DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN TAHUN LIMA PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN MORAL KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN TAHUN LIMA PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN MORAL KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

  

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

  

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk

dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada

Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  SENARAI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT

  PENDAHULUAN

  1 MATLAMAT

  1 OBJEKTIF

  1 STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

  2 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STARNDARD

  2 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

  3 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

  4 FOKUS MATA PELAJARAN

   5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

   7 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

   8 PENTAKSIRAN

   9 PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

  11 DOKUMEN STANDARD PRESTASI DAN PENTAKSIRAN

  13

  PENDAHULUAN

  Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

  Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

  ....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti iii susunan aktiviti; dan iv bahan bantu mengajar ...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.

  KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

  MATLAMAT

  KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

  OBJEKTIF

  KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

  Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. Komunikasi ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

  Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah iii. Kemanusiaan iv. Sains dan Teknologi v. Fizikal dan Estetika

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

  vi. Keterampilan Diri KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

  Standard Kandungan

  Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi

  KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

  Standard Pembelajaran

  berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. mencipta seperti di Jadual 1.

  Standard Prestasi KBAT Penerangan

  Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid

  Mengaplikasi

  sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

  melaksanakan sesuatu perkara

  Menganalisis

   Mencerakinkan maklumat kepada bahagian Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang kecil untuk memahami dengan lebih seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, mendalam serta hubung kait antara bahagian bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkenaan berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

  Menilai

   Membuat pertimbangan dan keputusan ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid menggunakan pengetahuan, pengalaman, untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

  Mencipta

   Menghasilkan idea atau produk atau kaedah etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran yang kreatif dan inovatif berfikir.

  Jadual 1: Penerangan KBAT Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

  Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis pelajaran. (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen

  Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan

  kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru pembelajaran mereka sendiri. haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan ELEMEN MERENTAS KURIKULUM memupuk sikap dan personaliti yang positif.

  Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah Keusahawanan diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan: elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

   Mengamalkan sikap keusahawanan;  Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

  Kreativiti dan Inovasi

   Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara pengurusan perniagaan; umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,  Memformulasikan konsep, proses atau produk pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana keusahawanan; dan idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.  Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi keusahawanan. penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan

  Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya kebolehan murid sekolah rendah. menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

  Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) i. Pemikiran Moral

  Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. pertimbangan moral

  Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

  ii. Perasaan Moral

  menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh danmerasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. betul

  Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK

  iii. Perlakuan Moral

  iaitu: Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara

   Belajar mengenai TMK bertanggungjawab dan bermoral

   Belajar melalui TMK  Belajar dengan TMK

  Penekanan diberi terhadap pemupukan dan perkembangan nilai- nilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat

  FOKUS MATA PELAJARAN mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk.

  Murid turut disedarkan tentang nilai-nilai murni masyarakat

  Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

  Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan merasionalkan sesuatu keputusan dan Pendidikan Moral memberi fokus kepada tiga aspek dalam usaha tindakan yang dibuat. melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral iaitu: Kurikulum Standard Pendidikan Moral menekankan 14 nilai murni dalam usaha untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah:

   Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

   Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna  Berterima kasih

  Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

   Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

   Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan  Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara  Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

   Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  Perlaksanaan Modul Pendidikan Moral

  Modul Pengajaran Pendidikan Moral: Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Moral untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. Modul Pembelajaran Pendidikan Moral:

  Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilai- nilai murni.

  Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

  Antaranya adalah:  Inkuiri  Analisis Tugasan  Belajar Melalui Bermain  Pengajaran Bertema  Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)  Konstruktivisme  Multi Sensori  Pembelajaran Kontekstual  Pembelajaran Interaktif  Pembelajaran Koperatif  Simulasi  Pembelajaran Masteri  Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

  

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan

  yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak Rancangan Pendidikan Individu (RPI): sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

  …adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang

  dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

  menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap

  peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat murid berkeperluan pendidikan khas. sokongan lain.

   (Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013).

  RPI memperincikan antara lain: i. Tahap prestasi sedia ada murid

  ...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat

  ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

  perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid

  iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

  berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam

  iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

  proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh

  v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi menyatakan tahap pencapaian murid. mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

  (Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)

  vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

   Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,

  vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

  2000)

  perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi mereka. keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian

PENTAKSIRAN SEKOLAH

  Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

   Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;  Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;  Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

   Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

  PS boleh dilaksanakan secara:  Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

   Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

  Pentaksiran Rujukan Standard

  Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang

  Murid menggunakan pengetahuan

  bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

  Tahu, Faham untuk melaksanakan sesuatu dan Boleh

  3

  dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting kemahiran pada suatu situasi.

  Buat

  dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

  Tahu, Faham Murid melaksanakan sesuatu

  negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

  dan Boleh kemahiran dengan beradab, iaitu

  4 Buat dengan mengikut prosedur atau secara masing. Beradab sistematik.

  Murid melaksanakan sesuatu Tahu, Faham

  Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu

  kemahiran pada situasi baharu, dan Boleh dengan mengikut prosedur atau secara yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

  Buat dengan

  5 sistematik, serta tekal, dan bersikap

  Beradab

  Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap positif.

  Terpuji

  TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna

  Murid berupaya menggunakan Tahu, Faham

  pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran

  pengetahuan dan kemahiran sedia ada dan Boleh untuk digunakan pada situasi baharu Pendidikan Moral.

  Buat dengan

  6 secara sistematik, bersikap positif,

  Beradab kreatif dan inovatif, serta boleh

  Mithali Tafsiran Umum dicontohi. TAHAP

  Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

MAKSUD TAFSIRAN UMUM PENGUASAAN

  Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau Tahu 1 memberi respons terhadap perkara yang asas.

  Murid menunjukkan kefahaman untuk Tahu dan menukar bentuk komunikasi atau

2 Faham menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

  Tafsiran mata pelajaran TAHAP TAFSIRAN PENGUASAAN Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran Sekolah

  Mengetahui perkara asas tentang perlakuan

  1 dan nilai yang baik.

  Memahami perlakuan dan nilai yang baik

  Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada

  2 dengan menyatakan kefahaman tersebut

  Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan dengan apa-apa cara. guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang

  Mengaplikasikan perlakuan dan nilai yang

  berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu

  3 mengikut kemampuan pada suatu situasi.

  mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan

  Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai

  Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard

  4 yang diberikan pada suatu situasi dengan

  kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi beradab dan bersistematik. peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan

  Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai

  yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan

  yang diberikan pada suatu situasi dengan pengukuhan.

  5 beradab dan bersistematik serta menjadi amalan dalam kehidupan

  Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari

  Murid berkeupayaan menjadikan perlakuan

  dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi

  dan nilai sebagai satu amalan dalam

  panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan

  kehidupannya serta menyampaikan

  6

  seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan

  maklumat menggunakan ayat yang sesuai

  Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan

  secara bertatasusila dan menjadi contoh pentaksiran sekolah dalam satu dokumen. secara tekal.

  Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

  Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

  Pendidikan Moral kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.

  Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau

  lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

  Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

  penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

  Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

  tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

  Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

  individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

  Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

  menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik

  DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

  Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing -masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

  STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing… STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya… TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…

  1.1 Mengamalkan ibadat mengikut kepercayaan agama

  1.1.1 Menamakan tempat- tempat ibadat setiap agama anutan

  1.1.2 Menyatakan peraturan ketika berada di tempat ibadat

  1.1.3 Menunjukkan amalan yang baik ketika berada di tempat ibadat 1 Menyebut tempat ibadat sendiri dan tempat ibadat agama lain.

  2 Menyatakan peraturan tempat ibadat sendiri dan tempat ibadat agama lain.

  3 Menunjukcara mematuhi peraturan ketika berada di tempat ibadat.

  4 Mematuhi peraturan ketika berada di tempat ibadat.

  5 Mengamalkan sikap mematuhi peraturan ketika berada di tempat ibadat.

  6 Membimbing rakan mematuhi peraturan ketika berada di tempat ibadat. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

2. Baik Hati

  Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

  STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing… STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya… TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…

  2.1 Membantu warga sekolah

  2.1.1 Menyebut perlakuan yang menunjukkan sikap baik hati

  2.1.2 Menyatakan kepentingan membantu warga sekolah

  2.1.3 Menunjukkan sikap baik hati semasa membantu warga sekolah 1 Menyatakan perlakuan membantu warga sekolah.

  2 Menyatakan kepentingan membantu warga sekolah.

  3 Menunjukcara membantu warga sekolah.

  4 Menunjukkan sikap baik hati terhadap warga sekolah mengikut situasi dan kemampuan.

  5 Mengamalkan sikap baik hati terhadap warga sekolah.

  6 Membimbing rakan mengamalkan sikap baik hati terhadap warga sekolah. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

3. Bertanggungjawab

  Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

  STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing… STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya… TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…

  3.1 Tanggungjawab diri terhadap guru

  3.1.1 Menyatakan tanggungjawab diri terhadap guru

  3.1.2 Melaksanakan tanggungjawab diri terhadap guru 1 Menyatakan tanggungjawab diri terhadap guru.

  2 Menyatakan kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri terhadap guru.

  3 Melakukan tanggungjawab diri terhadap guru.

  4 Melaksanakan tanggungjawab diri terhadap guru.

  5 Mengamalkan tanggungjawab diri terhadap guru.

  6 Membimbing rakan melaksanakan tanggungjawab diri terhadap guru. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

4. Berterima Kasih

  Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

  STANDARD STANDARD TAHAP STANDARD PRESTASI KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENGUASAAN Murid boleh… Murid dibimbing… Murid berupaya… 1 Menyatakan cara memberi penghargaan.

  4.1.1 Menyatakan pelbagai

  4.1 Menghargai jasa cara memberi orang sekeliling kita penghargaan

  Menyatakan kebaikan memberi penghargaan kepada orang di

  2

  4.1.2 Menunjukkan pelbagai sekeliling. cara memberi penghargaan

  Memberi penghargaan kepada orang di sekeliling melalui

  3 pelbagai cara.

  Memberi penghargaan kepada orang di sekeliling dengan

  4 pelbagai cara mengikut situasi.

  Mengamalkan sikap memberi penghargaan kepada orang di

  5 sekeliling dengan pelbagai cara.

  6 Membimbing rakan menghargai jasa orang di sekeliling. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

5. Hemah Tinggi

  Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

  STANDARD STANDARD TAHAP STANDARD PRESTASI KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENGUASAAN Murid boleh… Murid dibimbing… Murid berupaya…

  Menyatakan perlakuan berbudi pekerti mulia terhadap ahli

  5.1 Mengamalkan budi

  5.1.1 Menyenaraikan budi

  1 keluarga. pekerti mulia pekerti mulia dengan ahli keluarga

  Menyatakan kepentingan berbudi pekerti mulia terhadap ahli

  5.1.2 Menyatakan

  2 keluarga. kepentingan berbudi pekerti mulia bersama ahli keluarga

  Melakukan aktiviti yang menunjukkan perlakuan berbudi pekerti

  3 mulia terhadap ahli keluarga.

  5.1.3 Menyatakan perasaan setelah mengamalkan budi pekerti mulia dengan ahli keluarga

  4 Menunjukkan sikap berbudi pekerti mulia terhadap ahli keluarga.

  Mengamalkan perlakuan berbudi pekerti mulia terhadap ahli

  5 keluarga.

  Menyatakan perasaan setelah mengamalkan perlakuan berbudi

  6 pekerti mulia terhadap ahli keluarga. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

6. Hormat

  Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan

  STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing… STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya… TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…

  6.1 Menghormati peraturan sekolah

  6.1.1 Menyatakan peraturan sekolah

  6.1.2 Melakukan sikap mematuhi peraturan sekolah 1 Menamakan peraturan sekolah.

  2 Menyatakan kepentingan mematuhi peraturan sekolah.

  3 Menunjukcara mematuhi peraturan sekolah dengan bimbingan.

  4 Menunjukkan sikap mematuhi peraturan sekolah dengan cara yang betul.

  5 Mengamalkan sikap mematuhi peraturan sekolah.

  6 Membimbing rakan menghormati peraturan sekolah. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

7. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas STANDARD STANDARD TAHAP STANDARD PRESTASI KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENGUASAAN Murid boleh… M Murid dibimbing… urid berupaya…

  7.1 Menyayangi ahli

  7.1.1 Mengenalpasti ahli 1 Menyatakan ahli keluarga sendiri. keluarga keluarga `

  7.1.2 Menyatakan cara-cara menyayangi ahli

  2 Menyatakan cara-cara menyayangi ahli keluarga. keluarga

  7.1.3 Mengamalkan sikap Menunjukkan perlakuan menyayangi ahli keluarga melalui menyayangi ahli

  3 aktiviti yang dijalankan. keluarga

  Menunjukkan sikap menyayangi ahli keluarga dengan cara yang

  4 betul.

  5 Mengamalkan sikap menyayangi ahli keluarga.

  6 Membimbing rakan untuk menyayangi ahli keluarga. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

8. Keadilan

  Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

  STANDARD STANDARD TAHAP STANDARD PRESTASI KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENGUASAAN Murid boleh… Muri d dibimbing… Murid berupaya…

  8.1 Bersikap adil

  8.1.1 Menyatakan sikap adil 1 Menyatakan perlakuan bersikap adil terhadap jiran. terhadap jiran dalam perlakuan seharian terhadap jiran

  8.1.2 Menyenaraikan sikap 2 Menyatakan kepentingan bersikap adil terhadap jiran. adil dalam perlakuan seharian terhadap jiran

  Menunjukkan perlakuan bersikap adil terhadap jiran melalui

  8.1.3 Menunjukkan cara

  3 aktiviti yang dijalankan. bersikap adil terhadap jiran

  Menunjukkan sikap adil terhadap jiran mengikut masa dan

  4 situasi yang sesuai.

  5 Mengamalkan perlakuan sikap adil terhadap jiran.

  6 Menjadikan amalan bersikap adil terhadap jiran sebagai ikutan. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

9. Keberanian

  Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah

  STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing… STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya… TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…

  9.1 Berani dalam mempertahankan maruah diri

  9.1.1 Menyebut perlakuan berani mempertahankan maruah diri

  9.1.2 Menyatakan kepentingan berani dalam mempertahankan maruah diri

  9.1.3 Menunjukkan cara mempertahankan maruah diri

  1 Menyatakan perlakuan berani dalam mempertahankan maruah diri.

  2 Menyatakan kebaikan berani dalam mempertahankan maruah diri.

  3 Menunjuk perlakuan berani mempertahankan maruah diri.

  4 Menunjukkan sikap berani mempertahankan maruah diri dalam pergaulan seharian.

  5 Mengamalkan sikap berani mempertahankan maruah diri dalam pergaulan seharian.

  6 Membimbing rakan lain dalam mempertahankan maruah diri. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

10. Kejujuran

  Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

  STANDARD STANDARD TAHAP STANDARD PRESTASI KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENGUASAAN Murid boleh… Murid dibimbing… Murid berupaya…

  10.1 Bersikap jujur

  10.1.1 Menyatakan perlakuan 1 Menyatakan perlakuan jujur terhadap jiran. dengan jiran jujur terhadap jiran.

  10.1.2 Memberi contoh kepentingan sikap jujur

  2 Menyatakan kepentingan bersikap jujur terhadap jiran. dalam pergaulan terhadap jiran

  10.1.3 Menyenaraikan sikap 3 Menunjukcara bersikap jujur terhadap jiran. jujur dalam pergaulan terhadap jiran .

  4 Menunjukkan perlakuan bersikap jujur terhadap jiran mengikut situasi.

  5 Mengamalkan perlakuan bersikap jujur terhadap jiran.

  6 Menjadikan amalan bersikap jujur terhadap jiran sebagai ikutan. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

11. Kerajinan

  Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh, dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

STANDARD STANDARD TAHAP STANDARD PRESTASI KANDUNGAN PEMBELAJARAN

  

PENGUASAAN

Murid boleh… Murid dibimbing… Murid berupaya…

  11.1 Bersikap rajin

  11.1.1 Menamakan aktiviti 1 Menyatakan aktiviti bersikap rajin ketika di rumah. ketika berada di yang perlu dilakukan rumah di rumah pada setiap hari 2 Menyatakan kepentingan bersikap rajin ketika di rumah.

  11.1.2 Menyatakan kepentingan bersikap rajin ketika di rumah 3 Menunjukcara bersikap rajin di rumah melalui aktiviti.

  11.1.3 Menunjukkan contoh bersikap rajin ketika berada di rumah 4 Menunjukkan perlakuan bersikap rajin di rumah.

  5 Mengamalkan perlakuan bersikap rajin ketika di rumah.

  6 Membimbing rakan bersikap rajin ketika di rumah. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

12. Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama STANDARD STANDARD TAHAP STANDARD PRESTASI KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENGUASAAN Murid boleh… Murid dibimbing… Murid berupaya…

  12.1 Kesanggupan

  12.1.1 Menyatakan aktiviti 1 Menyatakan aktiviti bekerjasama bersama keluarga. bekerjasama bekerjasama yang dengan keluarga boleh dilakukan bersama keluarga 2 Menyatakan kepentingan bekerjasama dengan keluarga.

  12.1.2 Menyatakan kepentingan bekerjasama

  Menunjukcara perlakuan bekerjasama dengan keluarga melalui terhadap keluarga 3 aktiviti.

  12.1.3 Menunjukkan perasaan setelah Melakukan aktiviti bekerjasama dengan keluarga mengikut melaksanakan aktiviti

  4 situasi. bersama keluarga 5 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan keluarga.

  Menyatakan perasaan setelah melaksanakan aktiviti

  6 bekerjasama dengan keluarga. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

13. Kesederhanaan

  Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

  STANDARD STANDARD TAHAP STANDARD PRESTASI KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENGUASAAN Murid boleh… Murid ber Murid dibimbing… upaya…

  Menyatakan perlakuan bersederhana semasa menggunakan

  13.1 Bersederhana

  13.1.1 Menyatakan

  1 kemudahan awam di sekolah. semasa perlakuan sederhana menggunakan dalam penggunaan kemudahan kemudahan awam di

  Menyatakan kepentingan bersikap sederhana semasa awam di sekolah sekolah 2 menggunakan kemudahan awam di sekolah.

  13.1.2 Menyatakan kepentingan bersikap Menunjukcara perlakuan bersederhana dalam penggunaan sederhana dalam

  3 alatan dan kemudahan awam di sekolah. penggunaan alatan dan kemudahan awam di sekolah

  Menggunakan alatan dan kemudahan awam di sekolah secara

  4 bersederhana.

  13.1.3 Menyenaraikan perlakuan sederhana dalam penggunaan

  Mengamalkan perlakuan bersederhana dalam penggunaan kemudahan awam di 5 alatan dan kemudahan awam di sekolah. sekolah

  Membimbing rakan mengamalkan perlakuan bersederhana

  6 semasa menggunakan kemudahan awam di sekolah. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

14. Toleransi

  Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

  STANDARD STANDARD TAHAP STANDARD PRESTASI KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENGUASAAN Murid boleh… Murid dibimbing… Murid berupaya…

  14.1 Bertoleransi

  14.1.1 Menyatakan cara 1 Menyatakan cara bertoleransi terhadap ahli keluarga. terhadap ahli bertoleransi terhadap keluarga ahli keluarga

  2 Menyatakan kepentingan bertoleransi terhadap ahli keluarga.

  14.1.2 Menyenaraikan kebaikan bersikap tolak ansur terhadap ahli keluarga

  3 Menunjukkan perlakuan bertolak ansur terhadap ahli keluarga.

  14.1.3 Memberi contoh bersikap tolak ansur Menunjukkan sikap bertolak ansur terhadap ahli keluarga terhadap ahli keluarga

  4 mengikut situasi.

  5 Mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap ahli keluarga.

  Menjadikan sikap bertoleransi terhadap ahli keluarga sebagai

  6 amalan dalam kehidupan. TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

  

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

http//www.moe. gov.my/bpk