Definisi Gender Kesimpulan Apendiks PENGENALAN

ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Halaman Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 1

2.0 Definisi Gender

3 3.0 Perkembangan Literasi 3.1 : Konsep gender dalam buku kanak- kanak

3.2 : Konsep gender dalam novel

3.3 : Konsep gender dalam cerita

dongeng 5

4.0 Kesimpulan

20 5.0 Rujukan 22

6.0 Apendiks

24 1

1.0 PENGENALAN

Kisah dongeng, buku cerita dan novel merupakan sebahagian daripada bahan bacaan yang mewarnai kehidupan kita sejak dari kecil hingga beranjak ke umur dewasa. Jalan cerita yang dimuatkan dalam bahan bacaan sebegini pada kebiasaannya disesuaikan dengan keadaan sekeliling dan pandangan masyarakat itu sendiri. Secara tidak langsung, bahan bacaan ini menjadi salah satu aspek yang penting dalam membentuk pandangan umum sesebuah masyarakat. Novel tergolong ke dalam genre sastera yang menggambarkan perihal latar masyarakat dan isu-isu yang berlaku dalam sesuatu jangka masa tertentu Sababathi.V, 1996. Ini menunjukkan bahawa isi kandungan sesebuah novel adalah tidak tetap dan berubah mengikut peredaran masa. Hasilnya, masyarakat akan terus mempunyai perspektif yang pelbagai terhadap gender lelaki dan wanita. Bagaimana pula dengan kisah dongeng dan buku cerita kanak-kanak? Sekiranya, unsur streotaip dan bias gender menghiasi bahan bacaan kanak-kanak, perkara ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut membesar dalam penuh pandangan streotaip terhadap lawan gender. Swami Shreeji 2009 mempersoalkan sejauh manakah kisah dongeng dan buku cerita memberikan nilai moral kepada kanak-kanak jika dibandingkan dengan indoktrinasi gender itu sendiri? Kay Stone 1975 telah menyatakan bahawa akhbar turut terkena tempias daripada unsur bias gender dalam dongengan kanak-kanak. Ini membuktikan bahawa kisah dongeng walaupun hanya ditujukan pada asalnya kepada kanak-kanak, turut memberi impak yang besar kepada streotaip dalam masyarakat. 2 Dalam kajian ini, pelbagai rujukan telah dibuat ke atas kajian-kajian lepas mengenai perhubungan konsep gender dan wacana teks. Kami telah membahagikan kajian ini kepada 3 aspek iaitu merujuk kepada jenis wacana yang telah dipilih iaitu buku kanak-kanak buku bergambar kanak-kanak, novel dan kisah dongeng fairytale. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kewujudan unsur-unsur gender yang diterap dan disampaikan oleh jenis-jenis wacana dan teks yang dipilih. 3

2.0 DEFINISI GENDER, WACANA DAN TEKS