BAYI YANG DIBUANG HAK DAN KEDUDUKAN BAYI

JOBNAME: No Job Name PAGE: 1 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

i

[2013] 5 MLJ

2013

Reports i-xi

BAYI YANG DIBUANG: HAK DAN KEDUDUKAN BAYI DI
SISI UNDANG-UNDANG
oleh
MUSTAFA ‘AFIFI AB HALIM1
dan
MOHD MAHYEDDIN MOHD SALLEH2
dan
REZKI PERDANI SAWAI3
dan
NURHAFIZAH MUHD SHUKOR4

dan
DINI FARHANA BAHARUDDIN5
dan
JOKI PERDANI SAWAI6
dan

1
2
3
4
5
6

Pengarang bersama. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains
Islam Malaysia. Mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang, LLB (Hons)
(IIUM), DSLP (IIUM), LLM (UKM). Emel: afifiusim@gmail.com
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
Mempunyai kelulusan dalam bidang Syariah dan Kehakiman SMSK (USIM), Emel:
mahyeddin@usim.edu.my
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Mempunyai kelulusan dalam bidang psikologi, BHsc (Psychology) (IIUM), Med (Edu
Psych) (IIUM). Emel: rezki@usim.edu.my
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Mempunyai kelulusan dalam bidang psikologi. Emel: nurhafizah@usim.edu.my
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang dan psikologi, LLB (Hons) (UKM),
MEd (UPM), MA (Western Michigan). Emel: dini@usim.edu.my
Pensyarah Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Mempunyai
kelulusan dalam bidang psikologi, BHsc (Psychology) (IIUM) MA (Industrial &
Organizational Psychology) (UKM)

JOBNAME: No Job Name PAGE: 2 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

ii

Malayan Law Journal

[2013] 5 MLJ


ABD HALIM MOHD HUSSIN7

7

Pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Mempunyai kelulusan dalam bidang psikologi.

JOBNAME: No Job Name PAGE: 3 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

[2013] 5 MLJ

Bayi yang DiBuang: Hak dan Kedudukan Bayi di sisi
Undang-Undang

iii

Abstrak

Isu pembuangan bayi yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini amat

membimbangkan. Ini berdasarkan kepada statistik pembuangan bayi di Malaysia
yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (‘PDRM’) yang mana dianggarkan
bagi tempoh 2011 hingga 2012, terdapat sebanyak 187 kes pembuangan bayi
dilaporkan di Malaysia manakala 89 kes direkodkan pada tahun 2012. Artikel ini
akan meneliti hak dan kedudukan anak-anak yang dibuang berdasarkan kepada
undang-undang. Metodologi kajian adalah melalui analisa dokumen iaitu dengan
menganalisa peruntukan-peruntukan Akta yang berkaitan selain daripada
merujuk data PDRM dan konvensyen perjanjian dan keratan akhbar. Hasil
dapatan kajian ini diharap dapat membantu dalam pengurusan bayi yang
dibuang khususnya dalam aspek undang-undang.
PENGENALAN
Kanak-kanak ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun8
dan tiada takrifan bayi dalam Akta Kanak-Kanak 2001, maka berdasarkan
kepada peruntukan Akta, bayi juga didefinisikan sebagai kanak-kanak. Di
bawah Akta Kanak-Kanak 2001, terdapat peruntukan berkaitan kesalahan
berhubung dengan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak.9 Di Malaysia, kes
pembuangan bayi dilihat berlaku semakin meningkat yang mana dianggarkan
bagi tempoh 2008 hingga 2009, terdapat sebanyak 181 kes pembuangan bayi
dilaporkan di Malaysia manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010
hingga 12 Ogos 2010 (Berita Harian, 2010). Berikutan itu, Kabinet Malaysia

telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau
percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan
itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut s 302 Kanun
Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati,
manakala kes percubaan membunuh mengikut s 307 Kanun yang sama
membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
STATISTIK PEMBUANGAN BAYI
Statistik kes pembuangan bayi yang dikeluarkan PDRM pula menunjukkan
685 kes dicatatkan dari 2005 hingga 2012. Ia menunjukkan trend peningkatan
walaupun ada penurunan pada 2007 dan 2009. Sebanyak 67 kes dilaporkan
pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 76 kes pada 2007, 102 kes

8
9

Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001.
Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 adalah berkaitan penganiayaan, pengabaian,
pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

JOBNAME: No Job Name PAGE: 4 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014

//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

iv

Malayan Law Journal

[2013] 5 MLJ

(2008) dan 79 kes (2009). Tahun 2010 menyaksikan 91 kes dicatatkan,
meningkat kepada 98 kes pada 2011 sebelum menurun sedikit kepada 89 kes
pada 2012. Sebilangan besar individu yang terbabit dalam pembuangan bayi
berusia 18 hingga 25 tahun ke atas manakala 403 individu berusia di bawah 18
tahun.
STASTISIK PEMBUANGAN (2005–2012)
Data berikut adalah statistik berkaitan jumlah kes pembuangan bayi
sebagaimana yang dilaporkan di seluruh negara:
Statistik Kes Pembuangan Bayi Tahun 2005–2012
Bil
1.
2.

3.
4.
5.
6.
7.
8.
Jumlah

Tahun
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012

Jumlah
67

83
76
102
79
91
98
89
685

Sumber: Statistik Kes Buang Bayi PDRM
Berdasarkan statistik 2005–2012 terdapat 685 orang bayi telah dibuang di
seluruh negara. Di mana kes tertinggi dicatatkan ialah pada tahun 2008 iaitu
102 orang. Jumlah bagi tahun 2005 ialah 67, 2006 (83), 2007 (76), 2008
(102) dan 2010 (91) orang. Purata bagi lapan tahun kes pembuangan bayi
ialah 85.6 orang.
STATISTIK PEMBUANGAN BAYI MENGIKUT NEGERI TAHUN
2011–2012
BIL
1.
2.

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

NEGERI
PERLIS
KEDAH
PULAU PINANG
PERAK
SELANGOR
KUALA LUMPUR
NEGERI SEMBILAN
MELAKA
JOHOR

2011

0
3
6
7
25
10
5
1
13

2012
1
7
4
2
21
5
2
2
11


JOBNAME: No Job Name PAGE: 5 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

[2013] 5 MLJ

10.
11.
12.
13.
14.
Jumlah

Bayi yang DiBuang: Hak dan Kedudukan Bayi di sisi
Undang-Undang

PAHANG
TERENGGANU
KELANTAN
SABAH
SARAWAK

0
1
6
15
6
98

v

5
6
2
14
7
89

Sumber: Statistik Kes Buang Bayi PDRM
Berdasarkan statistik bagi dua tahun 2011–2012, seramai 187 orang bayi
telah dibuang, iaitu 98 bagi tahun 2011 dan 89 orang bagi tahun 2012. Bagi
negeri yang teramai terdapat kes pembuangan bayi ialah Selangor dengan 46
kes, iaitu 25 orang iaitu bagi tahun 2011 dan 21 orang bagi tahun 2012. Ini
diikuti oleh Sabah yang melibatkan 29 kes, iaitu 15 orang bagi tahun 2011 dan
14 orang pada tahun 2012. Seterusnya, Johor mencatatkan kes pembuangan
bayi seramai 24 orang, iaitu 13 orang pada tahun 2011 dan 11 orang pada
tahun 2012. Negeri-negeri lain yang mencatatkan kadar pembuangan bayi
yang tinggi melebihi sepuluh orang bagi dua tahun ialah Kuala Lumpur
(15 orang) dan Sarawak (13 orang).
HAK ANAK YANG TERBUANG DALAM PERSPEKTIF SYARIAH
Perbuatan membuang bayi pada masa kini menyamai perbuatan wadulbanat
orang Arab pada zaman jahiliyyah yang menanam hidup-hidup anak
perempuan mereka sebelum datangnya pembimbing agung Nabi Muhammad
SAW.10 Malah, perbuatan membuang bayi pada masa kini lebih jahiliah dari
perbuatan jahiliah terdahulu kerana pada zaman itu bayi dibezakan jantinanya.
Hanya anak perempuan yang ditanam dan bukan anak lelaki, namun sekarang
bayi lelaki juga menjadi bayi buangan yang dibuang oleh ibu kandungnya
sendiri. Larangan membunuh dinyatakan dalam surah al-Isra’, ayat 33 yang
bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang
diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.
Islam juga secara jelas melarang pembunuhan anak-anak meskipun atas
sebab kesempitan ekonomi. Hal ini dinyatakan dalam surah al-Isra’, ayat 31
seperti berikut: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana
takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada
kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan
yang besar.

10 Mohd Mahyeddin Mohd Salleh & Nisar Mohammad Ahmad, 2012, Maqasid Syariah dan
aplikasi kaedah Fiqh dalam penubuhan ‘Baby Hatch’ di Malaysia.

JOBNAME: No Job Name PAGE: 6 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

vi

Malayan Law Journal

[2013] 5 MLJ

Dalam ayat di atas, syarak menetapkan bahawa hanya tiga golongan yang
dibenarkan untuk dibunuh iaitu, si murtad, penzina dan pembunuh yang
membunuh manusia yang terpelihara darahnya dalam Islam (ma’sum addam).11
Dalam hal ini, anak terbuang yang kebanyakan berstatus anak tak sah taraf
tetap mempunyai hak untuk hidup, walaupun dia dilahirkan sebagai anak zina.
Bayi yang dibiarkan atau dibuang di tempat yang tidak sepatutnya seperti
dalam tong sampah, longkang, sungai dan seumpamanya akan menyebabkan
kematian sekiranya tidak dijaga dan dilindungi. Maka, penubuhan pusat
penjagaan ini bertepatan dengan maqasid syariah dari aspek ‘menjaga nyawa’.12
Demi menjaga kelansungan hidup manusia ini, Islam telah menetapkan
bahawa pembunuh hendaklah dikenakan hukuman qisas iaitu bunuh balas.
Maka dalam isu pembuangan bayi ini, sekiranya anak yang dibuang itu mati, si
pembuang perlulah dihukum bagi mengelakkan perkara ini terus berlarutan.13
Islam menggariskan beberapa kaedah berkaitan menjaga keturunan
antaranya seperti disyariatkan perkahwinan, dianjurkan berkahwin dengan
anak gadis, diharuskan berpoligami bagi yang mampu dan diharamkan zina
serta menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada zina (‘saddu azzarai’). Manakala perbuatan yang boleh menghalang dari bertambahnya
keturunan adalah dilarang seperti meninggalkan berkahwin, mencegah
kehamilan tanpa sebab yang syarie dan menggugurkan anak.14
Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan
serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah SWT
kepada hamba-hambaNya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk
ciptaanNya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan
didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan agama,
memelihara nyawa atau jiwa, memelihara keselamatan akal, memelihara
maruah atau keturunan, memelihara harta benda dan memelihara hak dan
kebebasan.15
Dalam isu anak terbuang, harus difahami bahawa bayi adalah generasi
manusia yang perlu dijaga dan diwujudkan. Susur galur menjaga keturunan

11
12
13
14
15

Ibid.
Ibid.
Ibid.
Ibid.
Ibid.

JOBNAME: No Job Name PAGE: 7 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

[2013] 5 MLJ

Bayi yang DiBuang: Hak dan Kedudukan Bayi di sisi
Undang-Undang

vii

melalui perkahwinan yang sah adalah satu kewajipan.16 Namun begitu,
meskipun anak tak sah taraf lahir dari perbuatan zina, kelahiran mereka tidak
boleh dipersalahkan kerana bayi tersebut tidak berdosa, tidak menanggung
dosa kedua ibu bapanya bahkan tetap mempunyai hak untuk hidup
berpasangan seperti insan lain. Justeru, masyarakat tidak boleh turut sama
menghukumnya dengan menafikan hak-hak yang sewajarnya sebagai seorang
manusia, mencemuh atau meminggirkannya.
UNDANG-UNDANG BERKAITAN BAYI YANG DIBUANG
Perspektif hak asasi manusia
Hak asasi manusia adalah sesuatu yang penting bagi menjamin keperluan dan
kepentingan asasi setiap insan. Pentakrifan hak asasi manusia berbeza dari satu
negara ke satu negara lain. Namun, hak asasi seperti kebebasan menjalani
kehidupan yang mengikut lunas undang-undang, agama dan budaya, hak
untuk mendapat pelajaran dan mencari pekerjaan, hak bersuara dan hak
beribadat misalnya adalah sesuatu yang asasi dan fitrah bagi setiap individu.
Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan
yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(‘UN’) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (‘UDHR’) telah membahagikan hak
asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu kebebasan daripada
ketakutan; kebebasan daripada kemahuan; kebebasan bersuara; dan/atau
kebebasan kepercayaan.
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (‘PBB’) berkenaan Hak
Kanak-Kanak 1989 adalah konvensyen yang mengatur hak-hak sivil, politik,
ekonomi, sosial, dan budaya kanak-kanak. Artikel 7 konvensyen tersebut
menyatakan bahawa: Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk mengetahui
dan dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapanya. Apabila seseorang kanakkanak itu diabaikan, hak ini dianggap telah dilanggar. Bayi dan anak kecil
adalah yang paling berisiko diabaikan dan kadar pengabaian bayi dalam
kalangan negara-negara Kesatuan Eropah adalah membimbangkan,
terutamanya dalam keadaan iklim ekonomi semasa.

16 Dato’ Setia Hj Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Kertas Kerja Anak Tak Sah Taraf: Mengikut
Hukum Syara’. http://www.scribd.com/doc/36718031/Anak-Tak-Sah-Taraf-MengikutHukum-Syara

JOBNAME: No Job Name PAGE: 8 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

viii

Malayan Law Journal

[2013] 5 MLJ

Undang-undang di negara Barat
Di Georgia, Amerika Syarikat, perbuatan mengabaikan bayi secara sengaja dan
sukarela dianggap sebagai satu kesalahan ‘misdemeanor’, dan pengabaian bayi
sebelum meninggalkan negeri tersebut dianggap sebagai satu kesalahan
‘felony’. Pada tahun 1981, undang-undang Georgia yang berkaitan dengan
pembuangan bayi dan kesalahan ‘felony’ tersebut telah diangkat sebagai satu
hukuman yang sah di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat oleh Mahkamah
Agung di negara tersebut.
Di United Kingdom, pengabaian bayi yang berusia di bawah dua tahun
dianggap sebagai satu kesalahan jenayah. Larangan terhadap pengabaian bayi
dan kanak-kanak juga disebut dalam ‘Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda
United Kingdom 1933’ (Children and Young Persons Act 1933); s 20 ‘Akta
Kanak-Kanak United Kingdom 1989’ (Children Act 1989); dan Akta KanakKanak (Scotland) 1995 (Children (Scotland) Act 1995).
Pada 18 Januari 2011, Dewan Perhimpunan Kebangsaan Wales telah
meluluskan Rights of Children and Young Persons (Wales) Measure. Langkah
ini membawa kepada satu tanggungjawab perundangan yang perlu digalas oleh
para menteri di Wales untuk memberikan perhatian terhadap hak dan
tanggungjawab yang telah dinyatakan di dalam Konvensyen PBB berkenaan
Hak Kanak-Kanak.
Bagaimanapun, terdapat beberapa sistem perundangan yang memberikan
pengecualian terhadap kesalahan membuang bayi. Pengecualian ini disebut
sebagai ‘Safe Haven Laws’, yang mana bayi ditinggalkan di tempat tertentu
seperti hospital.
Debbe Magnusen17 cuba untuk melihat sama ada membenarkan
pengabaian bayi dengan penguatkuasaan undang-undang dapat membantu
mengurangkan kes pembuangan bayi di USA. Pada tahun 1999, terdapat 38
negeri di USA yang telah meluluskan undang-undang Safe Haven yang
membenarkan ibu-ibu mengabaikan bayi mereka dengan meninggalkannya di
tempat-tempat tertentu seperti hospital. Undang-undang ini dilihat
membantu menyelamatkan ibu dan bayi, walau bagaimanapun tiada eleman
pendidikan dalam undang-undang ini yang akan membantu ibu-ibu
mengandung yang mengalami kemurungan ekoran kelahiran yang mereka
tidak inginkan. Selain daripada itu, walaupun di USA telah wujud undangundang Safe Haven namun masih ada kes-kes pembuangan bayi dilaporkan

17

Debbe Magnusen, From Dumpster to Delivery Room: Does Legalizing Baby Abandonment
Really Solve the Problem, 22 J Juv L 1 (2001–2002).

JOBNAME: No Job Name PAGE: 9 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

[2013] 5 MLJ

Bayi yang DiBuang: Hak dan Kedudukan Bayi di sisi
Undang-Undang

ix

dan ini menunjukkan bahawa perlu ada satu mekanisma untuk mendidik
masyarakat agar tidak membuang bayi, sebaliknya meletakkannya di tempat
yang telah dikhususkan oleh kerajaan bagi memelihara nyawa bayi tersebut.
Stacie Schmerling Perez18 membuat kajian terhadap undang-undang Safe
Haven di Florida mendapati bahawa undang-undang ini membantu
menyelamatkan banyak nyawa bayi-bayi yang tidak bersalah. Ibu bayi akan
menyerahkan anaknya kepada pihak berkuasa seperti meninggalkannya di
balai bomba, pusat pengurusan perubatan atau hospital dalam masa tujuh hari
selepas anak tersebut dilahirkan tanpa sebarang persoalan dan bayi ini
kemudiannya akan diberikan kepada keluarga angkat dan natijahnya, ibu bayi
akan berasa tenang kerana anak yang tidak diingini masih berpeluang untuk
mengecapi nikmat hidup dan anak tersebut juga akan dipelihara oleh keluarga
angkat yang menginginkannya.19 Artikel ini turut menyentuh tentang
fenomena pembuangan bayi dan apakah perkara yang mendorong ke arah
perlakuan tersebut, sejarah awal pengenalan undang-undang pengabaian bayi,
pengenalan undang-undang Safe Haven di Florida. Walaupun undangundang ini dilihat berjaya, namun ada juga kritikan-kritikan terhadap undangundang ini yang mana ia akan meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi
disebabkan ia tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang sekiranya
dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Stephanie E Dreyer (2002) telah mengkaji tentang undang-undang
membenarkan pengabaian bayi yang pertama kali diperkenalkan di Texas yang
mana dikenali sebagai Texas Save Haven Law. Undang-undang ini diwujudkan
bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi yang dibuang.20 Walaupun
undang-undang ini mendapat kritikan, namun penulis yang mengkaji tentang
undang-undang ini mendapati bahawa ianya membantu mengurangkan kadar
pembuangan bayi di Texas. Undang-undang ini hanya memperuntukkan
undang-undang berkenaan mekanisma pengabaian bayi kepada pihak-pihak
yang berkaitan tanpa memperuntukkan sebarang peruntukan undang-undang
berkaitan status bayi tersebut.21

18 Stacie Schmerling Perez, 2008, Combating the Baby Dumping Epidemic: A Look at Florida’s
Safe Haven Law, 33 NOVA L REV 245.
19 Ibid.
20 E Dreyer, Stephanie, 2002, Texas’ Safe Haven Legislation: Is Anonymous, Legalized
Abandonment a Viable Solution to Newborn Discardment and Death?, Texas Journal of
Women and the Law, Vol 12, Issue 1.
21 Ibid.

JOBNAME: No Job Name PAGE: 10 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

x

Malayan Law Journal

[2013] 5 MLJ

Clare Chapman telah menulis dalam satu artikel22 bahawa Itali telah
memperkenalkan satu sistem yang mana kotak bayi disediakan bagi ibu-ibu
yang ingin membuang anak mereka tanpa sebarang persoalan lanjut dari pihak
berkuasa. Inisiatif seperti ini juga telah dilakukan oleh German dan Hungary
bagi mengurangkan kadar kematian bayi akibat dibuang di tepi-tepi jalan.23
Aplikasi inkubator moden juga ada diletakkan di hospital dan inkubator ini
boleh dibuka dari luar dan dalam seperti peti deposit di bank dan ibu-ibu yang
tidak menginginkan anak mereka boleh meninggalkannya di dalam peti ini
untuk dipungut oleh pihak hospital.24 Namun, artikel ini tidak melihat
pengurusan bayi yang terbuang secara keseluruhan yakni, apakah yang akan
dilakukan terhadap bayi-bayi tersebut, perancangan untuk bayi-bayi terbuang
dan bagaimanakah pengurusan bayi tersebut dilaksanakan.
Undang-undang Malaysia berkenaan anak yang dibuang
Di Malaysia, terdapat pelbagai Akta yang mentadbis urus anak yang dibuang.
Antara Akta-Akta yang berkaitan adalah seperti mana berikut:
Akta Kanak-Kanak
Akta yang terlibat di dalam kes pembuangan bayi ialah di bawah Bab 3,
Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak-Kanak, Akta
Kanak-Kanak 2001. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat
mengikut s 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum denda
maksimum RM20,000 atau penjara sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali
jika sabit kesalahan. Seksyen 31 meliputi kesalahan berkaitan penganiayaan,
pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.
Kanun Keseksaan
Bagaimanapun, memandangkan kes-kes pembuangan bayi semakin
meningkat di negara kita, Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa kes
pembuangan bayi disiasat sebagai ‘kes bunuh atau percubaan membunuh’ bagi
memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman
berat. Kes bunuh disiasat mengikut s 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang
membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan
membunuh mengikut s 307 Kanun sama membawa hukuman penjara
maksimum 20 tahun.

22

BMJ.com Vol 332, www.bmj.com/content/vol332/issue7537/#NEWS_ROUNDUP.
Akses pada 13 Februari 2006.
23 Ibid.
24 Ibid.

JOBNAME: No Job Name PAGE: 11 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

[2013] 5 MLJ

Bayi yang DiBuang: Hak dan Kedudukan Bayi di sisi
Undang-Undang

xi

Undang-undang lain yang berkuat kuasa
Bagi tindakan penguatkuasaan Syariah di Malaysia, ia lebih kepada
pencegahan kerana peruntukan kesalahan buang bayi atau menyembunyikan
kelahiran tidak diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah
Syariah. Meskipun terdapat cadangan untuk perlaksanaan undang-undang
hudud dan qisas seperti di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung
kejadian buang bayi dan jenayah, masih belum ada lagi tindakan yang dibuat
bagi memastikan pelaksanaannya menjadi kenyataan.
Hukuman paling tinggi boleh dikenakan terhadap pesalah khalwat, berzina
atau bersekedudukan menurut Enakmen Jenayah Syariah negeri adalah denda
tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak
lebih enam kali atau kombinasi mana-mana hukuman itu.
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984)
(Akta 355) mengehadkan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan undangundang berkaitan jenayah Syariah dan Mahkamah Syariah hanya dibenarkan
menghukum dengan hukuman disebutkan. Akta 355 adalah undang-undang
yang diluluskan Parlimen dan berkuat kuasa di seluruh negara. Apa-apa
pindaan Akta 355 perlu mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen.
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang
paling zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan
lebih baik daripada itu kerana mengasihi dan memelihara anak dan sanggup
mati demi keselamatan anak dan nyawa anak-anak. Langkah yang lebih
berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial agar
tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat
kasih sayang yang sewajarnya. Undang-undang perlu dikuatkuasakan dengan
lebih serius bagi membendung permasalahan ini.
Islam dan hak asasi kemanusiaan tidak dapat dipisahkan. Hak kemanusiaan
kadangkala dianggap sebagai tanggapan moral yang didukung oleh masyarakat
dan sebahagian besarnya dilaksanakan dengan undang-undang. Justeru, hakhak yang digariskan oleh setiap perlembagaan sesebuah negara dan agama
perlu diakui dan ditegakkan secara adil, berhemah dan bijaksana. Dalam
konteks pembuangan dan pengabaian bayi, Islam melarang sekeras-kerasnya
perbuatan terkutuk tersebut. Perbuatan tersebut juga dikecam dalam prinsip
hak asasi kemanusiaan dan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah di
beberapa buah negara. Di Malaysia, kesalahan ini disiasat mengikut s 302

JOBNAME: No Job Name PAGE: 12 SESS: 7 OUTPUT: Mon Mar 24 12:15:08 2014
//mlja/2013/Vol5/mlja2013_5_00062

xii

Malayan Law Journal

[2013] 5 MLJ

Kanun Keseksaan sebagai ‘kes bunuh atau percubaan membunuh’ bagi
memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman
berat.
Bagaimanapun, masih belum terdapat hukuman berat yang dijatuhkan
bagi kesalahan pembuangan bayi di bawah Enakmen Jenayah Syariah di
Malaysia. Maka, selaras dengan perkembangan zaman dan situasi masyarakat
Islam, sudah tiba masanya transformasi perundangan Syariah di Malaysia
dilakukan dengan mengkaji semula dan mempertingkatkan kadar hukuman
bagi pesalah Syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965. Dengan hukuman lebih tinggi, dapat menggerunkan
masyarakat daripada melakukan perbuatan yang akhirnya menjerumuskan diri
mereka kepada perbuatan zina, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan
bayi.
PENGHARGAAN
Penghargaan kepada Encik Zairudin Hashim yang membantu dan
menyumbang dalam penulisan artikel ini.