KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Penghargaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada
Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya
ini dalam menyiapkan tugasan untuk Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran “HBHE3203”
pada kali ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami
serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan
dan pembelajaran saya di OUM Sarawak yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada
seluruh warga OUM semester Januari 2015 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah
memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah yang di hormati, Encik Jonathan Anak Lajan kerana telah memberi panduan
dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki.
Begitu juga dengan E-Tutor, Puan Jamaliyah Ahmad yang banyak memberi maklumat melalui
laman forum LMS. Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan
ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya

sendiri.
Sekian terima kasih.

1.0

Pengenalan
1

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan dan mengambarkan
kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Sekolah yang ceria,
tenang dan selesa akan memberi impak yang ketara untuk mencapai visi dan misi sekolah
serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria,
tenteram amat diperlukan untuk meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan
yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.
Pada tahun 1991 satu program yang telah ditubuhkan iaitu Program 3K, di mana ianya

bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani
keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai
tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program
berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan
Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K yang meliputi Program
Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan
Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan
pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K
dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah.
Tujuan Program 3K ini adalah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti
berkaitan dengan keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah yang mampu
meningkatkan suasana yang ceria dan kondusif kepada semua warga sekolah. Ianya
merupakan satu program yang terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif di
mana ianya berlandaskan keperluan semasa melalui kerjasama dari pihak Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) dan juga masyarakat setempat. Program Inisiatif 3K ini
diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
dan berjaya memberi impak yang positif terhadap pembangunan sahsiah, persekitaran
fizikal sekolah, prestasi akademik dan kehadiran pelajar.
Selain itu, keselamatan diri juga perlu diambil berat oleh setiap individu kerana
kemalangan boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja tidak kira tempat sama

ada di rumah, sekolah atau di tempat-tempat awam. Kemalangan yang berlaku di sekolah
2

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

perlu diambil kira untuk mengelakkan ia kerap berulang. Di antara kemalangan yang
berlaku di sekolah adalah seperti jatuh tangga, dicederakan rakan, tergelincir di kawasan
yang licin, dihempap peralatan dan sebagainya mungkin sahaja terjadi mana-mana
sekolah.
Dalam tugasan kali ini, saya telah menyediakan satu teks ceramah berkaitan dengan
kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah di mana ianya bertujuan
untuk mempromosi sekolah yang sihat serta selamat dalam kalangan warga sekolah.
Selain itu, saya telah menjalankan pemantauan kantin dan pemantauan kesihatan di
Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee, Kuching. Satu laporan analisis hasil dapatan
pemantauan tersebut turut disediakan. Di samping itu, ada beberapa cadangan turut
disediakan untuk penambahbaikan kantin dan kesihatan di sekolah tersebut.


3

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

2.0

Teks Ceramah Berkaitan Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan Di
Sekolah
Assalamualaikum w.b.t. dan salam satu Malaysia. Yang berusaha En Mohamad
Mathias Bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee, Yang
dihormati barisan Guru Penolong Kanan, rakan-rakan guru dan murid-murid yang
dikasihi sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu
dengan para hadirin sekalian dalam majlis pada pagi ini. Saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan
ceramah yang bertajuk “Kepentingan Amalan Kebersihan Dan Keselamatan Di Sekolah”.
Hadirin sekalian,
Kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan di sekolah merupakan pekara

yang serius dan perlu diambil berat. Tugas, tanggunggjawab serta peranan sekolah itu
amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang ceria di sekolah di samping dapat
memainkan peranan dalam melatih pelajar menyayangi dan memahami erti kebersihan
yang sebenar. Dengan adanya kesedaran ini maka amalan kebersihan di sekolah dapat
berjalan dengan lancar dan sempurna. Kerjasama daripada semua pihak merupakan
elemen yang terpenting dalam merealisasikan amalan kebersihan di sesebuah sekolah.
Di samping itu, sekolah merupakan pentas terbaik untuk menimbah ilmu yang
tidak ternilai platform terbaik seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi
otaknya bagi mengatasi segala onak dan duri yang bakal menimpa kelak. Kerajaan negara
kita yang berprihatin sentiasa mengambil inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan
sekolah yang sesuai bagi pendidikan anak-anak kita. Kerajaan juga menekankan aspek
kebersihan kawasan sekolah bagi kebaikan semua warga sekolah dan membentuk
generasi berpendidikan pada zaman akan datang yang sihat dan sejahtera.
Hadirin yang dihormati sekalian,

4

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

PERSEKITARAN

Kawasan sekolah yang bersih juga akan mewujudkan suasana yang kondusif
kepada para pelajar untuk menimbah ilmu tanpa apa-apa musibah. Sampah-sampah yang
diuruskan dengan sempurna di dalam kelas dapat menjamin bilik darjah bersih dan kemas
sepanjang masa. Sikap pelajar yang menjalankan tugas harian mereka untuk
membersihkan kelas secara rutin dan bergilir-gilir akan memastikan bilik darjah sifar
sampah. Justeru itu, tumpuan pelajar-pelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu dan
mereka akan menguasai pelajaran hari itu dengan lebih berkesan. Guru-guru juga tidak
akan membazirkan masa pengajaran mereka dengan menyuruh pelajar membersihkan
kelas. Secara tidak langsung, sesi pembelajaran dan pengajaran akan dilaksanakan
dengan sempurna.
Selain itu, kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi akan
mengharumkan nama sekolah. Kawasan sekolah yang bebas daripada sebarang kekotoran
akan mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa dan masyarakat
luar. Aspek ini juga akan menunjukkan betapa tanggungjawabnya bahagian pentadbiran
sesebuah sekolah sehinggakan sekolahnya mengharumkan namanya. Sekolah yang
memiliki kawasan yang bersih akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah terdekat dan
sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan aspek kebersihan. Oleh
yang demikian, sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan kawasan pada setiap

masa.
Hadirin sekalian,
Sekiranya kita dapat menjaga kebersihan di sekolah, pelbagai penyakit biasa dan
berjangkit dapat dijauhi. Kawasan sekolah yang bebas sampah-sampah yang boleh
bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggi yang boleh membahayakan nyawa
kita semua. Bagi longkang-longkang sekolah yang bersih ianya dapat menghindari bau
busuk manakala semak-samun yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang
berbahaya. Sistem penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit
berjangkit tidak mengancam kesihatan kita semua. Suasana sebegini akan membentuk
suasana sekolah yang sihat dan bebas daripada sebarang kemungkinan. Oleh itu, usahalah

5

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

sebaik mungkin bagi mewarnai sekolah-sekolah di negara kita dengan aspek kebersihan
yang tinggi.

Tambahan pula, kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada
pihak sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamat. Mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apaapa masalah kebersihan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga turut boleh dijalankan secara
sempurna sekiranya kawasan sekolah yang bersih daripada sampah tanpa sebarang
gangguan. Aktiviti perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan
antara sekolah juga dapat dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek
kebersihan. Justeru itu, pelajar akan lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain
daripada aktiviti kokurikulum.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Selain daripada kebersihan sekolah, keselamatan sekolah juga turut diutamakan.
Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada
sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi,
pelajaran dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang
tidak diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya
sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan
sekolah seperti di stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, tandas, padang
dan dapur.
Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka
langkah-langkah pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan
terperinci demi kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur

keselamatan mengenai tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan dan
disampaikan dalam bentuk risalah atau poster.
Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan
murid dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan
semua warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap

6

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi membantu
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Hadirin sekalian,
Di antara dua contoh langkah keselamatan yang perlu diketahui adalah di stor
sukan dan kawasan kantin. Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk
menyimpan pelbagai peralatan sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini
bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi

menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan
stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan keselamatan murid.
Pihak sekolah perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk
bagi semua peralatan yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang
menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang penggunaan
peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku.
Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah
disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Guru haruslah mengawasi dengan rapi
penggunaan alatan yang mempunyai ciri-ciri bahaya dan bertanggungjawab memastikan
peralatan sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi
mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.
Hadirin yang dikasihi,
Kantin merupakan premis yang penting kepada warga sekolah bagi mendapatkan
keperluan makanan semasa berada di sekolah. Andai pengurusan prosedur keselamatan di
kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak risiko
yang akan berlaku. Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai panduan penggunaan
kantin kepada semua warga sekolah.
Semua pengguna mesti mengutamakan kebersihan dengan memastikan kawasan
kantin sekolah dijaga dengan bersih dan bebas dari sampah sarap. Selain daripada itu,
kantin sekolah juga perlu bebas daripada LILATI ( lipas, lalat dan tikus ). Murid-murid

juga tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin terutamanya apabila
7

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

keadaan lantai yang licin terutamanya selepas hujan turun. Murid-murid hendaklah
beratur, berkelakuan sopan santun dan mengikut giliran sewaktu hendak membeli
makanan. Dilarang sama sekali berebut-rebut dan bertolakan sesama sendiri sewaktu
membeli makanan, mendapatkan tempat duduk dan ketika balik ke kelas masing-masing.
Ini bagi mengelakkan berlakunya pekara yang tidak diingini.
Guru perlu memastikan makanan dan minuman yang disediakan dan dijual oleh
pihak kantin adalah tidak melanggar peraturan-peraturan makanan 1985 dan menepati
piawai kebersihan dan keselamatan kantin sekolah yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hadirin sekalian,
Sekiranya kita dapat melaksanakan langkah-langkah yang berterusan seperti
mengadakan gotong-royong berterusan bukannya bersifat musim, nescaya kekotoran dan
sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan
bersih dan pelajarnya pula sihat sejahtera. Bak kata pujangga, 'Jiwa yang Suci Terpancar
daripada Diri yang Bersih’. Justeru, marilah kita bersama-sama memastikan kawasan
sekolah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat. Selain itu, langkah keselamatan di
sekolah harus dititik beratkan agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk
menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan
yang tidak disengajakan.
Sekian, terima kasih.

3.0

Pemantauan dan Laporan Analisis
Pada 6 Julai 2015 yang lepas, saya telah menjalankan satu pemantauan di Sekolah
Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee, Kuching. Pemantauan yang telah dijalankan adalah
pemantauan kantin sekolah dan pemantauan kesihatan sekolah. Saya telah mengumpul
data berdasarkan pemerhatian di sekolah, menemu ramah Penolong Kanan Hal Ehwal
8

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Murid dan menemu ramah pengusaha kantin. Hasil dapatan pemantauan yang telah saya
perolehi boleh dilihat pada lampiran yang telah disediakan yang merangkumi:
a) Senarai semak pemantauan kantin sekolah
b) Senarai semak pemantauan kesihatan sekolah
3.1

Senarai Semak Pemantauan Kantin Sekolah
Terdapat 8 bahagian penilaian bagi senarai semak pemantauan kantin sekolah iaitu
bahagian pengurusan kantin, sebut harga kantin, surat menyurat, jadual pemantauan,
laporan kendiri kantin, aduan kantin, fail keracunan makanan dan fail aktiviti kantin.
Hasil dapatan pemantauan boleh dilihat pada graf dan jadual yang disediakan seperti
berikut:

3.1.1

Graf hasil pemantauan kantin sekolah:

Pemantauan Kantin Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee
6
5
4
3
2
1
0

3.1.2

Skor Pemarkahan

Jadual hasil pemantauan kantin sekolah:

9

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Perkara
Pengurusan Kantin
Sebut Harga Kantin
Surat Menyurat
Jadual Pemantauan
Laporan Kendiri Kantin
Aduan Kantin
Fail Kes Keracunan Makanan
Fail Aktiviti Kantin

Skor Pemarkahan
5
5
5
5
5
4
4
1

Kategori
Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Baik
Baik
Lemah

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa pengurusan kantin, sebut harga kantin, surat
menyurat, jadual pemantauan dan laporan kendiri kantin telah mendapat skor
pemarkahan 5 iaitu kategori cemerlang. Pihak sekolah telah berjaya menunjukkan
dokumen-dokumen yang diperlukan dan telah menyimpannya ke dalam satu fail khas
mengikut kategori yang ditetapkan. Selain itu, pihak sekolah juga turut menyediakan
jadual tugasan guru harian yang menjaga kantin serta buku rekod untuk laporan makanan
RMT di kantin. Pihak pengusaha kantin turut memberi kerjasama dengan mempamerkan
semua dokumen dan sijil yang diperlukan. Ini menunjukkan bahawa pihak sekolah
mempunyai pengurusan sistem fail yang sistematik dan tersusn rapi.
Bagi aduan kantin dan fail kes keracunan makanan mendapat skor pemarkahan 4 iaitu
kategori baik. Berdasarkan temu bual yang dibuat bersama Penolong Kanan HEM
sekolah, didapati bahawa tiada aduan kantin dan kes keracunan makanan di sekolah
tersebut. Ini menunjukkan bahawa pihak sekolah menjaga dan memantau setiap makanan
yang dijual serta mengetahui kaedah penyediaan makanan yang sihat sahaja disediakan
untuk semua warga sekolah.
Berdasarkan pemantauan tersebut juga, didapati bahawa fail aktiviti kantin mendapat
skor pemarkahan 1 dan dikategorikan sebagai lemah. Ini kerana pihak pengusaha kantin
tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan kantin bersih, hari kantin dan tidak
mempunyai rekod kejayaan (anugerah atau sijil penyertaan). Menurut Penolong Kanan
HEM sekolah melalui temu bual yang dibuat, pada tahun ini pihak pengusaha kantin akan
menyertai pertandingan tersebut pada sebelum hujung tahun ini.
10

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

3.2

Senarai Semak Pemantauan Kesihatan Sekolah
Dalam senarai semak pemantauan kesihatan sekolah ianya mempunyai 8 bahagian yang
perlu dinilai iaitu pengurusan kesihatan, bebas denggi, bilik rawatan, fail penyakit
berjangkit, fail penyakit tidak berjangkit, perkhidmatan kesihatan, kes kecemasan dan fail
program susu 1 Malaysia.
Hasil dapatan pemantauan boleh dilihat pada graf dan jadual yang disediakan seperti
berikut:

3.2.1

Graf hasil pemantauan kesihatan sekolah

Pemantauan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee
6
5
4
3
2
1

Skor Pemarkahan

0

3.2.2

Jadual hasil pemantauan kesihatan sekolah
Bil

Perkara

Skor Pemarkahan
11

Kategori

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

1
2
3
4
5
6
7
8

Pengurusan Kesihatan
Bebas Denggi
Bilik Rawatan
Fail Penyakit Berjangkit
Fail Penyakit Tidak Berjangkit
Perkhidmatan Kesihatan
Kes Kecemasan
Fail Program Susu 1 Malaysia

5
4
1
4
5
5
4
5

Cemerlang
Baik
Lemah
Baik
Cemerlang
Cemerlang
Baik
Cemerlang

Berdasarkan pemantauan kesihatan sekolah yang telah dibuat, didapati bahawa
pengurusan kesihatan, fail penyakit tidak berjangkit, perkhidmatan kesihatan dan fail
program susu 1 Malaysia mendapat skor pemarkahan 5 iaitu kategori cemerlang. Ini
kerana pihak sekolah telah menyediakan fail untuk bahagian pengurusan kesihatan dan
fail penyakit tidak berjangkit mengikut susunan yang dikehendaki. Di samping itu juga,
fail yang disediakan sentiasa dikemaskini setiap tahun dan setiap bulan.
Bagi perkhidmatan kesihatan pula, pihak sekolah telah menyediakan jadual imunisasi
bagi Tahun 1 dan Tahun 6 dan mengedarkan surat kepada ibu bapa untuk pemberitahuan
perkhidmatan kesihatan tersebuat. Selain itu, jadual lawatan atau pemeriksaan kesihatan
turut disediakan. Sekolah ini juga mempunyai keistimewaan bagi perkhidmatan
pemeriksaan pergigian di mana sekolah ini mempunyai Klinik Pergigian. Justeru itu,
sekolah ini amat beruntung mempunyai perkhidmatan tersebut berbanding sekolahsekolah yang lain.
Selain itu, Buku Rekod Kesihatan (RKM 1) disimpan rapi di dalam fail peribadi murid
dan di susun di dalam almari khas penyimpanan fail murid. Bagi Fail Program Susu 1
Malaysia pula disediakan dan direkod mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terdapat juga skor pemarkahan 4 iaitu kategori baik yang merangkumi bahagian bebas
denggi, fail penyakit berjangkit dan kes kecemasan. Skor pemarkahan ini dibuat kerana
pihak sekolah menyediakan fail tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi
memandangkan kes seperti ini jarang berlaku maka ianya tidak di kemaskini setiap bulan.
12

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Setiap sekolah mempunyai kelemahannya yang tersendiri, begitu juga dengan sekolah ini
di mana skor pemarkahan bagi bilik rawatan mendapat 1 iaitu kategori lemah. Pihak
sekolah ada menyediakan peralatan kesihatan tetapi tidak mempunyai bilik rawatan untuk
pesakit. Ini kerana kawasan sekolah yang kecil dan tidak mempunyai bilik yang banyak.
Selain itu, sekolah ini menjalankan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi bagi Tahap II
dan sesi petang bagi Tahap 1.

4.0

Cadangan
Setelah menjalankan pemantauan kantin dan pemantaun kesihatan di Sekolah
Kebnagsaan Jalan Ong Tiang Swee, terdapat dua cadangan penambahbaikan di sekolah
tersebut bagi Fail Aktiviti Kantin dan Bilik Rawatan.

4.1

Fail Aktiviti Kantin
Setelah mengetahui pihak pengusaha kantin tidak pernah menyertai pertandingan kantin
bersih dan hari kantin, pihak sekolah boleh menganjur ‘Pertandingan Kebersihan
Sekolah’ di peringkat sekolah yang merangkumi kategori bagunan yang paling bersih
yang melibatkan kawasan bilik darjah, kantin dan pejabat. Justeru itu, ini dapat memupuk
kerjasama di antara pihak sekolah dengan pihak pengusaha kantin untuk menceriakan
sekolah dan seterusnya menjadi sekolah contoh atau sekolah yang paling bersih di antara
sekolah-sekolah yang lain.
Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan mesyuarat bersama Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) dan pengusaha kantin untuk mengadakan ‘Hari Kantin’ di mana pihak
sekolah berkerjasama dengan pihak pengusaha kantin untuk mengadakan hari terbuka
kepada semua warga sekolah dan orang luar. Di antara aktiviti yang boleh dirancang ialah
mengadakan pertandingan memasak, mengadakan jualan murah barangan terpakai dan
menjual makanan dan minuman serta beberapa aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak.
Dengan itu, ianya secara tidak lansung dapat mengeratkan lagi silraturahim di antara
pihak sekolah, pengusaha kantin dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
13

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

4.2

Bilik Rawatan
Memandangkan kawasan sekolah tersebut mempunyai keluasan yang kecil dan tidak
mampu untuk membina bilik rawatan maka pihak sekolah boleh memilih bilik yang
sesuai untuk berkongsi dan dijadikan bilik rawatan bagi pesakit. Pihak sekolah boleh
menyediakan satu kerusi panjang untuk pesakit baring dan beberapa peralatan yang
sesuai untuk menjalankan sesi rawatan agar pesakit selesa untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, pihak sekolah hendaklah menyediakan buku rekod penggunaan, tatacara
penggunaan bilik tersebut serta menyediakan jadual bertugas AJK bilik rawatan. Selain
itu juga, pihak sekolah boleh meminta AJK bilik rawatan untuk menghiasai bilik tersebut
agar ianya ceria dan selesa. Dengan kata lain ianya boleh dijadikan sebagai bilik rehat
untuk pesakit.

5.0

Penutup
Kesimpulannya

sebagai

seorang

warga

pendidik

kita

haruslah

mempunyai

tanggungjawab terhadap sekolah dan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah
agar sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria serta lebih kondusif. Selain
itu, setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah mestilah mempunyai sokongan dari semua
pihak teruatamanya pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi luar
yang telibat agar dapat melahirkan sekolah yang sihat dan selamat dari perkara-perkara
yang tidak diingini. Di samping itu, kita haruslah mengingati pelajar kita agar sentiasa
mematuhi peraturan sekolah agar keselamatan semua warga sekolah terjamin dari segala
bahaya.

14

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Lampiran
A. Gambar Kawasan Kantin Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee:

15

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

16

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

B. Gambar Kawasan Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee:

17

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

18

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Rujukan

19