KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALA

KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALAN, MINAT DAN PENCAPAIAN
MURID TAHUN EMPAT DALAM SAINS DI KUCHING
Chang Tun Kuet
PISMP Sains Ambilan Januari 2011
tkchang_0214@hotmail.com
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah
penggunaan kaedah model dapat meningkatkan amalan pengajaran guru,
minat dan pencapaian murid Tahun Empat dalam Tajuk “Proses Hidup
Manusia”. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun Empat
di salah sebuah sekolah kebangsaan di sekitar bandar raya Kuching.
Kaedah nota lapangan, soal selidik, temu bual, pemerhatian, senarai
semak, ujian, hasil karja murid dan lembaran kerja murid telah digunakan
untuk mengumpul data tentang kajian tindakan ini. Data yang dikumpul
telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan
analisis statistik deskriptif. Triangulasi penyelidik, masa, kaedah dan teori
telah digunakan untuk menyemak data yang telah dikumpul. Hasil kajian
menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model didapati berjaya untuk
meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam tajuk tersebut, di
samping amalan pengajaran kendiri saya juga telah ditingkatkan. Pada
masa yang akan datang, saya ingin mengkaji kesan penggunaan kaedah

model ke atas tajuk-tajuk Sains yang lain.
Kata kunci: Penggunaan kaedah model, murid Tahun Empat, amalan,
minat, pencapaian, “Proses Hidup Manusia”
Abstract
The research was conducted to investigate to what extent the use of model
in enhancing the teaching practices of a teacher, as well as interest and
performance of Year Four pupils in the topic “Human Life Processes”. The
research involved six Year Four pupils from a primary school in Kuching.
Data were collected through field notes, questionnaires, observation,
interviews, check lists, short tests, pupils’ works, and pupils’ worksheets.
The data was then analyzed using content analysis and descriptive
quantitative analysis. Triangulation of researcher’s, time, methods and
theories were used in checking data. The findings showed that the use of
model
successfully increased the teaching practices, interest and
performance of Year Four pupils in this topic. The use of model can be
expanded to other science topics since it can bring positive results to the
pupils.
Keywords: Uses of model, Year Four pupils, teaching practices, interest
and performance, “Human Life Processes”


Konteks Kajian
Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Lepas
Saya telah menjalani tiga kali fasa praktikum di sekitar bandar raya Kuching.
Menariknya, pada setiap kali fasa praktikum, saya mesti diamanahkan untuk mengajar kelas
“hujung” atau kelas bercampur. Sesungguhnya saya tidak pernah mengajar kelas yang
dikatakan pandai atau elit. Oleh itu, saya perlu sentiasa memikirkan cara bagaimana untuk
membantu murid-murid yang lemah, khususnya dalam mata pelajaran Sains.
Pada fasa praktikum pertama, saya telah mencuba mengajar dengan menggunakan
kaedah peta minda kerana bagi saya, peta minda menarik dan senang diingati. Akan tetapi,
apabila saya mengaplikasikannya, saya mengalami kegagalan kerana murid tidak tahu
mengapa mereka perlu menghasilkan peta minda, di samping mereka tidak tahu apa yang
harus diisi oleh mereka. Ketika itu, saya sedar bahawa pengetahuan hanya dapat dibina
berdasarkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid (Brooks & Brooks, 1993,
seperti dinyatakan dalam Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Pada fasa praktikum kedua pula, saya telah mencuba mengajar dengan
menggunakan kaedah power point kerana sesungguhnya, murid suka akan benda yang
berinteraktif dan beranimasi. Akan tetapi, apabila saya mengaplikasikannya, saya tetap
mengalami kegagalan kerana sepanjang pengajaran menggunakan power point, didapati
bahawa murid akan menjadi semakin pasif di samping pengajaran saya akan menjadi

semakin berpusatkan guru. Selepas insiden ini, saya sedar bahawa murid harus
menjalankan aktiviti sendiri untuk mendapatkan ilmu pengetahuan (Laury & Rillero, 1994).
Pada fasa praktikum ketiga yang lepas, saya telah diamanahkan untuk mengajar unit
“Proses Hidup Manusia” Tahun Empat. Ketika itu saya berfikir panjang mengenai kaedah
apa yang paling sesuai digunakan untuk mengajar unit ini. Berdasarkan pengalaman lepas,
saya sedar bahawa kaedah PdP ini haruslah selaras dengan Teori Konstruktivisme,
Pendekatan Hands-on dan Minds-on. Setelah mengambil kira aspek pedagogi pendidikan
dan menganalisis latar belakang murid, maka saya telah mengambil keputusan untuk
mencuba kaedah model dalam mengajarkan unit ini.
Isu Keprihatinan
Saya benar-benar ingin membantu murid-murid saya untuk meningkatkan minat dan
pencapaian mereka dalam Sains, di samping meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya.
Oleh itu, saya telah menfokuskan kajian saya terhadap tiga isu keprihatinan tersebut, iaitu
amalan pengajaran kendiri saya, minat dan pencapaian murid. Sehubungan dengan itu,
saya telah menjalankan beberapa aktiviti tinjauan awal untuk menunjukkan bahawa isu-isu
tersebut benar-benar wujud dalam konteks kajian saya. Jadual 1 menunjukkan cara-cara
yang telah digunakan untuk meninjau setiap satu isu keprihatinan.
Jadual 1
Isu Keprihatinan dan Cara Mengumpul Maklumat Tinjauan Awal
Bil.

Isu Keprihatinan
Cara Mengumpul Maklumat Tinjauan Awal
1.
(i) Pemerhatian (Nota Lapangan PdP)
Amalan Pengajaran
Kendiri
(ii) Temu Bual (Dengan guru)
(iii) Soal Selidik (Terhadap Murid)
2.

Minat Murid

(i) Pemerhatian (Mengambil Gambar)
(ii) Pemerhatian (Senarai Semak)
(iii) Soal Selidik (Terhadap Murid)

3.

Pencapaian Murid


(i)
(ii)

Analisis Rekod Pencapaian Peperiksaan Murid
Ujian Diagnostik

Berdasarkan Jadual 1, pelbagai jenis cara telah digunakan untuk mengumpul
maklumat tinjauan awal. Antaranya termasuklah nota lapangan PdP, temu bual, soal selidik,
pemerhatian, senarai semak, analisis pencapaian murid dalam ujian Sains lepas dan soal
selidik. Tinjauan awal bagi setiap isu keprihatinan yang ingin dikaji telah dikumpul dengan
menggunakan sekurang-kurangnya dua jenis instrumen pengumpulan data yang berbeza.
Saya telah menggunakan tiga jenis kaedah untuk meninjau isu amalan pengajaran
kendiri saya, iaitu menerusi nota lapangan PdP, perbincangan dan soal selidik. Rajah 1
menunjukkan hasil dapatan tinjauan awal berdasarkan kaedah-kaedah yang digunakan
semasa meninjau isu amalan pengajaran kendiri saya.

Rajah 1. Dapatan Tinjauan Awal Mengenai Isu Amalan Pengajaran Kendiri
Berdasarkan Rajah 1, catatan nota lapangan yang dihasilkan oleh rakan sepraktikum
saya menunjukkan bahawa masih terdapat banyak amalan guru tidak baik yang dapat
diperhatikan sepanjang PdP. Ketika berbincang dengan guru pembimbing dan pensyarah

penyelia pula, mereka sekadar memberikan penilaian sederhana terhadap pengajaran saya
dan mengesyorkan agar memperbanyak penggunaan alat bantu mengajar semasa
mengajar. Malah, dapatan daripada soal selidik turut menunjukkan bahawa murid-murid
sekadar memberikan penilaian sederhana terhadap pengajaran saya. Oleh itu, saya sedar
bahawa amalan pengajaran saya adalah lemah dan masih boleh ditingkatkan lagi.
Sementara itu, saya juga telah meninjau isu minat murid menerusi kaedah senarai
semak dan pemerhatian. Rajah 2 menunjukkan hasil dapatan tinjauan awal berdasarkan
kaedah-kaedah yang digunakan semasa meninjau isu minat murid terhadap Sains.

Rajah 2. Dapatan Tinjauan Awal Mengenai Minat Murid dalam Sains

Berdasarkan dapatan senarai semak seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2, didapati
bahawa daripada seluruh kelas, hanya enam orang murid sahaja yang menunjukkan minat
mereka terhadap Sains, sementara murid-murid yang selebihnya (16 orang murid) langsung
tidak berminat terhadap Sains. Apabila saya meneliti perlakuan mereka, didapati bahawa
mereka akan melakukan perkara-perkara lain semasa PdP dijalankan, seperti bercakap,
menconteng, membuat rantai manik, atau berbaring begitu sahaja. Semua ini menunjukkan
bahawa murid-murid tidak mempunyai minat yang tinggi dalam mata pelajaran Sains.
Dari segi pencapaian murid pula, saya telah menganalisis peperiksaan Sains mereka
yang lepas dan juga telah menjalankan ujian diagnostik. Rajah 3 menunjukkan analisis

keputusan Sains bagi Peperiksaan Pertengahan Semester I Tahun 2014 dan Ujian diagostik
yang telah saya tabdirkan bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan
dan Penyahtinjaan Manusia”.

Rajah 3. Dapatan Tinjauan Awal Mengenai Prestasi Pencapaian Murid dalam Sains
Berdasarkan Rajah 3, didapati bahawa tidak ada seorang murid pun yang berjaya
mendapat markah bergred A, iaitu antara 80 hingga 100 markah dalam kedua-dua ujian.
Sememangnya terdapat segolongan murid yang sering gagal atau sekadar lulus dalam ujian
mereka sahaja. Malah, terdapat 6 orang murid yang telah gagal dalam ujian diagostik yang
telah saya jalankan. Situasi ini menunjukkan bahawa sememangnya pencapaian
sesetengah murid adalah amat lemah dan memerlukan bantuan saya.
Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan amalan
pengajaran kendiri saya, minat dan prestasi pencapaian murid dalam subunit “Sistem
Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia” dengan
menggunakan kaedah model.
Soalan Kajian
Secara spesifiknya, kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian
seperti berikut:
1. Sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan amalan

pengajaran profesional saya dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta
“Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?
2. Bagaimanakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan minat
murid-murid terhadap Sains dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta
“Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

3. Sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan
prestasi pencapaian murid-murid dalam Sains bagi subunit “Sistem Pernafasan
Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?
Tinjauan Literatur Kajian
Definisi dan Takrif Model
Menurut Steinmuller (1993) menerusi Kuhne (2005), model merupakan satu bahan
yang mengandungi maklumat tentang sesuatu, dicipta oleh seseorang dan dibuat dengan
matlamat atau tujuan tertentu. Menurut Koperski (t. t.) menerusi Quinlan (1993) pula, model
dianggap sebagai sejenis pewakilan untuk melambangkan sesuatu objek, tingkah laku atau
sistem demi kefahaman orang lain. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru (1998) pula
mendefinisikan model sebagai binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin
diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah. Jadi, model
merupakan salah satu jenis contoh bahan simulasi (Poh, 1998). Dari perspektif yang lain,
Gilbert (2000) menerusi Ornek (2008) mentakrifkan model sebagai pewakilan sesuatu

fenomena, objek ataupun idea. Sesungguhnya takrif ini adalah selaras dengan Blumschein,
Hung, Jonassen, dan Strobel (2009) yang mengatakan bahawa model merupakan sesuatu
yang konkrit, boleh ditunjukkan untuk tujuan pemahaman dan pewakilan untuk objek atau
fenomena yang kabur atau abstraks.
Kelebihan Penggunaan Model dalam PdP
Bredderman (1982) melalui Chan, Pisegna, Rosian, dan DiCarlo (1996) mengatakan
bahawa menerusi penggunaan program Sains yang berasaskan aktiviti seperti
menghasilkan model, guru dapat menjangka dan mengharapkan kemajuan Sains yang
berterusan dalam kalangan murid. Kaedah model juga disokong oleh Teori Konstrukvisme
(Tobit, 1993, seperti dinyatakan dalam Chan, Pisegna, Rosian, dan DiCarlo, 1996).
Walaupun model yang dihasilkan tidak begitu bernilai pada pasaran, tetapi ia berupaya
untuk menggalakkan murid-murid bagi melibatkan diri dan menarik minat murid untuk
berbincang mengenai bagaimana untuk membinanya. Penggunaan kaedah model turut
dapat membantu murid menstrukturkan pengetahuan dan intuisi murid dengan
menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam proses pembinaan dan manipulasi
struktur model tersebut (Hestenes, 1996). Selanjutnya, kajian Krontiris-Litowitz (2003) dalam
Deltoff, Clark, dan Meganathan (2011) menunjukkan bahawa penggunaan model dapat
membantu murid mencapai markah kuiz yang lebih baik berbanding dengan murid yang
tidak menggunakan model dalam topik “Neuron, Sinaps, dan Pemindahan Ion”. Keputusan
yang sama juga dicapai oleh Water et al. (2005) menerusi Deltoff, Clark, dan Meganathan

(2011) yang menunjukkan bahawa murid yang menggunakan model anatomi “Sistem Otot,
Pencernaan, dan Kardiovaskular Manusia” mendapat skor markah yang lebih tinggi
berbanding dengan murid yang tidak belajar dengan menggunakan model anatomi manusia.
Hasil penyelidikan Tune, Sturek, dan Basile (2013) turut menunjukkan bahawa penggunaan
“Model Kardiovaskular, Pernafasan dan Fisiologi Renal” membolehkan murid lebih
memahami dan mengingati maklumat-maklumat penting pada tempoh masa yang lebih
singkat berbanding dengan kaedah kuliah.
Perancangan dan Pelaksanaan Kajian
Perancangan Kajian
Unit yang difokuskan dalam kajian saya ialah “Proses Hidup Manusia” daripada
sukatan pelajaran Sains Tahun 4. Memandangkan unit ini adalah luas skopnya dengan
meliputi 7 subunit kecil, maka saya menfokuskan kajian saya kepada 2 subunit kecil sahaja,
iaitu “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”.

Rasional saya memilih dua subunit ini adalah berdasarkan kajian-kajian tokoh Sains
yang lepas. Sesungguhnya kajian daripada Kuebler, Mertens, dan Pries (2007)
menunjukkan bahawa murid biasanya tidak dapat memberitahu atau memahami mekanisme
pernafasan yang melibatkan peparu, diafragma, dan dinding tulang rusuk apabila mereka
mempelajari topik ini. Anderson et al. (2009) juga bersetuju dengan mengatakan bahawa
mekanisme pernafasan manusia ialah sesuatu topik yang sukar dipelajari oleh murid-murid

dan juga sukar diajar oleh guru itu sendiri.
Untuk subunit “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia” pula, kajian Soyibo (1995)
menerusi Yan (1998) mendapati bahawa biasanya murid akan mengalami kekeliruan
mengenal pasti organ-organ perkumuhan, bagaimanakah perkumuhan berlaku dan
perbezaan antara perkumuhan dengan penyahtinjaan. Kajian juga menunjukkan bahawa
sistem-sistem dalaman manusia seperti sistem perkumuhan manusia ialah sesuatu topik
yang sukar disampaikan oleh guru dan dipelajari oleh murid (Bahar, Johnstone, & Hansell,
1999, seperti yang dinyatakan dalam Henno & Reiska, 2008).
Dengan itu, saya telah mengaplikasikan kaedah model PdP terhadap peserta kajian
saya berdasarkan model Lima Fasa Needham, terutamanya pada langkah penstrukturan
semula idea dan aplikasi idea. Saya telah memberikan fokus kepada aktiviti yang perlu
dijalankan oleh murid dan menyediakan semua bahan yang diperlukan oleh murid
sepanjang menghasilkan model peparu manusia bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia”
dan model organ-organ perkumuhan manusia bagi subunit “Perkumuhan dan Penyahtinjaan
Manusia” serta menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk PdP kajian saya.
Pelaksanaan Kajian
Dengan merujuk kepada Model Kemmis & McTaggart, saya telah melaksanakan PdP
kajian saya dengan menggunakan kaedah model untuk mengajarkan subnit “Sistem
Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”. Jadual 2
menunjukkan jadual pelaksanaan saya sepanjang kajian penyelidikan tindakan ini dijalankan.
Jadual 2
Jadual Pelaksanaan Kajian Penyelidikan Tindakan
Bil.
Rancangan dan Pelaksanaan Tindakan
1. Melaksanakan 2 sesi PdP mengajar subunit “Sistem
Pernafasan Manusia” dan “Perkumuhan dan Penyahtinjaan
Manusia” secara chalk and talk.

Tarikh Pelaksanaan
31 Mac 2014
01 April 2014

2.

Menjalankan ujian diagnostik kepada seluruh kelas.

02 April 2014

3.

Mengenal pasti murid yang berminat rendah terhadap Sains
dan lemah berdasarkan keputusan ujian sains dan diagnostik.

03 April 2014

4.

Mengadakan
perjumpaan
dengan
peserta
kajian,
memberitahu tujuan penyelidikan tindakan, mendapatkan
kebenaran peserta, dan menjalankan soal selidik terhadap
peserta kajian.

04 April 2014

5.

Pelaksanaan 4 sesi PdP kajian mengenai subunit “Sistem
Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan
Manusia”dengan menggunakan kaedah model.

07 April 2014
08 April 2014
14 April 2014
15 April 2014

6.

Melaksanakan ujian dapatan kajian dengan peserta kajian.

21 April 2014

Bil.
Rancangan dan Pelaksanaan Tindakan
7. Melaksanakan temu bual dengan peserta-peserta kajian.

Tarikh Pelaksanaan
22 April 2014

8.

Menjalankan soal selidik selepas kajian dengan peserta kajian.

24 April 2014

9.

Pengumpulan dan penyusunan data dilakukan.

28 April 2014

Merujuk kepada Jadual 2, didapati bahawa pelaksanaan kajian ini memakan masa
yang lama dan tidak mudah disempurnakan. Walaupun tempoh masa untuk sesi PdP kajian
hanyalah mengambil masa kira-kira sebulan, tetapi sebenarnya tempoh masa untuk
menyiapkan seluruh laporan kajian perlu mengambil masa mencecah sehingga 6 bulan.
Kaedah Kajian
Peserta Kajian
Sepanjang pelaksanaan kajian ini, saya telah melibatkan diri secara aktif dan
langsung sebagai penyelidik kerana saya ingin meningkatkan amalan pengajaran kendiri
saya. Selain itu, kajian ini juga melibatkan 6 orang peserta kajian yang terdiri daripada 2
orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki. Jadual 3 menunjukkan maklumat asas
mengenai peserta-peserta kajian.
Jadual 3
Senarai Peserta bagi Kajian Penyelidikan Tindakan
Bil.
Nama
Jantina
Markah Ujian
Markah Ujian
Pertengahan
diagnostik unit “Sistem
Semester I 2014
Hidupan Manusia”
1.
Murid A Perempuan
58 / C
36 / D
2.
Murid B Perempuan
54 / C
32 / D
3.
Murid C
Lelaki
46 / C
24 / D
4.
Murid D
Lelaki
56 / C
34 / D
5.
Murid E
Lelaki
46 / C
24 / D
6.
Murid F
Lelaki
56/ C
34 / D

Minat
Terhadap
PdP Sains
Rendah
Rendah
Rendah
Rendah
Rendah
Rendah

Merujuk kepada Jadual 3, boleh diperhatikan bahawa setiap peserta kajian telah
gagal dalam ujian diagnostik mereka, di samping berpencapaian rendah dalam peperiksaan
Sains yang lepas. Selain itu, pemilihan peserta kajian juga disebabkan sebab kesemua
peserta kajian menunjukkan minat yang amat rendah terhadap pembelajaran Sains.
Etika Penyelidikan
Saya sentiasa memastikan bahawa saya bersikap berhati-hati dan jujur dalam setiap
langkah kajian agar saya mematuhi etika penyelidikan sepanjang masa. Pada peringkat
awal, saya telah mendapatkan kebenaran daripada guru besar sekolah berkenaan untuk
menjalankan penyelidikan tindakan di sekolah tersebut. Sebelum memulakan sesi PdP
kajian dengan para peserta, saya juga telah mendapatkan kebenaran daripada murid-murid
serta ibu bapa mereka untuk melibatkan diri dalam kajian saya. Mereka dikehendaki untuk
menandatangani surat kebenaran sebagai tanda persetujuan menerima tawaran dan
sebagai peserta kajian saya. Untuk menjaga kerahsiaan dan anomiti identiti peserta kajian,
saya telah menggunakan nama samaran semasa melaporkan dapatan kajian dan
mengkaburkan atau menghitamkan mata peserta kajian sekiranya gambar mereka disiarkan
dalam laporan kajian saya.

Kaedah Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Sepanjang kajian ini, saya telah menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul dan
menganalisis data. Jadual 4 menunjukkan cara-cara bagaimana saya mengumpul dan
menganalisis data berdasarkan isu keprihatinan dalam konteks kajian saya.
Jadual 4
Cara-cara Menganalisis Data Kajian Mengikut Aspek Kajian
Bil.
Aspek
Cara Mengumpul Data Kajian
Cara Menganalisis Data Kajian
1. Amalan
(i) Nota Lapangan
Kualitatif (Analisis Kandungan)
(ii) Soal Selidik Murid
Pengajaran
Kuantitatif (Min)
(iii) Temu Bual Murid
Kendiri
Kualitatif (Analisis Kandungan)
2.

Minat Murid

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Nota Lapangan
Fotografi dan video
Senarai Semak
Soal Selidik Murid
Temu Bual Murid

3.

Pencapaian
Murid

(i) Ujian Dapatan Kajian
(ii) Hasil Kerja Murid
(iii) Lembaran Kerja Murid

Kualitatif (Analisis Kandungan)
Kualitatif (Analisis Kandungan)
Kuantitatif (Min)
Kuantitatif (Min)
Kualitatif (Analisis Kandungan)
Kuantitatif (Skor Ujian)
Kualitatif (Analisis Kandungan)
Kuantitatif (Skor Ujian)

Merujuk kepada Jadual 4, saya telah menggunakan pelbagai jenis instrumen untuk
mengumpul data. Antaranya termasuklah nota lapangan PdP, soal selidik, temu bual,
pemerhatian, senarai semak, ujian, hasil kerja dan lembaran kerja murid. Semua data yang
dikumpul akan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Untuk analisis kualitatif, analisis
kandungan telah digunakan, manakala untuk analisis kuantitatif pula, analisis diskriptif
statistik seperti min, kekerapan frekuensi serta nilai tertinggi dan terendah telah digunakan.
Kaedah Penyemakan Data
Triangulasi Kaedah. Saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah pengumpulan
data sepanjang pelaksanaan kajian ini. Saya juga telah menggunakan pelbagai jenis kaedah
penganalisisan data dalam kajian saya. Keputusan data yang selaras menunjukkan kesahan
dan kepercayaan data kajian saya yang tinggi.
Triangulasi Masa. Saya telah mentadbir ujian diagnostik ketika saya menjalankan
tinjauan awal. Saya menjalankan PdP kajian saya selama dua minggu dan hanya
memberikan ujian dapatan kajian selepas kesemua sesi PdP disempurnakan. Maka tempoh
masa di antara ujian diagnostik dan ujian dapatan kajian adalah cukup lama dan ini
menjamin masalah murid masih mengingati jawapan yang betul tidak wujud. Oleh itu,
perkembangan murid dapat diteliti dengan baik melalui triangulasi masa.
Triangulasi Penyelidik. Saya telah bekerjasama dan berkolaborasi dengan pelbagai
pihak, termasuklah guru pembimbing, pensyarah peyelia, rakan guru pelatih sepraktikum
saya serta para peserta kajian sepanjang mengumpul dan menyemak data bagi memastikan
bahawa semua data dan maklumat yang telah saya peroleh adalah sahih kebenarannya.
Triangulasi Teori. Sesungguhnya penggunaan kaedah model dalam PdP kajian ini
adalah selaras dengan pelbagai teori seperti pendekatan hands-on, minds-on, teori
pembelajaran konstruktivisme, pengajaran berpusatkan murid, pengajaran berpusatkan
bahan atau sumber, teori pembelajaran Bruner, teori Kemmis & McTaggart, dan sebagainya.

Dapatan Kajian
Sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan amalan
pengajaran profesional saya dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta
“Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?
Untuk menjawab persoalan ini, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen untuk
mengumpul data, iaitu kaedah nota lapangan PdP, soal selidik dan temu bual. Rajah 4
menunjukkan grid analisis nota lapangan PdP sebelum dan semasa kajian dijalankan.

Rajah 4. Grid Analisis Nota Lapangan Sebelum dan Semasa Menggunakan kaedah Model
Berdasarkan Rajah 4, boleh dikatakan bahawa hasil dapatan daripada nota lapangan
PdP jelas menunjukkan bahawa terdapat berlakunya perubahan positif yang amat ketara
sepanjang saya mengamalkan pengajaran dengan kaedah model. Sebelum kajian
dijalankan, hanya 5 amalan pengajaran guru yang baik sahaja dapat diperhatikan. Akan
tetapi, semasa PdP kajian dijalankan dengan kaedah model, sebanyak 16 amalan
pengajaran guru yang baik dapat diperhatikan. Peningkatan yang mendadak ini
menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model berupaya untuk membaiki dan
meningkatkan amalan pengajaran profesional saya.
Selain itu, hasil dapatan daripada soal selidik juga menunjukkan bahawa amalan
pengajaran kendiri saya dapat ditingkatkan semasa saya mengajar dengan menggunakan
kaedah model. Jadual 5 menunjukkan perbandingan min bagi pernyataan 1-5 dalam soal
selidik sebelum dan selepas kajian ini dijalankan.
Jadual 5
Perbandingan Min bagi Penyataan 1-5 Soal Selidik Sebelum dan Selepas Kajian
Purata Skala (Min)
Perbezaan
Bil
Pernyataan
Sebelum Selepas
(Min)
Kajian
Kajian
1. Saya sentiasa dapat mengikuti isi pelajaran
2.00
4.67
+ 2.67
yang diajar oleh guru.
2. Saya sentiasa faham isi pelajaran yang
1.83
4.50
+ 2.67
disampaikan oleh guru.
3. Tugasan kerja seperti latihan dan buku kerja
1.67
4.00
+ 2.33
dapat saya siapkan dengan mudah.
4. Cara guru Sains menyampaikan kandungan
1.67
4.83
+ 3.16
pengajaran amat menarik dan menyeronokkan.
5. Saya amat suka guru Sains saya.
3.00
5.00
+ 2.00

Berdasarkan Jadual 5, semua peserta kajian bersetuju bahawa semasa belajar
dengan kaedah model, mereka dapat mengikuti dan memahami apa yang diajar, dapat
menyiapkan kerja dengan mudah di samping cara pengajaran saya menjadi lebih menarik
dan menyeronokkan. Malah, dengan berskalakan 5.00 sebagai skala penuh, min bagi setiap
pernyataan yang berkaitan dengan amalan pengajaran saya telah meningkat melebihi
sekurang-kurangnya 2.00 markah. Data ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah
model berupaya untuk meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya.
Akhir sekali, menerusi dapatan temu bual dengan peserta selepas kajian dijalankan,
saya dapat mengenal pasti dengan lebih mendalam mengenai aspek-aspek amalan
pengajaran yang telah saya baiki dan tingkatkan. Rajah 5 menunjukkan grid analisis temu
bual dengan peserta kajian mengenai kajian penyelidikan tindakan ini.

Rajah 5. Grid Analisis Temu Bual dengan Peserta Kajian Selepas Kajian Dijalankan
Berdasarkan Rajah 5, murid-murid berpendapat bahawa pengajaran saya telah
bertambah baik daripada pelbagai aspek semasa saya mengajar menggunakan kaedah
model. Antara aspek yang dimaksudkan termasuklah kaedah PdP, kemahiran pengajaran,
malah personaliti diri saya. Tuntasnya, semua dapatan kajian daripada instrumen yang
berbeza telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model mampu membantu
meningkatkan amalan pengajaran profesional saya.
Bagaimanakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan minat
murid-murid terhadap Sains dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta
“Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?
Lima jenis instrumen, iaitu nota lapangan, senarai semak, soal selidik, pemerhatian,
dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data berhubung dengan persoalan ini.
Oleh itu, hasil dapatan daripada nota lapangan, senarai semak dan soal selidik akan
digunakan untuk menjawab aspek peningkatan minat murid dalam pembelajaran Sains,
sementara hasil dapatan daripada pemerhatian dan temu bual akan digunakan untuk
menjawab aspek bagaimana kaedah model dapat meningkatkan minat murid.
Dari segi hasil dapatan menerusi nota lapangan PdP, hasil kajian saya telah
menunjukkan bahawa kaedah model berupaya untuk meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran sains. Rajah 6 menunjukkan grid analisis nota lapangan PdP sebelum dan
semasa kajian dijalankan.

Rajah 6. Grid Analisis Nota Lapangan Sebelum dan Semasa Menggunakan kaedah Model
Dengan merujuk kepada Rajah 6, hanya 1 perlakuan murid yang menunjukkan
bahawa mereka berminat mengikuti PdP Sains sebelum kajian dijalankan. Akan tetapi,
semasa kajian dijalankan dengan kaedah model, sebanyak 14 perlakuan telah ditunjukkan
oleh murid, menunjukkan bahawa mereka begitu berminat mengikuti PdP Sains. Maka,
dapatan ini menunjukkan bahawa minat murid terhadap Sains dapat ditingkatkan sekiranya
kaedah model diaplikasikan berbanding dengan kaedah konvensional.
Selain itu, hasil dapatan daripada senarai semak juga menunjukkan bahawa minat
murid telah menunjukkan perubahan minat terhadap pembelajaran Sains yang amat ketara
pada awal dan akhir kajian. Jadual 6 menunjukkan perbandingan min bagi setiap item dalam
borang senarai semak pada awal dan akhir kajian.
Jadual 6
Perbandingan Min Borang Senarai Semak Awal dan Akhir Kajian
Purata Min Skala
Bil
Item Senarai Semak
Awal Kajian
Akhir Kajian
1. Murid menumpukan perhatian
1.92
4.50
sepenuhnya.
2. Murid menunjukkan daya usaha untuk
1.58
4.75
cuba menjawab soalan.
3. Murid menunjukkan semangat inkuiri
1.92
4.58
dan minat yang tinggi.
4. Terdapat interaksi dua hala berlaku.
1.83
4.83

Perbezaan
Min
+ 2.58
+ 3.17
+ 2.66
+ 3.00

Merujuk kepada Jadual 6, didapati bahawa dengan berskalakan 5.00 sebagai skala
penuh, min bagi setiap item yang terkandung dalam borang senarai semak telah meningkat
melebihi sekurang-kurangnya 2.50 markah. Murid mula menumpukan perhatian sepenuhnya,
menunjukkan daya usaha menjawab soalan, menunjukkan inkuiri dan minat yang tinggi
serta interaksi dua hala telah wujud. Semua ini menunjukkan bahawa murid benar-benar
menjadi semakin berminat ketika mengikuti sesi PdP dengan menggunakan kaedah model.
Hanya dengan minat yang mendalam, murid akan mula menunjukkan perubahan dalam
tingkah laku dan berusaha melibatkan diri secara aktif semasa PdP.
Keputusan yang serupa juga diperoleh menerusi hasil dapatan daripada soal selidik.
Jadual 7 menunjukkan perbandingan min bagi pernyataan 6-8 dalam soal selidik sebelum
dan selepas kajian ini dijalankan.

Jadual 7
Perbandingan Min bagi Penyataan 6-8 dalam Soal Selidik Sebelum dan Selepas Kajian
Purata Skala (Min)
Perbezaan
Bil
Pernyataan
Sebelum Selepas
(Min)
Kajian
Kajian
6. Saya amat suka dan minat dalam mempelajari
2.16
4.50
+ 2.34
Sains.
7. Saya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
1.50
4.67
+ 3.17
setiap kali waktu Sains.
8. Saya sentiasa menunggu-nunggu ketibaan
1.67
4.83
+ 3.16
waktu Sains.
Merujuk kepada Jadual 7, didapati bahawa dengan berskalakan 5.00 sebagai skala
penuh, min bagi setiap pernyataan yang terkandung dalam soal selidik telah meningkat
melebihi sekurang-kurangnya 2.00 markah. Malah, merujuk kepada Pernyataan 6 dalam
Jadual 6, peserta kajian sendiri mengaku bahawa minat mereka terhadap Sains telah
meningkat daripada 2.16 sebelum kajian dijalankan kepada 4.50 selepas kajian dijalankan.
Ini menunjukkan penggunaan kaedah model dapat meningkatkan minat murid dalam Sains.
Sehubungan dengan itu, hasil dapatan daripada pemerhatian dapat digunakan untuk
menjelaskan bagaimana minat murid terhadap pembelajaran Sains dapat ditingkatkan.
Rajah 7 menunjukkan gambar-gambar pemerhatian sepanjang PdP kajian ini dijalankan.

Rajah 7. Gambar-Gambar Sepanjang PdP Kajian Dijalankan
Berdasarkan Rajah 7, didapati bahawa peserta kajian tidak sabar-sabar mahu
memulakan pembinaan model. Mereka begitu memandang berat terhadap model mereka
dan membina dengan bersungguh-sungguh. Mereka berebut-rebut menunjukkan hasil
model mereka apabila siap dan gembira kerana usaha mereka menampakkan hasil. Jadi,
boleh dikatakan bahawa semua peserta kajian begitu terhibur dan seronok belajar dengan
menggunakan kaedah model. Semua perasaan dan reaksi yang lahir secara zahir dan
intrinsik ini telah menunjukkan bahawa minat murid terhadap Sains dapat dicungkil, dipupuk
dan ditingkatkan menerusi penggunaan kaedah model.
Menerusi dapatan temu bual dengan peserta selepas kajian ini dijalankan, saya
dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai bagaimana kaedah model dapat
meningkatkan minat mereka terhadap Sains. Rajah 8 menunjukkan grid analisis temu bual
dengan peserta selepas kajian ini dijalankan.

Rajah 8. Grid Analisis Temu Bual dengan Peserta Kajian Selepas Kajian Dijalankan
Merujuk kepada Rajah 8, murid-murid berpendapat bahawa mereka mula berminat
terhadap pembelajaran Sains disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah
faktor perasaan dan emosi kerana mereka berasa seronok dan gembira semasa membina
model, faktor pengurusan masa kerana mereka merasakan masa berlalu pantas ketika
belajar dengan kaedah model, faktor penguasaan kerana mereka merasakan kaedah model
lebih mudah difahami, faktor kaedah PdP kerana banyak aktiviti telah dijalankan, faktor
interaksi kawan kerana mereka boleh bermain dengan kawan semasa membina model, dan
faktor-faktor peribadi seperti memperoleh rasa berjaya setelah siap menghasilkan model.
Pendak kata, menerusi pelbagai hasil dapatan yang diperoleh daripada instrumen yang
berbeza, ternyata bahawa kaedah model mampu meningkatkan minat murid dalam Sains,
dan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti yang telah dibincangkan.
Sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat membantu meningkatkan prestasi
pencapaian murid-murid dalam Sains bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia”
serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?
Untuk menjawab persoalan ini, tiga jenis instrumen pengumpulan data telah
digunakan, iaitu kaedah ujian, penelitian hasil kerja dan lembaran kerja murid. Pertama
sekali, hasil dapatan daripada kaedah ujian telah menunjukkan bahawa prestasi pencapaian
murid telah berjaya ditingkatkan menerusi penggunaan kaedah model. Rajah 9
menunjukkan markah ujian bagi setiap peserta dan perbandingan purata markah ujian
sebelum dan selepas kajian dijalankan.

Rajah 9. Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Dapatan Kajian Peserta Kajian

Merujuk kepada Rajah 9, semua peserta telah gagal dalam ujian diagnostik mereka
sebelum kajian dijalankan. Akan tetapi, selepas kajian dijalankan, semua daripada mereka
telah menunjukkan peningkatan markah yang amat ketara semasa ujian dapatan kajian
antara julat 40 hingga 52 markah. Purata markah ujian juga berjaya ditingkatkan daripada
30.67 markah kepada 78.00 markah. Semua data dalam ujian menunjukkan bahawa kaedah
model berupaya untuk membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam Sains.
Dari segi analisis hasil kerja pula, semua peserta kajian telah berjaya menyiapkan
model mereka dengan baik sekali. Rajah 10 menunjukkan contoh-contoh hasil kerja murid.

Rajah 10. Hasil Model Peparu Manusia dan Model Organ-Organ Perkumuhan Oleh Peserta
Merujuk kepada Rajah 10, didapati bahawa semua peserta berupaya untuk
menghasilkan model dengan sempurna, melabelkan model mereka dengan tepat dan dapat
menamakan setiap bahagian model dengan betul semasa pembentangan model dijalankan.
Penguasaan peserta yang kukuh dan mantap terhadap pembinaan model menunjukkan
bahawa mreka sebenarnya memahami apa yang telah saya ajar sepanjang kajian dijalankan.
Yakini mereka juga akan berupaya untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan subunit
berkenaan dalam ujian kelak. Maka, prestasi pencapaian mereka juga akan meningkat.
Untuk kaedah penelitian lembaran kerja murid pula, saya telah menyemak setiap
lembaran kerja yang telah disiapkan oleh peserta pada setiap akhir sesi PdP kajian dan
seterusnya menukarkan bilangan item yang dapat dijawab oleh murid dalam lembaran kerja
tersebut kepada bentuk peratusan. Rajah 11 menunjukkan catatan perbandingan markah
antara empat lembaran kerja yang diperoleh oleh setiap peserta kajian.

Rajah 11. Catatan Perbandingan Markah antara Empat Lembaran Kerja Setiap Peserta

Daripada Rajah 11, dapat dilihat bahawa setiap peserta telah menunjukkan
kemajuan dan peningkatan secara beransur maju daripada lembaran kerja yang pertama
sehingga lembaran kerja yang keempat. Peningkatan secara beransur maju ini
menunjukkan bahawa murid memahami kandungan pembelajaran dan berupaya untuk
menguasai tajuk pembelajaran selepas mengikuti sesi PdP dengan kaedah model. Jadi, ini
telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model berupaya untuk membantu
meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam pembelajaran Sains.
Refleksi kajian
Refleksi Penilaian Tindakan
Sepanjang pelaksanaan kajian ini, saya sedar bahawa penggunaan kaedah model
dalam PdP mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Dari segi kelebihan,
sesungguhnya banyak faedah yang telah saya peroleh sepanjang mengajar dengan
menggunakan kaedah model. Kaedah model bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran
dan amalan pengajaran kendiri saya, malah murid-murid juga akan berasa sangat seronok
dan berminat mengikuti PdP Sains. Selain itu, murid-murid akan dapat lebih memahami dan
mengingati kandungan pembelajaran menerusi kaedah model, di samping hasil-hasil model
murid boleh dijadikan sebagai bukti pembelajaran atau bahan-bahan pameran.
Walau bagaimanapun, kaedah model juga mempunyai kekurangan dan limitasi yang
tersendiri. Antaranya termasuklah kaedah model hanya sesuai diaplikasikan kepada
sesetengah tajuk Sains sahaja, memerlukan masa perancangan dan penyediaan bahan
yang lama dan teliti, memerlukan kos untuk membeli bahan model yang bukan kitar semula,
dan memerlukan satu ruang yang besar untuk menyimpan hasil-hasil model murid. Oleh itu,
guru yang ingin mengaplikasikan kaedah model dalam PdP perlulah menyediakan pelan
tindakan atau resolusi untuk menyelesaikan kekangan atau kekurangan ini.
Refleksi Pembelajaran Kendiri
Melalui kajian ini, saya dapat lebih memahami prosedur bagaimana melaksanakan
sesuatu penyelidikan tindakan secara praktikal. Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah
mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti masalah yang berlaku dalam kalangan murid
menerusi tinjauan awal, memikirkan cara atau kaedah untuk mengatasinya, merancang dan
melaksanakan cara atau kaedah yang dirancang, serta ada langkah-langkah yang
sistematik dan teratur tentang bagaimana untuk mengumpul, menganalisis dan menyemak
data-data saya. Saya sedar bahawa peranan guru masa kini bukanlah sekadar untuk
mengajar semata-mata, tetapi perlu menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh murid dan sentiasa memikirkan cara atau kaedah baharu untuk mengembangkan ilmu
pengetahuan serta menambah baik amalan pengajaran kendiri.
Selain itu, saya juga sedar bahawa kita haruslah sentiasa membuat refleksi kritikal
untuk setiap tindakan yang telah kita lakukan. Sepanjang kajian ini, saya telah menghadapi
pelbagai masalah, dan hanya dengan pemikiran yang reflektif dan kritikal sahaja yang dapat
menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Maka, saya sentiasa mengimbas kembali dan
bertindak untuk mengenal pasti masalah, bersedia menyelesaikan masalah serta mengambil
tindakan susulan yang bersesuaian dengan masalah tertentu. Sesungguhnya amalan
reflektif ini telah membantu dalam mengeratkan hubungan saya dengan murid-murid saya.
Malah, kajian ini juga telah menyedarkan saya bahawa minat dan pencapaian murid
dalam Sains adalah bergantung kepda usaha dan cara bagaimana seseorang guru
melaksanakan PdPnya. Sesungguhnya, kelas akan menjadi lebih menarik dan murid akan
lebih berminat untuk belajar sekiranya aktiviti-aktiviti berbentuk hands-on dan minds-on
dibekalkan kepada mereka. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam
menentukan minat dan pencapaian murid dalam akademik mereka.

Cadangan Kajian Lanjutan
Sekiranya kajian ini diteruskan, saya bercadang untuk mencuba kaedah model pada
tajuk-tajuk lain yang terdapat dalam sukatan Sains Tahun Empat, seperti “Organ Pernafasan
Haiwan”, “Mencipta Alat Pengukur Masa”, “Sistem Suria”, “Perkembangan Teknologi”, dan
sebagainya untuk melihat keberkesanannya. Selain itu, saya juga ingin menjalankan kajian
ini terhadap murid yang bertahap pandai untuk melihat perbezaan keberkesanan antara
golongan ini dengan murid bertahap pandai. Akhir sekali, saya berharap agar kajian ini
dapat dilanjutkan untuk membaiki isu-isu keprihatinan yang lain seperti kawalan kelas,
ingatan, penglibatan murid, dan sebagainya dengan menggunakan kaedah model.
Senarai Rujukan
Anderson, J., Goplen, C., Murray, L., Seashore, K., Soindarrajan, M., Lokuta, A., … & Khesler,
N. (2009). Human Respiratory Mechanics Demonstration Model. How We Teach, 33,
53-59. doi: 10.1152/advan.90177.2008
Bahagian Pendidikan Guru. (1998). Konsep dan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Matematik:
Nombor Bulat Untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Blumschein, P., Hung, W., Jonassen, D. & Strobel, J. (2009). Modeling and Simulation in
Learning and Instruction: A Theoretical Perspective. Rotterdam, the Netherlands:
Sense Publisher.
Chan, V., Pisegna, J., Rosian, R. & DiCarlo, S. E. (1996). Model Demonstrating Respiratory
Mechanics for High School Students. Advance in Physiological Education, 15(1), 1-18.
Deltoff, M. E., Clark, K. L. & Meganathan, K. (2011). Learning Outcomes and StudentPerceived Value of Clay Modeling and Cat Dissection in Undergraduate Human
Anatomy and Physiology.
Teaching in Laboratory, 35, 68-75. doi:
10.1152/advan.00094.2010
Henno, I. & Reiska, P. (2008). Using Concept Mapping As Assessment Tool In School Biology.
Kertas kerja yang dibentang dalam Third Int. Conference on Concept Mapping, Tallinn,
Estonia
&
Helsinki,
Finland
pada
2008.
Didapatkan
daripada
http://cmc.ihmc.us/cmc2008papers/cmc2008-p404.pdf
Hestenes, D. (1996). Modeling Methodology for Physics Teacher. Kertas dibentangkan ketika
Proceeding of the International Conference on Undergraduate Physics Education pada
Ogos 1998. Didapatkan daripada http://modeling.asu.edu/R&E/ModelingMeth-jul98.pdf
Kuebler, W. M., Mertens, M. & Pries, A. R. (2007). A Two Component: Simulation Model to
Teach Respiratory Mechanics. Teaching in the Laboratory, 31, 218-222. doi:
10.1152/advan.000001.2007
Kuhne, T. (2005). What is a Model. Dagstuhl Seminar Proceedings 04011. Didapatkan
daripada http://drops.dagstuhl.de/opus/volltexte/2005/23
Laury, D. L. & Rillero, P. (1994). Perspectives of Hands-On Science Teaching. Columbus, OH:
The ERIC Clearinghouse for Science, Mathematics and Environmental Education
Ornek, F. (2008). Models in Science Education: Application of Models on Learning & Teaching
Science. International Journal of Environment & Science Education, 3(2), 35-45.
Poh, S. H. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal dan Sumber Sains. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Quinlan, J. R. (1993). Combining Instance-Based and Model Based learning. San Matco, CA:
Morgan Kautmann.
Tune, J. D., Sturek, M. & Basile, D. P. (2013). Flipped Classroom Models Improves Graduate
Student Performance in Cardiovascular, Respiratory and Renal Physiology. How We
Teach, 27, 316-320. doi: 10.1152/advan.00091.2013
Yan, Y. D. (1998). Alternative Conceptions on Excretion and Implications for Teaching. The
Chinese University of Hong Kong, 26(1), 101-116.