TAKRIF TAMADUN DAN CIRI docx

1.1TAKRIF TAMADUN DAN CIRI-CIRI PENTINGNYA
Perkataan 'tamadun' sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan
kebendaan
material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan
'tamadun' selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan
teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman
ini. Sebenarnya ;-erkataan 'tamadun' dari sudut etimologi berasal daripada
perkataan maddana dalam 6 ah as a Arab. Maddana yang merupakan kata kerja
yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan
memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini diterbitkan
perkataan madani yang merupakan sifat nama. 1 Madani merujuk kepada sifat
sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan
budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan m iddana dan madani sendiri
sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu
menggambarkan kehidupan beragama."
Pengertian tamadun berdasarkan etimologi seperti yang dikemukakan, secara
tidak langsung menekankan dua perkara yang penting dalam memberi takrifan
yang lengkap terhadap tamadun. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus
menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan dengan kehalusan
budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih
sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan

pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S&T,
kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah
pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan
budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara
bangsa.
Perkataan bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun
ialah hadarah yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada
perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.3 Tamadun juga
sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa maksud
keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam
sesebuah bangsa dan masyarakat. Selain daripada itu, perkataan yang sering
digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah
civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin
":;ang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan peradaban, civilization
iuga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian
budaya dan kemajuan kebendaan.
Berdasarkan pengertian-pengertian yang dikemukakan, konsep ketamadunan
sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral
yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.
Bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh masyarakat

manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan
kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Lebih
buruk daripada itu, tasawur terhadap kemajuan penempatan dan kemudahan

disempitkan lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan.
Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukanlah digambarkan oleh limpahan
kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang
digunakan oleh Ibn Khaldun.
1.1.1 Hubungan Tamadun dengan Agama
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini kehidupan yang berbudi pekerti
mulia dan bermoral tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam
kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat yang seperti ini pada diri seseorang
begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan
seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama.
Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta seseorang dan
sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan
sememangnya begitu penting. Di sini dapat diperlihatkan bagaimana agama
mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun sebagaimana yang
digambarkan oleh tamadun-tamadun silam.
Kemuculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada

kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta can
nilai kehidupan yang terpuji dalarn masyarakat ketika itu. Perkara ini dapat
cilihat sendiri kepada peninggalan bangunan dan barangan tamadun-tamadun
silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan
beragama. Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh
agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung
memencilkan nilai-nilai keagamaan dalarn kehidupan masyarakatnya. Selain
daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai
agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat
dalarn zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di
bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.
1.12 Hubungan Tamadun dengan Budaya
Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya
masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun.
Budaya kehidupan sesebuah mesyarakat merujuk kepada tatacara rnereka
bertindak ke atas persekitaran rnereka (terrnasuk persekitaran sosial) dalam
menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi
sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga
merupakan ciriciri kehidupan bertamadun. Bagaimanapun tamadun berbeza
daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut:

a. Pengaruh dari natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan
pengaruh dari natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya
yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun.
Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun
dalarn masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza
daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis
makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak
perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

b. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya
selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam
misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang
berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian
berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun rnereka
berada di bawah naungan ketamadunan Islam.
1.13 Hubungan Tamadun dengan Bangsa
Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun
terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa
seperti tamadun Cina dan tamadun India. Lazimnya sesebuah bangsa
mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan

geografi tertentu. Sebaliknya sifat tamadun melintasi sempadan geografi yang
secara langsung melampaui batasan kebangsaan. Terdapat beberapa tamadun
yang mengandungi lebih daripada satu bangsa seperti tamadun Barat yang
mengandungi beberapa bangsa Eropah dan Amerika Utara. Tamadun dan bangsa
sebenarnya tidaklah mempunyai kaitan yang jelas kerana selalunya tamadun
melampaui batasan kebangsaan.
1.1.4 Ciri-ciri Asas Tamadun
Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur
seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun
Islam dan lain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang
tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan
keseniannya, manakala tamadun lslarn pula masyhur dengan perspektif
kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi.
Meskipun terdapat keistimewaan tertentu pada tamadun-tamadun yang
berbeza, kesemua tamadun yang telah muncul mempunyai ciri-ciri dasar yang
sejagat seperti berikut:
a. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau
beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau
madinah.
b. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya

seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan
panjang.
c. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik,
pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.
d. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu
sistem tulisan yang tersendiri bagi rnenjadi perantaraan komunikasi, perakaman,
penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
e. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral
yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak
tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.
1.3 INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaaan tersendiri, sifat sebenar
sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau

interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran,
institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti
ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif meskipun terdapat juga
kesankesan negatif. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh
semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah
tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini

memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu
mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan
sesebuah tamadun.
Sebagai contoh, interaksi antara tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme
pada zaman silam pada keseluruhannya membuahkan kesan positif. Buddhisme
sebagai sebuah agama yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri
tertentu dari falsafah Hinduisme, termasuklahKanna (Rebirth), Dhamma
(Righteousness) dan Mokhsa (Liberation). Selepas Buddha dan misinya,
reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu dari
Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa
rohaniah dengan golongan Brahmin, penafian hak-hak tertentu kaum wanita dan
lain-lain. Situasi seperti ini menunjukkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat
daripada kewujudan interaksi antara tamadun.
Demikian juga interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian
pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab turut memperlihatkan beberapa
kesan yang positif. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompokkelompok
kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang
digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Tempat-tempat peribadatan keduadua kaum ini diberi perlindungan, malah penganut agama Yahudi dan Kristian
bebas mengamalkan agama mereka tanpa sebarang ketakutan. Pengiktirafan
hak agama-agama bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi

mereka tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Muslim
merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sistem keadilan Islam.
Sepanjang sejarah ketamadunan Islam dari zaman pemerintahan U mayyah
sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian
hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim yang merupakan
majoriti. Selain bebas mengamalkan agama masing-masing, beberapa individu
Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki tempat-tempat tinggi dalam
pentadbiran kerajaan Islam, terutamanya di bumi Andalusia (Sepanyol). Penulis
dan sarjana dari kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi
sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam.
Interaksi antara masyarakat Muslim dan Buddhisme di Asia Tenggara juga
bersifat positif. Dalam konteks hubungan sosial, masyarakat Muslim berinteraksi
dengan masyarakat Buddha di Thailand, Kemboja, Indonesia (Jawa) dan Malaysia
sebelum zaman kolonial lagi. Meskipun agama mereka begitu berbeza dari segi
metafizik dan teologi, hak-hak masyarakat Buddha untuk mengamalkan agama
mereka begitu dihormati di negara-negara yang kebanyakan penduduknya
terdiri daripada penganut-penganut Islam. Kewujudan kuil-kuil seperti Borobudur

di Pulau Jawa yang majoriti penduduknya penganut-penganut Islam merupakan
lambang kepada sikap toleransi seperti ini.

Saling hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India sebelum zaman kolonial
juga memberi manfaat kepada kedua-dua pihak meskipun hubungan ini tidak
bebas daripada cabaran-cabaran tertentu. Sebagai contoh, budaya dalam
berpakaian, pemakanan dan seni bina masyarakat di India Utara mengalami
beberapa perubahan positif akibat daripada pertemuan dengan tamadun Islam.
Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur tertentu
termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat India.
Lahirnya bahasa Urdu merupakan hasil daripada interaksi bahasa Parsi (Islam)
dan bahasa Hindi (Hindu). Kelahiran bahasa Urdu ini merupakan contoh yang
paling bermakna berhubung dengan interaksi antara dua tamadun ini.
Saling hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme pula bermula dari
kurun Masehi ketujuh lagi. Pada peringkat awal, interaksi ini berlaku dalarn
bentuk perdagangan, iaitu antara saudagar-saudagar Arab dan Parsi dengan
saudagar-saudagar Cina. Terdapat saudagar-saudagar Arab dan Parsi yang
bermastautin di China, dan melalui proses interaksi termasuklah perkahwinan,
mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan. Dalam Dinasti
Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam
muncul memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan tamadun
Cina. Terdapat di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan menjadi
gabenor wilayah dan terdapat pula di kalangan mereka yang ditugaskan menjadi

panglima tentera laut seperti Zheng He.
Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran
Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping sumbangan kepada bidang
astronomi, seni bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan. Yang lebih
menarik lagi, sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa
dalam bidang etika, terdapat banyak kesejajaran antara pengajaran Islam dan
pengajaran Konfusianisme. Disebabkan hal tersebut, beberapa sarjana Islam
berbangsa Cina mempelajari Konfusianisme seperti juga terdapat sarjanasarjana Konfusianisme menunjukkan minat yang sama terhadap Islam.
Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan yang positif daripada interaksi
antara tamadun.
Bagaimanapun, tidaklah tepat sekiranya kita memberi gambaran bahawa
pertembungan antara tamadun semuanya membawa kesan positif. Hubungan
antara Kristian dan Yahudi kurang memuaskan sejak dari permulaan lagi. Berlaku
di Eropah antara kurun Masehi kesembilan dan kelapan belas, beberapa
pembunuhan Yahudi secara beramai-ramai. Faktor-faktor yang berkaitan dengan
teologi, ekonomi dan sosial bertanggungjawab terhadap keadaan seperti ini.
Demikian juga, terdapat putera-putera Kristian Eropah di zaman pertengahan
melancarkan beberapa siri Perang Salib (Crusades) terhadap masyarakat Islam
Timur Tengah sehingga begitu ramai orang Islam dan Yahudi dibunuh. Sekali lagi,
faktor-faktor yang berkaitan dengan teologi, ekonomi dan sosial

bertanggungjawab selain daripada faktor politik.

Dalam sejarah terdapat beberapa kes di India, panglima dan tentera Islam
bertindak menghancurkan kuil-kuil Hindu sungguhpun perkara sebegini dilarang
oleh hukum Islam sendiri. Keadaan yang sama turut berlaku apabila raja-raja
Hindu bertindak membunuh rakyatnya yang beragama Islam. Sebelum
kedatangan Islam ke India, terdapat kejadian golongan Buddha memusnahkan
kuil-kuil Hindu, seperti juga golongan Hindu melakukan tindakan yang sama
menghancurkan kuil-kuil Buddha. Kesemua ini merupakan contoh-contoh kesan
negatif yang timbul hasil daripada pertembungan tamadun.
N amun begitu secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman
penjajahan Barat tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi,
penganut-penganut Islam, Hindu, Buddha, Konfusianisme, Taoisme dan
termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai.
Faktorfaktor yang dilihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan
antara tamadun ialah:

a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi, memerintah negara
dengan penuh keadilan dan kesaksamaan.
b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba
mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung
kepada semangat keinsanan.
1.4 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Disebabkan tamaduntamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yang tersendiri,
maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu tamadun dengan satu
tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat juga banyak
persamaan yang dikongsi antara beberapa tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan
dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dalam konteks
teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep
monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak
menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya,
menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza
daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara
umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme
mereka berbeza antara satu sama lain.
Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan
pendapat. Percanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku
antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku
dalam sesebuah tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya
dibandingkan dengan persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang
menimbulkan kontroversi. Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog
tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus
lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam konteks melihat perbezaan dan
persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan:

1.4.1 Alam sekitar
Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang
diterima oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama,
alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian atau Steward) yang
berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa
aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah
Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu,
memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu
disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini,
tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam
sekitar. Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin
disebabkan tahap teknologi yang masih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun,
haruslah disedari bahawa penciptaan teknologi dan penggunaannya sangat
dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu tamadun atau pengamalan
budaya.
1.4.2 Keluarga
Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu
dihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada
lazimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki
kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum
perempuan. Pengamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam
sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian
yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian
terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak seseorang
dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran
Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati.
Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan
kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang menjadi persoalan utama,
tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam
lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.
1.4.3 Komuniti
Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun
tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam
menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat
memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat
sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral,
material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan
(individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Keduadua
pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan
agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah
bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti
tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan
bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai

keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.
1.4.4 Kerajaan
Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau
akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan
dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja
yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam
tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa
tokoh-tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam
tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan
adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam
tamadun Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama.
Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat
merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional.
Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan
nilainilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-lunas keadilan, maka
ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.
1.4.5 Kegiatan Ekonomi
Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks
'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak
kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam salah
satu daripada eight lold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan
halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak.
Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh
mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan
ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba',
'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh
pertimbanganpertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah
bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan
yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang
membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah
kayu pengukurnya.
1.4.6 Pendidikan
Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah
pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu
mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan
menyedari perkara tersebut, dimensi Inner-Being begitu penting dalam konsep
pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia
tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya
tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui
pengetahuan tentang dirinya sendiri. Cuma cara transformasi ini berlaku
berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan
tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam
ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat
dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

1.4.7 Kesihatan
Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang
masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional
tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat
penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan
pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang
mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang
lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa
segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada
konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit
bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat
dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya
keseimbangan dalam kehidupannya.
Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras
kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam
tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun
begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan
dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami
persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain
seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan
keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar
berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia
untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.
TAMADUN MELAYU
(Dipetik dari Buku TITAS Penerbit UM)
10.1 KONSEP TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia
yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan
bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai
nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu (Malay A rchipelago) atau Gugusan
Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan
sebagainya. Dua elemen yang menjadi faktor utama yang mewarnai wilayah ini
sebagai Melayu ialah pertama, bahasa Melayu yang menajdi lingua /ranca atau
bahasa perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan kedua, agama Islam yang
dianuti oleh majoriti penduduknya. Islam juga disampaikan dengan perantaraan
bahasa Melayu dengan kitab-kitabnya tertulis di dalam tulisan Jawi.
Istilah Melayu boleh juga ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa dan
bahasanya iaitu Melayu tergolong di dalam cabang Melayu-Indonesia yang
mengelompokkan bersama-samanya suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh,
Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, Melanau, Sulu dan

sebagainya. Cabang Melayu-Indonesia terangkum pula di dalam Rumpun Bahasa
Austronesia daripada keluarga bahasa sumbernya iaitu Keluarga Bahasa Austric.

10.2 KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT KERAJAAN DAN TAMADUN MELAYU
Kerajaan-kerajaan pra-Islam di Alam Melayu terbahagi kepada dua bentuk.
Pertama, berbentuk agraria yang menjadikan kegiatan pertanian sebagai
latarbelakang ekonomi negara. Antaranya ialah empayar Funan dan kerajaan
Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara dan Majapahit di Jawa. Kerjaan Funan
merupakan negeri pertama yang menerima pengaruh kebudayaan India
(HinduBuddha), sejak kurun pertama Masihi.!
Seterusnya Funan telah berkembang menjadi kerajaan berbentuk maritim, iaitu
bentuk kerajaan yang kedua, yang menjadikan kegiatan perdagangan laut
sebagai latarbelakang ekonomi negara. Kerajaan demikian memiliki sebuah atau
beberapa buah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot memainkan peranan
penting sebagai pusat persinggahan pedagang-pedagang dan pengumpulan dan
penyebaran barangan dari Barat ke Timur dan sebaliknya. Melalui peranan
pelabuhan entrepot ini, pusat-pusat demikian menjadi pintu masuk pengaruh
asing yang melahirkan interaksi antara tamadun. Antara pelabuhan-pelabuhan
entrepot dan kerajaannya ialah Oe Eo di Funan (kurun ke-2), Ligor dan Singora di
Langkasuka (kurun ke-2), Lembah Bujang di Kedah (kurun ke-4), Kuala Selinsing
di Perak (kurun ke-S), di Sumatra Kan-t' o-li (kurun ke-S), ]ambi/Melayu (kurun
ke-6/7) yang dicantumkan dengan Srivijaya di Palembang (kurun ke-7), Surabaya
dan Tuban di Jawa Timur (pada zaman Airlangga kurun ke-l l dan kerajaan
Majapahit kurun ke_13).2
Srivijaya dari kurun ke-7 hingga ke-l l merupakan kerajaan maritim Melayu yang
terpenting yang mendominasi seluruh pesisir laut di utara dan barat Sumatara,
Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa Barat dan juga perairan Selat Malaka dan
Selat Sunda. Di Pulau]awa, empayar Majapahit di peringkat awal merupakan
kerajaan berbentuk agraria di lembah Sungai Berantas, tetapi melalui dasar
peluasan kuasa dan perdagangan ia bertukar menjadi kerajaan maritim
terpenting dari kurun ke-13 hingga ke-15/16.3 Kemunculan dan pembinaan
negara-negara kota dan kerajaan pada zaman ini telah menjadi pusat-pusat
kepada pembinaan dan pembentukan tamadun Melayu seterusnya.
10.3 KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU PADA ZAMAN ISLAM
Dalam konteks kemasukan atau kedatangan agama Islam ke rantau ini, terdapat
tiga teori mengenainya yang telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana.
Teori-teori ini menunjukkan perbezaan pendapat mengenai tarikh dan punca
kedatangannya, dan juga kawasan manakah yang menerima agama Islam. Teori
pertama menyatakan bahawa Islam dibawa terus dari Semenanjung Tanah Arab
pada kurun ke-7. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford dan juga oleh

Niemann dan de Hollander 4 rang seterusnya mendapat sokongan "Seminar
Masuknya Islam ke Indonesia" dan juga Prof. S. M. Naquib al-Attas.6 Pendapat ini
berdasarkan antaranya, kegiatan hubungan perdagangan orang Arab dengan
Alam Melayu sejak zaman sebelum munculnya Islam di Semenanjung Tanah
Arab. Ini diperkukuh dengan laporan yang menyatakan hakikat bahawa telah
terdapat beberapa buah perkampungan atau koloni orang Islam berketurunan
Arab di kawasan pantai timur dan barat Sumatera seperti tercatat dalam
dokumen kerajaan China. Selain itu, S. M. Naquib al-Attas menegaskan hakikat
bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan istilah dan
sistem tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur
Tengah sebagai puncanya.
Teori kedua menyatakan Islam dibawa daripada China melalui Canton dan
Hainan pada kurun ke-9. Teori ini dipelopori oleh seorang penulis Sepanyol,
Emanuel Godinho de Eredia. Antara bukti dan hujah rasional yang dikemukakan
ialah penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei bertarikh
1048, di Laren,Jawa bertarikh 1082, dan batu bersurat di Terengganu bertarikh
1303. Kesemua bukti sejarah ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan
menunjukkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui negara China. Ini
diperkukuhkan dengan hujah bahawa wujudnya hubungan perdagangan di
antara Tanah Arab dengan negara China yang membawa kepada kemasukan
agama Islam ke negeri China. Daripada negeri China, Islam telah dibawa ke
Alam Melayu.
Teori ketiga punca kedatangan Islam adalah daripada India melalui Gujerat. Teori
ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana Belanda Pijnappel yang diperkukuh
oleh Snouck Hurgronje dan J. P. Moquette.i Teori ini didasarkan pada bukti
bahawa wujudnya persamaan batu nisan yang ditemui di Pasai iaitu batu nisan
Sultan Malik al-Saleh bertarikh tahun 1297 dan batu nisan Maulana Malik Ibrahim
di Grisek Jawa dengan yang di Gujerat India namun ini ditentang hebat oleh G. E.
Marrison.8 Pendapat ini diperkukuh dengan wujudnya hubungan perdagangan di
antara India dengan rantau ini sejak zaman pra-Islam lagi. Apabila agama Islam
bertapak kukuh di India, pedagang-pedagang India yang telah memeluk agama
Islam, datang berdagang ke Asia Tenggara dengan membawa Islam bersamasama mereka dan menyebarkannya. Secara umumnya, ketiga-tiga teori ini telah
membuktikan secara mutlak bahawa agama Islam telah dibawa masuk ke rantau
Asia Tenggara dan ini telah membuahkan interaksi antara tamadun.
Siapakah yang memainkan peranan dan, bagaimanakah agama Islam dapat
tersebar di Alam Melayu? Peranan menyebarkan agama Islam telah dijalankan
oleh beberapa golongan, iaitu para pedagang yang juga pendakwah (ada yang
berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan zuriat penyebar Islam
seterusnya). Juga golongan bangsawan tempatan yang terawal memeluk agama
Islam, menyebarkannya kepada rakyat/pengikutnya. Para mubaligh, pendakwah,
ulama dan ahli sufi juga berperanan menyebarkan Islam secara hikmah dengan
akhlak yang mulia, rasional dan bijaksana. Melalui penyebaran ini, maka
muncullah kerajaan-kerajaan Melayu Islam seperti Perlak-Samudera-Pasai (840)

dan kemudiannya kerajaan Islam Aceh (1507), Minangkabau (1500) di Sumatera,
Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511), Kerajaan Johor-Riau-Lingga (1673), Pat
ani di Selatan Thailand (1500); Brunei (1480), Sambas (1580); Demak (1450),
Bantan (1572), Sunda Kelapa (1527) dan Mataram (1586) di Pulau Jawa,
Makassar (1600), Ternate (1490), Sulu (1450) dan Magindanao (1490) di Indoesia
timur. Manakala di Tanah Besar Asia Tenggara, muncul Campa di Indo-China.
Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini menunjukkan juga peranan yang
dimainkan oleh raja dan golongan pemerintah melalui istana dengan
memberikan naungan kepada Islam. Kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini
memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran dan penegakan
tamadun Melayu di Alam Melayu.
Mengenai agama Islam itu sendiri, terdapat beberapa ciri istimewa yang
menyebabkan ia dapat diterima dengan meluas oleh masyarakat Melayu di Alam
Melayu. Ciri-ciri istimewa ini antaranya agama Islam merupakan agama yang
mudah difahami, yang menekankan kesamarataan antara lapisan masyarakat,
bersifat rasional dan logikal, yang mengutamakan akhlak dan kehalusan budi
bahasa yang dianggap serasi dengan budaya orang Melayu.
Seperti yang dinyatakan, kerajaan Perlak dan Samudera-Pasai merupakan pusat
tamadun Melayu Islam terawal. Perlak merupakan kerajaan Melayu Islam
pertama yang ditubuhkan pada tahun 840 dengan raja pertamanya, Sultan Syed
Maulana Abdul Aziz Syah. Samudera-Pasai pula telah muncul sekitar tahun 1042
sehingga tahun 1450 dengan raja pertamanya, Meurah Giri yang menggunakan
gelaran Maharaja Mahmud Syah. Pada zaman pemerintahan Sultan al-Mukammil
seorang ulama bernama Abdullah Ariff telah sampai dengan membawa kitab
Bahr Lahut (Lautan KetuhaJ'7.an) yang membicarakan ilmu tasawuf Raja Pasai
bernama Meurah Silau telah diislamkan dan diberi nama Sultan Malik al-Saleh
oleh Syeikh Ismail, seorang utusan dari Sharif Makkah. Di Sumatera Utara ini
kemudiannya muncul kerajaan Islam Aceh. Aceh berkembang selepas kejatuhan
Melaka dan mengambil alih peranan penting sebagai pusat penyebaran dan
kegiatan agama Islam terutama di kawasan barat Alam Melayu sekitar kurun ke17. Antara raja Aceh yang penting dan terkenal ialah Sultan Allaudin Ri'ayat
Shah (1588-1604), Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (16061636), Sultan
Iskandar Thani (1636-1641). Aceh seterusnya dikuasai oleh rajaraja perempuan
apabila Sultanah Safiatuddin (1641-1675) ditabalkan sebagai pemerintah Aceh.
Peranan Aceh sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam telah
menyebabkan ianya digelar Serambi Makkah, selain peranannya sebagai pusat
perdagangan dan kuasa politik orang Melayu Islam.
Di Semenanjung Tanah Melayu, Melaka muncul sebagai sebuah pusat tamadun
Melayu Islam yang menguasai persisiran Selat Melaka sekitar kurun ke-1S dan
awal kurun ke-16. Melaka telah dibuka sekitar tahun 1400 oleh Parameswara,
seorang keturunan Raja Srivijaya yang telah berundur dari Palembang apabila
ianya diserang oleh kerajaan Jawa. Mula-mula baginda ke Temasik kemudian
membuka Melaka yang seterusnya menerima Islam di tangan Makhdum Syed
Abdul Aziz, seorang mubaligh dari Makkah sekitar 1414. Melaka mencapai

zaman kegemilangannya pada pertengahan kurun ke-1S; menjadi pelabuhan
perdagangan berbentuk entrepot antara dunia timur dan barat yang sibuk; juga
sebagai pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam; dan melalui dasar
peluasan kuasa (imperialisme) telah berjaya menguasai wilayah-wilayah di
pesisiran Semenanjung dan juga bahagian timur Sumatera di persisiran Selat
Melaka sehinggalah kejatuhan ibu kotanya di tangan kuasa Portugis pada tahun
1S11,
Di Pulau Borneo) muncul sebuah pusat tamadun Melayu Islam terulung iaitu
Kesultanan Melayu Brunei sebagaimana kemunculan kerajaan Islam Aceh dan
Kerajaan Johor-Riau-Lingga. Brunei dikatakan menerima Islam apabila rajanya
bernama Awang Alak Betatar memeluk Islam dengan menggunakan gelaran
Sultan Muhammad (1363-1402, setengah pengkaji mengatakan pada 1480) 9
Namun penemuan batu nisan bertarikh tahun 1048, menunjukkan wujudnya
penempatan orang Islam lebih awal lagi di kawasan ini. Sebagaimana Aceh yang
mengambil alih peranan Melaka, Brunei juga menjadi lebih teguh dan
berkembang menjelang kurun ke-16 terutama selepas kejatuhan Melaka. Ini
didorong oleh tindakan pedagang-pedagang dan penyebar (mubaligh) agama
Islam yang telah mencari pelabuhan alternatif selain Melaka yang terletak di
bawah penguasaan kuasa Portugis yang beragama Kristian. Kekuasaan dan
pengaruh Brunei telah berkembang sampai ke Kepulauan Filipina (Sulu, Luzon,
Mindanao) sehinggalah wilayah-wilayah ini jatuh ke tangan kuasa Sepanyol, dan
di bahagian utara Pulau Borneo pula iaitu pantai barat Sabah dan Sarawak
dikuasai oleh pihak Inggeris.
Berdasarkan kemunculan dan peranan kerajaan-kerajaan Melayu Islam atau
pusat-pusat tamadun Melayu Islam itu, ternyata kejatuhan Melaka telah
mendorong kemunculan puat-pusat itu secara bertaburan hampir di setiap
pelosok kawasan di rantau ini. Pusat-pusat tamadun Melayu Islam ini mengambil
alih peranan Melaka, walaupun kemunculannya tidak dapat menyaingi Melaka
kecuali kerajaan Islam Aceh.
10.4 KESAN-KESAN KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
Kedatangan dan penerimaan agama Islam telah membuahkan beberapa ciri
utama dalam tamadun Melayu sebagai kesan atau natijah terpentingnya.
Mengenai sistem politik dan pentadbiran, sistem pemerintahan empayar
Uthmaniyah telah diperkenalkan dengan meletakkan 'sultan' sebagai ketua
negara dan ketua agama Islam. Di dalam pelaksanaan pentadbiran, sultan
dijadikan 'Khalifah Allah di bumi' dibantu oleh golongan penasihat yang terdiri
daripada alim ulama dan mufti. Undang-undang yang berdasarkan hukum
syariah telah diperkenalkan walaupun ia tidak secara menyeluruh, sebagaimana
yang ditunjukkan di dalam Hukum Kanun Melaka di zaman Melaka dan Batu
Bersurat Terengganu 1303. Kedatangan kuasa-kuasa Eropah iaitu kuasa Portugis,
Sepanyol, Belanda, dan kemudiannya Inggeris untuk menakluki dan
mendominasi pusat-pusat tamadun Melayu telah memunculkan dan

meningkatkan semangat jihad di kalangan masyarakat Islam untuk menentang
kuasa-kuasa Eropah yang beragama Kristian ini. Persaingan dan pertembungan
antara pusat tamadun Melayu Islam dengan kuasa Eropah Kristian
menggambarkan penerusan siri Perang Salib tetapi berlangsung di kawasan
dunia timur.
Mengenai sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan, dan pandangan
semesta ternyata agama Islam telah membawa beberapa perubahan dan
pembaharuan kepada peradaban Melayu. O leh sebab agama Islam menerima
naungan daripada istana raja-raja Melayu, maka istana telah dijadikan pusat
kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Institusi-institusi pendidikan sama
ada secara rasmi atau tidak rasmi antaranya ialah pendidikan di peringkat
madrasah, pondok atau pesantren atau di masjid-masjid dan surau-surau telah
wujud. Ini menunjukkan semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial
berpeluang untuk mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan terutama
ajaran Islam. Kesannya, muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di
beberapa pusat tamadun Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka
terutama karya-karya berbentuk keagamaan yang disampaikan dalam bentuk
persuratan yang dinamakan sastera kitab.
Mengenai kehidupan masyarakat Melayu di pusat-pusat tamadun Melayu Islam
ini, mereka juga menerima kesan daripada pancaran tamadun Islam ini.
Antaranya institusi kesultanan dan sultan sebagai 'Khailfah Allah di bumi' atau
Khal~fatullah fi l-Ardhi bagi menggantikan sistem beraja berteraskan pengaruh
kosmologi Hindu-Buddha. Sultan menerima nasihat dan panduan daripada
golongan alim ulama dan mufti termasuk dalam melaksanakan undang-undang
syariah terhadap masyarakat tersebut.
Secara umumnya, pusat-pusat tamadun Melayu Islam ini menjadikan agama
Islam sebagai agama rasmi dan ini secara langsung meletakkan tamadun
Melayu di dalam jaringan tamadun Islam global yang berhubungan dengan
kerajaan Uthmaniah Turki, Safawiyah Parsi, Mughal India dan kerajaan-kerajaan
Islam di Timur Tengah dan Afrika. Walaupun terletak di dalam lingkungan
jaringan tamadun Islam global, tamadun Melayu dari sudut kebudayaan ternyata
terus berkembang subur dan bersifat dinamik dengan menyerap unsur-unsur
tempatan selagi ia tidak bercanggah dengan akidah dan syariah Islam yang
berteraskan konsep Tauhid atau 'mengesakan Allah s.w.t.'
10.5 PANDANGAN SEMESTA MELAYU PRA-ISLAM DAN PADA ZAMAN ISLAM
10.5.1 Masyarkat Melayu Praagama Hindu dan Buddha
Menurut persejarahan awal di rantau Alam Melayu ini, sistem kepercayaan
masyarakat peribumi berasaskan 'animisme' dan 'dinamisme'. Sistem
kepercayaan animisme bermakna kepercayaan bahawa setiap benda (objek) ada
jiwa, roh dan semangat yang mempunyai perwatakan sendiri. Kepercayaan ini
pula telah melahirkan peraturan atau pantang larang tertentu dalam sesuatu

masyarakat. Sistem kepercayaan dinamisme ialah kepercayaan kepada tenaga
yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan,
tumbuhtumbuhan, benda-benda yang boleh mendatangkan kesan baik dan
buruk kepada manusia. Kepercayaan dinamisme ini melahirkan magis iaitu
penguasaan terhadap tenaga ghaib dengan perbuatan atau upacara tertentu
yang dilakukan oleh bomoh dan pawang, sehingga tenaga ghaib itu dapat
dipergunakan untuk keuntungan sendiri atau untuk kerugian kepada orang lain.
Dalam masyarakat Melayu tradisional ini, juga wujud kepercayaan kepada roh
nenek moyang yang dinamakan byang yang seerti dengan payang atau mayang.
Roh nenek moyang ini dipercayai masih berada di kalangan mereka dan
mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka.
Oleh itu roh nenek moyang itu perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan
penyajian. Hyang itu juga ada yang dianggap sebagai jelmaan Tuhan yang perlu
dipuja dan disembah, maka timbullah istilah sembahyang iaitu menyembah roh
jelmaan Tuhan. Dalam konteks ini, pawang, bomoh dan dalang merupakan
peribadi-peribadi perantara yang boleh menghubungi /;yang itu melalui
upacaraupacara tertentu berbentuk pemujaan atau penyembahan iaitu jampi,
serapah, penyajian, penyembelihan, pewayangan, perbomohan dan sebagainya.

Namun begitu dalam sistem kepercayaan pra-Hindu-Buddha ini, ada pendapat
yang mengatakan bahawa telah wujud agama tauhid iaitu kepercayaan kepada
Tuhan yang Maha Esa di Alam Melayu. Bahawa perkataan 'Tuhan' itu sendiri
berasal daripada perkataan 'tuha-an' iaitu gandingan perkataan 'tuha' yang
bermaksud 'tua' dan akhiran' an'; 'tuhan' membawa maksud 'yang paling tua'
dan 'yang tidak berpermulaan'. Maka timbulah konsep Sang Hyang Tunggal yang
bermaksud 'Tuhan yang Maha Esa', yang merupakan peninggalan daripada
agama Tauhid yang dari permulaan (primordia~ dibawa oleh para N abi.
10.5.2 Pandangan Semesta Melayu Pengaruh Agama Hindu dan
Buddha
Dengan kedatangan agama Hindu-Buddha di rantau Alam Melayu ini, upacara
dan penyembahan keagamaan menjadi lebih tersusun dan berbentuk rasmi.
Ajaran agama Hindu-Buddha juga telah mengalami proses sinkritisme atau
penyerapan dengan kepercayaan tempatan yang asli untuk membentuk satu
kepercayaan baru yang saling melengkapi. Namun begitu terdapat pandangan
yang menyatakan kesan pengaruh Hindu-Buddha ini hanya berlaku pada lapisan
atas masyarakat Melayu iaitu golongan pemerintah dan bangsawan sahaja
tetapi tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu terutama di
lapisan bawahan iaitu golongan rakyat jelata yang masih mengamalkan
kepercayaan animisme dan dinamisme.
Mengenai aspek politik dan pentadbiran, pengaruh ini tidak benar-benar

melibatkan keseluruhan doktrin atau ajaran murni yang terdapat dalam falsafah
Hindu-Buddha asli yang luhur itu. Hanya yang dipentingkan ialah perkaraperkara
yang membesarkan dewa-dewa supaya dapat dikaitkan dengan kedudukan dan
status raja sebagai penjelmaan dewa-dewa seperti yang telah diungkapkan oleh
konsep' dewaraja' . Melalui konsep ini, kedudukan raja-raja dari aspek spiritual
dan peranan fizikal diperkukuhkan melalui upacara keagamaan untuk
menjadikan raja-raja sebagai peribadi yang luhur, suci dan kudus.
Mengenai aspek kesusasteraan dan aestetik, ternyata ajaran agama Hindu dan
Buddha yang lebih diutamakan bukan aspek rasional dan intelektual yang
bersendikan akal budi dan pengetahuan akliah. Oleh yang demikian, pengajaran
daripada kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabarata, Bhagavad Sita dan
Baratayudha, bukan aspek falsafah dan penghujahan metafizik yang rasional
yang diutamakan; tetapi aspek-aspek kesenian, keindahan, kerornantisan,
keharuan, keagungan dan ketakjuban yang lebih ditekankan. Juga unsur-unsur
kesusasteraan Hindu dari segi epik, roman, mitos dan sastera keperwiraan yang
ditekankan menjadi amat popular di kalangan golongan bangsawan di istana dan
kraton di rantau Alam Melayu. Maka muncullah epik Hikayat Sri Rama . daripada
Ramayana), Hikayat maharaja Rawana (daripada Ramayana), Hikayat TJendawa
(daripada Mahabharata) dan lain-lain.

Namun begitu, kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu ini seperti sistem
penglapisan masyarakat (sistem kasta) yang memisahkan golongan raja, para
bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata sedikit sebanyak telah menular
ke dalam sistem sosial kelompok Melayu.
10.5.3 Pandangan Semesta Melayu dan Pengaruh Agama Islam
Bagi masyarakat Melayu, 'pandangan semesta Melayu' berpusat kepada
manusia (man-centered), bertitik-tolak kepada tanggapan mereka terhadap alam
sama ada alam nyata (fizikal) atau alam ghaib (spiritual); dan mengenai
kehidupan mereka sama ada dari segi sosial dan bukan sosial. Konsepsi 'adat
yang sebenar adat' (iaitu hukum alam) merupakan contoh terbaik pandangan
semesta manusia Melayu sebagaimana digambarkan di dalam pepatahnya iaitu'
adat air membasah, adat api membakar, adat angin menyejukkan'. Manusia
Melayu juga di dalam alam ini terdapat makhluk lain dan ada manusia lain yang
wujud di samping mereka. Keseluruhan kedinamikan hubungan sosial sesama
manusia melahirkan sistem budaya, sistem sosial, sistem ekonomi, sistem politik
dan sebagainya. Begitu juga apabila manusia Melayu berinteraksi dengan alam
maka ini akan melahirkan satu konsep yang cukup penting untuk mendasari
kehidupan mereka, iaitu 'peng + alam + an (pengalaman)'. Interaksi dengan
alam juga membolehkan manusia Melayu memahami persoalan kosmologi
mereka sama ada yang berbentuk makrokosmik yang luas dan tinggi (alam jagat
raya) atau berbentuk mikrokosmik iaiatu alam kecil (diri manusia).
Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu sebenarnya telah memantapkan
keseluruhan pandangan semesta Melayu dan berlakunya proses pentakrifan

semula tentangnya. Ayat-ayat di dalam kitab suci Al-Quran bukan sahaja
ditafsirkan untuk mengetahui segala rahsia tersembunyi dalam kewujudan
Tuhan, tetapi juga untuk mengukuhkan keyakinan, ketakwaan, dan ketauhidan
mereka kepada Allah s. w. t. Konsep tauhid mengandungi Tauhid Rabubiyah iaitu
mempercayai Tuhan yang esa sebagai Rabb Pencipta, Pemilik dan Pentadbir
yang tunggal bagi alam ini, dan juga Tauhid 'Uludiyah iaitu penyembahan,
pemujaan, pengharapan dan permohonan hanya kepada Tuhan yang satu bukan
kepada dewa-dewa, roh dan semangat. J uga terangkum dalam konsep tauhid
ialah prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk
memanfaatkan manusia di dunia ini dan untuk menjadi satu tanda atau bukti
bagi wujudnya Rabbul 'alamin Tuhan Semesta Alam Juga dikaitkan dengan
konsep tauhid tentang kejadian manusia sebagai hamba Tuhan atau /1 bdullah,
dan sebagai wakil Tuhan di alam dunia ini atau Khalifatullah fi l-A rdhi. Juga
agama Islam memasukkan kepercayaan kepada alam akhirat sebagai natijah
atau hasil daripada kehidupan manusia di alam dunia ini, sebagai sebahagian
daripada pandangan semesta Melayu. Amalan yang baik di dunia bukan sahaja
memanfaatkan kehidupan di dunia tetapi lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat
sebagai natijah atau hasil yang muktamad. Demikian juga segala amalan yang
jahat akan mendatangkan keburukan kepada pelakunya baik di dunia ini lebihlebih lagi di akhirat nanti sebagai balasan muktamadnya.
Lantaran pandangan semesta Melayu berpusat kepada manusia Melayu (mancentered), dan menyedari bahawa seluruh hidup mereka juga berfokus dan
terarah kepada Tuhan (god-centered), maka manusia Melayu menyedari dan
menyakini bahawa Allah S.W.t. yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani. Justeru
itu, pandangan semesta Melayu juga turut dibentuk berasaskan kepada
'bablumminallah' (hubungan manusia dengan Allah s. w. tJ dan'
hablumminannas' (hubungan manusia dengan manusia).

11 BAHASA, KESUSASTERAAN, KESENIAN, PROSES SOSIALISASI DAN
PEMBUDAYAAN
MASYARAKAT MELAYU
11.1 BAHASA MELAYU SEBAGAI WAHANA KEPADA PERTUMBUHAN TAMADUN
MELAYU
Dalam sejarah pertumbuhan tamadun Melayu, terdapat tinggalan sejarah yang
menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi
kerajaankerajaan awal di rantau Alam Melayu. Dalam konteks penggunaan
bahasa Melayu di zaman empayar Srivijaya, melalui kaedah arkeologi telah
ditemui batu-batu bersurat atau prasasti di sekitar Palembang, yang dipercayai
berperanan sebagai ibu kota (pusat) empayar agung Melayu ini, dan juga di
beberapa tempat yang berdekatan. Antaranya ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit
bertarikh 683 Masihi dan Batu Bersurat Talang Tuwo bertarikh 684 Masihi di

Palembang, Batu Bersurat Kota Kapur bertarikh 686 Masihi di Pulau Bangka dan
Batu Bersurat Karang Berahi bertarikh 692 Masihi di J ambi. Kandungan inskripsi
pada batu-batu bersurat ini membuktikan dengan jelas penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pemerintahan dan secara umumnya
merupakan bahasa wahana (saluran, perantaraan) pembentukan sebuah
tamadun Melayu. Isi kandungan pada batu-batu bersurat (yang terserap dengan
pinjaman perkataan Sanskrit sebanyak kira-kira 30 peratus) menunjukkan
dengan jelas kewujudan sebuah kerajaan yang agak besar yang bernama
Srivijaya (daripada bahasa Sanskrit bermakna 'kejayaan yang gilang-gemilang').
Kerajaan ini wujud kira-kira selama enam ratus tahun iaitu sekitar kurun ke-7
sehing