JIHAD PALESTIN DAN ISU BOIKOT

MD HASRI BIN RAJALI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
[email protected]

JIHAD, PALESTIN, DAN ISU BOIKOT!
Penulis nukilkan perkataan ‘ulama jihadis’ seperti karya Syaikh Yûsuf bin Shôlih Al-‘Uyairî
(Tsawabit ‘Ala Darbil Jihad, Ma’aalim Asasiyah Fil Jihad ); Asy-Syaikh Ibnu Qudamah AnNajdi (Kasyful Litsam ‘An Dzirwati Sanamil Islam); dan Syaikh Abu Bashir Abdul Mun’im
Mushthofa Halimah At-Tarthusi (Ath Thariq Ilaa Isti-nafi Hayatin Islamiyyah Wa Qiyami
Khilafatin Rasyidah ‘Ala Dlaail Kitab Was Sunnah) dan banyak lagi sebahagiannya terlalu
panjang untuk dilebarkan perbahasannya.
Adapun pengertian jihad mula disempitkan dalam karangan-karangan ‘ulama jihadis’
umpamanya dalam fasal pertama ,
Asy-Syaikh Ibnu Qudamah An-Najdi dalam “Kasyful Litsam ‘An Dzirwati Sanamil Islam”
menyatakan:
“Al-Jihad (di sini) artinya memerangi musuh; yaitu berusaha sekuat tenaga, mencurahkan
segala potensi dan kemampuan berupa kata-kata maupun tindakan.” (Kasyful Litsam ‘An

Dzirwati Sanamil Islam, hlm 9).
Menurut beliau lagi:
“Sedangkan jihad maknanya adalah berusaha keras dan mencurahkan segala kemampuan
dalam rangka perang, boleh dilakukan juga dengan lisan atau apa saja yang ia mampu.”

(Kasyful Litsam ‘An Dzirwati Sanamil Islam, hlm 9).
Tafsiran kedua jelaskan tafsiran pertama pernyataan Ibnu Qudaimah, umumnya jihad itu
hanyalah bentuk semangat usaha menentang dalam bentuk kerangka peperangan tanpa
membezakan golongan kuffar yang membuat pendamaian mahupun golongan musuh
melancarkan perang!

yang

Menurut Syaikh Yûsuf bin Shôlih Al-‘Uyairî :
“kalau dilihat hujungnya sebenarnya jalan jihad ini berlaku sejak zaman Rasul S.A.W.- sudah
jelas bagi umat Islam, rambu-rambunya sudah ditetapkan, pemahaman dan fiqhnya sudah nyata,
kita tidak perlu lagi menambahkan pemahaman-pemaham jihad baharu yang berat sebelah

diselewengkan oleh siapapun baik dibelahan timur mahupun barat” (Tsawabit ‘Ala Darbil
Jihad, hlm 9)
Pemikiran sebegini jelas tidak menjadikan Islam itu bersifat offensive berbanding defensive,
prinsip negara Islam adalah menyerang terlebih dahulu sebelum diserang mana-mana negara
kuffar. Malah dalam penelitian makalah tersebut juga menyatakan bahawa jihad itu wajib sama
ada negara dijajah mahupun negara yang tidak dijajah termasuk negara yang belum menerima
seruan kalimah seperti negara-negara Eropah. Ini menjadikan umat Islam di seluruh dunia wajib

menentang pemerintah yang non-Muslim ditukarkan kepada pemerintah muslim.

KES JIHAD DI NEGARA ISLAM
Disini, penulis melihat kembali pandangan maupun tulisan ulama’ kontemporari yang berlaku
khilaf dalam istilah jihad berbanding dengan ulama’ jihadis yang lain umpamanya Syaikh Yûsuf
bin Shôlih Al-‘Uyairî dan lain-lain. Ulama kibar turut menjadi hukum jihad itu wajib, namun
begitu, perkara yang penting diambil kira adalah kadar kemampuan yang melibatkan aspek
fizikal seperti ketenteraan, senjata, makanan, perubatan dan kesatuan persaudaraan ummah.
Pandangan yang diambil daripada ulama’ kibar seperti Syaikh al-‘Allamah Muhammad bin
Shalih al-‘Utsaimin rahimahullahu berkata di dalam Syarh Riyadhis Shalihin (III/375):
“Maka hukum perang itu wajib, akan tetapi sebagaimana kewajiban-kewajiban lainnya,
haruslah menurut kadar kesanggupan. Tapi umat Islam di zaman ini lemah, tidak ragu lagi akan
kelemahan mereka. Mereka tidak punya kekuatan ma’nawiyah (ruhani) dan tidak pula punya
kekuatan madiyah (fizik). Jadi, hukum wajib gugur (saat ini) dikarenakan ketiadaan kemampuan
mereka atasnya, “Bertakwalah kalian kepada Allah semampu kalian”, Allah Ta’ala berfirman :

“Berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.” (dinyatakan dalam pertemuan Liqoo’ al-Bab
al-MaftuhII/261, pertemuan ke-33, pertanyaan no 97).

Situasi ini turut digambarkan dalam kes negara Islam yang bergolak seperti Palestin yang

memerlukan kemantapan hati dan fizikal tidak cukup sekadar hanya membawa misbah. Malah,
pemerintah negara –negara Islam yang lain dianjurkan turut membantu dalam pejuangan Palestin
tanpa menggunakan kaedah ekstrim. Tambahan menganjurkan rakyat jelata supaya
memperkuatkan ilmu ad-dieen dan bezakan antara mana yang musuh yang mana kawan.
Menurut Ibnu Taimiyyah:
“Keberanian itu bukanlah sekadar kekuatan fizik. Seringkali ada orang yang kuat badannya
namun lemah hatinya. Sesungguhnya keberanian itu adalah kekuatan dan kemantapan hati.
Peperangan itu tergantung pada kekuatan badan, ketangkasan di dalam berperang dan kekuatan
hati serta kemantapannya. Yang terpuji diantara keduanya adalah keberanian yang disertai ilmu
dan pengetahuan, bukan semata-mata kekerasan yang pelakunya tidak memikirkan dan tidak
memisahkan a ntara yang terpuji dan tercela...”( (al-Istiqômah II/271))

Disini, Ibnu Taimiyyah cuba melihat pengertian jihad itu dalam konteks kekuatan badan dan
kekuatan hati. Malah kedua-dua kekuatan tersebut hendaklah mendasari ilmu yang kukuh dan
mempunyai akurasi yang tinggi. Tambahan pula, sebagai prinsip Islam dalam peperangan
hendaklah seseorang tentera itu mampu membezakan perbuatan yang baik mahupun buruk.
Baiknya dengan memberi layanan baik kepada tawanan, tidak membunuh golongan lemah, tidak
merosakkan tempat ibadat dan tempat tinggal, manakala buruknya, bercanggah dengan akhlak
seseorang muslim yang juga merosakkan imej Islam sebagai kehidupan damai.


ISU BOIKOT
Adapun, isu boikot adalah kadar kemampuan sendiri didalam negara Islam yang tidak bergolak
umpamanya di Malaysia. Isu boikot menjadi kepelbagaian pandangan beberapa golongan sama
ada yang pemboikot ataupun tidak memboikot. Namun, penulis melihat isu boikot ini merupakan
tindakan yang mudah difahamkan dalam lapisan awam bagi tujuan luahan perasaan anti-Israel.
Namun, setiap pemboikit bagaimanapun harus mempunyai ilmu dan prinsip akhlak yang teguh
agar tidak menambah keburukan kepada usaha itu sendiri.

Salah satu usaha dalam pemboikotan Mac Donald biarlah berpada-pada dan tidak ghuluw dalam
tindakan. Hal ini kerana kemarahan terhadap musuh Islam akan memudahkan lagi api
perpecahan dan member keuntungan kepada musuh Islam. Apakah kemarahan itu akan
menambah keuntungan Islam? Sudah tentu tidak, tindakan seperti mecela pekerja Mc Donald
dan syarikat yang berkaitan adalah bukan tindakan yang bijak! Cukuplah bagi kita tidak membeli
dan tidak menggunakan produk! Seperti yang disebut tadi ia mengikut kadar kemampuan
masing-masing yang tidak melibatkan emosi.
Menurut Ibnu Taimiyyah:
“Karena itulah, orang yang benar-benar kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya di saat
marah, sehingga ia dapat tetap melakukan hal yang bermanfaat bukan malah merusak. Adapun
orang yang dikalahkan oleh emosinya, maka ia bukanlah orang yang berani dan kuat.” (al-


Istiqômah II/271)
Akhirnya, jihad yang terbaik adalah melawan nafsu yang harus jua bebas dalam kerangka emosi
kerana ia akan menganggu perjuangan sebenar. Malah, setiap tindakan boikot itu hendaklah
selaras dengan prinsip jihad yang inginkan keredhaan Allah Jalla Jallahu kerana Allah Jalla
Jallahu adalah kunci setiap jawapan kepada manusia!
Seperti kata al-Maududi:
Jihad fi Sabilillah has a wider meaning: any act or deed which is done for the collective wellbeing of mankind, by a person who has no vested interest in this world (Dunya), but seeks only to

earn the pleasure and favour of Allah, isregarded in Islam as a deed done “in the way of
Allah”.( Jihad fi Sabilillah: 9).