DEFINISI GENDER, WACANA DAN TEKS

3

2.0 DEFINISI GENDER, WACANA DAN TEKS

Gender merujuk kepada sifat-sifat dan peluang ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan, yang berkaitan dengan yang lelaki dan perempuan. Dalam kebanyakan masyarakat, lelaki dan wanita berbeza dalam aktiviti-aktiviti yang mengusahakan, dalam akses kepada dan kawalan sumber, dan penyertaan dalam membuat keputusan. Dan dalam kebanyakan masyarakat, wanita sebagai satu kumpulan mempunyai kurang akses daripada lelaki kepada sumber-sumber, peluang dan membuat keputusan Desprez-Bouanchaud et al. 1987, p. 20-21. Bahasa dan gender pula merupakan satu bidang yang merujuk kepada perhubungan antara bahasa dan idea terhadap lelaki dan perempuan. Konsep gender juga sering membawa kekeliruan kerana ramai yang menganggap gender sebagai satu kategori nahu dan bukan kategori sosial. Hal ini kerana, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005: 457, gender merupakan golongan jenis kata dalam tatabahasa sesuatu bahasa seperti maskulin, femenin dan neuter. Begitu juga menurut Kamus Oxford, tetapi Kamus Oxford juga menjelaskan definisi gender ialah “The state of being male or female typically used with reference to social and cultural differences rather than biological ones ” . Dalam kata lain, gender ialah perilaku yang semula jadi yang terdapat pada lelaki dan perempuan dan ianya merujuk kepada sosial dan budaya seseorang. Bagi wacana pula, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, wacana membawa maksud sekumpulan ayat yang memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. Menurut buku teks Pra-U STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, wacana boleh definisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran 4 yang utuh dan melebihi batas ayat dan wacana terletak pada tingkat yang tertinggi dalam hierarki bahasa, iaitu hadir selepas tingkat ayat. Konsep gender berkait rapat dengan perspektif masyarakat mengenai sesuatu tingkah laku seseorang mengikut gendernya iaitu lelaki dan perempuan. Pelbagai medium yang digunakan tanpa sedar mampu menyebarkan konsep gender. Salah satunya ialah dari wacana dan teks iaitu merujuk kepada bahan bacaan. 5

3.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN 3.1 Konsep gender dan buku kanak-kanak