TUGAS GURU Larangan penerimaan komisyen: Surat KPM Bil KP 77 016364J jld 7 4 bertarikh 11122000.

11.0 KEBERSIHAN 11.1

Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 11.2 Guru KananKetua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khastempat khas bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain bertanggungjawab menjaga bilik tersebut. 11.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

12.0 SURAT MENYURAT

12.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua.

12.2 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 12.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah: 12.3.1 Mengambil surat yang berkenaan di pejabat jika surat itu tiada dalam simpanannya 12.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan 12.3.3 Memulangkan surat itu ke pejabat

13.0 MEMBELI BARANG DAN MEMBUAT TUNTUTAN

13.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon melalui kebenaran Ketua Panitia dengan mengisi Borang Nota Minta yang boleh diperoleh di pejabat. 13.2 Borang mesti mendapat pengesahan daripada Guru KananPenolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 13.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. Sila rujuk kepada Pembantu Tadbir Kewangan. Pembelian Cuma boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pengetua. 13.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dan inventori dengan kemas. Selepas menerima barang pesanan mesti terlebih dahulu ditunjukkan kepada PT Kewangan . 13.5 Invois mesti dikembalikan dengan segera kepada Pembantu Tadbir Kewangan untuk urusan bayaran. Semua pembayaran mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari. 13.6 Guru tidak dibenarkan membuat pembelian menggunakan wang sendiri. Dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan sila maklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu. Tuntutan Pembayaran bagi pembelian sedemikian hendaklah dikemukan dengan segera. 13.7 Semua tuntutan dalam pengelolaan sesuatu aktiviti hendaklah dibuat dengan kadar segera selepas aktiviti tamat. 13.8 Semua tuntutan perjalanan bulanan hendaklah diserahkan ke pejabat selewat-lewatnya pada 5hb bulan-bulan berikutnya. Sebarang kelewatan tuntutan tidak akan dilayan oleh kerani kewangan pejabat. 13.9 Semua tuntutan hendaklah disediakan dengan i Kertas kerja ,ii Nota minta, iiiPesanan sekolah LO, iv Invois, v Resit -resit, viSurat-menyurat, viisenarai nama murid jika terlibat. Kertas kerja dan nota minta mesti ditandatangani oleh Pengetua 13.10 Sebarang pembelian mesti mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu