Hukum tentang saham

C: Dari segi nilai Saham

1.Nilai nominal/nilai muka: nilai asas pada setiap unit saham ketika diwujudkan syarikat di mana jumlah kesemua nilai muka tersebut mewakili modal buat 1.Nilai nominal/nilai muka: nilai asas pada setiap unit saham ketika diwujudkan syarikat di mana jumlah kesemua nilai muka tersebut mewakili modal buat

2-Nilai terbitan: Kadang kala syarikat mengeluarkan saham dengan harga yang lebih rendah dari nilai muka. Contohnya harga saham mengikut nilai muka RM4.00, tetapi syarikat menawarkan dengan harga RM3.00 ketika diterbitkan untuk menggalakkan ramai yang melanggannya.

Dari segi hukum syariat, berdasarkan kaedah fiqh, terbitan saham dengan perbezaan harga seperti ini tidak dibenarkan oleh syariat. Ini kerana nilai muka dan nilai terbitan sama sahaja dari segi hak ketika pembahagian keuntungan. Keuntungan secara asasnya diperolehi disebabkan oleh harta, pekerjaan atau jaminan, namun dalam hal ini tidak ada kena mengena perkara tersebut (harta, pekerjaan atau jaminan) yang memerlukan suatu perbezaan nilai antara nilai muka dengan nilai terbitan. Dari sudut yang lain pula adalah tidak adil terhadap pemilik saham yang asal yang telah menyumbang kepada syarikat dengan pembelian saham mengikut nilai muka, sedangkan pemilik saham yang membeli saham nilai terbitan dengan harga yang lebih rendah pula mendapat keuntungan dengan kaedah pengagihan yang sama.

3-Nilai hakiki iaitu nilai bersih yang dimiliki oleh pemegang saham setelah ditolak dengan kos-kos yang ditanggung oleh syarikat. Nilai ini dikatakan sebagai nilai muka ketika pertama kali saham diterbitkan oleh syarikat tetapi setelah syarikat menjalankan operasinya, kedudukannya pasti berbeza mengikut kedudukan prestasi syarikat sama ada berjaya mendapat keuntungan atau gagal dalam operasi syarikat.

Dari segi hukumnya menurut Islam nilai hakiki ini diharuskan kerana setiap syarikat terdedah kepada risiko untung dan rugi. Perkara ini dilihat sebagai indeks hakiki bagi prestasi syarikat sama ada untung atau sebaliknya.

4-Nilai pasaran atau nilai perdagangan: iaitu nilai saham pada pasaran atau bursa yang sentiasa berubah mengikut permintaan dan penawaran serta keadaan pasaran yang melibatkan aktiviti spekulasi, keadaan politik dan sosial.

Dari segi hukum adalah harus kerana pada asasnya menurut syariat, seseorang itu sepatutnya membeli sesuatu mengikut harga pasaran.