11.0 KEBERSIHAN 11.1
Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
11.2 Guru KananKetua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khastempat khas bengkel, bilik kaunseling, makmal dan
lain-lain bertanggungjawab menjaga bilik tersebut. 11.3
Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.
12.0 SURAT MENYURAT
12.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua.
12.2 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan segera terhadap surat-surat
tersebut. 12.3
Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:
12.3.1 Mengambil surat yang berkenaan di pejabat jika surat itu tiada dalam simpanannya
12.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan
12.3.3 Memulangkan surat itu ke pejabat
13.0 MEMBELI BARANG DAN MEMBUAT TUNTUTAN
13.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon melalui kebenaran Ketua Panitia dengan mengisi Borang Nota Minta
yang boleh diperoleh di pejabat. 13.2
Borang mesti mendapat pengesahan daripada Guru KananPenolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 13.3
Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. Sila rujuk kepada Pembantu Tadbir Kewangan. Pembelian Cuma boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pengetua.
13.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dan inventori dengan
kemas. Selepas menerima barang pesanan mesti terlebih dahulu ditunjukkan kepada PT Kewangan . 13.5
Invois mesti dikembalikan dengan segera kepada Pembantu Tadbir Kewangan untuk urusan bayaran. Semua pembayaran mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari.
13.6 Guru tidak dibenarkan membuat pembelian menggunakan wang sendiri. Dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan sila
maklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu. Tuntutan Pembayaran bagi pembelian sedemikian hendaklah dikemukan dengan segera.
13.7 Semua tuntutan dalam pengelolaan sesuatu aktiviti hendaklah dibuat dengan kadar segera selepas aktiviti tamat.
13.8 Semua tuntutan perjalanan bulanan hendaklah diserahkan ke pejabat selewat-lewatnya pada 5hb bulan-bulan berikutnya.
Sebarang kelewatan tuntutan tidak akan dilayan oleh kerani kewangan pejabat. 13.9
Semua tuntutan hendaklah disediakan dengan i Kertas kerja ,ii Nota minta, iiiPesanan sekolah LO, iv Invois, v Resit -resit, viSurat-menyurat, viisenarai nama murid jika terlibat. Kertas kerja dan nota minta mesti ditandatangani oleh
Pengetua 13.10
Sebarang pembelian mesti mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu
14.0 KEGIATAN KOKURIKULUM
14.1 Semua guru ditugaskan sebagai penasihat kegiatan kokurikulum.
14.2 Guru penasihat adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar semasa kegiatan kokurikulum.
14.3 Guru penasihat diwajibkan hadir bersama-sama pelajar ketika kegiatan kokurikulum sedang berlangsung. rujuk Lampiran
kokurikulum
15.0 PERATURAN SEMASA PERHIMPUNAN
15.1 Perhimpunan rasmi adalah hari Isnin.
15.2 Semua guru wajib menghadiri perhimpunan tersebut.
15.3 Apabila semua pelajar dan guru telah bersedia, pengawas bertugas akan menjemput Pengetua untuk menyertai acara
perhimpunan tersebut. 15.4
Pengawas yang bertugas akan mengendalikan perhimpunan. 15.5
Atur Cara Perhimpunan Rasmi 15.5.1
Semua pelajar dikehendaki menyanyikan 3 buah lagu:
Lagu Negaraku Lagu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Lagu Maju dan Sejahtera
Lagu Sekolah
15.5.2 Bacaan Doa
15.5.3 Bacaan ikrar
15.5.4 Ucapan Guru BertugasPengumuman guru-guru
15.5.5 Penyampaian hadiah jika ada 15.5.6
UcapanPengumuman oleh PengetuaPK PentadbiranPK HEM PK KOKURIKULUM. 15.5.7
Bersurai 15.6
Setiap hari Rabu ditetapkan sebagai English Day. Sehubungan itu, perhimpunan juga perlu dikehendaki dijalankan
menggunakan Bahasa Inggeris.
16.0 PROGRAM SINAR FAJAR
16.1 Bermula jam 7.15 pagi setiap hari Isnin- Khamis
Tempat : Dataran Q NILAM
– Guru – guru PSS SELASA
Bahasa Melayu - Tindakan Panitia Bahasa Melayu M1,M3 RABU- Bahasa Inggeris- Tindakan Panitia Bahasa Inggeris.
JUMAAT – Pelajar Islam Majlis Bacaan Yaasin di Dewan Harmoni- Tindakan Panitia Pendidikan Islam
Pelajar Bukan Islam – Penghayatan Nilai Murni di Bilik Moral –Tindakan Panitia Pendidikan Moral
16.2 Bersurai untuk naik ke kelas pada 7.25 pg dan PdP bermula.