Penulis sebagai Intelek Awam Dalam Karya

1
Paper1

Penulis sebagai Intelek Awam Dalam Karya
Sastera Melayu Tentang Masalah Hubungan kaum
Ding Choo Ming
Antara karya sastera Melayu yang terawal yang
mendokumensikan orang bukan Melayu, terutamanya Cina dan
India, di Tanah Melayu, tanah air bagi orang Melayu, adalah
manuskrip Melayu tulisan tangan dan pantun yang disebarkan
secara lisan. Dalam pantun, Harun Mat Piah dalam kata
pengantarnya kepada koleksi pantun yang diselenggarakannya
Bingkiasan Permata (2007) menyebut bahawa perkataan 'Cina'
merujuk kepada orang Cina yang disukai orang Melayu telah
muncul sebanyak 34 kali dalam koleksi 4,00l rangkap pantun
Melayu – angka yang tertinggi berbanding dengan orang Keling
(merujuk kepada orang India) hanya 3 kali. Selain itu, perkataan
'Cina' telah muncul 69 kali dalam Hikayat Hang Tuah, 169 kali
dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina dan 100 kali dalam
Sejarah Melayu, tiga buah karya sastera Melayu lama yang
masih popular sehingga sekarang.

Tetapi, orang Cina dan India dimarahi dan dibenci orang
Melayu yang lain dalam Syair Dagang Berjual Beli yang
percayai Muhammad Haji Salleh (1994) telah ditulis Tuan Simi
pada sekitar tahun 1830-an di Singapura kerana peniaga Cina
dan India
telah menipu, membuli dan mengeksploitasi
pedagang Melayu dan Bugis, selain didiskriminasi oleh penjajah
dan peniaga British sendiri.
Rasa benci dan permusuhan daripada orang Melayu
terhadap orang Cina dan India, khususnya dan orang Arab
secara umumnya, timbul semula seratus tahun kemudian
dalam karya sastera Melayu yang lain, termasuk cerpen Kerana
Mata Dacing, Hati Saya Terpancing (1946) oleh Harun
Aminurrashid, Anak Dibuat Denak (1938), Dolly - dari Shanghai
Bidadari (1940) dan Istana Berembun (1938) semuanya nukilan
Ishak Haji Muhammad. Bersama-sama Ini Syair Potong Gaji,
Syair Dagang Berjual Beli mungkin adalah karya sastera Melayu
yang terawal yang telah mendokumensikan rahsia terbuka
tentang kebencian orang Melayu terhadap orang Cina dan
India.


2

Sebelum melanjutkan perbincangan ini, elok diketahui
sebab orang Melayu mengubah rasa 'sayang' kepada rasa
'benci' terhadap orang Cina dan India masa dahulu. Ini boleh
dilakukan dengan memberi sinopsis karya sastera itu. Dalam
Syair Dagang Berjual Beli dikisahkan sampan dan perahu orang
Melayu dan Bugis bergegas-gegas datang untuk berdagang
(berjual beli) dengan peniaga Cina dan India. Pada mulamulanya, peniaga Cina dan India berjanji akan bayar wang
tunai kepada peniaga Melayu dan Bugis dalam urusan
perniagaan borong. Tetapi, selepas memunggah semua barang
daripada peniaga Melayu, peniaga Cina dan India minta
peniaga Melayu dan Bugis yang berkenaan untuk mengambil
kain yang cantik sebagai ganti wang1.
Sementara itu, dalam cerpen Kerana Mata Dacing, Hati
Saya Terpancing (1946), Harun Aminurrashid menceritakan
kisah peniaga Cina datang ke kampung Melayu untuk membeli
ayam dan ternakan lain. Dalam urus niaga itu, peniaga Cina
tadi mengambil kesempatan untuk memperdayakan penduduk

kampung Melayu dengan menipu mata dacing yang orang
Melayu tidak boleh baca dan faham, dan dalam cerpen Anak
Dibuat Denak (1938) Ishak Haji Muhammad, membantai orang
Cina dengan memanggil mereka Tauke Tong Sam Pah kerana
mereka telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan
tanah di kampong Melayu untuk melombong emas dengan
bantuan daripada ketua dan penghulu Melayu, dan seterusnya
dalam cerpen Dolly - Bidadari dari Shanghai, Ishak Haji
Muhammad telah mendedahkan pelbagai tipu helah yang
Perasaan marah dan benci itu boleh dilihat dalam baris-baris syair yang
berkienaan:
Perahu-perahu datang masing-masing berebut-rebut
berjual beli sambut-menyambut
Cina-Cina Keling-Keling pandai mengugut
Melayu-Melayu Bugis-Bugis bodoh penakut.
1

Berborong-borongan segala dagangan
sedikit pun tidak berutang-utangan
berjanji bersetia dengan senangan

sampai terserah'' wang di tangan.
Setelah habis dagangannya dipunggah
Cina-Cina Keling-Keling berbuatlah olah
ditunjukkan kain-kain barang-barang yang indah
katanya, "Ambillah nakhoda-nakhoda setengah" (Muhammad Haji
Salleh 1994: 40-41).

3

digunakan orang China untuk melemahkan kedudukan ekonomi
orang Melayu dengan membuat mereka menjadi malas, leka
dan cuai.
Antara tipu helah yang digunakan, dalam karya sastera
Ishak, termasuklah mendirikan kedai kopi untuk membuat
orang Melayu melepak, maka meninggalkan kerja, mengajar
orang Melayu meminjam wang dan membuat mereka menjadi
berhutang dan akhirnya menjual tanah mereka, selain
mengajar orang Melayu berjudi, minum arak dan bermain
perempuan. Dalam cerpen yang lain, Anak Dibuat Denak, Ishak
menulis taktik orang Cina sudah menggunakan perempuan

cantik, Dolly, untuk memainkan peranan besar untuk
'menguasai' Malaya. Tetapi, aktiviti sulit itu dibongkar oleh
sekumpulan pemuda Melayu yang menggelarkan diri mereka
MTAHB (Merampas Kembali Tanahair dan Harta Benda).
Daripada dua buah syair tahun 1830-an sudahlah jelas
bahawa orang Melayu di Singapura sudah mengalami banyak
penyalahgunaan kuasa, penipuan, diskriminasi dan eksploitasi,
manakala daripada cerita-cerita pendek dalam tahun 1930-an
dan 1940-an, ternyata perasaan takut orang Melayu dari
seluruh Tanah Melayu terhadap keselamatan diri akibat
perbuatan orang Cina sudah membuat orang Cina sebagai
sasaran rasa benci, marah dan tidak percaya mereka. Kesemua
itu dengan sendirinya mempunyai kesan negatif yang besar ke
atas hubungan antara orang Melayu dengan orang bukan
Melayu, terutamanya orang Cina.
Dalam detik-detik masa itulah masalah hubungan antara
kaum sudah menjadi masalah dalaman yang paling serius di
Tanah Melayu. Seperti yang diketahui masalah itu sangatlah
rumit kerana ia melibatkan bukan sahaja isu ekonomi, politik
dan sosial, tetapi juga maruah dan kebanggaan orang Melayu,

India dan Cina khususnya, kumpulan kaum-kaum utama di
Malaysia.
Senario tersebut perlu difahami dalam kontek sekumpulan
penulis Melayu yang terdiri daripada wartawan, guru, ustaz dan
lain-lain yang bimbang ekonomi orang Melayu akan dikuasai
orang Cina, India dan pendatang Arab dengan orang Melayu
kehilangan tanah airnya pada tahun 1930-an dan 1940-an.
Dipacukan rasa takut dan bimbang bahawa orang Melayu
bukan sahaja akan kehilangan tanah air kepada pendatang,
tetapi juga kewujudan bangsa Melayu juga sudah terancam.

4

Setelah merasa cemas sedemikian, orang Melayu
mendapati ada tiga jalan untuk dibuat pilihan: sama ada
mempersalahkan diri kerana apa yang sudah berlaku ke atas
mereka atau bersabar sahaja, ataupun mencari jalan untuk
meluahkan rasa benci, kecewa dan marah mereka. Sekiranya
jalan yang pertama itu adalah yang sia-sia, manakala jalan
yang kedua itu hanya merugikan diri sendiri kerana ianya

bermakna melarikan diri daripada realiti, maka hanya tinggal
jalan yang ketiga. Itu adalah satu-satunya cara yang terbaik,
lebih-lebih lagi yang mampu mereka lakukan.
Kebetulan pada masa itu telah muncul sekumpulan
pengarang Melayu yang setengah nama mereka sudah disebut
tadi. Mereka telah cuba menggunakan pena di tangan, lebihlebih lagi kuasa sastera, akhbar dan majalah untuk
menghubungi dan menggerakkan orang Melayu yang lain
supaya tampil ke depan untuk berjuang bersama-sama. Dalam
kontek pergolakan sosial-ekonomi-politik yang mengecewakan
orang Melayu itu Ishak Haji Muhammad, Harun Aminurashid, A.
Rahim Kajai, Ahmad Bakhtiar, Abdullah Sidek, Muhd. Yassin
Makmur, Ahmad Murad Nasaruddin dan lain-lain lagi yang amat
dihormati kerana kedudukan mereka memegang pelbagai
jawatan yang penting dan yang berpengaruh dalam bidang
mereka masing-masing. Merekalah juara dan jaguh pembela
kepentingan dan hak orang Melayu. Mereka sudah melakukan
yang terbaik dan yang terdaya dengan menggunakan kuasa
sastera, akhbar dan majalah sebagai senjata orang lemah
untuk melindungi diri mereka dalam masa yang sangat sukar
itu.

Kesukaran yang mereka hadapi itu menjadi buruk lagi
kerana ekonomi Tanah Melayu juga mendapat tamparan,
malahan pukulan besar daripada kemelesetan ekonomi dunia
sepanjang tempoh dari tahun 1930-an hingga tahun 1940-an
kerana sektor perladangan dan perlombongan yang dimiliki
penjajah British itu bergantung besar pada pasaran di luar
negara. Keadaan itu menjadi lebih buruk lagi ke atas orang
Melayu yang hidup di kawasan luar bandar. Mereka bukan
sahaja merana dalam belenggu kemiskinan dan kemunduran,
tetapi juga jauh daripada kemudahan moden yang muncul di
bandar dan kota besar, seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang,
Ipoh dan Johor Baru, yang semakin lama semakin banyak telah
didiami orang Cina dan India berbanding dengan orang Melayu.
Di bandar dan kota besar yang menjadi pusat ekonomi, pusat

5

kebudayaan, pusat pendidikan, pusat komunikasi dan pusat
perbankan dengan semua kemudahan yang tercanggih yang
ada pada masa itu, seperti kemudahan telekomunikasi, kereta,

mesin cetak dan institusi pendidikan. Kesemua itu membuat
orang Melayu merasa lebih pesimistik dan dengan sendirinya
menjadi lebih tidak selamat tentang kedudukan dan masa
depan mereka.
Untuk melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu
menghadapi orang bukan Melayu, golongan penulis ini
merasakan mereka perlu memainkan peranan yang penting
dalam menyedarkan orang Melayu untuk memperbaiki diri
mereka, termasuk meninggalkan tabiat buruk seperti bersikap
acuh tak acuh mereka terhadap kemajuan, pembangunan,
pendidikan, pemodenan dan lain-lain. Mereka menulis tentang
isu yang penting untuk disiarkan dalam pelbagai surat khabar
dan majalah, termasuk Hiburan, Mutiara, Mastika, Majalah
Guru, Warta Ahad, Warta Jenaka, Semangat Asia dan Utusan
Zaman dari tahun 1920-an ke 1940-an.
Sehubungan itu, Hashim Awang (1975: 189) berpendapat
bahawa masa itu bukan sahaja era kewartawanan Melayu
(walaupun masih di peringkat bayi), tetapi juga tempoh orang
Melayu sudah menemui diri. Kesemua itu tercapai dengan
kuasa akhbar dan majalah Melayu dengan penulis Melayu

merangkap wartawan pada masa itu memainkan peranan
penting bukan sahaja menghubungkan orang Melayu, tidak kira
di mana sahaja mereka ada, tetapi juga mendedahkan mereka
kepada peristiwa yang berlaku di seluruh negara, malahan
seluruh dunia. Dengan cara ini, orang Melayu sudah dapat
memahami perbezaan antara mereka dengan orang bukan
Melayu,
selain
dapat
mengikuti
pergolakan
politik
antarabangsa, termasuk kemerosotan kuasa-kuasa besar di
Timur Tengah dan Turki di satu pihak dan kemunculan Jepun
dengan cepat sekali setelah mengalahkan Rusia di satu pihak
yang lain.
Kesemua itu adalah antara sebab-sebabnya yang
melahirkan perpaduan di kalangan orang Melayu untuk
melindungi hak politik, ekonomi dan sosial mereka seperti yang
diperjuangkan Ishak Haji Muhammad dan penulis Melayu yang

lain. Dengan adanya initiatif yang belum pernah berlaku
sebelum itu, orang Melayu merasakan harga diri dan identiti
mereka melonjak (Virginia 2000: 80). Bagi tokoh seperti Ishak,
mereka mendapati sudah melakukan yang terbaik dan yang

6

terdaya dengan menggunakan kuasa pena, sastera, akhbar,
majalah dan persatuan yang sudah ditubuhkan di banyak
tempat sebagai senjata untuk membuka minda dan mata orang
Melayu, selain
membebaskan mereka daripada kejahilan,
kemunduran dan kemiskinan.2
Penulis-penulis yang datang daripada kalangan rakyat
biasa itu telah mencurahkan tenaga dan masa demi kebaikan
semua orang Melayu di seluruh negara. Mereka adalah penulis
yang pro-rakyat seperti yang didakwa Ismail Hussein (dipetik
oleh A. M Thani 1990: 36) yang antara lain telah mengatakan
kesusasteraan Melayu moden adalah sastera pro-rakyat, dan
bukan lagi sastera pro-raja untuk menjaga kepentingan raja,
putera dan puteri di istana, seperti sepupu mereka, masa
dahulu.
Memang perkembangan kesusasteraan Melayu moden
sejak
Munshi
Abdullah
(1796-1854)
adalah
untuk
membebaskan rakyat daripada ikatan tradisi yang menghalang,
daripada pemimpin Melayu yang menyekat, daripada sistem
sosial feudal masyarakat Melayu yang bertentangan dengan
pembangunan dan sebagainya. Perjuangan penulis generasi
baru itu telah diberi sambutan baik oleh orang Melayu yang
diancam gaya hidup barat yang bukan sahaja didapati berbau
materialistik, kapitalistik dan individualistik, tetapi juga
ancaman daripada orang bukan Melayu yang didapati begitu
agresif sehinggakan seolah-olah ingin menguasai ekonomi
negara dalam masa yang terdekat. Kesedaran itu telah juga
ditunjukkan dalam Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan (1927)
oleh Ahmad Kotot yang menceritakan ayah Yazid telah berulang
kali mengingatkan Yazid dan sepupunya untuk mengikut ajaran
ugama Islam, selain perlunya tekun bekerja supaya kaum lain
tidak akan mengambil alih negara ini (Virginia 2000 : 44).
Sehubungan itu,Hashim Awang 1975: 189 mengatakanb cerpen yang
baru lahir pada tahun 1920 itu berkembang subur dengan perkembangan
akhbar dan majalah Melayu dalam jangka masa 1920-1941. Oleh sebab
itu. cerpen adalah juga sastra persuratkhabaran. Yang lebih penting ialah
zaman akhbar dan majalah itu juga adalah zaman penemuan diri, iaitu
zaman orang Melayu mula menyedari hakikat dunianya dalam hubungan
dengan dunia yang lebih luas. Selain itu, akhbar dan majalah, sedikit demi
sedikit, telah meruntuhkan semangat kedaerahan, dengan orang Melayu
berubah dari orang kedaerahan menjadi orang nasional. Yang paling
ketara ialah kesedaran akan kedudukannya sebagai anak bumiputra yang
mewarisi Tanah Semenanjung. Segala-galanya ini disuarakan melalui
akhbar dan majalah yang berkembang pesat sebelum perang.
2

7

Inilah juga yang dilakukan penulis Melayu dalam tahun
1930-an dan 1940-an: berjuang untuk mencapai cita-cita
unggul orang Melayu yang sudah terpinggir, lebih-lebih lagi
sudah dieksploitasi di tanah air mereka sendiri. Keadan mereka
lebih kurang sama dengan maksud yang terbayang dalam
peribahasa Melayu: ayam bertelur di atas pagi mati kelaparan,
atau itik berrenang mati kehausan. Di sini, ternyata bahawa
penderitaan telah menjadi rangsangan untuk bertindak.
Sehubungan itu, mereka merasa masanya sudah sampai untuk
bangun dan melawan tanpa berlengah-lengah dan ragu-ragu
lagi. Tanggongjawab yang amat sukar itu sudah membuat
mereka memainkan peranan yang baru yang belum dilakukan
penulis Melayu sebelum itu dan melakukannya dengan aktif
dan masif sebagai intelek awam Melayu.
Yang diperkatakan ini secocok dengan peranan yang
mereka mainkan dengan jiwa dan semangat mereka untuk
berjuang demi kebaikan dan kepentingsan orang dan
masyarakat Melayu. Mereka mendapati mendidik, membimbing
dan meningkatkan kesedaran orang Melayu, lebih-lebih lagi
memimpin mereka ke arah yang betul ke arah kemajuan dan
pembebasan diri orang dan masyarakat Melayu adalah tugas,
tanggungjawab dan misi mereka.
Kita dapat memahami perkembangan itu dengan lebih
baik lagi dalam kontek Alam Melayu sudah berubah dengan
pantasnya selaras dengan perubahan yang melanda seluruh
dunia pada pinggir abad ke-19. Antara perubahan yang
dimaksukan itu adalah Tanah Melayu sudah dipanggil British
Malaya, dan juga sebagai sebuah masyarakat majmuk. Dalam
kontek Alam Melayu yang sudah berubah itulah penulis-penulis
ini membuka satu ruangan yang baru untuk mereka sendiri
mainkan peranan sebagai agen perubahan dalam masyarakat
dengan meningkatkan tahap kesedaran orang Melayu terhadap
isu-isu sosial-ekonomi dan politik yang baru seperti yang
dikisahkan dalam karya-karya sastera mereka. Ini mereka
lakukan dengan mula-mula sekali menjadikan mereka sebagai
penulis yang pro-rakyat dengan menulis karya dalam bahasa
Melayu yang boleh difahami orang Melayu biasa dan bukannya
dalam bahasa Inggeris, bahasa penjajah. Dengan berbuat
demikian, mereka sudah sekaligus juga memainkan peranan
mereka sebagai intelek awam, tanpa mengira latar belakang
mereka, sama ada sebagai guru sekolah, wartawan, penulis,
ulama, pengkritik dan sebagainya.

8

Dengan berbuat demikian, mereka didapati sudah
melakukan suatu yang positifm malahan yang strategik bagi
mengubah keadaan yang sedih, iaitu kemiskinan orang Melayu,
kemunduran orang Melayu, orang Melayu yang merasa tidak
selamat dan marah terhadap orang bukan Melayu. Dengan
menulis cerita, sama ada yang benar atau berdasarkan
khayalan, sama ada yang bernada propanda atau yang
berwawasan, mereka cuba mengubah sesuatu yang luar biasa
menjadi yang biasa, yang lama kepada yang
baru, atau
sesuatu yang mereka rasa perlu diubah itu menjadi semacam
kuasa yang positif dengan menggunakan kuasa sastera.
Kuasa-kuasa yang disebut itu juga datang daripada kuasa
mereka yang memegang jawatan yang tinggi dan yang
berpengaruh dalam masyarakat Melayu, termasuk guru, ustaz,
wartawan, editor, penerbit dan sebagainya, maka dikatakan
orang yang berwibawa. Disebabkan kedudukan mereka, lebihlebih lagi keupayaan mereka sebagai penulis, maka mereka
merasa mempunyai kuasa dan juga kewibawaan yang
tersendiri untuk menulis tentang orang Melayu yang merana
dalam lembah kemiskinan, kemunduran, dan lebih teruk lagi
yang tidak dapat mengejar dan bersaing dengan orang Cina
dan India di British Malaya yang sudah berubah dengan cepat
dan membangun.
Kewibawaan Itu juga telah diiktiraf khalayak pembaca
Melayu di seluruh negara kerana percambahan puluhan akhbar
dan majalah Melayu ketika itu. Inilah juga diharapkan dan yang
telah dilakukan Ishak Haji Muhammad, Harun Aminurrashid, A.
Rahim Kajai, Ahmad Bakhtiar, Abdullah Sidek, Muhd. Yassin
Makmur, Ahmad Murad Nasaruddin dan lain-lain pada tahun
1930an dan 1940an dan juga telah dilanjutkan Abdullah
Hussain, Atan Long, Awang Had Salleh, Keris Mas, Usman
Awang, A. Samad Said, Arena Wati dan lain-lain pada tahun
1970-an dan 1980-an. Seperkara yang penting lagi di sini ialah
mereka dianggap dan dipadang sebagai pemimpin, penyelamat
dan wira yang dihormati dan dikagumi.
Sehubungan itu, Ishak Haji Muhammad dan Harun
Aminurrashid, misalnya, adalah juga contoh nasionalis Melayu
pada tahun-tahun senja pemerintahan penjajah British. Keduadua mereka bukan sahaja anti-penjajahan British, tetapi juga
pendatang Cina dan India yang dibawa masuk oleh British.
Mereka juga percaya tanah air mereka yang sebelum ini
dikenali sebagai Tanah Melayu dan kini British Malaya adalah

9

dinamo yang mempercepatkan rentak pembangunan ekonomi
di England, selain kekayaan pendatang Cina dan India yang
hanya sehelai sepinggan ketika mereka mula-mula sampai di
Tanah Melayu. Tetapi, sekarang pendatang itu sudah menjadi
lebih kaya, selain menduduki keadaan yang lebih baik
berbanding dengan orang Melayu.
Ishak Haji Muhammad (1909-1991) adalah ahli PETA
(Pembela Tanah Air) yang kemudiannya sudah membentuk
kumpulan orang muda yang berjiwa nasionalis yang dikenali
dengan nama API, singkatan daripada Angkatan Pemuda Insaf.
Daripada segi politik, Ishak bersimpati dengan objektif dan cara
perjuangan Ibrahim Yaakob. Sokongan Ishak kepada KMM
(Kesatuan Melayu Muda) adalah penyataan cita-citanya sendiri.
Kepopularan Ishak boleh diukur tidak sahaja daripada segi
bilangan ahli-ahli yang menjadi akar umbi kepada KMM yang
terdiri daripada guru sekular dan agama dari seluruh negara,
tetapi juga dari segi pemimpin-pemimpin lain, wartawan dan
penulis yang menjadi pengikut dan penyokongnya.
Setelah mendapati pembangunan ekonomi dan kekayaan
di British Malaya ketika itu adalah disebabkan pengeluaran bijih
timah dan getah terutamanya, dan kedua-dua sumber ekonomi
itu telah memberi manfaat besar kepada penjajah British dan
pendatang dan bukannya orang Melayu, maka Ishak dan Harun
melontarkan api kemarahan, syak wasangka, ketakutan dan
kekecewaan orang Melayu kepada orang Cina dalam karyakarya penulisan mereka. Selama bertahun-tahun, suara marah
lain terhadap penjajah British dan pendatang Cina juga
kelihatan dalam karya sastera daripada penulis Melayu yang
lain kerana penjualan tanah orang Melayu kepada orang Cina
yang telah berubah menjadi peminjam wang, malah semacam
Ah-Long, yang kita kenali masa sekarang. Satu contohnya ialah
Cing Huat meminjam wang kepada ayah Seman, Pak Musa,
dalam novel Interlok (1971) karya Abdullah Hussain, untuk
membeli tanah dan akhirnya telah ‘menelan’ tanah itu. Orang
Melayu yang marah kepada orang Cina itu mendapati mereka
tidak mahu lagi bersengsara dalam senyap lain itu telah
melawan balik dengan menulis karya demi karya sastera dan
ulasan memperkatakan pelbagai masalah yang mereka hadapi
dan alami, termasuk perbuatan licik dan tipu helah orang Cina
yang terdapat dalam cerpen Kerana Mata Dacing Hati Saya
Terpancing (1946) daripada Harun Aminurrashid yang sudah
disebut sebelum ini.

10

Sementara itu, penulis Melayu yang lain, seperti Abdul
Rahim Kajai dan Shamsuddin Salleh, juga menulis tentang
perasaan tidak selamat orang Melayu yang telah membuat
mereka menjadi marah, benci dan curigai penjajah British,
orang Cina dan orang India. Dengan kata lain, kebencian,
permusuhan dan syak wasangka orang Melayu terhadap orang
bukan Melayu telah meresap ke dalam sebahagian besar karya
sastera Melayu masa itu. Dalam cerpen Cerita Awang Putat
(1941) daripada Abdul Rahim Kajai, misalnya orang India dan
Arab yang dipanggil sebagai DKK (Darah Keturunan Keling) dan
DKA (Darah Keturunan Arab) dikatakan telah juga menjadi
antara puncanya orang Melayu menjual tanah dan kedai
mereka di bandar-bandar besar di Pulau Pinang, Ipoh dan
Singapura untuk berpindah ke tempat yang lain. Contoh lain
tentang penjualan tanah dan kedai Melayu kepada orang bukan
Melayu kerana sebab lain akan diberi nanti.
Yang menarik di sini ialah sama ada penulis atau pembaca
turut merasa bahwa mereka sudah mendapat suatu setelah
menulis atau membaca cerita yang menunjukkan perasaan
marah dan benci itu dalam penulisan, dan bukannya serangan
secara fizikal yang mungkin akan membawa kepada
konfrontasi, pergaduhan dan tumpah darah antara kaum.
Namun, sesetengah penulis Melayu yang lain, termasuk
Muhammad Yusof Ahmad dan Abdullah Sidek, pula mendapati
orang Cina yang lain adalah ramah, tekun, amanah dan boleh
dipercayai, maka patut dipelajari. Dalam kontek ini, maka
terdapat cerpen tentang kahwin campur seperti Mencari Isteri
(1928 - 1929) daripada Muhammad Yusof Ahmad. Masalahnya
ialah karya seumpama itu amatlah sedikit bilanganya
berbanding dengan karya yang menunjukkan perasaan marah,
benci dan syak wasangka orang Melayu kepada orang Cina
dalam tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-an. Perkembangan
itu wajar dikaji dalam kontek Tanah Melayu adalah‘sarang’
natianolalis Melayu di bawah penjajahan British dalam tempoh
masa itu.
Namun demikian, yang menarik di sini ialah kita dapati
ada dua kumpulan penulis Melayu yang telah menghasilkan
karya yang berbeza isi dan mesejnya. Oleh kerana bilangan
karya sastera yang menunjukkan rasa benci dan sakit hati
orang Melayu kepada orang bukan Melayu, orang Cina
khususnya, adalah jauh lebih banyak berbanding dengan yang
lain itu, maka dengan sendirinya lebih ramai pembaca sudah

11

terpengaruh dengan perkembangan itu. Sebahagian mereka itu
ternyata adalah pengikut orang lain. Walaupun mungkin tidak
tahu menahu kisah yang sebenarnya, tetapi mereka didapati
cenderung untuk menganggap semua orang Cina adalah tidak
baik, suka menipu, selain sangat licik.
Oleh sebab rasa benci akan membuak rasa benci yang
lain secara ‘boomberang’ yang pasti ada kesannya, maka katakata yang boleh menyingung perasaan dan melukakan hati,
lebih-lebih lagi yang menjatuhkan harga diri orang lain, seperti
Tauke Puki Mat dan Tauke Tong Sampah daripada Ishak Haji
Muhammad bukanlah tidak berbahaya. Kata-kata itu adalah
untuk mempersendakan orang Cina, selain boleh diterima
sebagai tanda untuk menunjukkan permusuhan kepada mereka
dan mungkin ingin memutuskan hubungan dengan mereka.
Begitu juga yang akan dirasai orang Melayu darIpada sikap
Cing Huat dalam novel Interlok (1971), karya Abddullah
Hussain, yang suka memperkecilkan, malah menghina orang
Melayu, dengan memanggil orang Melayu sebagai hua na.
Walaupun tidak ada karya sastera daripada yang dikaji ini
boleh dikaitkan secara langsung dengan mana-mana juga
rusuhan kaum yang berlaku sepanjang tahun 1940an, misalnya
di Batu Pahat pada tahun 1945 dan 1946, Batu Malim, Raub
pada tahun 1946 dan Batu Kikir pada tahun 1946, tetapi katakata kesat yang digunakan itu mungkin boleh berubah menjadi
‘batu api’ yang boleh mencetuskan konflik sama ada pada
masa itu juga atau pada suatu tarikih lain kemudiannya. Yang
diperlukan hanyalah seorang dua yang tidak bertanggungjawab
untuk memulakan pergaduhan, konflik dan perkara lain yang
tidak diingini dalam suasana yang sudah tegang itu.
Menurut kajian ini, catatan sastera Melayu tentang
pertelingkahan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina
yang pertama adalah Syair Dagang Berjual Beli. Inilah kata-kata
yang dipetik dalam catatan kaki daripada kajian Muhammad
Haji Salleh (1994: 14)3:
“Bukan sahaja Nakhoda Melayu atau Bugis diserang secara mulut
tetapi juga secara fizikal, walaupun dia berhak meminta wang sebagai
bayaran. Dengan cepat hal ini berkembang menjadi perkelahian, dan
persoalan tentang pertelingkahan itu diheret kepada "Saudagar
Inggeris" yang menjadi pengadil, dan seterusnya kepada pihak polis.
… Sewaktu mereka datang ke balai polis, mata-mata berleter panjang
kerana Nakhoda membawa senjata (mengikut adat dan cara
kebiasaannya). Dalam "perbicaraan" yang dijalankan, akhirnya orang
Cina itu telah didapati melanggar perjanjiannya. Orang Cina itu akan
3

12

Kira-kira seratus tahun kemudian, rusuhan kaum kali
yang kedua dalam karya sastera Melayu telah diceritakan
dalam cerpen Hilang Anak (1938) daripada Mahmud Ahmad
yang mengisahkan dua belas orang Melayu sudah tercedera
dan seorang laki-laki Cina sudah terbunuh dalam
pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina di
Pulau Tekong. Pergaduhan itu disebabkan beberapa orang
budak laki-laki Melayu melontar batu sampai mencederakan
beberapa ekur itik yang berkeliaran di kampong itu.
Kejadian itu membuat tuan punya itik, orang Cina, marah
dan sampaikan telah memukul budak laki-laki itu.
Sebelum lebih banyak dokumen sastera tentang rusuhan
kaum diberi nanti, eluk juga disebut satu lagi peristiwa yang
nyaris-nyaris telah mencetuskan pergaduhan antara kaum. Ia
telah dirakamkan dalam Biru Warna (1966) oleh Awang Had
Salleh yang menceritakan keadaan yang sangat tegang yang
hampir-hampir menyebabkan kedai Ah Kau dibakar penduduk
kampung Melayu kerana perbezaan pendapat antara orang
Melayu dan Cina terhadap perjuangan orang Melayu terhadap
Malayan Union.
Penulis-wartawan yang berdarah muda, maka amatlah
romantik, idealistik dan sensitif orang-orangnya seperti Ishak
Haji Muahmmad, Shamssudin Salleh dan Abdul Rahim Kajai,
sangatlah marah dan benci, selain merasa takut terhadap
orang bukan Melayu yang sudah membuat mereka semakin
lama semakin miskin dan mundur setelah melihat dengan mata
mereka sendiri peluang perniagaan sudah berpindah ke tangan
dipasung dengan syarat:
... Nakhoda kena beri belanja
ditutup dikurung tak boleh bersaja
sudah adatnya diperintahkan raja
bukannya kita berkata sengaja.
Belanjanya itu kesemuanya sekali
Nakhoda kena beri sehari setati
apabila terbayar utang yang asli
belanjanya nakhoda dipulangkan kembali.
Seterusnya:
Adatnya di negeri Singapura ini
begitulah sudah perintahnya Kompeni
sudah naik bicara sekali ini
tak boleh didakwa lagi di sini.”

13

orang bukan Melayu, lebih-lebih lagi merasa orang Melayu akan
kehilangan tanah airnya. Berdasarkan ini, bergabung dengan
banyak sebab yang lain, mereka menjadi semakin lama
semakin marah, selain benci dan syak wasangka terhadap
orang bukan Melayu. Disebabkan merasa tidak selamat,
mereka mula menutup minda mereka sekaligus menjauhkan
diri daripada orang bukan Melayu. Dengan kata lain, golongan
penulis-wartawan itu telah menjadi pencetus kesedaran orang
Melayu tentang kemiskinan, kemunduran dan delima mereka
yang miskin dan mundur dalam negaranya sendiri yang kaya
dan maju. Berdasarkan kesedaran diri seperti itu, maka banyak
karya sastera Melayu sudah ditulis untuk pembangunan diri
selanjutnya (Hashim Awang 1975: 192-3).
Sebagai pengkaji masalah hubungan kaum dari abad ke
21, kita berterima kasih kepada penulis-penulis Melayu ini
kerana sudah meninggalkan dokumen bertulis dalam bentuk
karya sastera mengenai isu itu. Mereka amatlah berbeza
daripada orang yang lain yang bukan sahaja mendapati sukar
untuk menulis, tetapi juga telah mencari 1001 alasan untuk
melarikan diri daripada melakukan semacam khidmat sosiol
kepada masyarakat. Sebaliknya, penulis-penulis Melayu ini
telah menggunakan masa dan tenaga mereka untuk mengkaji
kermarahan, kebencian dan syak wasangka orang Melayu
kepada orang bukan Melayu dalam tahun 1930an dan 1940an.
Selain itu, mereka juga berbeza daripada satu lagi golongan
penulis Melayu yang lain kerana mendapati orang Cina yang
lain itu baik-baik, jujur, amanah, malah boleh dipercayai, maka
eluk dijadikan teman kerja, malah teman hidup setelah
berkahwin.
Inilah perbezaan antara mereka. Kedua-dua mereka
menulis tentang hubungan antara kaum dan kedua-duanya
menggunakan akhbar, majalah dan buku untuk menyatakan
perasaan dan pandangan mereka yang berbeza itu. Kalau yang
satu menulis tentang kehilangan peluang, penindasan dan
masalah lain untuk menunjukkan rasa marah, rasa tidak
percaya, syak wasangka orang Melayu kepada orang bukan
Melayu, tetapi yang satu lain itu menulis tentang peperangan,
kemiskinan, penderitaan dan penindasan yang merentasi kaum
untuk menunjukkan peri kemanusiaan dan cinta antara umat
manusia.
Rujukan

14

A M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.
Abdul Rahim Kajai. Cerita Awang Putat. Utusan Zaman, 1- 8
Nov 1941.
Ahmad Kotot. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Al-Matbaah
al-Rawdzah al-Islam wa Syarikah, 1927.
Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha
Penerbitan Menara, 1966.
Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing
Hiburan, Nov 1946.
Harun Aminurrashid Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing
(1946),
Hashim Awang. Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia
Ke-dua: Satu Analisa Tentang Tema dan Struktur, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.
Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12
– 19.6.1938.
Ishak Haji Muhammad. Istana Berembun. Warta Ahad, 3 - 10
Apr 1938.
Ishak Haji Muhammad. Dolly - Bidadari dari Shanghai. Utusan
Zaman, 24 Ogo - 21 Sep 1940.
Mahmud Ahmad. Hilang Anak. Saujana, 1.10.1938.
Muhammad Haji Salleh. ed. Syair Tantangan Singapura abad
kesembilan belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
1994.
Muhammad Yusof Ahmad. Mencari Isteri. Majalah Guru, 1 Ogo
1928 - 1 Mei 1929).
Virginia Matheson Hooker. Writing a New Society: Social
Change Through the Novel in Malay. Honolulu: Allen &
Unwin and University of Hawaii Press, 2000.