Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Jadual 29 : Min dan Sisihan Piawai Kekerapan Penggunaan Keseluruhan Aplikasi Komputer Berdasarkan Bidang Pengajaran
Sisihan Piawai
(Kali setahun)
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, pembahagian telah dibuat mengikut kategori penggunaan komputer iaitu sebag ai ’alat’, guru’ dan ’pelajar’. Penggunaan komputer sebagai ’alat’, menyaksikan guru-guru bidang Sains memperolehi min kekerapan tertinggi iaitu 106.15 kali setahun (S.P = 117.92). Guru bidang Kemanusiaan pula memperolehi min kekerapan terendah (M = 57.09, S.P = 79.24). Dapatan lengkap adalah sebagaimana yang dipaparkan dalam Jadual 30.
B agi kategori penggunaan komputer sebagai ’guru’ juga, sekali lagi memperlihatkan guru-guru bidang Sains memperolehi min kekerapan tertinggi iaitu 18.18 kali setahun (S.P = 27.24). Ini bermakna guru-guru bidang Sains lebih banyak menggunakan perisian khusus untuk pengajaran berbanding guru-guru dari bidang lain. Guru-guru bidang Teknikal mencatat min sebanyak 6.90 kali setahun (S.P = 15.86) diikuti oleh bidang Bahasa (M = 6.36, S.P = 14.18). Min kekerapan terendah adalah bagi guru bidang Kemanusiaan (M = 2.44, S.P = 5.14).
Bagi katego ri komputer sebagai ’pelajar’, didapati tidak wujud banyak perbezaan antara min penggunaan antara bidang bagi kategori ini di mana masing-masing mencatatkan min yang kurang daripada nilai 1. Ini menggambarkan penggunaan komputer untuk tujuan ini adalah sangat minima dalam kalangan guru.
Jadual 30 : Min dan Sisihan Piawai Kekerapan Penggunaan Komputer Sebagai ’Alat’, ’Guru’ dan ’Pelajar’ Berdasarkan Bidang Pengajaran
Guru Pelajar Bidang
Alat
Bilangan
S.P M S.P Kemanusiaan
Analisis ANOVA telah dijalankan untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer bagi aplikasi komputer sebagai ’alat’, ’guru’ dan ’pelajar’ serta aplikasi keseluruhan antara bidang pengajaran.
Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan dari berlakunya Ralat Jenis I (menolak hipotesis nul yang benar), penyelidik telah menetapkan aras signifikan yang lebih kecil kerana menurut Mohd Majid Konting (2004), untuk mengurangkan risiko Ralat Jenis I, aras signifikan haruslah lebih kecil kerana semakin kecil aras signifikan yang ditentukan, maka kebarangkalian untuk menolak hipotesis nul juga adalah semakin kecil.
Salah satu cara untuk menentukan aras signifikan yang lebih kecil adalah dengan menggunakan pengubahsuaian Benferroni (Pallant, 2006) iaitu dengan membahagikan nilai alpha yang normal ( .05) kepada jumlah pembolehubah yang digunakan. Dalam penganalisan ini, terdapat tiga pemboleh ubah yang dikaji iaitu komputer sebagai ’alat’, komputer sebagai ’guru’ dan komputer sebagai ’pelajar’. Oleh itu, nilai alpha .05 dibahagikan kepada tiga menjadikan nilai signifikan yang bari adalah .0166 atau .017.
Berdasarkan aras signifikan sebanyak .017, ujian ANOVA telah dijalankan. Sebagaimana yang boleh dilihat dalam Jadual 31 didapati wujud perbezaan yang signifikan antara guru berlainan bidang dalam penggunaan komputer sebagai ’alat’, F (3,418) = 3.54, p < .017 (Partial Eta Squared = .04). Perbandingan post-hoc menggunakan ujian Tukey HSD menunjukkan skor min bagi guru-guru dari bidang Kemanusiaan (M =
60.16, S.P = 82.59) adalah berbeza secara signifikan dengan guru-guru dari bidang Sains (M = 124.66, S.P = 134.49). Dapatan ini menunjukkan wujudnya jurang yang ketara dalam kekerapan penggunaan bagi keseluruhan aplikasi komputer antara guru bidang Sains dengan guru dari bidang Kemanusiaan.
Jadual 31 : Ujian ANOVA Kekerapan Penggunaan Komputer Sebagai ‘Alat’ Berdasarkan Bidang Pengajaran
Jumlah
Dk
Min kuasa
F Partial
Eta Squared Antara kumpulan
kuasa dua
dua
3.54* .04 Dalam kumpulan
** p < .017 (2-tailed)
Bagi kategori penggunaan komputer sebagai ’guru’, hasil analisis ANOVA mendapati wujud perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer sebagai ’guru’ antara bidang pengajaran, F(3,425) = 25.30, p < .017 (Partial Eta Squared = 0.15) sebagai mana dalam Jadual 32. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kumpulan mana yang menyebabkan perbezaan signifikan (Chua, 2006) perbandingan post-hoc menggunakan ujian Tukey HSD telah digunakan. Dapatan menunjukkan skor min bagi guru-guru dari bidang Sains (M = 18.18, S.P = 27.24) adalah berbeza secara signifikan dengan guru-guru dari semua bidang. Ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa guru-guru bidang Sains adalah lebih kerap menggunakan perisian khusus berbanding guru bidang lain.
Jadual 32 : Ujian ANOVA Kekerapan Penggunaan Komputer Sebagai ‘Guru’ Berdasarkan Bidang Pengajaran
Jumlah
Dk
Min kuasa
F Partial
Eta Squared Antara kumpulan
kuasa dua
dua
3 47.42 25.30* .15 Dalam kumpulan
** p < .017 (2-tailed)
Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer sebagai ’pelajar’ antara guru-guru berlainan bidang pengajaran, F(3,425) = 1.59, p > .017 (Jadual
33) . Ini bermakna penggunaan komputer bagi aplikasi tersebut adalah sama bagi kesemua guru dari keempat bidang. Penggunaannya juga adalah sangat rendah iaitu tidak sampai sekali dalam setahun.
Jadual 33 : Ujian ANOVA Kekerapan Penggunaan Komputer Sebagai ‘Pelajar’ Berdasarkan Bidang Pengajaran
Partial
Jumlah
Min kuasa
dk
F Eta
kuasa dua
dua
Squared
1.59 .01 Antara kumpulan
Dalam kumpulan
3.048 Jumlah
Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Jenis Sekolah
Analisis yang dijalankan adalah untuk menjawab hipotesis penyelidikan yang kedua (Ha2) iaitu:
H a2 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan jenis sekolah.
Sebelum pengujian hipotesis tersebut dijalankan, terlebih dahulu dibentangkan dapatan perbandingan deskriptif (min dan sisihan piawai) bagi kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bagi setiap jenis sekolah. Jadual 34 menunjukkan guru-guru Sekolah Menengah Berasrama Penuh memperolehi min kekerapan penggunaan aplikasi keseluruhan yang tertinggi iaitu 150.38 kali setahun, (S.P = 150.60). Min kedua tertinggi adalah dalam kalangan guru Sekolah Menengah Teknik iaitu 82.09 kali setahun, (S.P = 105.04) diikuti oleh Sekolah Menengah Agama (M = 80.69, S.P = 118.01) manakala min terendah adalah bagi guru Sekolah Menengah Harian adalah 66.02, (S.P = 97.66). Ini bermakna guru-guru Sekolah Menengah Berasrama Penuh paling kerap menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding guru-guru dari tiga jenis sekolah yang lain. Manakala guru dari Sekolah Menengah Harian pula merupakan golongan yang paling kurang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 34 : Min Dan Sisihan Piawai Kekerapan Penggunaan Keseluruhan Aplikasi Komputer Berdasarkan Jenis Sekolah
Sekolah Menengah
S.P (Kali setahun)
Min
Asrama Penuh
Analisis ANOVA yang dijalankan menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer antara keempat jenis sekolah, F (3,425) = 11.13, p < .05 (Jadual 35). Oleh itu, hipotesis penyelidikan kedua (Ha2) diterima. Saiz kesan yang dihasilkan adalah kecil (Partial Eta Squared = .07). Perbandingan post-hoc menggunakan ujian Tukey HSD menunjukkan skor min bagi guru-guru dari Sekolah Menengah Berasrama Penuh (M = 150.38, S.P = 150.60) adalah berbeza secara signifikan dengan skor min guru-guru Sekolah Menengah Harian (M = 66.02, S.P = 97.66), guru-guru Sekolah Menengah Agama (M = 80.69, S.P = 118.01) dan juga dengan guru-guru Sekolah Menengah Teknik (M = 82.09, S.P = 105.04).
Jadual 35 : Ujian ANOVA Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Jenis Sekolah
Jumlah kuasa
dk
Min kuasa
F Partial
dua
dua
Eta Squared
(Between) Dalam kumpulan
(Within) Jumlah
** p < .01 (2-tailed)
Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Lokasi Sekolah
Analisis yang dijalankan adalah untuk menjawab hipotesis penyelidikan yang ketiga (Ha3) iaitu:
H a3 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan lokasi sekolah.
Sebelum pengujian hipotesis dijalankan, terlebih dahulu dibentangkan dapatan perbandingan deskriptif (min dan sisihan piawai) kekerapan penggunaan keseluruhan aplikasi komputer bagi guru-guru sekolah bandar dan luar bandar. Jadual 36 menunjukkan guru-guru dari sekolah luar bandar lebih kerap menggunakan komputer (M = 115.49) berbanding guru- guru di sekolah bandar (M = 87.81).
Hasil ujian-t tidak bersandar yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam tahap kekerapan penggunaan keseluruhan aplikasi komputer antara guru-guru di sekolah bandar dengan guru-guru di sekolah luar bandar, t (427) = -2.20, p < .05. Oleh itu, hipotesis penyelidikan ketiga (Ha3) adalah diterima. Namun demikian, walaupun perbezaan yang wujud adalah signifikan, saiz kesannya adalah sangat kecil (Partial Eta Squared = .01).
Jadual 36 : Ujian-t untuk Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Lokasi Sekolah
Lokasi Sekolah
Bandar
Luar Bandar
(n = 273) (n = 155)
87.81 120.49 115.49 132.81 -2.20* .01 Penggunaan
Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran * p < .05 (2-tailed)
Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Kehadiran ke Kursus Pra-Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
Analisis yang dijalankan adalah untuk menjawab hipotesis penyelidikan yang keempat (Ha4) iaitu:
H a4 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan kehadiran ke Kursus Pra- Perkhidmatan berkaitan.
Sebelum hasil analisis ujian-t dibentangkan, terlebih dahulu dikemukakan hasil analisis deskriptif berkaitan penggunaan keseluruhan aplikasi komputer antara kumpulan yang pernah mengikuti Kursus Pra- Perkhidmatan dengan yang tidak pernah mengikutinya. Didapati kumpulan yang pernah mengikuti kursus terbabit lebih kerap menggunakan komputer (M = 103.50) berbanding kumpulan yang tidak pernah mengikutinya (M = 126.99) (Jadual 37).
Seterusnya, ujian-t tidak bersandar yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan secara signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer antara dua kumpulan terbabit, t (427) = -.766, p > .05. Ini bermakna kehadiran ke Kursus Pra-Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah faktor penentu terhadap perbezaan kekerapan penggunaan komputer guru-guru. Oleh itu, hipotesis penyelidikan keempat (Ha4) adalah ditolak.
Jadual 37 : Ujian-t untuk Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Kehadiran Ke Kursus Pra-Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Kehadiran Ke Kursus Pra-Perkhidmatan
Pernah
Tidak Pernah
Kekerapan Penggunaan
93.69 124.66 -.76 Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran