PROGRAM SINAR FAJAR Perhimpunan rasmi adalah hari Isnin.

1.3 Semasa ujianpeperiksaan, aktiviti gerak gempurulangkajiaktiviti khas format Rancangan Mingguan dan Rancangan Harian hendaklah ditulis seperti garis panduan berikut: 1.4 Rancangan Mingguan 1.4.1 Ditulis maklumat mata pelajaran, kelas-kelas yang diajar pada lajur Tingkatan dan tajuk. 1.4.2 Pada minggu peperiksaan dalam lajur tuliskan jadual jadual peperiksaan sepanjang minggu itu memadai maklumat tarikh, mata pelajarankertas dan masa. Lajur mata pelajaran-tinggalkan kosong, lajur tingkatan- tulis maklumat kelas-kelas yang sepatutnya dijalankan PP. 1.4.3 Jika aktiviti ulangkaji nyatakan babtajuk yang akan dibuat ulangkaji dalam minggu itu. 1.5 Rancangan Harian 1.5.1 Ditulis maklumat asas kelas, mata pelajaran, waktu dan masa, objektif, aktivitistrategi,nilai dan refleksi 1.5.2 Pada hari peperiksaan ditulis maklumat kelas, waktu dan masa. Maklumat mata pelajaran diganti dengan ‘PeperiksaanUjian’. Sila nyatakan kertas tersebut. Lain-lain maklumat tidak perlu diisi. 15.3 Jika dijalankan ulangkaji sila nyatakan perincian tajuk. 1.6 Buku persediaan Mengajar hendaklah diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki.

1.7 UJIAN DAN PEPERIKSAAN

1.7.1 Soalan ujianpeperiksaan hendaklah disediakan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian JSU. 1.7.2 Soalan-soalan yang telah disemak oleh Penolong Kanan perlu dihantar untuk cetakan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh ujianpeperiksaan bermula. Guru-guru yang hantar lewat perlu beri alasan secara bertulis kepada pengetua. 1.7.3 Guru-guru adalah diingatkan mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 162000 – salah laku memasukkan unsur politik dalam soalan peperiksaanujian di sekolah dan perbuatan menghasutmeracuni fikiran pelajar membenci kerajaan bertarikh 13112000. 1.7.4 Skema jawapan dan pemarkahan Penilaian Kurikulum dan Peperiksaan perlu diedarkan kepada guru-guru mata pelajaran pada hari ujianpeperiksaan diadakan. 1.7.5 Guru-guru yang menyediakan soalan Penilaian Kurikulum, Peperiksaan pertengahan tahunakhir tahunPercubaan perlu serahkan 2 set soalan berserta skema jawapan kepada setiausaha peperiksaan dan simpan 1 set dalam fail panitia masing-masing. 1.7.6 Ujianpeperiksaan peringkat sekolah – pelajar yang tidak hadir ke sekolah sewaktu ujianpeperiksaan peringkat sekolah adalah dikira tidak hadir gagal dalam ujianpeperiksaan tersebut. Jika alasan munasabah ,Ujianpeperiksaan boleh diambil oleh murid tersebut tetapi markah yang diperoleh hanya untuk menilai diri murid tersebut sahaja. 1.7.7 Laporan kerja kursus PBS dan SPM hendaklah disediakan dan disahkan oleh pihak sekolah dan hendaklah dikeluarkan serentak dengan pengumuman keputusan dan pengedaran slip keputusan PT3SPM setiap tahun. Rujuk pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 162002. 1.7.8 Latih tubi dan ulang kaji terancang – buat pembahagian tugas dalam panitia masing-masing. Markah dan gred mesti direkodkan. Hasil penilaianujian akan digunakan untuk perancangan kemajuan dan peningkatan seterusnya.

1.8 PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.8.1 Pencerapan secara formal dan tidak formal akan dijalankan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kokurikulum, Guru Kanan dan Ketua Panitia. 1.8.2 Semakan buku latihan pelajar oleh PengetuaPenolong Kanan Pentadbiran dan KurikulumPenolong Kanan Hal Ehwal MuridPenolong Kanan KokurikulumGuru KananKetua Panitia dijalankan 2 kali setahun dibuat secara terancang dan teratur. 1.8.3 Perkembangan stafkursus dalamanperjumpaan ProfessionalMesyuarat Panitia dijalankan untuk bimbingan dan berkongsi ilmu sepanjang tahun. Guru-guru digalakkan membuat lawatan ke sekolah-sekolah lain untuk membuat benchmarking. 2.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN 2.1 Pengurusan dan Organisasi kelas 2.1.1 Menjalankan pengurusan bilik darjah atau kelas seperti pemilihanketua kelas dan jawatankuasa kelas, mengaturkan giliran bertugas, giliran menjaga kebersihan dan keceriaan, memastikan bekalan peralatan, perhiasan kelas serta kerusi meja berada dalam keadaan teratur. 2.1.2 Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan memaparkan nilai-nilai murni serta kesedaran sivik yang tinggi. 2.1.3 Menentukan perkara berikut ada di dalam kelas: 2.1.3.1 Misi dan Visi Sekolah 2.1.3.2 Jadual waktu kelas 2.1.3.3 Jadual bertugas 2.1.3.4 Inventori perabot kelas 2.1.3.5 Pelan pengosongan bangunan ketika kecemasan 2.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak. 2.3 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas 2.4 Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar 2.4.1 Menanda Buku Register Kedatangan 2.4.2 Memastikan Buku Register Kedatangan dihantar ke pejabat sebelum masa ke-3 setiap hari 2.4.3 Melengkapkan setiap butiran dan maklumat murid di dalam Buku Register Kedatangan. 2.4 Mengemaskini data murid dalam Modul Pengurusan Murid MPM atau APDM 2.5 Menguruskan penempatan murid- perpindahan murid masuk dan keluar 2.6 Mengemaskini dan memastikan semua murid mempunyai dokumen asas yang diperlukan.

2.7 Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Displin

2.7.1 Memberi galakan, motivasi, dan meransang minat murid terhadap akademik 2.7.2 Sentiasa perihatin terhadap semua masalah murid dalam kelas 2.7.3 Membuat laporan kepada GPK Tadbir dan Kurikulum jika terdapat murid yang menghadapi masalah dalam akademik 2.7.4 Melaporkan kepada GPK HEM jika terdapat murid yang melanggar peraturan disiplin sekolah