TAMADUN MANUSIA DAN PEPERANGAN SATU SOR

“TAMADUN
MANUSIA DAN
PEPERANGAN :
SATU SOROTAN”.

1

PENDAHULUAN

Tugasan yang kami sediakan bertemakan peperangan dan tamadun dan bertajuk, “TAMADUN
MANUSIA DAN PEPERANGAN : SATU SOROTAN”. Kami sangat berminat untuk menyiasat
aspek-aspek mengenai peperangan memandangkan terlalu banyak malapetaka yang terjadi pada tahun
2014 dan kami tidak lagi mampu untuk berpeluk tubuh tanpa menggali sebarang maklumat terkini.

Kajian kami bermula dengan penceritaan mengenai tamadun manusia itu sendiri. Dari sejarah
tamadun kepada konsep tamadun dan istilah tamadun, kami menjelaskan dari mana datangnya
tamadun dan juga maksud tamadun. Ciri-ciri tamadun membezakan antara pelbagai jenis tamadun
yang sedia ada. Kelahiran dan perkembangan tamadun pula mejelaskan kemajuan yang dimiliki dan
kebijaksanaan manusia dalam evolusi kemandirian. Contoh-contoh majoriti tamadun yang berkaitan
dengan masyarakat di Malaysia adalah tamadun Melayu, tamadun India dan tamadun China.


Pelbagai tamadun berinteraksi dan bertembung sepanjang zaman. Antara pertembungan tersebut
ada yang membawa kebaikan ada juga yang membawa keburukan seperti perang. Punca-punca
peperangan turut dianalisa di dalam bab 3. Tokoh-tokoh terkemuka yang telah menjadi badan yang
digeruni sepanjang masa seperti Adolf Hitler, Genghis Khan dan Napoleon menjadi bahan rujukan
kami untuk mereka yang menjadi pemimpin dalam peperangan.

Kami juga mencari tahu mengenai Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa yang merupakan
2
asas perundangan semasa peperangan. Protokol peperangan juga berdasarkan
unang-undang ini.

Beberapa peperangan yang terjadi di seluruh dunia dan masih berlaku sekarang maka kami
berkeputusan untuk mengkaji (1)Konflik Israel - Gaza 2014, (2)Peperangan di Ukraine, Donbass,
(3)Perang Dadah Mexico dan (4)Perang Saudara di Syria sebagai kajian kes. Kami turut mengkaji
etika global untuk melihat sama ada penerapan etika global ini mampu untuk mengangkat dunia
menjadi lebih baik.

3

BAB I

METODOLOGI PENYELIDIKAN

1.1

LATAR BELAKANG MASALAH

Peperangan bukan sahaja memusnahkan harta benda dan meragut nyawa tetapi
peperangan juga menyebabkan permusuhan antara negara. Punca peperangan harus dikaji
supaya kita dapat mempelajari mengapa kekejaman sebegini boleh terjadi. Selain itu, kita
harus peka dalam mengetahui sifat-sifat peperangan dan mengambil bahagian dalam
membasmi keganasan. Kajian ini dilakukan oleh penyelidik dalam usaha untuk mengelakkan
keadaan tersebut daripada terjadi kepada negara kita sendiri.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian adalah (1) untuk kita mencari tahu mengenai punca kejadian
peperangan yang berlaku di luar negara menggunakan informasi terkini. Dengan ini, kita
dapat mengetahui dan membandingkan kes-kes yang terdapat di luar negara. Objektif yang

lainnya ialah (2) untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka yang sedang
berperang sekarang (3) dan menyiasat sama ada langkah-langkah penamatan peperangan
telah dilaksanakan serta melihat sama ada keadilan telah ditegakkan.

4

1.3 MASALAH KAJIAN

Masalah-masalah yang kami hadapi dalam kajian adalah masalah wi-fi yang telah
diberhentikan semenjak dua bulan lepas di kampus telah menyebabkan kami terpakasa pergi
ke tempat lain yang agak jauh untuk mencari maklumat. Selain itu, kami tidak dapat mencari
informasi yang berkaitan di dalam perpustakaan berkaitan dengan tajuk tersebut kerana tidak
banyak buku yang dapat kami jadikan rujukan. Tema penyelidikan kami juga tidak terdapat
dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS) untuk rujukan.

5

BAB II
MANUSIA DAN TAMADUN


2.1 SEJARAH TAMADUN

Menurut George Santayana, “Mereka yang tidak belajar dari sejarah ditakdirkan untuk
mengulanginya.” Hanya apabila kita belajar dari kesilapan, kita dapat memajukan diri, nusa,
bangsa dan negara. Masa lampau yang telah pergi kerana kesilapan, meninggalkan banyak
peristiwa untuk diambil sebagai iktibar dan pengajaran. Oleh yang demikian, di Malaysia,
kita mempelajari mata pelajaran Sejarah yang kini menjadi salah satu mata pelajaran wajib
lulus untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mendedahkan kepada anak muda yang
masih hingusan dalam bab sejarah negara dapat memberi impak ke dalam kehidupan seharian
mereka, seperti menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara.

Secara ringkasnya, sejarah tamadun adalah kajian tentang masa lampau dan ia
merangkumi pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun seperti pencapaian, jatuh bangun,
kemajuan dan kemunduran mereka. Akan tetapi, sejarah tamadun selalunya terbatas pada
masa dan zaman. Ia hanya membicarakan apa yang terjadi pada tamadun tersebut, pada
waktu yang singkat mereka memerintah dan berkuasa.
6

Menjejakkan kaki ke alam universiti, kita diperkenalkan dengan satu pelajaran yang
baru, Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengajian ini adalah untuk “memupuk semangat

kenegaraan, patriotisme dan perpaduan serta memacu pembangunan negara” dan bukannya
mewujudkan perselisihan faham antara kaum Melayu, Cina dan India. 1 Dalam pengajian ini,
kita diperkenalkan kepada teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual,
teoretikal dan abstrak. Pengajian tamadun adalah lebih mencabar dari segi perlu berfikiran
terbuka dan berdaya fikir tinggi. Hal ini demikian kerana ia tidak tertakluk pada masa dan
zaman, sebaliknya merangkumi masa dahulu, kini dan masa depan.

2.2 KONSEP TAMADUN2

Konsep tamadun datang dari berbagai-bagai bahasa. Bahasa digunakan untuk
memberikan pandangan jelas tentang apakah tamadun dan di sebalik maksudnya agar dapat
memberi pemahaman lebih kepada masyarakat. Sehubungan itu, masyarakat yang
bertamadun akan berperlakuan seperti definisi tersebut agar mereka dilihat sebagai sebuah
negara yang ada tamadun dan bertamadun.

7

1 www.malaysiakini.com 23 Oktober 2014
2 Muhammad Abdul Jabar Beg, Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam dan Barat (diterjemah oleh
Mat Daud Awang Hamat).


2.2.1 DEFINISI TAMADUN

A.

DARI SUDUT BAHASA3

Bahasa Melayu mendifinisikan ‘tamadun’ sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban
sesutau bangsa yang bertamadun. Manakala dari segi Islam pula, ia adalah untuk membina
manusia yang berakhlak dan beradab terhadap sesame manusia dan kepada Maha Pencipta.
Selepas berbagai istilah yang digunakan untuk memberi makna tamadun, akhirnya dua istilah
ini digunakan oleh orang Arab; tamaddana dan madana. Ertinya adalah satu lokasi yang
dijadikan tempat tinggal, dan membangun menjadi sebuah perbandaran.

Bahasa Inggeris mengguna istilah civilization yang dipinjam dari perkataan Latin
civitas. Ia adalah sebuah proses ke arah peradaban atau menjadi beradab (Noah Webster).
Nakar ikam digunakan dalam bahasa Tamil, yang membawa maksud kota (nakar) dan
pembentukan bandar (ikam). Wen ming adalah cahaya yang merujuk kepada unsur-unsur
spiritual dan material yang muncul dari pencapaian sejarah perkembangan manusia, dan
adalah definisi tamadun bagi bahasa Cina.


8

3 www.mr-islam.blogspot.com 6 Oktober 2014

2.2.2 DEFINISI TAMADUN DARI SUDUT ISTILAH4

Seorang ahli falsafah Islam tersohor, Abu al-A’la al-Maududi (1903-1979) mengguna
istilah hadharah sebagai pencapaian dan hasil sesuatu bangsa itu dari pelbagai perspektif
seperti ilmu pengetahuan, adab, ciptaan, pembuatan, keindahan dalam berseni, juga
perkembangan dalam kehidupan peribadi dan masyarakat, dan cara-cara yang digunakan di
dalam politik.

Idris Abdul Rauf al-Marbawi (1896-1989) ialah tokoh persuratan yang tidak asing lagi
di Nusantara, Mesir dan Makkah. Pada pandangannya, sesebuah kota itu sudah menjadi
tamadun apabila ia mencapai kehalusan adat dan manusia mencapai kermurniaan. Selain itu,
kota tersebut mestilah sudah aman, makmur dan selamat. Pencapaian teknologi turut
menyumbang dalam menjadi sebuah tamadun.

Arnold Joseph Toynbee (1889-1975), sejarawan Britain dan ahli falsafah sejarah,

menyatakan tamadun ialah perkembangan kebudayaan di dalam sebuah kota dari segi
manifestasi

yang

berbagai,

orientasi

yang

sentiasa

bergerak,

dan

satu

budaya


9 agama serta moral.
bertanggungjawanb membentuk institusi politik, kesusasteraan,

4 Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros., (2012), Buku Teks Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua, Shah Alam, hal. 3-4.

Nama Syed Muhammad Naquib al-Attas dikenali ramai atas sebab beliau sudah
banyak mengarang buku tentang sejarah dan falsafah. Beliau amat popular di kalangan
peminat sejarah sementalah pemikiran beliau bernas dan tajam meskipun di usia yang sudah
lanjut ini5. Idea beliau tentang tamadun adalah masyarakat yang sudah mencapai tahap
tatasusila yang halus kebudayaan yang luhur antara satu sama lain.

2.3 Ciri-ciri Tamadun6

Boleh dikatakan sesuatu tempat itu ada tamadun apabila terdapat beberapa ciri-ciri ini.
ramai tokoh ada pandangan mereka sendiri tentang apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang
menunjukkan masyarakat itu sudah menjadi sebuah kota bertamadun.

Beatty dan Johnson memegang postulate bahawa untuk menjadi bandar, mestilah ada

kehidupan di tempat itu, berserta rekod-rekod bertulis. Bagi seorang professor bernama Clyde
Kulcukholm pula, masyarakat itu sudah bertamadun apabila mereka ada dua antara ciri-ciri
tersebut; (1) bandar-bandar berpenduduk 5,000 orang ke atas, (2) ada bahasa bertulis, dan (3)
terdirinya pusat-pusat upacara peringatan. Perkara ini dipersetujui oleh Renfrew. Menurut
Edward Taylor, apabila ada tulisan, adalah tamadun. Dengan adanya sistem bertulis, maka
wujudlah sebuah masyarakat yang sudah sampai ke tahap tamadun, ujar H. Morgan.
10

5 www.rausyanfikir.com 14 Oktober 2014
6 Muhammad Abdul Jabar Beg, Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam dan Barat, hal 43

Maka, di sini jelas menunjukkan sistem bertulis memainkan peranan penting dalam
ciri-ciri sesebuah tamadun. Lantaran itu, rekod-rekod sejarah dapat digarapi dan dijadikan
rujukan dan pengetahuan buat zaman akan datang.
2.4 Kelahiran dan Perkembangan Tamadun

1. Tamadun awal bermula di lembangan sungai. Manusia berhijrah dan membina
petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah
dengan membina system pengairan.
2. Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung

keperluan penduduk yang semakin bertambah. Walau bagaimanapun, terdapat
kawasan petempatan yang tidak menghasilkan bahan mentah. Barangan seperti
logam, kayu-kayuan, emas dan perak dibawa masuk dari luar untuk ditukar dengan
hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk lembangan sungai.
3. Perubahan kehidupan sesebuah masyarakat yang tidak bertamadun kepada kehidupan
bertamadun boleh berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik.

2.5 Contoh-Contoh Tamadun

11

2.5.1

Tamadun Islam

Tamadun Islam lahir di Makkah, berkembang di Madinah dan seterusnya tersebar ke
Kufah, Basrah, Damsyik, Fustat, Baghdad, Wasit, Qairawan, Cordova, Granada, Samarkand,
Delhi, Kansu, Pasai, Melaka dan Acheh. Kini, penganut Islam berada hampir di seluruh
pelosok dunia.

Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kelahiran tamadun Islam. Faktor
utama kelahirannya ialah ajaran Islam itu sendiri. Ajaran Islam tidak hanya menitikberatkan
soal kemantapan akidah sebagai teras pembangunan tamadun manusiawi, tetapi turut
menekankan betapa perlunya akidah itu dibina atas keyakinan berasaskan ilmu.

Sejak wahyu pertama, iaitu surah al-‘alaq, diturunkan kepada Rasulullah S.A.W lagi,
sudah jelas menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan dan
menekankan kepentingan menggunakan akal dalam mencari kebenaran. Lima ayat pertama
surah al-‘alaq jelas dan tegas menggesa umat Islam supaya membaca yang merupakan kunci
utama dan titikmula ilmu pengetahuan.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah
dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan
pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak
diketahuinya.”
12

(Surah Al-‘Alaq: 1-5)

Kecemerlangan yang dicapai umat Islam pada masa lampau didorong oleh banyak
faktor. Faktor utamanya ialah keyakinan mereka kepada ajaran Islam itu sendiri. Ajaran AlQuran telah berjaya membentuk satu iklim baharu dalam kalangan umat Islam. Al-Quran
menganjurkan perkembangan akal fikiran manusia dalam mencari kebenaran. Ajarannya
mengajak umat Islam mempelajari ilmu sains tabii, falsafah, kesusasteraan dan pelbagai ilmu
yang boleh dicapai oleh akal serta boleh membantu kehidupan mereka di dunia ini.

Selain itu, para pemimpin yang bertakwa juga merupakan faktor kecemerlangan
tamadun Islam. Ajaran Islam telah menggariskan kualiti yang perlu ada pada setiap orang
yang ingin menjadi pemerintah. Di samping memiliki sifat takwa kepada Allah S.W.T,
seorang pemimpin juga mesti bijaksana dalam melihat maslahah umat dan negara Islam.
Pada zaman kegemilangan tamadun Islam, umat dan negara Islam diterajui olehpara
pemimpin yang beribawa. Mereka bukan sahaja bersifat adil, tetapi amat cintakan ilmu
pengetahuan.

2.5.2

Tamadun Melayu

Secara umumnya, terdapat tiga teori yang sering dihubungkan dengan kedatangan Islam ke
Alam Melayu. Teori-teori itu menyebut bahawa Islam datang dari India, China dan Arab.
13

Kebanyakan orientalis Barat di atas sepakat tentang kedatangan Islam dari India, tetapi
mereka berbeza pendapat tentang tempatnya. Mereka mengaitkan kedatangan Islam di Alam
Melayu dengan India berdasarkan berlakunya hubungan perniagaan dan kebudayaan antara
masyarakat Nusantara dengan pedagang-pedagang India Muslim di sekitar abad ke-13 M.
Walau bagaimanapun, para sejarahwan tidak dapat menerima hujah ini sebagai satu fakta
yang kukuh kerana teori ini cenderung dikaitkan dengan Islam tiba di Nusantara pada abad
ke-13 M walhal Islam sebenarnya telah bertapak di rantau Alam Melayu sejak abad ke-17 M
lagi.

Tentang teori Islam dibawa dari China dan Champa, teori ini berdasarkan laporan orang
China Islam bahawa orang Arab-Islam telah datang ke China pada zaman pemerintahan
Maharaja T’ai Tsuing dari Dinasti Pang (672-650 M). Begitu juga dengan Champa yang
dapat dibuktikan kewujudan Islam melalui batu nisan yang bertulis khat kufi bertarikh 1039
M dan tugu yang bertarikh 1025 M dan 1039 M. Penemuan batu bersurat di Kuala Berang,
Terengganu juga juga boleh memperkukuhkan teori yang menyatakan Islam dibawa dari
China dan Champa.

Teori kedatangan Islam dari Arab mendapat sokongan kebanyakan ahli sejarah, terutamanya
sejarahwan tempatan.bukti pertapakan yang jelas pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah
dan Bani Abbasiyah sebelum tahun 1883 M lagi.

2.5.3

TAMADUN CHINA

14

China ialah sebuah negara yang besar telah membina peradaban awal manusia yang
menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan daripada pelbagai aspek termasuklah
politik, ekonomi, kepercayaan dan sosial unik. Aktiviti pertanian telah memajukan China di
samping mempelbagaikan sumber ekonomi negara seperti industri logam, tekstil,
perlombongan arang batu, dan minyak.

Kesusasteraan China kebanyakannya menggunakan bahasa Cina klasik yang memerlukan
pembelajaran khas bagi pemahaman dan penulisan. Masyarakat Cina juga mempunyai
pelbagai kesenian seperti kaligrafi, seni lukis, seni bina dan seni ukir, seni opera, serta kung
fu. Agama berkembang pesat di China, termasuklah Confusianisme yang menekankan
hubungan kekeluargaan, Taoisme harmoni dengan alam, Legalisme, Buddha mengawal nafsu,
Kristian dan Islam sebagai ad-Din (cara hidup) turut dibawa masuk ke China. Kemasukan
Islam ke China telah memainkan peranan penting dalam pembentukan peradaban yang
unggul dan lebih tersusun di China.

3.0 MANUSIA DAN PEPERANGAN

3.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN
15

Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi
antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial
mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir
disebabkan semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah
tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Sikap demikian menyebabkan bercambahnya
ilmu dan budaya serta mengelak daripada berlaku kemerosotan sesebuah tamadun.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi interaksi antara sebuah tamadun dengan
tamadun yang lain, antaranya peranan pemimpin melalui pelaksanaan visi dan misi untuk
memajukan bangsa dengan aktiviti interaksi. Peranan golongan agamawan berdakwah turut
menjadi faktor interaksi tamadun. Turut menjadi faktor adalah, kedudukan yang strategik dan
perkahwinan antara pasangan yang berlainan etnik, bangsa dan budaya yang menyebabkan
berlaku asimilasi. Interaksi antara tamadun juga boleh berlaku melalui proses hubungan dua
hala antara negara-negara yang berdagang dan juga melalui pelbagai pendekatan sama ada
penaklukan, penjajahan atau kerjasama antara pelbagai negara.

Terdapat dua bentuk atau jenis interaksi. Bentuk interaksi yang pertama adalah, interaksi
dalam lingkungan budaya dan bangsa yang sama adalah bercirikan semua sempadan adalah
sama, perbezaan kecil dari segi variasi kerana perbezaan geografi, mudah berinteraksi dan
perubahan adalah kecil, malah berlaku pemantapan (positif) atau tertutup (negatif). Bentuk
yang kedua ialah, interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang berbeza yang
bercirikan interaksi antara budaya dengan peradaban yang berbeza, dan antara peradaban
yang dominan dengan yang tidak dominan.
16

3.2 PUNCA-PUNCA PEPERANGAN

Menurut Gabriel dan Metz dalam bukunya A Short History of War, aktiviti perang mula
terjadi apabila kegiatan pertanian dan penternakan haiwan mula berkembang pada kurun ke-5
Sebelum Masihi. Kegiatan ini menyebabkan bermulanya satu cara hidup bermasyarakat yang
lebih kompleks. Kemahiran membuat senjata juga menyumbang ke arah tercetusnya konflik
awalan di antara mereka7.

Pembentukan dan perluasan empayar merupakan salah satu punca peperangan pada masa
terdahulu tetapi tidak lagi relevan dengan undang-undang masa kini. Pada masa itu,
peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumbersumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis.
Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin negara yang lemah seperti
yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 Sebelum Masihi.
Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan kedaulatan dan
kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia.

Keluasan empayar turut dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan
sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja
yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan
sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan
untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke atas rakyat 17
bawahan.

7 www.42cs.maxwell.af.mil 31 Oktober 2014

Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan
bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Sebagai contoh, Chandragupta Maurya
yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa
Maurya telah dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di Lembah Indus dan Deccan.
Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang
berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan akhirnya melahirkan suatu sistem
kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic.

Masalah sempadan turut menjadi penyebab aktiviti perang.Peperangan berlaku bagi
menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh musuh-musuh.
Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa
berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan.

Oleh sebab sempadan-sempadan pada zaman terdahulu tidak didasarkan atas persetujuan
politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka
perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan.

Contohnya adalah tamadun Mesopotamia kuno di mana peperangan berlaku di kalangan
negara kota disebabkan oleh ketiadaan sempadan yang jelas. Selain itu, sempadan-sempadan
negara China sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan- serangan orang gasar (Hsiungnu) dan Kerajaan Chin terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk
mempertahankan negaranya daripada musuh- musuh . Tembok
ini dikenali sebagai Tembok
18
Besar China.

Persaingan dalam bidang ekonomi, politik dan wilayah antara tamadun turut menyumbang
kepada peperangan dengan menjadi suatu saluran untuk memperoleh sumber-sumber
ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan
selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam
mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan;
tenaga hamba untuk mengerjakan ladang-ladang besar yang dikenali sebagai Latifundia di
Semenanjung Itali dan Afrika Utara.

Peperangan juga tercetus untuk mengatasi pemberontakan demi kepentingan mengekalkan
kestabilan rejim diktator. Misalnya, Sparta menakluk negara kota jirannya iaitu Messenia dan
memaksa penduduknya mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya
berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan dengan
menghambakan orang-orang Messenia dan memecahkan semangat penentangan.

Aktiviti perang juga digunakan untuk melindungi ekonomi perniagaan tamadun. Kekerasan
dimanipulasi untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara ataupun empayar dan
juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi
beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import.
Sebagai contoh, Rom berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan
di seluruh Lautan Meditteranean.

Faktor agama juga menjadi sebab berlakunya peperangan. Kemenangan
Athens ke atas Parsi
19
dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh Herodotus adalah disebabkan oleh faktor agama.
Parsi dengan Athens.

Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Matlamat yang diusahakan untuk
dicapai berbeza mengikut perbezaan tamadun serta jangka waktu. Kesimpulannya, pada
asasnya peperangan timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan
kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik8.

3.3 TOKOH-TOKOH TERKEMUKA DALAM PEPERANGAN

Bab ini akan memberikan pengetahuan mengenai tokoh-tokoh terkemuka dalam peperangan.
Ia akan memberitahu pengetahuan tentang biografi tokoh tersebut, jenis peperangan yang
mereka cetuskan dan kesan peperangan tersebut kepada dunia.

20

8 www.russlanssvs.wordpress.com 31 Oktober 2014

3.3.1

ADOLF HITLER

Adolf Hitler telah dilahirkan pada 20 April 1889 di Braunau am Inn, sebuah bandar di
Austria-Hungary, berdekatan dengan sempadan Empayar Jerman. Beliau adalah anak
keempat daripada enam anak kepada Alois Hitler dan Klara Pölzl. Pada tahun 1894
keluarganya berpindah ke Leonding. Hitler menghadiri Volksschule sebuah sekolah kerajaan
berhampiran dengan Fischlham. Selepas Hitler membesar beliau telah menjadi seorang ahli
politik Jerman dan memimpin Parti Nazi. ‘Jerman: Nationalsozialistische Deutsche
Arbeiterpartei (NSDAP); Nasional SWP Jerman’. Beliau juga adalah Canselor Jerman dari
tahun 1933 hingga 1945 dan diktator Nazi Jerman dari tahun 1934 hingga 1945. Hitler
terlibat dengan Nazi Jerman dalam Perang Dunia II di Eropah dan Holocaust. Hitler
menderita daripada sindrom iritasi usus, luka-luka kulit, degupan jantung yang tidak teratur,
sklerosis koronari, penyakit Parkinson, sifilis, dan tinnitus. Beliau meninggal dunia pada 30
April 1945.

Dalam awal perang dunia II pada tahun 1939, Hitler menyatakan bahawa Britain
adalah musuh utama yang mesti dikalahkan dan membawa kemusnahan kepada Poland.
Dengan ini kapal-kapal timur akan dilindungi dan tanah akan ditambah kepada Lebensraum
Jerman. Tersinggung oleh "jaminan" British pada 31 Mac tahun 1939 dengan kemerdekaan
Poland, beliau mengugut untuk mengecam Perjanjian Tentera Laut Inggeris-Jerman jika
British terus menjamin kemerdekaan Poland. Poland telah diberi pilihan sama ada menjadi
sebuah negara satelit bagi Jerman atau dineutralkan untuk mendapatkan kapal timur Reich
dan untuk mencegah sekatan British. Hitler awalnya menyukai idea untuk Poland membantu
Jerman, tetapi setelah penolakan oleh kerajaan Poland, beliau mengambil keputusan untuk
menyerang dan membuat ini matlamat dasar luar utama pada tahun 1939. Pada 3 April, Hitler
mengarahkan pihak tentera untuk mempersiapkan Kejatuhan Weiss ("Kes Putih"), pelan
untuk menyerang Poland pada 25 Ogos. Dalam pidato Reichstag
pada 28 April, dia
21
mengatakan kedua-dua Perjanjian Tentera Laut Inggeris-Jerman dan Pakatan Jerman-Poland
bukan satu pencerobohan. Pada bulan Ogos, Hitler memberitahu jenderalnya bahawa pelan
asalnya bagi 1939 adalah untuk mewujudkan hubungan yang boleh diterima oleh Poland

untuk memerangi Barat. Ahli-ahli sejarah seperti William Carr, Gerhard Weinberg, dan Ian
Kershaw berhujah bahawa salah satu sebab untuk Hitler tergesa-gesa dalam peperangan ialah
beliau takut pada kematian awal.

Pada akhir 1942, tentera Jerman telah dikalahkan dalam pertempuran kedua El
Alamein, ia menggagalkan rancangan Hitler untuk merebut Terusan Suez dan Timur Tengah.
Terlalu yakin dalam kepakaran sendiri, tentera berikut menang lebih awal pada tahun 1940,
Hitler tidak percaya kepada Tentera Komando dan mulai untuk campur tangan dalam
perancangan ketenteraan dan taktikal kesan yang merosakkan. Pada bulan Disember 1942
dan Januari 1943, penolakan berulang kepada Hitler untuk membenarkan mereka mengeluar
dalam Pertempuran Stalingrad yang menyebabkan kemusnahan Tentera ke-6. Lebih dari
200.000 tentara Axis terbunuh dan 235,000 orang dipenjarakan. Daripada anggaran 91,000
tentera Jerman ditangkap di bandar sendiri, hanya 6,000 orang selamat dalam kurungan dan
kembali ke Jerman selepas perang. Setelah itu kekalahan strategik yang menentukan pada
Pertempuran Kursk. Penghakiman tentera Hitler menjadi semakin teruk, dan kedudukan
ekonomi Jerman merosot bersama-sama dengan kesihatan Hitler.

Holocaust juga dikenali sebagai "Endlösung der Judenfrage" atau "Penyelesaian
Terakhir Soalan Yahudi" telah diperintahkan oleh Hitler yang dianjurkan dan dilaksanakan
oleh Heinrich Himmler dan Reinhard Heydrich. Rekod Persidangan Wannsee, yang diadakan
pada 20 Januari 1942 dan diketuai oleh Heydrich, lima belas pegawai kanan Nazi yang
mengambil bahagian dan memberikan bukti yang jelas tentang perancangan sistematik
Holocaust. Pada 22 Februari, Hitler tercatat berkata, "Kita akan mendapatkan kembali
kesihatan kita hanya dengan menghapuskan orang-orang Yahudi". Namun tidak ada perintah
langsung dari Hitler yang membenarkan pembunuhan tersebut. Ramai telah muncul, pada
ucapan awamnya, arahan jenderalnya, dan buku harian pejabat
Nazi menunjukkan bahawa
22
dia

mengisytiharkan

pemusnahan

Yahudi

Eropah.

Beliau

meluluskan

kumpulan

Einsatzgruppen untuk mengikuti tentera Jerman mengintip Poland, Baltik, dan Kesatuan
Soviet untuk mendapat maklumat tentang aktiviti-aktiviti mereka. Pada musim panas 1942,

Auschwitz kem tahanan telah berkembang dengan pesat untuk menampung jumlah tentera
yang besar untuk membunuh atau perhambaan. Kem-kem pertahanan dan kem satelit lain
didirikan seluruh Eropah, dengan beberapa kem berbakti semata-mata untuk memusnahan
musuh tersebut.

Tindakan Hitler dan ideologi Nazi yang hampir secara universal dianggap sebagai
tindakan yang tidak bermoral; menurut sejarawan Ian Kershaw, "Tidak pernah dalam sejarah
mempunyai kehancuran fizikal dan moral-dikaitkan dengan nama salah satu orang seperti
Hitler". Disebabkan perang dunia, Hitler telah meninggalkan Timur. Tengah Eropah hancur
dan jatuh miskin. Jerman sendiri mengalami kehancuran borong, dicirikan sebagai "Zero
Hour". Dasar mendera manusia Hitler telah memberi impak yang tidak pernah terjadi
sebelumnya. Menurut RJ Rummel, rejim Nazi bertanggungjawab atas pembunuhan
democidal dari perkiraan 19.3 juta orang awam dan tawanan perang. Selain itu, 29 juta
tentera dan orang awam yang meninggal dunia akibat tindakan ketenteraan di Eropah dalam
Perang Dunia II, manakala peranan Hitler telah digambarkan sebagai "... penulis utama dalam
peperangan yang meninggalkan lebih dari 50 juta mati dan berjuta-juta yang bersedih kepada
hilangan mereka ...". Jumlah orang yang dibunuh semasa Perang dunia Kedua adalah satu
perkembangan yang belum pernah terjadi dalam sejarah peperangan. Ahli-ahli sejarah, ahli
falsafah, dan ahli politik sering menggunakan perkataan "jahat" untuk menggambarkan rejim
Nazi. Banyak negara-negara Eropah telah dijenayah kerana peperangan Nazisme dan
penafian Holocaust.

Sejarawan Friedrich Meinecke menjelaskan Hitler sebagai "salah satu contoh besar
kuasa tunggal dan tak terhitung personaliti dalam kehidupan sejarah". Sejarawan Bahasa
Inggeris, Hugh Trevor-Roper melihat beliau sebagai "di kalangan 'penyederhana yang
mengerikan' dalam sejarah, yang paling sistematik , yang 23
paling bersejarah, yang paling
falsafah, namun yang kasar, kejam, penakluk yang paling murah hati di dunia yang pernah
dikenali ". Bagi sejarawan John M. Roberts, kekalahan Hitler menandakan berakhirnya fasa
sejarah Eropah dikuasai oleh Jerman. Sebagai gantinya muncul Perang Dingin, konfrontasi

global antara blok Barat yang didominasi oleh Amerika Syarikat dan negara-negara NATO
lain, dan blok Timur, dikuasai oleh Kesatuan Soviet. Ahli sejarah, Sebastian Haffner nyatakan
bahawa tanpa Hitler dan pengusiran orang-orang Yahudi, negara bangsa yang moden Israel
tidak akan wujud. Dia berpendapat bahawa tanpa Hitler, menpenjajah bekas sfera pengaruh
Eropah tidak akan berlaku dengan cepat. Selanjutnya, Haffner mendakwa bahawa selain
daripada Alexander Agung, Hitler telah memberi kesan yang lebih besar dari mana-mana
tokoh sejarah yang hampir sama, dalam bahawa dia juga menyebabkan pelbagai perubahan di
seluruh dunia dalam jangka masa yang singkat.

3.3.2 GENGHIS KHAN

Nama sebenarnya adalah Temujin. Dilahirkan pada tahun 1162. Keluarganya hidup
susah setelah kematian ketua keluarga yang telah diracun mati. Susahnya hidup apabila
ibunya perlu membesarkan kesemua tujuh anak sendirian. Beliau mendapat nama ‘Genghis
Khan’ pada tahun 1206, apabila dia diangkat menjadi ketua Mongol di dalam sebuah
perjumpaan bernama kurultai.
24

Terbayang-bayang di minda nasib manusia pada zaman dahulu di Mongolia apabila
tersebutnya sebuah nama Genghis Khan. Beliau amat popular dengan persepsi kejam kerana
pada zaman beliau dahulu, begitu banyak nyawa terkorban. Mereka adalah orang-orang yang
tidak bersalah namun dibunuh atas dasar perlu oleh Genghis Khan. Pun begitu, Genghis Khan
memodenkan atau menaiktarafkan kehidupan orang-orang Mongolia, mengalu-alukan agamaagama lain untuk dianuti dan membantu perhubungan antarabangsa antara Timur dan Selatan.

Genghis Khan boleh dikatakan sebagai seorang ketua di dalam peperangan yang
berjaya. Meskipun beliau kejam namun kita harus lihat pada perspektif keberkesanan beliau
dalam melantik orang-orang yang bagus agar dia dilindungi dan perang dimenangi. Salah
satu contoh yang boleh diambil adalah tidak membunuh musuh. Apabila beliau dijatuhkan
dari kuda setelah haiwan itu dicederakan oleh seorang pemanah, beliau telah mensoal-siasat
beberapa suspek. Seorang askar dengan beraninya mengaku dialah pemanah itu. Genghis
Khan tidak memberi hukuman bunuh kepadanya, tetapi sebaliknya, melantik dia sebagai
seorang pemanah untuknya. Lelaki tersbeut dikenali sebagai ‘Jebe’ atau ‘the Arrow’. Genghis
Khan menghargai orang kanan dan orang bawahannya dengan menaikkan pangkat mereka
berdasarkan kemampuan berserta pengalaman mereka dalam bidang masing-masing, dan
bukannya seperti kebiasaan, iaitu mengikut keturunan dan kedudukan semata-mata.9

3.3.2.1 EMPAYAR MONGOL
Genghis Khan amat dikenali ramai atas dasar antara pemimpin yang tidak berhati
perut dalam memenangi apa jua peperangan. Beliau melatih tentera-tenteranya menjadi
handal dalam memanah dan menunggang kuda. Kepimpinan dan kebijaksanaan Genghis
Khan berjaya meningkatkan kuasa Mongol sehingga menjadi
sebuah empayar. Kepintaran
25

9 www.history.com 29 April 2014

Genghis Khan dalam mengatur strategi menjadikan beliau seorang penakluk yang digeruni
pada abad ke-13.10

3.3.3 NAPOLEON

Dilahirkan pada tahun 1769, Napoleon Bonaparte merupakan Maharaja Perancis dan
ketua tentera yang berjaya menguasai hampir seluruh Eropah pada abad ke-19. Anak kepada
pasangan Carlo dan Letizia Romalino Buanoparte ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
hidup secara sederhana meskipun ibu bapanya adalah dalam golongan minor Corsica.

3.3.3.1 PERANG-PERANG NAPOLEONIC

Bertahun berkhidmat sebagai tentera dan belajar hal-hal berkaitan peperangan, Napoleon
membantu Perancis meluaskan kawasan jajahannya. Banyak negara seperti Mesir, Amerika
dan Amerika Selatan. Mana-mana negara yang menentang Perancis dan Napoleon pasti akan
26

berlaku kejadian pertumpahan darah. War of the first Coalition diikuti beberapa peperangan
lain iaitu Battle of Marengo, Battle of Jena dan Peninsular War memberi gambaran bahawa
10 www.peperangan.wordpress.com 29 April 2014

Napoleon berani bertindak dan tidak gentar memulakan pertempuran antara tenteranya
dengan tentera negara Austri, Rusia, Sepanyol dan Britain.

Namun akibat tamak inginkan pangkat setelah memberi martabat sebagai Raja negara
Sepanyol kepada abangnya, Joseph Bonaparte, Napoleon terpaksa menanggung akibatnya
apabila Sepanyol mendapat pertolongan Britain. Britain adalah satu-satunya negara yang
tidak tewas di tangan Napoleon. Kesannya, Selatan Perancis berjaya ditakluki.

Seterusnya, Napoleon menakluki Rusia dan peperangan tersebut dinamakan Battle of
Borodino pada tahun 1812. Beliau berjaya menawan Moscow. Akan tetapi, Napoleon
terpaksa berundur akibat cuaca yang buruk dan ini membawa kepada perletakan jawatan
beliau pada tahun 1814. Setelah menyepi selama setahun, Napoleon kembali untuk
menunjukkan kuasanya dan menidakkan apa yang telah berlaku Battle of Waterloo.
Sebaliknya yang terjadi adalah kematian para pegawainya yang bagus belaka dan beliau yang
dicampak keluar ke Saint Helena, di mana beliau tidak dibenarkan kembali ke negara asal.11

3.4 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

27

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang berlandaskan
atas dasar kemanusiaan dan menentukan batasan untuk mengehadkan kesan-kesan konflik
11 www.historyofwar.org 29 April 2014

bersenjata. Ia melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian
dalam peperangan, dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan yang digunakan oleh
pihak yang terlibat.

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa adalah sebahagian daripada undang-undang
antarabangsa awam. Peraturan UUKA terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga
sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara.

UUKA tidak menentukan samada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak.
Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan lain undang-undang lain yang
menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Akan tetapi, sebaik sahaja
sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA diguna pakai.

UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis
konflik bersenjata – konflik antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa. Majoriti
daripada kandungan UUKA terdiri daripada hasil empat Konvensyen Geneva pada tahun
1949 dan hampir semua negara di seluruh dunia bersetuju untuk mematuhinya. Konvensyenkonvensyen di Geneva telah dikembangkan dan ditambah dengan: Protokol Tambahan 1977
yang berkaitan tentang pemberian perlindungan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata.

Perjanjian-perjanjian yang lainnya mengehadkan atau melarang sama sekali penggunaan
senjata dan taktik ketenteraan tertentu serta melindungi orang dan harta benda dalam kategori
tertentu.

28

Perjanjian-perjanjian ini termasuklah Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda
Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-dua protokolnya; Konvensyen Senjata
Biologi 1972; Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya;
Konvensyen Senjata Kimia 1993; Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api; Protokol
2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas Perang (Explosive Remnants of
War/ERW).

Kebanyakan peruntukan UUKA telah diterima pakai sebagai undang-undang lazim – iaitu
sebagai peraturan am di mana semua negara adalah terikat olehnya. Undang-undang lazim ini
tidak bertulis tetapi oleh kerana ia diikuti secara sukarela, ia dianggap sebagai undangundang yang mengikat kesemua pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata.12

3.4.1 KONVENSYEN GENEVA 1949

Konvensyen Geneva mengandungi empat perjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland,
yang menetapkan piawaian bagi UUKA. Konvensyen ini dibuat hasil daripada usaha Henri
Dunant yang mendapat ilham daripada kekejaman yang disaksikannya dalam pertempuran
Solferino tahun 1859. Penerimaan Konvensyen Pertama diikuti dengan penubuhan
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah pada tahun 1863.13

29

12 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
(Undang-undang Konflik Bersenjata),Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Delegasi Serantau
Kuala Lumpur (2004), hal. 2.

Konvensyen Geneva I merangkumi penambahbaikan terhadap keadaan mereka yang cedera
dan sakit dalam angkatan tentera di medan pertempuran demi melindungi petempur yang
cedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat mereka diberi
perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk merawat mereka.

Konvensyen Geneva II merangkumi penambahbaikan terhadap keadaan anak-anak kapal dari
angkatan tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran di laut dengan memberi
perlindungan kepada petempur-petempur yang terdiri daripada anak-anak kapal yang karam
dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan yang membolehkan mereka dibantu.

Konvensyen Geneva III pula merujuk kepada layanan yang diberikan kepada tawanan
perang. Isu yang diutarakan adalah melindungi angkatan tentera yang ditawan semasa perang
serta menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan perang dan mewujudkan hak dan
tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka.

Konvensyen Geneva IV berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang dan telah
mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat awam, khususnya mereka yang
mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya.14

30

13 www.ms.wikipedia.org 3 November 2014
14 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),(2004), hal. 5...

3.4.2 PROTOKOL TAMBAHAN I dan PROTOKOL TAMBAHAN II 1977 SERTA
PROTOKOL TAMBAHAN 2005

Dua dekad selepas penguatkuasaan Konvensyen Geneva, seluruh dunia menyaksikan
peningkatan dalam angka konflik bersenjata bukan antarabangsa dan peperangan untuk
kemerdekaan. Sebagai tindak balas, beberapa pindaan dilaksanakan iaitu dua Protokol
Tambahan telah ditambah kepada 4 Konvesyen Geneva 1949 pada tahun 1977 manakala pada
tahun 2005 pula, Protokol Tambahan yang ketiga ditambah.15

Protokol I merupakan Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 yang
berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa. Pada waktu
itu telah dipersetujui yang skop perlindungan akan diluaskan kepada orang awam dan
mengehadkan kaedah serta cara peperangan.

Protokol II juga merupakan Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949
dan berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan
antarabangsa . Ia mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian
dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan
perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin
keselamatan mereka seterusnya.

31

15 www.icrc.org 1 November 2014

Protokol III yang dipinda pada 8 Disember 2005 pula berkaitan penggunaan lambang
tambahan dengan mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah
sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.16

Ia juga untuk mengawal dan menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah.

3.4.3 PENGLIBATAN SEMUA NEGARA DI SELURUH DUNIA

Pada 22 Ogos 1864, 12 negara telah menandatangani perjanjian mengabadikan kewajipan
untuk menyelamatkan dan melindungi tentera yang cedera dan sakit, serta mereka yang
terlibat dalam penjagaan tentera yang cedera dan sakit.

Hanya negara yang boleh menandatangani perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen
Geneva serta Protokol Tambahannya. Walau bagaimanapun, semua pihak dalam konflik
bersenjata – sama ada negara atau kumpulan bersenjata – adalah terikat dengan UUKA.
UUKA diguna pakai sejurus tercetusnya konflik bersenjata dan mengikat secara undangundang terhadap semua pihak yang terlibat, tanpa mengambil kira pihak mana yang
memulakan persengketaan.17

32

3.5 PROTOKOL PEPERANGAN BERLANDASKAN UUKA
16 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), (2004), hal. 5...
17 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), (2004), hal. 6...

UUKA adalah salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat
antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang. Ianya
bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, dengan berpandukan prinsip
bahawa peperangan juga ada hadnya.

UUKA melibatkan dua keadaan : keadaan konflik bersenjata antarabangsa seperti konflik
yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara dan konflik bersenjata yang tercetus
dalam sebuah negara seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak.

UUKA digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana
yang memulakannya.18

3.5.1 PERATURAN ASAS UUKA SECARA RINGKAS

NO

PERATURAN

PENJELASAN

1

Pembatasan

Hak

pihak-pihak

33

yang

bersengketa

untuk

mengguna pakai cara (senjata) dan kaedah
18 www.sediaberkorban.files.wordpress.com 1 November 2014

(contohnya taktik peperangan) bagi mencederakan
musuh adalah TERBATAS.
2

Penderitaan dan kemusnahan Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta
yang tidak wajar

benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh
untuk menyerah, adalah dilarang.

3

Perbezaan di antara sasaran Serangan yang ditujukan secara khusus terhadap
ketenteraan dengan

orang orang awam adalah dilarang. Pada setiap masa

dan objek awam

harus

dikenalpasti

perbezaan

diantara

anggota/objek tentera dengan anggota/objek awam
yang tidak bersalah.
4

Pertimbangan

Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah
setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan
yang dijangkakan akan diperolehi secara langsung.

5

Keperluan ketenteraan

Membenarkan penggunaan kekerasan secara
seimbang ketika konflik bersenjata untuk memaksa
musuh menyerah.

Ini bukanlah satu alasan untuk berkelakuan tidak berperikemanusiaan atau sebarang aktiviti
yang dilarang oleh UUKA. Ia juga bukan satu alasan bagi menyokong kepimpinan yang
buruk atau perancangan yang tidak baik. Keperluan ketenteraan diwajarkan bagi langkahlangkah yang tidak dapat dielakkan dalam menjayakan misi
mereka.19

3.5.2

KONFLIK BERSENJATA ANTARABANGSA DAN KONFLIK BERSENJATA
BUKAN ANTARABANGSA

19 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),(2004), hal. 10...

34

Konflik bersenjata antarabangsa bermakna apabila sekurang-kurangnya dua buah negara
terlibat. Mereka terikat dengan rangkaian peraturan-peraturan yang luas, termasuk keempatempat Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan I.

Konflik bersenjata bukan antarabangsa atau perang saudara adalah terbatas dalam sempadan
sesebuah negara, yang melibatkan samada antara angkatan bersenjata dengan kumpulan
pemberontak bersenjata, atau kumpulan-kumpulan bersenjata berlawan sesama sendiri. Satu
rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian.

Peraturan tersebut terkandung dalam Artikel 3 lazim kepada Konvensyen Geneva dan
Protokol Tambahan II, yang mana mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga
undang-undang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata bukan antarabangsa.20

4.0 PERANG DI LUAR NEGARA

35

4.1 KONFLIK ANTARA ISRAEL DAN PALESTIN

20 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),(2004), hal. 6...

Tanah Palestin berada dalam keadaan dami untuk berkurun lamanya dan pada kurun ke-19,
tanah Palestin didiami oleh pelbagai bangsa di mana terdapat sekurang-kurangnya 86 peratus
orang Muslim, 10 peratus Kristian, dan 4 peratus orang Yahudi21.

Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada
hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan
kawasan tanahnya yang subur, luas dan kedudukan geografinya yang menjadi penghubung
penting antara Afrika, Asia dan Eropah, Palestin sering ditawan sehingga lebih kurang 30 kali
dalam sejarahnya yang telah melangkaui 5000 tahun22.

Konflik antara Arab Palestin dan Yahudi Zionis ( yang kini dipanggil Israel) adalah fenomena
moden semenjak kurun ke-19 yang lalu. Walaupun kedua-dua kumpulan ini mempunyai
agama yang berbeza (orang-orang Palestin termasuklah Muslim, Kristian dan Druze),
perbezaan agama bukanlah punca perselisihan tetapi pergaduhan untuk merebut tanah.

Sekitar tahun 1948 - 1949, tanah Palestin dibahagikan kepada tiga bahagian : Negara Israel,
Tebing Barat ( berhampiran Sungai Jordan) dan Jalur Gaza.23

36

4.1.1 PERGERAKAN ZIONIS
21 www.ifamericansknew.org 31 Oktober 2014
22 www.szlihin.com 9 November 2014
23 Joel Beninin, Lisa Hajjar, Palestine,Israel and the Arab-Israeli Conflict:A Primer,2014,MERIP, hal. 1

Di hujung kurun ke 18 sekumpulan orang Yahudi yang menetap di Eropah membuat
keputusan untuk menetap di tanah Palestin. Mereka ditindas di Eropah. Kumpulan ini
dikenali sebagai Zionis dan mereka mewakili minoriti ekstremis bangsa Yahudi yang
bertujuan untuk mencipta sebuah penempatan Yahudi.

Pada awalnya, immigrasi ini tidak membawa sebarang masalah tetapi apabila semakin
banyak ahli Zionis berhijrah ke Palestin-banyak yang mempunyai keinginan untuk
mengambil alih tanah untuk penempatan Yahudi menyebabkan rakyat yang tinggal di sana
semakin risau. Akhirnya, perselisihan berlaku dengan peningkatan darjah keganasan. Kuasa
Hitler semakin bertambah dan digabungkan dengan aktiviti Zionis untuk menghalang usaha
menghantar pelarian Yahudi ke negara-negara Barat menyebabkan peningkatan immigrasi
Yahudi ke Palestin dan konflik mula berakar24.

4.1.2 PERMULAAN PENINDASAN ORANG PALESTIN

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk
masuk campur dalam situasi ini. Namun begitu, daripada mengikuti prinsip’keputusan
rakyat’, di mana rakyat sendiri mencipta negeri dan sistem kerajaan masing-masing, Bangsabangsa Bersatu membuat keputusan untuk membenarkan kuasa luar yang membahagikan
37

tanah untuk penduduk.

24 www.ifamericansknew.org 31 Oktober 2014

Di bawah tekanan Zionis, PBB mencadangkan 55 peratus daripada Palestin diberi kepada
bangsa Yahudi biarpun kumpulan ini hanya merangkumi 30 peratus daripada populasi dan
memiliki 7 peratus daripada tanah Palestin.

Dari tahun 1947 hinggalah tahun 1949, dilaporkan bahawa peperangan antara Israel dan
Palestin hanya melibatkan lima kumpulan tentera Arab dan tidak begitu diketahui bahawa
sepanjang peperangan pihak Zionis menguasai semua ahli tentera Arab dan Palestin.
Lagipula, tentera Arab tidak menceroboh Israel kerana semua peperangan berlaku di atas
tanah yang sepatutnya dimiliki Palestin.

Adalah penting untuk diketahui bahawa pakatan Zionis yang terlebih dahulu memulakan
konflik ini dengan menjalankan 16 pembunuhan termasuklah pembunuhan secara kejam lebih
daripada 100 orang rakyat Palestin di Deir Yassin. Di penghujung peperangan Israel telah
menjajah 78 peratus tanah Palestin; tiga per empat juta orang Palestin dijadikan pelarian;
lebih daripada 500 pekan dan perkampungan dimusnahkan; dan satu peta baru dilukis di
mana setiap bandar, sungai dan bukit menerima nama baru, nama Ibrani, serta semua adat dan
tradisi orang-orang Palestin dihancurkan.

Pada tahun 1967, Israel masih lagi berusaha untuk mendapatkan tanah yang selebihnya.
Dalam ‘Perang Enam Hari’, angkatan Israel melancarkan serangan kejutan dengan berjaya ke
38
atas Mesir dan memiliki 22 peratus yang tinggal daripada tanah
Palestin yang tidak diakui

pada tahun 1948 kerana undang-undang antarabangsa menetapkan bahawa adalah tidak sah

untuk mendapatkan kawasan dengan taktik peperangan serta tanah tersebut adalah kawasan
yang sudah diduduki dan bukan milik Israel25.

4.1.3 KONFLIK ISRAEL - GAZA 2014

Pada 11 Mac 2014 yg lalu, kumpulan militia dari Jihad Islam, satu puak Islam yang
menerima bekalan sokongan dari Iran dan mengawal kumpulan bersenjata yang kedua
terbesar di Jalur Gaza yang diperintah oleh Hamas telah menembak askar-askar Yahudi
berdekatan sempadan Gaza-Israel.

Israel merakam serangan tersebut dan membalas dengan menyerang dan membunuh tiga
orang ahli militia terbabit. Jihad Islam membalas serangan Israel dengan melancarkan
projektil pada petang Selasa itu dan melancarkan berdozen roket dalam operasi yang
dipanggil “Breaking the Silence” pada petang Rabu, hari keesokannya 26. Angkatan udara
Israel bertindak balas dengan mesasarkan 29 kawasan di Gaza pada malam 12 Mac yang
kebanyakannya dimiliki oleh Jihad Islam. Pada hari berikutnya, lebih kurang 10 roket telah
dilancarkan melanda Israel dan Israel mengakui telah menyerang 7 kawasan di Gaza.

39

25 www.ifamericansknew.org 31 Oktober 2014
26 Reuters, “Israel bombs Gaza militants after intensive rocket fire”, 12 Mac 2014.

Serangan tersebut adalah serangan bertubi-tubi yang terbesar pernah dilancarkan semenjak
genjatan senjata yang dilancarkan pada 21 November 201227.

Pada 8 Julai 2014, Pasukan Pertahanan Israel melancarkan "Operasi Perlindungan
Sempadan" di Genting Gaza. Sesudah itu, tujuh minggu serangan udara Israel dan serangan
balas roket Hamas, serta pertempuran akibat serang