PENGARUH LIBERALISME TERHADAP MASYARAKAT. pdf

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017)
Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1– 2 November 2017

PENGARUH LIBERALISME TERHADAP MASYARAKAT
ISLAM DI LEMBAH KLANG: TINJAUAN AWAL
PENGARUH DAN FAKTOR PENULARAN
Mohd Hambali Rashid1, Siti Suhaila Ihwani2, Nik Mohd Zaim Ab
Rahim3, Zaharah Mustaffa4, Aminuddin Hehsan5, Zulkifli Tukiman6
1

Mohd Hambali Rashid
mhambali.kl@utm.my
2

Siti Suhaila Ihwani
sitisuhaila@utm.my
3

Nik Mohd Zaim Ab Rahim
nmzaim.kl@utm.my
4


Zaharah Mustaffa
zaharah.kl@utm.my
5

Aminuddin Hehsan
aehsan@utm.my
6

Zulkifli Tukiman
zulkiflitukiman82@gmail.com

ABSTRACT
Perkembangan semangat liberalism di Malaysia menunjukkan bahawa pemikiran
liberal terus disebarkan secara meluas dalam kalangan umat Islam walaupun fatwa
pengharamannya telah dikeluarkan. Jika tidak ditangani dengan segera, tidak
mustahil fahaman liberal ini akan terus berkembang, terutama kepada generasi muda
yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap pegangan agama yang berteraskan
akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi dasar akidah umat Islam di Malaysia.
Mutakhir ini gerakan Libelarisma begitu hebat dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu

yang kelihatan pengaruhnya semakin berleluasa mencengkam pemikiran umat Islam.
Kajian ini merupakan tinjauan awal terhadap pengaruh fahaman Liberal dalam
kalangan masyarakat Islam Di Lembah Kelang dan faktor-faktor yang menyebabkan
terpengaruhnya masyarakat Islam terhadap gerakan Liberalisme.

Keywords: liberalisme, ahli sunnah wal jamaah, perspektif

1

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

PENDAHULUAN
Pengaruh fahaman liberal lebih merbahaya dari diayah musuh Islam
yang nyata kerana diayah mereka datang dari kalangan umat Islam sendiri.
Golongan Islam liberal ini tidak menzahirkan diri sebagai orang yang menolak
agama, namun berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama,
mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fiqh
Islam. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot
mengenai agama. Bagi mereka agama hendaklah disesuaikan kepada realiti
semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum hakam dan peraturan agama

yang telah sabit dengan nas syarak secara qat’ie.
PENGARUH IDEOLOGI LIBERAL DALAM MASYARAKAT
Sebagai langkah bagi menyebarkan fahaman liberal di Malaysia,
pelbagai usaha dilakukan melalui penulisan di akhbar, penerbitan buku-buku
dan laman sesawang yang menyokong aliran fahaman Islam liberal (Ahmad
Yumni Abu Bakar dan Mohd Fairuz Jamaluddin, 2014).

Di antara pengaruh yang cuba diserapkan dalam pemikiran masyarakat
ialah:
i.

Sistem politik demokrasi mutlak dan menegakkan sebuah
negara sekular. Mereka berpendapat bahawa Nabi Muhammad
s.a.w menyerahkan segala urusan dunia kepada umat Islam,
malah tidak ada ayat al-Quran yang jelas menyeru umat Islam
supaya membentuk satu bentuk sistem politik tertentu, oleh itu
memilih sistem demokrasi mutlak adalah yang terbaik untuk
umat Islam.

ii.


Semua agama adalah sama. Fahaman liberal menggagaskan
fahaman pluralism agama sebagai anutan baru yang dianggap
boleh menyelesaikan pertelingkahan di kalangan masyarakat
berbeza agama.

2

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017)
Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1– 2 November 2017

iii.

Kesamaan hak antara lelaki dan wanita. Fahaman liberal
mendiayahkan bahawa Islam telah mendiskriminasi wanita,
maka wanita perlu dibebaskan dari cengkaman lelaki.

iv.

Batasan aurat yang ditentukan oleh Islam perlu dibuat

penilaian semula. Mereka memperjuangkan wanita tanpa hijab
dengan mengemukan pelbagai dalil rasional.

v.

Menolak autoriti ulama kerana fahaman ini memperjuangkan
kebebasan pendapat dan berijtihad secara mutlak.

Penyelewengan Akidah dan Syariah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006
telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya
Kepada Islam di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang
didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

Aspek Akidah
a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme
b. Akal Manusia Adalah Wahyu

c. Meragui Ketulinan Al-Quran

Aspek Syariah
a. Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith
b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat
c. Mempertikaikan Kriteria dan Akhlak Kenabian
d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam
e. Sikap Terhadap Hukum Fiqh
Isu-Isu Yang Diketengahkan Dalam Masyarakat Islam

3

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

Beberapa isu yang dianggap agak mudah mempengaruhi pemikiran
masyarakat terutama di kalangan mereka yang kurang memahami agama cuba
diutarakan oleh golongan ini, antaranya:
i. Persamaan Gender

Persamaan gender


adalah antara perjuangan utama golongan

berfahaman liberal. Terdapat beberapa NGO yang berlandaskan pemikiran
Islam Liberal telah berusaha keras menuntut persamaan antara lelaki dan
wanita sebagai agenda perjuangan mereka. Perubahan hukum syariah
khususnya yang berkaitan dengan persamaan hak antara lelaki dan perempuan
disuarakan oleh kelompok Sister in Islam (SIS). Dalam isu Rang UndangUndang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan 2005), SIS
bersama kumpulan NGO wanita yang lain telah menentang kuat Rang
Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononnya ia akan menzalimi
perempuan. Sebelum itu mereka juga menentang kuat Rang Undang-undang
Jenayah Syariah Terengganu (Hudud) dengan membangkitkan polemik
kononnya undang-undang itu akan menzalimi wanita yang dirogol. SIS juga
terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami secara
keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen monogami secara terbuka
(Riduan Mohd Noor, 2009). Agenda ini mendapat tempat dan sokongan dari
ramai kalangan orang Islam yang terpengaruh dengan hujah-hujah logik akal
dan mendapat tempat dan ruang dalam media arus perdana.

Program Musawah atau Global Movement for Equality and Justice in

the Muslim Family yang antara tujuannya adalah untuk memperjuangkan

kesaksamaan wanita telah berjaya mengumpul tokoh-tokoh liberal dari seluruh
dunia untuk bersama-sama memikirkan kaedah untuk memperjuangkan hak
wanita dan membebaskan mereka dari penindasan atas nama agama dan atas
nama hukum syarak. Mereka menganggap bahawa undang-undang keluarga
Islam yang ada tidak adil kepada wanita. Lebih parah, ada yang menganggap
Islam menindas kaum wanita, tidak memberi kebebasan dan mengongkong
wanita daripada melakukan aktiviti kemasyarakatan (Mohd Roslan Mohd Nor,
2011).
ii. Aurat Wanita Islam
4

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017)
Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1– 2 November 2017

Aliran Pemikiran Islam Liberal melihat bagi memerdekakan wanita
Islam dari belenggu kejumudan, salah satunya melalui pemahaman aurat yang
universal. Mereka melihat persoalan tudung, jubah dan menutup aurat itu
sebagai suatu yang merimaskan wanita dan wanita Islam perlu dibebaskan dari

pakaian yang menutup aurat tersebut (Mohd Roslan, 2011).
Baru-baru ini seorang wanita Islam yang bernama Maryam Lee telah
menggemparkan masyarakat Islam dengan menimbulkan perdebatan di twitter
apabila mendakwa dalam Al-Quran tidak pernah menyatakan bahawa rambut
perlu ditutup, kononnya dalam ayat tersebut hanya dinyatakan bahawa kain
kerudung kepala perlu dilabuhkan bagi menutup dada. Beliau menyatakan
“There is no word in the Quran that says cover your hair. Quran says your
cloth to yr chest. Covering hair is encouraged, not wajib” (Mrym@mrymler,
25 May 2017).

iii. Mempertahankan Hak-hak Asasi LGBT
Islam Liberal mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian dan gay.
Mereka menganjurkan usaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hakhak sivil golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan individu yang
mengamalkan interseksual. Agenda mereka menyokong sebarang usaha atau
ketetapan yang memberikan hak-hak yang sama rata untuk semua golongan
manusia dalam sebuah masyarakat Islam tanpa mengira jenis, fahaman agama,
budaya dan gaya hidup seseorang (Jabatan Agama Islam Selangor, 2011).

iv. Berkongsi Nilai Sejagat Melalui Pluralisme Agama
Islam Liberal juga mempromosikan Pluralisme Agama yang bertitik

tolak dari masalah golongan radikal Islam yang muncul disebabkan oleh
ketaksuban dan pemikiran yang dipenjara oleh ilmu Fiqh klasik yang sering
menyebabkan hubungan Muslim dan non-Muslim sentiasa menjadi tegang,
mendiskrimisikan non-Muslim dan isu-isu yang berkaitan dengan keadilan
dalam konteks hubungan agama (Nur Farhana, Mohd Nasir dan Idris Zakariya,
2010). Justeru sebagai reaksi dari permasalahan yang berlaku ini, fahaman
Pluralisme Agama dibentuk sebagai usaha gologan Islam Liberal menangani
isu ini.
5

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

Pluralisme agama dikesan mula berkembang di Barat pada abad ke-20,
berpunca dari andaian bahawa pertumpahan darah yang banyak berlaku di
dunia adalah akibat daripada sikap eksklusif dalam mendakwa kebenaran
(truth claim). Sememangnya didapati bahawa penganut agama Yahudi dan

Nasrani telah bersikap eksklusif dan dogmatik dalam mendakwa kebenaran
tanpa berhasil memberikan bukti yang kukuh atas dakwaannya itu, dan hal ini
menimbulkan ketegangan di antara penganut agama yang berbeza. Bertitik

tolak daripada andaian di atas, ramai pemikir dan ahli teologi Barat melihat
bahawa faham pluralisme agama ini adalah satu-satunya jalan keluar bagi
menangani sikap saling memusuhi dan tidak toleran masyarakat beragama
(religious intolerance) yang mengakibatkan peperangan yang panjang, baik

sesama penganut Kristian-Katholik, Protestan, Mormon dan lain-lain,
mahupun antara penganut Kristian dengan penganut Yahudi atau terhadap
penganut agama lain atau ideologi lainnya. Ia juga dilihat dapat mengurangkan
ketegangan antara dunia Barat dengan dunia Islam. Di pihak dunia Islam pula,
pluralisme semakin mendapat tempat dan rancak dibicarakan setelah peristiwa
11 September sebagai jalan penyelesaian dalam menangani ekstrimisme dan
terorisme yang dilakukan oleh sebahagian kecil orang Islam. Dengan kata lain,
peristiwa ini telah dijadikan satu kesempatan dan peluang yang tepat bagi
penyebaran faham pluralism agama di kalangan orang Islam (Khalif
Muammar, 2013).

Ancaman Pengaruh Pluralisme Dalam Masyarakat Islam
Ancaman Pluralisme Agama seumpama virus yang meresap melalui
pelbagai medium terutama wacana melalui internet yang merupakan media
baru yang sangat diminati oleh golongan muda. Pembawa virus ini pula
kelihatan seperti golongan professional yang ikhlas yang kononnya membawa
idea pembinaan semula agama yang kelihatan out of date. Fahaman ini
menjadi racun yang berbisa kepada akidah masyarakat Islam sekiranya tidak
ada usaha untuk menghalang kemaraannya. Keadaan menjadi lebih parah
apabila pembawa fahaman ini di kalangan mereka yang mempunyai latar
belakang pengajian tinggi dan mempunyai kedudukan yang penting dalam
organisasi malah sebagai pemimpin masyarakat.
6

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017)
Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1– 2 November 2017

Terdapat sebahagian golongan pluralis di kalangan umat Islam yang
samada secara sedar atau sebaliknya menyamakan konsep pluralism agama
dengan keterbukaan terhadap kepelbagaian agama dan sikap toleransi
beragama (Khalif Muammar, 2013). Sebagai contoh, Husin Mutalib (2007)
melalui tulisannya “Religious Diversity and Pluralism in South East Asian
Islam” mengertikan pluralisme agama sebagai penerimaan kepelbagaian
agama yang baginya telah dianjurkan oleh Islam. Begitu juga dengan Chandra
Muzaffar (2006) yang mengatakan bahawa pluralisme agama adalah
kehidupan penganut agama yang berbagai dalam sebuah masyarakat.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (2011), dalam tulisannya
yang bertajuk “Pluralisme Agama: Politik, Fanatik dan Realistik” bertarikh 25
Februari 2011, mengatakan bahawa fahaman pluralisme ini bergantung kepada
tafsiran pihak yang berbicara. Setiap pihak mempunyai kefahaman yang
tersendiri tentang hal ini. Pengenalannya kepada dua kategori pluralisme iaitu
pluralisme kufur dan sebaliknya jelas membayangkan bahawa agenda
pluralisme telah berjaya bertapak dalam masyarakat Islam di Malaysia
khususnya malahan lebih dari itu dikalangan tokoh-tokoh masyarakat Islam itu
sendiri.

Terdapat juga pendokong fahaman pluralisme yang cuba berhujah
menggunakan kata-kata ulama yang disalahertikan. Dalam sebuah temubual
dengan al-Jazeera, M. Hashim Kamali memetik ucapan Yusuf al-Qaradawi
yang menunjukkan seolah-olah tokoh ulama tersebut turut mendokong
pluralisme agama. Namun setelah diselidiki ternyata ia tidak benar. Malahan
dapat ditegaskan bahawa kesalahfahaman tersebut berpunca dari salah
pngertian istilah yang beliau gunakan iaitu “ta’addudiyyat al-adyan” atau
“ta’addudiyyah al-diniyyah” yang bermaksud kepelbagaian agama dan
bukannya pluralisme agama (M. Hashim Kamali, 2009).

Antara kesan terbesar dapat dilihat apabila masyarakat Malaysia secara
umumnya telah menerima konsep sambutan Kongsi Raya iaitu menyambut
perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia
7

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

apabila perayaan-perayaan tersebut kebetulan jatuh pada tarikh yang sama
atau berdekatan antara satu sama lain. Perkara ini telah mendapat reaksi dari
Jabatan Mufti Negeri Perak pada 22 Oktober 2004 dengan mengeluarkan
fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan
kafir adalah haram (Jabatan Mufti Negeri Perak, 2005).

Gejala murtad turut mengejutkan umat Islam di Malaysia. Kes-kes
murtad walaupun pernah berlaku dalam negara ini, namun sejak kebelakangan
ini ia berlaku secara terang-terangan dan disokong oleh pihak-pihak yang
berkepentingan.

Sisters in Islam (SIS) ditubuhkan pada tahun 1990, apabila Dr Amina
Wadud dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya yang merasakan
wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, bersepakat
untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa
mereka. Antara yang menjadi agenda utama pertubuhan ini adalah menyokong
kebebasan beragama. Dalam sebuah forum SIS, mereka menyatakan bahawa
“Islam bermaksud penyerahan diri kepada ketentuan Tuhan dan bukannya atas
ketentuan manusia. Mereka seterusnya mendakwa bahawa kebebasan
beragama bermaksud kebebasan menukar agama berdasarkan kenyataan
mereka “Bagaimana mungkin umat Islam mempertahankan konsep kebebasan
beragama untuk sesiapa yang ingin menganuti Islam sedangkan pada masa
yang sama menidakkan kebebasan untuk meninggalkan Islam? Keimanan
secara paksaan boleh menimbulkan sifat atau suasana hipokrit” (SIS Forum
(Malaysia), 2012).

Selain dari gerakan tersebut Malaysia turut dihiasi dengan sekumpulan
profesional yang menubuhkan kumpulan G25. G25 adalah sekumpulan 25
orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Muslim Moderate’ dan
menulis surat secara terbuka berhubung beberapa pendapat atau lebih jelas
sebagai pendirian mereka tentang beberapa perkara berkaitan sistem
perundangan Malaysia, hak institusi agama, pentafsiran hukum fiqh dan teks
tanpa sempadan, menghidupkan budaya debat termasuk dalam urusan agama
8

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017)
Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1– 2 November 2017

dan banyak lagi. Menurut laman sesawang rasmi mereka, G25 komited untuk
memperjuangkan negara Malaysia yang adil, demokratik, aman, toleran,
harmoni, sederhana dan berkepelbagaian kaum, budaya, serta agama yang
progresif melalui prinsip-prinsip Islam Wassatiyah dan Maqasid Syariah (SIS
Forum, 2012).

Isu LGBT (Lesbian, Gay, Bi-sexual and Trans-sexual) turut dilihat
sebagai kesan daripada fahaman pluralisme agama di Malaysia. Sungguhpun
Malaysia tidak mempunyai sebuah organisasi yang komited terhadap hak-hak
LGBT, telah wujud satu ikatan kerjasama antara organisasi-organisasi bukan
kerajaan,

artis-artis

tempatan

dan

individu-individu

tertentu

yang

menganjurkan acara tahunan “Seksualiti Merdeka”. Pertama kali diadakan dari
29 ke 31 Ogos 2008 bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia, ia
dipenuhi dengan perbincangan, persembahan, pemeriksaan kesihatan, bengkel
dan forum untuk mempromosikan hak-hak seksualiti sebagai sebahagian hak
manusia. Penganjur acara ini juga memperjuangkan hak-hak LGBT contohnya
melalui Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Sejagat, Majlis Peguam, SUARAM,
PT Foundation.

Latheefa Koya, yang kini menjawat Ketua Biro Hal Ehwal
Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyuarakan pendapat peribadinya
dalam artikel yang dipapar dalam lawan sesawang Majlis Peguam Malaysia
(Rethinking Malaysia’s sodomy Law, Sunday 26 July 2009).

Beliau

mengatakan bahawa Akta 377 sepatutnya dimansuhkan kerana ia mengganggu
hak atau tindakan peribadi seseorang individu yang rela.

FAKTOR

PENULARAN

IDEOLOGI

LIBERAL

DALAM

MASYARAKAT ISLAM

Dalam konteks Malaysia, gerakan pelampau Islam Liberal (atau
Muslim Liberal) kelihatan berkembang melalui pelbagai jalan dan saluran,
antaranya melalui jaringan internet (globalisasi) dan kemasukkan buku-buku

9

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

berkaitan liberalisme dari luar negara, serta dipelopori oleh individu dan
kumpulan tertentu yang berfahaman liberal.

Kekurangan ilmu akidah yang mantap di kalangan sebahagian
masyarakat memudahkan fahaman ini menular kerana fahaman liberal
menggunakan hujah logik akal. Idea kebebasan mutlak boleh menjadikan
mereka menentang al-Quran dan Hadis, sama ada secara langsung atau tidak
langsung, dengan dakwaan bahawa al-Quran dan Hadis tidak lagi sesuai
diamalkan pada zaman kini dan memerlukan penafsiran semula yang lebih
moderat (liberal). Propaganda ini bertujuan untuk merosakkan keutuhan ajaran
Islam yang telah meletakkan kebenaran dan autoriti ilmu sebagai asas utama
kepada akidah, syariah dan akhlak.
Perkembangan semasa Liberalisme di Malaysia menunjukkan bahawa
pemikiran liberal terus disebarkan secara meluas dalam kalangan umat Islam
walaupun fatwa pengharamannya telah dikeluarkan. Ini disebabkan pengaruh
media sosial di mana siapa sahaja dengan cara yang mudah dapat menerima
maklumat sebagai pendidikan tidak formal masyarakat. Generasi muda
terutamanya secara bebas boleh melayari maklumat yang disampaikan oleh
golongan liberal yang mungkin kerana faktor kurang kemantapan akidah
menyebabkan mereka menerima idea-idea baru yang dianggap up to date.

Faktor kemajuan dan kemodenan yang diimpikan oleh masyarakat
kadang-kadang menjadi umpan yang laris kepada agenda liberal untuk
mendekati masyarakat. Menurut Muhammad Razak Idris (2006), fahaman
liberal adalah fahaman yag berkait rapat dengan idea dan gerakan modenisme.
Gerakan modenisme ini merupakan idea untuk membebaskan sesebuah
masyarakat daripada kongkongan adat resam dan tradisi yang sempit yang
dianggap sebagai penghalang kepada budaya kemajuan dan kebebasan.. Bagi
mereka, untuk mengecap kemajuan hidup, masyarakat perlu membebaskan
diri mereka dari kongkongan tradis. Diayah ini sangat menarik perhatian
masyarakat sehinggakan mereka yang cuba menanam benih-benih Islam
liberal kadang-kadang dianggap sebagai tokoh yang progresif yang ingin
membawa masyarakat ke arah kemajuan.
10

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017)
Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1– 2 November 2017

Golongan liberal melancarkan diayah mereka dengan penyusunan
strategi yang rapi. Mereka mempunyai kumpulan penulis yang terlatih yang
mendokong faham pluralism dan inklusivisme yang menyediakan bahanbahan ilmiah, wawancara dan artikel yang boleh mempengaruhi minda
masyarakat (Bharuddin Che Pa, 2008).

Kebebasan memberi pendapat atau berijtihad yang dilaung-laungkan oleh
golongan

liberal

juga

menarik

perhatian

masyarakat.

Golongan

ini

memperlihatkan kepada masyarakat awam bahawa apa yang dilakukan oleh
meraka mampu menjadikan agama Islam dipandang mulia di sisi masyarakat
bukan Islam, selain selari dengan perkembangan kontemporari.

BEBERAPA

CADANGAN

MENGAWAL

DAN

MENCEGAH

PENULARAN PENGARUH LIBERAL DALAM MASYARAKAT

Beberapa tindakan segera perlu di ambil oleh pelbagai pihak,
antaranya;

1. Menimbulkan Kesedaran di Kalangan Masyarakat Mengenai Ancaman
Liberalisme Secara Menyeluruh dan Meluas

Kesedaran yang meluas perlu diusahakan agar pengaruh pluralism
agama dapat dibendung. Pendakwah-pendakwah perlu menekankan bahaya
liberalisme kepada masyarakat. Silibus yang khusus boleh dirangka sebagai
bahan penyampaian dakwah kepada masyarakat. Pendakwah tidak hanya
terfokus pada isu-isu biasa seperti kekeluargaan, kesihatan, pembangunan
sosial dan politik semata-mata (Riduan Mohamad Nor, 2009).

2. Peranan Pihak Berkuasa Agama

Penguatkuasaan mestilah dilakukan dengan tegas terhadap fahaman
liberal ini. Pegawai pejabat agama perlu kerap turun padang terutama di

11

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

kawasan-kawasan berisiko tinggi dengan gejala ini. Pencegahan akan lebih
berkesan jika dilakukan secara serentak antara penyampaian ilmu agama dan
penguatkuasaan undang-undang ke atas pesalah laku akidah.

3. Peranan Institut Wasatiyah Malaysia

Institut Wasatiyah Malaysia juga boleh berperanan untuk meluruskan
kefahaman agama dan pegangan akidah umat Islam melalui pelbagai aktiviti
seperti seminar, bengkel, wacana dan sebagainya selaras dengan objektif
penubuhan Institut.

4. Memberi Galakan Kepada Pelajar dan Masyarakat Untuk Menyertai
Seminar, Ceramah Berkaitan Dengan Penyelewengan Fahaman
Liberal.
Institusi-institusi Pengajian Islam di Malaysia berperanan dalam
menganjurkan program-program membincangkan isu-isu semasa berkaitan
fahaman liberal. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam bentuk in house
training di mana pakar-pakar awam dan swasta yang berkenaan dijemput

untuk memberikan maklumat tentang Islam Liberal dijangka lebih memberi
impak kepada usaha ini.

PENUTUP

Pengaruh dan kesan liberalisme semakin membarah dalam masyarakat
kita. Keadaan ini akan mengundang impak negatif kepada akidah dan
syakhsiah generasi muda kita yang sangat mudah dipengaruhi oleh anasiranasir baru, apalagi bila diwarnai wajah liberalisme itu dengan perbahasan
yang nampak semacam ilmiah dan kononnya sebagai formula penyelesaian
masalah ummah. Tindakan sewajarnya perlu dilakukan bagi menyekat virus
ini dari terus mewabaki masyarakat kita.

12

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017)
Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1– 2 November 2017

Rujukan
Adian Husaini. 2005. Islam Liberal, Pluralisme Agama dan Diabolisme
Intelektual. Surabaya: Risalah Gusti.
Adian Husaini. 2010. Pluralisme Agama Musuh-Musuh Agama.
Indonesia: Dewan Dakwah Indonesia.
Ahmad Yumni Abu Bakar dan Mohd Fairuz Jamaluddin. 2014. Menjawab
Islam Liberal Pendedahan Agenda Jaringan Islam Liberal (JIL) &
Sisters in Islam (SIS). Batu Caves, Selangor: PTS .
Arifin Suhaimi. 2013. Wabak Pluralisme, Bahaya Pluralisme Agama
dan Pendirian Islam. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn.
Bhd.
Bharuddin Che Pa, Raja Hisyamudin Raja Sulong, Afriandi Sanusi.
2008. Gerakan Islam Liberal dan Pandangannya Terhadap
Warisan Turath Islam Klasik. Seminar Pemikiran Islam 24
Ogos. Anjuran PUM dengan kerjasama YADIM
Haslina Ibrahim. 2014. Dari Kepelbagaian Agama Kepada Pluralisme
Agama: Sejarah Perkembangan. Dalam Mohd Farid Mohd
Shahran: Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami.Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Jabatan Agama Islam Selangor 2011. Sister in Islam: Wajah Gerakan Islam di
Malaysia. Selangor: JAIS.
Kamali, Muhammad Hashim. 2009. Diversity and Pluralism: A
Quranic Perspective. Islam and Civilisational Reward. IAIS.
Khalif Muammar. 2013. Islam dan Pluralisme Agama. UTM: Centre
for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation
(CASIS).
Mohd Farid Mohd Shahran. 2014. Pluralisme Agama Satu Penelitian
Islami. Kuala Lumpur: IKIM.
Mohd Roslan Mohd Nor. 2011. Menangani Cabaran Umat Islam Era
Moden. Jurnal al-Tamadun, 6, 107-108)
Muhammad Rashidi. 2017. Pemikiran Liberalisme Dalam Wacana Agama
dan Ancamannya di Malaysia . Wacana Pemikiran dan Peradaban
Ummah Ke-9 di Auditorium Besar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Seminar anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat
Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama JAKIM dan Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 17 Jan 2017.
Muhammad Razak Idris. 2006. Aliran Islam Liberal Cabaran Baru
Umat Islam. Dlm Shaharudin Mohd Rumnaizuddin Ghazali &
Khairul Ariffin Mohd Munir. Gerakan Islam Antara Dua
Paradoks. hlm. 118. Selangor: Edisi Cemerlang Sdn. Bhd.

13

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 27 Julai 2006
Nur Farhana, Mohd Nasir dan Idris Zakariya (2010). Faham Pluralisme
Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syariah Islamiyah .
Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permutadan,
anjuran bersama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
(MUAFAKAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Permuafakatan Badan Amal
Islam Wilayah Persekutuan (di bawah Jabatan Mufti Wilayah
Persekutuan), Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs
(ACCIN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan
Hal Ehwal Khas (JASA)
Riduan Mohd Noor, Ahmad Adnan Fadhil 2009. Islam Liberal dan Pluralisme
Agama . Kuala Lumpur: Jundi Resources.
Zainul Abidin, Asri, http://drmaza.com/home/?p=1366 (February 25,
2011)
http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.h

Mrym@mrymler, 25 May 2017
Penghargaan
Kertas kerja ini adalah hasil dapatan kajian yang telah diberikan oleh UTM
kepada pengkaji dalam geran GUP. Terima kasih kepada UTM kerana
meluluskan geran penyelidikan ini.

14