KEDATANGAN GURU Larangan penerimaan komisyen: Surat KPM Bil KP 77 016364J jld 7 4 bertarikh 11122000.

7.0 PERHUBUNGAN SESAMA GURU

7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan 7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan fahaman pendapat kepercayaan kepada guru ataupun pelajar staf sokongan sekolah. 7.6 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status, sosial, ekonomi, kelulusan, dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud sekolah.

8.0 BILIK GURU 8.1

Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda dalam bilik guru. 8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukannya free period. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 8.3 Bilik Guru adalah kawasan larangan bagi pelajar, jurujual, ibu bapa dan lain-lain pelawat tidak rasmi. 8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman mana-mana pihak.

9.0 BUKU KEDATANGAN PELAJAR

9.1 Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah Buku Jadual Kedatangan Pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami serta mematuhi kehendak-kehendak yang sama tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 9.2 Buku Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu perhimpunan. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, penyelaras tingkatan hendaklah menandakannya. 9.3 Buku Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah sentiasa berada di pejabat. 9.4 Apabila pelajar tidak hadir selama 3 hari berturu-turut atau berselang-selang dalam seminggu, guru tingkatan hendaklah menghubungi ibu bapa pelajar melalui telefon diikuti secara bertulis. 9.5 Analisis kehadiran pelajar mesti dibuat pada akhir bulan dan disemak oleh Penyelaras Tingkatan sebelum disahkan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 9.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar. 9.7 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengurus Buku Jadual Kedatangan Pelajar bagi pihak guru. 9.8 Guru dikehendaki mengambil kedatangan murid di Dataran Q atau semasa perhimpunan dan kedatangan diserahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir untuk direkod ke dalam eKehadiran.

10.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

10.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 10.2 Ketua PanitiaGuru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dibilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 10.3 Harta benda sekolah yang dipinjam oleh guru hendaklah direkod dalam Buku Pergerakan Harta ModalDaftar Pinjaman Alatan.

11.0 KEBERSIHAN 11.1

Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 11.2 Guru KananKetua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khastempat khas bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain bertanggungjawab menjaga bilik tersebut. 11.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

12.0 SURAT MENYURAT

12.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua.

12.2 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 12.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah: 12.3.1 Mengambil surat yang berkenaan di pejabat jika surat itu tiada dalam simpanannya 12.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan 12.3.3 Memulangkan surat itu ke pejabat

13.0 MEMBELI BARANG DAN MEMBUAT TUNTUTAN

13.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon melalui kebenaran Ketua Panitia dengan mengisi Borang Nota Minta yang boleh diperoleh di pejabat. 13.2 Borang mesti mendapat pengesahan daripada Guru KananPenolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 13.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. Sila rujuk kepada Pembantu Tadbir Kewangan. Pembelian Cuma boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pengetua. 13.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dan inventori dengan kemas. Selepas menerima barang pesanan mesti terlebih dahulu ditunjukkan kepada PT Kewangan . 13.5 Invois mesti dikembalikan dengan segera kepada Pembantu Tadbir Kewangan untuk urusan bayaran. Semua pembayaran mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari. 13.6 Guru tidak dibenarkan membuat pembelian menggunakan wang sendiri. Dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan sila maklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu. Tuntutan Pembayaran bagi pembelian sedemikian hendaklah dikemukan dengan segera. 13.7 Semua tuntutan dalam pengelolaan sesuatu aktiviti hendaklah dibuat dengan kadar segera selepas aktiviti tamat. 13.8 Semua tuntutan perjalanan bulanan hendaklah diserahkan ke pejabat selewat-lewatnya pada 5hb bulan-bulan berikutnya. Sebarang kelewatan tuntutan tidak akan dilayan oleh kerani kewangan pejabat. 13.9 Semua tuntutan hendaklah disediakan dengan i Kertas kerja ,ii Nota minta, iiiPesanan sekolah LO, iv Invois, v Resit -resit, viSurat-menyurat, viisenarai nama murid jika terlibat. Kertas kerja dan nota minta mesti ditandatangani oleh Pengetua 13.10 Sebarang pembelian mesti mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu