ASSIGNMENT ASAS DAN CIRI AKIDAH

PENGENALAN
Aqidah tauhid merupakan asas yang membezakan Islam dari aqidah yang lain. Aqidah seringkali
difahami sebagai asas teori yang membezakan kepercayaan agama Islam dari agama yang lain.
Para sarjana Islam telah menyusun asas aqidah di dalam rukun Iman yang berdasarkan dalil-dalil
dari al-Quran dan Sunnah serta penelitian akal yang rasional.
Hasil kerja yang sederhana ini bertujuan untuk meneliti aqidah dari dimensi yang sedikit berbeza
iaitu aqidah sebagai pendorong untuk individu Muslim melakukan amalan baik dan menjauhi
amalan buruk. Aqidah juga berperanan sebagai panduan dalam hidup. Kefahaman dan
penghayatan terhadap aqidah Islam diharap akan menjadi faktor menggalakkan individu Muslim
melakukan amalan kebaikan dan menjauhi perbuatan buruk.
Perbincangan berkenaan asas dan furuk aqidah menjadi tumpuan agar nanti garis pemisah di
antara iman dan kufur dapat dilihat secara jelas. Ini bagi mengelakkan sesetengah golongan yang
cuba untuk menganggap orang yang berbeza pandangan dengan mereka sebagai kafir.
Perbincangan seterusnya menumpukan berkenaan ciri-ciri Aqidah Islamiyah. Apabila kita
menyebut tentang ciri-ciri sesuatu agama maka perlu difahami bahawa ciri-ciri yang terdapat
pada setiap agama itulah yang membezakan dengan sesuatu yang lain. Maka kita dapat rumuskan
bahawa ciri-ciri yang terdapat dalam Aqidah Islamiyah membezakannya dengan aqidah-aqidah
yang lain.

OBJEKTIF KAJIAN




Mengenal pasti asas-asas akidah
Mengkaji ciri-ciri akidah

ASAS PERTAMA : ZAT ALLAH

Percaya kepada Allah bermaksud beriman dengan kewujudan, keesaan, dan kesempurnaan Allah
SWT. Demikian juga menafikan dari Allah SWT sebarang bentuk kekurangan dan sifat-sifat
persamaan dengan makhluk. Sementara itu, kepercayaan terhadap kesempurnaan Allah SWT
bermaksud percaya zat Allah SWT mempunyai segala sifat kesempurnaan seperti mendengar,
melihat dan mengetahui. Kepercayaan ini membezakan aqidah Islam dengan aqidah golongan
Yahudi. Biarpun golongan Yahudi percaya bahawa tuhan itu esa namun mereka juga percaya
bahawa tuhan mereka bersifat dengan sifat manusia seperti berbohong, menangis dan penuh
dengan sifat kekurangan.
Allah itu Maha Esa ( Wahid) pada zatNya iaitu tiada sekutu (Syarik) bagiNya. Allah juga bersifat
Maha Tunggal (Fardun) iaitu tidak ada yang seumpama denganNya. Allah itu tempat
pergantungan (Samad) iaitu tidak ada yang dapat menandingiNya. Allah itu diEsa dan di
Agungkan (Mutawahhid) tanpa ada yang dapat menyamai kedudukanNya.Firman Allah SWT :


    
     

  
  
  

Maksudnya :1. Katakanlah ( Wahai Muhammad ) : “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha
Esa ;2. “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang
hajat; 3. “Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; $. “Dan tidak ada
sesiapapun yang serupa denganNya”.

Selain itu, Allah bersifat qadim iaitu tidak ada baginya yang mendahuluiNya (dari segi kejadian).
Allah juga bersifat azali iaitu tidak ada bagiNya permulaan. Kewujudan Allah adalah berterusan

(Mustamir) iaitu tiada pengakhiran.Seterusnya, Allah bersifat kekal (Abaadi) iaitu tiada
kesudahan bagiNya, Maha Berdiri Sendiri (Qayyum)

      



Maksudnya:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang
kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)”

tanpa terhenti bagiNya, dan sentiasa bersifat denagn sifat keagungan (Jalal). Bahkan, Allah itu
Maha Awal, Maha Akhir, Maha Zahir, Maha Batin dan Maha Mengetahui atas setiap perkara.

ASAS KEDUA : ALLAH MAHA SUCI ( AL-TAQDIS)

Sesungguhnya Allah tidak memiliki jisim yang dapat digambarkan dan tidak mempunyai jauhar
yang terbatas dengan sesuatu ukuran. Allah juga tidak serupa dengan benda-benda yang berjisim,
tidak mempunyai ukuran tertentu dan tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian
tertentu
Allah bukanlah jauhar yang dapat ditempatkan padanya segala jenis jauhar dan Allah bukanlah
‘arad (sifat-sifat yang mendatang) yang dapat ditempatkan padaNya segala jenis ‘arad. Bahkan
Allah tidak menyerupai dengan sesuatu apa pun kewujudan yang dapat menyerupaiNya.
Seterusnya, Allah tidak terbatas dengan sesuatu ukuran, tidak terikat dengan sesuatu tempat,
tidak dilinkungi dengan sesuatu arah dan tidak dinaungi dengan lapisan langit. Sesungguhnya
Allah beristiwa di Arasy berdasarkan firmannya dalam al-Quran,

Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 59 :

    
      
 
Maksudnya :
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam
masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy.

mengikut makna yang Dia kehendaki iatu istiwa’ yang terpelihara daripada maksud bersentuhan,
menetap dan berada di suatu tempat serta bergerak dan berpindah dari suatu tempat ke tempat
yang lain.

‘Arasy tidak menanggung dan memikul Allah, bahkan ‘Arasy dan para malaikat yang
menanggung Arasy dipikul dengan kekuasaanNya. Kesemua itu berada dibawah penguasaanNya.
Surah Faathir ayat 41 menjelaskan perkara ini

      
       
       


Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak
berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya ; dan jika keduanya
(ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya dari
berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya ia Maha Penyabar, lagi Maha
Pengampun.”

Allah itu Maha Tinggi ‘Arasy dan mengatasi setiap sesuatu sehingga mengatasi keluasan
bintang, bahkan jarak antara ‘Arasy dan langit amat dekat bagiNya. Walaupun sedemikian
darjatNya, Allah sangat dekat dengan segala makhluk ciptaanNya. Dia lebih hampir dengan
hamba-hambaNya berbanding dekatnya seseorang itu dengan urat lehernya sendiri

Ini dinyatakan di dalam firmanNya,surah Qaaf ayat 16












      
   
Maksudnya :
“ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih
dekat kepadanya daripada urat lehernya.”

Sesungguhnya Dia sentiasa bersifat dengan sifat keagunganNya dan terpelihara daripada
sebarang kekurangan. Pada sifat kesempurnaaNya tidak memerlukan kepada sebarang
pertambahan bagi mendapatkan sifat kesempurnaan.
Selain itu, zat Allah dapat diketahui kewujudanNya dengan akal. ZatNya dapat dilihat dengan
penglihatan yang merupakan nikmat daripadaNya dan belas ihsan terhadap golongan hambahambaNya yang baik ketika berada di alam akhirat. Bagi menyempurnakan lagi nikmat Allah
kepada hamba-hambaNya di akhirat nanti ialah nikmat dapat melihat allah yang Maha Mulia.Ini
berdasarkan firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 22-23


    

 
 

Maksudnya :
22. pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri ; 23.
melihat kepada Tuhanny

ASAS KETIGA : ALLAH MAHA BERKUASA ( ALQUDRAH)
Sesungguhnya Allah Maha Hidup ( Haiy), Maha Berkuasa (Qadir), Maha Perkasa ( Jabbar) dan
Maha Penakluk (Qahir).
Selain itu, tidak terdapat padaNya segala kekurangan (Qusur) dan kelemahan (‘Ajuz). Allah juga
tidak pernah mengantuk (Sinah) dan tidur (Naum). Ini juga jelas berdasarkan firmanNya

        
    
Maksudnya :
“Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi.”


serta tidak akan terkena padaNya sebarang kebinasaan (Fana’) dan kematian (Maut).
Sesungguhnya Allah pemilik kerajaan alam nyata (al-Mulk) dan alam ghaib (al-Malakut),
pemilik segala kemuliaan (al-‘Izzah) dan keperkasaan (al-Jabarut)
Segala langit dilipat dan digulung dengan kekuasaanNya manakala seluruh makhluk sentiasa
berada di bawah penguasaanNya. Bahkan juga, Allah Maha Tunggal dalam mencipta dan
membuat sesuatu, Esa dalam mewujud dan mengadakan sesuatu. Surah al-Hasyr memaparkan
situasi ini :

        











       
    






      
Maksudnya :
22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui
perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dial ah Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.
23. Dial ah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang menguasai
(sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang
Maha Pengawal serta (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi
segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutu
dengannya.

CIRI PERTAMA : TAUQIFIYAH (TERHENTI)

Tauqifiyah bermaksud tiada ruang untuk berijtihad atau tiada ruang untuk ditambah atau
dikurangkan dan tiada ruang untuk diubah atau digantikan kerana aqidah ini bersumberkan
Rabbani atau wahyu daripada Illahi.
Ciri ini membezakan antara Aqidah Islamiyah dengan aqidah penyembah berhala, mereka
menggunakan akal dalam mencipta tuhan mereka, maka jadilah tuhan mereka sepertimana yang
mereka mahukan. Berbeza dengan Islam yang diajar menerima dan meyakini apa yang
disampaikan oleh Allah melalui RasulNya sama ada Al-Quran atau As-Sunnah tanpa sedikit
keraguan. Bukanlah bererti kita menolak penggunaan akal tetapi akal manusia mempunyai had
yang tertentu sehingga beberapa perkara tidak tercapai pada akal, jika manusia menggunakan
akal maka jadilah tuhan-tuhan baru yang berlawanan akal dan menyeleweng.
Aqidah Islamiyah juga berbeza dengan Aqidah Samawiyah yang lain seperti ( Yahudi dan
Kristian) dari sudut ini. Aqidah Samawiyah pada asalnya murni dari sebarang tokok tambah akal
tetapi disebabkan ulama-ulama dunia mereka mengubah agama itu sesuai dengan akal dan nafsu
mereka sehingga merosakkan aqidah yang murni itu. Maka ciri ini merupakan ciri yang dominan
dalam menjaga kesucian Islam dan membezakan aqidah-aqidah yang lain.
Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya
kamu tidaklah mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang


Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. (AsSyura :52)

CIRI KEDUA : GHOIBIYYAH (SESUATU YANG
GHAIB)
Ciri yang kedua ialah Aqidah Islamiyah ini merupakan perkara ghaib, tidak mampu tercapai oleh
pancaindera manusia, mahupun mata kasar insan tetapi setiap umat Islam wajib beriman dengan
Allah, malaikat, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari pembalasan dan Qada’ dan Qadar, dan
semua ini merupakan perkara ghaib yang wajib diyakini oleh seorang mukmin, selaras dengan
firman Allah :

         
……

   

Maksudnya : “Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang
bertaqwa (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib
(Al-Baqarah:2-3)
Ciri ghaib ini bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan akal, malah akal yang sihat mampu
menerimanya, bukanlah sesuatu yang tidak terlihat itu sesuatu yang tidak wujud malah wujud,
misalnya udara yang kita sedut setiap hari, ada sesiapa yang menafikan kewujudannya walau
tidak terlihat oleh pancaindera? Hal ini berbeza dengan golongan pemikiran realistik, mereka
mengingkari wujudnya perkara ghaib dan hanya meyakini sesuatu yang dapat dilihat melalui
pancaindera sahaja.

CIRI KETIGA : SYUMUL
Ciri yang ketiga pula ialah aqidah Islamiyah ini bersifat syumul ( bersifat menyeluruh dan tidak
meninggalkan satu aspek pun dalam kehidupan manusia sama ada dari aspek peribadi,
masyarakat atau alam sejagat).
Aqidah Islamiyah menyeluruh dalam 3 aspek utama iaitu :
i.
ii.
iii.

Ibadah yang sempurna
Hubungan manusia dengan makhluk dan sesame manusia
Perkaitan antara dunia dan akhirat

Menyeluruh dari sudut ibadah yang mencakupi 4 ibadah utama :
i.
ii.
iii.
iv.

Hati seperti pengharapan, tawakkal, ketakutan kepada Allah
Percakapan seperti memberi nasihat, berzikir, membaca Al-Quran
Perbuatan seperti solat, puasa dan haji
Harta seperti zakat dan sedekah

Menyeluruh dari sudut hubungan manusia bukan sahaja dengan Allah bahkan sesama manusia,
dan juga kehidupan lain. Menyeluruh dari sudut perkaitan antara dunia dan akhirat iaitu
merangkumi kehidupan manusia ini sama ada kehidupan di dunia, seterusnya di alam kubur, dan
seterusnya kehidupan akhirat selepas dibangkitkan. Al-Quran pula telah diturunkan bagi
menerangkan tentang kehidupan manusia secara menyeluruh.
Syumul juga membawa erti menyenangkan fitrah manusia kerana tidak ditaklifkan kesulitan
(memudahkan) dan tidak ada perpecahan di dalamnya. Seterusnya keubudian kepada Allah juga
bukanlah hanya dalam ibadah fardiyah atau atau amalan akhirat sahaja bahkan meliputi kesemua
aspek langit dan bumi, ghaib dan nyata, dan dalam setiap langkah perbuatan dan sebagainya.
Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan dialah Tuhan yang disembah di langit dan Tuhan yang disembah di bumi, dan dialah yang
Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui….”
( Az-Zukhruf :84)

CIRI KEEMPAT : MUTAKAMIL

Ciri yang seterusnya ialah mutakamil iaitu lengkap dengan Aqidah Islamiyah terikat antara satu
sama lain. Contohnya seseorang itu tidak akan dapat beriman kepada kitab Allah jika tidak
meyakini bahawa rasul-rasul yang diutuskan adalah untuk membenarkan kalam Allah itu. Aqidah
Islamiyah ini juga telahfi lengkap ( mutakamil) dan menyeluruh (syumul) tetapi terhad
(taufiqiyah). Jadi, jika seseorang itu menolak salah satu dari rukun iman (aqidah) maka bererti
dia telah menafikan yang lainnya.
Aqidah dan iman ini berkait rapat antara satu sama lain dalam aspek ibadat dan muamalat yang
terkandund dalamnya hokum-hukum syariat, amalan dan akhlak. Jadi keimanan yang kukuh
kepada Allah amat penting kerana semua pensyariatan ini tergabung dibawah rukun ini. Selain
itu, aqidah juga lengkap dari setiap segi sama ada pemikiran dan iman atau iman dan amal yang
mana keduanya saling menguatkan antara satu dengan lain.
Asas kepada pemikiran diniyah yang terpelihara dan berkembang ialah akal dan hati. Jadi fikrah
(pemikiran) Islamiyah yang betul dapat mempertahankan segala kandungan yang terdapat di
dalam aqidah itu sendiri. Tambahan fikrah ini juga, perlu kepada iman dan aqidah yang dapat
memandu amalan secara khusus untuk melaksanakannya.
Aqidah juga merupakan fitrah manusia tetapi bagi yang cuba melawan fitrah ini akan merasa
resah dan gelisah kerana itu adalah ketetapan Allah disamping merupakan petunjuk yang lengkap
antara rohani dan zahir dalam kehidupan manusia. Akhir sekali kehidupan jasadiah manusia dan
kehidupan peradaban (kerohanian) secara keseluruhan tidak akan berlaku ‘tanaqud’
(perselisihan) kerana ia mempunyai fitrah yang melengkapi kehidupan manusia.

CIRI KELIMA : TAWAZUN

Ciri terakhir ialah Tawazun yang membawa erti Wasotiyah (pertengahan) dan juga bersederhana.
Hal ini beerti Aqidah Islamiyah tidak membertkan sebahagian sudut dan meringankan sudut yang
lain sehingga membuatkannya berbeza dengan Aqidah Fasidah yang lain. Kesederhanaan dalam
pertimbangan mengikut hikmah Rabbaniyah iaitu penetapan dalam nisbah antara kehidupan
dengan nilainya seperti :
I.
II.
III.
IV.
V.

Harta dan kesenangan
Amalan dan akal
Ilmu pengetahuan dan kekuatan
Ibadah dan apa yang berkaitan dengannya
Sifat perkauman dan sifat kemanusiaan

Islam menjadikan semua susunan ini sesuai dengan nisbahnya tidak kurang atau sebaliknya. Jika
kita lihat bagaimana aqidah fasidah yang lain mereka menghalang para rahib mereka daripada
berkahwin dan hanya berfokus pada ibadah kerohanian sahaja. Hal ini bertentangan dengan
fitrah manusia, tidak terlalu memberatkan dalam aspek ibadah sehingga tidak berkahwin dan
sebagainya, kerana konsep ibadah dalam Islam itu sebenarnya luas. Setiap yang dilakukan adalah
ibadah tetapi bergantung pada niat seseorang itu.
Bagi agama Yahudi dan Nasrani pula, mereka mempertuhankan nafsu mereka dan
memperhambakan wahyu dalam menetapkan hukum agar selari dengan kehendak mereka.
“Tawazunlah (seimbang) dalam asas pengetahuan antara wahyu dan akal, antara iman dengan
ketentuan dan pengambilan asbab, antara dunia dan amalan akhirat, antara penderian
materialistik dan pendirian ma’nawi.
(Manhaj Tarbiyah Islamiyah-Syed Qutb)