PROPOSAL KAJIAN PERSEPSI DAN PENCAPAIAN

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KAEDAH PENYELIDIKAN KUANTITATIF
MBE 1

PROPOSAL KAJIAN

PERSEPSI DAN PENCAPAIAN KEMAHIRAN 21ST CENTURY CLASSROOM DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU
PAHAT
OLEH
NOOR IZWAN BIN NASIR
HB130052

DISEDIAKAN UNTUK
DOKTOR BADARUDDIN

DISEMBER 2014


ISI KANDUNGAN
1.1 PENGENALAN
1.1.1 PENDIDIKAN VOKASIONAL
1.1.2 TEORI KONSTRUKVISME
.1.3 PELAN 21ST CENTURY CLASSROOM
1.1.3 KONSEP “21ST CENTURY CLASSROOM”
1.1.4 PELAN “21ST CENTURY CLASSROOM”
1.1.5 LATARBELAKANG KAJIAN
1.1.6 DEMOGRAFIK SEKOLAH YANG DIKAJI
1.2 PERNYATAAN MASALAH
1.3 TUJUAN KAJIAN
1.4 PERSOALAN KAJIAN
1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN
1.5.1 PERANAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL (RASIONAL
MENJALANKAN KAJIAN)
1.5.2 IMPAK 21ST CENTURY CLASSROOM TERHADAP BIDANG VOKASIONAL
1.6 SKOP KAJIAN
1.7 DEFINISI ISTILAH
1.8 KERANGKA TEORETIKAL KAJIAN
2. KAJIAN PERPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN TEKNOLOGI ‘21st CENTURY CLASSROOM’
2.2 MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN “21ST CENTURY
CLASSROOM”
2.3 KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 21st CENTURYCLASSROOM

2.3.1 AKSES PEMBELAJARAN
2.3.2 INTERACTIVE WHITEBOARD DAN GAJET
2.3.3 PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
2.3.4 PERSEKITARAN KELAS
2.3.5 MATERIAL KURIKULUM
2.3.6 PERANAN GURU
2.4 PENGARUH “21ST CENTURY CLASSROOM” TERHADAP PENDIDIKAN
VOKASIONAL
2.4.1 PENGARUH TEKNOLOGI DALAM 21ST CENTURY CLASSROOM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG VOKASIONAL
2.4.2 REKABENTUK KEMAHIRAN DALAM ASPEK PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN 21ST CENTURY CLASSROOM

3


METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
3.2 REKABENTUK KAJIAN
3.3 POPULASI KAJIAN
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
3.5.1 PENGUMPULAN DATA SOAL SELIDIK 1
3.5.2 PENGUMPULAN DATA SOAL SELIDIK 2
3.6 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DATA
3.6.1 KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK
3.6.2 KEBOLEHPERCAYAAN PRE-TEST DAN POST-TEST
3.6.3 KESAHAN

3.7 ANALISIS DATA

1.PENGENALAN

1.1 PENGENALAN KEMAHIRAN 21ST CENTURY CLASSROOM
Lawson (1979) menyatakan pelajar kursus senibina pada tahun kelima mendapat kemahiran
penyelesaian masalah yang berlainan dengan lebih signifikan berbanding pelajar yang baru

atau pelajar sarjana yang mengambil bidang sains.Dapatan kajian beliau merumuskan
pelajarnya menggunakan kemahiran penyelesaian masalah yang memerlukan mereka
mendefinisikan masalah mereka sendiri (Lawson, 1979).Horowitz, 2006 dalam muka surat 6
menyatakan sekolah boleh menghasilkan pekerja dan peniru tetapi bukan minda yang
produktif atau imaginatif. Hasil kerja William G. Perry menunjukkan wawasan kepada proses
pembelajaran yang menunjukkan kepada cara pemikiran yang boleh berjaya apabila soalan
yang mempunyai jawapan yang jelas dan orientasi yang mudah yang membolehkan seseorang
berfungsi dalam dunia dimana pengetahuan adalah perbandingan dan tiada jawapan yang
sebenar wujud (Perry Jr., 1999). Jadi Harbeson, 2008 kajian rekabentuk dalam rumah adalah
berdasarkan kajian lepas iaitu mengambil usaha sesuai dengan masa yang lalu dengan
menggunakan unsur-unsur rekabentuk sebenar dari buku atau gambar walaupun berbeza-beza
tetapi dalam had tertentu.
Peterson 1945 pula menyatakan latihan di sekolah yang membangunkan imaginasi
atau fleksibiliti boleh menghasilkan tabiat, dan tabiat mempunyai deria rasa yang boleh
menghasilkan produk yang kreatif (Peterson, 1945b, p.3). Berdasarkan pendapat Albers,
proses pemikiran kreatif pada mulanya melibatkan pemikiran bertumpu pada sesuatu tema
atau isu, iaitu dengan mencari idea sebanyak yang mungkin, tetapi setelah pemilihan tema
atau mengambil keputusan ditetapkan, tetapi pada akhirnya pemikiran lebih banyak mencapah
kerana pelajar akan bertanya dan ini melahirkan kemahiran komunikasi (Crawford, 2013).
Maka untuk melahirkan seorang jurutera, pelajar mestilah diberi pengalaman seorang pelukis

pelan, pakar geometri, biasa dengan sejarah hiasan dalaman, rajin berfalsafah, mengetahui
muzik, mempunyai hubungan dengan perubatan, memahami peraturan kepakaran dan
pengetahuan astronomi serta pengetahuan agama (Vitruvius, 1999; Rowland, I. D., & Howe,
T. N. (Eds.). 1999).

1.1.4 PELAN “21ST CENTURY CLASSROOM”

4 kriteria pelan “21st century classroom ini adalah subjek teras dan tema, kemahiran
pembelajaran dan inovasi, kemahiran teknologi dan informasi serta kemahiran kerjaya dan
hidup (Smith, 2008)
Hasil kerangka kerja ini mencadangkan pengenalpastian subjek teras seperti english, bahasa
dunia, kesenian, matematik, ekonomi, sains, geografi, sejarah dan pendidikan sivik (Smith,
2008). Kemudian daripada subjek ini, ia diberi tema berdasarkan bidang seperti kesedaran
global, kewangan, ekonomi, perniagaan dan celik keusahawanan, celik sivik, celik kesihatan
dan celik alam sekitar (Smith, 2008). Manakala kemahiran pembelajaran dan inovasi yang
dititikberatkan dalam “21st century classroom” ini adalah kreativiti dan inovasi, pemikiran
kritikal dan penyelesaian masalah dan komunikasi serta kerjasama (Smith, 2008). Kemahiran
teknologi dan informasi merangkumi celik informasi, celik media dan celik ICT (Smith, 2008)

1.1.5 LATARBELAKANG KAJIAN

Ianya masih tidak jelas mengenai sistem pendidikan yang ada sekarang yang dapat menjawab
isu penyelesai masalah, komunikasi, kreativiti, (Hillman, 2012). Kebanyakan sekolah masih
menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-20 (Hillman, 2012). Ianya akan berubah selepas
Presiden Amerika Syarikat, Obama berkata “ Ini adalah zaman generasi Sputnik” (Obama,
2011). Rujukan ini adalah berikutan kejayaan negara Soviet mengorbit angkasa lepas.Untuk
melakukan ini, institusi pendidikan mesti menyediakan pelajar kepada bentuk pekerjaan
berasaskan ekonomi yang menggunakan komputer (Taswell, T.N., 2013). Tetapi untuk
motivasi ekonomi ini tidak lagi disempadankan oleh negara, pasaran kerjaya adalah global,
maka individu yang layak sahaja akan mendapat pendapatan yang tertinggi (Hillman, 2012).
Malah daripada perspektif antarabangsa, sijil diploma bukan indikator kepada pencapaian
akademik (Hillman, 2012).
Berdasarkan artikel bertajuk “ Technology Integration for the New 21st Century Learner by
Nancye Blair (2012), perubahan dramatik sedang berlaku dalam sekolah. Pelajar yang ada
pada abad ke 21 ini tidak lagi sama dengan pelajar pada awal millennium (Taswell, T. N.,
2013) . Pelajar pada abad ke 21 ini adalah lebih rasional dan mempunyai akses yang pantas
kepada pengetahuan yang baru (Taswell, T. N., 2013) waima mereka lebih berkebolehan
berhubung dalam pembelajaran dalam seluruh peringkat yang baru, dan tetapi kebanyakan
sekolah masih tertinggal belakang menjelang integrasi teknologi abad ke 21 dalam kelas ini

(Taswell, T.N., 2013). Lagipun kebanyakan pengkaji mengkaji mengenai trend globalisasi

terkini dan pengaruh teknologi bermakna pelajar mesti memerlukan dan menyerap pelbagai
skiluntuk berhadapan dengan perubahan masyarakat, maka ianya lebih baik pelajar lebih awal
dibiasakan dengan teknologi (Look, 2005).
Rasional integrasi “21st century classroom” dalam pengajaran kelas adalah lebih daripada
setakat penggunaan alat teknologi yang mana pengajar boleh menggunakkannya untuk
menunjukkan kandungan pembelajaran yang baru kepada pelajar (Taswell, T.N., 2013).
Manakala Blair (2012) menyatakan untuk memaksimumkan potensi pelajar, pelajar mesti
memperoleh akses untuk sentiansa memperkembangkan pelbagai alat teknologi dan aktiviti
yang memerlukan permintaan seperti penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
inovasi.Dalam persekitaran “21st century classroom” ini, elemen pembelajaran berasaskan
penyelesaian masalah dan persembahan pelajar memang penting dan membantu pelajar
memahami dan mengekalkan pengetahuan (Wileman, 1993). Dalam kajian 21st century
classroom, pelajar akan ditanya mengenai penyelesaian analogi dan menghasilkan analogi
permasalahan yang baru (Runco, M. A. (Ed.). 1994). Berdasarkan Carl D. Perkin, Akta
Pendidikan Teknik dan Vokasional di Amerika Syarikat menyediakan dana untuk tujuan
pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknik penyelesaian masalah (Jabatan Pendidikan
Amerika Syarikat).

1.1.6 DEMOGRAFIK SEKOLAH YANG DIPILIH UNTUK DIKAJI
Sebab pemilihan lokasi kajian di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat ini adalah kerana

penanda aras sekolah ini adalah bentuk akademik yang menyediakan pelajar kepada dunia
sains tulen seperti subjek biologi, fizik dan kimia semenjak daripada tingkatan 1 lagi, ia
berdasarkan kajian Shohtoku (1993) menyatakan pelajar yang mempunyai latarbelakang
sains membangunkan minat dan penghargaan terhadap kerjaya dalam bidang sains dan
teknologi dan akhirnya menyumbang kepada sumber manusia negara dalam bidang sains dan
teknologi. Selain itu, Shohtoku (1993) juga kegagalan negara menekankan pendidikan sains
dalam sekolah menengah akan menyebabkan kerugian besar dalam tenaga manusia atau
modal insan dalam bidang sains dan teknologi seterusnya menyumbangkan kepada
kemerosotan daya saing negara. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat ini baru dibuka pada 12
Mei 2012 dan dikenali sebagai SEHEBAT (http://www.smsbatupahat.com/index.php/about).
Bilangan pelajar tingkatan 1 di sekolah ini menjelang 2015 adalah 150 orang maka bilangan

sampel soal selidik yang akan diambil adalah 30 orang (Krejcie, R. V., & Morgan, D.
W.,1970). Bilangan pelajar lelaki adalah 15 orang dan pelajar perempuan adalah 15 orang
(http://www.smsbatupahat.com/index.php/about).

1.2 PERNYATAAN MASALAH
Kebanyakan sekolah atau kolej mempunyai visi dalam teknologi dan menjadikannya
sebagai nilai tambah dan mereka mencubanya dalam hampir semua bidang tetapi tiada
perubahan kebudayaan sekolah (West-Burnham, J. ,2009). Segalanya masih sama, kurikulum,

pengajaran, pentaksiran dan penjadualan. Ini dipanggil bentuk ‘automating’ dimana 99 peratus
kebanyakan kaedah sekolah menggunakan teknologi (Noble, D. F. ,1998). Sekolah atau kolej
begini menunjukkan penguasaan guru atau pensyarah terhadap pengajaran dan pembelajaran
(Samba, S., 2007).. Mereka yang membuat tugasan, membetulkan ujian, memberi kerja
rumah, dan mengawal pembelajaran dan pengajaran (Razak et al,2012). Walaupun dengan
laptop, pelajar hanya menulis balik apa yang mereka lakukan dengan pensel dan kertas
manakala guru atau pensyarah bercakap (Hashim, S.,et al, 2014). Dalam kes ini, kaedah
teknologi begini bukan nilai tambah tetapi merendahkan kualiti pendidikan kerana pelajar
masih duduk secara pasif manakala guru atau pensyarah menggunakan teknologi yang mahal
(Fullan, M., 2010)..
Sementelaah kekurangan teknologi juga, ini mengurangkan juga kemungkinan
pembangunan “21st century classroom” kerana ianya dibangunkan bukan untuk tujuan
menyelesai masalah dalam pendidikan (Casakin, H., & Goldschmidt, G., 1999).

1.3 TUJUAN KAJIAN
5 perkara penting mengenai 21st century classroom dikenalpasti iaitu melalui penggunaan
instrumen soal selidik yang dibangunkan oleh SkillsUSA yang merupakan sebahagian
Program Pembangunan Profesional dan merupakan kurikulum yang diajar di sekolah
menengah dan kolej di Amerika untuk bidang teknikal iaitu seperti a) pencarian kerja dan
pembangunan skil kerjaya b) skil komunikasi c)skil interpersonal d) kemahiran penyelesaian

masalah dan sebab dan skil ekonomi dan perniagaan dalam 21st century classroom ini
(SkillsUSA, 2004). Kemudiannya eksperimen quasi iaitu peserta sebelum “21st century

classroom” diadakan (pretest) dan peserta 21st century classroom (post-test) diukur
menggunakan kedua-dua soal selidik yang dibuat secara online tersebut iaitu sebelum dan
selepas pembelajaran dan pengajaran dilakukan mengenai pencapaian kemahiran dalam
pendidikan teknikal dan vokasional dilakukan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah persepsi pelajar tingkatan 1 SEHEBAT terhadap 5 kemahiran dalam “21st century
classroom”?
2. Sejauhmanakah pencapaian kemahiran pelajar tingkatan 1 SEHEBAT terhadap 5
kemahiran yang terdapat dalam “21st century classroom”?

1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, anjakan 1 tranformasi
pendidikan adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa dan ianya bermula dengan pendidikan vokasional. Akses disini adalah
keupayaan menaakul, membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam
suasana baharu yang berlainan serta termasuk kemahiran insaniah. Kaji selidik yang

dijalankan ke atas syarikat Malaysia dan syarikat antarabangsa juga mendapati murid
Malaysia gagal menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan
(http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf) (muka
surat E-12). Jadi dalam mewujudkan suasana baharu yang berlainan termasuk kemahiran
insaniah, kajian ini mencadangkan “21st century classroom” agar akses kepada pendidikan
meliputi kualiti antarabangsa dapat dicapai dan boleh digunapakai oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ken Kay dan Valerie Greenhill menyatakan 3 realiti yang signifikan
dalam dunia pendidikan iaitu perubahan ekonomi dan masyarakat telah mengubah keadaan
bekerja dan hidup, pelajar sekolah tidak berhubung dengan kawan antarabangsa dan
persaingan global adalah dahsyat, dan akhir sekali perubahan teknologi dan ekonomi
menyebabkan perubahan organisasi syarikat dan bagaimana mereka menjalankan perniagaan.
Jadi Ken Kay dan Valerie Greenhill menyatakan pelajar dalam “21st century classroom” perlu
belajar kemahiran “21st century” kerana boleh berfikir dengan kritikal, menyelesai masalah,
kreatif, komunikasi, inovatif dan menguasai perniagaan. Malahan berdasarkan soal selidik
oleh Conference Board, Partnership for 21st century skills, corporate voices for working

families & society for Human Resource, Profesionnals, 2006, menyatakan 400 buah majikan
seluruh Amerika Syarikat telah mengambil pelajar untuk bekerja daripada kolej dan sekolah
menengah. Peranan pengajaran menggunakan teknologi dalam pendidikan akan terus
berkembang apabila guru menggunaan kelebihan pada teknologi yang ada dalam kelas untuk
meningkatkan peluang pembelajaran dan pengajaran (Taswell, T.N.,2013). Zaman
menggunakan projektor dan “slaidshow” telah berlalu dan digantikan dengan alatan
permulaan seperti kalkulator, persembahan “Powerpoint” kemudian laptop dan alat teknologi
lain seperti iPods, iPads dan lain (Taswell, T.N., 2013). Dalam persekitaran maya atau elearning, teknologi pengajaran merangkumi kursus berasaskan komputer, pangkalan data
dalam talian, danlangsung(masa nyata atau langsung) dan tidak langsung serta pengajaran dan
pembelajaran (Taswell, T.N., 2013) . Pembelajaran langsung memerlukan penyertaan dalam
acara-acara seperti perbincangan secara langsung,sesi sembang, atau kuliah masa nyata
(Taswell, T.N., 2013).Pembelajaran tidak langsung adalah seperti mencaribahan-bahan boleh
didapati dalam talian dikemudahan yang belajar, dan termasuk perkara-perkara seperti
tugasan, sumber rujukan, perbincangan, dan merakam persembahan atau kelas (Taswell, T.N.,
2013) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi meluaskan skop pendidikan
melangkaui buku teks (Taswell, T.N., 2013). Kita hidup dalam zaman elektronik dan ini
memerlukan pendidikan menyediakan pelajar dalam keadaan pembangunan teknologi.

1.6 SKOP KAJIAN
Kajian ini tidak mewakili keseluruhan sampel di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat
memandangkan pengenalan kepada kemahiran dalam 21st century classroom ini baru pada
tahun 2015 hanya khusus untuk pelajar tingkatan 1 sahaja. Selain itu, eksperimen quasi yang
dijalankan untuk mengukur sejauhmana pencapaian 5 kemahiran dalam 21st century classroom
ini hanya menguji 30 orang sebagai kawalan (pretest) dan hasil (posttest) berdasarkan
rancangan pengajaran dan penilaian dalam SkillsUSA (2006).Semua kaedah pengajaran
adalah berasaskan kepada kaedah hiasan dalaman rumah secara online menggunakan
interactive whiteboard dan manakala pelajar menggunakan gajet yang mereka ada untuk
mengakses pencapaian kemahiran untuk dipelajari dan memperolehi ilmu kerjaya malah hasil
projek itu akan dikongsi di Facebook dan dipersembah dalam kelas

1.7 DEFINISI ISTILAH
21st century classroom : Pembelajaran pada abad ke 21 yang dinyatakan dengan jelas oleh
kerangka kerja “Partnership for 21st century skills” yang hendak memupuk 5 kemahiran
seperti kemahiran pencarian dan pembangunan kerjaya, kemahiran komunikasi, kemahiran
interpersonal, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran perniagaan serta ekonomi.
Pencapaian kemahiran : Satu set pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
dalam persediaan mendapatkan, mengekalkan dan memperkembang kerjaya (Rasul M.S.,
2009)
Kemahiran Pencarian kerja dan Pembangunan Kerjaya : Matlamat kategori untuk
memperoleh kemahiran yang penting seperti mengenalpasti, memperoleh dan menjaga
pekerjaan. Membangunkan pelan kerjaya realistik berkaitan dengan matlamat, sama juga
dengan kemahiran pembelajaran spesifik seperti pembangunan resume, temuduga dan aplikasi
prosedur (Konference Lembaga “Partnership for 21st century skills, corporate voice for
working families and society for Human Resource Management, 2006: Hughes & Karp, 2004:
SkillsUSA, 2006)
Kemahiran Komunikasi : penggunaan bahasa untuk menghasilkan, meluahkan dan
menginterpretasi idea melalui empat aktiviti iaitu membaca, menulis, mendengar dan
bercakap (Conley, 2007a: Carnevale & Desrochers, 2003)
Kemahiran Interpersonal : Keyakinan-diri, keikhlasan, keterbukaan, dan keupayaan untuk
bekerja dengan yang lain (Robinson, 2000). Kemahiran ini juga dirujuk kepada kemahiran
bekerjasama (AMA,2010; Wagner, 2009), kemahiran arah tuju kendiri (P21, 2009) atau
kemahiran bekerja dalam kumpulan (Conference Board of Canada, 2000)
Kemahiran Penyelesaian Masalah dan Sebab : Kebolehan untuk belajar, mencari sebab,
untuk berfikir dengan kreatif, untuk membuat keputusan dan menyelesai masalah Jabatan
Buruh Amerika Syarikat, 1990) Ia juga dipanggil pemikiran inventif, tabiat minda, dan
adaptasi, kemahiran ini menjadi asas kepada kebanyakan kejayaan peranan orang dewasa
(Merrifield, 2000; Gardner, 2007; NCREL, 2003; P21, 2009; Conley, 2010)
Kemahiran perniagaan dan ekonomi: dikenali juga celik perniagaan atau ekonomi,
memahami proses perniagaan, peranan perniagaan dalam ekonomi global dan bagaimana
sumbangan prestasi individu terhadap kejayaan syarikat (Carrier & Gunter, 2010)

1.8 KERANGKA TEORETIKAL KAJIAN
1.1.3KERANGKA TEORI KAJIAN
“ Untuk menyediakan anak-anak kita untuk dunia esok, kita mesti meningkatkan persekitaran
pembelajaran hari ini (Partnership fot 21st Century Skills, 2009, p. 24)
Konsep “21st century classroom ini diambil daripada kertas kerja dengan kerjasama oleh 31
organisasi dan syarikat perniagaan di Amerika Syarikat seperti Apple, Microsoft, Dell,
Verizon dan organisasi seperti Persatuan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat,
Pertubuhan Naziran dan Pembangunan Kurikulum dan Pertubuhan Perpustakaan Sekolah
(Smith,2008). Mereka telah membuat kerangka kerja bertajuk “The Partnership for 21st
century skills”(http://www.p21.org/). Elemen untuk “21st century classroom” ini dijadikan
sebagai kerangka teori kajian seperti gambarajah di bawah:

2. KAJIAN PERPUSTAKAAN
2.1 PENGENALAN ‘21st CENTURY CLASSROOM’
Margaret Trybus, 2014 menyatakan teknologi bukan sahaja alat untuk guru atau pensyarah
menguasainya untuk menjadi lebih cekap dalam menyimpan rekod, penulisan perancangan
pengajaran dan tugas peribadi atau profesional, waima pengunaannya adalah amat penting
iaitu transformasi paradigma cara pengajaran dan pembelajaran kepada pengalaman yang
dapat menolong pelajar lebih menjadi pemikir kritikal dan penyelesai masalah (Trybus, M.,
2014). Margaret juga menyatakan pelajar abad ke 21 adalah ahli kepada komuniti
pembelajaran interaktif melangkaui kelas kerana pembangunan dan penggunaan alat
komunikasi seperti Facebook dan Twitter dan smart phones, tablet, iPads, dan alat telefon
yang lain yang merupakan sebahagian daripada masyarakat. Persoalannya bagaimana
teknologi ini memberi kesan kepada kelas secara meluas dan mencabar pihak guru atau
pensyarah untuk menguji cara dimana pelajar boleh dan mesti berhubung dengan
pembelajaran melalui teknologi maklumat (Trybus, M., 2014).
Alan November yang telah ditemubual oleh Margaret Trybus (2014) menyatakan
perubahan minda ini adalah mengenai teknologi yang melangkaui pemikiran mengenai
peralatan baru, dan perisian untuk berhadapan pendidikan tranformatif yang boleh
meletakkan perubahan keperluan pelajar kepada teras pendidikan boleh dan mesti memasukan
kerelevan dan ‘up-to-date’ kepada persekitaran pembelajaran. Mengetahui mengenai teknologi
bukan sahaja nilai tambah tetapi peralatan pembelajaran yang penting memerlukan pengajaran
yang kreatif dan memberi inspirasi kepada pendidik profesional dan mengubah peranan asas
mereka dan perhubungan teknologi-literasi bagi pelajar (Trybus, 2014). Guru bukan sahaja
mempunyai pengetahuan secara solo dan jadi bahan diperhatikan (Trybus, 2014). Malahan,
guru mesti menjadi penginovasi dan pengambil risiko yang mana mengajar lain daripada
bagaimana mereka telah diajar sebelum ini dan telah belajar (Trybus, 2014). Guru mesti
membuat perubahan yang tidak mustahil dan bermakna yang boleh menyediakan pelajar
kepada bidang pekerjaan (Trybus, 2014).
2.2 MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN “21ST CENTURY CLASSROOM”
Pembelajaran secara online telah lama dipraktikkan. Tetapi mengikut Alan November
dalam Trybus(2014), pembelajaran secara campuran iaitu online dan bersemuka adalah yang
patut dilakukan untuk abad ke-21 ini. Guru menyediakan isi pembelajaran secara online,
membenarkan interaksi online dimana pelajar boleh bertanya dengan lebih kerap dan guru
mengurus penilaian pelajar adalah lebih efektif dan boleh menjimatkan wang. Forum pelajar

memang wujud dan menghubungkan pelajar secara online. Tetapi pelajar masih memerlukan
guru atau pensyarah untuk latihan dan pembelajaran secara bersemuka kerana mereka
memang perlukan kehendak sosial. Mereka seronok bersama apabila mereka dibenarkan
berhubung bersama dalam bersembang dan menyelesaikan masalah secara bersama (Trybus,
2014). Kita boleh melakukan sedikit secara online, tetapi kita tidak boleh melakukan
semuanya.
Model pembelajaran paling berkesan adalah membawa sendiri peralatan kamu sendiri
(Trybus, 2014). Sekolah atau kolej tidak boleh membeli peralatan yang baru sepanjang 3
tahun, manakala sekolah atau kolej juga membina rangkaian internet yang kuat supaya pelajar
boleh melayari internet dengan peralatan yang mereka bawa ke sekolah atau kolej (Trybus,
2014).

2.3 KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 21st CENTURYCLASSROOM
2.3.1 AKSES PEMBELAJARAN
Pembelajaran 21st century classroom yang mengupayakan kebolehan kemahiran pelajar
melibatkan tiga komponen iaitu peralatan teknologi, kandungan pembelajaran digital, dan
pengajaran yang berkualiti tinggi (McDonald, Dale,P.B.V.M., PhD. (2014, Apr). Teknologi
adalah mekanisma dimana kandungan digital disampaikan melalui akses kepada peralatan
internet (McDonald, Dale,P.B.V.M., PhD. 2014, Apr). Kandungan digital merupakan material
pembelajaran dipersembahkan dengan interaktif dan aplikasi yang diadaptasi (McDonald,
Dale,P.B.V.M., PhD. 2014, Apr). Pengajaran yang berkualiti tinggi mesti dipandu oleh guru
yang menyediakan akses kepada kandungan yang mencabar, tindakbalas pelajar, penilaian dan
pengajaran secara individu untuk membolehkan pelajar mencapai potensi mereka dengan
maksimum (McDonald, Dale,P.B.V.M., PhD. 2014, Apr).

2.3.3 PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
Hasil temubual dengan Margaret Trybus, Alan November telah memberi kaedah
pembelajaran dan pengajaran dalam “21st century classroom”iaitu guru mesti kurang
bercakap dan lebih banyak mendengar serta membenarkan teknologi boleh digunakan
semaksimum mungkin. Dia juga menyatakan revolusi sebenar bukan teknologi, tetapi
maklumat. Persoalannya, apa informasi yang awak mahu, bukan apa teknologi yang awak
mahu? Maka, guru atau pensyarah mesti mengubah konsep perancangan pengajaran yang
merumuskan guru atau pensyarah yang akan menentukan apa yang mesti diajar, tetapi

mengajar berdasarkan kepada soalan yang diajukan oleh pelajar. Mengajar berasaskan kepada
soalan pelajar daripada bergantung kepada pengetahuan guru atau pensyarah adalah satu
perubahan dan teknologi adalah satu alat untuk berhadapan dengan perubahan praktikal
(Trybus, 2014).
2.3.6 PERANAN GURU
Guru akan diubah kepada peranan hanya sebagai fasilitator kepada persoalan pelajar, bergerak
antara tempat stesen pelajar, membantu tugasan pelajar dan menolong bantuan secara individu
(Suthers et al,1997) Perubahan kaedah pengajaran ini juga melibatkan perubahan modul
pengajaran yang memberi idea kepada persoalan masalah kepada pelajar yang memerlukan
pandangan dan bukti oleh pelajar yang diperolehi daripada beberapa sumber maklumat
(Suthers et al, 1997).

2.4 PENCAPAIAN KEMAHIRAN 21ST CENTURY CLASSROOM
Pada tahun 1992, Reich menyatakan implikasi teknologi kepada masyarakat bahawa
kebanyakan pekerja rutin iaitu bahagian pengeluaran yang memerlukan banyak pengulangan
tugasan seperti pekerja bahagian pemasangan akan akhirnya hilang kerana meningkatkannya
potensi teknologi untuk mengambilalih pekerjaan tersebut, dan pada masa yang sama
meningkatkan keperluan pekerjaan dalam bidang perkhidmatan seperti penjagaan kanakkanak dan bangunan (janitor) yang mana menyediakan perkhidmatan professional dan contoh
lain adalah pekerja minda yang terlibat dengan pengenalpastian masalah, penyelesai masalah
dan menjadi pengantara maklumat untuk tujuan kehidupan seperti jurutera dan wartawan
(Reich, 1992). Tetapi keperluan komputer bukan sepenuhnya tugas manusia contohnya seperti
pemandu lori atau doktor malah komputer hanyalah memberi maklumat sahaja (Levy &
Mundane, 2006). Maka untuk tujuan kajian, kemahiran yang baharu dalam 21st century
menjadi nilai pencapaian kerana bukan sahaja masyarakat mesti berhadapan dengannya
malahan orang yang muda mesti dididik dengan pekerjaan yang belum lagi wujud (Fisch &
McLeod, 2009) Tetapi kemahiran ini masih menjadi perdebatan mengenai soalan apakah
tetapi sepatutnya dimanakah dan bagaimanakah kemahiran ini boleh diperolehi? (Voogt, J., &
Roblin, N. P., 2010). Voogt 2008, menyatakan penemuan daripada kajian strategi pengajaran
dan pembelajaran di sekolah mendapati kaedah pedagogi yang diunjurkan adalah berdasarkan
jangkaan dan masyarakat bermaklumat. Kaedah ini menyediakan pelbagai aktiviti
pembelajaran, menyediakan peluang kepada pelajar belajar pada kemampuan sendiri,

mengalakkan kerja bersama, berfokus kepada penyelesaian masalah, dan penglibatan pelajar
dalam penilaian atau pentaksiran (Voogt, 2008). Berdasarkan kerangka kerja teoretikal kajian
ini, implementasi kurikulum “21st century classroom”, mesti ada persepsi pelajar mengenai
kemahiran ini dan apabila dilaksanakan dalam pembelajaran dan pengajaran, mesti ada hasil
atau pengalaman pelajar yang boleh diukur berdasarkan korelasi MANOVA (Voogt, J., &
Roblin, N. P.,2010). Voogt, 2010 menyatakan 5 kemahiran yang terdapat 21st century
classroom ini adalah kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran interpersonal, kemahiran
komunikasi, kemahiran pencarian kerja dan pembangunan skil serta kemahiran perniagaan
dan ekonomi.
3.

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN
Kajian ini berbentuk kuantitatif. Manakala kaedah kajian adalah secara eksperimen.Manakala
teknik sampel yang digunakan adalah persampelan secara bertujuan.Tujuan kajian ini untuk
mengetahui persepsi pelajar mengenai pencapaian 5 kemahiran dalam 21st century classroom
dan kemahiran yang terbabit di samping menilai sejauhmana pencapaian pelajar terhadap
kemahiran tersebut. Kajian ini juga berguna dalam membantu pencapaian kemahiran dan
keterlibatan pelajar dengan teknologi 21st century classroom untuk mempersiapkan
Pentaksiran Tingkatan 1. Bab metodologi ini menerangkan mengenai populasi peserta,
instrument yang digunakan, penerangan kaedah pengumpulan data semasa menjawab soal
selidik, penerangan prosedur analisis data dan persepsi pelajar mengenai pencapaian
kemahiran tersebut.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk ekperimen quasi dan soalselidik

3.3 POPULASI KAJIAN
Bilangan pelajar tingkatan 1 di sekolah ini menjelang 2015 adalah 50 orang maka bilangan
sampel soal selidik yang akan diambil adalah 44 orang (Krejcie, R. V., & Morgan, D.
W.,1970). Bilangan pelajar lelaki adalah 22 orang dan pelajar perempuan adalah 22 orang
(http://www.smsbatupahat.com/index.php/about).

3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah eksperimen quasi.Data kuantitatif (pretest dan
posttest pelajar) melalui soal selidik dikumpul untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar
terhadap kemahiran dalam 21st century classroom.
Soal selidik yang digunakan adalah diadaptasi daripada versi tahun 1988 mengenai
instrumen penilaian diri yang dibangunkan oleh SkillsUSA sebagai sebahagian Program
Pembangunan Profesional, iaitu kurikulum pelajar yang diajar di sekolah menengah dan kolej
di bawah program teknik dan vokasional (Mast Ryan, D. 2013). SkillsUSA merupakan
organisasi teknikal dan kerjaya kebangsaan di Amerika Syarikat berkhidmat kepada pelajar
sekolah menengah dan kolej memperoleh kerjaya dalam bidang teknikal.(Mast Ryan, D.
2013). Organisasi ini memperkembangkan kepimpinan, kewarganegaraan, pengalaman
pembangunan professional kepada pelajar untuk Berjaya dalam kurikulum latihan teknikal
(SkillsUSA, 2004). Instrumen ini mengandungi 12 kategori kemahiran yang bersesuaian
dengan kehendak pekerjaan berdasarkan kajian oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat dalam
Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) (Jabatan Buruh Amerika,
1990). 12 kategori termasuklah kemahiran akademik seperti matematik, membaca, menulis
sepertimana digunakan di tempat kerja seperti bagaimana kemahiran memperoleh dan
mengekalkan pekerjaan seperti bidang pembangunan kerjaya, kemahiran aktiviti kerja,
kemahiran ekonomi dan kemahiran berfikir (Mast Ryan, D. 2013).Setiap kategori dijawab
oleh pelajar dengan skala kompetensi 1 hingga 3 (Mast Ryan, D. 2013).Instrumen ini
menggunakan format kertas dan pen dan sebagai sebahagian Program Pembangunan
Profesional (PPP) (Mast Ryan, D. 2013).Setiap unit kemahiran diajar dalam bentuk
kesimpulan oleh sekolah setiap tahun selepas pelajar mendapat pengalaman, perbincangan dan
praktikal sebagai kemahiran yang disenaraikan dalam kurikulum (Mast Ryan, D.
2013).Tujuan instrumen ini dikenalpasti sebagai pendokumentasian PPP, untuk membantu
pelajar menilai kemahiran yang diperoleh dalam pelbagai program kompetensi. Hasil
penilaian ini boleh digunakan sebagai pembangunan portfolio dimana menjadi bukti
kemahiran pelajar yang percaya telah perolehi (SkillsUSA,2004)
Pada tahun 2008, instrument ini telah diadaptasi kepada individu di sekolah
dimasukkan ke dalam kemahiran yang diajar menjadi reflektif dalam 21st century classroom
(Mast Ryan, D. 2013).Daripada 12 kategori, sekolah telah mengkhususkan kepada 5
kemahiran berkaitan dengan persepi kepada pencapaian kemahiran yang berkaitan

memperoleh dan mengekalkan pekerjaan (Mast Ryan, D. 2013). Ia melibatkan 55 soalan yang
menilai tugasan individu (pembolehubah bersandar) dalam skala 1 hingga 5 dimana 1 ditulis
sebagai “Saya telah tidak diajar mengenai perkara ini lagi” dan 5 ditulis sebagai “Saya
memang pakar mengenai perkara ini” (Mast Ryan, D. 2013). Setiap soalan dikenalpasti
sebagai pembolehubah berasingan untuk dipertimbangkan sebagai faktor analisis data (Mast
Ryan, D. 2013).
3.5 RANCANGAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAGI MENILAI
PENCAPAIAN KEMAHIRAN DALAM 21ST CENTURY CLASSROOM
Kaedah pelaksanaan pencapaian kemahiran dalam 21st century classroom ini bermula dengan
guru hanya sebagai fasilitator kepada pembelajar pelajar dan hanya bertindak sebagai pencipta
kepada persekitaran kelas dimana pelajar boleh membangunkan kemahiran yang mereka
perlukan semasa mereka bekerja nanti
(http://www.learningaccount.net/Course_Files/T21C001_055.htm). Manakala pembelajaran
dan pengajaran dilaksanakan dengan pelajar belajar dengan praktikal bukan teori lagi, iaitu
pelajar belajar untuk bertanya dan cuba bekerjasama dengan dunia luar supaya mereka
mempunyai pengalaman selepas meninggalkan kelas (Saxena, 2014). Selain itu, subjek
pengajaran dalam kelas ini bukan sahaja satu subjek sahaja malah dipelbagaikan contoh dalam
kajian ini, walaupun subjek asas adalah kemahiran hidup tetapi bidang hiasan tempat
kediaman berkaitan dengan pengkajian sosial dan vokasional
(http://www.learningaccount.net/Course_Files/T21C001_055.htm) Fokus kepada
pembelajaran pelajar dalam kelas juga berlainan, iaitu bukan kepada mengingat atau
mengeluarkan semula maklumat yang ada tetapi belajar bagaimana ianya dibuat (Saxena,
2014). Dan apabila pelajar menggunakan maklumat yang telah dipelajari, mereka akan
mempersembahkan kandungan utama projek yang telah mereka siapkan (Saxena, 2014).
Pelajar belajar bagaimana bertanya soalan yang betul, bagaimana mereka menjalankan
penyelidikan kaedah penyiasatan, bagaimana mencari jawapan, dan bagaimana mereka
menggunakan maklumat (Saxena, 2014). Kesimpulannya dalam kelas ini yang mewujudkan
pembelajaran berterusan, pelajar mesti melangkaui peranan pelajar dan memasuki dunia
sebenar (Saxena,2014) 5 Kemahiran di atas boleh diperolehi melalui kemahiran pemikiran
aras tinggi apabila guru memberi tema projek dan meminta pelajar melakukan sintesis,
analisis, aplikasi dan penilaian (Saxena, 2014)
3.5.1 KEMAHIRAN PENCARIAN KERJA DAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Selepas menjawab soal selidik SkillsUSA, terdapat mengenai kaedah menghadapi temuduga
dan mencari pekerjaan melalui kuiz yang akan dijawab oleh pelajar dalam kelas 21st century
classroom mengenai menulis resume, temuduga, rangkaian dan kaedah merayu (Seemann, R.,
2009). Kaedah strategi mencari kerja juga direkabentuk oleh pelajar melalui Job Creation
Timeline (Seemann, R., 2009) seperti gambar di bawah:
Projek ini dijalankan oleh pelajar secara berkumpulan atau berdua sahaja dengan kaedah
temuduga online atau skype dengan menanya contoh soalan berikut (Seemann, R., 2009)
1.

Apakah nama anda?

2.

Dimana anda bekerja?

3.

Apakah produk atau perkhidmatan yang syarikat anda jalankan?

4.

Berapakah lama anda sudah bekerja di situ?

5.

Bagaimana anda mengetahui pekerjaan ini?

6.

Apakah yang anda seronok mengenai pekerjaan anda sekarang?

7.

Apakah kesukaran atau cabaran pekerjaan anda sekarang?

8.

Terangkan keadaan biasa tempat kerja anda

9.

Apakah nasihat anda kepada sesiapa yang tertarik kepada pekerjaan anda?

Pelajar diberi masa untuk bertanya antara satu sama lain melalui skype dan menulis di dalam
email atau blog. Selepas pelajar ditemuduga, pelajar diminta memberitahu kepada kelas apa
yang mereka telah pelajari daripada kumpulan masing-masing (Seemann, R., 2009). Pelajar
kemudian diminta mendaftar dalam laman web www.LinkedIn.com dan diberitahu kaedah
menggunakannya, kemudian guru membantu pelajar membuat profile professional secara
online (Seemann,R., 2009). Pelajar juga diminta membuat tugasan mengenai pencarian kerja
di media social seperti Twitter, Facebook, MySpace, Biznik atau lain-lain dan akhirnya
menjalankan “brainstorm” bagaimana menggunakan teknologi seperti email, gajet atau blog
dan dipersembahkan secara berkesan.
3.5.2 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Pelajar diminta menjalankan penilaian personaliti melalui “psychogeometric” oleh Dr. Susan
Dellinger (1996) yang mengenal pasti kepelbagaian personaliti. Dellinger menggunakan
bentuk geometri untuk membezakan dan memahami jenis personaliti iaitu melalui 5 bentuk
geometri iaitu kotak, segitiga, bulat, bengkang-bengkok dan segi empat tempat. Personaliti
kotak adalah suka memberi arahan dan teliti sama dengan segi empat tepat, manakala segi tiga

adalah pantas dan bosan dengan ketelitian, bulat suka meluahkan perasaan dan mengenai
kehidupan, bengkang-bengkok pula penuh dengan tenaga dan tidak suka mengarah (Dellinger,
1996). Pelajar kemudian diminta mencari makna istilah extrovert, introvert, sensing, intuition
dan perceiving dan tugasan mereka adalah mengenai tema penyelesaian masalah,
percanggahan kognitif, persepsi, pembelajaran, konsep kendiri, dan imej sendiri, sikap dan
personality (Dellinger, 1996). Dalam kajian ini lebih menekankan kemahiran komunikasi
antarabangsa, dan tugasan diambil daripada buku Baden Eunson, “Communicating in the 21st
century” digunakan (LAMPIRAN)
3.5.3 KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Bellah et al mengenalpasti kepentingan pendidikan sebagai memberi amaran kepada pihak
universiti atau sekolah yang berfokus kepada “kerjaya individu” yang mana mereka akan
gagal kerana mereka gagal menyediakan percampuran dengan masyarakat atau pendidikan
sivik dan kehilangan keupayaan dengan membantu pelajar membangunkan makna kehidupan
mereka (1985, p. 293). Melalui kaedah teori konstrukvisme Kolb, teknologi yang ada
digunakan untuk pelajar membuat persembahan mengenai komunikasi, “scaffold” dan konsep
kursus di Adtec akan diperkenalkan kepada pelajar melalui perhubungan Skype (Solvie, P &
Kloek, M. 2007) Lawatan akan dilakukan ke Adtec untuk memberi pengalaman sebenar
tentang tempat pekerjaan atau tempat belajar kerana Adtec menyediakan peralatan dan
kemudahan yang memang ada di tempat kerja. Jadi semasa perhubungan Skype dan lawatan
ini, pelajar akan mempelajari kemahiran intelek emosi, ketegasan, kemahiran mendengar,
menyoal, merumus dan bertindak balas yang terdapat kemahiran interpersonal ini ( Baden
Eunson, 2004) (adaptasi soal selidik)
3.5.4 KEMAHIRAN PENYELESAI MASALAH DAN SEBAB
George Polya (1945) memperkenal 5 kaedah kemahiran penyelesai masalah iaitu mengenal
masalah, merancang penyelesaian masalah, mereka bentuk penyelesaian, mencuba
penyelesaian dan memberi penyelesaian. Melalui kaedah ini, pelajar diberi satu tema unjuran
ortografik dan menggunakan 5 kaedah di atas untuk menguasai kemahiran penyelesai masalah
dan sebab (Kimmel et al, 2004) Pelajar diberi rajah di bawah untuk melukis secara online
mengenai unjuran ortografik tersebut setelah diberi pandangan hadapan dan bahagian tepi
(Kimmel et al,2004)
3.5.5 KEMAHIRAN PERNIAGAAN DAN EKONOMI

Mpoyi dan Thomas (2008) menyatakan kepentingan skill global perniagaan adalah untuk
bersifat daya saing dalam bidang perniagaan hari ini, pelajar mesti disediakan dengan
pengurusan organisasi di Negara yang berlainan bahasa, kebudayaan, kepercayaan, sejarah
dan geografi. Kajian ini akan mencuba meminta pelajar mendalami kaedah perniagaan orang
Cina dalam buku Sun Tzu “Art of war” melalui pencarian jurnal dan persembahan mengenai
cara perniagaan orang cina dan memahami cara peperangan juga adalah sama dengan
berniaga (Candela, H. D. 1998)

3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
3.5.1 PENGUMPULAN DATA DEMOGRAFIK DAN SOAL SELIDIK 1
Kajian kemahiran ini menggunakan data yang sedia ada dikumpulkan di sekolah semasa
pengajaran rutin proses penilaian program sekolah. Pengumpulan data dilakukan dengan
pengkaji iaitu guru berada di sekolah di mana data yang telah diperolehi. Responden pelajar
selesai menjawab soal selidik persepsi mengenai 5 kemahiran dalam 21st century classroom
Data mentah telah dikemukakan kepada Pengetua Sekolah untuk tujuan meminta keizinan.
Data yang dikumpulkan adalah yang mempunyai pengkhususan yang tinggi dan berfokus
kepada menyediakan pelajar untuk mengakses pelbagai kerjaya dan bidang teknikal terutama
hiasan tempat kediaman dan laluan pendidikan. Pada masa yang data yang dikumpulkan,
sekolah ini dengan memberi tumpuan kepadamenyediakan pelbagai kerjaya dan laluan
pendidikan teknikal di samping Pentaksiran Tingkatan 1 dalam Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS).
Pelajar-pelajar ini telah melalui satu permohonan yang ketat danproses saringan untuk
mendaftar di sekolah. Data pelajar dikumpulkan pada tahun 2015. Penduduk responden
berjumlah 50 pelajar yang diluluskan, 44 orang pelajar telah menghadiri dengan tujuan
melengkapkan soal selidik ini.

3.5.2PENTADBIRAN DATA
Satu surat meminta kebenaran dihantar kepada pengetua untuk memulakan soal selidik
mengenai penggunaan teknologi, seterusnya meminta keizinan kepada keluarga pelajar

supaya dibenarkan membawa gajet ke sekolah dan disimpan oleh guru atau pengkaji., Pelajar
diberi soal selidik untuk mendapati penggunaan teknologi (pretest) yang diketahui oleh pelajar
sebelum diuji. Pengkaji yang mentadbir soal selidik dengan setiap pelajar ditaksir secara
individu dan kerahsiaan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pelajar sahaja.
Pengkaji akan memberi masa 15 minit untuk pelajar menjawab soal selidik. Pengujian
dilakukan untuk kelas subjek Kemahiran Hidup .Pada mulanya pelajar diminta mengkaji
tentang permasalahan dan pengalaman serta jangkaan mereka dengan menghasilkan projek.
Kemudian pelajar diminta membina resume, surat untuk tujuan bekerja, dan surat
penghargaan. Pembelajaran dan pengajaran dimulakan dengan mencari laman web berkaitan
tema tertentu. Seterusnya 5 kemahiran tersebut diperolehi melalui waktu pembelajaran dan
pengajaran berkumpulan menggunakan teknologi dan dipersembahkan secara maya.
3.6KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DATA
Kajian kuantitatif adalah kajian yang menyediakan asas kepada semua kajian yang
mempunyai penemuan saintifik dan menjadi amalan pengukuran penting (Meehl, 1978;
O’Donohue, 1989).Walaubagaimanapun keupayaan menilai kesahan dan kebolehpercayaan
data yang diperolehi daripada instrument adalah menjadi keutamaan (Cone & Forster, 1991)
Penyelidik bersetuju bahawa salah satu masalah dengan penyelidikan pendidikan berkaitan
dengan kekurangan pengukuran (Wright, 1997) terutama ketidakupayaan untuk mengira
dengan tepat sifat-sifat terpendam atau tidak langsung.Pihak berkepentingan semakin
terpanggil untuk membuat penyelidikan berasaskan saintifik dan menyediakan replika kajian
serta bukti evolusi pengetahuan dari masa ke masa. Ini memerlukan kaedah penyelidikan yang
menunjukkan bukti kesahan dan mencapai ciri-ciri pengukuran yang baik untuk membina dan
bukan bergantung kepada pemerhatian skor yang mentah (Coleman, 2006)

3.6.1 KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK
Kebolehpercayaan adalah ukuran konsisten atau kebolehulangan data instrumen yang
diperlukan untuk menjadi hujah yang sahih dan kuat (Carmines & Zeller, 1979). Sukatan
kebolehpercayaan mencerminkan hubungan antara instrumen data, peserta tertentu dan
konteks alat pengukuran (Aera et al.,1999) Kebolehpercayaan adalah penilai kepada
perkataan “sejauhmana nilai yang berbeza atau pemerhati memberikan anggaran konsisten
bagi fenomena biasa” (Trochim, 2006b, ms. 1) dinyatakan berbeza, maka ia adalah

kebolehpercayaan semua peserta yang berbeza dengan menggunakan ujian yang sama dan
sering digunakan di mana pemerhatian manusia memberikan peluang kepada berat sebelah
apabila pengukuran terdiri daripada kategori pemerhatian sahaja. Apabila skala instrumen
adalah bersifat berterusan, maka skala kebolepercayaan adalah mengira korelasi daripada
purata (Trochim, 2006b) Salah satu langkah yang biasa ialah Kappa Cohen yang menyediakan
skor antara 0, 0-1,0 di mana skor yang rendah menunjukkan bahawa perbezaan adalah hasil
daripada kebetulan (Wood, 2007). Stemler, 2004 mencadangkan perwakilan kebolehpercayaan
yang lebih tepat antara penilai dengan keputusan dengan mengklasifikasikan kepada tiga
anggaran iaitu a)konsensus b) konsisten dan c) pengukuran. Konsesus anggaran adalah
anggapan skor yang dicapai adalah melalui tahap rubrik untuk tingkah laku yang diperhatikan.
Anggaran konsisten membuat anggapan bahawa pemerhati tidak perlu mentafsir penarafan
skala menggunakan cara yang sama asalkan setiap konsisten menggunakan skala fenomena
yang diperhatikan, ini menggunakan pengukuran pekali korelasi pearson. Dan akhir sekali,
anggaran pengukuran bergantung kepada semua maklumat yang diberikan oleh pemerhati
untuk membuat skor ringkasan.Kaedah ini menggunakan analisis komponen utama atau
faktor. (Stemler,2004)

3.6.2 KEBOLEHPERCAYAAN PRE-TEST DAN POST-TEST
Kebolehpercayaan ini adalah melibatkan langkah-langkah yang konsisten dari satu
pentadbiran instrument pertama kepada pentadbiran instrument kedua (Sprinthall,2007). Ini
mengganggap tiada perubahan yang ketara dalam ujian yang berlaku antara pentadbiran yang
pertama dan seterusnya (Trochim, 2006b).Kaedah ujian ini adalah paling mudah dan teknik
kebolehpercayan yang paling intuitif, korelasi secara langsung dan selang masa antara ujian
dan nilai kebolehpercayaan yang perlu dipertimbangkan (Sprinthall, 2007).Kesan pengukuran
amalan atau ujian menunjukkan sesetengah responden boleh menghabiskan masa ujian
berfikir atau belajar untuk lebih menjawab soalan-soalan boleh menyebabkan perbezaan tidak
rawak (Sprinthall, 2007).Tetapi factor pelajar lesu atau keletihan boleh menyebabkan
perbezaan dalam keputusan (Sprinthall, 2007).Untuk kajian ujian, pekali korelasi yang sesuai
adalah ukuran statistik (Rummel, 1976).
3.6.3 KESAHAN
“ Untuk ujian yang melibatkan praktikal, ia mesti bukan sahaja boleh dipercayai tetapi ia
mesti juga sah” (Sprinthall, 2007, p. 514). Menurut Piawaian Pendidikan dan Psikologi Ujian

(1999), kesahan ditakrifkan sebagai “ijazah untuk semua bukti yang terkumpul menyokong
tafsiran yang dimaksudkan bagi markah ujian dan niat yang dimaksudkan (Persatuan
Psikologi & Majlis Kebangsaan Pengukuran dalam Pendidikan, Amerika 1999, p.11)
(Wilkinson, 1999) Kesahan adalah pertimbangan asas dalam membangunkan penilaian dan
menggunakan data yang dikumpul (Aera et al, 1999) dan syarat yang perlu jika ujian adalah
digunakan untuk membuat kesimpulan berdasarkan kepada markah (Aera et al,1999). Kajian
teori kesahihan memberi tumpuan kepada tiga jenis kesahan iaitu kandungan, kriteria dan
membina kesahan (Cizek, n.d., 1999). Kesahan kandungan menyatakan kadang-kadang tidak
mempunyai ciri-ciri bukan statistik tetapi berdasarkan logik dan akal untuk menentukan sama
ada item ujian mewakili domain umum yang direka untuk dinilai (Sprinthall, 2007). Untuk
kesahan, domain yang diwakili mesti dikenal pasti dan perkara yang dipilih adalah rawak dan
tepat (Key, 1997). Sebagai contoh, jika ujian yang sepatutnya mengukur pencapaian
kemahiran, ia harus mencerminkan perkara yang dikenal pasti dalam domain dan bukan atas
sifat bertulis seperti kekemasan atau kreativiti. Manakala kesahan kriteria, adalah menentukur
instrumen terhadap standard yang diketahui atau menentukan kehadiran atau ketiadaan satu
atau lebih kriteria yang mewakili sifat yang postitif (Key, 1997). Dua jenis kesahan kriteria,
serentak dan ramalan, iaitu mengukur sama ada instrumen yang sedang diuji berdasarkan
kriteria bebas (Sprinthall, 2007). Apabila skor ujian dibandingkan dengan sebelum ujian, ia
dikenali sebagai kesahan serentak. Apabila kaedah menggunakan masa dengan menentukan
sejauh mana yang boleh digunakan untuk meramalkan tingkah laku masa depan atau prestasi
ia dikenali sebagai ramalan (Sprinthall, 2007). Teori kesahihan moden memberi tumpuan
kepada menyokong tafsiran atau kesimpulan yang dibuat daripada data penilaian berkenaan
teori yang dikaji, semua yang sah dianggap konstruk kesahan (Cizek, nd. 1999). Konstruk
adalah label yang mentakrifkan sifat atau tingkah laku manakala yang sering tidak
diperhatikan, dengan anggapan individu mempunyai integriti. Kesahihan membina digunakan
apabila tiada kriteria atau kandungan diterima sebagai mencukupi sepenuhnya untuk
menggambarkan kualiti yang diukur (Whitmore et al,2001)
3.7ANALISIS DATA
3.7.1 ANALISIS INSTRUMEN
Pemilihan kaedah analisis data harus berhati-hati untuk dipertimbangkan berdasarkan
penyelidikan yang khusus sedang dijalankan (Trochim, 2006b).

Soal selidik sebelum eksperimen menggunakan skala likert untuk mengetahui persepsi pelajar
mengenai 5 kemahiran dalam 21st century classroom. Jadi, data yang cuba didapat adalah min
dan sisihan piawai supaya kesahan data dapat diketahui. Ianya menjadi data kawalan.(pretest)
Soal selidik pertama selepas eksperimen juga menggunakan skala likert untuk mengetahui
pencapaian 5 kemahiran pelajar dalam 21st century classroom. Jadi, data yang cuba didapat
adalah min dan sisihan piawai supaya kesahan data dapat diketahui. Ianya akan menjadi data
utama (post test). Perbandingan pretest dan post test ini akan diukur Statistical Package for the
Social Sciences (spss) melalui data korelasi MANOVA (Voogt, J., & Roblin, N. P.,2010)

BIBLIOGRAFI
AERA, A. NCME (American Educational Research Association, American Psychological
Association, & National Council on Measurement in Education).(1999). Standards for
educational and psychological testing
Alba, J., Lynch, J., Weitz, B., Janiszewski, C., Lutz, R., Sawyer, A., & Wood, S. (1997).
Interactive home shopping: consumer, retailer, and manufacturer incentives to participate in
electronic marketplaces. The Journal of Marketing, 38-53.
Ambar, E. S. B. (2010). Tinjauan pasaran di Zon Selatan Program Ijazah Sarjana Muda
Sains dan Pendidikan (Matematik) anjuran Fakulti Pendidikan, UTM (Doctoral dissertation,
Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education).
American Management Association.(2010). AMA 2010 critical skills survey.Executive
Summary.Retrieved October, 25, 2010.

Anderson, J. S., Lampl, I., Gillespie, D. C., & Ferster, D. (2000).The contribution of noise to
contrast invariance of orientation tuning in cat visual cortex.Science, 290(5498), 1968-1972.
A Rahim, N. (2013).Penggunaan mobile learning (m-learning) untuk tujuan pembelajaran
dalam kalangan pelajar kejuruteraan UTHM (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia).
Basir, K. (1996). Cara Membina Pendidikan Vokasional Berasaskan Kecekapan. Penerbit
UTM.
Blair, N. (2012). Technology integration for the new 21st century learner.National Association
of Elementary School Principles, 8-13.
Bennett, R. J., & Robinson, S. L. (2000).Development of a measure of workplace
deviance.Journal of applied psychology, 85(3), 349.
Buang, N. A., & Yap, P. M. (2012).Kesediaan guru-guru perdagangan di wilayah persekutuan
dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek pengajian
keusahawanan.Jurnal Teknologi, 37(1), 1-16.
Buntat, Y. (2006). Kemahiran" employability"(soft skills) dan k