DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN ENAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN ENAM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada

Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya.

SENARAI KANDUNGAN

BIL.

KANDUNGAN

MUKA
SURAT

1

PENDAHULUAN

1

2


MATLAMAT

1

3

OBJEKTIF

1

4

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

2

5

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD


2

6

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

3

7

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

4

8

FOKUS MATA PELAJARAN

5


9

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7

10

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

7

11

PENTAKSIRAN

9

12


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

13

PENDAHULUAN

pendidikan berkualiti
untuk murid bermasalah pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid
berkeperluan pendidikan khas (Masalah Pembelajaran) dibina
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berlandaskan
prinsip-prinsip
pendekatan
bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan
dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan

pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) bersifat holistik, tidak menekankan akademik
semata-mata selaras dengan yang dihasratkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan
tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran
di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan

murid:
i.
mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii.
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii.
menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv.
mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v.
menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk

....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:

i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii susunan aktiviti; dan
iv bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan
Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan

1

vi.
vii.
viii.
ix.
x.

mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

bagi yang beragama Islam
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
melibatkan diri dalam aktiviti riadah
menghargai keindahan alam dan warisan budaya
menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.


Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Fizikal dan Estetika
Keterampilan Diri

Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta seperti di Jadual 1.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai

KBAT

Penerangan

Mengaplikasi



Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis



Menilai



Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan
Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta



KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.

Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

3

pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti
murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk sikap dan personaliti yang positif.

KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran
inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada
elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.





Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata




Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.

4

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

i. Pemikiran Moral
Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni

Teknologi

merupakan

memperkukuhkan

satu

wadah

pembelajaran

yang

sesuatu

berkesan
mata

untuk

berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan

pelajaran.

pertimbangan moral

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

ii. Perasaan Moral

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul

mempelajari

danmerasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak

konsep

yang

sukar

dan

abstrak,

dan

boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

betul

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK

iii. Perlakuan Moral

iaitu:

Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara


Belajar mengenai TMK



Belajar melalui TMK



Belajar dengan TMK

bertanggungjawab dan bermoral
Penekanan diberi terhadap pemupukan dan perkembangan nilainilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat

FOKUS MATA PELAJARAN

mengamal dan menyesuaikan diri dalam

masyarakat majmuk.

Murid turut disedarkan tentang nilai-nilai murni masyarakat
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam
kehidupan seharian dan merasionalkan sesuatu keputusan dan

Pendidikan Moral memberi fokus kepada tiga aspek dalam usaha

tindakan yang dibuat.

melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral iaitu:

5



Kurikulum Standard Pendidikan Moral menekankan 14 nilai murni

Hormat

dalam usaha untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati

yang berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah:

peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang
bersopan





Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta

mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan

berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas


agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara




Baik hati

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan

orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral

tabah


Kejujuran

Bertanggungjawab

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta

perlakuan


Kerajinan

Berterima kasih

Usaha

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan

bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara


dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian


Keberanian

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan

kewajipan dengan sempurna


Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

secara tulus ikhlas


Kasih Sayang

yang

berterusan,

bersungguh-sungguh

dan

Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian

6



Kesederhanaan
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan


orang lain

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Toleransi

Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

kesejahteraan hidup

Antaranya adalah:


Inkuiri

Perlaksanaan Modul Pendidikan Moral



Analisis Tugasan

Modul Pengajaran Pendidikan Moral:



Belajar Melalui Bermain

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard



Pengajaran Bertema

Kurikulum

guru



Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru



Konstruktivisme

boleh

Pendidikan

mengubahsuai

Moral
atau

untuk

membantu

membina

modul

yang



Multi Sensori

bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid

yang



Pembelajaran Kontekstual



Pembelajaran Interaktif

aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
Modul Pembelajaran Pendidikan Moral:



Pembelajaran Koperatif

Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk



Simulasi

kegunaan murid. Modul ini

mengandungi lembaran kerja



Pembelajaran Masteri

untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk



Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

mencapai

Standard

Kandungan

dan

Standard

Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk
mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilainilai murni.

7

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan
yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak

Rancangan Pendidikan Individu (RPI):

sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

…adalah....suatu

rekod

yang

butiran

perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang

dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat

murid berkeperluan pendidikan khas.

sokongan lain.

mengandungi

(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
RPI memperincikan antara lain:

Khas) 2013).

i.

Tahap prestasi sedia ada murid

...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat

ii.

Perancangan akademik dan bukan akademik

perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid

iii.

Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam

iv.

Objektif pendidikan yang boleh diukur

proses

v.

Objektif,

pengajaran

dan

pembelajaran

dan

boleh

prosedur

dan

urutan

pentaksiran

bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)

vi.

Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,

vii.

Perancangan,

jangkamasa

dan

tarikh

sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

2000)
viii.

Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi

mereka.

keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu
murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian

8



PENTAKSIRAN SEKOLAH

Merujuk

standard

prestasi

yang

dibina

berdasarkan standard kurikulum.
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan

PS boleh dilaksanakan secara:

mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang



Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS



Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula

pembelajaran, semester atau tahun.

dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga

Pentaksiran Rujukan Standard

pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan

Standard

pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang

seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut

murid.

komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke

dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

berdasarkan

pernyataan

standard

Pentaksiran

sedemikian

tidak



Iaitu

mampu

memberi

maklumat

tentang penguasaan, pengetahuan,



menyeluruh

kemahiran,

dan

Prestasi

Pentaksiran

diguna

untuk

Rujukan

melihat

Standard

kemajuan

merupakan

prestasi

yang

membandingkan

dan

proses

ditetapkan.
pencapaian

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan

pengamalan nilai murni;

dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring

dalam pembelajaran.

dengan PdP;

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

Fleksibel

iaitu

kaedah pentaksiran

yang

pelbagai

Murid dinilai secara adil dan saksama

kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

9

Maklumat

yang

diperolehi

membolehkan

pihak

yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

3

Murid menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masingmasing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
Pendidikan Moral.
Tafsiran Umum

Tahu

Tahu dan
Faham

TAHAP
PENGUASAAN

1

2

4

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji

5

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali

pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran

MAKSUD

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab

6

Murid melaksanakan sesuatu
kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara
sistematik.
Murid
melaksanakan
sesuatu
kemahiran pada situasi baharu,
dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik, serta tekal, dan bersikap
positif.
Murid berupaya menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baharu
secara sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif, serta boleh
dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

TAFSIRAN UMUM
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara
yang asas.
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa
yang telah dipelajari.

10

TAHAP
PENGUASAAN
1

2

3

4

5

6

TAFSIRAN
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran
Sekolah

Mengetahui perkara asas tentang perlakuan
dan nilai yang baik.
Memahami perlakuan dan nilai yang baik
dengan menyatakan kefahaman tersebut
dengan apa-apa cara.
Mengaplikasikan perlakuan dan nilai yang
mengikut kemampuan pada suatu situasi.
Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai
yang diberikan pada suatu situasi dengan
beradab dan bersistematik.
Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai
yang diberikan pada suatu situasi dengan
beradab dan bersistematik serta menjadi
amalan dalam kehidupan
Murid berkeupayaan menjadikan perlakuan
dan nilai sebagai satu amalan dalam
kehidupannya serta menyampaikan
maklumat menggunakan ayat yang sesuai
secara bertatasusila dan menjadi contoh
secara tekal.

Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard
kurikulum
dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran
Pendidikan Moral

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.

11

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei:

Esei

mempamerkan

tentang

kemahiran

murid

untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik

12

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun Negara
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

1.1 Menghormati
tempat
kepercayaan dan
tempat beribadat
agama lain

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

1.1.1 Menyatakan cara
menghormati tempat
beribadat agama lain

1

Menyatakan cara menghormati tempat beribadat agama lain.

1.1.2 Menyatakan kepentingan
menghormati tempat
beribadat agama lain

2

Menyatakan
agama lain.

1.1.3 Mengamalkan sikap
menghormati tempat
beribadat agama lain

3

Menunjukcara menghormati tempat beribadat agama lain.

4

Menunjukkan sikap menghormati tempat beribadat agama lain.

5

Mengamalkan sikap menghormati tempat beribadat agama
lain.

6

Membimbing rakan menghormati tempat beribadat agama lain.

13

kepentingan

menghormati

tempat

beribadat

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
2. Baik Hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…
2.1 Membantu
masyarakat
sekeliling

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

2.1.1 Menyatakan aktiviti
membantu masyarakat
sekeliling yang
memerlukan bantuan
2.1.2 Menyatakan
kepentingan membantu
masyarakat sekeliling
yang memerlukan
bantuan
2.1.3 Menunjukkan sikap baik
hati kepada masyarakat
sekeliling yang
memerlukan bantuan

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

1

Menyatakan aktiviti membantu masyarakat sekeliling.

2

Menyatakan kepentingan membantu masyarakat sekeliling.

3

Menunjukkan cara membantu masyarakat sekeliling.

4

Menunjukkan sikap membantu masyarakat sekeliling mengikut
situasi yang sesuai.

5

Mengamalkan perlakuan membantu masyarakat sekeliling.

6

Membimbing rakan membantu masyarakat sekeliling.

14

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

3.1 Melaksanakan
tanggungjawab
diri terhadap
keluarga

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

3.1.1 Menyatakan
tanggungjawab diri
terhadap keluarga

1

Menyatakan tanggungjawab diri terhadap keluarga.

3.1.2 Menyatakan kepentingan
melaksanakan
tanggungjawab diri
terhadap keluarga

2

Menyatakan kepentingan
terhadap keluarga.

3

Menunjukcara melaksanakan tanggungjawab diri terhadap
keluarga.

4

Melaksanakan tanggungjawab diri terhadap keluarga.

5

Mengamalkan tanggungjawab diri terhadap keluarga.

6

Membimbing rakan menjadikan tanggungjawab diri terhadap
keluarga sebagai amalan.

3.1.3 Menunjukkan perlakuan
tanggungjawab diri
terhadap keluarga

15

melakukan

tanggungjawab

diri

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
4. Berterima Kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

4.1 Mengamalkan
budaya
menghargai orang
lain

4.1.1 Menyatakan aktiviti yang
menunjukkan
penghargaan

1

Menyatakan aktiviti yang menunjukkan penghargaan.

4.1.2 Menyatakan
kepentingan
menghargai orang lain

2

Menyatakan kebaikan menghargai orang lain.

4.1.3 Melakukan aktiviti yang
menunjukkan
penghargaan

3

Menjalankan aktiviti memberi penghargaan kepada orang lain.

4

Memberi penghargaan kepada orang lain mengikut situasi.

5

Mengamalkan budaya menghargai orang lain.

6

Membimbing rakan mengamalkan budaya menghargai orang
lain.

TAHAP
PENGUASAAN

16

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
5. Hemah Tinggi
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

5.1 Bersikap sopan
santun dalam
kehidupan

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

5.1.1 Menyatakan tingkah
laku beradab sopan
dalam kehidupan

1

Menyatakan tingkah laku beradab sopan.

5.1.2 Menyatakan
kepentingan tingkah
laku beradab sopan
dalam kehidupan

2

Menyatakan kepentingan mengamalkan tingkah laku beradab
sopan dalam kehidupan.

3

Menunjukcara perlakuan beradab sopan.

4

Melakukan tingkah laku yang beradab sopan dalam kehidupan.

5

Mengamalkan tingkah laku beradab sopan dalam kehidupan.

6

Membimbing rakan mengamalkan tingkah laku beradab sopan
dalam kehidupan.

5.1.3 Mengamalkan tingkah
laku beradab sopan
dalam kehidupan

17

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

6.1 Menghormati
peraturan di
tempat awam

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

6.1.1 Menyatakan peraturan
di tempat awam
6.1.2 Menyatakan
kepentingan
menghormati
peraturan ketika di
tempat awam

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

1

Menyatakan peraturan di tempat awam.

2

Menyatakan kepentingan menghormati peraturan di tempat
awam.

3

Menunjukcara menghormati peraturan di tempat awam.

4

Menunjukkan sikap menghormati peraturan di tempat awam.

5

Mengamalkan sikap menghormati peraturan di tempat awam.

6

Membimbing rakan menghormati peraturan di tempat awam.

6.1.3 Mengamalkan sikap
menghormati peraturan
di tempat awam

18

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

7.1 Menunjukkan
sikap kasih
sayang dalam
kehidupan `

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

7.1.1 Menyatakan perkara
yang disayangi dalam
kehidupan

1

Menyatakan perkara yang disayangi.

7.1.2 Menyatakan
kepentingan sikap kasih
sayang dalam
kehidupan

2

Menyatakan kepentingan sikap kasih sayang.

3

Menunjukkan perlakuan kasih sayang melalui aktiviti yang
dijalankan.

4

Menunjukkan sikap kasih sayang dalam kehidupan.

5

Mengamalkan sikap kasih sayang dalam kehidupan.

6

Membimbing rakan mengamalkan perlakuan kasih sayang
dalam kehidupan.

7.1.3 Mengamalkan
perlakuan kasih sayang
dalam kehidupan

19

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

8.1 Melaksanakan
sikap adil dalam
masyarakat

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

1

Menyatakan perlakuan bersikap adil dalam masyarakat.

8.1.2 Menyatakan
kepentingan bersikap
adil dalam masyarakat

2

Menyatakan kepentingan bersikap adil dalam masyarakat.

8.1.3 Mengamalkan sikap
adil dalam masyarakat

3

Menunjukcara bersikap adil dalam masyarakat.

4

Menunjukkan sikap adil dalam masyarakat.

5

Mengamalkan sikap adil dalam masyarakat.

6

Menjadikan amalan bersikap adil dalam masyarakat sebagai
ikutan kepada orang lain.

8.1.1 Menyatakan sikap adil
dalam masyarakat

20

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

9.1 Bersikap berani
mengikut situasi

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

9.1.1 Menyatakan sikap
berani dalam pelbagai
situasi

1

Menyatakan perlakuan berani dalam pelbagai situasi.

9.1.2 Menyatakan keperluan
bersikap berani dalam
pelbagai situasi

2

Menyatakan kepentingan bersikap berani dalam pelbagai
situasi.

9.1.3 Mengamalkan sikap
berani dalam pelbagai
situasi

3

Menunjukcara bersikap berani dalam pelbagai situasi.

4

Menunjukkan sikap berani dalam kehidupan seharian mengikut
situasi.

5

Mengamalkan sikap berani mengikut situasi.

6

Membimbing rakan mengamalkan sikap berani dalam kehidupan
seharian.

21

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…
10.1 Bersikap jujur
dalam
masyarakat

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

10.1.1 Menyatakan sikap
jujur dalam masyarakat
10.1.2 Menyatakan kebaikan
bersikap jujur dalam
masyarakat
10.1.3 Mengamalkan sikap
jujur dalam masyarakat

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

1

Menyatakan sikap jujur dalam masyarakat.

2

Menyatakan kebaikan bersikap jujur dalam masyarakat.

3

Menunjukcara bersikap jujur dalam masyarakat melalui aktiviti.

4

Menunjukkan perlakuan bersikap jujur dalam masyarakat.

5

Mengamalkan perlakuan bersikap jujur dalam masyarakat.

6

Membimbing rakan bersikap jujur dalam kehidupan masyarakat.

22

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

11.1

Bersikap rajin
menjaga alam
sekitar

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

11.1.1 Menyatakan aktiviti
menjaga alam sekitar

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

1

Menyatakan sikap rajin menjaga alam sekitar.

11.1.2 Menyatakan keperluan
bersikap rajin menjaga
alam sekitar

2

Menyatakan kepentingan bersikap rajin dalam menjaga alam
sekitar.

11.1.3 Mengamalkan sikap
rajin menjaga alam
sekitar

3

Menunjukcara perlakuan bersikap rajin dalam menjaga alam
sekitar.

4

Menunjukkan perlakuan bersikap rajin dalam menjaga alam
sekitar.

5

Mengamalkan sikap rajin dalam menjaga alam sekitar.

6

Menjadikan amalan bersikap rajin menjaga alam sekitar sebagai
contoh kepada orang lain.

23

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

12.1 Bekerjasama
dalam aktiviti
seharian

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

12.1.1 Menyatakan amalan
sikap bekerjasama
dalam kehidupan
seharian

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

1

Menyatakan aktiviti bekerjasama dalam kehidupan seharian.

2

Menyatakan kebaikan bekerjasama dalam kehidupan seharian.

12.1.2 Menyatakan
kepentingan
bekerjasama dalam
kehidupan seharian

3

Menunjukcara perlakuan bekerjasama dalam aktiviti yang
dijalankan.

12.1.3 Mengamalkan sikap
bekerjasama dalam
kehidupan seharian

4

Menunjukkan sikap bekerjasama dalam kehidupan seharian.

5

Mengamalkan sikap bekerjasama dalam kehidupan seharian.

6

Membimbing rakan mengamalkan sikap kerjasama dalam
kehidupan seharian.

24

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

13.1 Bersederhana
semasa
menggunakan
kemudahan
awam

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

13.1.1 Menyatakan
perlakuan
bersederhana
semasa menggunakan
kemudahan awam
13.1.2 Menyatakan
kepentingan bersikap
sederhana semasa
menggunakan
kemudahan awam
13.1.3 Melaksanakan
perlakuan
bersederhana
semasa menggunakan
kemudahan awam

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

1

Menyatakan perlakuan bersederhana semasa menggunakan
kemudahan awam.

2

Menyatakan kepentingan bersikap
menggunakan kemudahan awam.

3

Menunjukcara perlakuan bersederhana semasa menggunakan
kemudahan awam melalui aktiviti.

4

Menggunakan kemudahan awam secara bersederhana.

5

Mengamalkan perlakuan bersederhana semasa menggunakan
kemudahan awam.

6

Membimbing rakan mengamalkan perlakuan bersederhana
semasa menggunakan kemudahan awam.

25

sederhana

semasa

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN ENAM
14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…

14.1 Bertoleransi
dalam
masyarakat

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh…

14.1.1 Menyatakan sikap
bertolak ansur dalam
masyarakat

1

Menyatakan sikap bertolak ansur dalam masyarakat.

14.1.2 Menyatakan
kepentingan bertolak
ansur dalam
masyarakat

2

Menyatakan kepentingan bertolak ansur dalam masyarakat.

3

Menunjukcara perlakuan bertolak ansur dalam masyarakat.

4

Menunjukkan sikap bertolak ansur dalam masyarakat.

5

Mengamalkan sikap bertolak ansur dalam masyarakat.

6

Membimbing rakan mengamalkan sikap bertolak ansur dalam
masyarakat.

14.1.3 Mengamalkan sikap
bertolak ansur
dalam masyarakat

26

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk