teknik penulisan menurut surah yusuf dal (1)

1

BAB I

PENDAHULUAN

Penulisan novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia pada masa kini mula mendapat
perhatian pembaca dan juga peminat novel umumnya. Penulisan novel fiksyen sejarah
Islam juga khususnya mula mendapat tempat di pasaran dan setanding dengan novelnovel yang bukan bertemakan penulisan sejarah. Penulisan novel fiksyen sejarah
Islam tidak boleh dipandang remeh kerana novel ini mempunyai daya tarikan
tersendiri yang mampu mempengaruhi pemikiran pembaca sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung. Sehubungan dengan itu, dengan penulisan novel fiksyen
sejarah Islam dapat memberi satu nafas atau usaha yang baru dalam bidang penulisan
dan menjadi salah satu medium dalam menanamkan sifat suka membaca bahan-bahan
ilmiah dan boleh menambah sedikit pengetahuan tentang sejarah Islam melalui
pembacaan novel.
Hal ini demikian kerana, penulisan novel sejarah fiksyen Islam berbeza
dengan penulisan artikel ilmiah. Seperti yang dinyatakan dalam Berita Harian Online,
antara novel paling laris di pasaran kini ialah yang berunsur sejarah. Bukan sahaja
diulang cetak berkali-kali, imbuhan menulis novel sejarah juga mencecah nilai ratusan
ribu ringgit. Fenomena itu bagaimanapun terhad kepada novel sejarah Islam,

manakala novel sejarah Melayu tidak endapat sambutan sehebat itu dan tidak ramai
pengarang

yang

menangani

novel

sejarah

Melayu

(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Novelsejarahlubukduit/Article/cetak).
Novel fiksyen sejarah Islam muncul bermula tahun 2007 yang telah ditulis dihasilkan
oleh para novelis fiksyen sejarah Islam di Malaysia. Antara novelis fiksyen sejarah

2

Islam yang terkenal ialah Abdul Latip Talib, Zahirudin Zabidi, Al-Ghazali Sulaiman

dan lain-lain. Novel-novel yang telah dikarang oleh para novelis ini juga telah diulang
cetak beberapa kali oleh pihak percetakan bagi memenuhi kehendak pasaran.

1.1

LATAR BELAKANG KAJIAN

Novel adalah satu genre sastera yang muncul selepas daripada kemunculan puisi, epik
dan mengalami transformasi makna. Jika maksud novel itu dibuat tanpa
memperhitungkan perubahan dan pemantapan teorinya, pasti akan timbul kekeliruan
kerana novel mempunyai pelbagai istilah. Novel berasal daripada perkataan bahasa
Inggeris yang merujuk maksud kata sifat iaitu baru, baru diperkenalkan, luar biasa
atau jenis yang dahulunya tidak diketahui. Dalam bidang sastera novel dikenali
sebagai cerita panjang yang ditulis dalam bentuk prosa. Menurut Hollman dan
Harmon, istilah novel dalam bahasa (sastera) Inggeris adalah setara dengan istilah
novella, satu genre sastera Itali yang berupa cerita-cerita realistic yang pendek dan
padat pada zaman pertengahan (Mohammad Saleeh 2005: 2). Unsur novel yang
disepakati ialah realisme. Dunianya mestilah alam yang nyata, dapat dilihat dengan
mata kasar, latar waktu juga jelas. Watak-wataknya ialah manusia biasa yang
menjalani kehidupan biasa dengan segala keragaman sikap. Peristiwanya boleh jadi

yang pernah berlaku tetapi munasabah atau menurut tabii. Kisahnya boleh berlaku
pada sahabat ataupun diri sendiri (Mohammad Saleeh 2005:8).
Novel dan sejarah mempunyai titik persamaan iaitu iaitu menceritakan tentang
kisah manusia di alam nyata. Contohnya karya Herodutus tentang Perang Parsi
dianggap bersifat sejarah kerana isinya mengisahkan tentang manusia sebenar di
Yunani. Sejarah dihasilkan dengan niat untuk menggambarkan masa lalu secara
sebenar-benarnya. Oleh itu, penulisan sejarah akan dinilai berdasarkan ketepatan,
kebenaran, ketetapan sesuatu fakta itu. Menurut kamus Webster “ …historical novel
is a novel having it setting a period of history and usually introducing some historical
personage and events”. Oleh itu, novel sejarah itu bermaksud sebuah novel yang
mempunyai ketetapan tempoh sejarah dan memperkenalkan beberapa tokoh sejarah
dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku. Melalui definisi yang diberi terdapat
ciri penting berkaitan dengan novel sejarah iaitu kewujudan watak-watak dan

3

peristiwa sejarah. Dengan ini, jelaslah bahawa novel sejarah bukan seperti novel
imaginasi biasa yang dicipta tanpa merujuk kepada sejarah. Kehadiran perkataan
“sejarah” itu menentukan bahawa pembuktian fakta mesti dilakukan dan “novel”
memberi ruang untuk imaginasi atau rekaan. Ada pendapat mengatakan novel sejarah

ialah narrative yang membentangkan berkaitan dengan sesuatu zaman atau geerasi
secara jujur (Mohammad Saleeh 2005:28-29).
Mutakhir ini, novel fiksyen sejarah semakin mendapat tempat dalam kalangan
pembaca di Malaysia. Novel fiksyen sejarah Islam mula berkembang di Malaysia pada
tahun 2007. Kemunculan novel fiksyen sejarah Islam telah menarik minat pembaca
sama ada dari golongan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah, pelajar
institut pengajian tinggi dan lain-lain. Antara novelis sejarah Islam popular yang
mempelopori bidang ini Abdul Latip Talib. Hasil penulisan beliau semakin diminati
oleh semua golongan. Dilaporkan beliau telah banyak menghasilkan novel sejarah
Islam sehingga diulang cetak beberapa kali untuk memenuhi kehendak pembaca.
Novel hasil penulisan beliau yang telah diulang cetak ialah Salahudin Penakluk
Jerusalem. Menurut Abdul Latip sendiri, novel ini telah diulang cetak sebanyak 16
kali, beliau menulis novel ini pada tahun 2005 dan diterbitkan pada tahun 2007. Novel
ini berjaya menarik minat pembaca kerana tokoh yang dipilih oleh Abdul Latip iaitu
Salahudin Al-Ayubi dikenali ramai dengan penaklukan beliau terhadap Jerusalem
ketika berlakunya perang salib (Abdul Latip Talib 2012). Novelis sejarah Islam selain
daripada Abdul Latip ialah Zahiruddin Zabidi, karya beliau Rabiatul Adawiyah :
Perindu Cinta Abadi diterbitkan pada tahun 2010. Selain itu Al Ghazali Sulaiman dan
karya beliau Abu Zhar Al-Ghifari : Pembela Golongan Miskin yang diterbitkan pada
tahun 2011.

Teknik atau metode penulisan adalah aspek penting bagi penghasilan sesebuah
karya tidak kiralah novel mahupun puisi atau drama. Pemilihan teknik penulisan bagi
sesuatu

karya

akan

mempengaruhi

pemikiran

pembaca

sekiranya

novelis

menggunakan teknik yang betul. Kebanyakan novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia,
novelis meggunakan pelbagai teknik penulisan supaya karya yang dihasilkan

mempunyai daya tarikan tersendiri. Antara teknik yang diaplikasi oleh para novelis
ialah teknik penulisan tulang ikan Berdasarkan diagram sebab dan akibat (Diagram

4

Tulang Ikan), dapat dirumuskan teknik penulisan tulang ikan ini mempunyai empat
langkah bagi menimbulkan permasalahan. Pertama, menentukan persoalan atau
permasalahan bagi sesebuah situasi. Contoh persoalan yang ditimbulkan ialah
minuman kopi yang tidak enak. Kedua, mencari faktor utama yang mempengaruhi
kepada persoalan tersebut. Contohnya, minuman kopi yang tidak enak itu disebabkan
oleh apa? Adakah cara pembuatan? Bahan? Tempat? Orang? Ataupun linkungan
(suasana)?. Ketiga, mencari dan memperinci lagi faktor yang berkaitan dengan faktor
utama yang telah diberi. Misalnya, faktor tempat. Adakah ukuran dan ruang sesuatu
tempat itu mempengaruhi minuman kopi yang tidak enak? Ataupun kebersihan tempat
yang menyediakan minuman kopi tersebut? Keempat, faktor utama akan ditemui
melalui

perbincangan

ataupun


undian.

(http://www.google.com.my/url?

sa=t&rct=j&q=teknikpenulisantulangikan&source=web&cd=6&ved=0CFQQFjAF&u
rl=http%3A%2F%2Fsrikumalaningsih.files). Oleh itu, teknik penulisan tulang ikan
dimulakan dengan menentukan prioriti masalah. Bila timbul banyak masalah, maka
perlu diteliti masalah yang paling penting untuk dikaji. Dapat disimpulkan melalui
teknik ini, novelis perlu mewujudkan sesuatu persoalan yang utama sebagai pencetus
idea bagi memulakan penulisan novel.
Berbeza dengan teknik penulisan surah Yusuf yang juga digunakan oleh
novelis novel fiksyen sejarah Islam. Teknik penulisan surah Yusuf mempunyai rumus
teori yang tersendiri. Antaranya, kisah benar. Novelis hendaklah memilih kisah benar
yang benar-benar berlaku bukan semata-mata rekaan sama seperti kisah Nabi Yusuf.
Sesebuah cerita atau novel akan menjadi indah sekiranya novelis mengetengahkan
kisah benar dalam penulisan. Kedua, tema utama dalam sesebuah penulisan itu
hendaklah bertema kekeluargaan kerana kisah tentang kekeluargaan akan sentiasa
relevan dan tidak luput sampai bila-bila. Ketiga, watak utama mestilah seorang lelaki,
watak perempuan hanya dianggap sebagai sesuatu keindahan dalam sesebuah karya.

Keempat, jumlah watak dalam sesebuah penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 20
orang supaya cerita itu akan menjadi kompleks dan lebih mengasyikkan para pembaca
jika dibandingkan dengan kisah yang dalamnya hanya terdapat dua tiga orang watak
sahaja. Kelima, untuk menghasilkan cerita yang menarik, novelis juga perlu
mewujudkan watak-watak jahat akan tetapi tidak perlu terlalu jahat kerana akan
memberi kesan terhadap keindahan sesebuah cerita. Seterusnya, dalam teknik

5

penulisan surah Yusuf tidak mempunyai babak percampuran antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim. Rumus terkahir, ragam bahasa yang digunakan
adalah bahasa yang tinggi kerana ayat al-Quran disampaikan menggunakan Bahasa
Arab Tinggi dan tidak bercampur dengan bahasa asing (Ainon Mohd 2011: 13-17).
Apakah yang dimaksudkan dengan teknik penulisan surah Yusuf? Teknik
penulisan surah Yusuf ialah satu teknik yang diaplikasi dari surah Yusuf iaitu surah
yang ke-12 dalam al-Quran. Kitab al-Quran penuh dengan pelbagai cerita, daripada
cerita yang ringkas kepada cerita yang panjang. Hal ini menunjukkan cerita menjadi
alat penting bagi menyampaikan sesuatu mesej (http://sasteraislami.blogspot.com/).
Teknik penulisan surah Yusuf ini telah dimulakan oleh Puan Ainon Mohd iaitu
pengasas PTS (Professional Training Centre) dan dibantu dengan Encik Faris

Abdullah. Mereka telah membuat kajian ke atas surah Yusuf ini dan telah mendapati
terdapat banyak keistimewaan dalam surah ini. Antara penemuan mereka ialah jumlah
ayat surah Yusuf adalah 111 ayat dan nabi yang paling banyak ayat berkenaan dengan
kisah hidupnya. Kisah Nabi Yusuf kisah yang paling lengkap berkenaan sejarah
hidupnya bermula dari beliau kecil sehinggalah dewasa. Berbeza dengan ayat-ayat
berkenaan kisah nabi lain yang tidak terkumpul dalam surah yang dinamakan dengan
nama masing-masing. Selain itu, cerita berkenaan Nabi Yusuf dimulakan dengan ayat
prolog yang bermaksud, “ Kami sampaikan kepadamu, wahai Muhammad, sebuah
kisah yang paling indah”. Ayat ini telah membayangkan bahawa sebuah cerita indah
itu mempunyai ciri-ciri yang terdapat jalan cerita, perwatakan, gaya penceritaan dan
gaya bahasa yang digunakan dalam surah Yusuf (http://sasteraislami.blogspot.com/).
Dalam teori sastera Islami aliran surah Yusuf, segala maklumat yang
disampaikan dalam surah itu adalah kisah benar iaitu realiti. Jadi surah Yusuf
menceritakan hanyan yang benar sahaja, justeru peristiwa abang-abang yang sanggup
membunuh adik sendiri disebabkan berebut kasih sayang dan peristiwa perempuanperempuan Mesir yang terpesona apabila memandang Nabi Yusuf sehingga mereka
tidak sedar telah melukai jari mereka sendiri (http://sasteraislami.blogspot.com/).
Menurut Puan Ainon, definisi sastera Islam itu perlu berdasarkan unsur-unsur dan ciriciri formal yang bersifat spesifik pada karya sastera itu sendiri bukan berdasarkan
faktor latar belakang penulis. Bagi tujuan menetapkan unsur-unsur dan ciri-ciri yang

6


membezakan karya sastera Islam dan bukan Islam, maka unsur itu perlu digali
daripada al-Quran. Hal ini yang cuba dilakukan dengan mengemukakan gagasan awal
yang dinamakan teori dan teknik surah Yusuf (Ainon Mohd 2011: 5).
1.2

PERMASALAHAN KAJIAN

Kemunculan novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia merupakan satu fenomena yang
berlaku di luar jangkaan kerana selalunya novel yang bergenre sejarah kurang
mendapat perhatian daripada golongan pembaca. Tetapi, seperti yang sedia maklum,
pada tahun 2007 Kemunculan sebuah karya iaitu novel fiksyen sejarah Islam yang
ditulis oleh Abdul Latip Talib telah mula menarik minat pembaca terhadap genre
fiksyen sejarah Islam ini dan novel yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Salahudin
Penakluk Jerusalem. Dapat dilihat di sini, kemunculan novel yang ditulis oleh Abdul
Latip ini telah menjadi satu penanda aras wujudnya novel-novel fiksyen sejarah Islam
di Malaysia dan mula mendapat perhatian daripada kalangan pembaca.
Permasalahan yang cuba ditimbulkan dalam kajian ini ialah bagaimana para
novelis fiksyen sejarah Islam boleh menghasilkan karya-karya yang berunsurkan
sejarah sehingga penggemar novel fiksyen sejarah Islam semakin meningkat? Hal ini

mungkin disebabkan teknik penulisan yang diaplikasi dalam penghasilan karya para
novelis

fiksyen

sejarah

Islam

di

Malaysia

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm).. Buktinya,
dalam Utusan Malaysia, artikel yang ditulis oleh Dr.Talib Samat menyebut,
“kekreatifan dan kelajuan Abdul Latip Talib menghasilkan karya novel
fiksyen sejarah Islam ada kaitannya dengan penggunaan teknik
penulisan surah Yusuf yang terdapat dalam al-Quran dan teknik
penulisan tulang ikan yang digunakan oleh penulis-penulis PTS
(Professional Training Centre)”
Oleh itu, kajian ini lebih memfokuskan tentang teknik penulisan surah Yusuf
dan pengaplikasiannya dalam novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia.

7

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam membuat kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin
dicapai dalam kajian. Antaranya
1

memperihalkan gagasan konsep teknik surah Yusuf dalam penulisan novel
fiksyen sejarah Islam di Malaysia

2

menilai metode aplikasi teknik surah Yusuf dalam penulisan beberapa
karya novel fiksyen sejarah Islam yang terpilih

1.4

METODE KAJIAN

Dalam penulisan ini, pengkaji menggunakan beberapa jenis metode kajian seperti :
1

menganalisis beberapa dokumen yang berupa, buku-buku, jurnal berkaitan
dengan tajuk kajian

2

kajian sejarah iaitu penulisan secara kronologi daripada umum kepada yang
khusus

3

sejarah lisan atau lebih diketahui sebagai wawancara, temubual yang dilakukan
untuk mendapatkan maklumat daripada tokoh-tokoh sejarah

1.5

KAJIAN LITERATUR

Terdapat pelbagai rujukan yang boleh digunakan setelah pengkaji membuat tinjauan
kajian kepustakaan. Di sini akan disertakan beberapa buah rujukan yang boleh
digunakan dalam latihan ilmiah ini
Pertama, pengkaji menggunakan jurnal Estetika dalam Surah Yusuf yang
ditulis oleh Dr. Zulkarnain Mohamed. Dalam artikel ini, penulis menyentuh tentang
aspek estetika yang terdapat dalam surah Yusuf. Penulisan beliau ini bertujuan untuk
membuktikan kekuatan konsep ahsan al-qasas iaitu cerita yang paling menarik seperti
yang diungkapkan di awal surah tersebut. Seterusnya, artikel ini juga bertujuan untuk

8

menganalisa aspek-aspek keindahan tersebut untuk dijadikan panduan penulisan prosa
kreatif iaitu novel, novelet dan cerpen yang berjiwa Islam. Selain itu, dalam artikel ini
juga cuba mengetengahkan konsep penulisan kreatif tersebut dalam arus pasca
modenisme yang sedang mencari nilai kebenaran alternative bagi mengganti
ketidaktentuan nilai yang terdapat dalam arus penulisan modenisme. Menurut artikel
ini, surah Yusuf wajar dijadikan model bagi karyawan Islam semasa dan juga sesuai
dikembangkan dalam arus pasca modenisme. Antara persoalan yang ditimbulkan
dalam artikel ini ialah keindahan balaghah, komposisi, mesej, perbandingan cerita
Yusuf dalam al-Quran dengan yang terdapat dalam Bible dan kesan cerita Yusuf
terhadap karya sasterawan Muslim (Zulkarnain Mohamed 2003 3-4).
Rujukan kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah buku Panduan Menulis
Novel Teknik Surah Yusuf yang telah ditulis oleh Puan Ainon Mohd. Beliau adalah
Pengerusi Syarikat Kumpulan PTS (Professional Training Centre). Beliau banyak
mengendalikan bengkel-bengkel penulisan bagi mendorong dan melatih kumpulan
penulis PTS serta berjayaaa melahirkan ramai penulis bestseller dengan menggunakan
teknik surah Yusuf. Terdapat pendekatan mudah bagi menghasilkan novel-novel yang
bermutu tinggi dalam buku ini dan menjadi kegemaran pembaca. Teori dan teknik
penulisan novel yang dikemukan dalam buku ini telah digali dan dikaji daripada ayatayat yang terdapat dalam surah Yusuf dan teori yang terdapat dalam surah Yusuf
dijadikan model bagi penghasilan novel yang indah dan tahan lama di pasaran. Buku
ini juga memuatkan tiga fungsi sastera yang terdapat dalam surah Yusuf iaitu
mengajak pembaca berfikir, menyampaikan peringatan Tuhan kepada pembaca dan
menyampaikan pelajaran. Terdapat dua aspek yang perlu diambil kira dalam teori
surah Yusuf iaitu aspek halal haram dalam karya serta faktor-faktor dan ciri-ciri
keindahan dalam karya (Ainon Mohd 2011:8-12).
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini terdapat beberapa rumus pentig
dalam teori dan teknik surah Yusuf yang dimuatkan dalam buku ini iaitu kisah benar,
tema berunsurkan kekeluargaan, watak utama adalah lelaki, tempoh cerita yang
panjang, jumlah watak lebih 20 orang, watak jahat, tiada babak percampuran lelaki
dan perempuan bukan muhrim dan bahasa yang digunakan ragam bahasa tinggi
(Ainon Mohd 2011:13-17). Selain itu, teknik penulisan surah Yusuf lebih banyak

9

menggunakan teknik dialog dalam menghasilkan novel. Hal ini kerana, novel yang
menggunakan banyak dialog lebih mudah dan laju dibaca berbanding novel yang
banyak menggunakan ayat naratif (Ainon Mohd 2011:156).
Di samping itu, pengkaji juga menggunakan lima buah novel fiksyen sejarah
Islam untuk dikaji sejauh mana penggunaan teknik surah Yusuf dalam penulisan novel
fiksyen sejarah Islam tersebut. Pengkaji memilih dua buah novel hasil penulisan
Abdul Latip iaitu Perang Uhud Catatan Duka Tentera Islam dan Hijrah Permulaan
Sebuah Kegemilangan. Berdasarkan kedua-dua novel ini, boleh dikatakan novelis
tidak menggunakan keseluruhan teknik surah Yusuf dalam novel beliau. Menurut
Abdul Latip Talib, beliau hanya menggunakan teknik surah Yusuf dalam penulisan
novelnya dengan kadar 70 peratus dan tidak mengikuti keseluruhan teknik penulisan
tersebut (Abdul Latip 2012). Jika dilihat kembali pada rumus teknik surah Yusuf
antara rumus yang diketengahkan ialah kisah benar. Kedua-dua novel ini seperti yang
sedia maklum, terdapat kisahnya dalam sejarah Islam. Contohnya novel Hijrah,
novelis memulakan penceritaan dengan tahun gajah yang mana tahun Nabi
Muhammad saw dilahirkan serta berlakunya peristiwa kota Mekah diserang oleh
tentera Abrahah yang mencemburui Kaabah pada ketika itu telah menjadi tumpuan
kepada para pengunjung berbanding dengan al-Qalisy yang dibinanya di kota Sana’a.
Kemudian diteruskan lagi dengan penceritaan berkaitan kelahiran Nabi Muhammad
saw dan kehidupan baginda sebelum dan selepas menjadi Rasul. Selepas itu,
berlakulah penghijrahan Nabi Muhammad saw ke kota Madinah dan baginda telah
berjaya menjadikan Madinah sebagai sebuah Negara maju.
Begitu juga dengan novel Perang Uhud Catatan Duka Tentera Islam, kisahnya
terdapat dalam sejarah Islam. Perang Uhud berlaku pada 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah
iaitu antara pasukan Quraisy bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb dan pasukan
muslimin iaitu bawah pimpinan Nabi Muhammad saw sendiri. Dalam Perang Uhud ini
kemenangan berpihak terhadap pihak Quraisy kerana segelintir pihak tentera
muslimin tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad saw.
Selain itu, dalam peperangan ini juga syahidnya saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib
iaitu bapa saudara Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw juga mengalami lukaluka di bahagian muka dan gigi baginda patah. Novelis membuka cerita dengan

10

perbualan antara Abu Sufyan bin Harb dan Ubaid tentang kekalahan yang dialami
oleh pihak Quraisy dalam perang Badar (Abdul Latip 2010:2). Mereka juga berbual
tentang pengumpulan semula tentera supaya dapat menebus kekalahan di pertempuran
Badar. Seterusnya, dilanjutkan dengan persiapan peperangan yang dilakukan oleh
kedua pihak sehinggalah berlakunya peperangan di Uhud yang dimenangi oleh pihak
tentera Quraisy.
Novel yang seterusnya yang dipilih oleh pengkaji ialah novel hasil novelis
Zahiruddin Zabidi iaitu Rabiatul Adawiyah Perindu Cinta Abadi yang diterbitkan
pada tahun 2010. Bagi pendapat pengkaji novel ini hampir 90 peratus menggunakan
teknik surah Yusuf. Keseluruhannya, jika dilihat secara kasar hampir semua rumus
teknik surah Yusuf terdapat dalam novel beliau. Contohnya, dalam menghasilkan
sesebuah karya yang indah itu memerlukan satu tempoh atau jalan cerita yang panjang
seperti kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran yang bermula dari beliau masih kecil
sehingga menjadi pemerintah Mesir. Begitu juga dengan kisah Rabiatul Adawiyah
yang telah dinukilkan oleh novelis. Ceritanya bermula ketika Rabiatul Adawiyah
masih lagi berada dalam kandungan ibunya. Ayah Rabiatul Adawiyah iaitu Ismail
Adawiy menenangkan isterinya yang berasa sedih dengan kemiskinan yang dialami
oleh mereka. Tambahan lagi dengan bakal kelahiran anak mereka. Tetapi Ismail
sentiasa bersabar dan beranggapan setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Selepas Rabiatul Adawiyah dilahirkan, beliau membesar menjadi seorang
kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak lain. Beliau tidak selalu bergaul dan
bermain dengan kanak-kanak lain, beliau lebih menghabiskan masa dengan menimba
ilmu pengetahuan agama bersama ayahnya. Ketika beliau masih kecil, beliau telah
diculik oleh sindiket penculikan budak-budak dan kemudiannya telah dibeli oleh
seorang lelaki untuk dihadiahkan kepada isterinya dijadikan sebagai hamba. Rabiatul
Adawiyah membesar di rumah tersebut dengan penuh kesabaran dan kecintaan
terhadap Allah sehinggalah beliau dibebaskan. Kemudian cerita diteruskan lagi oleh
novelis, Rabiah menjadi wali Allah yang hanya mengabdikan dirinya kepada Allah
sahaja. Banyak pinangan yang ditolak oleh beliau, termasuk pinangan dari Sultan
Muhammad Bin Sulaiman iaitu raja Basrah pada ketika itu. Novel ini diakhiri dengan
pemergian Rabiatul Adawiyah yang ketika itu ditemani oleh anak muridnya Abdah

11

Bin Abi Syawal (Zahiruddin 2010:267). Tempoh cerita yang panjang dalam novel ini
telah menarik minat para pembaca untuk mengetahui dan membuatkan para pembaca
tertanya-tanya perkara apa yang berlaku terhadap Rabiatul Adawiyah.
Novel keempat yang dipilih ialah Hamzah Bin Abdul Mutalib Penghulu Para
Syuhada hasil penulisan Al-Ghazali yang diterbitkan pada tahun 2012. Pengkaji
berpendapat dalam novel ini juga terdapat penggunaan teknik surah Yusuf.
Contohnya, pemilihan watak utama ialah lelaki. Novelis memilih watak saidina
Hamzah Bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara kepada Nabi Muhammad saw. Hamzah
Bin Abdul Mutalib dilahirkan hasil perkahwinan antara Abdul Mutalib dan Halah
Binti Uhaib (Al-Ghazali 2012:24). Hamzah Bin Abdul Mutalib dilahirkan dua tahun
lebih awal daripada peristiwa angkatan tentera Abrahah menyerang Mekah. Beliau
sering dianggap sebaya seperti Nabi Muhammad saw (Al-Ghazali 2012:37). Hamzah
Bin Abdul Mutalib juga dikira saudara sesusuan Nabi Muhammad saw kerana beliau
juga pernah disusukan oleh Tsuaibah (Al-Ghazali 2012: 40). Hamzah Bin Abdul
Mutalib memeluk agama Islam di rumah Arqam Bin Abi Arqam dalam bulan
Muharam dan telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Nabi Muhammad
saw. Berita pegislaman beliau tersebar luas ke seluruh pelosok kota Mekah dan
kemasukan Hamzah menguatkan lagi semangat orang Islam mempertahankan
keimanan mereka.
Perwatakan Hamzah Bin Abdul Mutalib yang digambarkan oleh novelis ialah
seorang pemuda Quraisy yang hanya berminat dengan ilmu pertarungan dan lebih
banyak menghabiskan masanya dengan memburu binatang liar. Beliau juga sangat
mahir bergusti, menunggang kuda dan bermain senjata. Selain itu, kegagahan
perwatakan Hamzah Bin Abdul Mutalib digambarkan apabila beliau menyertai setiap
peperangan yang diikuti Nabi Muhammad saw dan diberikan peranan penting dalam
peperangan. Di samping itu, semasa Perang Badar, Hamzah Bin Abdul Mutalib
berjaya membunuh al-Aswad Bin Abdul Asad al-Makhzumi yang mahu mensabotaj
kawasan takungan air orang Islam. Hamzah juga berjaya menumpaskan ramai tentera
Quraisy termasuklah Thuaimah Bin Adi dan dua orang anak lelaki Rabiah Bin Abdu
Syams. Hamzah Bin Abdul Mutalib telah gugur syahid ketika Perang Uhud yang
mana beliau telah diserang dari belakang oleh seorang hamba yang bernama Wahsyi.

12

Beliau diserang dengan tombak dan telah mengalami kecedaraan parah di perut
sehingga menyebabkan beliau meninggal dunia pada ketika itu juga. Hamzah Bin
Abdul Mutalib meninggal pada 11 Syawal tahun ketiga Hijrah ketika berusia 56
tahun.
Novel terakhir yang dipilih untuk kajian ini ialah novel Tok Kenali
Pembangun Pemikiran Umat Islam hasil penulisan Hayati Ridhwan dan diterbitkan
pada 2011. Pada pendapat pengkaji, novel ini juga sama seperti beberapa buah novel
di atas hampir keseluruhannya menggunakan teknik surah Yusuf. Bermula daripada
kisah yang diceritakan adalah kisah benar yang memang terdapat dalam sejarah. Nama
sebenar Tok Kenali ialah Muhammad Yusuf Bin Ahmad dan beliau adalah antara
ulama yang terkenal dalam membangunkan pemikiran umat Islam. Tempoh
penceritaan dalam novel ini memakan masa yang begitu lama iaitu bermula cerita
sebelum Tok Kenali dilahirkan lagi. Ibunya, Fatimah dikahwinkan dengan seorang
pemuda kampung pilihan ayahnya iaitu Ahmad. Perwatakan Ahmad yang rajin dan
selalu berjamaah di surau telah menarik minat Tok Leh untuk dijadikan menantu.
Penceritaan dalam novel diteuskan dengan kelahiran Awang Kenali yang membesar
menjadi budak yang luar biasa dan apabila meningkat dewasa melanjutkan pengajian
ke Mekah kemudian kembali ke kampung untuk mendidik para penduduk di situ.
Selain daripada itu, jumlah watak yang diwujudkan dalam novel ini melebihi 20
orang. Watak yang ramai akan menghidupkan lagi sesebuah kisah itu menjadi lebih
menarik. Antara watak yang terdapat dalam novel ini Tok Leh, Tok Mek Ngah,
Fatimah, Ahmad, Awang Kenali, Salim dan Faizal iaitu pemuda-pemuda Kampung
Paya, jemaah-jemaah surau, tok penghulu yang mengupah Awang kenali untuk
dijadikan kerani, sahabat Awang Kenali iaitu Deraman, guru Awang Kenali iaitu Tuan
Guru Wan Ahmad al-Fathani dan ramai lagi.
Novelis menggunakan ragam bahasa yang mudah difahami oleh pembaca.
Novelis tidak menggunakan bahasa singkatan dan juga bunyi-bunyi anomotopia
seperti “Oh! Hai! Alah!Isy! dan sebagainya. Novelis menggunakan bahasa Melayu
baku dalam penulisannya sama ada ayat naratif dan juga dialog supaya dapat difahami
oleh pembaca. Contonhnya,

13

“Pak Amat, seperti biasa”. Harun, seorang lelaki pertenngahan umur
memesan air the kegemarannya. Dia memerhati sekeliling, di hadapan,
di belakang, dan di sebelah kanan tempat duduknya. Lega.
Selang beberapa minit, Pak Amat datang dengan membawa segelas air
the. “Apa yang kamu cari Harun? Berpusing-pusing kepala kamu aku
tengok,” kata Pak Amat kepada Harun.
Melihat daripada sedikit petikan yang diberi oleh pengkaji di atas dapat dibuktikan
novelis tetap menjaga penggunaan laras bahasa walaupun ayat yang digunakan dalam
dialog.
Seterusnya, pengkaji menggunakan buku Takmilah dalam novel Melayu yang
ditulis oleh Kamariah Kamarudin yang diterbitkan pada 2011. Buku ini adalah hasil
tesis Ijazah Doktor Falsafah beliau dan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, Bahagian Penerbitan Sastera. Buku ini memuatkan 6 bab utama iaitu konsep
sastera Islam dan fenomena sastera Islam di Malaysia, Teori Takmilah, pemikira
dalam karya : konsep akidah dan ibadah, pemikiran dalam karya : konsep khalifah,
dakwah dan jihad, teknik dan keindahan dalam karya serta kesimpulan. Pengkaji
menggunakan buku ini hanya untuk merujuk tentang teknik dan keindahan dalam
karya. Pelbagai teknik penceritaan digarap oleh pengarang bagi menggerakkan plot
dalam karya masing-masing. Antara kepelbagaian teknik penceritaan yang
dikemukakan ialah teknik dialog, teknik plot, teknik sudut pandangan dan teknik
menyampaikan tema; yang kesemuanya mempunyai fungsi bagi memperlihatkan
penggaluran keindahan dalam karya dan penjelasan kepada khalayak pembaca tentang
mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang (Kamariah 2011:455
1.6

KESIMPULAN

Seperti yang pengkaji sedia maklum, penulisan novel fiksyen sejarah Islam semakin
berkembang sejak akhir-akhir ini. Novel fiksyen sejarah Islam juga semakin mendapat
tempat di hati para penggemar novel sejarah Islam serta boleh menandingi dan setara
dengan novel fiksyen yang lain. Beberapa penulis novel fiksyen sejarah Islam juga

14

semakin mendapat nama di persada penulisan kreatif di Malaysia antaranya tidak lain
tidak bukan Abdul Latip Talib iaitu penulis novel sejarah Islam nombor satu di
Malaysia seterusnya rakan-rakan seperjuangan penulis beliau yang lain seperti
Zahiruddin Zabidi dan al-Ghazali. Kemunculan mereka dalam bidang penulisan novel
fiksyen sejarah Islam mendatangkan satu fenomena luar biasa terhadap perkembangan
novel fiksyen sejarah Islam. Perkembangan novel fiksyen sejarah Islam yang semakin
berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan telah menimbulkan pertanyaan
pada pengkaji bagaimana situasi tesebut boleh berlaku. Pengkaji berpendapat
kemungkinan teknik atau metode penulisan yang digunakan oleh para novelis fiksyen
sejarah Islam menjadi faktor utama berlakunya perkembangan novel dengan begitu
pesat. Pemilihan teknik penulisan yang betul akan menghasilkan sebuah novel yang
indah, menarik, bertahan lama di pasaran dan tidak jemu dibaca oleh para penggemar
novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia. Malah kisah-kisah perjuangan atau tokoh
yang terdapat dalam novel fiksyen sejarah Islam dijadikan sebagai contoh dan
tauladan bagi pembaca.
Oleh itu, dalam kajian ini tedapat dua objektif yang digariskan oleh pengkaji
iaitu pertama memperihalkan gagasan konsep teknik surah Yusuf dalam penulisan
novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia dan objektif kedua menilai metode aplikasi
teknik surah Yusuf dalam penulisan beberapa karya novel fiksyen sejarah Islam yang
terpilih. Kedua-dua objektif ini akan cuba dijawab oleh pengkaji dalam bab yang
berikutnya. Di samping itu, pengkaji juga akan menggunakan metode menganalisis
dokumen tentang teknik penulisan yang digunakan oleh novelis, sejarah lisan iaitu
kaedah temu bual dengan pihak-pihak yang terlibat serta kajian sejarah. Pengkaji juga
menggunakan beberapa sumber rujukan seperti yang telah dinyatakan dalam kajian
kepustakaan dan juga beberapa rujukan tambahan lain untuk menjawab segala
permasalahan dan objektif yang ditimbulkan dalam kajian in

15

BAB II

NOVEL FIKSYEN SEJARAH ISLAM DI MALAYSIA

2.1

PENDAHULUAN

Novel adalah sebagai satu genre sastera yang muncul kemudian daripada puisi, epik,
dan mengalami transformasi makna. Jika maksud novel itu sendiri dibuat tanpa
memperhitungkan perubahan dan pemantapan teorinya, pasti akan timbul kekeliruan
kerana perkataan “novel” itu sendiri mempunyai pelbagai istilah. Seperti yang sedia
maklum, istilah novel berasal daripada perkataan bahasa Inggeris yang merujuk
maksud kata sifat iaitu baru, baru diperkenalkan, luar biasa atau jenis yang dahulunya
tidak diketahui. Dalam bidang sastera pula, novel dikenali sebagai cerita panjang yang
ditulis dalam bentuk prosa. Novel merupakan karya fiksyen yang mengungkapkan
aspek-aspek kemanusiaan dengan lebih mendalam.
Mutakhir ini, terdapat banyak novel fiksyen sejarah Islam di pasaran dan telah
mendapat tempat di hati para pembaca khususnya golongan generasi muda. Fenomena
ini menunjukkan perubahan yang positif berlaku pada golongan muda. Dengan
membaca novel fiksyen sejarah Islam tersebut, mereka boleh menambah sedikit
pengetahuan tentang sejarah. Umumnya, buku fiksyen berkait rapat dengan novel.
Tetapi sebuah novel tidak bermakna hanya sesuai untuk golongan wanita sahaja atau
lelaki hingusan. Mahupun seorang yang gagah luaran, tetapi dalam hati ad ataman.
Novel fiksyen sesuai dengan sesiapa sahaja dan ia tetap mengekalkan mesej yang
sama, cuma bentuk penyampaian yang berbeza iaitu dengan lebih santai dan mudah
difahami oleh pembaca (aqifazizan.com/berfikir-fikir-untuk-menulis-genre-fiksyen).

16

Oleh itu, dalam bab dua ini penulis mengkaji tentang konsep penulisan novel
fiksyen sejarah Islam, perkembangan penulisan, metode atau teknik penulisan yang
digunakan dalam penulisan novel fiksyen sejarah Islam dan gagasan surah Yusuf.
2.2

KONSEP NOVEL FIKSYEN SEJARAH ISLAM

Novel Fiksyen
Novel adalah satu bentuk penafsiran rencaman hidup manusia menerusi satu bentuk
sastera iaitu cereka. Ia adalah rangkuman tiga faktor utama yang timbal-menimbal
antara satu sama lain iaitu dengan pengalaman peribadi, realiti rencaman hidup dan
imaginasi. Ketiga-tiga faktor ini mencetuskan idea asal kemudiannya dirombak dan
selepas itu disirat kembali menjadi sebuah karya dengan ciri-ciri novel yang diterima
umum. Idea yang tercetus dari ketiga-tiga faktor ini berpusat pada satu tahap sahaja
iaitu kehidupan manusia dalam segala liku-liku, keserabutan dan rencamannya.
Kehidupan manusia itu dirangkai menerusi satu siri situasi atau babak kehidupan yang
nyata dan digubah, diolah menerusi pelbagai penerokaan dengan urutan plot,
perwatakan, latar, dan ciri-ciri lain dalam proses penciptaan novel.
Novel satu-satunya media sastera yang boleh membincang dan menganalisa
rencaman hidup dengan lebih luas. Sesebuah novel kadang-kadang boleh memaparkan
pengalaman manusia. Pengalaman manusia mempunyai aspek-aspek yang tidak
kurang kompleksnya terhadap peribadi manusia. Disebabkan novel begitu panjang,
perkembangan watak seseorang menjadi lebih terperinci, situasi atau keadaan
sosialnya menjadi lebih besar dan kompleks, terdapat banyak liku-liku peristiwa,
menjangkau ruang dan masa yang lebih lama dan luas serta latar belakang juga
beraneka ragam. Oleh itu, jelas bahawa dalam novel, persoalan tentang permasalahan
kehidupan memberi perasaan dan dapat mengusik emosi pembaca. Manakala, fiksyen
atau cerita rekaan ialah karya sastera penulisan yang dicipta daripada imaginasi
penulis. Ia mungkin dalam bentuk novel dan cerita pendek. Fiksyen adalah
memasukkan atau merujuk fakta atau peristiwa sebenar oleh penulis sebagai sumber
inspirasi. Walaupun fiksyen adalah antara cabang besar dalam karya sastera, ia juga
boleh dirujuk kepada teater, sinematik atau karya muzik. Fiksyen berlawanan dengan

17

non-fiksyen, iaitu yang ditulis dengan fakta atau dengan cara penerangan, pemerhatian
dan

lain-lain

seperti

biografi,

sejarah

atau

pengalaman

(ms.wikipedia.org/wiki/cerita_rekaan). Secara umumnya buku fiksyen berkait rapat
dengan novel. Tetapi sebuah novel tidak bermakana hanya sesuai untuk golongan
wanita sahaja mahupun seorang lelaki yang gagah luaran tetapi dalam hati ada taman.
Novel fiksyen sesuai dengan sesiapa sahaja dan ia mengekalkan mesej yang sama
tetapi penyampaian lebih santai (afiqazizan.com/berfiki-fikir-untuk-menulis-genrefiksyen).
Sejarah Islam
Dari sudut etimologi, istilah sejarah berasal daripada perkataan bahasa Arab
iaitu syajarah. Penyerapan perkataan ini ke dalam bahasa Melayu bermula sejak
berlaku proses akulturasi kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Islam semenjak
abad ke-13. Dalam bahasa Arab, sejarah memberikan erti yang pelbagai seperti pohon,
keturunan, asal usul dan juga digunakan pada makna salasilah, riwayat dan tarikh.
Secara terminologi, sejarah membawa maksud peristiwa yang benar-benar terjadi
masa lampau yang dihadapi oleh individu mahupun masyarakat. Persoalan sejarah
selalunya akan berhubungan dengan pengalaman penting yang berkaitan dengan
perkembangan masyarakat. Untuk itu, Sayyid Quthub mengatakan sejarah bukanlah
peristiwa melainkan tafsiran daripada peristiwa berlaku, dan pengertian mengenai
hubungan nyata dan tidak nyata serta memberikan dinamisme dalam waktu dan
tempat. Oleh itu, sejarah Islam membawa maksud peristiwa-peristiwa atau kejadiankejadian yang terjadi pada masa lampau yang berkaitan dengan dunia Islam. Agama
Islam mempunyai bidang yang luas, begitu juga dengan sejarah Islam. Antaranya
berkaitan dengan sejarah perkembangan, penyebaran Islam, sejarah kemajuan dan
kemunduran yang dicapai oleh umat Islam dalam pelbagai bidang seperti ilmu
pengetahuan agama dan umum, kebudayaan, politik, pemerintahan, pendidikan,
ekonomi dan sebagainya.
Pensejarahan pada zaman pra-Islam merupakan sebahagian daripada ilmu
pengetahuan yang berkait rapat dengan kesusasteraan. Pensejarahan pra-Islam
mempunyai dua sumber penting iaitu The battles days narratives (al-Ayyam) dan

18

kedua keturunan (al-Nasab). Al-Ayyam ialah sekumpulan cerita yang berbentuk lisan
merujuk kepada soal-soal yang berkaitan dengan kegiatan masyarakat Arab pada
zaman jahiliah. Manakala, al-Nasab banyak mempersoalkan tentang salasilah sesuatu
kaum. Sumber keturunan ini boleh dijadikan sebagai petanda wujudnya pemikiran
mengenai sejarah pada zaman pra-Islam. Berdasarkan huraian tentang novel dan
sejarah jelaslah bahawa antara kedua-duanya ada pertalian atau titik persamaannya
walaupundari sudut pandangan umum. Antara persamaan yang ditemukan ialah
kedua-duanya mengungkapkan kisah manusia di dunia yang nyata. Menurut
Collingwood :
Kedua-dua novel dan sejarah itu mestilah munasabah; tidak ada apaapa yang boleh dimasukkan ke dalam salah satunya kecualilah yang
diperlukan sahaja, dan di dalam hal kedua-duanya hakim bagi apa
yang perlu itu ialah khayalan (imaginasi penulis)
Novel sejarah memerlukan penyelidikan dan pengetahuan yang mendalam
tentang sejarah. Walaupun mungkin mempunyai unsur-unsur cereka, novel sejarah
berdasarkan fakta-fakta sejarah yang benar tentang seorang tokoh, sesebuah tempat
dan sesuatu peristiwa. Sesetengah penulis Inggeris yang terkemuka dalam penulisan
novel sejarah ialah Rosemary Sutcliffe, Leon Garfield, Henry Treece dan Geoffrey
Trease (Md. Sidin 2005 : 17). Tidak kurang juga dengan penulis-penulis berbakat yang
terdapat dalam Malaysia sendiri iaitu Abdul Latip Talib, Zahirudin Zabidi, Al-Ghazali
dan lain-lain lagi. Novel yang ditulis berlatarkan peristiwa sejarah Islam sudah
diketahui umumnya. Penulis cuba merealisasikan apa juga yang terjadi dalam jangka
waktu berkenaan ataupun memetik peristiwa sejarah itu sendiri. Umpamanya
menggunakan nama-nama watak yang sebenar, tempat dan aktiviti masyarakat pada
ketika itu termasuk cara hidup, pakaian, kenderaan, bentuk bangunan yang menepati
konsep pada waktu tersebut. Contoh novel sejarah Islam ialah Abu Ubaidah Penakluk
Parsi yang telah ditulis oleh Abdul Latip Talib yang mana beliau telah
mengetengahkan watak-watak yang wujud pada zaman tersebut seperti Abu Ubaidah,
Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.

19

Konsep novel fiksyen sejarah Islam berdasarkan usaha penulis novel sejarah
membuat penyelidikan sesuatu fakta tentang sejarah tersebut sebelum memulakan
penulisan mereka. Penulis hendaklah membuat analisis dan menyusun bahan yang
didapati dengan sempurna dan mesti menyampaikan kandungan sejarah yang penuh
erti dan drama kepada pembaca. Oleh itu, seorang penulis hendaklah mempunyai
kemampuan untuk berimaginasi. Walaupun penulis dibenarkan untuk berimaginasi,
namun dalam penghasilan novel fiksyen sejarah, daya imaginasi tidak boleh digunakan
sewenang-wenangnya. Pemilihan dan penyusunan fakta memerlukan imaginasi hanya
untuk melengkapkan karya sejarah sebagai sebuah wacana. Sebagaimana yang telah
digariskan, sejarah itu memerlukan penyelidikan. Tugas penyelidikan ini hanya dapat
dilakukan setelah peristiwa tersebut tidak berubah dan sejarah tersebut mestilah sudah
berlalu dan mantap. Kelainan pengertian dalam pensejarahan hanya boleh berlaku
akibat pentafsiran daripada ahli sejarah, bukan disebabkan sesuatu kejadian atau fakta
yang mengalami perubahan. Meskipun fakta sejarah perlu ada, penulis boleh
memasukkan fakta berdasarkan imaginasi bagi tujuan mengindahkan lagi cerita dan
menimbulkan kesan reality dalam novel sejarah tersebut. Hal ini disebabkan sekiranya
tidak terdapat kebebasan berimaginasi, karya tersebut sama seperti sebuah laporan
sejarah tulen.
Walaupun begitu, seperti yang telah dinyatakan di atas, daya imaginasi bagi
seorang penulis sejarah adalah diterhadkan supaya dapat mengekalkan sejarah yang
terdapat dalam kisah tersebut. Novel yang tidak meninggalkan unsur mitos (sekalipun
peristiwa tersebut diakui benar-benar terjadi oleh suber lisan) sebagai isi cerita tidak
dapat dijadikan novel sejarah. Menurut Hamzah Hamdani iaitu Pengendali Bengkel
Penulisan Sejarah YMJ, novel sejarah fiksyen ialah fiksyen sejarah yang mesti
didirikan atas fakta sejarah, tetapi boleh ditokok tambah watak sampingan rekaan.
Perlu diingat ada juga karya berunsur sejarah, tetapi tidak boleh dikategorikan sebagai
novel sejarah (www.bharian.com.my/bharian/articles/novelsejarahlubukduit/article).
Penulis novel sejarah yang terkenal iaitu Abdul Latip Talib mengakui novel sejarah
dan fiksyen sejarah dua perkara yang berbeza dan sebagai tokoh yang berpengalaman
luas telah menulis 30 buah novel sejarah Islam dan Melayu tidak menafikan ramai
orang keliru dalam memahami fakta tersebut. Beliau mengatakan :

20

“ mungkin ada orang yang berpendapat novel sejarah dan fiksyen
sejarah itu sama, tapi baginya novel sejarah itu berdiri di atas fakta
dan watak utamanya dalam tokoh sejarah. Bagaimanapun, ada orang
melihat novel sejarah dan watak utama sejarah boleh dinovelkan
dengan disorot watak lain. Misalnya, watak yang direka sebagai
narrator dan kita kenal sejarah yang ingin diceritakan”
2.3

PERKEMBANGAN PENULISAN

Kemunculan novel sejarah Islam banyak membantu anak-anak muda terutama pelajar
dan mereka lebih berminat untuk memahami sejarah. Golongan pembaca terdiri
daripada golongan pelajar sekolah rendah sehingga pelajar universiti. Malah dibaca
juga oleh ahli-ahli akademik. Ada yang berkata dulu tidak minat sejarah tetapi setelah
membaca novel sejarah pahlawan Islam mereka menjadi semakin baik, jika
sebelumnya malas solat, setelah minat membaca kisah pahlawan menjadi rajin untuk
solat. Ada pula pembaca mengatakan perasaan cinta terhadap Islam, dan para sahabat
itu semakin mendalam (abdullatip.blogspot.com/2011/05/benarkah.html).
Perkembangan novel Melayu sejak awal sampai sekarang amat luas jarak
masanya. Perkembangannya bermula dari tahun 1925 sehinngalah sekarang. Oleh
sebab tempoh perkembangan amat panjang, maka terdapat pelbagai ragam
perkembangan khususnya mengenai unsur dalaman dan luaran, yang dapat
membezakan bentuk cerita penglipurlara dan hikayat. Walau bagaimanapun, dalam
tahap permulaan, terutama sebelum Perang Dunia kedua, genre novel itu sendiri masih
dikenali sebagai hikayat. Perkara yang membezakan antara novel dan hikayat ialah
adanya ciri-ciri reality dalam novel dan ciri-ciri mitos, lagenda, dongeng dalam
hikayat (S.Othman t.th:66). S. Othman telah membahagikan perkembangan novel
Melayu kepada tiga iaitu :
Pertama : Novel Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
1

Novel Zaman Perintis (1920-an)

2

Novel zaman Kedua (1920/30-an)

3

Novel Zaman Ketiga (1930/40-an)

21

Kedua : Novel Melayu selepas Perang Dunia Kedua
1

Novel sebelum Asas 50 (1945-1950)

2

Novel semasa Asas 50 (1951-1957)

Ketiga : Novel Melayu setelah Merdeka (1958-kini)
1

Novel Peraduan

2

Novel bukan Peraduan

Novel pada tahap pertama ini ditulis oleh pengarang-pengarang daripada tiga
golongan iaitu golongan agama sebagai perintis kepada genre novel dalam
kesusasteraan Melayu, kemudian golongan guru yang dianggap sebagai golongan
yang intelek Melayu terutama yang berlulusan Maktab Perguruan Sultan Idris dan
akhir sekali golongan wartawan yang menghabiskan sepenuh masanya dalam bidang
kewartawanan. Manakala, novel pada tahap kedua tidak banyak bezanya daripada
novel yang dihasilkan sebelumya. Tetapi pada tahun 1951 hingga 1957, penulisan
novel telah melihatkan perubahan dari aspek perwatakan, tema dan latar. Seterusnya,
novel pada tahap ketiga iaitu selepas merdeka. Kelahiran novel pada waktu ini bukan
sahaja timbul kesedaran para penulis tetapi juga didorong dengan galakan hadiah yang
lumayan (S. Othman t.th 68-80). Antara penulis-penulis yang terkenal pada zaman
tersebut ialah Syeikh al-Hadi dengan karya beliau Faridah Hanum (1925), Ahmad bin
Muhammad Rashid karya beliau Kawan Benar (1927) dan Iakah Salmah (1928),
Abdul Samad Ahmad dengan karya beliau Setia Itu Jaya (1937) dan Dosaku (1946),
Ishak Haji Muhammad karya beliau Putera Gunung Tahan (1937), A. Samad Said
dengan karyanya Salina (1961), Arena Wati karyanya Lingkaran (1965).
Fakta di atas adalah perkembangan penulisan novel sejarah pada zaman awal.
Seterusnya, perkembangan penulisan novel sejarah pada dekad ini. Seperti yang sedia
maklum, dewasa ini, perkembangan novel sejarah Islam semakin mendapat tempat
dan berleluasa di Malaysia. Perkembangan novel sejarah Islam semakin laris secara
mendadak di pasaran pada masa kini. Hal ini disebabkan kemunculan dan keunggulan
novelis sejarah yang menghasilkan karya mereka. Apabila disebut sahaja nama Abdul
Latip Talib, siapa yang tidak kenal beliau sebagai seorang novelis sejarah yang unggul

22

di Malaysia. Keunggulan serta kehebatan beliau dalam penulisan novel sejarah Islam
mahupun novel sejarah tokoh tanah air memang tidak boleh dinafikan begitu sahaja
(www.utusan.com.my/utusan/info.asp/y=2009). Hal ini demikian kerana, kehebatan
beliau dalam menghasilkan novel sejarah Islam, telah memberi kesan yang tersendiri
terhadap perkembangan penulisan novel sejarah Islam yang selama ini lesu dan
kurang diperhatikan oleh penerbit. Novel-novel sejarah hasil penulisan beliau seperti
novel Salahuddin Penakluk Jerusalem, Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk
Konstantinopel dan sebagainya telah tergolong dalam novel best-seller dan telah
diulang cetak beberapa kali dalam masa setahun untuk memenuhi pasaran dan
permintaan pembaca yang semakin bertambah. Contohnya, novel Salahuddin
Penakluk Jerusalem sahaja telah diulang cetak sebanyak 16 kali kerana jalan
penceritaan

yang

menarik

dan

tokoh

tersebut

dikenali

ramai

(www.utusan.com.my/utusan/info.asp/y=2009).
Selain Abdul Latip Talib ada lagi beberapa penulis novel sejarah Islam yang
lain yang menghasilkan karya. Antaranya Al Ghazali Sulaiman. Terdapat 5 judul yang
dihasilkan oleh beliau iaitu Abu Zhar al-Ghifari : Pembela Golongan Miskin (2011),
Zubair bin Awwam : Pengiring Nabi (2012), Talhah bin Ubaidillah : Syahid yang
Hidup (2012), Amru al-As : Pembuka Mesir (2012) dan Hamzah bin Abdul Mutalib
(2012). Beliau mula menulis dengan penghasilan cerpen dan artikel di bawah Dewan
Bahasa dan Pustaka. Apabila beliau yakin dengan keupayaannya merancang plot
cerita dan penampilan struktur bahasa yang baik, beliau mula menulis novel. Penulis
novel sejarah Islam yang lain ialah Zahirudin Zabidi. Beliau telah menghasilkan 4
buah novel sejarah Islam yang juga mendapat tempat di pasaran pada masa kini iaitu
Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi (2010), Aminah Cinta Puteri Quraisy
(2010), Fatimah : Kisah Puteri Nabi (2011), Srikandi-srikandi yang Benar (2011). Di
samping itu, penulis Zuraimi Ismail juga berjaya menghasilkan 2 buah novel sejarah
Islam iaitu Muhammad s.a.w Putera Lembah Bakkah (2011) dan Putera Lembah
Bakkah 3 (2012). Terdapat juga penulis-penulis lain yang berjaya menghasilkan novel
sejarah Islam iaitu Rohayati Bakri dengan novelnya Pengintip Kota Syam (2008),
Azzah AR novelnya Shamsiah Fakeh (2011), Hayati Ridhwan dengan novelnya Tok
Kenali : Pembangunan Pemikiran umat Islam Nusantara (2011), Nurasyikin Ahmad
novelnya Siti Hajar : Citra Cinta dan Pengorbanan (2011).

23

Berikut adalah perkembangan novel sejarah Islam dari tahun 2007-2012 :

Perkembangan Novel Sejarah Islam di Malaysia
TAHUN
2007

JUDUL NOVEL
 Salahudin Penakluk Jerusalem

 Khalid Memburu Syahid
 Ikramah Penentang jadi Pembela
 Tariq Menang atau Syahid
 Si Bongkok Tanjung Puteri
2008

 Setelah Roboh Kota Melaka
 Abu Zhar al-Ghifari
 Abu Bakar Sahabat Sejati
 Sultan Muhammad al-Fateh
 Abu Ubaidah al-Jarrah
 Umar al-Khattab
 Leftenan Adnan Wira Bangsa
 Hikayat Amir Hamzah I, II, III
 Randau Ruai
 Pengintip Kota Syam

2009

 Bilal Bin Rabah Pengumandang Seruan Langit
 Khalifah Uthman Affan
 Ali bin Abi Talib
 Hulagu Khan
 Lembing Awang Pulang ke Dayang
 Dol Said Pahlawan Naning

2010

 Mat Kilau Pahlawan Pahang
 Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi
 Aminah : Cinta Puteri Quraisy
 Imam Syafie Pejuang Kebenaran

24

 Imam Hanafi Pendebat Kebenaran
 Imam Malik Pengarang Kebenaran
 Imam Hanbal Pejuang Kebenaran
 Khalifah Umar Abdul Aziz
 Perang Badar Perang Penentuan
 Perang Uhud
 Hijrah Permulaan Sebuah Kegemilangan
 Istana Menanti (KOMSAS)
 Tok Janggut Pahlawan Kelantan
 Pendekar Siamang Gagap Pahlawan Negeri Sembilan
2011

 Perang Khaibar : Penakluk Kota Khaibar
 Perang Khandaq
 Mustafa Kemal Atarturk
 Saad bin Abi Waqqas : Kesatria Islam
 Fatimah : Kisah Puteri Nabi
 Srikandi-srikandi yang Benar
 Abu Zhar al-Ghifari : Pembela Golongan Miskin
 Shamsiah Fakeh
 Tok Kenali : Pembangunan Pemikiran Umat Islam
Nusantara
 Siti Hajar : Citra Cinta dan Pengorbanan
 Perang Kelang : Sengketa Anak-Anak Raja
 Muhammad s.a.w Putera Lembah Bakkah

2012

 Laksamana Cheng Ho
 Abu Ayub al-Ansari : Syahid Kota Konstantinopel
 Badiuzzaman Said Nursi : Tokoh Pembaharu Islam
 Perjanjian Hudaibiyah
 Kiyai Salleh
 Hassan al-Banna
 Zubair bin Awwam : Pengiring Nabi

25

 Talhah bin Ubaidillah : Syahid yang Hidup
 Amru al-As : Pembuka Mesir
 Hamzah bin Abdul Mutalib
 Perang Arab Israel 1973
 Putera Lembah Bakkah 3
Berdasarkan data perkembangan novel di atas, jelaslah bahawa dari tahun ke
tahun penghasilan novel sejarah Islam semakin bertambah. Hal ini demikian kerana,
penulis-penulis novel sejarah Islam begitu komited terhadap penghasilan novel sejarah
Islam. Ppenulis-penulis novel sejarah berdisiplin dan dedikasi dalam menghasilkan
karya mereka sehingga mampu menulis atau menghasilkan beberapa buah novel.
Peningkatan keluaran novel sejarah Islam adalah disebabkan penambahan golongan
pembaca di Malaysia khususnya golongan remaja yang mula tertarik dengan kisahkisah novel sejarah Islam yang pelbagai. Pengeluaran mahupun penghasilan novel
sejarah Islam yang meningkat setiap tahun dapat membuktikan bahawa bukan sahaj