Bahasa dan Gender Paperwork Final

(1)

TXEA: 1319

BAHASA DAN GENDER

Pensyarah: Profesor Madya Dr. Hajjah Jariah Mohd. Jan

Semester 2 Sesi: 201

5

/201

6

TAJUK:

GENDER, WACANA DAN TEKS

PROJEK

______

20

NAMA NO.MATRIK

1. DAMIA HUSNA BT KAMARUZAMAN TEN140006

2. ABDUL HADI BIN MAROSADEE TEB140002

3. AZIAH BT AHMAD AHYE TEN140004


(2)

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan 1

2.0 Definisi Gender 3

3.0 Perkembangan Literasi

3.1: Konsep gender dalam buku kanak- kanak

3.2: Konsep gender dalam novel 3.3: Konsep gender dalam cerita

dongeng

5

4.0 Kesimpulan 20

5.0 Rujukan 22


(3)

1 1.0PENGENALAN

Kisah dongeng, buku cerita dan novel merupakan sebahagian daripada bahan bacaan yang mewarnai kehidupan kita sejak dari kecil hingga beranjak ke umur dewasa. Jalan cerita yang dimuatkan dalam bahan bacaan sebegini pada kebiasaannya disesuaikan dengan keadaan sekeliling dan pandangan masyarakat itu sendiri. Secara tidak langsung, bahan bacaan ini menjadi salah satu aspek yang penting dalam membentuk pandangan umum sesebuah masyarakat.

Novel tergolong ke dalam genre sastera yang menggambarkan perihal latar masyarakat dan isu-isu yang berlaku dalam sesuatu jangka masa tertentu (Sababathi.V, 1996). Ini menunjukkan bahawa isi kandungan sesebuah novel adalah tidak tetap dan berubah mengikut peredaran masa. Hasilnya, masyarakat akan terus mempunyai perspektif yang pelbagai terhadap gender lelaki dan wanita.

Bagaimana pula dengan kisah dongeng dan buku cerita kanak-kanak? Sekiranya, unsur streotaip dan bias gender menghiasi bahan bacaan kanak-kanak, perkara ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut membesar dalam penuh pandangan streotaip terhadap lawan gender. Swami Shreeji (2009) mempersoalkan sejauh manakah kisah dongeng dan buku cerita memberikan nilai moral kepada kanak-kanak jika dibandingkan dengan indoktrinasi gender itu sendiri?

Kay Stone (1975) telah menyatakan bahawa akhbar turut terkena tempias daripada unsur bias gender dalam dongengan kanak-kanak. Ini membuktikan bahawa kisah dongeng walaupun hanya ditujukan pada asalnya kepada kanak-kanak, turut memberi impak yang besar kepada streotaip dalam masyarakat.


(4)

2 Dalam kajian ini, pelbagai rujukan telah dibuat ke atas kajian-kajian lepas mengenai perhubungan konsep gender dan wacana (teks). Kami telah membahagikan kajian ini kepada 3 aspek iaitu merujuk kepada jenis wacana yang telah dipilih iaitu buku kanak-kanak (buku bergambar kanak-kanak), novel dan kisah dongeng (fairytale).

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kewujudan unsur-unsur gender yang diterap dan disampaikan oleh jenis-jenis wacana dan teks yang dipilih.


(5)

3 2.0DEFINISI GENDER, WACANA DAN TEKS

Gender merujuk kepada sifat-sifat dan peluang ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan, yang berkaitan dengan yang lelaki dan perempuan. Dalam kebanyakan masyarakat, lelaki dan wanita berbeza dalam aktiviti-aktiviti yang mengusahakan, dalam akses kepada dan kawalan sumber, dan penyertaan dalam membuat keputusan. Dan dalam kebanyakan masyarakat, wanita sebagai satu kumpulan mempunyai kurang akses daripada lelaki kepada sumber-sumber, peluang dan membuat keputusan (Desprez-Bouanchaud et al. 1987, p. 20-21).

Bahasa dan gender pula merupakan satu bidang yang merujuk kepada perhubungan antara bahasa dan idea terhadap lelaki dan perempuan. Konsep gender juga sering membawa kekeliruan kerana ramai yang menganggap gender sebagai satu kategori nahu dan bukan kategori sosial. Hal ini kerana, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 457), gender merupakan golongan jenis kata dalam tatabahasa sesuatu bahasa seperti maskulin, femenin dan neuter.

Begitu juga menurut Kamus Oxford, tetapi Kamus Oxford juga menjelaskan definisi gender ialah “The state of being male or female (typically used with reference to social and cultural differences rather than biological ones)” . Dalam kata lain, gender ialah perilaku yang semula jadi yang terdapat pada lelaki dan perempuan dan ianya merujuk kepada sosial dan budaya seseorang.

Bagi wacana pula, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, wacana membawa maksud sekumpulan ayat yang memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. Menurut buku teks Pra-U STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), wacana boleh definisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran


(6)

4 yang utuh dan melebihi batas ayat dan wacana terletak pada tingkat yang tertinggi dalam hierarki bahasa, iaitu hadir selepas tingkat ayat.

Konsep gender berkait rapat dengan perspektif masyarakat mengenai sesuatu tingkah laku seseorang mengikut gendernya iaitu lelaki dan perempuan. Pelbagai medium yang digunakan tanpa sedar mampu menyebarkan konsep gender. Salah satunya ialah dari wacana dan teks iaitu merujuk kepada bahan bacaan.


(7)

5 3.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN

3.1 Konsep gender dan buku kanak-kanak

Memetik petikan dari Sex-Role Socialization in Picture Books for Preschool Children oleh Weitzam di dalam American Journal of Sociology :

“Picture books play an important role in early sex role socialization because

they are a vehicle for the presentation of societal values to the young child. Through books, children learn about the world outside their immediate environment. They learn about what boys and girls do, say and feel. They learn about what is wrong, and they learn what is expected of children their age. In addition books provide children with role models – images of what they can and should be when they grow up”

(Weitzman, 1972, p. 1126)

Dalam buku Children and Books oleh May Hill Arbuthnot, Arbuthnot menyatakan bahawa buku adalah sumber utama kepada pembentangan dan penyebaran nilai-nilai masyarakat. Manakala, Bender and Leone (1989) dengan hujah mereka mengatakan bahawa walaupun buku kanak-kanak memberikan kanak-kanak pelbagai keseronokan, buku-buku tersebut juga merupakan medium yang kuat dalam mensosialisasikan gender roles, iaitu menyebarkan idea peranan gender dari generasi ke generasi. Oleh itu, buku mampu memberi kesan terhadap perkembangan gender.

Selain itu, menurut Gender Representation in Notable Children’s Picture Books (1995–1999), oleh Angela dan Mark Gooden, kajian mengenai gender dan buku kanak-kanak banyak memfokuskan kepada Caldecott Medal Award books iaitu buku bergambar kanak-kanak yang dianggap berprestij di Amerika Syarikat.


(8)

6 3.1.1 Bias gender dalam buku kanak-kanak

Berdasarkan kajian Weitzman et al. (1972) , yang membuat penelitian terhadap buku-buku tersebut, beliau telah mendapati bahawa karakter perempuan dan kanak-kanak perempuan adalah hampir tidak kelihatan. Dalam kata lain, karakter perempuan tidak ditonjol dalam buku-buku tersebut. Sebagai contoh, berdasarkan artikel Gender In Twentieth- Century Children’s Books, Patterns Of Disparity In Titles And Central Characters, kajian Weitzman mendapati hanya sebuah buku yang dianugerahkan Caldecott Medal Award memfokuskan kepada watak perempuan manakala lapan buah buku yang lain menumpukan kepada watak lelaki.

Selain itu, pada tahun 1999, kajian yang dilakukan oleh Tepper dan Cassidy juga mendapati kebanyakan buku kanak-kanak yang dikaji oleh mereka, menggunakan watak lelaki sebagai tajuk buku, gambar dan peranan utama berbanding watak perempuan.

Dalam pada itu, pada tahun 2006, Hamilton, Anderson, Broaddus dan Young menjalankan kajian terhadap stereotaip gender dan kurangnya penonjolan watak perempuan ke atas 200 buah buku kanak-kanak yang popular, dan mendapati watak lelaki adalah 2 kali ganda dari watak perempuan. Di sini kita dapat lihat wujudnya bias gender dalam pemilihan watak utama atau center role yang diketengahkan oleh kebanyakan buku kanak-kanak.

Kajian terbaru yang dilakukan pada tahun 2011 oleh McCabe, Fairchild, Grauerholz, Pescosolido dan Tope juga mendapati hasil yang sama seperti kajian- kajian yang lepas. Penelitian mereka terhadap penggunaan watak di dalam tajuk buku dan peranan utama ke atas 5618 buah buku iaitu Coldecott award winning books, Little Golden books, dan Children’s Catalog dan mendapati watak lelaki adalah lebih


(9)

7 banyak digunakan di dalam tajuk buku berbanding watak perempuan. Selain itu, analisis mereka turut menunjukkan kebanyakan peranan utama bagi buku kanak-kanak tersebut ialah watak lelaki. Dalam pada itu, watak utama bagi buku-buku mengenai binatang pula, watak binatang jantan (male animal) lebih banyak berbanding watak binatang betina (female animal).

Selain itu, dari aspek yang berbeza, terdapat kajian yang dilakukan untuk mengkaji bias gender dalam “sifat membantu” yang digambarkan dalam buku kanak -kanak iaitu Sex Bias in the Helping Behavior Presented in Children’s Picture Books oleh Barnet (1986). Beliau mendapati sifat tersebut lebih banyak ditonjolkan dalam karekter atau watak lelaki berbanding watak perempuan. Dari kajian-kajian tersebut, dilihat wujudnya banyak gender bias terhadap watak perempuan.

Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian Anderson dan Hamilton yang dijalankan pada tahun 2005 menunjukkan bias gender yang diketengahkan oleh buku kanak-kanak atau buku bergambar tidak hanya berlaku pada watak perempuan, tetapi juga watak lelaki. Menurut kajian mereka yang memfokuskan kewujudan watak ibu dan watak bapa, telah mendapati watak bapa digambarkan dengan peranan yang lemah dan tidak berkesan. Sebagai contoh, kehadiran watak bapa tidak memberi kesan kepada jalan cerita.


(10)

8 3.1.2 Gender roles dan stereotaip gender dalam buku kanak-kanak

Menurut Shaw 1998, gender roles adalah sesuatu tingkah laku yang diajarkan oleh masyarakat iaitu tingkah laku yang betul bagi seseorang lelaki dan tingkah laku yang betul bagi seseorang perempuan. Stereotaip gender pula adalah berdasarkan peranan gender. Shawn mengatakan bahawa stereotaip gender adalah merupakan andaian yang dibuat mengenai ciri-ciri gender, iaitu penampilan fizikal, kebolehan fizikal, minat dan pekerjaan.

Berdasarkan kajian Weitzman, beliau turut menjelaskan bahawa watak lelaki dalam buku kanak-kanak sering kali digambarkan sebagai ketua manakala watak perempuan pula sebagai pengikutnya. Berdasarkan William et al. (1987), yang juga meneruskan kajian mengenai gender atas buku-buku tersebut, juga mendapati kebanyakan watak atau karakter perempuan (dalam buku-buku tersebut) menunjukkan satu tingkah laku yang tertentu atau spesifik, iaitu watak perempuan dikatakan gagal untuk menonjolkan matlamat kerjaya dan peranan mereka (watak perempuan) sebagai ‘role model’ adalah kurang. Di sini kita boleh kaitkan dengan kenyataan Weitzam yang mengatakan kebanyakan buku mengambarkan watak perempuan sebagai pengikut kepada watak lelaki. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan idea tentang stereotaip gender iaitu stereotaip bahawa lelaki lebih sesuai menjadi ketua manakala, perempuan pula sebagai pengikut sahaja.

Dalam pada itu, William menyatakan bahawa walaupun sesetengah peranan wanita telah ditambah baik, masih terdapat juga idea tentang peranan gender atau gender roles yang tradisional. Menurut kajian Crabb dan Bielwisk (1994) mendapati bahawa watak perempuan yang digambarkan dengan peranan gender yang tradisional dikaitakan dengan kerja-kerja rumah iaitu seperti membersih rumah, membasuh baju


(11)

9 dan sebagainya. Bagi watak lelaki pula, mereka dikaitkan dengan aktiviti yang berorientasikan penghasilan peralatan.

Selain itu, kajian Weitzman (1972) menyatakan bahawa watak lelaki di dalam buku kanak-kanak digambarkan sebagai aktif dan dikaitkan dengan aktiviti luar rumah iaitu outdoor-oriented, manakala watak perempuan pula adalah bertentangan dengan watak lelaki iaitu digambarkan sebagai pasif dan dikaitkan dengan aktiviti dalam rumah. Kajian Collins, Ingoldsby dan Dellmann (1984) juga mendapati pada awal 1930, kebanyakan kesusasteraan dan buku kanak-kanak memaparkan peranan gender yang tradisional iaitu, lelaki dengan sifat yang aktif dan perempuan dengan sifat yang pasif. Di sini kita dapat lihat bahawa, wujudnya stereotaip gender yang disebar dalam kesusasteraan dan buku kanak-kanak.

Dalam pada itu, Angela dan Mark Gooden (2001) menganalisis buku-buku yang menerima anugerah American Library Association (ALA) iaitu Notable Books dari tahun 1995 hingga 1999, dan mendapati kesaksamaan dalam nisbah watak perempuan dan watak lelaki tercapai dengan peningkatan watak perempuan, tetapi stereotaip gender masih lagi ketara dalam buku-buku tersebut.

Berdasarkan kajian Hamilton, Anderson, Broaddus dan Young iaitu Gender Stereotyping and Under-representation of Female Characters in 200 Popular

Children’s Picture Books: A Twenty-first Century Update (2006) juga telah mendapati bahawa watak perempuan masih lagi dikaitkan dengan aktiviti dalam rumah berbanding watak lelaki yang kebanyakannya digambarkan dengan aktiviti luar rumah. Selain itu, kajian mereka juga mendapati watak lelaki lebih aktif berbanding watak perempuan.


(12)

10 Dari segi pekerjaan watak pula, pengkaji mengatakan bahawa tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan watak perempuan dikaitkan dengan pekerjaan di luar rumah. Dalam kata lain, analisis pengkaji (Hamilton, Anderson, Broaddus dan Young) menunjukkan bahawa watak perempuan sememangnya dikaitkan dengan pekerjaan dalam rumah. Sebagai contoh, watak utama perempuan di dalam Clifford’s First School Day (Bridwell, 1999) adalah seorang guru, manakala di dalam Hopping Hens Here! (Gilkow, 2000) watak utama perempuannya ialah seorang pustakawan. Di sini kita dapat lihat bahawa watak perempuan sering digambar dan dikaitakan dengan perkerjaan yang feminine dan aktiviti yang tertutup atau di dalam rumah.


(13)

11 3.2: Konsep gender dalam novel

Dalam kajian Jariah Mohd. Jan (2002) yang telah dilakukan terhadap satu novel tempatan, beliau mendapati lelaki lebih banyak menggunakan hedges berbanding wanita di mana fakta ini bercanggah dengan teori Lakoff (1975) yang mengatakan perempuan sering menggunakan fitur ini. Beliau menegaskan penggunaan fitur-fitur seperti hedges dan super polite forms bukan banyak digunakan oleh perempuan sahaja, kerana penggunaannya tertumpu kepada konteks atau situasi sesuatu keadaan itu sendiri.

Kajian yang dilakukan oleh P. Pama (2014) terhadap beberapa novel India yang telah ditulis oleh seorang penulis india pula mendapati bahawa dalam semua novel perempuan lebih cenderung menggunakan hedges. Namun demikian, ini adalah disebabkan perempuan malu atau tidak tahu bagaimana hendak memulakan percakapan dengan lelaki. Oleh itu, kajian ini tidak sepenuhnya bercanggah dengan kajian Jariah Mohd Onn (2002) di mana kekerapan penggunaan hedges bergantung kepada konteks.

Manakala stereotaip pula tidak lepas daripada ada di dalam mana-mana novel. Kajian yang dilakukan oleh Rizka (2014) dalam novel Entrok banyak menunjukkan streotaip terhadap perempuan yang biasa berlaku di mana-mana masyarakat. Dalam novel yang dikaji ada anggapan bahawa isteri yang tidak pandai melayani suaminya, suaminya akan berselingkuh. Di sini ada stereotaip bahawa sekiranya isteri tidak dapat melayani suaminya, suami berhak mencari isteri baru. Dalam keadaan ini, perempuan terpaksa mengalah dengan lelaki disebabkan stereotaip sebegini.

Savitt (2011) dalam kajiannya mengenai kesusasteraan telah menyatakan bahawa lelaki bebas mengambil apa sahaja peranan yang disukai manakala


(14)

12 perempuan pula telah ditetapkan akan bermain peranan yang sama seperti sentiasa lemah, tidak boleh melawan dan sebagainya.

Berbalik kepada kajian P. Pama (2014) kajian terhadap novel-novel india terutamanya karya terdahulu, stereotaip terhadap wanita India tidak dapat dielakkan, antaranya jika suatu hubungan kekeluargaan itu gagal, itu mungkin disebabkan oleh kegagalan suami atau isteri. tetapi pada kebiasaannya masyarakat India menyebelahi suatu pihak sahaja, iaitu wanita. Itulah stereotaip yang ditentukan oleh masyarakat ke atas wanita. Dalam novel-novel yang dikaji juga beliau mendapati terdapat banyak unsur-unsur stereotaip dari segi penggunaan bahasa di mana wanita seringkali menggunakan unsur pasif seperti “dengan rasa takut”, “tergamam” dan “pandangannya terpaku” yang menjadikan watak wanita itu sentiasa kelihatan lemah dan negatif dan sentiasa terpaksa menurut perintah.

Linda Unsriana (2014) dalam kajiannya terhadap novel Ginko mengatakan bahawa perbezaan antara lelaki dan wanita sangat tajam, dimana wanita hanya dituntut untuk melayani keluarga terutama lelaki. Melayani ayah sebelum menikah, atau melayani suami apabila sudah menikah. Selain itu, bidang pendidikan tidak terbuka untuk kaum wanita, sehingga menyebabkan doktor sakit puan juga daripada kalangan lelaki.

Shamaila Haleem (2014) menunjukkan bagaimana watak perempuan dalam novel digambarkan sebagai seorang yang penuh dengan sifat negatif. Menurut beliau, watak ini seumpama dipaksa untuk sentiasa berkorban dan tidak mempunyai jati diri.

Selain itu, sifat seperti pasif, tidak berdaya saing, penakut, dan tidak berdikari menjadi satu perkara wajib kepada wanita. Berbeza pula dengan watak lelaki, di mana wataknya lebih terlihat positif seperti kreatif, berani, gagah, dan boleh menyelesaikan masalah. Kata-kata beliau, dikuatkan lagi dengan teori yang dikemukakan oleh


(15)

13 Simone de Beauvoir (1953), iaitu perana wanita tidak ditetapkan sendiri oleh lelaki selama ini. Wanita dianggap menyimpang, dan tidak normal sekiranya tidak menerima adat tradisi yang telah wujud.

Dari segi ketidakadilan gender pula di dalam kajian oleh Asmoro (2009) yang mengkaji novel Perempuan Jogja mendapati perempuan digambarkan dengan kemiskinan

cara pelarangan untuk bekerja, serta penjualan perempuan usia muda untuk pelacuran.

Manakala dalam lingkup keluarga pula, kaum lelaki bebas untuk menentukan dan

memilih apa yang diinginkan baik dalam pendidikan, pekerjaan, perkawinan, dan

sebagainya. sedangkan perempuan tidak diberi kebebasan yang sama. Dalam novel

tersebut juga ada unsur stereotaip yang mengatakan bahawa perempuan memiliki

sifat penggoda, lemah, emosional, dan tidak rasional.

“Pergantungan wanita pada lelaki menunjukkan kelemahan wanita dan kekurangan ikhtiar mereka untuk berdikari. Dalam sastera Panji, watak heroin digambarkan sedia berkorban. Dalam Hikayat Seri Rama, protagonis wanita sedia membakar diri bagi membuktikan kesetiaan dan kesuciannya. Selanjutnya, pengorbanan ini menguatkan struktur dominasi patriarki dalam cerita tersebut. Begitu juga dalam kisah tradisional lain yang berkisarkan cinta, heroin yang cuba menyelamatkan kekasihnya akan menyamarsebagai lelaki, malahan berjaya dalam misinya menyelamatkan kekasihnya. Tetapi, selepas itu mereka kembali ke

ruang domestik sebagai isteri yang setia.”

Hashim, R. S. (2006)

Kajian oleh beliau pada prosa tradisional Melayu juga menunjukkan ketidakadilan gender di mana wanita selalu dikatakan sanggup berkorban demi si lelaki dan menyebabkan tahap atau martabat lelaki jauh lebih tinggi daripada wanita


(16)

14

kerana mereka lebih mementingkan lelaki. Kemudian setelah berkorban, darjat wanita tidak akan diangkat malahan kembali kepada asal. Manakala dalam kajian Jalaluddin, N. H., & Awal, N. M. (2006), mereka mendapati tiada anjakan paradigma langsung pada watak lelakiMelayu, berbanding dengan wanita Melayu yang jelas ada perubahan yang ketara, iaitu daripada wanita yang lemah dan menjadi objek seks kepada wanita yang kuat, berpelajaran dan berdikari. Malah dalam kehidupan sehari-hari, wanita Melayu telah mula berani menyuarakan hak demi kehidupan mereka sendiri. Keadaan ini tidak pula berlaku pada lelaki. Kaum lelaki tetap merasakan mereka mengatasi kaum wanita kerana kedudukan mereka diwarnai oleh budaya Melayu yang memang meletakkan lelaki di atas wanita.

3.3: Gender Dalam Cerita Dongeng

Linda T. Parson

Kajian: Ella Evolving: Cinderella Stories and the Construction of Gender Appropriate Behavior

Cerita dongeng telah dipanggil dokumen sejarah (Darnton, 1999), pengukur budaya (Paul, 1998), dan artifak budaya (Gilbert, 1992). Bagi kanak-kanak kecil, cerita dongeng merupakan antara benda yang paling dipercayai mereka. Otak mereka yang sedang berkembang dengan pesat ketika itu menerima semua jenis informasi tanpa penapis. Hal ini menyebabkan terdapat kanak-kanak yang membesar dengan mempercayai beberapa perkara supernatural atau bukan kebiasaan.


(17)

15 Dalam pernyataan di atas, menerusi kajian beliau, Westland mendapati bahawa para guru tidak bersetuju bahawa cerita dongeng memainkan peranan yang besar dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, mesej yang dibawa oleh cerita dongeng adalah perkara remeh.

Namun begitu, Parsons (2004) menidakkan pernyataan ini dengan menyatakan bahawa dalam budaya teknologi moden kini, kita sentiasa dikelilingi oleh cerita dongeng disebabkan oleh publisiti produk dari syarikat seperti Disney yang memberi ideologi akan cinta, kedudukan lelaki dan wanita, serta ketaksuban wanita dan kanak-kanak perempuan terhadap kecantikan yang diiktiraf oleh keadaan sosial mereka.

Cerita dongeng adalah tapak pembinaan tingkah laku bergender yang paling sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun cerita ini tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembudayaan kanak-kanak, mereka merupakan sebahagian daripada kompleks lapisan cerita budaya dan pengaruh yang mengesahkan dan mengekalkan norma-norma budaya.

Menurut Rice (2000), cerita dongeng mempunyai sebuah ‘skrip’ yang telah menetapkan apa yang sesuai untuk perlakuan feminin dan maskulin, dan cerita dongeng telah menetapkan juga posisi yang sepatutnya untuk perlakuan-perlakuan ini (Walkerdine, 1984). Secara tidak sedar kanak-kanak lelaki dan perempuan memperuntukkan nilai-nilai ini sebagai kelaziman yang menjadi norma.

Teachers have reported that fairy tales are not an integral part of children’s culture, and, therefore, their messages are of little consequence. (Westland, 1993).


(18)

16 Melalui kajian Parsons (2004), kita dapat lihat bahawa antara gender roles untuk wanita yang sering dipaparkan dalam cerita dongeng tradisional adalah jenis yang telah melalui kesukaran dan tidak berupaya bersuara untuk diri sendiri. Selain itu, seseorang itu harus mempunyai wajah yang cantik. Kebiasaannya, ganjaran di akhir cerita adalah putera raja serta kekayaan dan kebahagiaan selama-lamanya.

Perkara-perkara di atas adalah mesej yang ditanam dalam cerita dongeng, secara sedar atau tidak. Nilai-nilai ini menyebabkan kanak-kanak perempuan menerima pakainya, dengan anggapan bahawa ianya bersesuaian dengan keadaan sosial sekarang.

Bagi kanak-kanak lelaki pula, Westland mendapati bahawa mereka tidak mempunyai keinginan untuk menukar tahap yang telah ditetapkan oleh cerita dongeng. Hal ini kerana watak lelaki cerita dongeng kebiasaannya mempunyai lebih banyak kesenangan berbanding watak perempuan.

Namun, kanak-kanak kini dilihat mampu untuk menolak stereotaip yang digunakan dalam cerita tradisional jika wacana yang dibaca mereka menunjukkan sebegitu. Kebanyakan cerita dongeng moden kini telah melanggar stereotaip yang telah lama digunapakai seperti animasi Brave, Frozen dan lain-lain.

Parsons (2004) telah mengkaji dan membandingkan 4 aneka cerita Cinderella, iaitu Cendrillon oleh Perrault, Aschenputtel oleh Grimms, Ella Echanted

We can speculate that [the boys] had little incentive to alter the standard fairy-tale structure . . . because they had more to lose than gain from the changes. Independent princesses might be a risk, even a threat, and get in the way of the hero continuing to do as he liked. Westland (1993, p. 244)


(19)

17 oleh Levine dan Just Ella oleh Haddix. Keempat-empat cerita ini mempunyai watak utama yang sama dan jalan cerita yang lebih kurang. Namun begitu, cara mereka memaparkan watak utama adalah sedikit berbeza.

Dalam Cendrillon oleh Perrault yang telah ditulis "untuk memuaskan penonton bangsawan" (Tatar, 1987, p. 189), ianya memaparkan nilai-nilai seperti kecantikan, penundukan dan kebergantungan. Cinderella merupakan anak gadis yang sangat cantik, namun terpaksa tunduk kepada suruhan ibu tiri serta adik-beradik tirinya, walaupun dia akur dengan suruhan-suruhan tersebut dengan gembira. Dia juga bergantung kepada putera raja untuk membebaskan dirinya dari belenggu menjadi orang suruhan keluarga tirinya, hanya dengan kecantikan yang dimilikinya.

Selain itu, versi Perrault memberi mesej bahawa kecantikan adalah segala-galanya. Apabila Cinderella ditakdirkan untuk berjumpa dengan putera sekali lagi selepas menyarungkan selipar kaca, pakaiannya bertukar menjadi pakaian yang cantik. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu mesti menjadi cantik untuk menjadi layak.

Menurut Parsons (2004), Cinderella dalam cerita ini tidak mempunyai suara sendiri dan hanya mampu menangisi nasib sendiri, sehinggalah dia mendapat bantuan. Hal ini telah memberi persepsi bahawa wanita mempunyai imej lemah, tidak mampu berdiri untuk diri sendiri dan harus bergantung kepada orang lain. Walaupun telah mendapat pengakhiran yang menggembirakan, namun Cinderella ini tidak melakukan apa-apa dengan kudrat sendiri.

Bagi Aschenputtel pula, Grimms "berusaha untuk menangkap suara asli rakyat biasa" (Tatar, 1987), dan hasilnya adalah Cinderella yang mengambil takdir ke dalam tangan sendiri, menggunakan ucapan dengan cara yang kuat, dan mengatasi penyalahgunaan ditimpakan ke atas beliau dengan adik-beradik tiri kejam. Versi


(20)

18 Grimms juga memaparkan perlbagai emosi seperti kesedihan dan kemarahan yang dialami Cinderella akibat terpaksa menurut perintah keluarga tirinya.

Pengakhiran versi Grimms adalah lebih gelap dan tidak sesuai bagi kanak-kanak. Dalam versi Perrault, nasib keluarga tiri Cinderella tidak diceritakan selepas Cinderella mengecap bahagia. Namun, Grimms telah menulis bahawa adik-beradik tiri Cinderella telah diberi denda disebabkan oleh perasaan cemburu dan kejahatan mereka terhadap Cinderella sebelumnya.

Dalam versi ini juga, terdapat sedikit unsur kesamaan antara gender. Pernyataan putera “Dia adalah pasangan saya” (Zipes, 1987) menunjukkan kesamaan antara putera tersebut dan Cinderella. Beliau juga berusaha sendiri untuk memastikan identiti Cinderella dan mencarinya. Mungkin elemen yang paling penting untuk kedua-dua wanita dan lelaki adalah penerimaannya kepada Cinderella dalam keadaan tidak terurus. Cinderella ini tidak perlu diubah untuk putera melihat kecantikan Cinderella itu.

Dalam Ella Enchanted pula, Cinderella atau Ella menceritakan ceritanya sendiri dengan suara yang kadang kala kuat, kadang kala tidak pasti namun sentiasa yakin. Dalam versi Levine, Ella dan putera tersebut tidak jatuh cinta pandang pertama, namun perasaan itu berkembang apabila mereka saling bertukar surat. Namun, tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai cerita ini kerana ia lebih bertujuan untuk menjadi cerita komedi.

Bagi versi Haddix, Just Ella memaparkan Ella yang tinggal dalam istana untuk mempelajari etika yang sesuai dengan wanita. Dalam versi ini, terdapat kontras yang ditimbulkan antara wanita yang cantik dan sebaliknya. Menurut Parsons (2004), Ella menyedari bahawa dia dijadikan puteri hanya kerana memiliki rupa yang cantik,


(21)

19 setelah dia berjumpa dengan Mary, orang suruhan istana yang ditakdirkan untuk menjadi orang suruhan selamanya kerana tidak mempunyai rupa yang cantik.

Kenyataan bahawa kecantikan adalah standard sosial terbukti apabila kakak tiri Ella bersuamikan putera raja. Disebabkan kakak tiri Ella adalah seorang yang obese, seluruh isi istana mula menaikkan berat badan masing-masing dengan pandangan bahawa gemuk itu cantik. Parsons juga menyatakan kecantikan boleh didapati jika seseorang mencarinya di mana-mana jua. Sebagai contoh, Ella memerhati sekumpulan kanak-kanak bermain di sebuah kem pelarian dan menyedari bahawa walaupun penampilan mereka kusut dan hidup dalam serba kekurangan, mereka sangat cantik.

Melalui kajian Parsons, cerita dongeng banyak menekankan gender role yang tipikal. Perempuan mestilah cantik dan tidak berdaya manakala lelaki pula kacak dan dilahirkan dalam keluarga kenamaan. Wanita yang berkuasa pula kebiasaannya dimiliki oleh wanita yang tidak cantik, dan kecantikan adalah standard sosial yang menjadi norma sehingga kini.

Parsons menyatakan bahawa pentingnya bagi para pendidik serta pengkaji untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana kanak-kanak memahami wacana yang diberi. Hal ini adalah kerana kanak-kanak menerima apa yang dibaca mereka sebagai sesuatu yang betul dan nyata. Oleh itu, pemberian wacana yang sesuai haruslah dititikberatkan konteksnya.


(22)

20 4.0KESIMPULAN

Dari aspek gender dan buku kanak-kanak, boleh disimpulkan di sini, kebanyakan buku kanak-kanak menggunakan watak lelaki sebagai peranan utama berbanding wanita, walaupun peranan utama wanita telah meningkat dari masa ke semasa. Hal ini menunjukkan terdapatnya unsur bias gender dalam buku kanak-kanak yang dikaji. Selain itu, hasil kajian-kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa kebanyakkan buku masih lagi mengaitkan watak lelaki dan perempuan dengan peranan gender (gender role) yang tradisional. Dalam pada itu, stereotaip gender turut diketengahkan oleh buku-buku tersebut, iaitu watak perempuan dikaitkan dengan aktiviti di dalam rumah dan pasif manakala watak lelaki dikaitkan dengan aktiviti luar rumah dan sifat yang aktif.

Jika dipandang dari aspek gender dan cerita dongeng, terdapat dua perkara yang ketara iaitu antara cerita dongeng tradisional dan moden. Cerita dongeng tradisional menanam mesej bahawa kecantikan adalah amat penting bagi wanita, di samping mereka harus tidak berdaya untuk bersuara demi diri sendiri. Bagi lelaki pula, mereka harus dilahirkan dalam keluarga yang kaya serta berpengaruh untuk menjamin masa hadapan mereka tanpa perlu berusaha. Namun, cerita dongeng moden telah melanggar stereotaip-stereotaip ini. Cerita dongeng moden kini telah memperkenalkan karakter wanita dan lelaki yang boleh dijadikan idola bagi kanak-kanak tanpa mengira gender mereka.

Cerita moden tradisional lebih memandang aspek fizikal luaran namun cerita dongeng moden lebih menekankan kecantikan dalaman karakter-karakter. Oleh itu, kanak-kanak akan belajar secara tidak langsung bahawa kecantikan bukanlah segala-galanya.


(23)

21 Pada hemat kami, kami berpendapat bahawa unsur streotaip dan bias gender haruslah dibebaskan daripada wacana dan bahan bacaan seperti novel, cerita dongeng, dan sebagainya. Ini bertujuan untuk mengelakkan satu gender memandang sinis terhadap lawan gendernya. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang telahpun ada usaha daripada pihak-pihak perfileman dalam mengubah perspektif masyarakat yang penuh dengan streotaip ini dengan mencipta kartun-kartun yang membawa wanita sebagai watak utama yang berani seperti Brave dan Mulan.


(24)

22 5.0 RUJUKAN

Anderson, D. & Hamilton, M. (2005). Gender Role Stereotyping of Parents in Children’s.

Arbuthnot, M. H. (1984). Children and books. Chicago, IL: Scott Foresman & Company.

Asmoro, D. (2009). Ketidakadilan Gender dalam Novel Perempuan Jogja Karya Achmad Munif. SKRIPSI Jurusan Sastra Indonesia-Fakultas Sastra UM.

Barnett, M. (1986). Sex Bias in the Helping Behavior Presented in Children’s Picture. Books. The Journal of Genetic Psychology, 147(3), 343-351.

Books: 1995-1999. Sex Roles, 45(1/2), 89-101.

Cassidy, K. W. & Tepper, C. (1999). Gender Differences in Emotional Language in Children’s Picture Books. Sex Roles, 40(3/4), 265-280.

Crabb, P. B., & Bielwaski, D. (1994). ‘The social representation of material culture and gender in children’s books’. Sex Roles, 30, 69–79.

Darnton, R., “Peasants tell tales: The meaning of Mother Goose,” in The Classic Fairy Tales, Maria Tatar, ed., pp. 280–290. New York & London: W. W. Norton & Company, 1999

Gilbert, P., “The story so far: Gender, literacy and social regulation,” Gender and Education, 1992, 4, 185–199.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad (2007), Teks Pra-U STPM, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Gooden, A., & Gooden, M. (2001). Gender Representation in Notable Children’s Picture.

Jariah Mohd. Jan, (2002). Interpretation of gender in a Malaysian novel: The case of Salina. Pertanika J. Soc.Sci. & Hum., 10(2), 143-152.

Lakoff, R. (1973). Language and woman's place. Language in society, 2(01), 45-79.

Parsons, L. T. (2004). ‘Ella evolving: Cinderella stories and the construction of Picture Books: The Invisible Father. Sex Roles, 52(3/4), 145-151. Paul, L., Reading Otherways, chap. 1 & 2. Portland, ME: Calendar Islands


(25)

23 Rice, P. S., “Gendered readings of a traditional ‘feminist’ folktale by sixthgrade

boys and girls,” Journal of Literacy Research, 2000, 32, 211–236.

Savitt, D. Jill., (May 2011) “Female Stereotypes in Literature (With a Focus on Latin American Writers)”, Yale National Initiative- to Strengthen Teaching in Public Schools, Available:

Tatar, M., The Hard Facts of the Grimms’ Fairy Tales. Princeton, NJ: Princeton University Press, 1987.

Walkerdine, V., “Some day my prince will come: Young girls and the preparation for adolescent sexuality,” in Gender and Generation, Angela McRobbie & Mica Nava, eds., pp. 162–184. London: Macmillan, 1984.

Weitzman, L. J., Ei er, D., Hokada, E., & Ross, C. (1972). ‘Sex-role socialization in picture books for preschool children’. American Journal of Sociology, 77, 1125-1150.

Westland, E., “Cinderella in the classroom: Children’s responses to gender roles in fairy-tales,” Gender and Education, 1993, 5, 237–249.

Williams, A. J., Vernon, J. A., Williams, M. C., & Malecha, K. (1987). ‘Sex-role socialization in picture booksfor preschool children: Anupdate’. Social Science Quarterly, 68, 148-156.

http://teachers.yale.edu/curriculum/search/viewer.php?id=new-haven-

82.05.06-&skin=--Zipes, J. (trans.), The Complete Fairy Tales of the Brothers Grimm. New York & London: Bantam, 1987.


(26)

24 6.0 Apendiks


(27)

(28)

(1)

21 Pada hemat kami, kami berpendapat bahawa unsur streotaip dan bias gender haruslah dibebaskan daripada wacana dan bahan bacaan seperti novel, cerita dongeng, dan sebagainya. Ini bertujuan untuk mengelakkan satu gender memandang sinis terhadap lawan gendernya. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang telahpun ada usaha daripada pihak-pihak perfileman dalam mengubah perspektif masyarakat yang penuh dengan streotaip ini dengan mencipta kartun-kartun yang membawa wanita sebagai watak utama yang berani seperti Brave dan Mulan.


(2)

22 5.0 RUJUKAN

Anderson, D. & Hamilton, M. (2005). Gender Role Stereotyping of Parents in Children’s.

Arbuthnot, M. H. (1984). Children and books. Chicago, IL: Scott Foresman & Company.

Asmoro, D. (2009). Ketidakadilan Gender dalam Novel Perempuan Jogja Karya Achmad Munif. SKRIPSI Jurusan Sastra Indonesia-Fakultas Sastra UM. Barnett, M. (1986). Sex Bias in the Helping Behavior Presented in Children’s Picture. Books. The Journal of Genetic Psychology, 147(3), 343-351.

Books: 1995-1999. Sex Roles, 45(1/2), 89-101.

Cassidy, K. W. & Tepper, C. (1999). Gender Differences in Emotional Language in Children’s Picture Books. Sex Roles, 40(3/4), 265-280.

Crabb, P. B., & Bielwaski, D. (1994). ‘The social representation of material culture and gender in children’s books’. Sex Roles, 30, 69–79.

Darnton, R., “Peasants tell tales: The meaning of Mother Goose,” in The Classic Fairy Tales, Maria Tatar, ed., pp. 280–290. New York & London: W. W. Norton & Company, 1999

Gilbert, P., “The story so far: Gender, literacy and social regulation,” Gender and Education, 1992, 4, 185–199.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad (2007), Teks Pra-U STPM, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Gooden, A., & Gooden, M. (2001). Gender Representation in Notable Children’s Picture.

Jariah Mohd. Jan, (2002). Interpretation of gender in a Malaysian novel: The case of Salina. Pertanika J. Soc.Sci. & Hum., 10(2), 143-152.

Lakoff, R. (1973). Language and woman's place. Language in society, 2(01), 45-79. Parsons, L. T. (2004). ‘Ella evolving: Cinderella stories and the construction of

Picture Books: The Invisible Father. Sex Roles, 52(3/4), 145-151. Paul, L., Reading Otherways, chap. 1 & 2. Portland, ME: Calendar Islands


(3)

23 Rice, P. S., “Gendered readings of a traditional ‘feminist’ folktale by sixthgrade

boys and girls,” Journal of Literacy Research, 2000, 32, 211–236.

Savitt, D. Jill., (May 2011) “Female Stereotypes in Literature (With a Focus on Latin American Writers)”, Yale National Initiative- to Strengthen Teaching in Public Schools, Available:

Tatar, M., The Hard Facts of the Grimms’ Fairy Tales. Princeton, NJ: Princeton University Press, 1987.

Walkerdine, V., “Some day my prince will come: Young girls and the preparation for adolescent sexuality,” in Gender and Generation, Angela McRobbie & Mica Nava, eds., pp. 162–184. London: Macmillan, 1984.

Weitzman, L. J., Ei er, D., Hokada, E., & Ross, C. (1972). ‘Sex-role socialization in picture books for preschool children’. American Journal of Sociology, 77, 1125-1150.

Westland, E., “Cinderella in the classroom: Children’s responses to gender roles in fairy-tales,” Gender and Education, 1993, 5, 237–249.

Williams, A. J., Vernon, J. A., Williams, M. C., & Malecha, K. (1987). ‘Sex-role socialization in picture booksfor preschool children: Anupdate’. Social Science Quarterly, 68, 148-156.

http://teachers.yale.edu/curriculum/search/viewer.php?id=new-haven- 82.05.06-&skin=--

Zipes, J. (trans.), The Complete Fairy Tales of the Brothers Grimm. New York & London: Bantam, 1987.


(4)

24 6.0 Apendiks


(5)

(6)