PERATURAN BALAPAN DAN PADANG KARNIVAL SU

PERATURAN PERTANDINGAN BALAPAN DAN PADANG
Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang / Pendalaman
1. NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Balapan dan Padang Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli /
Pendalaman
2. PENGELOLA
Dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan dan dikelolakan oleh
Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah dibawah
Jawatankuasa Pertandingan yang tertakluk kepada arahan Jawatankuasa
Pengelola (Jabatan Pendidikan Negeri yang dipilih / dilantik).
3. PERATURAN UMUM
Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan
oleh Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ) dan MSSM.
4. PERATURAN TAMBAHAN
Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah
berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan
matlamat penganjuran aktiviti Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli /
Pendalaman
5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1

Peserta adalah terdiri daripada murid sekolah rendah yang berada di
Sekolah Murid Orang Asli / Pendalaman
5.2

Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan
sebelum sesebuah pasukan itu turun bermain seperti berikut :5.2.1 Salinan sijil lahir yang disahkan oleh Guru Besar sekolah
berkenaan.
5.2.2 Surat pengesahan oleh Guru Besar sebagai murid sekolah
berkenaan.
5.2.3 Sebarang pertelingkahan atas hak status mana-mana pemain akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana
keputusan adalah muktamad.

2.

JENIS PERTANDINGAN
2.1
Kejohanan Individu dan Berpasukan
2.2


Jenis Acara, Ukuran serta Timbangan Alatan Pertandingan
LELAKI
BIL

10
X
X
X
X
X
(2.72kg)
4 X 100M

PEREMPUA
N
10
X
X
X
X

X
(2.72kg)
4 X 100M

6

65

ACARA

1
2
3
4

100 M
200 M
LOMPAT JAUH
LOMPAT TINGGI


5

LONTAR PELURU

6

ACARA RELAY
JUMLAH

4.

CARA PERTANDINGAN
4.1. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 2 orang
peserta bagi setiap acara.
4.2
Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta ialah 2 acara individu
dan 1 acara berpasukan

5.


PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA
5.1
Pendaftaran peserta hendaklah dibuat 1 minggu sebelum Kejohanan atas
BORANG MASUK RASMI yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
Butir-butir tentang seorang peserta hendaklah diisikan dan disahkan oleh
Ketua Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan.
5.2

6.

Jawatan kuasa Pengelola berhak menolak mana-mana penyertaan
peserta yang tidak lengkap diisi.

PENGESAHAN PESERTA-PESERTA
6.1
Pengesahan penyertaan, pengguguran dan penarikan diri akan dibuat
semasa taklimat pengurus pasukan.
6.2

Pengundian lorong akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan Kejohanan yang dilantik.

6.3

Penarikan diri semasa kejohanan dijalankan
6.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat
Pengurus Pasukan tidak mengambil bahagian dalam acaranya

kecuali jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera
daripada Pegawai Perubatan, atlit berkenaan tidak akan
dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan
atas namanya.
6.3.2 Seorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara
selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat
pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan adalah
dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya
yang didaftarkan atas namanya.
6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara
atas nasihat Pegawai Perubatan hanya boleh mengambil bahagian
seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya

dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai
Perubatan kepada Pengurus Kejohanan.
7.

8

9.

MELAPOR DIRI PESERTA
7.1
Semua peserta melaporkan diri 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit
acara padang sebelum waktu acara berkenaan yang dijadualkan
berlangsung. Selepas itu mereka akan diiringi ke tempat pertandingan
oleh Penyelia Peserta.
7.2

Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada
Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.

7.3


Hebahan tentang peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara
mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri
hanya disiarkan di papan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan
hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan
acara atau program kejohanan.

7.4

Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor
mereka mesti disematkan dengan pin di setiap penjuru pakaian larian
masing-masing.

7.5

Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri 15 minit sebelum acara
mereka dimulakan TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian
dalam acara tersebut dan akan dianggap telah menarik diri.

HADIAH-HADIAH

8.1
Acara individu
8.2
Acara berpasukan

:
:

Pertama,
Pertama,

Kedua dan Ketiga
Kedua dan Ketiga

PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

9.1 Peserta-peserta hendaklan berbaris apabila dibawa masuk dan keluar dari
arena pertandingan diiringi Penyelia Peserta.
9.2 Untuk acara balapan selepas sesuatu acara itu tamat peserta-peserta
hendaklah berada di lorong masing-masing. Berpusing balik dan

menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka
sebelum berbaris keluar meninggalkan arena.
10 MEMANASKAN BADAN
10.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan ditempat yang
ditetapkan.
11.

PENENTUAN KE PERINGKAT AKHIR ACARA BALAPAN
11.1 Empat ( 4 ) SEPARUH AKHIR
Pemenang setiap separuh akhir dan empat peserta yang mencatatkan
masa yang terpantas akan layak memasuki PERINGKAT AKHIR.
11.2.
Tiga ( 3 ) SEPARUH AKHIR
Dua ( 2 ) peserta dalam setiap saringan dan dua ( 2 ) peserta yang
mencatat masa yang terpantas bagi ketiga-tiga saringan akan layak ke
PERINGKAT AKHIR.
11.3.
Dua ( 2 ) SEPARUH AKHIR
Tiga ( 3 ) peserta pemenang dari setiap pertandingan dan dua ( 2 )
peserta yang mencatatkan masa terpantas dari setiap saringan akan

layak ke PERINGKAT AKHIR.
11.4. Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih
daripada bilangan yang dihadkan maka penentuan kelayakan akan
bergantung pada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama
cabutan undian akan dilakukan oleh Juri Rayuan.
11.5. Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan
dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Perangkaan Kecil
Perangkaan dan Keputusan Rasmi dengan pengawasan/penyeliaan Ahliahli Juri Rayuan.

12. HURUF DAN BIF PENGENALAN NEGERI
12.1. Huruf / Nombor Peserta / akan disediakan adalah seperti berikut:
BI
L.

NEGERI

HURU
F

LELAKI

PEREMPUAN

1.

PERAK

A

A001 – A012

A013 – A024

2.

SELANGOR

B

B025 – B037

B38 – B050

3.

PAHANG

C

C063 – C075

C076 – C088

4.

KELANTAN

D

D089 – D188

D189 – D201

5.

JOHOR

J

J202 – J213

J214 – J225

6.

NEGERI
SEMBILAN

N

N256– N268

N269 – N281

7.

TERENGGANU

T

T282 – T294

T295 – T307

13. BANTAHAN
13.1. Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan KOAM, kecuali
perkara-perkara berikut :
13.1.1.
Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status )
seseorang peserta hendaklah diselesaikan semasa taklimat
Pengurus Pasukan.
13.1.2.
Jika masih tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
sebelum pertandingan bermula maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan
perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pengajur kelak.
13.1.3.
Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang
dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat
daripada :
13.1.3.1.

Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi
diumumkan bagi acara-acara peringkat awal.

13.1.3.2.

Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi
diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

13.1.4.
Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti
disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit
Malaysia : Dua Ratus Sahaja )
14. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
14.1. Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti
ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan
acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan, Pengurus-Pengurus
Pasukan akan diberitahu terlebih dahulu.
14.2. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang
tidak tercatat dalam Undang-undang Olahraga KOM terkini, Peraturanperaturan Am Kejohanan atau Peraturan-peraturan Pertandingan
Kejohanan Kejohanan.
15. HAL-HAL LAIN

15.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawaipegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempattempat tersebut.
15.2. Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN
MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN
PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN.
15.3. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,
kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau
kecederaan lain berlaku :
15.3.1.
Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke
stadium.
15.3.2.
Semasa kejohanan dijalankan.
15.3.3.
Di dalam dan luar kawasan stadium.
15.3.4.
Di tempat-tempat penginapan.
15.4. Walau bagaimanapun pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.