: Konsep gender dalam novel

11

3.2 : Konsep gender dalam novel

Dalam kajian Jariah Mohd. Jan 2002 yang telah dilakukan terhadap satu novel tempatan, beliau mendapati lelaki lebih banyak menggunakan hedges berbanding wanita di mana fakta ini bercanggah dengan teori Lakoff 1975 yang mengatakan perempuan sering menggunakan fitur ini. Beliau menegaskan penggunaan fitur-fitur seperti hedges dan super polite forms bukan banyak digunakan oleh perempuan sahaja, kerana penggunaannya tertumpu kepada konteks atau situasi sesuatu keadaan itu sendiri. Kajian yang dilakukan oleh P. Pama 2014 terhadap beberapa novel India yang telah ditulis oleh seorang penulis india pula mendapati bahawa dalam semua novel perempuan lebih cenderung menggunakan hedges. Namun demikian, ini adalah disebabkan perempuan malu atau tidak tahu bagaimana hendak memulakan percakapan dengan lelaki. Oleh itu, kajian ini tidak sepenuhnya bercanggah dengan kajian Jariah Mohd Onn 2002 di mana kekerapan penggunaan hedges bergantung kepada konteks. Manakala stereotaip pula tidak lepas daripada ada di dalam mana-mana novel. Kajian yang dilakukan oleh Rizka 2014 dalam novel Entrok banyak menunjukkan streotaip terhadap perempuan yang biasa berlaku di mana-mana masyarakat. Dalam novel yang dikaji ada anggapan bahawa isteri yang tidak pandai melayani suaminya, suaminya akan berselingkuh. Di sini ada stereotaip bahawa sekiranya isteri tidak dapat melayani suaminya, suami berhak mencari isteri baru. Dalam keadaan ini, perempuan terpaksa mengalah dengan lelaki disebabkan stereotaip sebegini. Savitt 2011 dalam kajiannya mengenai kesusasteraan telah menyatakan bahawa lelaki bebas mengambil apa sahaja peranan yang disukai manakala 12 perempuan pula telah ditetapkan akan bermain peranan yang sama seperti sentiasa lemah, tidak boleh melawan dan sebagainya. Berbalik kepada kajian P. Pama 2014 kajian terhadap novel-novel india terutamanya karya terdahulu, stereotaip terhadap wanita India tidak dapat dielakkan, antaranya jika suatu hubungan kekeluargaan itu gagal, itu mungkin disebabkan oleh kegagalan suami atau isteri. tetapi pada kebiasaannya masyarakat India menyebelahi suatu pihak sahaja, iaitu wanita. Itulah stereotaip yang ditentukan oleh masyarakat ke atas wanita. Dalam novel-novel yang dikaji juga beliau mendapati terdapat banyak unsur- unsur stereotaip dari segi penggunaan bahasa di mana wanita seringkali menggunakan unsur pasif seperti “dengan rasa takut”, “tergamam” dan “pandangannya terpaku” yang menjadikan watak wanita itu sentiasa kelihatan lemah dan negatif dan sentiasa terpaksa menurut perintah. Linda Unsriana 2014 dalam kajiannya terhadap novel Ginko mengatakan bahawa perbezaan antara lelaki dan wanita sangat tajam, dimana wanita hanya dituntut untuk melayani keluarga terutama lelaki. Melayani ayah sebelum menikah, atau melayani suami apabila sudah menikah. Selain itu, bidang pendidikan tidak terbuka untuk kaum wanita, sehingga menyebabkan doktor sakit puan juga daripada kalangan lelaki. Shamaila Haleem 2014 menunjukkan bagaimana watak perempuan dalam novel digambarkan sebagai seorang yang penuh dengan sifat negatif. Menurut beliau, watak ini seumpama dipaksa untuk sentiasa berkorban dan tidak mempunyai jati diri. Selain itu, sifat seperti pasif, tidak berdaya saing, penakut, dan tidak berdikari menjadi satu perkara wajib kepada wanita. Berbeza pula dengan watak lelaki, di mana wataknya lebih terlihat positif seperti kreatif, berani, gagah, dan boleh menyelesaikan masalah. Kata-kata beliau, dikuatkan lagi dengan teori yang dikemukakan oleh 13 Simone de Beauvoir 1953, iaitu perana wanita tidak ditetapkan sendiri oleh lelaki selama ini. Wanita dianggap menyimpang, dan tidak normal sekiranya tidak menerima adat tradisi yang telah wujud. Dari segi ketidakadilan gender pula di dalam kajian oleh Asmoro 2009 yang mengkaji novel Perempuan Jogja mendapati perempuan digambarkan dengan kemiskinan cara pelarangan untuk bekerja, serta penjualan perempuan usia muda untuk pelacuran. Manakala dalam lingkup keluarga pula, kaum lelaki bebas untuk menentukan dan memilih apa yang diinginkan baik dalam pendidikan, pekerjaan, perkawinan, dan sebagainya. sedangkan perempuan tidak diberi kebebasan yang sama. Dalam novel tersebut juga ada unsur stereotaip yang mengatakan bahawa perempuan memiliki sifat penggoda, lemah, emosional, dan tidak rasional. “Pergantungan wanita pada lelaki menunjukkan kelemahan wanita dan kekurangan ikhtiar mereka untuk berdikari. Dalam sastera Panji, watak heroin digambarkan sedia berkorban. Dalam Hikayat Seri Rama, protagonis wanita sedia membakar diri bagi membuktikan kesetiaan dan kesuciannya. Selanjutnya, pengorbanan ini menguatkan struktur dominasi patriarki dalam cerita tersebut. Begitu juga dalam kisah tradisional lain yang berkisarkan cinta, heroin yang cuba menyelamatkan kekasihnya akan menyamarsebagai lelaki, malahan berjaya dalam misinya menyelamatkan kekasihnya. Tetapi, selepas itu mereka kembali ke ruang domestik sebagai isteri yang setia.” Hashim, R. S. 2006 Kajian oleh beliau pada prosa tradisional Melayu juga menunjukkan ketidakadilan gender di mana wanita selalu dikatakan sanggup berkorban demi si lelaki dan menyebabkan tahap atau martabat lelaki jauh lebih tinggi daripada wanita 14 kerana mereka lebih mementingkan lelaki. Kemudian setelah berkorban, darjat wanita tidak akan diangkat malahan kembali kepada asal. Manakala dalam kajian Jalaluddin, N. H., Awal, N. M. 2006, mereka mendapati tiada anjakan paradigma langsung pada watak lelakiMelayu, berbanding dengan wanita Melayu yang jelas ada perubahan yang ketara, iaitu daripada wanita yang lemah dan menjadi objek seks kepada wanita yang kuat, berpelajaran dan berdikari. Malah dalam kehidupan sehari- hari, wanita Melayu telah mula berani menyuarakan hak demi kehidupan mereka sendiri. Keadaan ini tidak pula berlaku pada lelaki. Kaum lelaki tetap merasakan mereka mengatasi kaum wanita kerana kedudukan mereka diwarnai oleh budaya Melayu yang memang meletakkan lelaki di atas wanita.

3.3 : Gender Dalam Cerita Dongeng