KONSEP BUDAYA DAN MASYARAKAT MELAYU (1)
KONSEP BUDAYA DAN MASYARAKAT MELAYU (2)
2. Perkembangan Kebudayaan Melayu
A)Kekeluargaan
Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:
*
yang
mengamalkan
sistem
kekeluargaan
dwisisi
(bilateral)
* yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system)
Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem
kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.
Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan endogami
(pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di sebagian tempat
diutamakan. Perkawinan campur juga ada, tetapi tidak begitu populer. Semua perkawinan
Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam (Mazhab Shafie).
ADAT RESAM KELAHIRAN
Pengenalan
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami
isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap
anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu
disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat
tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung,
bersalin
Sewaktu
dan
selepas
lahir.
Mengandung
Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada
wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam
perut.
Peralatan
Tujuh
untuk
helai
upacara
kain
dengan
ini
tujuh
termasuk
warna
berlainan
Segantang
beras
Sebiji
kelapa
Beberapa
urat
benang
mentah
Damar
Minyak
kelapa
atau
minyak
urut
Lilin
Tepak
sirih
yang
Pengeras
lengkap
isinya
sebanyak
RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil
tadi.
Tepung
tawar
dicalit
ke
mukanya
dan
beras
kunyit
ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan
ia
akan
memudahkan
wanita
tadi
bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal
lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan
membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain.
Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang
yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah
kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke
hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek
dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika
sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita
hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan
peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan
ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini
mengandungi
Sewaktu
unsur-unsur
budaya
Hindu.
Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi
adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam
rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di
samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran
ini.
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di
sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi
akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas
bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan
upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.
Membelah Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama
Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan
membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau
merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang
dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan
upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi
oleh
masyarakat
Melayu
hari
ini.
Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang
bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami
bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh
empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara
makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota
badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat
seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan.
Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus
dan
dibenarkan
minum
air
suam
atau
susu.
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai
dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu
yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan
beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi
kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan dituam pada bahagian
perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai
bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur
sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit
atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita
selepas
bersalin.
Selepas
lahir
Selepas
kelahiran
terdapat
beberapa
adat
tertentu
yang
dijalankan.
Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu,
adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana
selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping
ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.
Nasi
kunyit
dan
Seekor
Paku,
Hadiah
lauk-lauk
ayam
buah
keras,
untuk
asam,
bidan
hidup
garam
dan
sepersalinan
sirih
pinang
pakaian
Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan
memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki
ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak
bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan
dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta
sedikit
wang
akan
dihadiahkan
kepada
bidan
tersebut.
Memberi Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik
kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi
manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
Cukur Rambut/ Potong Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul.
Kenduri
Untuk
nasi
kunyit
menjalankan
dan
doa
upacara
selamat
tersebut
diadakan
beberapa
pada
hari
kelengkapan
tersebut.
disediakan.
Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan
bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang
untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa
itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan
rantai
emas
atau
perak
di
kelillingnya.
Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas
dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke
tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar
serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit
rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting
rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan
seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan
pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah
kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh
melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya
kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau
seumpamanya
sebagai
memperingati
masa
anak
itu
dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa
pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang
berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai
akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup.
Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk
akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing
dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan
kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh
kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi
nama.
Namun
ia
juga
boleh
dilakukan
pada
hari
yang
Naik
lain.
Buai
Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah
terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.
Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang
menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang
akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika
itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya
bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini,
masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur
rambut.
Jejak Tanah/Turun Tanah
Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak
yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk
memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara
berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan
yang
digunakan.
Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai,
tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar
disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan
minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan,
gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah
barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih
barang
tersebut
dan
dihadkan
mengambil
tiga
barangan
sahaja.
Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanakkanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil
gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini juga boleh dilakukan
secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang
berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.
Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.
Bersunat
/
Berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan
menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga
dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan
akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib
kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi
kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanakkanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.
ADAT
RESAM
KEMATIAN
Pengenalan
Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam
masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara
sesama
Islam
adalah
fardu
kifayah.
Semasa
Kematian
Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah
memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara
dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan
dibuat
di
masjid
oleh
tok
imam.
Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala
hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua
tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang
menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di
hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat
tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat
dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan
dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu
mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.
Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih.
Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula
sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur
barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat
seterusnya
disembahyangkan
samada
di
rumah
atau
di
masjid.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama
hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta
supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun
si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga
terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak
terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi
dilakukan
oleh
masyarakat
Melayu
pada
Semasa
hari
ini.
Pengebumian
Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan.
Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang
digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang
berlebihan
terutamanya
di
tanah
perkuburan
tidak
digalakkan
dalam
Islam.
Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka
papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.
Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di
telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama,
tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya
upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca,
air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga
habis.
Selepas
Kemudian
bunga
rampai
pula
ditabur
.
Kematian
Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat
dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau
keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam
barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si
mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas
seratus hari seseorang itu meninggal dunia.
ADAT ISTIADAT
1.PERKAHWINAN
Pengenalan
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai
mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu
dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan
meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat
beberapa
peringkat
penting.
Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk
memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini
penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu,
adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran
rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya
adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa
saudaranya.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum
menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar
belakang
agama
serta
mempunyai
pekerjaan
yang
baik.
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya
berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk
peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan
tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat
meminang
untuk
menjimatkan
kos
dan
masa.
Bertunang
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan
diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari
tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak
perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan
utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih,
pakaian
dan
lain-lain
yang
telah
digubah
akan
diberi
kepada
pihak
perempuan.
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum
berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan
hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau
tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran
yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat
menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada
juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya
beberapa
minggu
sebelum
majlis
persandingan
dijalankan.
Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil
pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan
dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara
rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh
pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun
ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah
berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut,
semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus,
sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan
sebanyak
dua
kali
ganda.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang
terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin
tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan terseBUT.
Akad
Nikah
Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang
rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan
merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala
perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas
kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah
boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan
dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan
perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh
mewakilkannya
kepada
tok
kadi
atau
imam.
ebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum
majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju
melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya
sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan
kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain
hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya
pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok
kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia
bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan
menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan
rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah
sambil
berjabat
tangan
dengan
pengantin
lelaki
dan
pengantin
lelaki
dikehendaki
mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi
“Aku nikahkan dikau�.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak �..
(mengikut negeri) tunai” dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi “Aku terima
nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz
tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan
mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas
itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang.
Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di
dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu
simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan
dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara
ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun
seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan
adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan
pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para
hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang
menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
Adat
Berinai
Majlis
berinai
biasanya
diadakan
secara
berperingkat-peringkat.
Berinai curi � diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat
sahaja.
Berinai kecil � diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga
dan
sahabat
handai.
Berinai besar � diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk
para
jemputan
khas
daripada
pihak
lelaki
dan
pihak
perempuan.
Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin
perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut
datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang
berhampiran
dengan
rumah
Majlis
pengantin
perempuan.
Perkahwinan
Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah
mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta
menyediakan
bunga
telur.
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan
kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.
Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran
tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin,
lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan
akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam
tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka
pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin
yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat
mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi
diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari
rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin
lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut
kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman
rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak
silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan
akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki
terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin
untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar
tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah
dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding
diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga
akan
diberi
bunga
telur
pada
hari
tersebut.
Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini
hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua
pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang
datang.
Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin
tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan
sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang
sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air
kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di
sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di
rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin
perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa
selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis
persandingan.
Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa
melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan
hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga
kedua belah pihak.
KESENIAN
Kesenian
atau
seni
boleh
dibahagikan
kepada
4
bahagian
iaitu
:
Seni
Suara
Seni
Gerak
Seni
Rupa
Permainan
Tradisional
Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta
dengan
bakat
(kecekapan),
hasil
daripada
sesuatu
ciptaan.
Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan
(kehalusan).
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.
Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali
ramai.
Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan
dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah
diakui dunia sebagai unik dan menarik.
SENI SUARA
Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk
yang
menyenangkan
dan
seni
itu
dijalankan
pula
daripada
estetika.
Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
Seni
Vokal
Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap
seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal
tanpa
muzik
dan
seni
vokal
yang
bergabung
dengan
muzik.
Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :
a.Endoi
atau
dendang
Siti
Fatimah
dan
ulit
anak
Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk
keislaman
seperti
menyambut
kelahiran
b.Nazam
anak
atau
upacara
bercukur
atau
kepala.
naban
Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang
mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan
yang
tidak
disertai
alat
c.Marhaban,
muzik
ini
nasyid
memerlukan
kemerduan
dan
suara.
qasidah
Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan
dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu
terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab
yang
mengandungi
puisi
memuji
Lagu yang digabungkan dengan muzik
Nabi
Muhamad
dan
para
sahabat.
a.Dikir
Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir
berarak.
Dikir-dikir
ini
dilagukan
dengan
iringan
pukulan
rebana
atau
kompang.
b.Hadrah
Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak
rebana
yang
hampir
sama
dengan
kompang.
c.Beduan
Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan
mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana.
d.Dikir
barat
Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan
rebana.
e.Ghazal
Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti
syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
Seni
Muzik
Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk
dan
irama
yang
indah
dan
menyenangkan,
bunyi-bunyian.
Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap
manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia
terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik
sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai
dengan hati atau perasaan.
Muzik
Dalam
Tradisi
masyarakat
terdapat
Tradisi
tinggi
Tradisi
rendah
Warisan
dua
kelompok
Istana
masyarakat
iaitu
:
(great
tradition)
(little
tardition)
Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan
golongan
kelas
pemerintah
yang
menjadikan
istana
sebagai
pusat
kebudayaan.
Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan untuk
meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak
abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara
mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang
melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu
berasal dari kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan
termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.
Tradisi
Muzik
Rakyat
Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat
biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat
masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian
daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat
muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh,
kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang
dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur
keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.
Tradisi
Muzik
Melayu
yang
lain
Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman
praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti
Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang
dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu
tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan
mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula
berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam
melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang
mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di
Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang dibunyikan
mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan
masyarakat melayu keturunan Jawa.
SENI GERAK
Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur
keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan
yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni
drama.
SENI TARI
Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi
seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui
gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis
tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden.
Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang
bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang
merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut
dan Singapura Dua.
Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh
dibuat
terhadap
seni
tari
melayu
adalah
seperti
berikut
:
1.Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan ,
pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti
payung
,
mak
inang
,
asyik
,
gamelan
dan
sebagainya.
2.Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat ,
hadrah
3.Tarian
dan
rakyat
seperti
dondang
sayang
sebagainya.
,
ronggeng
,
joget
dan
sebagainya.
4.Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi –
labi , tarian berdayung dan sebagainya.
TARIAN
ASLI
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu
melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih ,
Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
TARIAN
ASYIK
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana
raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan
gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan
sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan
tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini
ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang
digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.
TARIAN
AYAM
DIDIK
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati
oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian
ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
TARIAN
BALAI
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis
kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan
menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah
gelanggang.
CANGGUNG
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari
negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta
oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua
TARIAN
SITI
WAU
BULAN
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya
dan permainan wau.
TARIAN
CINTA
SAYANG
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan
bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun
ke laut.
TARIAN
DABUS
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan
kepahlwanan Sayidina Ali.
TARIAN
GAMBUS
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah
ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.
TARIAN
INAI
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesarpembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak
dikhatankan dan duduk diatas pelamin.
TARIAN
JOGET
Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta
diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.
TARIAN
KUDA
KEPANG
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu
jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu
mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.
TARIAN
MAK
INANG
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada harihari
kerja
kahwin
tetapi
kini
ditarikan
majlis-majlis
TARIAN
sosial.
ZAPIN
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus
dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.
DRAMA
TRADISOANAL
Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh
masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi
yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakat melayu adalah
seperti
berikut
:
MAIN
PUTERI
Drama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan. Drama
ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranan sebagai pawang
atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat.
MAKYUNG
Makyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini berasal daripada
ritual memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal dari negeri Patani.
MENORA
Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni darama
Siam.
Menora
telah
menjadi
WAYANG
popular
dinegeri
Perlis,
Kedah
dan
Kelantan.
KULIT
Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepada beberapa
jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber. Kini hanya
wayang kulit yang masih kekal.
SENI RUPA
Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni
yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan
sebagainya.
SENI
UKIR
Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja
tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran
timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.
SENI
KRAFTANGAN
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas
yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses
penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk
yang
indah
dan
menarik.
SENI
TEMBIKAR
Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat
yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti
periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain.
Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu
khususnya
di
Sayung,
Perak.
SENI
ANYAMAN
Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa
jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman
demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji,
bakul
dan
mengayam
tikar
untuk
mengalas
tempat
duduk.
TEKATAN
Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular
dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk
hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk
membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan
upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan ,
pertabalan
raja
dan
SENI
upacara
–
upacara
kebesaran
yang
lain.
TENUNAN
Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket.
Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan
satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai
berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses
menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain
benang
emas.
SENI
BATIK
Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup
kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan
dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke
dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara
celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga
bersih lalu dijemur hingga kering.
SENI
TEMBAGA
Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan denagn
tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indah bentuknya. Alat-alat
yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya
diistana raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara
diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan
dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan
sebagainya
SENI
BINA
Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat
penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun struktur
binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan
wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam melayu atau dari luar alam
melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina
rumah minangkabau
PERMAINAN RAKYAT
Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau
sukan rakyat termasuk dalam kategori “folk games”. Permainan ini bukan sahaja berfungsi
sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis
keramaian,
perkahwinan
dan
sebagainya.
Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah
dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusia itu
sendiri.
Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan
beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota
masyarakat.
Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang
dewasa
dan
permainan
untuk
kanak-kanak.
Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung
ayam,
laga
buah
keras,
congkak,
berlaga
kerbau
dan
lain-lain.
Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main
kapal
terbang,
cina
buta,
ketup
atau
sembunyi
dan
PERMAINAN
lain-lain.
GASING
Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai
Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur khususnya
dinegeri
Permainan
Kelantan
gasing
gasing
dapat
1.Permainan
diperbuat
dibahagikan
daripada
kepada
untuk
tiga
jenis
timah.
iaitu
bersuka
:
ria
2.Pertandingan gasing
3.Permainan untuk pertunjukkan.
PERMAINAN
LAYANG-LAYANG
ATAU
WAU
Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada
semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon
maaf
kepada
semangat
padi
yang
telag
menjelma
menjadi
seorang
anak
gadis.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan wau juga
diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi
keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya.
PERMAINAN
CONGKAK
Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum
wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu dikalangan
wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan permainan ini untuk
menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi masa yang banyak terluang.
Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak.
Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat d