MASALAH GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL

TINJAUAN MASALAH GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL

Oleh:
MOHD AIZAT BIN ABU HASSAN
SK BATU MUDA, KUALA LUMPUR

1.0

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual (PSV) yang diperuntukkan di Sekolah Rendah telah dirancang dengan baik
selaras dengan tujuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan perkembangan dunia
pendidikan kini. PSV mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi perkembangan mutu
setiap murid di sekolah rendah dan menengah. Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran
PSV yang baik menentukan perkembangan bagi kegiatan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Dalam hal ini guru Pendidikan Seni Visual mempunyai peranan utama dalam
menentukan keberhasilan ataupun tidaknya murid-rnurid dalam mengembangkan pengetahuan,
sikap mahu pun kemahiran.
Kenyataan ini disokong oleh Hastad dan Lacy (1998) yang menyatakan bahawa peranan utama
guru pendidikan seniadalah memperkembangkan dan mempertingkatkan prestasi murid-murid

dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga domain tersebut secara semula jadi
telah tertanam di dalam setiap individu murid-murid yang mana potensi murid-murid ini perlu
dikembangkan sehingga domain-domain itu dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik
dan produktif

Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR, 2010) Pendidikan Seni Visual mempunyai
objektik seperti berikut:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan.
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
Namun, semua agenda di atas tidak dapat berjalan dengan baik kerana terdapat beberapa factor
yang akan menganggu dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual. Satu kajian tinjauan akan dijalankan menggunakan laman sosial Facebook

(http://www.facebook.com) untuk mendapatkan maklum balas guru-guru mengenai masalah yang
sering mereka hadapi semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

2.0

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meninjau masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru
Pendidikan Seni Visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini juga
bertujuan melihat bilangan guru opsyen dan bukan opsyen serta pengalamn mengajar guru-guru.

3.0

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan kepada guru-guru melalui
laman sosial Facebook. Soal selidik mula dijawab secara atas talian bermula 8 Mac 2016 sehingga
16 Mac 2016.

4.0


SKOP KAJIAN

Kajian yang dijalankan kepada guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah yang menjawab
soal selidik yang diedarkan di laman sosial Facebook. Seramai 244 responden yang menjawab soal
selidik tersebut. Seramai 47 responden lelaki dan 197 responden perempuan menjawab soal selidik
tersebut.

5.0

HASIL KAJIAN

Hasil daripada soal selidik dan tinjauan yang dilaksanakan di laman sosial Facebook, pengkaji
telah meringkaskan dapatan seperti berikut:

5.1

Guru Opsyen dan Bukan Opsyen

Pengetahuan bidang pengajian dan pengetahuan tentang cara mengajar menjadi penentu utama

dalam kualiti pengajaran (Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll & Gruber 1996).
Seorang guru yang telah mengikuti pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru dan universiti,
sudah pastinya guru tersebut inginkan mata pelajaran opsyen sebagai mata pelajaran yang akan
diajar di sekolah. Hal ini adalah sangat penting demi memenuhi kepuasan guru tersebut. Situasi
ini secara tidak langsung menjadi pendorong untuk guru-guru menjadi lebih bersemangat untuk
menjadi kreatif dan inovatif di dalam bidang kepakaran mereka. Secara tidak langsung, ini
membolehkan mereka mendalami dengan lebih mendalam mengenai bidang kepakaran mereka.
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, pengkaji telah mendapat hasil kajian seperti jadual 5.1 di
bawah.
Bilangan

Peratusan

Guru Opsyen

136

55.7%

Guru Bukan Opsyen


108

44.3%

Jadual 5.1 – Bilangan Guru Opsyen dan Bukan Opsyen

5.2

Bilangan Tahun Mengajar

Bilangan tahun mengajar membentuk pengalaman yang merupakan pengetahuan yang terbentuk
oleh interaksi dengan faktor-faktor persekitaran tugas guru. Tempoh dan kekerapan melalui tugas
pengajaran sama ada berjaya atau sebaliknya, sedikit demi sedikit membina pengetahuan dan
kemahiran profesion yang diperlukan. Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada
ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell
1992). Jadual 5.2 menunjukkan bilangan tahun pengalaman responden-responden mengajar
Pendidikan Seni Visual. Terdapat Antara responden yang tidak mempunyai pengalaman sehingga
30 tahun pengalaman mengajar Pendidikan Seni Visual.
Bilangan Tahun


Bilangan

Peratusan

0–5

122

50.0%

5 – 10

83

34.0%

11 – 15

23


9.4%

16 – 20

9

3.7%

21 – 25

3

1.2%

26 – 30

4

1.6%


Jadual 5.2 – Bilangan Tahun Mengajar

5.3

Masalah Yang Dihadapi Guru Pendidikan Seni Visual

Setiap mata pelajaran mempunyai cabaran dan masalah yang akan dihadapi oleh guru. Bagi
Pendidikan Seni Visuan, terdapat juga masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru. Menurut
Janis Boyd (2004) dalam kajian beliau "Myths, Misconceptions, Problems and Issues in Arts
Education", apabila peruntukan kewangan yang berkurang memberikan kesan kepada Pendidikan
Seni Visual. Ini disebabkan berlaku ketidakseimbangan dan menyebabkan kekurangan bekalan,
infrastuktur, alatan, guru dan pakar dalam bidang seni visual. Jadual di bawah menunjukkan
masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Seni Visual.
Masalah Yang Dihadapi

Bilangan

Peratusan


Peralatan Tidak Mencukupi Di Bilik Seni

176

72.1%

Murid/Pelajar Tidak Membawa Alat dan Bahan

222

91.0%

Murid/Pelajar Tidak Meminati Pendidikan

102

41.8%

100


41.0%

6

2.5%

SeniVisual
Tidak Cukup Waktu Pengajaran dan Pembelajaran
Tiada Masalah

Jadual 5.3 - Masalah Yang Dihadapi Guru Pendidikan Seni Visual

6.0

KESIMPULAN

Melalui kajian tinjauan ini, pengkaji boleh membuat kesimpulan bahawa opsyen guru, pengalaman
mengajar dan masalah yang sering dihadapi oleh guru mempunyai hubungkait. Hubungkait ini
akan memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Murid-murid perlu diberi peluang untuk membolehkan mereka mengenal pengetahuan hasil-hasil

seni dan kraf, kemahiran dan nilai-nilai mumi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
visual (Kementerian Pendidikan 2002). Jika masalah yang dihadapi ini tidak mendapat perhatian
dari pihak yang berkenaan ia akan mengakibatkan kesan tidak langsung kepada perkembangan
kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi, sosial dan emosi murid-murid. Sebuah kajian haruslah
dijalankan bagi mencari kaedah penyelesaian yang dapat membantu guru-guru untuk mengatasi
masalah yang sering dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

RUJUKAN
Gist, M.E. & Mitchell, T.R. 1992. Self-Efficacy: A theoretical analysis of its determinants and
malleability. Academy of Management Review 17(2): 183-211.
Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. 1996. The effect of school resources on student
achievement. Review of Educational Research 66: 361-396.
Janis Boyd 2004. Myths, Misconceptions, Problems and Issues in Arts Education Griffith
University: Brisbane Australia
Kementerian Pendidikan Malaysia 2002. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pusat Perkembangan Kurikulum: Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lacy, A. C., & Hastad, D. N. (2007). Measurement and evaluation in physical education and
exercise science (5th ed.). USA: Pearson Education.