Latar belakang keluarga Pendidikan dan Perkawinan

BAB II BIOGRAFI FADZIL MOHD NOOR

A. Latar belakang keluarga

Fadzil Mohd Noor dilahirkan daripada hasil perkongsian hidup antara bapanya Mohd Noor bin Abdul Hamid dan ibunya Hindun bin Abdul Rahman. Al-marhum dilahirkan pada 13 mac 1937 di kampung Seberang Pumping, kira- kira tiga kilometer dari Bandar Alor Setar, Kedah Darul Aman. beliau merupakan anak pertama daripada empat adik-beradik. Bapa Fadzil Mohd Noor meninggal dunia ketika usianya masih kecil lagi, manakala ibunya meninggal dunia dalam sekitar tahun 1997. Latar belakang sebelah ibu-bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh pada ajaran agama Islam. Umpamanya, moyang beliau iaitu Idris al jarumi merupakan salah seorang ulama yang disegani berasal dari wilayah pattani, Thailand dan terkenal di negeri kedah. Manakala datuk Al-marhum merupakan guru agama bagi salasilah kesultanan Kedah. Ibu-Bapa Fadzil Mohd Noor juga adalah ketua keluarga yang terlalu mengambil berat soal keagamaan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Kegigihan mereka mendidik anak-anak mengikut lunas-lunas yang 12 dituntut oleh agama Islam, maka daripada kalangan anak Mohd Noor dan Hindun itu telah lahir tokoh ulama dan politik yang disegani. 1

B. Pendidikan dan Perkawinan

1. Pendidikan Sejarah awal pendidikan Fadzil Mohd Noor bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tingginya di tempat yang sama sehingga tahun 1962. Kecermerlangan Fadzil Mohd Noor dalam pencapaian akademik semasa belajar di Maktab Mahmud telah menjadi rangsangan bagi beliau untuk melangkah jauh mendalami ilmu-ilmu agama. Pada tahun 1963 Al- marhum telah menlanjutkan studi ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universitas Al-Azhar Mesir dengan mendapat bantuan biasiswa kerajaan Negeri Kedah. Di Universitas Al-Azhar beliau mengambil kursus perundangan Islamsyariah dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi ijazah dalam kursus tersebut. 1 http:www.tranungkite.netlamab06pas164.htm, diakses pada tanggal 15 Maret 2010, pukul 16.00 WIB 2. Perkawinan Pada tahun 1963 Fadzil Mohd Noor mangakhiri masa kesendiriaannya dengan memulai rumah tangga dengan saudara sepupunya siti khadijah binti Ibrahim. Isteri Fadzil Mohd Noor merupakan bekas pelajar sekolah menengah agama Furbish Bakar Alor Setar Kedah. Kemudian setelah menikah isterinya turut bersama melanjutkan studi ke Al-Azhar bersama beliau. Hasil perkawinan pasangan bahagia ini telah dikurniakan delapan orang anak bertuah iaitu Huda, Ammar, Aiman, Munaizarah, Muhamad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan saja Berjaya sebagai ahli politik, Tapi juga merupakan kepala keluarga yang patut di contoh dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. 2

C. Kegiatan Kemasyarakatan Dan keterlibatan Dalam Politik