KEGIATAN KOKURIKULUM Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua.

1.3 Semasa ujianpeperiksaan, aktiviti gerak gempurulangkajiaktiviti khas format Rancangan Mingguan dan Rancangan Harian hendaklah ditulis seperti garis panduan berikut: 1.4 Rancangan Mingguan 1.4.1 Ditulis maklumat mata pelajaran, kelas-kelas yang diajar pada lajur Tingkatan dan tajuk. 1.4.2 Pada minggu peperiksaan dalam lajur tuliskan jadual jadual peperiksaan sepanjang minggu itu memadai maklumat tarikh, mata pelajarankertas dan masa. Lajur mata pelajaran-tinggalkan kosong, lajur tingkatan- tulis maklumat kelas-kelas yang sepatutnya dijalankan PP. 1.4.3 Jika aktiviti ulangkaji nyatakan babtajuk yang akan dibuat ulangkaji dalam minggu itu. 1.5 Rancangan Harian 1.5.1 Ditulis maklumat asas kelas, mata pelajaran, waktu dan masa, objektif, aktivitistrategi,nilai dan refleksi 1.5.2 Pada hari peperiksaan ditulis maklumat kelas, waktu dan masa. Maklumat mata pelajaran diganti dengan ‘PeperiksaanUjian’. Sila nyatakan kertas tersebut. Lain-lain maklumat tidak perlu diisi. 15.3 Jika dijalankan ulangkaji sila nyatakan perincian tajuk. 1.6 Buku persediaan Mengajar hendaklah diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki.

1.7 UJIAN DAN PEPERIKSAAN

1.7.1 Soalan ujianpeperiksaan hendaklah disediakan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian JSU. 1.7.2 Soalan-soalan yang telah disemak oleh Penolong Kanan perlu dihantar untuk cetakan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh ujianpeperiksaan bermula. Guru-guru yang hantar lewat perlu beri alasan secara bertulis kepada pengetua. 1.7.3 Guru-guru adalah diingatkan mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 162000 – salah laku memasukkan unsur politik dalam soalan peperiksaanujian di sekolah dan perbuatan menghasutmeracuni fikiran pelajar membenci kerajaan bertarikh 13112000. 1.7.4 Skema jawapan dan pemarkahan Penilaian Kurikulum dan Peperiksaan perlu diedarkan kepada guru-guru mata pelajaran pada hari ujianpeperiksaan diadakan. 1.7.5 Guru-guru yang menyediakan soalan Penilaian Kurikulum, Peperiksaan pertengahan tahunakhir tahunPercubaan perlu serahkan 2 set soalan berserta skema jawapan kepada setiausaha peperiksaan dan simpan 1 set dalam fail panitia masing-masing. 1.7.6 Ujianpeperiksaan peringkat sekolah – pelajar yang tidak hadir ke sekolah sewaktu ujianpeperiksaan peringkat sekolah adalah dikira tidak hadir gagal dalam ujianpeperiksaan tersebut. Jika alasan munasabah ,Ujianpeperiksaan boleh diambil oleh murid tersebut tetapi markah yang diperoleh hanya untuk menilai diri murid tersebut sahaja. 1.7.7 Laporan kerja kursus PBS dan SPM hendaklah disediakan dan disahkan oleh pihak sekolah dan hendaklah dikeluarkan serentak dengan pengumuman keputusan dan pengedaran slip keputusan PT3SPM setiap tahun. Rujuk pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 162002. 1.7.8 Latih tubi dan ulang kaji terancang – buat pembahagian tugas dalam panitia masing-masing. Markah dan gred mesti direkodkan. Hasil penilaianujian akan digunakan untuk perancangan kemajuan dan peningkatan seterusnya.