PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM

PLURALITI MASYARAKAT
ALAM MELAYU DALAM
SEJARAH
• Latarbelakang Alam Melayu dan Malaysia
• Pluraliti Sebelum Kerajaan Melayu Melaka
• Pluraliti Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu
Melaka
• Masyarakat Pluraliti Zaman Penjajahan
• Masyarakat Pluralistik Pasca Merdeka

1

Latarbelakang Alam Melayu/Malaysia











Alam Melayu meliputi wilayah Malaysia, Indonesia, Borneo,
Singapura, Selatan Thai. Selatan Filipina, Indo-China dan
mencecah Kepulauan Pasifik di bahagian timur, Malagasi di barat
dan Taiwan di bahagian utara.
Malaysia merupakan sebahagian daripada wilayah yang terdapat di
Alam Melayu.
Terdapat 14 buah wilayah yang bernaung di bawah persekutuan
Malaysia. Wilayah tersebut ialah:
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,
Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan
Wilayah Persekutuan Kuala lumpur, Labuan dan Puterajaya.
Muka buminya subur dan amat sesuai didiami. Tidak terlalu sejuk
dan tidak terlalu panas.
Terletak ditengah-tengah jalan perdagangan timur dan barat.
Melayu merupakan penduduk asal dan majoriti di Malaysia.
2

Kedatangan dan Pertapakan Etnik

Melayu
Teori 1. Orang Melayu dikatakan berasal dari negara China. Datang dalam dua
gelombang besar kira-kira 35,000 tahun dan 5,000 tahun yang lalu.
Teori 2. Orang Melayu dikatakan berasal dari Timur Tengah kira-kira 35,000
tahun yang lalu.
Ras dalam etnik Melayu meliputi:
Semenanjung : Melayu, Orang Indonesia, NEGRITO: Batek, Jahai, Kensiu,
Kintak, Lanoh, Mendrik. SENOI: Che Wong, Jah Hut, Jah Jehai, Kanao,
Mah Meri, Pangan, Semang, Semai, Semok Beri, Temiar. MELAYU
PROTO: Jakun, Kanak, Orang Laut, Orang Selitar, Semelai, Temok,
Temuan.
Sabah: Bajau, Bisayah, Brunei, Pulau Cocos, Dumpas, Idahan, Ilanun,
Kadazan, Kedayan, Kwijau, Lotud, Mangka’an, Maragang, Minokok, Murut,
Orang Sungai, Paitan, Rumanau, Rungus, Sino_Native, Sulu, Tambanuo,
Tidong
Sarawak: Bidayuh, Bisayuh, Bukitan, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat,
Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau,
Murut, Penan, Sian, Orang Ulu, Tagal, Tabun dan Ukit.
3


Kedatangan dan Pertapakan Etnik Cina










Etnik Cina mula bertapak di Malaysia ketika era penjajah Inggeris
Di Semenanjung etnik Cina telah dibawa masuk untuk bekerja di
lombong-lombong bijih timah. Pada tahun 1870 terdapat seramai
10,000 orang Cina di Selangor dan 40,000 orang Cina di Perak.
Jumlah imigran Cina pada tahun 1931 telah mencapai angka
663,518 orang di Negeri-Negeri Selat, 711,540 orang di NegeriNegeri Melayu Bersekutu dan 330,857 orang di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu.
Di Sarawak etnik Cina telah dibawa masuk beramai-ramai bagi
mengusahakan perlombongan minyak, penanaman lada, gambir

dan getah.
Di Sabah etnik Cina di bawa masuk juga atas alasan untuk
mengusahakan ladang tembakau, kayu balak dan getah.
Jumlah etnik Cina semakin bertambah tahun demi tahun akibat dari
insentif yang diberikan oleh Inggeris dan kesempitan hidup di tanah
asal mereka.
Ras dalam etnik Cina meliputi: Cina, Foochow, Hainan, Henghua,
Hokchia, Hokchiu, Hokkien, Kantonis, Khek (Hakka), Kwongsai,
Teochew
4

Kedatangan dan Pertapakan Etnik India










Etnik India juga mula bertapak di Malaysia ketika era penjajah
Inggeris
Di Semenanjung etnik India dibawa masuk secara beramai-ramai
pada tahun 1840 untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang
Prai.
Etnik India juga dibawa masuk untuk bekerja sebagai kerani,
pembantu hospital dan kakitangan kereta api.
Pada tahun 1931 terdapat seramai 132,277 orang India di NegeriNegeri Selat, 379,996 orang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
110,951 orang di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (INTAN:
1990).
Jumlah etnik India semakin bertambah tahun demi tahun akibat dari
insentif yang diberikan oleh Inggeris dan kesempitan hidup di tanah
asal mereka.
Ras dalam etnik India meliputi: Tamil, Orang India, Jaffna Tamil,
Malayalee, Pakistan, Sikh, Orang Sinhale, Bangladesh, Telegu
5

Masyarakat Pluraliti dan Plural Di Malaysia
Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia

Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural (plural society).
• Pluraliti: istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat
pelbagai bangsa di Alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa
penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa
sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
• Masyarakat Plural: Terbentuk selepas zaman kedatangan penjajah.
Penjajah membawa masuk pendatang dari China dan India ke Asia
Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebab
kan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan
sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya
wujud kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok
yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)
• Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan
masyarakat Plural.
6

Pluraliti Zaman Kegemilangan Kerajaan
Melayu Melaka



Penghijrahan Intra Wilayah Sebelum Zaman Kesultanan Melayu
Melaka
• Penghijrahan Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka:
• Penghijrahan Pedagang Arab dan Parsi Pedagang Arab dan Parsi:
• Penghijrahan Pedagang China
• Penghijrahan Pedagang India
• Penghijrahan Pedagang Eropah
Ciri Khusus Pluraliti Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu
Melaka
• Berlakunya Proses Asimilasi Antara Imigran Dengan Masyarakat
Tempatan
• Berlakunya Pengaruh Islam kepada budaya masyarakat tempatan
• Pembentukan Masyarakat Baharu
7

Faktor Kejayaan Pembentukan Pluraliti
Zaman Kerajaan Melayu Melaka










Kemajuan dan ketamadunan Melayu
Sikap terbuka pemimpin
Tolak ansur dikalangan rakyat
Hubungan perdagangan
Pelabuhan bebas
Penghijrahan
Perkahwinan
Proses pembentukannya secara semula jadi (tanpa
paksaan)

8

Struktur Pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka

SULTAN
MAJLIS TERTINGGI

BENDAHARA
TEMENGGUNG

LAKSAMANA
PENGHULU BENDAHARI

Pembesar (Bergelar Seri seramai 8 orang)
Pembesar (Bergelar Raja seramai 16 orang)

Pembesar peringkat rendah (32 orang)
9

Sultan-sultan Yang Memerintah
NAMA SULTAN

TEMPUH


ISKANDAR SYAH (PARAMESWARA)

1400-1414

MAHKOTA ISKANDAR SYAH

1414-1424

MUHAMMAD SYAH (SERI MAHARAJA)

1424-1444

PARAMESWARA DEWA SYAH (RAJA IBRAHIM)

1444-1445

MUZAFFAR SYAH (RAJA KASSIM)

1445-1459


MANSOR SYAH

1459-1477

ALAUDDIN RIAYAT SYAH

1477-1488

MAHMUD SYAH

1488-1511

AHMAD SYAH (Tidak sempat memerintah)
10

Masyarakat Pluraliti Zaman Penjajahan










Zaman penjajahan menyaksikan masyarakat pluraliti yang dibina
dengan penuh kasih sayang dan berhemah oleh orang Melayu
berubah wajah menjadi masyarakat plural oleh tangan-tangan
penjajah yang rakus.
Penentangan dari kalangan masyarakat Melayu mengenai
pembentukan masyarakat plural tidak pernah diindahkan oleh
penjajah.
Malaysia dijajah oleh Portugis 1511, Belanda 1641 dan Inggeris
1786.
Penjajah Inggeris pihak yang bertanggungjawab mewujudkan
masyarakat plural di Malaysia.
Pluraliti di Tanah Melayu berubah wajah menjadi masyarakat plural.
Pluraliti berlaku secara sukarela, sementara masyarakat plural
terjadi secara paksaan.
Masyarakat Melayu memprotes kewujudan masyarakat plural.
11

Samb…











Penjajahan British membawa bersama-sama dasar pentadbiran yg
selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.
Prinsip, sistem, struktur dan dasar yg diamalkan dalam pemerintahan
mereka jauh berbeza dengan sistem yg ada di Alam Melayu.
Perubahan epistemologikal yg besar ialah dari segi pemisahan di antara
Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara
dikawal oleh penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di bawah
pengawasan sultan Melayu.
Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur
penting: Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman diperkenalkan. Berbeza
dengan kuasa mutlak raja yg tiada agihan kuasa.
Hasil daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem ekonomi
kapitalis yg berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem
ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh.
Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yg mendorong kepada
kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan kemasukan bangsa
asing yg dibawa oleh penjajah untuk tujuan pengeksploitasian ekonomi
dengan segera dan menguntungkan.
12

Samb…
Ciri-ciri masyarakat plural zaman penjajah:
1. Wujud pemisahan penempatan antara etnik
2. Wujud budaya yang berbeza
3. Wujud bahasa yang berbeza
4. Wujud agama yang berbeza
5. Wujud ideologi politik yang berbeza
6. Wujud jenis pekerjaan yang berbeza
7. Wujud nilai/sikap etnosentrik

13

Penjajahan dan Pembentukan
Masyarakat Pluralistik








Sebelum tahun 1848, hampir keseluruhan penduduk Malaysia
terdiri daripada orang Melayu.
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah mulai
pertengahan abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah mengakibatkan
penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran.
Pola kemasukan etnik Cina dan India era penjajahan jelas berbeza
berbanding kemasukan mereka di Zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Etnik Cina dan India yang datang diasingkan dari segi petempatan
dan jenis pekerjaan. Mereka turut membawa budaya ke Malaysia.
Masyarakat plural terjadi secara paksaan dan tanpa kerelaan
masyarakat Melayu.
Stuasi tersebut akhirnya membentuk masyarakat pluralistik di
Malaysia
14

Masyarakat Pluralistik Pasca Merdeka












Masyarakat pluralistik ialah masyarakat pelbagai etnik dan pelbagai
budaya serta mereka saling tidak memahami di antara satu sama
lain.
Ciri-ciri masyarakat pluralistik:
Saling tidak memahami budaya etnik lain.
Mempunyai agama sendiri
Mempunyai bahasa sendiri
Mempunyai cara hidup yang berlainan
Penempatan secara berasingan
Ideologi politik dan pemerintahan yang berbeza
Interaksi dengan etnik lain amat terbatas
Wujud budaya etnosentrik
15

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka







Pluralistik etnik
Pluralistik Agama
Pluralistik politik
Pluralistik ekonomi
Pluralistik pendidikan
Pluralistik perlembagaan (kontrak sosial)

16

Bab 2
• Selesai bab 2.
• Anda akan didedahkan pula topik bab 3

17