KESIMPULAN AZIAH BT AHMAD AHYE

20

4.0 KESIMPULAN

Dari aspek gender dan buku kanak-kanak, boleh disimpulkan di sini, kebanyakan buku kanak-kanak menggunakan watak lelaki sebagai peranan utama berbanding wanita, walaupun peranan utama wanita telah meningkat dari masa ke semasa. Hal ini menunjukkan terdapatnya unsur bias gender dalam buku kanak-kanak yang dikaji. Selain itu, hasil kajian-kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa kebanyakkan buku masih lagi mengaitkan watak lelaki dan perempuan dengan peranan gender gender role yang tradisional. Dalam pada itu, stereotaip gender turut diketengahkan oleh buku-buku tersebut, iaitu watak perempuan dikaitkan dengan aktiviti di dalam rumah dan pasif manakala watak lelaki dikaitkan dengan aktiviti luar rumah dan sifat yang aktif. Jika dipandang dari aspek gender dan cerita dongeng, terdapat dua perkara yang ketara iaitu antara cerita dongeng tradisional dan moden. Cerita dongeng tradisional menanam mesej bahawa kecantikan adalah amat penting bagi wanita, di samping mereka harus tidak berdaya untuk bersuara demi diri sendiri. Bagi lelaki pula, mereka harus dilahirkan dalam keluarga yang kaya serta berpengaruh untuk menjamin masa hadapan mereka tanpa perlu berusaha. Namun, cerita dongeng moden telah melanggar stereotaip-stereotaip ini. Cerita dongeng moden kini telah memperkenalkan karakter wanita dan lelaki yang boleh dijadikan idola bagi kanak- kanak tanpa mengira gender mereka. Cerita moden tradisional lebih memandang aspek fizikal luaran namun cerita dongeng moden lebih menekankan kecantikan dalaman karakter-karakter. Oleh itu, kanak-kanak akan belajar secara tidak langsung bahawa kecantikan bukanlah segala- galanya. 21 Pada hemat kami, kami berpendapat bahawa unsur streotaip dan bias gender haruslah dibebaskan daripada wacana dan bahan bacaan seperti novel, cerita dongeng, dan sebagainya. Ini bertujuan untuk mengelakkan satu gender memandang sinis terhadap lawan gendernya. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang telahpun ada usaha daripada pihak-pihak perfileman dalam mengubah perspektif masyarakat yang penuh dengan streotaip ini dengan mencipta kartun-kartun yang membawa wanita sebagai watak utama yang berani seperti Brave dan Mulan. 22

5.0 RUJUKAN