terpaksa menaip balik seluruh dokumen jika
terdapat sebarang kesilapan.
 Menjimatkan masa
Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan
pesat teknologii pengangkitan telah menjimatkan masa perjalanan dari satu
destinasi ke destinasi yang lain. Penggunaan LRT dan komuter menjadi
pilihan warga kota untuk pergi dan balik kerja. Ianya bukan sahaja
menjimatkan masa malah menjimatkan duit kerana penggunaan banyak
minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan sekaligus dapat
mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu. Teknologi juga telah
banyak membantu petani dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah.
Jika dahulu tanah dibajak dengan menggunakan cangkul dan bajak besi,
ianya memerlukan banyak tenaga manusia dan memankan masa yang lama.
Penggunaan alat pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa
para petani.

4 | Page


 Kemudahan komunikasi
Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan
komunikasi kepada seluruh masyakarat di dunia. Ianya amat mudah, hanya
perlu menggunkan telefon, laman media social, Skype, Yahoo Messenger,
email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas
ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan
anatara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini
dengan perkembangan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan
saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.
Kemudahan komunikasi ini banyak membantu kita untuk berhubung dengan
masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga
untuk berhubung sesama mereka.
 Teknologi perubatan membantu/mengawal penyakit
Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan
manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang lahir
tidak cukup bulan untuk terus hidup. Begitu juga dengan penggunaan
kimoterapi, ianya telah banyak membantu sesetngah pesakit kanser dalam
mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak semua pesakit kanser boleh
pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit harapan kepada
pesakit untuk terus hidup. Perkembangan teknologi pengimejan juga telah

membantu dalam mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat
dan mudah. Ianya sekaligus membantu untuk kenalpasti rawatan yang
diperlukan. Teknologi ini telah banyak membantu pengawal perubatan.
 Meningkatkan pengeluaran
Teknologi telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan
pengeluaran. Penggunaan pelbagai jenis mesin dan perlatan telah berjaya
meningkatkaan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga buru,
contohnya penggunaan mesin dalam penyediaan makan, pembuatan kereta
dan sebagainya. Penggunaan mesin dan peralatan ini mampu mengurangkan
kebarangkalian dalan kerosakan sesuatu produk yang dihasilkan.
1.5 CONTOH TEKNOLOGI DAN KEGUNAANYA
 Teknologi dalam bidang pengangkutan. Manusia sekarang tidak perlu lagi
mengambil masa berhari-hari berjalan kaki untuk sampai ke satu-satu tempat.
Dengan menaiki kapal terbang, mereka yang berada di Malaysia boleh
sampai ke Jepun dengan hanya beberapa jam sahaja.
 Penggunaan pestisid dan baja nitrogen dalam bidang pertanian. Para
petani menggunakan pestisid bagi mengelakkan hasil tani mereka musnah
dimakan oleh serangga. Penggunaan baja nitrogen telah membantu
peningkatan hasil tani disebabkan kadar imunisasi tumbuhan kepada
jangkitan disamping membekalkan nutrien tambahan kepada tumbuhan

tersebut
 Ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi
pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh.
Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat
kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi
5 | Page

 Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini
memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan
begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada
batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan
dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada
masyarakat.
 Bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan
makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan
ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri
terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta
meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili
 Teknologi hijau mempunyai peranan strategik yang lebih jauh daripada
setakat mencapai autonomi tenaga dan menangani perubahan cuaca.
Teknologi hijau turut membantu pembangunan masyarakat berilmu yang
mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik.
Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam
sekitar, belajar daripada alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana dan
menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar. Teknologi hijau
adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk produk, peralatan
atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti
persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau
sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan
menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Ia adalah teknologi rendah
karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila
kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti
tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan
1.6 KESAN NEGATIF TEKNOLOGI TERHADAP KEHIDUPAN DAN ALAM
SEKITAR
 Jenayah
Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya
kenayah siber, ianya seperti kecurian maklumaat, penipuan,penyebaran virus,
penggodam, pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah
siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung.
Kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu
bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu,
teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah
contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta
dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan
oleh penjenayah.
 Kurang pergaulan
Pelbagai jenis gadet dan permainan secra online telah menyebabkan
kurangnya pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya
berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan
6 | Page

kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul
dengan masyarakat sekeliling. Perkembangan teknologi juga boleh
melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila
masing-masing sibuk dnegan telefon atau gadjet masing-masing tanpa
berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar
sana, terdapat ramai keluarga yang dating menjamu selera, duduk dalam satu
meja tetapi masing-masing sibuk dengan alat komunikasi masing-masing.
Inilah yang berlaku pada masa kini.
 Mengancam nyawa manusia
Teknologi nuclear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan
teknologi nuclear banyak memberi kebaikan kepada manusia, disamping
kebaikan , ianya juga boleh memberi keburukan kepada manusia. Tragedy di
Chernobly yang berlaku pada tahun 1986 di Ukraine merupaka antara tregedi
nuclear yang paling teruk berlaku. Tragdei ini telah banyak mengorbankan
banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu
Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak
yang buruk kepada manusia dimana manusia boleh mendapat penyakit
kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.
 Menjejaskan kesihatan
Pada masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus
dimakan. Pernahkan kita terfikir, sakah makanan dalam tin selamat untuk
dimakan? Apakah bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan
lama ? penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makan
seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan
peenyakit kanser dan sesak nafas. Disamping itu juga, kenderaan yang
terlampau banyak di kota raya juga boleh menjejaskan kesihatan manusia
akibat daripada pelepasan asap dari kenderaan.

7 | Page

2.0 PERNYATA MASALAH
2.1 KENAL PASTI TEMPAT YANG BERMASALAH DARI SEGI ALAM SEKITAR
2.1.0 LOKASI

Kawasan Kampung Air Putih, Pekan Nanas, Johor dikenal pasti salah satu kawasan
yang mempunyai masalah dari segi alam sekitar. Terdapat satu kawasan tapak
pelupusan sampah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada penduduk
setempat.
2.1.1 GAMBAR TAPAK PELUPUSAN SAMPAH YANG TERDAPAT DI KAMPUNR
AIR PUTIH, PEKAN NANAS, JOHOR

8 | Page

(sumber: facebook Dun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong)
2.2 MASALAH ALAM SEKITAR AKIBAT TEKNOLOGI
 Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik
Mengetahui sumber dan jenis sampah juga komposisi sampah merupakan
suatu bahagian yang penting dalam merancang dan melaksanakaan program
pengurusan sampah sarap. Secara umum sampah masyarakat terkait dengan
guna tanah suatu kawasan. Tchobanoglous mengklasifikasikan sumber
sampah adalah berasal dari perumahan, komersial, pejabat, pembinaan,
hospital, industri dan pertanian (Tchobanoglous 1993).
Sampah sarap ini berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnya.
Sampah sarap yang terdapat dapat dikelaskan seperti berikut:
a. Sampah Domestik
Klasifikasi domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu
organik, inorganik dan sampah sarap yang bersaiz besar. Contoh sampah
jenis organik ialah plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan. Contah
sampah inorganik ialah kaca, tin logam, tin alumunium, dan contoh sarap
yang bersaiz besar ialah barangan elektrik, sampah tanaman dan perabot.
b. Sampah Klinikal
Sampah jenis ini merupakan sampah yang terhasil daripada tisu manusia
ataupun binatang, sisa ubat-ubatan, kain sisa pembalut luka, kapas, darah
dan semua peralatan tajam yang tidak terpakai
c. Sampah Industri
Punca sampah dari jenis ini ialah kilang-kilang, terutamanya dari
komponen industri yang berasaskan kayu untuk dijadikan komponen kayu
papan dan kayu balak. Biasanya sampah jenis ini terdapat pada kawasan
perindustrian. Bahan buangan pepejal industri terdiri daripada logam,
kayu, benang, kain, buangan makanan, buangan minyak dari sisa
panapisan.

9 | Page

d.Sampah Komersial
Sampah jenis ini biasanya berasal dari buangan daripada kedai, restoran,
hotel, pasar dan lain-lain aktiviti perniagaan. Biasanya komposisi sampah
sarap komersial sama dengan klasifikasi domestik iaitu plastik, kertas, tekstil
dan bekas makanan dapur restoran, kertas-kertas dari pejabat. Sampah dari
jenis ini didapati sebagai penghasil sampah terbesar kerana ianya mencakupi
kawasan yang luas.
e. Sampah Pembinaan dan Perobohan
Sampah ini berpunca daripada bahan-bahan buangan yang terhasil daripada
tapak pembinaan, pengubahsuaian dan tapak perobohan suatu bangunan.
f. Sampah Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan: sampah jenis ini berpunca daripada pembersihan atau
pemotongan tumbuh-tumbuhan.
Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik boleh menyebabkan jangkitan
penyakit seperti penyakit kulit akibat daripada sentuhan secara fiizikal dengan
sisa atau sampah. Jangkitan mata dan pernafasan pula terjadi apabila
terdedah kepada debu dan udara dari tapak pelupusan. Wabak penyakit
datang daripada persekitaran yang kotor seperti tapak pelupusan sampah yang
menjadi tempat pembiakan vektor pembawa panyakit seperti lalat, nyamuk,
tikus dan sebagainya. Kitaran pembiakan lalat dalam cuaca panas adalah lebih
kurang 7 hari dan lalat merupakan vektor pembiakan penyakit yang efektif.
Nyamuk yang membiak di kawasan takungan air di tapak pelupusan berupaya
menyebarkan penyakit malaria dan demam denggi manakalatikus pula
menyebarkan penyakit berbahaya seperti penyakit kencing tikus.
Semasa proses penguraian berlaku, beberapa jenis gas terhasil seperti sulfur
dioksida, dioxin, sulfur, karbon oksida, amonia dan lain-lain. Jika gas-gas ini
masuk ke dalam tubuh manusia, ia akan bertindakbalas dan menghasilkan
toksin yang membahayakan kesihatan seterusnya menyebabkan penyakit
kronik seperti hepatotoxicity (kerosakan hati), nephrotoxicity (kerosakan ginjal),
pulmonary toxicity (kerosakan peparu), neurotoxicity (gangguan sistem saraf),
immunotoxicity (kegagalan sistem imun) dan sebagainya.
 Terdapat pembakaran yang menyebabkab jerebu
Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran
udara.Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan
terperangkap di udara sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap
tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai,terutama
mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan
penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap
penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak
nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan
batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk,
selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara
seperti peningkatan jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar
mengandungi partikel terampai yang boleh menjejaskan pernafasan,
10 | P a g e

terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu
atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan ,
jumlah penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan bertambah
,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang meninggal dunia.
 Bau busuk
Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan
dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain
menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan
2.3 PUNCA BERLAKUNYA MASALAH
 Pertambahan jumlah penduduk
Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada
penghasilan sisa pepejal. Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan,
jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat
daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik
sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan
sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga
Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. Jika dikira
dengan jumlah penduduk Malaysia kini, sememangnya faktor pertambahan
penduduk menjadi salah satu punca terbesar dalam penjanaan sisa pepejal
negara.Pertambahan jumlah penduduk di sesuatu tempat juga menyumbang
pertambahan pembuangan sampah sarap.
 Sosio ekonomi dan gaya hidup penduduk Malaysia
Kini, kebanyakan penduduk di negara ini memiliki pendapatan di tahap
sederhana tinggi dan memiliki taraf hidup yang semakin meningkat
terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Boleh dikatakan setiap keluarga
mempunyai rumah kediaman sendiri berikutan dengan lambakan rumah
mampu milik yang dibina oleh para pemaju perumahan. Apabila banyak
rumah dibina dan berpenghuni, maka penghasilan sisa pepejal domestik juga
semakin bertambah.
Secara puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia ialah 45%
bagi sisa makanan, 24% bagi plastik, 7% kertas, 6% logam, 3% kaca dan
15% lain-lain sisa pepejal isi rumah. Komposisi sisa buangan pepejal dijana
daripada aktiviti harian daripada kediaman, perniagaan, institusi dan tempat
rekreasi yang dirancang serta tidak dirancang seperti rumahrumah setinggan
dan premis lain yang diusahakan secara haram.
Gaya hidup masyarakat yang suka membazir juga menyebabkan
pertambahan sisa pepejal. Masyarakat kini lebih suka membuang bahan
buangan daripada mengitar semula atau menggunakan semula barang
tersebut. Contohnya, botol kicap, tin minuman, kotak dan sebagainya akan
dibuang selepas bahan tersebut habis dimakan. Di samping itu, bilangan suri
rumah sepenuh masa yang semakin berkurangan juga menyumbang ke arah
pertambahan sisa pepejal kerana mereka tiada masa untuk mengasingkan
sisa pepejal di rumah mereka dan sibuk di tempat kerja. Hal ini kerana purata
11 | P a g e

kaum wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya sendiri
semakin meningkat yang menyebabkan mereka sukar meluangkan masa
menguruskan sisa pepejal isi rumah.
 Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik
Seperti yang diketahui umum, kebanyakan sisa pepejal memberi kesan yang
negatif kepada alam sekitar. Pencemaran daripada sisa pepejal terjadi akibat
pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik. Hal ini termasuklah kaedah
pengurusan sisa pepejal yang tidak mapan juga menjadi ancaman kepada
alam sekitar.
Contohnya, kaedah pengurusan bahan buangan menggunakan kaedah “open
dumping”. Kaedah ini adalah kaedah konvensional yang dilakukan secara
meluas di Malaysia dan masih dipraktikkan. Kaedah “open dumping’ ini ialah
kaedah di mana semua sisa pepejal yang telah dikutip daripada rumah dan
bangunan akan dilepaskan atau dibuang di suatu kawasan pelupusan
sampah secara terbuka. Kaedah ini adalah tidak teratur dan terdedah kepada
pencemaran bau serta membawa kepada pembiakan serangga dan makhluk
perosak seperti tikus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Pihak
Berkuasa Tempatan masih belum mahir dalam mengurus dan merancang
perkhidmatan bandar terutamanya cara pungutan sisa buangan, bilangan
pengangkutan ditambah pula dengan kos tenaga bururh yang tinggi.
 Sikap masyarakat yang tidak prihatin
Disebalik semua punca pertambahan sisa pepejal yang telah dibincangkan,
punca yang paling kritikal ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak prihatin
terhadap alam sekitar. Sikap masyarakat yang tidak ambil peduli terhadap
alam sekitar menyebabkan mereka membuang sampah sewenangwenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap alam sekitar. Segala
kempen alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun bukan
kerajaan tidak diendahkan. Sikap ini seharusnya dihakis dalam diri setiap
manusia kerana sikap tidak prihatin inilah yang menyebabkan alam sekitar
terancam. Sikap malas masyarakat untuk mengitar semula menjadi
penyumbang utama pertambahan sisa pepejal isi rumah.
2.4 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH
 Kaedah Penimbusan
Pembuangan sampah dengan kaedah penimbusan khususnya, begitu
popular di negara- negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat
kerana ianya adalah lebih murah berbanding dengan pembakaran tanpa
pencemaran.
Di United Kingdom, teknik pembuangan sampah secara penimbusan banyak
dijalankan kerana tapaknya yang sesuai dari segi geologi dan hidrogeologi.
Dengan kata lain, sebelum pembukaan sesuatu tapak penimbusan sampah
sarap dibuat, kajian terperinci berkaitan dengan geologi dan hidrogeologi
sesuatu kawasan hendaklah dilakukan. Kajian ini penting bagi menjamintapak
yang dipilih benar-benar sesuai dan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk
menghalang unsur-unsur kimia bahan pencemar dari mencemari alam sekitar.
12 | P a g e

Salah satu contoh kawasan pembuangan sampah secara timbusan yang
menggunakan pelapik tanah ialah di Cardiff, United Kingdom. Di tapak ini,
pelapik asli yang terdiri dari tanah alluvium berketebalan 6.95 meter hingga
9.30 meter telah bertindak secara semulajadi dan berjaya menahan unsur
kimia pencemar daripada meresap masuk ke dalam air bawah tanah di
kawasan sekitarnya. Secara teorinya,semakin tebal bahan pelapik, maka
semakin baik fungsinya sebagai penahan semulajadi bahan pencemar. Tetapi
perlu diingat, bahawa tidak semua jenis tanah berupaya untuk menjerap dan
menahan unsur-unsur pencemar tersebut
Namun begitu, kaedah ini juga boleh mendatangkan bahaya pencemaran
kepada alam sekitar terutamanya pencemaran udara, air permukaan, air
bawah tanah dan sebagainya. Dari segi teknikal,terdapat dua punca masalah
utama berkaitan dengan penimbusan sampah sarap iaitu
 masalah leachate (cecair yang terbentuk hasil perahan sampah sarap
oleh penyusupan airhujan) dan
 masalah gas metana yang terbentuk hasil tindakbalas biologi antara
organisma-organisma hidup dalam tanah dengan sampah sarap jenis
yang boleh diurai secara biologi oleh organisma (biodegradable
waste).
 Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, air bawah tanah
merupakan warisan yang perlu dijaga kemurniannya untuk menjamin
kesihatan setiap makhluk penghuni muka bumi ini. Bagi mengurangkan
kesan pencemaran akibat penyerapan cecair sampah ke dalam air
bawah tanah, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan tapak
penimbusan sampah sarap yang lebih bersifat mesra alam.
 Penggunaan kaedah baru dalam pelupusan sisa pepejal
Dengan kemajuan pengetahuan sains kini, ahli geosains boleh membantu
menyediakan tapak pembuangan sampah yang dapat meminimumkan kesan
pencemaran terahadap air bawah tanah. Tapak penimbusan sampah moden
dibuat dengan menyediakan system pelapik (barrier system) yang bertujuan
untuk memisahkan bahan-bahan pencemar dalam sampah sarap daripada
tanah di tapak penimbusan sampah tersebut.
Pelapik boleh dibina dari pelbagai jenis bahan, antaranya ialah tanah (natural
clay), bentonit (Namontmorillonite atau Ca-montmorillonite), dan bahan
geosintetik. Pelapik tanah adalah merupakan jenis yang termurah dan paling
popular jika mendapati terdapat bahan tanah yang mempunyai ketertelapan
yang sesuai di kawasan tapak pembuangan sampah atau kawasan
berhampiran. Ianya boleh digunakan sendirian membentuk satu lapisan
pelapik (single liner system) atau boleh bergabung dengan bahan-bahan lain
membentuk sistempelapik komposit, dwi lapis atau berganda (composite,
double, or multiple liner system).
Jika tanah di kawasan tersebut tidak mempunyai kandungan bahan liat (clay)
yang cukup untuk mencapai ketertelapan yang sesuai, maka bahan bahan
lain seperti bentonite boleh digunakan sebagai tambahan untuk meningkatkan
sifat ketertelapan tanah. Pelapik dari bahan bentonite boleh menganti pelapik
13 | P a g e

tanah. Manakala itu, bahan geotextiles juga boleh digunakan bersama
dengan bentonite membentuk pelapik liat geosintetik
 Pelapik Tanah
Pelapik tanah di bawah tapak pelupusan sampah mempunyai kebaikan yang
tersendiri berbanding dengan bahan pelapik lain. Tanah terbentuk akibat dari
proses luluhawa atauuraian fizikal dan kimia ke atas sesuatu jasad batuan.
Oleh itu, tanah boleh diperolehi dengan mudah dan murah di kawasan tapak
itu sendiri. Dalam hal ini, tanah boleh dipadatkan untuk mendapatkan nilai
ketertelapan (permeability) rendah yang disyaratkan oleh Jabatan Alam
Sekitar (kurang dari 1x10-9 m/saat). Pelapik tanah juga mempunyai
keupayaan untuk bertindak secara fizikal dengan cara menyekat pengaliran
keluar bahan pencemar dan juga secara kimia dengan menjerap unsur-unsur
kimia dalam cecair sampah.
Dari segi geologinya, tidak semua tanah mempunyai ciri-ciri yang sesuai
untuk dijadikan bahan pelapik tapak penimbusan sampah. Ini adalah kerana
tanah mempunyai variasi tersendiri dari segi komponen pepejal seperti
mineral lempung, bahan organik, bahan amophous, bahan berkapur, pH dan
sebagainya.
 Tapak Pelupusan Sampah Bukit Nanas
Contoh terbaik tapak pelupusan jenis penimbusan di Malaysia ialah tapak
pelupusan sisa berjadual (scheduled waste) yang beroperasi di Pusat
Pengurusan Sisa Bukit Nanas (Waste Management Centre Bukit Nanas),
Negeri Sembilan. Keluasan tapak pusatpengurusan sisa ini adalah sekitar 80
ekar.
Sistem pelapik tapak penimbusan tersebut terdiri daripada tanah atau lumpur
terpadat (compacted clay) berketebalan 1 meter yang digunakan bersama
bahan-bahan lain seperti 2mm High Density Poly-Ethylene geomembrane.
Menurut ulasan ketua projek tersebut, Ir. Hj. Shaharudin Ishak, pelapik tanah
tersebut diperolehi daripada kawasan sekitar tapak berkenaan dan tanah
mempunyai nilai ketertelapan asal sebanyak 1x10-6 m/saat. Selepas
pemadatan, ketertelapan yang diperolehi adalah sangat rendah 1x10-8
m/saat dan nilai tersebut adalah memenuhi pra-syarat yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Alam Sekitar Mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)
Pada tahun 2007, Akta 672 telah diwartakan dimana kerajaan persekutuan
telah diberi kuasa eksekutif dalam menguruskan sisa pepejal dan
pembersihan awam di semenanjung Malaysia. Dalam erti kata lain, akta ini
memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada pihak
berkuasa tempatan kepada kerajaan pusat. Di samping itu, Akta Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673) juga telah
diwartakan pada tahun yang sama bagi menubuhkan Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) bertujuan
menguatkuasakan
Akta
672
serta
peraturan-peraturan
dibawahnya,melaksanakan pelan perancangan strategik, mengawalselia
perjanjian konsesi serta operasi fasiliti-fasiliti pengurusan sisa pepejal di
14 | P a g e

seluruh negara. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
diwujudkan untuk membuat dasar, peraturan-peraturan, garis panduan,
merangka pelan strategik, mengeluarkan lesen dan seumpamanya.
 Penilaian Impak Alam Sekitar / Environmental Impact Assessment (EIA)
Mekanisma ini telah diperkenalkan di US pada tahun 1970 dan telah
dipraktikkan oleh hampir seluruh dunia yang memfokuskan impak-impak
utama terhadap alam sekitar. Di Malaysia, seksyen 34A Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (Pindaan) 1985 menekankan keperluan undang-undang untuk
EIA bagi aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia mendefinisikan EIA sebagai suatu
penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan
menyampaikan maklumat tentang impak setiap projek yang akan dijalankan
terhadap alam sekitar.
Ia juga menjelaskan langkah-langkah yang diperlukan bagi meminimumkan
kesan terhadap alam sekitar setelah sesuatu projek itu diluluskan. EIA juga
membolehkan setiap masalah yang bakal timbul di masa hadapan akibat
daripada projek yang akan dijalankan dapat dipralihat dan dielakkan. Menurut
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Tersenarai) (Penilaian Impak
Alam Sekitar 1987), rawatan dan pelupusan sisa merupakan salah satu
daripada 19 kategori major yang mensyaratkan EIA dilakukan sebelum
menjalankan aktiviti.
2.5 TEKNOLOGI ALTERNATIF
 Pembinaan Insinerator.
Pembinaan insinerator ini dijangka dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal
dari dibuang ke tapak pelupusan sampah sehingga 80 hingga 90 peratus.
Insinerator ialah teknologi rawatan sisa yang melibatkan proses pembakaran
bahan organik. Insinerator dan lain-lain rawatan sisa yang menggunakan
suhu yang tinggi dikenali dengan rawatan termal.
Kelebihan penggunaan insinerator ialah dapat memusnahkan bakteria
patogen secara keseluruhan, tiada masalah bau dan gangguan,
menghasilkan tenaga elektrik, tiada masalah air lelehan sisa pepejal dan tidak
menggunakan ruang yang luas
 Effective Microorganisms (EM)
Tapak pelupusan yang tidak diurus secara sanitari akan membawa kepada
masalah bau busuk kepada penduduk sekitar disamping masalah hama dan
lalat membiak, mengganggu penduduk sekitar disamping membawa punca
penyakit. Lechate yang terhasil daripada timbunan sampah akan mengalir
kekawasan sekitar yang akhirnya mencemar sumber air.
Penggunaan Effective Microorganisms (EM) ‘bakteria baik’ hasil kultur
campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan
pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada dalam sistem
tumbesaran. EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi
yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.
15 | P a g e

Teknologi EM digunakan bagi mengatasi masalah ditapak pelupusan sampah
dengan cara larutan EM disebur kepada timbunan sampah akan dapat
mengatasi masalah bau busuk dan pembiakkan hama dan lalat.
Setelah 30 minit larutan EM disembur kepada sampah, bau busuk akan
hilang. Dalam masa 12 jam, bau busuk akan kembali lagi dan ulangan
penyemburan dibuat semula untuk menghilangkan semula bau busuk. Proses
ini berterusan hinggalah sampah bertukar menjadi kompos.

3.0 KESIMPULAN

16 | P a g e

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara
yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita
mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran
kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan
dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik.
Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan
aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas
marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan
meningkatkan tahap kesihatan kita.
Langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah sisa pepejal
ialah dengan mengadakan Program Kitar Semula Kebangsaan yang telah
dilancarkan pada 2 Disember 2000. Pelbagai pihak berganding bahu dalam
menghidupkan program ini antaranya ialah Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat
Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian
Tinggi, sekolah dan sebagainya serta diri kita sendiri.
Melalui kempen kitar semula ini, penerapan nilai 3R dilakukan kepada seluruh
masyarakat iaitu recycle (kitar semula), reduce (pengurangan) dan reuse (guna
semula). Penerapan amalan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan
penjanaan sisa pepejal negara. Konsep pengurangan ialah dimana masyarakat
diseru agar bijak dalam memilih bahan yang digunakan supaya penghasilan sisa
pepejal dapat dikurangkan. Contohnya, pengguna digalakkan membawa bakul ke
pasar semasa membeli barangan keperluan daripada menggunakan beg plastik
yang tidak boleh dikitar semula.
Konsep guna semula ialah yang mana masyarakat digalakkan menggunakan
semula bahan yang boleh digunakan lagi. Sesetengah masyarakat lebih suka
membuang barang-barang yang sudah lama dipakai walaupun barang tersebut
masih boleh digunakan bagi tujuan lain contohnya seperti pakaian lama boleh
dijadikan kain buruk dan tin kopi atau susu boleh digunakan semula sebagai tempat
menyimpan barang atau isian semula.
Proses kitar semula pula ialah pengumpulan dan pengasingan bahan-bahan yang
boleh dikitar semula dengan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula. Bagi
tujuan kitar semula, pihak kerajaan telah menyediakan tiga jenis tong yang
diletakkan berdekatan premis-premis kediaman, institusi-institusi pendidikan, di
pusat membeli-belah, di bangunan-bangunan pejabat dan seumpamanya yang
menjadi tumpuan orang ramai. Tong-tong ini didatangkan dengan tiga warna
berbeza yang melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong berwarna biru khas
untuk bahan yang berasaskan kertas seperti surat khabar, kadbod, kotak dan
sebagainya, tong berwarna coklat khas untuk bahan-bahan kaca manakala tong
berwarna jingga khas untuk sisa pepejal berasaskan tin aluminium, tin keluli dan
plastik
17 | P a g e

Kita tidak dapat menafikan, bahawa kehadiran teknologi baru dalam kehidupan
harian manusia setiap hari telah membawa manfaat, tetapi penggunaan teknologi
yang berleluasa turut memberikan banyak kesan buruk kepada manusia. Teknologi
boleh digunapakai dalam kehidupan kita, namun ia patut dihadkan jika merosakkan
alam sekitar dengan teruk. Manusia juga harus memikirkan alternatif lain bagi
mengelakkan kemusnahan alam sekitar berlaku secara berterusan dan kesannya
akan ditanggung oleh generasi masa hadapan

4.0 RUJUKAN
1. Sinar Harian.( 2 Oktober 2015). Tutup Tapak Pelupusan Sampah. Retrieved
5 September 2016, from

18 | P a g e

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/tutup-tapak-pelupusansampah-1.435962
2. Utusan online.( 26 Jun 2008) 13 tapak pelupusan sampah penuh 3 tahun lagi.
Retrieved 5 September 2016, from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_06.htm
3. Sosial (Alam Sekitar)( 25 Ogos 2010 )System Perlupusan Sampah Yang
Sistematik, Retrieved 6 September 2016, From
http://sosialalamsekitar.blogspot.nl/
4. Wan Zuhairi Wan Yaacob.(__________) Penyediaan Tapak Pembuangan
Sisa(Peranan Ahli Geosains Dalam Menangani Masalah Pencemaran Alam
Sekitar) Retrieved 6 September 2016. From
http://www.ukm.my/geologi/geopena/mag%20bumi_landfill.pdf
5. _________(6 Disember 2016) Environmental Law- Masalah Lambakan Sisa
Pepejal. , Retrieved 6 September 2016, From
http://theredtrompah.blogspot.nl/2012/12/environmental-law-masalahlambakan-sisa.html
6. __________( 5 September 2013) Masalah Pembakaran Terbuka Di Kawasan
Berhampiran Taman Impian Putra Bangi, Selangor, Retrieved 6 September
2016 http://suhaimiomar.blogspot.nl/2013/09/masalah-pembakaran-terbukadi-kawasan.html
7. Fadli Ismail (5 Julai 2014). (Konsep Pencemaran Alam Sekitar Retrieved 6
September 2016 http://stpm-study.blogspot.nl/2014/07/konsep-pencemaranalam-sekitar.html
8. Syed Azwan Syed Ali( 17 November 2010) ISU ALAM SEKITAR : Tapak
pelupusan sampah perangkap maut .Retrieved 6 September 2016
http://abihulwa.blogspot.nl/2010/11/isu-alam-sekitar-tapak-pelupusansampah.html
9. Abu Alif. (13 Ogos , 2010) Effective Microorganisms (EM) & Kegunaan
Retrieved 5 September 2016, from
http://emterengganu.blogspot.nl/2010/08/effective-microorganisms-em.html
10. Harizamrry (23 Julai 2008) Effective Microorganisme Retrieved 5 September
2016, from https://harizamrry.com/2008/07/23/effective-microorganisme/
11. Alam sekitar (15 ogos 2010) difini alam sekitar. Retrieved 5 September 2016,
from http://bmpengurusanuum2010.blogspot.nl/
12. Wikipedia, 2016a “alam sekitar” Retrieved 5 September 2016, from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_sekitar
13. Wikipedia2015 “teknologi Retrieved 5 September 2016, from”
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi
14. Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah (13 MAC 2015) Teknologi hijau tingkat kualiti
hidup, pacu ekonomi negara Retrieved 5 September 2016, from :
http://www.bharian.com.my/node/40615

19 | P a g e