BUKU PANDUAN PENCALONAN DKBPWP PINDAAN 2

PANDUAN PENCALONAN

DARJAH KEBESARAN,
BINTANG & PINGAT
WILAYAH PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

RESERVED
(gambar Tuanku dan Permaisuri)

2

RESERVED

3

KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT


PENDAHULUAN
 Tujuan
 Latar belakang

?

DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN
PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN

?

PANDUAN PENCALONAN
 Syarat Kelayakan
 Pengisian Borang

?

URUS SETIA


?

4

PENDAHULUAN

5

TUJUAN
1.

Buku ini bertujuan untuk memberi panduan pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan
Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP). Ia mengandungi maklumat mengenai DKBPWP,
syarat-syarat kelayakan dan panduan mengisi borang pencalonan.

2.

Buku panduan ini menggantikan buku panduan sebelum ini dan akan diguna pakai
mulai 1 Julai 2015.


6

LATAR BELAKANG DKBPWP
1.
Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP)
di bawah Statut Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah mula dizahirkan setelah mendapat
perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII tahun 2007.
2.
Istiadat bagi penganugerahan DKBPWP ini disempurnakan oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Februari setiap tahun sempena Hari Wilayah
Persekutuan.
3.
Penganugerahan ini diberi kepada individu yang menetap atau berkhidmat di
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) yang telah memberi
sumbangan, khidmat cemerlang dan berjasa dalam membangun dan memajukan
Wilayah Persekutuan (WP). Penganugerahan ini juga diberi kepada mereka yang turut
memberi sumbangan kepada WP atau negara secara umumnya.
4.
Kementerian Wilayah Persekutuan telah diberi tanggungjawab melaksanakan
proses pencalonan dan penganugerahan DKBPWP seperti mana yang ditetapkan dalam

Statut Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah.

7

DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH
PERSEKUTUAN
1.
Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang juga disebut
sebagai keluarga DARJAH YANG MULIA MAHKOTA WILAYAH terdiri daripada pangkat
mengikut keutamaan dan gelaran seperti berikut:
BIL
.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.


2.

DARJAH YANG MULIA MAHKOTA
WILAYAH
Seri Utama Mahkota Wilayah
Seri Mahkota Wilayah
Panglima Mahkota Wilayah
Johan Mahkota Wilayah
Kesatria Mahkota Wilayah
Ahli Mahkota Wilayah
Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah

AKRONIM

GELARAN

S.U.M.W.
S.M.W.
P.M.W.
J.M.W.

K.M.W.
A.M.W.
P.P.W.

Datuk Seri Utama
Datuk Seri
Datuk
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada

Penjelasan bagi setiap pangkat dan gelaran DKBPWP adalah seperti berikut:
i.

SERI UTAMA MAHKOTA WILAYAH (S.U.M.W.)
8

Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Pertama. Darjah Kebesaran
ini membawa gelaran “Datuk Seri Utama’’ bagi penyandang lelaki dan

wanita. Isteri Penyandang pula bergelar “Datin Seri Utama’’ manakala
tiada gelaran bagi suami penyandang. Penyandang akan dikurniakan
Kalung dan Buah Kalung, Selempang dan Lencana Darjah serta Bintang
Darjah.

ii.

SERI MAHKOTA WILAYAH (S.M.W.)

9

Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Kedua. Darjah Kebesaran ini
membawa gelaran “Datuk Seri” bagi penyandang lelaki dan wanita. Isteri
Penyandang pula bergelar “Datin Seri” manakala tiada gelaran bagi suami
penyandang. Penyandang akan dikurniakan Kalung dan Buah Kalung,
Selempang dan Lencana Darjah serta Bintang Darjah.

iii.

PANGLIMA MAHKOTA WILAYAH (P.M.W.)

Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Ketiga. Darjah Kebesaran ini
membawa gelaran “Datuk” bagi penyandang lelaki dan wanita. Isteri
Penyandang pula bergelar “Datin” manakala tiada gelaran bagi suami
10

penyandang. Penyandang akan dikurniakan Selempang dan Lencana Darjah
serta Bintang Darjah.

iv.

JOHAN MAHKOTA WILAYAH (J.M.W.)
Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Keempat. Penyandang lelaki
akan menerima Bintang Darjah seperti gambar (a) manakala penyandang
wanita akan dikurniakan Bintang Darjah seperti gambar (b).

11

(b)

(a)


v.

KESATRIA MAHKOTA WILAYAH (K.M.W.)
Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Kelima. Penyandang lelaki
akan menerima Bintang Darjah seperti gambar (a) manakala penyandang
wanita akan dikurniakan Bintang Darjah seperti gambar (b).

12

(b)
(a)

vi.

AHLI MAHKOTA WILAYAH (A.M.W.)
Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Keenam. Penyandang lelaki
akan menerima Bintang Darjah seperti gambar (a) manakala penyandang
wanita akan dikurniakan Bintang Darjah seperti gambar (b).


13

(b)
(a)

vii.

PINGAT PANGKUAN MAHKOTA WILAYAH (P.P.W.)
Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Ketujuh. Penyandang lelaki
akan menerima Pingat seperti gambar (a) manakala penyandang wanita
akan dikurniakan Pingat seperti gambar (b).

14

(b)
(a)

PANDUAN PENCALONAN
SYARAT KELAYAKAN
1. Pencalonan ditetapkan mengikut tujuh (7) kategori seperti

berikut:
15

BIL
KATEGORI
.
i.
Perkhidmatan Awam
ii.
Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa
Tempatan
iii.
Swasta / Persatuan / Sukarela / Sukan
iv.
Warganegara Asing
v.
Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
vi.
Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia
vii.
Pertubuhan Politik
2. Syarat-syarat kelayakan pencalonan
adalah ditetapkan seperti berikut:
i.

BORAN
G
A
B
C
D
E
F
G

mengikut

kategori

KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM
PANGKAT

GRED JAWATAN

S.U.M.W.

 Turus I
 Turus I, II, & III
 Gred Utama A / Gred Khas
A
 Gred Utama / Gred Khas
 Gred Utama C / Gred Khas
C
 Gred 53-54
 Gred 45-52
 Gred 41-44
 Gred 33-40
 Gred 32 dan ke bawah

S.M.W.
P.M.W.
J.M.W.
K.M.W.
A.M.W.
P.P.W.

UMUR

TEMPOH
BERKHIDMAT
DI WP

Minimum
45 tahun

Minimum
10 tahun
Minimum
40 tahun
Minimum
35 tahun

16

ii.

KATEGORI PIHAK BERKUASA BERKANUN / PIHAK
BERKUASA TEMPATAN
PANGKAT

GRED JAWATAN

S.U.M.W.

 Turus I, II, & III
 Pengerusi Badan Berkanun
/ Ketua Pegawai Eksekutif
Badan Berkanun atau
setaraf
 Gred Utama / Gred Khas A,
B & C atau setaraf
 Gred Utama / Gred Khas C
atau setaraf dengannya
 Gred 53-54 atau setaraf
 Gred 45-52 atau setaraf
 Gred 41-44 atau setaraf
 Gred 33-40 atau setaraf
 Gred 32 dan ke bawah
atau setaraf

S.M.W.

P.M.W.
J.M.W.
K.M.W.
A.M.W.
P.P.W.

iii.

UMUR

TEMPOH
BERKHIDMAT
DI WP

Minimum
45 tahun

Minimum
10 tahun
Minimum
40 tahun

Minimum
35 tahun

KATEGORI SWASTA / PERSATUAN / BADAN SUKARELA /
SUKAN

PANGKAT

GRED JAWATAN

UMUR

S.U.M.W.

SWASTA
 Pengerusi Syarikat

Minimum
45 tahun

TEMPOH
BERKHIDMAT
DI WP
Minimum
15 tahun
17

S.M.W.

P.M.W.

J.M.W.

K.M.W.

Multinasional
SWASTA
 Pengerusi / Ketua
Pegawai Eksekutif
Syarikat Multinasional
PERSATUAN / BADAN
SUKARELA
 Pengerusi / Presiden
SWASTA
 Pengarah Urusan
Syarikat
PERSATUAN / BADAN
SUKARELA
 Pengerusi / Presiden
SWASTA
 Pengarah Urusan
Syarikat Utama
PERSATUAN / BADAN
SUKARELA
 Timbalan Pengerusi /
Presiden
AHLI SUKAN
 Penglibatan di
peringkat kebangsaan
dan antarabangsa
SWASTA
 Pengurus Besar
PERSATUAN / BADAN
SUKARELA
 Setiausaha Persatuan /
Badan Sukarela
AHLI SUKAN
 Penglibatan di
peringkat kebangsaan

A.M.W.

SWASTA
 Pengurus / Eksekutif
PERSATUAN / BADAN
SUKARELA
 AJK Persatuan / Badan
Sukarela

Minimum
40 tahun

Minimum
35 tahun

Tiada Had

Minimum
40 tahun

Minimum
15 tahun

Tiada Had

Tiada Had
Minimum
15 tahun

Minimum
40 tahun

18

P.P.W.

iv.

AHLI SUKAN
 Penglibatan di
peringkat kebangsaan
SWASTA
 Pegawai dan
Kakitangan
PERSATUAN / BADAN
SUKARELA
 Ahli Persatuan / Badan
Sukarela
AHLI SUKAN
 Penglibatan di
peringkat kebangsaan

Tiada Had

Tiada Had

Minimum
35 tahun

Minimum
15 tahun

Tiada Had

Tiada Had

KATEGORI PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

PANGKAT
S.U.M.W.
S.M.W.

GRED JAWATAN
 Panglima Angkatan
Tentera
 Panglima Tentera Darat

UMUR
Minimum
45 tahun

TEMPOH
BERKHIDMAT
DI WP
Minimum
15 tahun

19

P.M.W.

J.M.W.

K.M.W.

A.M.W.

P.P.W.

v.

 Panglima Tentera Laut
 Panglima Tentera Udara
 Gred Utama A / B atau
setaraf
 Jeneral
 Leftenan Jeneral
 Laksamana Madya
 Gred Utama C atau setaraf
 Gred 54 dan setaraf
 Mejar Jeneral
 Laksamana Muda
 Brigedier Jeneral
 Laksamana Pertama
 Gred 48 -52 atau setaraf
 Kolonel
 Kapten (Tentera Laut)
 Leftenan Kolonel
 Komander
 Gred 36- 46A atau setaraf
 Mejar
 Leftenan Komander
 Kapten
 Leftenan Madya
 Lain-lain pangkat

Minimum
40 tahun

Minimum
35 tahun

KATEGORI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
PANGKAT
S.U.M.W.
S.M.W.

GRED JAWATAN
 Ketua Polis Negara (IGP)
 Timbalan Ketua Polis
Negara (DIG)

UMUR
Minimum
45 tahun

TEMPOH
BERKHIDMAT
DI WP
Minimum
15 tahun

20

P.M.W.

J.M.W.

K.M.W.

A.M.W.

P.P.W.

 Gred Utama A & B atau
setaraf
 Pesuruhjaya Polis
 Gred Utama C dan setaraf
 Gred 54 dan setaraf
 Timbalan Pesuruhjaya Polis
(DCP)
 Penolong Kanan
Pesuruhjaya Polis I (SAC
I)/ II (SAC II)
 Gred 48 -52 atau setaraf
 Penolong Pesuruhjaya Polis
(ACP)
 Penguasa Polis (Supt.)
 Gred 38- 46A atau setaraf
 Timbalan Penguasa Polis
(DSP)
 Penolong Penguasa Polis
(ASP)
 Ketua Inspektor (C/Insp.)
 Inspektor (Insp.)
 Sub Inspektor
 Gred 32 dan ke bawah
 Pegawai Rendah Polis
(SarjanMejar/
Sarjan/Koperal/Lans
Koperal/Konstabel)

Minimum
40 tahun

Minimum
35 tahun

KATEGORI PERTUBUHAN POLITIK

PANGKAT
S.U.M.W.

GRED JAWATAN
 Menteri

UMUR
Minimum

TEMPOH
BERKHIDMAT
DI WP
Minimum
21

K.M.W.
A.M.W.

 Menteri / Timbalan Menteri
atau yang setaraf
 Timbalan Menteri atau
yang setaraf
 Ahli Parlimen/ADUN
Setiausaha Politik atau
setaraf dengannya
 Ketua/AJK Bahagian
 Ketua/AJK Bahagian

P.P.W.

 Ahli Biasa

S.M.W.
P.M.W.
J.M.W.

45 tahun
15 tahun
Minimum
40 tahun
Minimum
35 tahun

3. Pihak urus setia atas budi bicara boleh memproses sebarang
pencalonan selain daripada syarat kelayakan di Perenggan 2.
4.

Selain itu, syarat-syarat khusus berikut juga perlu dipatuhi:
i.
ii.
iii.
iv.

Melepasi tapisan keselamatan oleh PDRM.
Melepasi tapisan keutuhan oleh SPRM.
Tiada kes bankrap/ muflis oleh Jabatan Insolvensi.
Tidak dikenakan hukuman tatatertib pada tahun
pencalonan.

5. Pihak urus setia berhak menolak pencalonan yang tidak
lengkap, tepat dan benar.
6. Keputusan
Jawatankuasa
Tetap
DKBPWP
memperakukan pencalonan adalah muktamad.

untuk

22

PANDUAN MENGISI BORANG
1.

Kementerian Wilayah Persekutuan telah menggariskan beberapa panduan bagi
proses pencalonan DKBPWP. Pencalonan hendaklah dibuat berdasarkan syaratsyarat kelayakan yang ditetapkan dalam buku ini yang dibuka selama tiga (3)
bulan dari 1 Julai hingga 30 September setiap tahun.

2.

Individu yang telah menerima DKBPWP hanya boleh dicalonkan semula selepas
tiga (3) tahun kurniaan terdahulu.

23

3.

4.

Proses pencalonan melibatkan perkara-perkara berikut:
i.

Borang pencalonan hanya boleh didapati dari laman web Kementerian
Wilayah Persekutuan.

ii.

Borang-borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat
oleh pencadang dan dihantar kepada urus setia melalui atas talian
(online) dan juga dalam format bercetak.

iii.

Borang pencalonan bercetak dimestikan mendapat pengesahan daripada
pencadang dan penyokong.

iv.

Dua (2) salinan borang pencalonan perlu dicetak dan setiap borang
hendaklah disertakan dengan sesalinan kad pengenalan (depan dan
belakang).

v.

Borang yang dihantar selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan
dipertimbangkan.

Pencalonan Kategori Perkhidmatan Awam


Pencalonan pegawai hendaklah
Kementerian masing-masing.



Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan calon-calon yang
benar-benar layak untuk dipertimbangkan.



Pencalonan bagi Perkhidmatan Gunasama :
-

mendapatkan

pengesahan

melalui

Peringkat Kementerian / Jabatan Persekutuan di Wilayah
Persekutuan :
Pencalonan hendaklah dicadangkan oleh Pegawai yang tarafnya tidak
rendah daripada Setiausaha Bahagian atau setaraf dengannya dan
disokong oleh Ketua Jabatan sebelum dikemukakan kepada Ketua
Setiausaha Kementerian berkenaan.



Pencalonan pengurniaan Darjah Kebesaran (S.U.M.W., S.M.W., P.M.W.
dan J.M.W.) hendaklah mendapat sokongan Menteri di Kementerian yang
berkenaan.
24

5.

6.

7.

Pencalonan Kategori Pihak Berkuasa Berkanun /
Tempatan.

Pihak Berkuasa



Pencalonan pegawai hendaklah mendapatkan sokongan daripada
Kementerian bagi Pihak Berkuasa Berkanun/ Pihak Berkuasa
Tempatan berkenaan.



Pencalonan pengurniaan Darjah Kebesaran (S.U.M.W., S.M.W., P.M.W.
dan J.M.W.) hendaklah mendapat sokongan Menteri di Kementerian yang
berkenaan.

Pencalonan Kategori Swasta / Persatuan / Sukarela / Sukan


Pencalonan individu di bawah Kategori Swasta / Persatuan / Sukarela / Sukan
hendaklah mendapat pengesahan melalui Kementerian di mana
individu tersebut terlibat secara langsung dalam memberi khidmat,
sumbangan dan bakti.



Individu yang merupakan pegawai atau kakitangan Awam / Pihak
Berkuasa Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang dicalonkan di
bawah kategori ini hendaklah mendapat sokongan daripada Ketua
Jabatan masing-masing terlebih dahulu.

Pencalonan Kategori Warganegara Asing


Pencalonan warganegara asing hendaklah dikemukakan melalui Kementerian
di mana individu tersebut terlibat untuk memberi khidmat, sumbangan dan
jasa serta mendapat ulasan sokongan daripada Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri.



Pencalonan bagi kategori ini perlu mendapat kebenaran negara asal bagi
individu yang dicalonkan sebelum dipertimbangkan untuk pengurniaan
DKBPWP.



Dua (2) salinan borang pencalonan perlu dicetak dan setiap borang
hendaklah disertakan dengan sesalinan paspot.

25

8.

9.

Pencalonan Kategori Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia


Pencalonan bagi kategori ini hendaklah dilengkapkan dan disokong oleh
Panglima Angkatan Tentera.



Pencalonan pengurniaan Darjah Kebesaran (S.U.M.W., S.M.W., P.M.W.
dan J.M.W.) hendaklah mendapat sokongan Menteri di Kementerian yang
berkenaan.

Pencalonan Kategori Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia


Pencalonan bagi kategori ini hendaklah dilengkapkan dan disokong oleh
Ketua Polis Negara.



Pencalonan pengurniaan Darjah Kebesaran (S.U.M.W., S.M.W., P.M.W.
dan J.M.W.) hendaklah mendapat sokongan Menteri di Kementerian yang
berkenaan.

10. Pencalonan Kategori Pertubuhan Politik


Pencalonan bagi kategori ini hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan
melalui Ketua Parti Peringkat Wilayah Persekutuan dan mendapat ulasan
sokongan Presiden Parti Komponen yang berkenaan.

URUS SETIA DKBPWP

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan
mana-mana nombor berikut:
Talian Am
03-8889 7967 / 03-8889 7979
03-8889 7815 / 03-8889 7870
26

03-8889 7871 / 03-8889 7945
FAKS : 03 – 8889 7961 | LAMAN WEB : www.kwp.gov.my
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
ARAS G – 7, BLOK 2,
MENARA SERI WILAYAH, PRESINT 2,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 PUTRAJAYA

Hakcipta Terpelihara
Kementerian Wilayah Persekutuan
2016

Diterbitkan Oleh :
27