INTEGRASI ICT DAN APLIKASI WEB 2.0 DALAM
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
INTEGRASI ICT DAN APLIKASI WEB 2.0 DALAM PELAKSANAAN
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI
MALAYSIA
MUHAMAD AZLIN BIN ISMAIL
760720-05-5347
JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN
KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
Tajuk Penyelidikan
Integrasi ICT Dan Aplikasi Web 2.0 Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Dan
Pengajaran Di Kolej Komuniti Malaysia
1.0 Pendahuluan
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian merupakan suatu pendekatan baru dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP). Kaedah pembelajaran terbaharu ini, pelajar bebas
menentukan masa, tempat dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan gaya hidup dan
kehendak mereka. Pensyarah atau guru kini perlu mengolah sistem pembelajaran konvensional
yang memerlukan pelajar mengikuti sesuatu jadual agar menjadi lebih fleksible. PJJ dalam talian
juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dengan menggabungkan pelbagai
kaedah pembelajaran termasuk nota kursus, bahan rujukan tambahan, sokongan pensyarah dan
tutor, interaksi di antara pelajar serta perbincangan secara umum, berkumpulan atau peribadi
melalui komputer dan telesidang. Prof Amin Embi (2014) mencadangkan Flipped Classroom
atau Kelas Terbalik, iaitu kaedah pengajaran di mana arahan dihantar secara online di luar dewan
kuliah dan tugasan atau projek dilakukan dalam kelas.
Pelbagai syor agar bilik darjah tradisional atau sesi kuliah diubah kerana pelajar kini
sudah mula belajar perkara asas melalui video pengajaran online iaitu MOOC secara percuma.
Dengan itu kaedah pengajaran tradisional sudah tidak sesuai lagi.
2.0 Penyataan Masalah
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
2.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk meninjau kefahaman pensyarah Kolej Komuniti
mengenai Pendidikan Jarak Jauh dalam talian dan mengukur tahap penggunaan teknologi
maklumat dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti. Dalam kajian ini, penulis akan
mengetahui tanggapan dan penerimaan terhadap Pendidikan Jarak Jauh dalam talian dan tahap
penggunaan teknologi maklumat mereka dan elemen kemanusiaan dalam PdP.
Oleh yang demikian itu, tujuan kajian ini adalah seperti berikut :
2.1 Untuk mengukur tahap kefahaman pensyarah mengenai Pendidikan Jarak Jauh dalam
talian.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), keupayaan (kemampuan) memahami, faham
tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan
pengajaran guru yg sebenarnya ialah pelajar. Dalam kajian ini, kefahaman dimaksudkan sebagai
sejauhmana pensyarah mempunyai pengetahuan mengenai Pendidikan Jarak Jauh dalam talian
melalui pengalaman, pembacaan dan perbincangan. Tujuan pertama kajian ini bertujuan untuk
mengetahui sama ada pensyarah memahami Pendidikan Jarak Jauh dalam talian dengan
menyelidiki pengetahuan pensyarah mengenai ciri-ciri Pendidikan Jarak Jauh dalam talian,
perbezaannya dengan Pendidikan Jarak Jauh konvensional dan tahap pengetahuan mereka
mengenai teknologi Pendidikan Jarak Jauh dalam talian. Ini bersesuaian dengan kajian Black
(1992) yang mendapati bahawa pengetahuan pensyarah yang tinggi mengenai Pendidikan Jarak
Jauh mempengaruhi secara positif sikap mereka terhadap Pendidikan Jarak Jauh.
2.2 Untuk mengenalpasti tahap kesediaan pensyarah terhadap pendidikan jarak jauh dalam
talian bagi digabungjalinkan dalam PdP
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
Penerimaan adalah “… sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan” (Kamus Dewan 2005
Edisi Keempat). Manakala kesediaan adalah perihal sedia, kesanggupan, ke-relaan: mereka
menampakkan untuk berjuang demi bangsa dan negara (Kamus Dewan 2005 Edisi Keempat).
Bagi mencapai tujuan ini, sikap dan tanggapan pensyarah terhadap pendidikan jarak jauh dalam
talian dikaji. Ini merangkumi sikap dan kesediaan pensyarah kolej komuniti untuk memenuhi
gaya baharu pembelajaran, pendekatan pembelajaran serta kesediaan, minat dan keyakinan
mereka terhadap kaedah pendidikan jarak jauh dalam talian.
2.3 Untuk mengetahui tahap penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan pensyarah
dalam aktivti PdP
Penggunaan didefinisikan sebagai “perihal (perbuatan, kegiatan dan lain-lain) menggunakan
sesuatu”(Kamus Dewan 1994). Untuk memenuhi tujuan ketiga kajian ini, penulis mengkaji
kekerapan penggunaan perisian dan tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan
pensyarah. Ini perlu untuk melihat hubungan di antara tahap penggunaan teknologi maklumat
dengan persepsi pensyarah terhadap pendidikan jarak jauh dalam talian. Ini kerana kajian yang
dilakukan oleh Heath (1996) mendapati pengetahuan dan penggunaan teknologi pengajaran yang
tinggi ada hubungan dengan sikap positif terhadap pendidikan jarak jauh. Cabaran untuk
menyesuaikan kepelbagaian gaya pembelajaran dan pengajaran juga sebenarnya mempengaruhi
kaedah dan pedagogi yang pengajar gunakan dalam pengajaran (Burgstahler, Duclos & Turcotte
2000). Perkara ini sebenarnya tidak akan menjadi satu masalah yang besar sekiranya
pengajarmempunyai tahap pengetahuan dan kesediaan yang baik terhadap mahasiswa/mahasiswi
berkeperluan khas
Di samping itu, penulis juga ingin melihat adakah umur, tahap pendidikan, tempoh
perkhidmatan dan pemilikan komputer mempengaruhi tahap penggunaan teknologi maklumat di
kalangan pensyarah.
3.0 Latar belakang bidang Kajian
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
Kemajuan ICT yang tidak pernah berhenti memerlukan perubahan dalam bidang
pendidikan terutama semasa aktiviti PdP. Perubahan yang paling ketara kini ialah peningkatan
dalam aspek ilmu pengetahuan yang boleh dikongsi bersama (sharable) dan keterbukaan
(openness) di mana sumber-sumber ilmu ini boleh diakses secara percuma oleh komuniti global.
Pensyarah Kolej Komuniti khas dalam bidang Tvet perlu peka dan bertindak segera agar seiring
dengan perkembangan arus semasa.
Arus perubahan dalam kaedah PJJ pada hari ini bukan sahaja memerlukan tindakan
sesetengah pihak tetapi semua pihak termasuk Kolej Komuniti. Hal ini kerana penggunaan
teknologi maklumat dalam pendidikan tidak boleh dipisahkan. PJJ dalam talian melibatkan
kepakaran penggunaan teknologi maklumat. Dalam hal ini, pentadbiran Kolej Komuniti perlu
memberi perhatian sama ada tenaga pengajar PJJ bersedia untuk menyesuaikan diri dengan
perubahan tersebut. Apakah sikap dan tanggapan para pensyarah, bagaimanakah mereka
menangani perubahan tersebut, adakah pembaharuan dalam pendekatan PJJ ini diterima oleh
para pensyarah, adakah pensyarah bersedia untuk melaksanakan perubahan tersebut dan adakah
mereka faham faedah yang dibawa oleh teknologi maklumat di dalam pengendalian PJJ menjadi
isu yang perlu diberi perhatian. Justeru, pihak pentadbiran universiti perlu mengambil berat
mengenai persepsi pensyarah terhadap sesuatu pembaharuan yang berlaku dalam persekitaran
pendidikan sebelum melaksanakannya.
Konten, bahan akademik dan sumber ilmu yang tersediakan di Internet yang boleh diakses
secara percuma untuk semua peringkat dan semua lapisan masyarakat.
3.1 OER
Open Educational Resources (OER) atau Bahan Pendidikan Terbuka adalah bahan berasaskan
Internet dalam pelbagai bentuk media (doc, pdf, slide, video, animasi dll) yang boleh diakses
secara terbuka. Terdapat banyak platform yang menyediakan OER seperti Youtube Edu, iTune
U, Open Access, slideshare, MERLOT, Khan Academy, Open Scholar dan lain-lain.
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
3.2 OCW
Open Course Ware (OCW) dimulakan oleh MIT pada tahun 2001 dan hingga kini terdapat lebih
2,000 kursus yang telah ditawarkan dengan pelawat yang telah mengakses kepada konten kini
mencecah sehingga 125 juta orang. Di samping MIT, terdapat banyak Universiti terkemuka di
dunia menyediakan OCW untuk diakses oleh komuniti global.
3.3 MOOC
Massive Open Online Course (MOOC) lahir pada tahun 2008 daripada pergerakan OER.
Definisi MOOC adalah seperti berikut:
M-Massive. Terminologi ini membawa maksud berskala besar dalam lingkungan 10,000 100,000.
O-Open. Terbuka membawa makna percuma dari segi pendaftaran, konten and juga dari segi
akses.
O-Online. Atas Talian membawa makna penggunaan Internet sebagai medium interaksi (forum,
kolaborasi berasaskan web, web seminar, dll) dan aktiviti ini dijalankan secara langsung.
C-Course. Kursus membawa makna program yang membawa kredit untuk pensijilan. Ia
mempunyai tarikh mula dan akhir dan mempunyai pengurus kursus yang membantu proses
pembelajaran. Kewujudan komuniti pelajar yang ramai.
MOOC merupakan gelombang pendidikan yang hangat diperkatakan oleh masyarakat ramai kini
kerana wujudnya pembekal yang mempunyai kedudukan kewangan yang kuat seperti Coursera,
edX dan Udacity yang sedang berkerjasama dengan universiti terkenal di dunia untuk
menawarkan kursus yang boleh mencecah puluhan malahan ratusan ribu orang.
4.0 Persoalan Kajiaan
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
4.0 Skop kajian / Rangka kajian
Kajian ini dilakukan ke atas pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti di Malaysia yang
melaksanakan pembelajaran dalam talian dalam proses pembelajaran dan Pengajaran ( PdP ) dan
Pendidikan Jarak Jauh.
Penulis memilih 100 orang pensyarah sebagai responden daripada
beberapa buah Kolej Komuniti di seluruh Malaysia sebagai lokasi kajian. Ini disebabkan belum
ada kajian yang dilakukan untuk mengkaji persepsi pensyarah Kolej Komuniti. Tambahan pula,
dari kajian yang dilakukan oleh Phipps dan Merisotis (1999) ke atas lebih 700 artikel mengenai
PJJ di seluruh dunia didapati bahawa isu-isu berkaitan dengan tenaga pengajar adalah paling
sedikit diselidiki berbanding dengan isu pentadbiran universiti. Ini untuk memberikan gambaran
ke atas tahap kefahaman, pengetahuan dan kesediaan pensyarah Kolej Komuniti yang belum
terlibat dengan PdP dan PJJ dalam talian.
5.0 Metodologi kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik dan kaedah persampelan rawak berlapis. Data yang
dikumpul dalam kajian ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Data-data yang diperolehi
di dalam bentuk nominal dan ordinal dianalisis secara kuantitatif menggunakan ujian bukan
parametrik. Di samping itu, kaedah peratusan juga digunakan untuk menganalisis data. Data-data
yang diperolehi dari jawapan tidak berstruktur yang berkaitan dengan pendapat dan cadangan
pula dianalisis secara kualitatif. Penulis menggunakan perisian SPSS untuk tujuan penganalisisan
data.
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
Kajian akan dilaksanakan secara borang kaji selidik dan temubual. Pemilihan responden juga
dilakukan merentasi bidang pengkhususan dan kepakaran yang meliputi bidang system komputer
dan sokongan, pelancongan dan pengembaraan, teknologi elektrik, pengajian am, Bahasa
inggeris, IT dan Automotif.
6.0 Kerangka Teori
Di dalam melaksanakan pembaharuan dalam kerja dan pembelajaran beberapa model dan teori
boleh dijadikan model dan rujukan
6.1 Model Rumler
Di dalam menilai tahap kebolehan atau kompetensi sumber manusia Rumler (1992)
memperkenalkan suatu model penilaian terhadap tindak balas atau tindakan terhadap situasi
kerja. Tindak balas atau tindakan tersebut wujud daripada kesan atau hasil kerja individu di mana
segala maklumat yang di perolehi daripada hasil kerja disalurkan kepada individu bagi mengenal
pasti individu tersebut menginterpretasikan maklumat tersebut merupakan kesan yang positif,
negatif atau neutral (Rothwell dan Kazanas, 1992 di dalam Kahirol dan Nor Lisa 2007).
Situasi pekerjaan
Individu
Tindakan
Maklum Balas
Kesan
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
Rajah 1 : Model Rumler
Model ini menekankan kepada pelbagai situasi pekerjaan yang akan memberi pengaruh
kepada tindakan individu yang akhirnya akan memberi kesan kepada organisasi. Melalui kesan
perubahan tingkah laku yang dilihat tersebut maka maklum balas boleh diberi sama ada kepada
individu terbabit ataupun perubahan tindakan di dalam memberi kesan yang lebih baik.
6.2
Model Bandura
Bandura merupakan seorang tokoh yang telah mempelopori suatu teori yang
berkaitan dengan faktor sosio-kognitif dan kesannya terhadap peraturan kendiri dan
pencapaian. Menurut Early (1994) efikasi kendiri didapati mempunyai perkaitan dengan
keberkesanan latihan. Stadjkovic dan Luthans (1998) pula dalam kajian mereka
mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan diantara efikasi kendiri dengan
prestasi kerja.
Bandura (1986) menyatakan bahawa efikasi kendiri didefinisikan sebagai
pertimbangan seseorang mngenai kemampuannya mengelola dan melaksana tindakantindakan yang perlu untuk mencapai prestasi yang ditetapkan. Beliau menambah efikasi
kendiri akan mempengaruhi prestasi dengan meningkatkan usaha dan kecekalan. Individu
yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi bekerja lebih rajin dan mampu bekerja di
dalam tempoh yang lama dibandingkan dengan individu yang mempunyai efikasi yang
rendah. Secara keseluruhannya efikasi kendiri boleh didefinasikan sebagai suatu
penilaian individu terhadap kebolehan dirinya untuk menyusun dan melaksanakan
tugasan untuk mendapatkan hasil yang diingini atau diharapkan.
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
Efikasi kendiri dapat menilai seseorang individu di dalam menyelesaikan
masalahnya serta sejauhmana keyakinan dirinya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Wan Haslina (2003) menjelaskan bahawa efikasi kendiri penting kepada individu dalam
melaksanakan tugasan dan menghadapi pelbagai masalah sama ada dalam pembelajaran,
pekerjaan atau kehidupan. Betz (2000) mendapati bahawa teori kognitif sosial Bandura
ini mempunyai banyak kegunaan dalam mengkaji sikap terhadap kerja.
Berikut merupakan rajah hubungan sumber-sumber efikasi kendiri dengan
tindakan yang akan diambil :
Pencapaian
individu
Desakan secara
verbal
Pengalaman
Vikarius
Keadaan
psikologi
EFIKASI KENDIRI TINGGI / RENDAH
Tingkah laku
menghadapi/
menghindari
Ketahanan dan
kesungguhan
Kualiti pelaksanaan
tindakan/ tingkah
laku
Rajah 2 : Hubungan sumber-sumber efikasi kendiri dengan tindakan yang akan
diambil ( Betz, 2000)
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
7.0 Jelaskan apakah objektif yang mendorong tajuk ini dikaji
Dorongan kajian ini penting untuk menentukan impak dan kesesuaian PJJ dalam talian
i.
Tahap kesediaan dan penerimaan pensyarah dalam melaksanakan pembelajaran ini
ii.
Implimentasi
iii.
Keberkesanan teknik PJJ atas talian ini
iv.
Ketidakpercayaan mereka kepada sistem dalam talian
v.
Ketidakfahaman
vi.
Tahap kawalan pengajar yang minimum ke atas pelajar
kaedah
dalam
mereka
talian
terhadap
dalam
kaedah
operasi
PdP
PJJ
terhadap
pelajar
dalam
talian
7.0 Rangka Jadual Kerja
Bil
Mac 2015
Perkara
Merangka proposal dan perbincangan dengan pensyarah
UPSI
Iaitu Dr RIDZWAN BIN CHE’RUS
Julai – Disember 2015
Membuat permohonan Phd di UPSI dan pada dasarkan telah
mempunyai supervisor iaitu Dr Ridzwab Bin Che’Rus
Jan 2016
Memulakan Pengajian dan melaksanakan penyelidikan
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
Bibliografi ringkas
Kamus Dewan . 2005. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Heath, C. 1996. Faculty Attitudes Towards Distance Education and Use of Instructional
Technology. (atas talian) http://www.syllabus.com/syll99_proceedings/FACUL.HTM. (13 Julai
2000).
Black, E.J. 1992. Faculty Support for University Distance Education. Journal of Distance
Education
7(2) : 5 – 29.
Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar
berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. JIAE: Journal of Islamic and Arabic
Education, 2(2), 53-64.
Yazdi, M. (2012). E-LEARNING SEBAGAI
TEKNOLOGI INFORMASI. FORISTEK, 2(1).
MEDIA PEMBELAJARAN
INTERAKTIFBERBASIS
Zakaria, M., Zahiri, M. A., Aris, B., & Harun, J. (2007). Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM:
Satu tinjauan. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology, 2.
Akhlis, I., & Dewi, N. R. (2014). Pengembangan Perangkat Pembelajaran Science Berorientasi Cultural
Deviance Solution Berbasis Inkuiri Menggunakan ICT untuk Mengembangkan Karakter Peserta
Didik. Jurnal Pendidikan IPA Indonesia (Indonesian Journal of Science Education), 3(1).
Razak, R. A., & Rahman, M. A. (2013). Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
guru ICTL. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 30.
Hussin, N., & Rasul, M. S. (2013). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Online Journal of Islamic Education, 1(2).
Disemak dan diselia bersama:
PENGGUNAAN IT DALAM PENDIDIKAN JARAK
JAUH
DR RIDZWAN BIN CHE’RUS
JABATAN KEMAHIRAN HIDUP
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS