: Gender Dalam Cerita Dongeng

14 kerana mereka lebih mementingkan lelaki. Kemudian setelah berkorban, darjat wanita tidak akan diangkat malahan kembali kepada asal. Manakala dalam kajian Jalaluddin, N. H., Awal, N. M. 2006, mereka mendapati tiada anjakan paradigma langsung pada watak lelakiMelayu, berbanding dengan wanita Melayu yang jelas ada perubahan yang ketara, iaitu daripada wanita yang lemah dan menjadi objek seks kepada wanita yang kuat, berpelajaran dan berdikari. Malah dalam kehidupan sehari- hari, wanita Melayu telah mula berani menyuarakan hak demi kehidupan mereka sendiri. Keadaan ini tidak pula berlaku pada lelaki. Kaum lelaki tetap merasakan mereka mengatasi kaum wanita kerana kedudukan mereka diwarnai oleh budaya Melayu yang memang meletakkan lelaki di atas wanita.

3.3 : Gender Dalam Cerita Dongeng

Linda T. Parson Kajian: Ella Evolving: Cinderella Stories and the Construction of Gender Appropriate Behavior Cerita dongeng telah dipanggil dokumen sejarah Darnton, 1999, pengukur budaya Paul, 1998, dan artifak budaya Gilbert, 1992. Bagi kanak-kanak kecil, cerita dongeng merupakan antara benda yang paling dipercayai mereka. Otak mereka yang sedang berkembang dengan pesat ketika itu menerima semua jenis informasi tanpa penapis. Hal ini menyebabkan terdapat kanak-kanak yang membesar dengan mempercayai beberapa perkara supernatural atau bukan kebiasaan. 15 Dalam pernyataan di atas, menerusi kajian beliau, Westland mendapati bahawa para guru tidak bersetuju bahawa cerita dongeng memainkan peranan yang besar dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, mesej yang dibawa oleh cerita dongeng adalah perkara remeh. Namun begitu, Parsons 2004 menidakkan pernyataan ini dengan menyatakan bahawa dalam budaya teknologi moden kini, kita sentiasa dikelilingi oleh cerita dongeng disebabkan oleh publisiti produk dari syarikat seperti Disney yang memberi ideologi akan cinta, kedudukan lelaki dan wanita, serta ketaksuban wanita dan kanak- kanak perempuan terhadap kecantikan yang diiktiraf oleh keadaan sosial mereka. Cerita dongeng adalah tapak pembinaan tingkah laku bergender yang paling sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun cerita ini tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembudayaan kanak-kanak, mereka merupakan sebahagian daripada kompleks lapisan cerita budaya dan pengaruh yang mengesahkan dan mengekalkan norma- norma budaya. Menurut Rice 2000, cerita dongeng mempunyai sebuah ‘skrip’ yang telah menetapkan apa yang sesuai untuk perlakuan feminin dan maskulin, dan cerita dongeng telah menetapkan juga posisi yang sepatutnya untuk perlakuan-perlakuan ini Walkerdine, 1984. Secara tidak sedar kanak-kanak lelaki dan perempuan memperuntukkan nilai-nilai ini sebagai kelaziman yang menjadi norma. Teachers have reported that fairy tales are not an integral part of children’s culture, and, therefore, their messages are of little consequence. Westland, 1993. 16 Melalui kajian Parsons 2004, kita dapat lihat bahawa antara gender roles untuk wanita yang sering dipaparkan dalam cerita dongeng tradisional adalah jenis yang telah melalui kesukaran dan tidak berupaya bersuara untuk diri sendiri. Selain itu, seseorang itu harus mempunyai wajah yang cantik. Kebiasaannya, ganjaran di akhir cerita adalah putera raja serta kekayaan dan kebahagiaan selama-lamanya. Perkara-perkara di atas adalah mesej yang ditanam dalam cerita dongeng, secara sedar atau tidak. Nilai-nilai ini menyebabkan kanak-kanak perempuan menerima pakainya, dengan anggapan bahawa ianya bersesuaian dengan keadaan sosial sekarang. Bagi kanak-kanak lelaki pula, Westland mendapati bahawa mereka tidak mempunyai keinginan untuk menukar tahap yang telah ditetapkan oleh cerita dongeng. Hal ini kerana watak lelaki cerita dongeng kebiasaannya mempunyai lebih banyak kesenangan berbanding watak perempuan. Namun, kanak-kanak kini dilihat mampu untuk menolak stereotaip yang digunakan dalam cerita tradisional jika wacana yang dibaca mereka menunjukkan sebegitu. Kebanyakan cerita dongeng moden kini telah melanggar stereotaip yang telah lama digunapakai seperti animasi Brave, Frozen dan lain-lain. Parsons 2004 telah mengkaji dan membandingkan 4 aneka cerita Cinderella, iaitu Cendrillon oleh Perrault, Aschenputtel oleh Grimms, Ella Echanted We can speculate that [the boys] had little incentive to alter the standard fairy-tale structure . . . because they had more to lose than gain from the changes. Independent princesses might be a risk, even a threat, and get in the way of the hero continuing to do as he liked. Westland 1993, p. 244 17 oleh Levine dan Just Ella oleh Haddix. Keempat-empat cerita ini mempunyai watak utama yang sama dan jalan cerita yang lebih kurang. Namun begitu, cara mereka memaparkan watak utama adalah sedikit berbeza. Dalam Cendrillon oleh Perrault yang telah ditulis untuk memuaskan penonton bangsawan Tatar, 1987, p. 189, ianya memaparkan nilai-nilai seperti kecantikan, penundukan dan kebergantungan. Cinderella merupakan anak gadis yang sangat cantik, namun terpaksa tunduk kepada suruhan ibu tiri serta adik-beradik tirinya, walaupun dia akur dengan suruhan-suruhan tersebut dengan gembira. Dia juga bergantung kepada putera raja untuk membebaskan dirinya dari belenggu menjadi orang suruhan keluarga tirinya, hanya dengan kecantikan yang dimilikinya. Selain itu, versi Perrault memberi mesej bahawa kecantikan adalah segala- galanya. Apabila Cinderella ditakdirkan untuk berjumpa dengan putera sekali lagi selepas menyarungkan selipar kaca, pakaiannya bertukar menjadi pakaian yang cantik. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu mesti menjadi cantik untuk menjadi layak. Menurut Parsons 2004, Cinderella dalam cerita ini tidak mempunyai suara sendiri dan hanya mampu menangisi nasib sendiri, sehinggalah dia mendapat bantuan. Hal ini telah memberi persepsi bahawa wanita mempunyai imej lemah, tidak mampu berdiri untuk diri sendiri dan harus bergantung kepada orang lain. Walaupun telah mendapat pengakhiran yang menggembirakan, namun Cinderella ini tidak melakukan apa-apa dengan kudrat sendiri. Bagi Aschenputtel pula, Grimms berusaha untuk menangkap suara asli rakyat biasa Tatar, 1987, dan hasilnya adalah Cinderella yang mengambil takdir ke dalam tangan sendiri, menggunakan ucapan dengan cara yang kuat, dan mengatasi penyalahgunaan ditimpakan ke atas beliau dengan adik-beradik tiri kejam. Versi 18 Grimms juga memaparkan perlbagai emosi seperti kesedihan dan kemarahan yang dialami Cinderella akibat terpaksa menurut perintah keluarga tirinya. Pengakhiran versi Grimms adalah lebih gelap dan tidak sesuai bagi kanak- kanak. Dalam versi Perrault, nasib keluarga tiri Cinderella tidak diceritakan selepas Cinderella mengecap bahagia. Namun, Grimms telah menulis bahawa adik-beradik tiri Cinderella telah diberi denda disebabkan oleh perasaan cemburu dan kejahatan mereka terhadap Cinderella sebelumnya. Dalam versi ini juga, terdapat sedikit unsur kesamaan antara gender. Pernya taan putera “Dia adalah pasangan saya” Zipes, 1987 menunjukkan kesamaan antara putera tersebut dan Cinderella. Beliau juga berusaha sendiri untuk memastikan identiti Cinderella dan mencarinya. Mungkin elemen yang paling penting untuk kedua-dua wanita dan lelaki adalah penerimaannya kepada Cinderella dalam keadaan tidak terurus. Cinderella ini tidak perlu diubah untuk putera melihat kecantikan Cinderella itu. Dalam Ella Enchanted pula, Cinderella atau Ella menceritakan ceritanya sendiri dengan suara yang kadang kala kuat, kadang kala tidak pasti namun sentiasa yakin. Dalam versi Levine, Ella dan putera tersebut tidak jatuh cinta pandang pertama, namun perasaan itu berkembang apabila mereka saling bertukar surat. Namun, tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai cerita ini kerana ia lebih bertujuan untuk menjadi cerita komedi. Bagi versi Haddix, Just Ella memaparkan Ella yang tinggal dalam istana untuk mempelajari etika yang sesuai dengan wanita. Dalam versi ini, terdapat kontras yang ditimbulkan antara wanita yang cantik dan sebaliknya. Menurut Parsons 2004, Ella menyedari bahawa dia dijadikan puteri hanya kerana memiliki rupa yang cantik, 19 setelah dia berjumpa dengan Mary, orang suruhan istana yang ditakdirkan untuk menjadi orang suruhan selamanya kerana tidak mempunyai rupa yang cantik. Kenyataan bahawa kecantikan adalah standard sosial terbukti apabila kakak tiri Ella bersuamikan putera raja. Disebabkan kakak tiri Ella adalah seorang yang obese, seluruh isi istana mula menaikkan berat badan masing-masing dengan pandangan bahawa gemuk itu cantik. Parsons juga menyatakan kecantikan boleh didapati jika seseorang mencarinya di mana-mana jua. Sebagai contoh, Ella memerhati sekumpulan kanak-kanak bermain di sebuah kem pelarian dan menyedari bahawa walaupun penampilan mereka kusut dan hidup dalam serba kekurangan, mereka sangat cantik. Melalui kajian Parsons, cerita dongeng banyak menekankan gender role yang tipikal. Perempuan mestilah cantik dan tidak berdaya manakala lelaki pula kacak dan dilahirkan dalam keluarga kenamaan. Wanita yang berkuasa pula kebiasaannya dimiliki oleh wanita yang tidak cantik, dan kecantikan adalah standard sosial yang menjadi norma sehingga kini. Parsons menyatakan bahawa pentingnya bagi para pendidik serta pengkaji untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana kanak-kanak memahami wacana yang diberi. Hal ini adalah kerana kanak-kanak menerima apa yang dibaca mereka sebagai sesuatu yang betul dan nyata. Oleh itu, pemberian wacana yang sesuai haruslah dititikberatkan konteksnya. 20

4.0 KESIMPULAN