VISI MISI DAN OBJEKTIF PE

PROFIL
Pengenalan
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari
Kg. Mata Ayer, Perlis. Pada sekitar bulan September 1987, HPA bermula secara kecil-kecilan
yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun
beroperasi, berbekalkan warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun
ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan
sehingga ke hari ini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan
kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan
mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan
sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan
memperkayakan kehidupan.
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) pada sekitar tahun 1997 melalui anak
syarikatnya iaitu Al Wahida Marketing Sdn Bhd dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari
Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau
perniagaannnya. Lebih 300 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada
produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan & minuman, kosmetik, perkhidmatan
umrah & haji, dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 2000 jenis produk lagi pada
masa akan datang. Pada tahun 2010, HPA telah memiliki bangunan setinggi 13 tingkat bernilai
RM54juta di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Bangunan ini diberi nama sebagai HPA

International Centre (HPAic). Ahli HPA di Malaysia kini seramai 700,000 orang manakala di
Indonesia 400,00 Orang, Brunei 10,000 orang, Thailand 20,000 orang dan Kemboja 3,000 orang.
HPA juga telah mewujudkan sebanyak 120 buah cawangan di Seluruh Malaysia dengan sebuah
pasaraya berkonsepkan herba di Bangunan HPAic.
Jualan tertinggi yang pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga mempunyai
perniagaan lain seperti 11 buah rangkaian restoran makanan segera Radix Fried Chicken (RFC),
El Zahraa Inn (Hotel), restoran masakan cina – Radix Oriental Cuisine (ROC), restoran Organik
Recipe, Radix Pizza House (Malaysia dan Indonesia) dan sebuah Pusat Pengajian Islam dan
Bahasa Arab – Manhal-HPA.

VISI , MISI DAN OBJEKTIF

VISI HPA


HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang
berkesan




HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa

MISI HPA


HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan
juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang
berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami



HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan
pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan
masyarakat

OBJEKTIF HPA


Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia




Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan
berwawasan



Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan

Pengilangan
HPA Industries Sdn Bhd memiliki sebuah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan
mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan
ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan
herba yang mencukupi.
Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’
semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan
mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat ;
1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.
2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.

3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.
5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Pentadbiran & Pengurusan
Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk
menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus
terlatih telah diwujudkan.
HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan 1 (PU1), dibantu oleh Pengarah
Urusan 2 (PU2) dan Pengurus Besar (GM) :











Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin
Pengurus Besar AWM, Encik Nor Izham Bin Mohd Noor
Pengurus Besar R&D, Encik Abdul Ghani Bin Husain
Pengurus Besar MIS, Puan Rashidah Binti Abdul Rahim
Pengurus Besar Akaun, Encik Mohd Rosli Bin Abu Bakar
Pengurus Besar Pentadbiran, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin
Pengurus Besar Kewangan, Encik Md Radzi Bin Hamid
Pengurus Besar Belian & Gudang, Puan Roslina Binti Mohd Alwi
Pengurus Besar HPA Industries, Encik A. Zakaria Bin Abu Bakar

Keunggulan Perniagaan HPA

1. 100% milik Bumiputra Muslim
Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam
industri herba.
2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal
Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk

kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan
lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan
datang.
3. Harga murah dan berpatutan
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip
IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan
tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat
pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.
5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan
Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan
solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
6. Perubatan JAWI
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber
Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit
melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur,
refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.

7. Kebajikan

Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan
kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil
beramal.
8. Plan Pemasaran Hebat
Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru
yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.
9. Latihan Keusahawanan
Program Khas Laluan Ke Puncak Jaya diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini
sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA.
10. Pengiklanan KOPI RADIX ® Di Media Massa
HPA mengiklankan produknya seperti Kopi RADIX ® di TV3 dan Radio KEDAH.fm di
frekuensi 97.5 fm atau layari radio streaming online www.kedahfm.gov.my setiap hari
Khamis jam 2.30 petang.
11. Koperasi Wahida Berhad
HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli
menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.

PRODUK HPA
Lebih 500 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada

produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik,
umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 5000 jenis
produk lagi pada masa akan datang. Pada tahun 2010 HPA telah membeli
bangunan setinggi 13 tingkat di Seksyen.13 Shah Alam. Bernilai RM54 juta.

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA


Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).



Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.



Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).




Menggunakan 100% herba.



Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.



Tidak mengandungi Steroid.



Melepasi ujian had kandungan logam berat.



Melepasi ujian had Mikrob.




Melepasi ujian had kecairan.



Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.



Gunakan tanpa was-was.
PRODUK HERBA HPA

Coscinium Plus

Spirulina

Herba Pelawas

Herba Tuju
Angin


Malac

Omega-3 Softgel Habbatus Sauda
Softgel

Radix Kopi
Pracampuran

Paramaria Plus

Radix Koko

Set Bersalin

Plantisol

Radix Diet

Roselle

Teh Herba

Minyak But-But

Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabung
produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, lebih 200 jenis produk telah pun dipasarkan dan
banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan
kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan
yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan
herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan rohaniah dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas
menyediakan herba rawatan untuk manusia.
PRODUK KEGUNAAN HARIAN HPA

Cecair
Ubat Gigi
Pencuci
Herba
Pakaian

Bedak Talkum
Sabun Bayi
Wanita (MBK)

Produk HPA
AH01 WATER MINERAL BRIGHTNESS TESTER
AH02 CLAY POT
AH03 MINERAL POT DIGITAL
AH04 PENAPIS AIR HPA DEW
AH05 DEW WATER FILTERATION SYSTEM
AH06 DEW SHOWER FILTER
BH01 BEDAK TOMPOK HITAM
BH02 BEDAK JASMIN
BH03 BEDAK AWANA
BH04 BEDAK DELIMA
BH05 BEDAK DELIMA ( biji )
BH06 BEDAK SEJUK TOMPOK HITAM
BH07 BEDAK SEJUK JASMIN
BH08 BEDAK SEJUK AWANA
BH09 SERBUK TANAH LIAT PUTIH
BH10 BEDAK SERI DINGIN
BH11 BEDAK SERI MELUR
DC01 CENTELLA WHITE ( 1 SET )
DC02 ORANGE WASH ( Cecair Pencuci Tangan )
DC03 BRIGHTENING CLEANSING GEL
DC04 CALMING FLUID ( TONER )
DC05 LIGHT MOISTURE BALANCE
DC06 MULTI VITAMIN SCRUB MASK
DC07 BRIGHTENING NIGHT CREAM
DC08 INTENSIVE BRIGHTENING ESSENCE
DC09 BODY HYDRATING LOTION
DC10 SOOTHING EYE GEL
DC11 SYAMPOO PEGAGA
DC12 HAIR CONDITIONER
DC13 HAIR MASK
DC14 OMRAHAJ ( 2 in 1 ) Shampoo & Body Wash
DC15 SABUN OMRAHAJ
DC16 OMRAHAJ FACE & BODY MOISTURIZER
DC17 OMRAHAJ LIP BALM
DC18 SYAMPOO AROMATHERAPY
DC19 CONDITIONER AROMATHERAPY
DC20 OMRAHAJ CLEANSING GEL
DC21 CENTELLA WHITE PROTECTIVE SUN CREAM
DC22 FOOT LOTION
DC23 ANTI PIMPLE CREAM
DC24 ESSENTIAL CREAM CLEANSER

Minyak Zaitun
Brightening
Cleansing Gel

Madu
Syampu
AsliRossa

DC25 MEN 2 IN 1 WASH
DC26 SLIM & FIRM CREAM
DC27 BEDAK TALKUM WANITA ( MBK )
DC28 BEDAK TALKUM LELAKI ( IJK )
DC29B BEDAK TALKUM BAYI BIRU ( IPK )
DC29P BEDAK TALKUM BAYI PINK ( IPK )
DC30 SOOTHING EYE GEL (twin pack)
DC32 BODY SCRUB
DC34 DEODORANT RADIX MEN
DC35 DEODORANT CENTELLA WOMEN
DC36 DEODORANT CENTELLA MILD
DC37 MASKER ANTI RESDUNG
DC38 SABUN ANTI RESDUNG
DC39 CLAY HAND WASH
DC40 WHITENING MASK
DC41 SABUN SPIRUDETOX
DC42 TRAVEL PACK OMRAHAJ
DC43 TRAVEL PACK CENTELLA WHITE
DC44 RAIHAN FRAGRANCE MAN
DC45 RAIHAN FRAGRANCE WOMEN
DC46 BASIRAH ( SABUN ANTI RESDUNG )
DC47 TRANSPARENT SOAP
DC48 PATI MANDIAN LIMAU PURUT
DC49 PATI MANDIAN BUNGA RAMPAI
FH01 KORDIAL ASIATICA
FH02 KORDIAL ROSELLE
FH04 KOPI RADIX ( 15 SACHETS )
FH05 EVERGREEN CENTELLA
FH06 KOPI RADIX ( JUMBO-32 SACHETS )
FH07 KOPI RADIX ( PAPAN-20 SACHETS )
FH08 SPIRUMADU
FH09 KISMIS MINDA ( BARU )
FH10 HONEY COMB ( Madu Bersarang )
FH11 EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
FH12 EQ MINDA
FH13C RADIX COOKIES COKLAT – 32 kpg
FH13V RADIX COOKIES VANILLA – 32 kpg
FH14 KORDIAL KURMA MADU
FH15 AIR MINERAL HPA – 1500ml
FH16 AIR MINERAL HPA – 600ml
FH17 MINUMAN ROSELLE (RTD)
FH18 KOPI ‘O’ RADIX ( PAPAN-20 Sachets)
FH19 RADIX COLA
FH20 RADIX SARSI
FH22 KORDIAL MANGGA
FH23 AIR MINERAL ( 5.5L )
FH27 RADIX COLA (500ML)
FH28 RADIX SARSI (500ML)
FH29 HONEY COMB ( 900 ML )
FH30 PORTULACA ( JERUK )
FH33 RADIX OREN ( 500 ml )
FH34 RADIX OREN ( 1.5 L )
FH35 TEPUNG SEGERA RFC ( 300/900gm )
FH36 KORDIAL JAMBU BATU MERAH
FH37 RADIX AIS KRIM SODA ( 1.5L )
FH38 RADIX KOKO ( 15 sachet )
FH39 MINUMAN ROSELLE ( 35 UNCANG )

FH40 MINUMAN ALG ( 35 uncang )
FH41 RTD PINK GUAVA
FH42 RADIX AIS KRIM SODA ( 500ml )
FH43 MADU COSCINIUM
FH44 MADU ARDISIA
FH45 KOPI RADIX DIET ( 15 sachet )
FH46 MADU PARAMARIA
FH47 MADU PLANTISOL
FH48 MADU RADIX
FH49 RADIX KOKO ( 1KG )
FH50 MINUMAN IMT
FH51 RADIX KOKO GRED B ( 1KG )
FH52 RADIX GRAPE ( 1.5L )
FH53 RADIX STRAWBERRY ( 1.5L )
FH54 RADIX STRAWBERRY ( 500ML )
FH55 CUKA NIPAH
FH56 RADIX GRAPE ( 500ML )
FH57 RADIX KOKO PAPAN
FH58 HONEY COMB (MADU BERSARANG) 950GM
FH59 RADIX SAHARA ( 500ML )
FH60 DEW MINUMAN BERPERISA ( 400ML )
FH61 ASAM JAWA ( RTD )
FH62 PALM HONEY 500ML
FH64 MOMENT
FH65 KORDIAL KURMA MADU + GULA PERANG
FH66 KORDIAL ASIATICA + GULA PERANG
FH67 AREN SYRUP
FH68 KOKO MINDA
FH69 AIR MINUMAN BERALKALI ( 500ML )
HP02 SET BERSALIN
HP03 HERBA RENDAMAN KAKI
HR01 HERBA REBUSAN (ALAC)
HR02 HERBA REBUSAN (ALYXIA)
HR03 HERBA REBUSAN (AN-MIA)
HR04 HERBA REBUSAN (ARA)
HR05 HERBA REBUSAN (D-HIPO)
HR06 HERBA REBUSAN (DINOS)
HR07 HERBA REBUSAN (FISALIN B)
HR08 HERBA REBUSAN (FOLIA)
HR09 HERBA REBUSAN (GATAL BADAN)
HR10 HERBA REBUSAN (HERBA SENGGUGUT)
HR11 HERBA REBUSAN (KESUBURAN)
HR12 HERBA REBUSAN (LOHARD)
HR13 HERBA REBUSAN (MIKROLENIN)
HR14 HERBA REBUSAN (PLANTISOL)
HR15 HERBA REBUSAN (PULIH TENAGA)
HR16 HERBA REBUSAN (RESDUNG)
HR17 HERBA REBUSAN (STOMA-S)
HR18 HERBA REBUSAN (TENAGA HAYAT)
HR19 HERBA REBUSAN SEMARU
HR20 HERBA REBUSAN BASUHAN
KD01 D’DET
KD02 D’KARM
KD03 D’DEU
KH16 BARUT BERHERBA
KH22 LADY CHEER
KH23 UBAT GIGI

KH26 SABUN SUSU KAMBING
KH28 TEA TREE CREAM
KH30 AZ ZAHRAH CORSET ( 7 Meter )
KH31 SABUN BAYI
KH32 SABUN PEGAGA (Pek Baru )
KH34 SABUN WHITENING
KH35 BERUS GIGI KASTURI
KH36 UBAT GIGI AMAL
KH37 UBAT GIGI HERBA (2unit) + UBAT GIGI AMAL (1unit)
KH38 SABUN CLAY
KH40 UBAT GIGI MISWAK ( 100GM )
MJ01 MAJALAH METRO (10 buah)
MJ02 JAWI MEDICAL HERB
MJ03 MAJALAH METRO EDISI LAMA 1 SET (20 BUAH)
MJ04 MAJALAH ANIS
MJ05 ALBUM RAIHAN – MUSAFIR PERJUANGAN
MJ06 ALBUM RAIHAN – SELAWAT THERAPY
MJ07 CD COMPANY PROFILE
MJ08 METRO HPA
MJ09 CD PROFILE
MK01 RADIX CEREAL
MK07 KURMA
MK08 FISH BALL
MK09 FISH CAKE
MK10 NUGGET
MK11 FISH BURGER
MK12A AYAM ORGANIK ( 1.7KG )
MK12B AYAM ORGANIK ( 1.5KG )
MK12C AYAM ORGANIK ( 1.3KG )
MK12E AYAM ORGANIK ( 20KG )
MK13 SOS CHILI
MK14 SOS TOMATO
MK15 SOS THAI
MK17 BERAS PERANG ORGANIK ( 2kg )
MK18 AYAM KAMPUNG ORGANIK
MK19 JEM NENAS
MK20 HALWA ROSELLE
MK21 JEM ROSELLE
MK22 SATAY AYAM ORGANIK ( 20 CUCUK )
MK23 AISKRIM TOYYIBAH PERISA VANILA ( 1.5L )
MK24 AISKRIM TOYYIBAH PERISA JAGUNG ( 1.5L )
MK25 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOPI RADIX ( 1.5L )
MK26 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOKO RADIX ( 1.5L )
MK27 AISKRIM TOYYIBAH PERISA VANILA ( 500ML )
MK28 AISKRIM TOYYIBAH PERISA JAGUNG ( 500ML )
MK29 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOPI RADIX ( 500ML )
MK30 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOKO RADIX ( 500ML )
MK31 REMPAH DAGING/AYAM
MK32 REMPAH IKAN
MK33 KICAP LEMAK MANIS
MK34 KICAP LEMAK MASIN
MK35 BERAS ORGANIK (1KG)
MK36 SOS ROSELLE
MK37 IKAN KERING ( GELAMA TENGKERONG )
MK38 IKAN KERING ( GELAMA PISANG )
MK39 IKAN KERING ( GELAMA PAPAN )
MK40 IKAN KERING ( GELAMA PAYANG )

MK41 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KELADI ( 1.5L )
MK42 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KELADI ( 500ML )
MK43 A. TOYYIBAH PERISA VANILA & KOKO RIPPLE (1L)
MK44 A. TOYYIBAH PERISA VANILA & KOPI RIPPLE (1L)
MK45 A. TOYYIBAH PERISA KOKO & KOKO RIPPLE (1L)
MK46 A. TOYYIBAH PERISA VANILA & ROSELLE RIPPLE (1L)
MK47 SOSEJ AYAM ORGANIK
MK48 RADIX MEE KUNING KERING
MK49 SARDIN DALAM SOS TOMATO
MK50 NUGGET AYAM ( 1KG )
MK51 BEBOLA AYAM ( 1KG )
MK52 POPCORN ( 400 GM )
MK54 KURMA MARIAMI
MK55 KICAP LEMAK MANIS BARU
MK56 KICAP MASIN
MK57 SOS PENCICAH CILI
MK58 SOS LADA HITAM
MK59 ROASTED CHICKEN CHOP
MK60 ROTI CANAI
MK61 PES MEE BANDUNG
MK62 PES ASAM PEDAS
MK63 KEPAK AYAM ROSE
MK64 KARIPAP KENTANG
MK65 DAGING DENDENG
MK66 AISKRIM TOYYIBAH VANILLA DAN KOKO RIPPLE CUP ( 150ML )
MK67 AISKRIM TOYYIBAH KOKO DAN KOKO RADIX RIPPLE CUP ( 150ML )
MK68 AISKRIM TOYYIBAH VANILLA DAN KOPI RADIX RIPPLE CUP ( 150ML )
MK69 AISKRIM TOYYIBAH VANILLA DAN ROSELLE RIPPLE CUP ( 150ML )
MR01 DARK MINT CHOCOLATE
MR02 DAIRY CHOCOLATE
MR03 CHOCOLATE COOKIES
MR04 RADIX CHOCOLATE HAZEL
MR05 RADIX CHOCOLATE ALMOND
MR06 RADIX CHOCOLATE MILK
MR07 KACANG TUMBUK
MR08 KACANG POTONG
MR09 RADIX CHOCOLATE RAISING
MR10 ROTI PUTAR CHOCOLATE CHIP
MR11 ROTI PUTAR
MR12 KEK LAPIS OREN CHOCOLATE CHIP
MR13 KEK LAPIS ROSELLE
MR14 KEK LAPIS PRUNE
MR15 KEK KUKUS BUAH
MR16 PINEAPPLE CHIPS
MR17 COOKIES ALMOND
MR18 COOKIES CHIP
MR20 APPLE CHIPS
MR21 KUIH BANGKIT
PK01 BAJU HPA
PK06 KAIN TUALA
QH01 MINYAK BUT-BUT
QH02 MINYAK HERBA
QH03 MADU ASLI
QH04 MINYAK PATI SEPANG
QH05 TONIK PANDAN
QH09 BODY SYAMPOO SERAI WANGI
QH10 HAIR SHAMPOO PUCUK SIREH

QH11 SYAMPOO PANDAN KASTURI
QH12 SYAMPOO BETIK
QH13 MANDIAN SARI TIMUN ( 250ML )
QH15 KRIM BUT-BUT
QH16 MINYAK BAYI
QH17 MINYAK BARUT
QH18 MINYAK SAHARA
QH19 SYAMPU SINTOK
QH20 WAHIDA SYAMPU BETIK
QH21 SYAMPU SINTOK ( 460ML )
QH22 BALM BUT-BUT AROMATERAPI
QH23 MINYAK KAYU PUTIH
SH03 CECAIR PENCUCI FREESIA
SH04 PELEMBUT FABRIK MAWAR
SH05 WAHDAH ( baru )
SH06 PENCUCI LANTAI ORGANIK MERBAU ( 600ml )
SH07 PENCUCI TANDAS ORGANIK ANGSANA ( 600ml )
SH08 PENCUCI PINGGAN ORGANIK WIDURI ( 600ml )
SH09 PENGHINDAR SERANGGA JASMIN ( 500ml )
SH10 PENCUCI PINGGAN WIDURI ( 1 LITER )
SH11 MASTURA LIQUID DETERGENT ( 3 liter )
XH01 TEH HERBA / TEH HERBA INSTANT
XH02 TEH ASIATICA
XH03 TEH TROPIKA
XH04 TEH INSTANT
XH05 TEH MANJAKANI
XH06 MINUMAN SERAI ( 35 UNCANG )
XH07 TEH SEPANG
XH08 MNINUMAN HERBA HIRTA
ZH01 COSCINIUM PLUS
ZH02 PARAMARIA PLUS
ZH03 HERBA TUJU ANGIN
ZH04 RADIX
ZH05 VITEX
ZH06 PLANTISOL
ZH07 HERBA KEPUTIHAN
ZH08 ARDISIA
ZH09 FICUS
ZH10 MORIN-A
ZH11 MALAC
ZH12 PELAWAS
ZH13 HERBA SENGGUGUT
ZH14 MEGA-3
ZH16 STOMA K
ZH17 SHARK CARTILAGE
ZH18 HB
ZH19 ROSELLE – Kapsul
ZH21 MENGKUDU
ZH22 OMEGA-3- Softgel
ZH23 SPIRULINA
ZH24 VCO SOFTGEL ( 60 biji )
ZH25 OLIVE OIL SOFTGEL
ZH26 HABBATUS SAUDA SOFTGEL
ZH27 OMEGA-3- Softgel ( 60 biji )
ZH28 PORTULACA ( Kapsul )
ZH29 HPA EVENING PRIMROSE OIL ( 60 biji )
ZH30 HPA GRAPE SEED OIL ( 60 biji )

ZH31 FLAX SEED OIL ( 60 biji )
ZH32 KAPSUL IMT
ZH33 KAPSUL HERBA JAWI
ZH34 KAPSUL D CAMPUCA
ZH35 KAPSUL CURCUMIN
ZH36 GARLIC OIL SOFTGEL
ZH37 VITAMIN E ALAMI SOFTGEL
ZH38 KAPSUL DEEP CLEANSING ( 60 biji )
ZH39 KING SALAMON OIL SOFTGEL ( 60 biji )

CAWANGAN HPA
Jumlah Cawangan sebanyak 200 cawangan dengan 37 cawangan
utama. Jualan tertinggi pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga
terdapat perniagaan lain seperti 11 buah restoren makanan segera (RFC).
perhotelan, homestay, dobi, restoren masakan cina, restoren organik,
restoren pizza (Malaysia dan Indonesia).
1. Zon Malaysia Utara
2. Zon Malaysia Tengah
3. Zon Malaysia Timur
4. Zon Malaysia Selatan
5. Zon Malaysia Borneo
6. Indonesia
7. Kemboja
8. Thailand

HPA dan Anak Syarikat

1.

HPA INDUSTRIES SDN BHD

2.

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

3.

HPA ORGANICS SDN BHD

4.

HPA FOOD & BEVERAGE SDN BHD

5.

RADIX FIRED CHICKEN SDN BHD

PELAN PEMASARAN HPA
HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk
HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global.

Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida
Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen
di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing
(MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan
produk-produk kepada pelanggan.
Kekuatan Pelan Pemasaran HPA
1. Berteraskan prinsip ihsan
2. Keadilan pada setiap peringkat
3. Telus dan berdaya saing
4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan
Pelan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.
Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran
Hebat ini!
11 Ganjaran Bonus Hebat HPA
1. Untung Runcit……………………………………………….10% ~ 25%
2. Bonus Prestasi Peribadi……………………………………...10% ~ 20%
3. Bonus Kenaikan Pangkat…………………………….………23% ~ 35%
4. Bonus Pembelian Stabil……………………………………...5% x NM HPA
5. Bonus Kemajuan Jaringan…………………………………....6% x NM HPA
6. Bonus Generasi Pangkat……………………………………..26%
7. Bonus Pengarah Jati Setia……………………………………5% x NM HPA
8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota…………………..15%
9. Tabung Pelancongan…………………………………………5%
10. Tabung Perlindungan Takaful………………………………RM70,000 +++
11. Bonus Agen Stok……………………………………………11% ~ 16%
PELUANG JANA PENDAPATAN BERSAMA PERNIAGAAN HPA
Secara umumnya, apabila anda menjadi ahli HPA, anda berpeluang menjana pendapatan seperti
berikut:

1. Jana pendapatan dengan menjual produk HPA. Anda akan beroleh Untung Runcit 10%-25%
untuk setiap produk.
2. Jana pendapatan dengan mengembangkan jaringan atau menaja ahli baru melalui perniagaan
MLM Syariah HPA. Anda akan beroleh bonus bulanan/income berdasarkan Nilai Mata yang
anda dan kumpulan anda kumpul setiap bulan. Terdapat 11 jenis ganjaran bonus yang
ditawarkan. Rujuk Pelan Pemasaran dibawah.
CARA DAPAT INCOME/BONUS DARI HPA
BELIAN PERIBADI MINIMA yang disyaratkan untuk melayakkan anda mendapat
income/bonus HPA setiap bulan ialah 50 Nilai Mata (NM) sahaja (anggaran belian produk
antara RM 100-150).
Maknanya dalam setiap bulan itu, anda perlu kumpul 50 NM (minima) sahaja. Sama ada anda
beli produk HPA untuk guna sendiri saja atau pun menjualnya. Terpulang kepada anda.
Namun begitu, anda digalakkan buat belian melebihi 100 NM setiap bulan kerana anda akan
mendapat ekstra bonus tambahan yang lain.

CARA NAIK PANGKAT MLM SYARIAH HPA
Sistem Pangkat
Setiap MLM mempunyai sistem pangkat yang tersendiri. Ia tak ubah sama seperti pangkat yang
terdapat pada organisasi syarikat. Bos yang berpangkat tinggi pastinya mempunyai gaji yang
lebih besar dari kerani berpangkat rendah. MLM juga begitu. Pangkat menunjukkan sejauh mana
anda telah melangkah dalam bisnes MLM. MLM Syariah HPA juga mempunyai sistem pangkat
tersendiri seperti di bawah ini.
Pangkat Pertama
Pangkat pertama dalam MLM HPA ialah Pengurus Melati (PLX), 20%.
Cara Naik Pangkat Pertama
Terdapat 2 cara untuk naik pangkat iaitu:
Cara 1: Mengumpul >1501 NM secara:

1. Timbunan
2. Berkumpulan
3. Tiada had masa
ATAU
Cara 2: Sertai Program PKLP (program usahawan) dan kumpul 100 NM sahaja dalam masa
sebulan
Keterangan Cara 1
Apabila timbunan NM anda dan rangkaian anda telah melebihi 1501 NM, anda akan mencapai
kenaikan pangkat yang pertama iaitu Pengurus Melati (PLX). Tidak ada had masa ditetapkan
untuk anda mencapainya dan 1501 NM itu dikira secara berkumpulan dan bukannya individu.
Pangkat dan peratus bonus yang diterima adalah KEKAL dan tidak akan hilang walaupun anda
tidak aktif membeli produk HPA pada bulan-bulan berikutnya.
Jadual Nilai Mata & Peratus Bonus

PB: Pengedar Bertauliah/ahli biasa (belum berpangkat), PLX: Pengurus Melati (pangkat
pertama)

Keterangan Cara 2
Sertai program PKLP yang diadakan secara PERCUMA selama 1 hari (8 am - 5 pm) di seluruh
Malaysia dan maintain pembelian minima sebanyak 100 NM dalam masa sebulan iaitu bulan
yang anda hadiri PKLP, anda akan diberikan kenaikan pangkat juga.
Ini adalah cara ekspress dan lebih baik dari cara 1 kerana disini anda akan belajar banyak ilmu
tentang bisnes HPA dari pemimpin yang berpengalaman.
Maintainnya juga sangat kecil iaitu 100 NM sahaja berbanding 1501 NM untuk cara 1. Maintain
100 NM ini dikira secara individu (belian peribadi).

Anda berhak membuat pilihan. PKLP bukanlah wajib dan ahli tidak dipaksa untuk menyertainya
tetapi ia sebagai medan awal untuk anda bermula dengan hebat dalam bisnes HPA. Tepuk dada,
tanya niat anda.
Pangkat Kedua dan seterusnya
Untuk mencapai kenaikan pangkat kedua dan seterusnya, anda perlu mengembangkan jaringan
berdasarkan rajah dibawah. Contohnya, anda akan naik ke pangkat kedua, PRX apabila anda
berjaya melahirkan 3 orang yang berpangkat pertama dibawah anda.
Terpulang kepada anda sama ada ingin gunakan cara 1 atau cara 2 untuk naik pangkat. Jika anda
mahu bergerak laju, sudah pasti cara 2 (PKLP) adalah yang terbaik.