BELIA MASA DEPAN BANGSA DAN NEGARA

TAJUK: BELIA MASA DEPAN BANGSA DAN NEGARA

Belia adalah aset negara yang berharga untuk masa kini dan masa akan datang. Dalam
konteks Negara Brunei Darussalam, belia adalah berumur 15 tahun hingga 40 tahun. Mereka
adalah pewaris kepimpinan pembangunan negara bagi menunaikan harapan negara dalam
pelbagai aspek penting seperti aspek ekonomi, sosial dan pendidikan.
Belia pada masa kini mempunyai bakat semula jadi. Tenaga belia amat diperlukan oleh
kerajaan bagi mengembangkan ekonomi negara. Para belia yang kreatif dalam hal
pengurusan dan pengusahaan amat membantu menaikan ekonomi negara bagi mengelakkan
kemerosotan berlaku di negara mereka.Belia juga merupakan pewaris negara yang akan
memikul tanggungjawab dalam menerajui ekonomi negara pada masa hadapan. Oleh itu,
impian negara adalah melahirkan belia cemerlang yang mampu untuk membangun serta
memajukan ekonomi negara.
Belia yang cemerlang ialah belia yang hormat kepada agama, ibu bapa serta guru malah
hormat kepada bangsa dan negara. Mereka juga mempunyai akhlak yang baik. Negara
Brunei Darussalam juga dikenali sebagai sebuah ‘Negara Zikir’ kerana penghayatan Islam
amatlah dititikberatkan di dalam kalangan masyarakat dan sebagai penganut agama Islam
yang selari dengan pegangan konsep MIB. Setiap perilaku yang bakal belia lakukan
hendaklah tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam kerana Islam telah mengajar kita
sentiasa berbuat baik di dalam setiap perkara dan kita sebagai hamba Allah wajib mematuhi
perintah Allah serta menjauhi segala larangan-Nya.

Selain daripada itu, belia yang cemerlang sering dikaitkan dengan ilmu pengetahuan kerana
mereka yang akan bersaing dengan rakan di seluruh pelusuk dunia. Namun begitu,
pendidikan hendaklah selaras dengan ajaran agama Islam kerana takut boleh menyesatkan

kepada penganut yang beragama Islam. Belia haruslah bijak di dalam mengatur kehidupan
sehariannya dengan melakukan perkara-perkara yang menjurus kepada kebaikan dan
hendaklah hidup berdikari tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Akhir Kalam, para belia haruslah sentiasa berfikiran terbuka, positif dan kreatif agar dapat
menempuhi cabaran-cabaran yang akan mereka hadapi. Selain persiapan mental dan fizikal,
persiapan rohani juga harus diberi perhatian . Berkonsepkan negara zikir yang berteraskan
Melayu Islam Beraja haruslah menjadi panduan setiap belia dalam apapun inisiatif dalam
memastikan pembangunan dan kemajuan negara dapat dicapai.

NAMA PENUH : NURRAFHANAH BTE ROMZE
KAD PENGENALAN : 01-102310 (K)
ALAMAT LENGKAP: JHEU 76 , NO 1 RUMAH GURU BERDEKATAN SR TANAH
JAMBU, BU2119
NO TELEFON : 8795941