FALSAFAH DAN PANDANGAN TOKOH masyarakat

FALSAFAH DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT DAN ISLAM PENGASAS
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada:
1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori

IMAM Al-GHAZALI
Beliau dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung iaitu Ghazalah
Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Pada tahun 484 hijrah, beliau dilantik sebagai Naib Canselor
Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau
meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya
Ulumuddin.

Antara pandangan beliau ialah seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi
jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan
mulia tingkah lakunya. Kanak-kanak perlu dididik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab
sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Kanak-kanak juga

perlu dididik supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong,
bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
Ibu bapa perlu bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenangsenang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak dan jangan mencemuh dan menimbulkan
kebencian mereka. Ibu bapa juga harus memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
Menyuruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat membantu
perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka disamping sifat semulajadi kanak-kanak
memang suka bermain. Bermain juga dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan
selepas penat belajar. Beliau turut memberi nasihat kepada para guru supaya mengajar
mengikut kemampuan kanak-kanak, memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara

menempelak mereka dan guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan
model tingkah laku yang baik.
IBNU KHALDUN
Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah
banyak menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan
mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan
individu dan latihan. Pendapat beliau pada peringkat permulaan ialah jangan diajar kanakkanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah
secara, berperingkat-peringkat, mengadakan latih tubi, menggunakan benda-benda maujud dan
menggunakan bahan-bahan bantu mengajar. Kanak-kanak tidak boleh dibebankan dengan

perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka hingga menyebabkan mereka tidak mahu
belajar dan mencerca pengajaran yang diberi.

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh
yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan
pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan
sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain. Jadual pembelajaran
harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.
Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa
bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas,
pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak
berperikemanusiaan. Masa belajar tidak terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa,
sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran
yang baik. Beliau juga menyatakan bahawa bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak
semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan
makna. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk
peribadi kanak-kanak.

JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)
Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali

dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu beliau mengintegrasikan kehidupan di
rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.
Idea-idea beliau mengenai pendidikan adalah anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan
berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman
deria kepada idea yang abstrak. Beliau juga percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan
kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai
potensi mereka yang semulajadi. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek.
Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang,
mengukur, merasa dan menyentuh. Pestalozzi berpendapat guru yang baik ialah guru yang
mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan
pelbagai umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk
mengajar anaknya.
FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)
Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Pada tahun 1837,
beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah
seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan
dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau “kanak-kanak
umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah
taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang
terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”

Antara idea-idea Froebel ialah taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk
menarik perhatian kanak-kanak sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang,

mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan
gambar-gambar. Bilik juga perlu dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak.
Keadaan bilik tidak boleh sempit kerana akan menyukarkan perjalanan aktiviti. Kelas
prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanakkanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman kanak-kanak
hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam
masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman ini, kanak-kanak perlu dipupuk dengan
perkembangan mental, fizikal dan sosial. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan
kepada latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak.
Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau,
kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Oleh itu, kanak-kanak perlu diberi
kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui
perbuatan. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek
supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap
kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah
sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.
MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)
Montessori merupakan tokoh pendidikan di Rome. Beliau berpengalaman mendidik kanakkanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di

Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar
melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan
sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan
menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak
seseorang itu mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang
terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan
kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan bertujuan untuk menolong kanak-kanak membentuk
serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.
Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak
pada peringkat awal. Antara konsep berikut ialah minda yang mudah menyerap. Menurut
Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui
deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanakkanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini

daripada saat kelahiran lagi. Selain itu, Montessori berpendapat persekitaran yang tersedia
turut menjadi asas pembentukan kurikulum kanak-kanak. Persekitaran yang menggalakkan
perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang
akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak
memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran
tersebut pada masa yang sesuai. Seterusnya, konsep yang dikemukakan oleh beliau ialah
didikan diri. Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman

melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan
pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun
pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak
perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanakkanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan
bahan dan aktiviti. Bahan pembelajaran juga penting bagi pembentukan kanak-kanak. Guru
hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas
kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Menurut Montessori,
matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada
segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan
dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal;
konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan
seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan
sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman
menyelesaikan sesuatu masalah. Di samping itu, tempoh sensitif juga perlu dititik beratkan
dalam mendidik kanak-kanak. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanakkanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak
menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa
menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan
pembelajaran.
Menurut falsafah Montessori, ibu bapa perlu diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak
dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. Terdapat tempoh

sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan
konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanakkanak. Selain itu, kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum
daripada orang dewasa. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan

terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. Seterusnya maklumat yang diterima
melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. Bahan pembelajaran
yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan
persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.
Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. Kanakkanak juga memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanakkanak. Di samping itu, guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu
kanak-kanak belajar secara bebas. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan
memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu
berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah
menghormati kanak-kanak dan hak mereka, konsep kebebasan, menguasai kemahiran dari
mudah ke sukar, kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh, kanak-kanak
melakukan aktiviti arahan kendiri, pentingnya disiplin diri,terdapat tempoh sensitif yang berbeza
bagi setiap kanak-kanak, kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya,
kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri dan akhir sekali, kanak-kanak belajar dengan lebih
baik dalam persekitaran yang disediakan membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.


PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TOKOH BARAT DAN TOKOH ISLAM



Tokoh Barat
Pendidikan itu hanya

Aspek

sebagai satu proses melatih
akal, jasmani dan moral
yang membentuk
seseorang untuk menjadi

Tokoh Islam


Konsep

dan pengertian yang lebih


Pendidikan

syumul dimana ia mengambil
kira aspek kerohanian.

insan dan warganegara


yang baik.
Hanya tertumpu pada
kurikulum, peranan guru,
kaedah mengajar, dan

Bidang

peranan murid.


Tiada kategori ilmu




Boleh dibahagikan kepada
dua jenis

-Tradisional
-Moden

Pendidikan mempunyai konsep

Kategori ilmu

Jenis Falsafah



Akidah




Ibadah



Keterampilan




Kepemimpinan
Ilmu wahyu



Ilmu akhirat



Boleh dilihat dari dua sudut

-Falsafah Teori
-Falsafah Amalan